Anda di halaman 1dari 13

Analisis Soalan Kajian 1 : Analisis dokumen

Saya membuat analisis dokumen melalui latihan, kertas peperiksaan murid-murid bagi melihat

sejauh mana tahap kefahaman mereka dan juga melihat kesilapan yang dilakukan oleh

mereka.Analisis yang dilakukan adalah seperti berikut :

a) Contoh kesalahan yang dilakukan oleh murid 1

Rajah 1
Mendarab dengan sifir yang salah

b) Contoh kesalahan yang dilakukan oleh murid 2

Rajah 2
Menambah hasil darab dengan salah
c) Contoh kesalahan yang dilakukan oleh murid 3

Rajah 3
Tidak mengingati sifir. Menganggap apabila 0 didarab dengan 7 menghasilkan nilai 7

d) Contoh kesalahan yang dilakukan oleh murid 4

Rajah 4
Tidak mengingati sifir 7.Mendarab dengan sifir yang salah

Didapati sebanyak 75% daripada 35 orang ahli kelas tidak dapat menguasai operasi pendaraban

dan pembahagian dengan baik. Ada antara mereka yang langsung tidak mendapat markah dalam

soalan yang diberikan. Pengumpulan data secara analisis dokumen ini menjawab persoalan yang

pertama iaitu mengenalpasti punca-punca kelemahan murid dalam menguasai sifir dan konsep

asas pendaraban dan pembahagian.


Analisis Soalan Kajian 2 : Soal selidik

Borang soal selidik digunakan bertujuan untuk meninjau maklum balas murid dan mendapatkan

maklumat berkaitan dengan penggunaan Petak Sifir yang diperkenalkan. Borang soal selidik ini

diberikan sebelum dan selepas ujian dibuat. Borang soal selidik diberikan sebelum kajian dibuat

adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran

Matematik di dalam bilik darajah. Borang soal selidik juga diberikan selepas kajian dilakukan

dan juga selepas penggunaan Petak Sifir. Ini bertujuan untuk melihat pandangan dan minat murid

terhadap pembelajaran Matematik dan keberkesanan penggunaan Petak Sifir.

Analisis item soal selidik sebelum Petak Sifir diperkenalkan : Persepsi murid terhadap minat

dan pengajaran guru

Kek. Kek. Kek. Kek. Kek. Bil. Min


BIL ITEM (Skala (skala (skala (skala (skala Murid
1) 2) 3) 4) 5)

Matematik adalah mata 7 7 9 5 7 35 2.94


1. pelajaran
yang saya minati.
Saya seronok belajar 4 8 9 6 8 35 3.17
2. penyelesaian
masalah matematik.
Saya selalu membuat 7 10 5 6 7 35 2.88
3. latihan
penyelesaian masalah
sendiri di rumah.
Saya suka cara yang 10 7 5 8 5 35 2.74
4. digunakan oleh guru saya
untuk mengajar Matematik.
Saya faham apa yang diajar 9 6 10 4 6 35 2.77
5. oleh guru saya.

Jumlah 37 38 38 29 33 175 14.5

Purata 7.4 7.6 7.6 5.8 6.6 35 2.9


Berdasarkan daripada jadual item soal selidik bagi sebelum Petak Sifir diperkenalkan

seperti di atas, terdapat 5 item yang telah disediakan untuk melihat persepsi murid terhadap

minat dan pengajaran guru. Daripada jadual di atas dapatlah diperhatikan bahawa bagi jumlah

nilai kekerapan yang tertinggi adalah pada skala 2 iaitu tidak setuju sebanyak 38 dan juga skala

tidak pasti iaitu sebanyak 38. Bagi skala kedua tertinggi pula ialah skala amat tidak setuju

dengan 37 diikuti yang ketiga tertinggi iaitu skala 5 iaitu amat setuju dengan 33. Jumlah skala

kekerapan yang terendah pula ialah pada skala 4 iaitu setuju dengan 29. Min bagi keseluruhan

item soal selidik sebelum ialah 2.9.

Daripada hasil analisis item soal selidik yang telah ditunjukkan, didapati murid-murid

cenderung untuk kurang berminat terhadap pembelajaran Matematik dan pengajaran guru.

Dengan ini sekaligus memberi kesan yang negatif terhadap pembelajaran murid pada masa yang

akan datang. Berikut merupakan analisis bagi setiap item dalam soal selidik sebelum Petak Sifir

diperkenalkan.
Item 1 : Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati.

