Anda di halaman 1dari 7

Bidang Pengajian/Teknologi pendidikan

KERTAS CADANGAN PENGAJIAN


PERINGKAT SARJANA
SESI 2016

OLEH:
WAN NOR AZLINA BINTI WAN ABDULLAH
SMK SELANCAR, MUADZAM SHAH

1
Bidang Pengajian/Teknologi pendidikan

MODEL” KATAK LOMPAT-LOMPAT KE SHOPPING MALL MENGGUNAKAN


MPV”
UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN TERHADAP KONSEP ASAS
PENGIRAAN MOL.
Wan Nor Azlina Bt Wan Abdullah

1.1 PENDAHULUAN
Vektor adalah salah satu subtopik yang diajar dalam subjek Fizik SF016 seperti yang
dinyatakan di dalam Syllabus Physics SF016, Bahagian Matrikulasi. Topik ini diajar di dalam
topik 1 iaitu Physical Quantities and Measurements Semester 1 bagi Program Satu Tahun
(PST) dan Program Dua Tahun (PDT).
Kemahiran meleraikan vektor sangat penting untuk menyelesaikan masalah-masalah
dalam topik-topik Fizik yang seterusnya. Tanpa asas yang kukuh terhadap topik vektor ini
pelajar sukar untuk mentafsir dan menganalisis soalan-soalan yang melibatkan aplikasi
vektor. Menurut Schoenfeld (1987 dalam Nooriza 2001), pelajar sebenarnya bukan lemah
dalam penyelesaian masalah tetapi kurang mahir dalam mengatur strategi untuk
menyelesaikan masalah yang diberikan. Oleh itu guru perlu memainkan peranan dalam
mendidik pelajar mereka menjadi seorang yang berkemahiran dan berkeupayaan dalam
penyelesaian masalah.
Dalam memahami konsep dalam fizik, para pensyarah seharusnya memulakan
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan alat-alat bagi memudahkan kefahaman
pelajar. Pelajar juga perlu didedahkan dengan penggunaan teknik dan kaedah daripada
pensyarah. Pelajar juga perlu membuat penyelesaian soalan berdasarkan konsep dan kaedah
yang diajar.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN


Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar adalah diharap akan mencapai
objektif berikut:
1.2.1 Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan
konsep asas vektor melalui penggunaan ‘Model Arrow 2R’.
1.2.2 Objektif Khusus
1.2.2.1 Mengenalpasti samada penggunaan ‘Model Arrow 2R’ dapat
mempertingkatkan kemahiran pelajar menyelesaikan masalah
berkaitan konsep asas vektor.

2
Bidang Pengajian/Teknologi pendidikan

1.2.2.2 Mengenalpasti samada penggunaan ‘Model Arrow 2R’ dapat


mempertingkatkan keyakinan diri pelajar dalam menyelesaikan
masalah berkaitan konsep asas vektor.
1.2.2.3 Mengenalpasti samada penggunaan ‘Model Arrow 2R’ dapat
mempertingkatkan motivasi pelajar dalam menyelesaikan masalah
berkaitan konsep asas vektor.

1.3 LATAR BELAKANG KAJIAN


Walaupun terdapat banyak topik fizik yang diajar bagi program matrikulasi, penyelidik hanya
memfokuskan kajian kepada masalah berkaitan vektor. Refleksi dilakukan ketika penyelidik
meminta para pelajar menjawab latihan tutorial yang telah diberikan awal kepada mereka di
papan putih secara bergilir-gilir. Daripada proses tersebut, didapati terdapat ramai di antara
mereka tidak berjaya menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan aplikasi vektor.
Apabila penyelidik bertanya kepada pelajar apakah masalah utama yang dihadapi
dalam menyelesaikan soalan-soalan tersebut, dapat disimpulkan bahawa mereka tidak dapat
mengimaginasikan atau menggambarkan gambarajah vektor itu sendiri. Seperti yang telah
diketahui oleh golongan pendidik, kita mengakui bahawa dalam pengajaran sains kita perlu
memulakan pengajaran dengan mengenalpasti konsep-konsep sains yang sedia ada dalam diri
pelajar dan merancang aktiviti yang sesuai supaya dapat distruktur semula konsep-konsep
sains tersebut ke arah konsep-konsep sains sebenar.
Sedar atau tidak, para pelajar kita telah mempunyai idea tersendiri mengenai sesuatu
fenomena berdasarkan pengalaman dan interaksi dengan alam sekitar (Osborne & Gilbert,
1980; Osborne & Bell, 1983; Driver & Oldham, 1986) atau mereka memang telah
didedahkan dengan idea yang tidak selari dengan konsep sains ini dikenali sebagai
miskonsepsi (Fisher, 1982), kerangka alternatif (Driver & Easley, 1978) dan prakonsepsi
(Berkheimer, Anderson & Smith, 1992).
Banyak kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa sikap mempengaruhi
pencapaian pelajar. Neat et al.(1970) telah menjalankan kajian terhadap pelajar-pelajar gred
enam dan lapan di sebuah pekan berhampiran St. Paul, Amerika Syarikat. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan pencapaian pelajar.
Kajian tersebut juga mendapati salah satu sebab utama mengapa sikap positif terhadap mata
pelajaran amat diperlukan ialah kerana sikap demikian memberi kesan motivasi kepada
pelajar. Jika seseorang pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap sesuatu mata pelajaran
mereka akan mempelajari mata pelajaran tersebut dengan lebih mendalam.
Menurut Shukri (1997), jika guru dapat mengenalpasti asas pemahaman konsep serta
salah tanggap konsep oleh pelajar maka guru sewajarnya memberikan suatu pendekatan
alternatif yang dapat memperbetulkan kelemahan dalam pemikiran pelajar. Pelajar kita
memerlukan suatu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan mudah diaplikasikan oleh
mereka. Dalam memahami leraian vektor yang dianggap sebagai konsep abstrak ini, pendidik
perlu kreatif untuk memahamkan mereka. Justeru itu, ‘Model Arrow 2R’ sebagai analogi asas
boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan leraian vektor.

