Anda di halaman 1dari 6

FAHAMAN ISLAM LIBERAL DAN HUBUNGANNYA

DENGAN GOLONGAN KELAS MENENGAH

Azalina Binti Tatar


Jabatan Pengajian Umum,
Kolej Poly-Tech MARA, Alor Setar
Azalina_kuim3@yahoo.com

ABSTRAK

Fahaman liberalisme yang pada mulanya berlaku di negara Barat, kini telah menular di negara-
negara Islam termasuk di Malaysia dan lebih dikenali sebagai fahaman Islam Liberal. Fahaman Islam
Liberal merupakan satu bentuk pemikiran yang mempunyai kecenderungan untuk mentafsirkan
semula al-Qur’an sesuai dengan gagasan mereka terutamanya mengenai hukum-hukum yang
dianggap bersifat out of date. Ideologi ini didukung oleh golongan berpendidikan yang mana
kebanyakannya pernah menuntut ilmu atau pun pernah berkhidmat di institusi-institusi pengajian
Barat. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk meneroka hubungan atau perkaitan golongan kelas
menengah yang dianggap golongan berpendidikan dengan gerakan fahaman Islam Liberal yang kian
wujud hampir di setiap negara. Hasil kajian mendapati bahawa latarbelakang pendukung fahaman
Islam Liberal ini terdiri di kalangan golongan intelektual yang memiliki taraf atau kelayakan
akademik yang tinggi dan menjawat jawatan yang telah diklasifikasikan sebagai golongan kelas
menengah seperti pensyarah, peguam, pegawai eksekutif dan sebagainya.

Kata kunci: Islam Liberal , Kelas Menengah

1. Pendahuluan

Tuntutan terhadap persamaan hak antara lelaki dan wanita melalui gagasan pembebasan wanita dan
feminisme merupakan isu yang sangat sinonim dengan pemikiran Islam Liberal. Melalui gagasan
pembebasan wanita tersebut, aliran Islam Liberal berfungsi membela hak-hak wanita dalam Islam
dengan pendekatan yang melampaui batas iaitu memperbaharui hukum-hukum Allah, undang-
undang serta dasar-dasar mengenai kesaksamaan dan keadilan (Khalif Muammar 2009:151). Di
antara hak yang mereka perjuangkan adalah seperti hak pembahagian harta pusaka, perkahwinan,
poligami, penceraian, kepimpinan wanita dalam solat, kesaksian wanita dan persoalan mengenai
hukum aurat bagi wanita yang mana menurut pandangan mereka telah menindas dan
mendiskriminasi hak kaum wanita.

Menurut Muhammad Nur (2006:6), gerakan pembebasan wanita dalam dunia Islam sering
dikaitkan dengan beberapa orang tokoh wanita terkenal seperti Fatimah Mernisi di Maghribi, Amina
Wadud di Amerika Syarikat, Nawal Sacadawi di Mesir dan Rifacat Hassan di Pakistan. Berdasarkan
kepada latarbelakang tokoh-tokoh tersebut, dapat disimpulkan bahawa senario perjuangan hak
wanita fahaman Islam Liberal yang wujud hampir di setiap negara mempunyai perkaitan dan
hubungan dengan golongan kelas menengah. Secara umumnya, golongan kelas menengah boleh
ditakrifkan sebagai golongan perantara antara kelas atasan dan bawahan yang memiliki ciri-ciri
seperti mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi dan menjawat jawatan yang penting dalam

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,
iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by http://WorldConferences.net 197
sesebuah organisasi seperti peguam, doktor, pensyarah, guru, pengurus, jurutera dan lain-lain
(Posiah 1987, Abdul Rahman 1998).

2. Islam Liberal

Istilah Islam Liberal dalam konteks kajian ini bermaksud satu aliran fahaman yang amat
mementingkan perubahan dan kebebasan melangkaui apa yang telah sedia ada dalam agama Islam.
Dengan kata lain, Islam Liberal merupakan gerakan pemikiran yang bermatlamat untuk
membebaskan manusia daripada ajaran Islam yang sebenar kerana merasakan ianya tidak lagi
relevan untuk diamalkan pada zaman yang moden ini. Justeru, pelbagai pendekatan telah diambil
bagi mencapai matlamat tersebut seperti penilaian semula tafsiran ayat-ayat al-Qur’an, penolakan
terhadap hukum-hukum tertentu khususnya yang berkaitan dengan wanita dan sebagainya. Maksud
istilah Islam Liberal yang dinyatakan ini adalah berdasarkan kepada pemahaman terhadap beberapa
kajian lepas seperti Riduan & Ahmad Adnan (2009) dan Hafiz Firdaus (2005).

