Anda di halaman 1dari 1

Faedah Menabung

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap


suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada
kita.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh
sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa
bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan
ke dalam tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh
digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke
universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang
keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai
berjimat cermat dan berdikari itu.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit
wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh
digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu
meminta-minta kepada orang lain.

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang
di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini
boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup
dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah,
'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari
sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Anda mungkin juga menyukai