Skala Kekerapan Peratus ( % )

Amat Tidak Setuju 7 20

Tidak Setuju 7 20

Tidak Pasti 9 25.7

Setuju 5 14.3

Amat Setuju 7 20

Jumlah 35 100
Min = 2.94

Daripada analisis item 1 di atas menunjukkan 7 orang murid memilih skala amat tidak

setuju iaitu sebanyak 20% daripada jumpah keseluruhan responden. 7 orang memilih skala tidak

setuju yang mewakili 20%. Bagi skala tidak pasti pula, seramai 9 orang telah memilihnya dan

diwakili sebanyak 25.7% daripada jumlah keeluruhan responden. 14.3% yang mewakili 5 orang

responden telah memilih skala setuju dan diikuti dengan skala amat setuju iaitu sebanyak 7 orang

dan mewakili 20% daripada jumlah keseluruhan responden. Nilai min bagi item 1 ini iaitu bagi

item Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati ialah 2.94 dan jumlah keseluruhan

responden ialah 35 orang.

Daripada analisis item 1 menunjukkan responden kurang berminat dalam mata pelajaran

Matematik kerana mereka beranggapan bahawa mata pelajaran Matematik adalah satu mata

pelajaran yang sukar untuk difahami.


Item 2 : Saya seronok belajar penyelesaian masalah Matematik

Skala Kekerapan Peratus ( % )

Amat Tidak Setuju 4 11.4

Tidak Setuju 8 22.9

Tidak Pasti 9 25.7

Setuju 6 17.1

Amat Setuju 8 22.9

Jumlah 35 100
Min = 3.17

Daripada analisis item 1 di atas menunjukkan 4 orang murid memilih skala amat tidak

setuju iaitu sebanyak 11.4% daripada jumpah keseluruhan responden. 8 orang memilih skala

tidak setuju yang mewakili 22.9%. Bagi skala tidak pasti pula, seramai 9 orang telah memilihnya

dan diwakili sebanyak 25.7% daripada jumlah keeluruhan responden. 17.1% yang mewakili 6

orang responden telah memilih skala setuju dan diikuti dengan skala amat setuju iaitu sebanyak 8

orang dan mewakili 22.9% daripada jumlah keseluruhan responden. Nilai min bagi item 2 ini

iaitu bagi item saya seronok belajar penyelesaian masalah Matematik ialah 3.17 dan jumlah

keseluruhan responden ialah 35 orang.

Daripada analisis item 2 menunjukkan responden menunjukkan minat kurang seronok

untuk belajar penyelesaian Matematik. Ini kerana mereka tidak faham tentang apa yang mereka

belajar.
Item 3 : Saya selalu membuat latihan penyelesaian sendiri di rumah

Skala Kekerapan Peratus ( % )

Amat Tidak Setuju 7 20

Tidak Setuju 10 28.6

Tidak Pasti 5 14.3

Setuju 6 17.1

Amat Setuju 7 20

Jumlah 35 100
Min = 2.88

Daripada analisis item 1 di atas menunjukkan 7 orang murid memilih skala amat tidak

setuju iaitu sebanyak 20% daripada jumpah keseluruhan responden. 10 orang memilih skala

tidak setuju yang mewakili 28.6%. Bagi skala tidak pasti pula, seramai 5 orang telah memilihnya

dan diwakili sebanyak 14.3% daripada jumlah keeluruhan responden. 17.1% yang mewakili 6

orang responden telah memilih skala setuju dan diikuti dengan skala amat setuju iaitu sebanyak 7

orang dan mewakili 20% daripada jumlah keseluruhan responden. Nilai min bagi item 3 ini iaitu

bagi item saya selalu membuat latihan penyelesaian sendiri di rumah ialah 2.88 dan jumlah

keseluruhan responden ialah 35 orang.

Daripada analisis item 3 menunjukkan responden menunjukkan kurang berminat untuk

selalu membuat latihan penyelesaian sendiri di rumah. Ini kerana responden cenderung untuk

bertanyakan kepada ahli keluarga atau pada rakan-rakan mereka.


Item 4 : Saya suka cara yang digunakan oleh guru saya untuk mengajar Matematik.

Skala Kekerapan Peratus ( % )

Amat Tidak Setuju 10 28.6

Tidak Setuju 7 20

Tidak Pasti 5 14.3

Setuju 8 22.9

Amat Setuju 5 14.3

Jumlah 35 100
Min = 2.74

Daripada analisis item 1 di atas menunjukkan 10 orang murid memilih skala amat tidak

setuju iaitu sebanyak 28.6% daripada jumpah keseluruhan responden. 7 orang memilih skala

tidak setuju yang mewakili 20%. Bagi skala tidak pasti pula, seramai 5 orang telah memilihnya

dan diwakili sebanyak 14.3% daripada jumlah keeluruhan responden. 22.9% yang mewakili 8

orang responden telah memilih skala setuju dan diikuti dengan skala amat setuju iaitu sebanyak 5

orang dan mewakili 14.3% daripada jumlah keseluruhan responden. Nilai min bagi item 4 ini

iaitu bagi item saya suka cara yang digunakan oleh guru saya untuk mengajar Matematik ialah

2.88 dan jumlah keseluruhan responden ialah 35 orang.

