Anda di halaman 1dari 59

KRB3053 - Kaedah Pengajaran Bahasa

Melayu Sekolah Rendah

Kuliah 2:
Pendekatan, kaedah, teknik, dan strategi
pengajaran bahasa

Pengurus : Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub (013-9226944)


Pensyarah : Dr. Jamalsafri Saibon (Kota Kinabalu – 016-4556096)
Dr. Ahmad Zamri Khairani (Kuching – 019-5492525)
Dr. Aswati Hamzah (Pulau Pinang – 018-4056787)

12 Oktober 2013
Sketsa Guru

“Kaedah pengajaran yang saya


gunakan betul... tapi hasil yang
saya harapkan masih tidak
tercapai.”
“Kalau begitu, adakah teknik-
teknik yang awak gunakan itu
betul juga?”

“Teknik-teknik yang saya pakai


tidak mungkin salah lagi”

“Oh ya! Strategi pengajaran


macam mana pula?”

“Apa itu stra..."


PENDEKATAN

Pendekatan dimaksudkan sebagai


arah atau hala yang diambil untuk
menuju sesuatu sasaran.

Pendekatan-pendekatan yang dipilih


biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu.
Analogi – Memasak ikan

Pendekatan Timur
Pendekatan Barat
Keutamaan diberi kepada
Keutamaan ditegaskan pada
rasa dan rupa makanan
nilai kalori, nilai makanan
tetapi tidak begitu
dari segi zat makanan dan
mementingkan nilai kalori
ciri-ciri makanan seimbang.
atau ciri-ciri makanan
seimbang.
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang
Teori Behavioris (Skinner)
digunakan untuk memulakan proses pengajaran…

sesuatu isi sesuatu mata beberapa mata


kemahiran
pelajaran, pelajaran, pelajaran

Pendekatan-pendekatan ini wujud berdasarkan aspek-aspek


pengajaran yang ingin diutamakan dan boleh digolongkan
mengikut:
Pengajaran
Cara Keaktifan
Cara fakta Pengajaran mata
pengelolaan pengajaran
disampaikan bahasa pelajaran
murid atau murid
lain.
Jenis-jenis pendekatan

Pendekatan

Deduktif Induktif Eklektik Komunikatif


Pendekatan deduktif

Dipaksikan pada kepatuhan terhadap pendedahan


awal tentang teori, hukum atau masalah tertentu.

Prosedur pengajaran dimulakan dengan pengenalan


rumus.

Memulakan sesuatu pembelajaran dengan melihat


sesuatu itu secara keseluruhan sebelum kesimpulan
secara spesifik dibuat.
Ciri-ciri pendekatan deduktif

Mementingkan pengetahuan yang diperoleh & bukan kebiasaan.

Bersifat ideasionalisme untuk memperoleh pengetahuan.

Isi disusun bermula dengan keseluruhan kepada yang lebih kompleks.

Struktur isi & kognitif dapat memudahkan murid belajar.

Menekankan aspek pemahaman berbanding hafalan.

Memulakan pengajaran secara generalisasi kemudian diikuti contoh.

Selaras dengan linguistik tradisional & transformasi.

Mengutamakan aspek tulisan berbanding kemahiran lain.


Kekuatan

Murid
berpeluang
Cara mudah & Sesuai
Bermanfaat meniru dan
sesuai untuk digunakan
kepada murid menghafal
sampai isi dalam
yang pandai. contoh yang
pelajaran. pengajaran.
diberikan
guru.
Kelemahan

Guru perlu
menguasai konsep
dan contoh yang Tidak sesuai untuk
betul, tepat dan murid lemah.
jelas sebelum
melaksanakannya.

Mengutamakan
pengetahuan sedia ada
murid.
Pendekatan Induktif
Ciri-ciri Pendekatan Induktif
Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan.

Menggunakan pengalaman deria untuk memperoleh pengetahuan.

Penekanan kepada pengajaran berbentuk konkrit.

Kekerapan membuat ulangan dalam pelbagai konteks kemahiran.