1.4 SKOP KAJIAN


3
Bidang Pengajian/Teknologi pendidikan

Dapatan kajian ini hanya terbatas kepada kumpulan sasaran kajian. Sebarang generalisasi
yang dibuat berasaskan dapatan kajian terhad kepada pelajar yang terlibat. Kajian ini
memfokuskan keberkesanan penggunaan ‘Model Arrow 2R’ sebagai alternatif lain untuk
memahami konsep asas vektor dan data hanya diperolehi dengan menggunakan ujian pra dan
pasca.
Kaedah kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kajian tindakan kerana pengkaji
dapat mengenalpasti masalah dan dapat menyelesaikan masalah dengan mudah dan cepat.
Statistik yang digunakan adalah statistik deskriptif iaitu mod dan peratus bagi mengolah
dapatan dan hasilan kajian.
Kajian ini melibatkan 40 orang pelajar Modul Satu Kolej Matrikulasi Johor semester
1 sesi 2012/2013. Ia dilaksanakan ke atas dua kumpulan tutoran yang terdiri daripada 20
orang pelajar setiap satu di bawah tanggungjawab penyelidik. Kumpulan kawalan adalah
kumpulan yang tidak didedahkan dengan ‘Model Arrow 2R’. Mereka berperanan sebagai
kumpulan perbandingan yang tidak terlibat dalam penggunaan ‘Model Arrow 2R’.

1.5 METADOLOGI KAJIAN


1.5.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan terhadap masalah yang dikenalpasti dibuat sebelum tindakan atau
langkah sewajarnya dilakukan. Ini bertujuan untuk membolehkan penyelidik
memahami masalah yang timbul dengan lebih mendalam. Tinjauan dilakukan melalui
pengalaman pendidik selama 9 tahun mengajar, semakan terhadap latihan tutoran,
tugasan dan Temu Bual.
1.5.2 Analisis Tinjauan Masalah
1.5.2.1 Analisis Latihan Tugasan
Pemeriksaan yang telah dijalankan terhadap latihan tugasan pelajar
menunjukkan bahawa terdapat pelajar yang tidak berjaya menyelesaikan
soalan dengan tepat. Mereka dikenalpasti mempunyai masalah untuk
menjawab soalan yang melibatkan aplikasi vektor.
1.5.2.2 Analisis Temu Bual
Penyelidik juga mengadakan sesi temu bual dengan segelintir pelajar
yang tidak dapat menyelesaikan latihan tugasan mereka dengan betul. Hasil
daripada temu bual menunjukkan mereka telah mempunyai pengetahuan awal,
namun percanggahan analogi menyebabkan mereka tidak dapat mengaitkan
pemahaman asal dengan yang baru.
1.5.3 Pengumpulan Data
1.5.3.1 Pengukuran I : Ujian Pra
Ujian Pra dijalankan ke atas 40 orang pelajar Modul Satu Kolej
Matrikulasi Johor. Satu set kertas ujian mengandungi 4 soalan struktur yang
berkaitan aplikasi vektor. Ujian ini mengambil masa selama 15 minit dan ia
4
Bidang Pengajian/Teknologi pendidikan

melibatkan 20 orang pelajar kumpulan kawalan dan 20 orang pelajar


kumpulan sasaran. Ujian ini akan dijalankan secara serentak untuk kedua-dua
kumpulan. Statistik deskriptif iaitu mod dan peratus akan digunakan bagi
mengolah dapatan dan hasilan kajian.