Daripada analisis item 4 menunjukkan responden kurang berminat dengan cara atau

kaedah yang digunakan oleh guru mereka untuk mengajar Matematik. Ini kerana guru tidak

menggunakan kaedah yang lebih seronok yang boleh merngsang minat untuk belajar Matematik.
Item 5 : Saya faham apa yang diajar oleh guru saya.

Skala Kekerapan Peratus ( % )

Amat Tidak Setuju 9 25.7

Tidak Setuju 6 17.1

Tidak Pasti 10 28.6

Setuju 4 11.4

Amat Setuju 6 17.2

Jumlah 35 100
Min = 2.77

Daripada analisis item 1 di atas menunjukkan 9 orang murid memilih skala amat tidak

setuju iaitu sebanyak 25.7% daripada jumpah keseluruhan responden. 6 orang memilih skala

tidak setuju yang mewakili 17.1%. Bagi skala tidak pasti pula, seramai 10 orang telah

memilihnya dan diwakili sebanyak 28.6% daripada jumlah keeluruhan responden. 11.4% yang

mewakili 4 orang responden telah memilih skala setuju dan diikuti dengan skala amat setuju iaitu

sebanyak 6 orang dan mewakili 17.2% daripada jumlah keseluruhan responden. Nilai min bagi

item 5 ini iaitu bagi item saya faham apa yang diajar oleh guru saya ialah 2.77 dan jumlah

keseluruhan responden ialah 35 orang.

Daripada analisis item 5 menunjukkan responden masih kurang faham dengan apa yang

diajar oleh guru mereka bagi mata pelajaran Matematik.


Analisis item soal selidik selepas Petak Sifir diperkenalkan : Persepsi murid terhadap minat dan

penggunaan Petak Sifir.

Kek. Kek. Kek. Kek. Kek. Bil. Min


BIL ITEM (Skala (skala (skala (skala (skala Murid
1) 2) 3) 4) 5)

Saya tidak suka 0 0 3 19 13 35 4.29


1. menangguhkan kerja
sekolah matematik.

Saya lebih mudah faham 0 0 11 12 12 35 4.03


2. operasi pendaraban dan
pembahagian dengan
menggunakan Petak Sifir.

Saya seronok belajar 0 0 0 20 15 35 4.43


3. penyelesaian
masalah matematik.

Penggunaan Petak Sifir 0 0 0 18 17 35 4.49


4. membolehkan saya
membuat latihan dengan
banyak dan mendapat
jawapan yang tepat.

Petak Sifir mudah untuk 0 0 2 19 14 35 4.34


5. dibina dan digunakan.

Jumlah 0 0 16 88 71 175 21.58

Purata 0 0 3.2 17.6 14.2 35 4.32


Item 1 : Saya tidak suka menangguhkan kerja sekolah Matematik.

Skala Kekerapan Peratus ( % )

Amat Tidak Setuju 0 0

Tidak Setuju 0 0

Tidak Pasti 3 8.6

Setuju 19 54.3

Amat Setuju 13 37.1

Jumlah 35 100
Min = 4.29

Daripada analisis item 1 di atas menunjukkan tiada responden yang memilih skala amat

tidak setuju dan tidak setuju. 3 responden telah memilih skala tidak pasti ya mewakili 8.6%

daripada daripada jumlah keseluruhan responden. 54.3% yang mewakili 19 orang responden

telah memilih skala setuju dan diikuti dengan skala amat setuju iaitu sebanyak 13 orang dan

mewakili 37.1% daripada jumlah keseluruhan responden. Nilai min bagi item 1 ini iaitu bagi

item saya tidak suka menangguhkan kerja sekolah Matematik ialah 4.29 dan jumlah keseluruhan

responden ialah 35 orang.

Daripada analisis item 1 menunjukkan minat responden yang tidak suka menangguhkan

kerja sekolah Matematik yang telah diberikan oleh guru mereka. Selain daripada itu, penggunaan

Petak Sifir dalam soalan-soalan yang diberikan oleh guru meningkatkan minat mereka untuk

membuat latihan Matematik.

Anda mungkin juga menyukai