Selaras dengan kehendak linguistik struktural.

Murid belajar sepenuhnya di bawah bimbingan guru.

Menekankan penglibatan murid yang aktif.

Bersifat saintifik.

Menekankan aspek lisan.


Kelebihan Kelemahan
Murid dibantu memahami konsep Sukar mendapat kerjasama daripada
menerusi teknik penyoalan oleh murid-murid.
guru.

Menggalakkan penglibatan murid Masa yang digunakan terlalu lama


yang aktif. untuk menyelesaikan masalah.

Murid mendapat bimbingan Guru terbeban kerana terlalu banyak


sepenuhnya daripada guru. persediaan yang perlu dibuat.

Penggunaan bahan bantu mengajar Tidak sesuai untuk murid yang


secara maksimum. pandai.

Murid berpeluang mengemukakan


contoh sendiri.
Pendekatan Eklektik

Tidak perlu terlalu


terikat pada mana-
Mengambil
mana pendekatan
Menggabungkan kelebihan daripada
tetapi pengajaran
pendekatan kedua-dua
mestilah lebih luas,
deduktif dan pendekatan
selain mudah
induktif. deduktif dan
diubah suai
induktif.
mengikut
keperluaan murid.
Ciri-ciri Pendekatan Eklektik

Satu cara mengajar bahasa yang menggunakan pelbagai kaedah.

Memberi peluang guru menggunakan usaha dan kreativiti sendiri.

Guru berpeluang mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid.

Membolehkan murid berfikir secara terus dalam bahasa yang dipelajari.

Banyak menggunakan latihan dalam pengajarannya.


Kelebihan Kelemahan
Sesuai dilaksanakan untuk murid Sukar memilih pendekatan yang
yang mempunyai pelbagai hendak digunakan.
kebolehan.

Murid berpeluang belajar dalam Tugas guru bertambah kerana


suasana yang lebih meyakinkan. terpaksa menyediakan banyak
latihan.

Pengambilan ciri-ciri baik daripada Tidak sesuai untuk murid yang lemah.
beberapa pendekatan lain, boleh
mengimbangkan kelemahan yang
ada dalam pendekatan tersebut.
Memudahkan guru mentadbir
pengajaran mereka sekali gus
meningkatkan pemahaman murid.
Pendekatan Komunikatif
Berpusatkan murid dalam P&P.

Berfokus pada bentuk-bentuk komunikatif seperti


permohonan maaf, penceritaan, pelaporan dan
sebagainya.

Penyerapan bentuk gramatikal untuk tujuan komunikasi.

Menekankan proses komunikasi sebenar.

Menggunakan struktur bahasa yang sesuai mengikut


tujuan komunikasi dan mengambil kira makna sosial
dalam penggunaan bahasa.
KAEDAH

Kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat


sesuatu), hukum atau prinsip.

Terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang


sistematik dan tersusun untuk mencapai
sesuatu matlamat.

Satu aktiviti pengajaran yang mempunyai


langkah-langkah yang tersusun.
Analogi

Jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu


fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang
kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-
kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti
menggoreng, merebus, memanggang atau
mengukus.
Jenis-Jenis Kaedah

Fonetik /
Eklektik
Linguistik

Bacaan/Ajuk
Audio-Lingual
Hafaz

Terus Kod Kognitif

Kaedah
Kaedah Nahu Pengajaran
Terjemahan/ Komunikatif
Tradisional Bahasa
Melayu
1. Kaedah nahu terjemahan

Berfokus pada kemahiran menulis dan bukannya kemahiran lisan.

Tidak mementingkan fonetik ketika menggunakan kaedah ini.

Tujuan – untuk membolehkan murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa


di samping melatih mereka menulis menggunakan bahasa yang betul.

Beri peluang murid menterjemahkan bahan daripada bahasa asing ke bahasa


jati atau sebaliknya.

Gabungan tatabahasa dengan terjemahan.