Secara umumnya, golongan Islam Liberal tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang
menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan yang menyeru kepada pengkajian semula
agama, pentafsiran semula al-Qur’an serta penilaian semula syariat dan hukum-hukum fiqh. Mereka
menolak tafsiran daripada Rasulullah dan para sahabat serta ulama mujtahid yang menurut mereka
kolot dan ketinggalan zaman. Menurut Mohammad Ariffin (2009:8), fahaman Islam Liberal
menyakini bahawa agama perlu bersesuaian dengan peredaran semasa walaupun terpaksa
menafikan hukum-hakum agama yang telah thabit secara putus (qatci). Mereka juga percaya
sekiranya terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia, dan tamadun
global, maka hukum itu perlu ditakwilkan mengikut kesesuaian pemikiran mereka atau sebolehnya
digugurkan.

3. Kelas Menengah

Menurut Posiah (1987:16) dalam kajiannya bertajuk Kelas Menengah Melayu: Satu Kajian Mengenai
Sosialisasi Politik Dan Budaya Politik menyebut kelas menengah secara umumnya membawa maksud
susunlapis struktur sosial berperanan sebagai perantara antara lapisan atasan dan bawahan dan
lebih tertumpu di kawasan bandar berbanding diluar bandar. Menurut penulisan itu lagi, untuk
mengenalpasti titik atau garis pemisah antara kelas menengah dengan kelas-kelas yang lain
selalunya bergantung kepada beberapa kriteria tertentu. Melalui penelitian, didapati bahawa jenis
pekerjaan merupakan di antara kriteria yang sering difokuskan dalam kebanyakan kajian yang
berkaitan dengan kelas menengah ini seperti kajian yang dilakukan oleh Abdul Rahman (1998), Tim
Butler (1997), Derek Wynne (1998) dan sebagainya.

Selain itu, Mohamed Salleh (1998:441) telah mengutip pandangan Goldthorpe dalam
mendefinasikan kelas menengah mengikut jenis-jenis pekerjaan. Antara ciri-ciri pekerjaan yang
boleh dikatogerikan sebagai golongan kelas menengah dalam kajian beliau adalah professional
peringkat tinggi dan rendah seperti pentadbir dan pengurus, majikan kecil yang mempunyai pekerja
dan peladang serta pekerja bukan buruh kasar atau pekerja perkhidmatan. Walaupun begitu,
pengkelasan terhadap jenis pekerjaan ini dilihat sedikit berbeza jika dibandingkan dengan kriteria
yang dijelaskan oleh Giddens yang turut dibincangkan dalam penulisan Mohamed Salleh di mana
pekerjaan jenis pengkeranian dan pekerja jualan juga tergolong dalam golongan kelas menengah.

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,
iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by http://WorldConferences.net 198
Di samping itu, laman sesawang wikepedia.org pula telah mendefinasikan kelas menengah
mengikut jenis-jenis budaya. Sesebuah keluarga di Bandar India umpamanya dianggap sebagai
kelompok kelas menengah sekiranya mereka mendiami dalam harta yang mereka miliki. Manakala di
United Kingdom pula, istilah kelas menengah menandakan bahawa masyarakat tersebut lazimnya
telah mendapat pendidikan yang baik, memiliki sebuah rumah, dan menjawat profession
pengurusan atau profesional. Selain itu, ciri-ciri yang lazimnya dianggap moden dalam menjelaskan
“kelas menengah” adalah seperti memiliki pendidikan yang tinggi, memegang kelayakan professional
termasuk ahli akademik, peguam, jurutera, ahli politik dan doktor, memiliki nilai-nilai borjuis (kelas
pertengahan) seperti pemilikan rumah dan pekerjaan yang boleh dianggap ‘selamat’ atau terjamin
dan memiliki budaya hidup seperti menggemari budaya popular. Secara umumnya, dapat difahami
bahawa konsep kelas menengah bergantung kepada bagaimana ia ditakrifkan sama ada menerusi
pendidikan, kekayaan, persekitaran, didikan, rangkaian sosial, adab atau nilai-nilai dan lain-lain.

Kesimpulannya, apa yang dapat difahami menerusi perbincangan ini adalah istilah kelas
menengah mempunyai pelbagai tafsiran dalam kalangan ahli-ahli sosiologi dan sempadannya adalah
sukar untuk dipastikan. Hal ini menurut penulis kerana sempadan-sempadan yang diberikan boleh
berubah-berubah seiring dengan peredaran zaman. Sebagai contoh, sepertimana hasil kajian Nordin
Selat (1976:173) menunjukkan perbezaan yang ketara dengan kajian yang dilakukan oleh Abdul
Rahman (2002:63) mengenai taraf pendidikan dalam kalangan golongan kelas menengah. Peratusan
golongan responden kelas menengah yang memiliki taraf pendidikan sehingga ke peringkat siswazah
sama ada Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dalam kajian Abdul Rahman adalah sebanyak 6.5 %,
dan ini sangat berbeza dengan hasil dapatan melalui kajian Nordin Selat iaitu hanya mencapai 1.91
%. Ini jelas menunjukkan bahawa sempadan atau had untuk menentukan golongan kelas menengah
berubah-berubah mengikut peredaran serta perubahan zaman.

