Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Hal ini kerana, pendidikan
prasekolah merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu
selepas pendidikan di rumah. Oleh hal yang demikian, pendidikan prasekolah di Malaysia
dengan berkonsepkan program pendidikan tidak formal telah menyediakan pengalaman
pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun sebagai persediaan
sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal. Berikutan Akta Pendidikan
1996, pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan
untuk masuk ke sekolah rendah.

Pendidikan prasekolah juga adalah pendidikan awal dalam perkembangan hidup


seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Menurut teori Ekologi Bronfenbrenner
(1977), ahli keluarga khususnya ibu bapa mempunyai peranan penting sebagai agen sosialis
dalam kehidupan kanak-kanak dan mempunyai pengaruh paling besar ke atas semua aspek
perkembangan kanak-kanak. Keluarga adalah unit asas institusi sosial di dalam sesebuah
masyarakat. Pengaruh baka dan persekitaran memberikan kanak-kanak kadar dan tahap
perkembangan yang berbeza-beza. Interaksi pengaruh-pengaruh ini dapat membantu dalam
menentukan pencapaian perkembangan ke satu tahap yang maksimum. Oleh hal yang
demikian, perkembangan kanak-kanak sama ada dalam aspek kognitif, fizikal atau
kerohanian perlu diterapkan bermula dari kediaman kanak-kanak itu sendiri dan seterusnya
diaplikasikan di prasekolah.

Anda mungkin juga menyukai