Ciri-ciri Kaedah Nahu Terjemahan

Mengekalkan
Pengajaran
Menekankan bahasa
Berfokus Berteraskan dan
hafazan pertama
pada aspek pendekatan praktikalnya
peraturan sebagai
tulisan. deduktif. berdasarkan
tatabahasa. sistem
ayat.
rujukan.
Kelebihan Kaedah Nahu Terjemahan

Amat berkesan dalam kelas yang mempunyai murid cerdas yang berminat untuk menaakul
konsep-konsep abstrak.

Murid tersebut mempunyai kemampuan untuk memahami segala huraian bahasa yang diajar
serta dapat mengingati peraturan-peraturan, bahasa dan perbendaharaan kata yang diajar.

Tidak memerlukan persediaan yang teliti dalam menyediakan bahan bantu mengajar kerana
hanya melibatkan bahan bacaan sahaja.

Tegasnya, dalam kaedah ini guru perlu kreatif dalam perancangan dan pelaksanaan teknik
pengajaran.

Kebanyakan bahan pengajarannya terdiri daripada buku teks.

Dapat diajar dalam jumlah murid yang ramai.


2. Kaedah terus

Menekankan pengajaran bahasa kedua dan bahasa asing yang dilaksanakan melalui
penggunaan bahasa sasaran semata-mata.

Terjemahan dalam bahasa ibunda tidak boleh langsung dalam kaedah ini.

Murid mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa
sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut.

Asas pengajaran adalah selari dengan cara murid mempelajari bahasa ibunda mereka
seperti tanggapan ahli-ahli behavioris.

Murid belajar bahasa ibunda mereka dengan cara mendengar, meniru serta mengulangi
perlakuan bahasa yang mereka dengari sehingga membentuk satu kelaziman bahasa.
Ciri-Ciri
Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.

Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.

Timbulkan perasaan ingin tahu murid melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.

Mengutamakan bahasa lisan,

Tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari,

Mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan

Mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.


Kelebihan Kaedah Terus

Penglibatan murid
secara aktif &
menyeluruh.

Menekankan Murid dapat


aspek berkomunikasi
penguasaan atau bertutur
bahasa dalam dengan cepat
komunikasi. dan lancar.
3. Kaedah bacaan/ajuk

Merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik, iaitu dengan


membandingkan antara dua bahasa.

Pemilihan bunyi yang dilakukan adalah sama bagi kedua-dua bahasa.

Dari segi pengajaran bentuk ayat pula, pengajaran dilakukan berdasarkan bahasa
ibunda terlebih dahulu sebelum dipilih daripada bentuk ayat yang tiada dalam bahasa
ibunda mereka.

Tujuan kaedah linguistik ini diajar adalah bagi membolehkan murid menggunakan
bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi.

Murid juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan antara


tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.
Kelebihan

Pengajaran tatabahasa Guru menggunakan


Murid dapat Murid mudah faham
juga mudah teknik latih tubi bagi
memahami serta kerana guru bertutur
dilaksanakan kerana meningkatkan
bertutur dengan menggunakan bahasa
murid mudah penguasaan
sebutan yang betul penutur sebagai
memahami perkara kemahiran bertutur
dan lebih baik. bahasa utama.
yang diajar oleh guru. murid.
Kelemahan

Kemahiran lisan
Guru perlu Guru mementingkan
murid, iaitu bertutur
membuat pelbagai penggunaan bahasa
diutamakan
aktiviti bagi melatih yang diutarakan
berbanding
kemahiran lisan oleh murid
kemahiran
murid untuk berbanding makna
membaca dan
berbahasa. ayat tersebut.
menulis.
4. Kaedah audio-lingual
• Kaedah dengar-tutur.
• Kemahiran mendengar & bertutur
diutamakan.
• Menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti
dengan ajukan.
Ciri-ciri

Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan.

Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali.

Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi


perhatian terhadap intonasi yang betul.

Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan


penutur jati bahasa itu.

Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih - lebih lagi


jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu.
Kebaikan Kelemahan
Murid mudah menerima pelajaran Membebankan guru kerana keperluan
kerana aktiviti latih tubi. tenaga yang banyak untuk menjalankan
latih tubi.