Walaupun sempadan untuk menentukan golongan kelas menengah sukar untuk


dikenalpasti, namun begitu penulis dapat merumuskan bahawa apabila membicarakan soal kelas
menengah ini ianya menunjukkan bahawa golongan tersebut adalah masyarakat yang memiliki
kehidupan yang baik dan stabil baik dari sudut ekonomi, pendidikan mahupun kerjaya. Kelas
menengah juga sinonim dengan masyarakat yang up to date di mana kemajuan dan pembangunan
negara banyak bergantung kepada golongan ini dengan melihat kepada posisi-posisi penting yang
mereka jawat dalam sesebuah organisasi. Menurut Nordin Selat (1976: xiii), kelas menengah
memainkan peranan yang penting dalam sesebuah negara. Mereka dianggap sebagai kumpulan
pendesak, ahli fikir, alat penghubung dengan kelas atasan, pemimpin kepada kelas bawahan serta
kumpulan yang peka dan melibatkan diri dengan masalah-masalah negara. Kelas menengah bukan
terdiri daripada pihak berkuasa tertinggi negara, tetapi pegawai dan pentadbir jentera biokrasi
negara. Mereka juga bukannya pemilik syarikat, tetapi pengurus eksekutif syarikat (Abdul Rahman
1998:63).

4. Fahaman Islam Liberal dan Hubungannya dengan Kelas Menengah

Merujuk kepada latarbelakang tokoh-tokoh fahaman Islam Liberal, dapat disimpulkan bahawa
mereka terdiri di kalangan golongan intelektual yang memiliki taraf atau kelayakan akademik yang
tinggi dan menjawat jawatan yang telah diklasifikasikan sebagai golongan kelas menengah seperti
pensyarah, peguam, pengawai eksekutif dan sebagainya. Sepanjang penelitian penulis, didapati
bahawa tidak ada golongan kelas bawahan atau atasan yang melibatkan diri dalam perjuangan
fahaman Islam Liberal.

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,
iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by http://WorldConferences.net 199
Sebagai contoh dari sudut pensyarah, kerjaya ini dilihat mempunyai hubungan dengan
kebanyakan tokoh-tokoh fahaman Islam Liberal. Di Indonesia umpamanya, kebanyakan tokoh-tokoh
Islam Liberal di negara tersebut kini berkhidmat sebagai pensyarah di universiti-universiti seperti
Universitas Islam Negeri (IAIN atau UIN) sepertimana yang telah dijelaskan dalam buku “50 Tokoh
Islam Liberal di Indonesia”. Dalam konteks negara Malaysia pula, Amina Wadud yang pernah
berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1989
sehingga 1991 dan terus menduduki posisi sebagai pensyarah sehingga kini di Universiti
Commonwealth Virginia.

Dari konteks peguam pula, Nik Noraini Nik Badli Shah pula kini memegang jawatan sebagai
penasihat undang-undang di dalam organisasi pertubuhan Sisters in Islam. Ini jelas menunjukkan
bahawa fenomena fahaman Islam Liberal ini mempunyai hubungan golongan kelas menengah.
Dakwaan ini turut dikuatkan dengan kenyataan Muhammad Nur Manuty bahawa fahaman
pluralisme agama telah menyebabkan kecenderungan segelintir golongan kelas menengah
mengambil pendirian liberal terhadap hal yang berkaitan dengan akidah dan syariah (Wajdi 2010).
Jika ditinjau dari sudut sejarah asalnya pun, fahaman Islam Liberal ini telah dianjurkan oleh golongan
kelas menengah iaitu cendekiawan-cendekiawan ketika itu yang merasakan bahawa masyarakat
perlu dibebaskan daripada kongkongan ajaran gereja demi mencapai kemajuan. Bermula daripada
golongan intelektual di Barat, ianya merebak dalam kelompok masyarakat yang sama hingga ke
Timur Tengah, Indonesia dan seterusnya di Malaysia. Bezanya, di Malaysia pengaruh fahaman Islam
Liberal ini masih lagi berada dalam keadaan terkawal atas usaha-usaha pihak tertentu yang sentiasa
bertegas terhadap isu-isu agama yang timbul. Cumanya, usaha yang dilakukan itu tidak zahir secara
khususnya menyentuh kepada fahaman Islam Liberal. Sebagai contoh, mengenai isu murtad atau
hak kebebasan beragama, ramai pihak tampil merespon isu tersebut dengan hujah-hujah yang
sewajarnya sebagai langkah mempertahankan kesucian Islam. Namun begitu, tidak dinyatakan
bahawa usaha tersebut secara khusus ingin membendung pengaruh fahaman Islam Liberal di negara
ini.