1.5.3.2 Pelaksanaan Tindakan


‘Model Arrow 2R’ diperkenalkan kepada pelajar sasaran selama 30
minit sebagai alternatif untuk membolehkan mereka memahami konsep asas
vektor. Model ini ringkas, mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi iaitu
hanya menggunakan kertas keras, kertas berwarna dan pin.
Pelajar diberi peluang membuat sendiri ‘model arrow 2R’ dan
menerangkan kepada rakan sekelas secara bergilir selama 1 jam dalam
kumpulan masing-masing. Ini adalah untuk memastikan mereka benar-benar
faham sebelum menjawab ujian pasca.
1.5.3.3 Pengukuran II : Ujian Pasca
Ujian Pasca dijalankan ke atas 40 orang pelajar yang merupakan
sampel kajian. Satu set kertas ujian mengandungi 4 soalan struktur yang
berkaitan aplikasi vektor. Ujian ini mengambil masa selama 15 minit yang
melibatkan 20 orang pelajar dalam kumpulan kawalan dan 20 orang pelajar
dalam kumpulan sasaran pada waktu yang serentak.
1.5.3.4 Analisis Data
Data yang diperoleh daripada markah ujian pra dan ujian pasca diuji
secara berstatistik dengan menggunakan perisisan Statistical Package for
Social Science (SPSS).
Sebelum sebarang ujian berstatistik dilakukan, min dan sisihan piawai
bagi ujian pra dan ujian pasca setiap kumpulan dihitung. Ujian-t bagi sampel
berasingan digunakan untuk mengkaji hasil pendedahan model ini.
Analisa ujian-t digunakan untuk membandingkan skor min di antara
dua kumpulan berbeza ini. Beza skor min ini akan dapat menentukan samada
hipotesis yang digariskan melalui kajian ini dapat dibuktikan iaitu
meningkatkan kefahaman terhadap konsep asas vektor.

5
Bidang Pengajian/Teknologi pendidikan

1.6 RANGKA JADUAL KERJA

AKTIVITI 2013 2014 2015


S O N D J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O

Kajian Ke ●
Perpustakaan

Penyediaan Model ●

Ujian Pra ●

Pelaksanaan ●
Tindakan

Ujian Pasca ●

Analisis Data ●

Penulisan Tesis ●

Penyerahan Draf ●
Awal

6
Bidang Pengajian/Teknologi pendidikan

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN


1.7.1 Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sumber pengetahuan dan bahan rujukan
semua pegawai di Kementerian Pelajaran khususnya Bahagian Matrikulasi dan
orang perseorangan yang berminat.
1.7.2 Kajian ini juga diharapkan dapat digunakan oleh pihak pengurusan Kolej
Matrikulasi Johor dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti pensyarah
khususnya dalam bidang Fizik.
1.7.3 Melalui kajian ini pihak pensyarah Kolej Matrikulasi dapat memperbaiki cara
pengajaran yang sebelum ini hanya bercorak tradisional kepada kaedah yang
lebih baik.

1.8 BIBLIOGRAFI
Alan Giambattista, Betty McCarthy Richardson & Robert C. Richardson(2004),
”College Physics”, International Edition, ISBN 0–07–121462–3.

Douglas C. Giancoli(2000), “Physics for Scientists and Engineers with Modern


Physics”, 3th Edition, Prentice Hall International, ISBN 0–13–017976–0.

Driver, R & Oldham, V (1986). Constructivist Approach to Curriculum Development


in Science education, 13 105-122.

Hugh D. Young & Roger A. Freedman(2004), “University Physics with Modern


Physics”, 11th Edition, Pearson Education, Addison Wesley, ISBN 0–8053–
8684–X

Neal, D.C., Gill, V dan Tismer, W. 1970. Relationship Between Attitude Toward
School Subject and School Achievement. Journal of Educational Research.
6(52):232-238.

Nooriza Kasim. 2001. Pedagogi dalam Pendidikan Fizik. Kajang: Utusan


Publications.

Osborne, R.J & gilbert, J (1980). A Technique for Exploring Students’ Views of the
World, Physics Education, 15, 376-379.

Raymond A. Serway & John W. Jewett,Jr.(2004), “Physics for Scientists and


Engineers with Modern Physics”, 6th Edition, Thomson Brooks/cole.

Schoenfeld, A. H. 1985. Mathematical Problem Solving. Orlando: Academic Press

Shukri Ismail (1997). Masalah Pemahaman Konsep Jirim di kalangan Pelajar


Tingkatan Dua di Kuala Terengganu. Kajian Kendiri dengan UTM Skudai
yang tidak diterbitkan.

Anda mungkin juga menyukai