Murid berpeluang meniru & menghafaz Memerlukan tempoh masa yang agak
perkara yang diajarkan guru. panjang untuk dilaksanakan.

Kesalahan yang dilakukan murid akan Murid bosan kerana terlalu banyak
dibetulkan oleh guru & mereka diminta latihan oral.
mengulang-ulang perkataan yang betul.

Murid hilang keyakinan untuk belajar


kerana menganggap pembelajaran
hanya tertumpu kepada aktiviti oral
sahaja.
5. Kaedah komunikatif

Murid akan menjadi ahli


dalam komuniti.

Matlamat – memastikan
murid-murid belajar cara-cara Mereka akan melalui proses
berkomunikasi menggunakan interaksi dengan rakan-rakan
bahasa yang ingin dipelajari dalam komuniti tersebut.
mengikut gaya sendiri.
Ciri-ciri
Memupuk semangat kekitaaan & perasaan keselamatan.

Kebolehan murid meningkat maju & mula berdikari.

Peranan guru sebagai pembimbing.

Guru mengenal pasti sejauh manakah situasi pembelajaran yang


baru ini boleh menggugat proses pembelajaran yang mantap.

Guru perlu menyokong & memahami sifat murid dalam


usaha untuk menguasai bahasa tersebut.

Peringkat awal pelaksanaan – murid boleh bergantung


kepada guru.

Proses pembelajaran meningkat – murid perlu berdikari.


Kebaikan Kelemahan

Membantu murid mengurangkan rasa Tidak sesuai dilaksanakan untuk kelas yang
cemas & takut. terdiri dari pelbagai jurusan.
Membantu murid menangani faktor-faktor Guru sukar memastikan murid berminat
yang mengancam diri mereka seperti kerap terhadap tajuk yang diperbincangkan &
kali melakukan kesalahan. menarik minat mereka menyertainya.
Menyemai sikap bersaing secara sihat. Guru terpaksa menguasai & fasih bahasa
pertama & bahasa kedua.
Murid berpeluang berbincang bebas tanpa Guru hilang fokus terhadap aras kesukaran
mengambil kira tahap penguasaan bahasa jika murid membangkitkan struktur
mereka. tatabahasa yang kompleks.
Murid bebas bercakap tentang apa juga Bilangan murid dalam sebuah kelas antara
topik. 6-12 orang sahaja.
Memantapkan penguasaan murid dalam
perbualan & struktur ayat.
Membantu meningkatkan kemahiran dalam
tatabahasa.
Murid dibenarkan menggunakan bahasa
pertama & meningkatkan bahasa kedua.
TEKNIK

Bolehlah dinyatakan
Kemahiran-kemahiran
bahawa semua kaedah
khusus dalam menjayakan
mempunyai teknik-teknik
sesuatu kaedah dikenali
tertentu yang disusun
sebagai teknik.
dengan sistematik.
Analogi

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah


menggoreng, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu
sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk
mengelakkan ikan melekat pada kuali, sedikit garam perlu
dimasukkan ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api
juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua
tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik
menggoreng.
Definisi
Teknik ialah satu taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil
segera yang maksimum pada waktu pengajaran bagi bahagian bahasa
tertentu.

Pengendalian sesuatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam


kelas untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran.

Alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk menyampaikan sesuatu


bahan pengajaran yang telah dipilih.