Sedar atau tidak, kita perlu akur bahawa masyarakat pertengahan lebih terdedah dengan
pengaruh fahaman Islam Liberal ini. Secara khususnya di Malaysia pula, golongan kelas menengah di
Lembah Klang lebih banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Islam Liberal ini berbanding di negeri-
negeri lain. Buktinya, pertubuhan Sisters in Islam ditubuhkan dan beroperasi di Petaling Jaya yang
merupakan salah satu kawasan di Lembah Klang. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti
Lembah Klang merupakan pusat tumpuan golongan kelas menengah selain merupakan pusat
pemodenan dan sebagainya.

Selain pendukung fahaman Islam Liberal, pengkritik-pengkritik fahaman tersebut juga adalah
dalam kalangan golongan kelas menengah. Menerusi penulisan-penulisan yang mengecam tindakan
golongan Islam Liberal, semuanya terdiri dalam kalangan golongan kelas menengah seperti
pensyarah, pegawai agama, badan politik dan sebagainya. Begitu juga menerusi ceramah atau
bengkel yang meyalurkan maklumat atau informasi mengenai fahaman Islam Liberal, kebanyakannya
disampaikan oleh golongan kelas menengah terutamanya di Lembah Klang.Oleh yang demikian,
dapat dibuktikan bahawa perjuangan gagasan Islam Liberal sama ada pada awal kemunculannya
sehingga kini sememangnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kelompok golongan kelas
menengah.

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,
iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by http://WorldConferences.net 200
5. Kesimpulan

Penulisan ini merumuskan bahawa perjuangan fahaman Islam Liberal sememangnya mendapat
tempat dan perhatian dalam kalangan golongan kelas menengah di Malaysia khususnya di Lembah
Klang.

Penghargaan

Kertas kerja ini merupakan sebahagian daripada thesis penulis bertajuk “Isu-isu Wanita Menurut
Fahaman Islam Liberal dan Implikasinya Terhadap Pemikiran Masyarakat Islam Kelas Menengah di
Lembah Klang” , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pembentangan kertas kerja ini juga
merupakan tajaan daripada pihak Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar.

Bibliografi

Abdul Rahman Embong. (1998). Golongan Pengurus dan Professional Melayu Satu Kajian Tentang
Pemodenan dan Transformasi Masyarakat. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahman Embong. (2002). State-led Modernization and the New Middle Class in Malaysia. New
York: Palgrave.

Hafiz Firdaus Abdullah. (2005). Himpunan Risalah dalam Beberapa Persoalan Ummah. Johor Bahru:
Jahabersa.

Hafiz Firdaus Abdullah. (2007). Membongkar Aliran Islam Liberal. Johor Bahru: Jahabersa.

Khalif Muammar. (2006). Atas Nama Kebenaran Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal.
Selangor: Akademi Kajian Ketamadunan.

Mohamed Salleh. (1998). Politik kelas menengah Melayu: satu tinjauan awal. Dlm. Hashim Awang
AR, Zahir Ahmad & Zainal Abidin Borhan (pnyt.). Pengajian Sastera dan Sosiobudaya Melayu
Memasuki Alaf Baru. Akademi Pengajian Melayu: Universiti Malaya.

Mohammad Ariffin Ismail. (2009). Cabaran Akidah Pemikiran Islam Liberal. Kuala Lumpur: Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan.

Muhammad Nur Manuty. (2006). Fenomena pemikiran Islam Liberal dan implikasinya kepada
kedudukan Islam dan penganutnya di Malaysia: beberap refleksi.
http://www.haluan.org.my/v3/index.php/lima-rukun-pemikiran-islam-liberal.htm [12 Ogos
2010].

Nordin Selat. (1976). Kelas Menengah Pentadbir Melayu: Satu Kajian Perkembangan Gaya Hidup.
Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Berhad.

Posiah Hj. Mohd Isa. (1987). Kelas menengah Melayu: satu kajian mengenai sosiolisasi politik dan
budaya politik. Tesis Sarjana, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya.

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,
iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by http://WorldConferences.net 201
Riduan Mohd Nor & Ahmad Adnan Fadhil. (2009). Islam Liberal dan Pluralisme Agama. Kuala
Lumpur: Jundi Resources.

Wajdi Mayusoh. (2010). Pemimpin lemah punca fahaman Islam Liberal tersebar.
http://ababilpumpp.blogspot.com/2010/10/pemimpin-lemah-punca-fahaman-islam.html
[21 September 2011].

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,
iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Organized by http://WorldConferences.net 202

Anda mungkin juga menyukai