Bahan yang dipilih haruslah sejajar dengan teknik yang digunakan, selain
seirama dengan kaedah yang dipilih.
1. Teknik Syarahan
 Teknik Penerangan
 Teknik pengajaran yg asas.
 Melibatkan guru menyampaikan/
persembahan lisan tentang fakta dan prinsip,
 Lebih berpusatkan kepada guru.
 Pendekatan yang jelas untuk
penyampaian kandungan.
 Ada sedikit penglibatan murid
melalui penyoalan dan
perbincangan.
2. Teknik Latih Tubi
• Aktiviti pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari.
• Tujuannya adalah untuk mencapai taraf
penguasaan kemahiran, di samping menjamin
ketekalan ingatan.
3. Teknik Soal Jawab
• Teknik yang kerap digunakan oleh guru.
• Mewujudkan interaksi antara guru dengan
murid.
• Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
bertanyakan soalan dan murid akan
menjawab soalan tersebut.
• Mempunyai aras kesukaran soalan.
4. Teknik Perbincangan
• Teknik ‘brainstorming’
• Murid digalakkan berfikir secara kreatif dan
aktif untuk menghuraikan pendapatnya.
• Semua pendapat dicatat.
• Sesuai untuk mendapatkan banyak maklumat.
5. Teknik Main Peranan & Simulasi
 Merupakan teknik pengajaran yang digunakan untuk
menjelaskan sesuatu konsep/situasi.
 Dalam simulasi, murid akan berlakon dan mereka akan
mempelajari sesuatu konsep daripada lakonan tersebut.
 Selalunya, dalam setiap simulasi melibatkan garis
panduan/peraturan yang perlu dipatuhi.
 Penting:
 Pastikan adanya perbincangan semasa atau selepas simulasi.
 Perbincangan tersebut perlu bagi memastikan proses
pembelajaran berlaku.
6. Teknik Drama/Lakonan
 Teknik drama adalah untuk melatih murid menggunakan
unsur bahasa, unsur paralinguistik seperti jeda, nada &
intonasi, selain bukan linguistik yang membabitkan mimik
muka, gerak tangan, kepala & sebagainya dengan berkesan
dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
 Komponen yang terletak bawah teknik drama, iaitu:
 Mimos
 Improvisasi
 Simulasi
 Pantomin
 Teater bercerita
 Mestamu
 Main peranan
7. Teknik Permainan
 Aktiviti dinamik.
 Memberi peluang murid memperoleh latihan intensif,
pembelajaran bermakna & membuat diagnostik.
 Menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa.
 Hala tuju yang bertepatan dengan kehendak sistem
pendidikan negara & FPN.
 Objektif yang tersirat:
 Merangsang interaksi verbal.
 Menambah kefasihan & keyakinan.
 Menyediakan konteks pembelajaran yang kaya dengan
persekitaran penaakulan ilmu pengetahuan.
 Alat yang dapat mengikis rasa bosan.
 Alat pemulihan, pengukuhan & pengayaan.
8. Teknik Penyelesaian Masalah
• Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di
bawah penyeliaan guru.
• Murid diberi permasalahan dan diminta untuk
cuba menyelesaikan masalah tersebut.
• Dapat memupuk kemahiran berfikir.
Strategi
• Kebijaksanaan dalam pemilihan pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran.
• Berdasarkan objektif pengajaran.
• Melibatkan pemilihan bahan, masa dan
sebagainya.
• Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu
susunan pendekatan dan kaedah untuk
mencapai sesuatu matlamat dengan
menggunakan tenaga, masa, dan kemudahan
secara optimum.
Analogi: Memasak Ikan (5kg)
 Kita perlu merancangkan pendekatan dan kaedah yang boleh
digunakan supaya dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak
dengan menggunakan masa, tenaga serta sumber yang paling
minimum.
 Umpamanya: kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya,
memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup,
menjeruk telurnya dan sebagainya.
 Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu?
 Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak?
 Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi
memasak.
Klasifikasi

Strategi

Berpusat Berpusat Berpusatkan Berpusatkan


Guru Murid Bahan Masalah
Strategi Berpusatkan Guru

Ekoran perkembangan sistem


pendidikan, khususnya
Strategi konvensional yang
teknologi maklumat dan
masih diamalkan dalam proses
komunikasi telah menyebabkan
pengajaran dan pembelajaran.
strategi ini kurang dipraktikkan
di dalam bilik darjah.
Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Guru

Guru memainkan peranan utama untuk menguasai & mengawal proses pengajaran & pembelajaran.

Murid bersifat pasif dalam pembelajaran.

Komunikasi sehala sahaja.

Fokus murid pada hafalan & tidak melakukan interpretasi.

Tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan murid dari segi kebolehan & minat yang wujud.

Murid tidak kreatif, selain tiada daya inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru.

Sesuai digunakan dalam aktiviti bercerita, iaitu guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita
Strategi Berpusat Murid

Memanfaatkan
penglibatkan murid
sebagai pemain utama
dalam proses pengajaran
& pembelajaran.

Sesi pembelajaran
dimulakan dengan
Guru bertindak
usaha-usaha untuk
sebagai fasilitator
menggalakkan murid
dalam proses
supaya terlibat
pengajaran bahasa.
secara aktif dalam
P&P.
Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Murid
Masa banyak diperuntukkan kepada murid untuk meneroka & menyelesaikan masalah
dengan bantuan guru.

Komunikasi dua hala.

Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik.

Murid bebas untuk bertanya dan mengemukakan pendapat.

Penekanan pembelajaran terhadap pencapaian objektif.

Aktiviti perbincangan dijalankan lebih kerap untuk memupuk sifat kerjasama & toleransi.

Guru berpeluang untuk berinteraksi dengan murid.


Strategi Berpusatkan Bahan
3.
Membolehkan
murid
memahami isi 4. Perkara utama –
pelajaran penggunaannya dapat
meningkatkan minat
dan kefahaman murid.

2. Terbahagi
kepada dua:

• Bahan Pengajaran
• Bahan Pembelajaran 1. Memberi
penekanan kepada
bahan untuk
membantu 5. Tidak
pengajaran guru. semestinya semua
sesi P&P perlukan
bahan
Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Bahan
Keperluan penguasaan
Penggunaan bahan
Penggunaan bahan guru dalam kemahiran
dalam pengajaran
berpada-pada dalam penggunaan alat,
memudahkan guru
satu-satu masa. khususnya yang
dalam pengajaran.
berasaskan teknologi.

Kewujudan bahan
Peranan guru adalah
pengajaran membantu Kewujudan sifat-sifat
dominan, murid hanya
murid mengikuti berdikari dalam kalangan
perlu memberi tindak
pelajaran tanpa murid.
balas terhadap bahan.
kehadiran guru.

Murid terlatih dalam


satu pasukan yang saling
bekerjasama untuk
memastikan sesuatu
tugasan dapat disiapkan.
Strategi Berpusatkan Masalah
Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Masalah
Kewujudan asas mengenal pasti masalah,
mencari maklumat, membuat dan menguji
hipotesis, menilai dan membuat rumusan.

Murid bebas memberikan idea,


bekerjasama, meningkatkan kefahaman
serta ingatan.

Penglibatan murid dalam pembelajaran


adalah sepenuhnya.
Strategi Pendekatan Kaedah Teknik
Pertimbangan terhadap Abstrak Terdapat pemeringkatan. Lebih khusus, spesifik &
teori, pendekatan, kaedah tidak terbatas
dan teknik pengajaran penggubalannya

Rancangan yang teratur Cara guru mendekati murid Ada susunan Benar-benar berlaku di
untuk capai matlamat dalam kelas berdasarkan
aktiviti pengajaran
Strategi berpusatkan guru Pendekatan Induktif Kaedah Natural / Teknik Syarahan,
Tradisional
Strategi berpusatkan murid Pendekatan Deduktif Latih tubi & latih amal,
Kaedah Tatabahasa
Strategi berpusatkan bahan Pendekatan Eklektik Terjemahan / Nahu Soal Jawab,
Terjemahan
Strategi berpusatkan Pendekatan Komunikatif Perbincangan,
masalah Kaedah Terus
Main Peranan & Simulasi,
Kaedah Ajuk Hafaz / Bacaan
Drama / Lakonan,
Kaedah Linguistik
Permaianan,
Kaedah Kod Kognitif
Penyelesaian Masalah
Kaedah Bahasa Komuniti /
Komunikatif

Kaedah Oral-Aural / Audio-


Lingual
Rumusan

Strategi

Pendekatan

Kaedah

Teknik

Anda mungkin juga menyukai