Anda di halaman 1dari 18

LPHS/BL/7/00/11(14)

PEKELILING LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR


BILANGAN 1 TAHUN 2013

DASAR PERUMAHAN MAMPU MILIK NEGERI SELANGOR


(RUMAH SELANGORKU)

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada


semua agensi kerajaan dan swasta seperti Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT), Jabatan Teknikal, Pejabat Tanah Daerah
(PTD), pemaju dan mereka yang berkepentingan dengan
Pembangunan Perumahan Mampu Milik di Negeri Selangor
sepertimana kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(MMKN) ke 35/2013 bertarikh 13 November 2013 bagi
menggantikan dasar perumahan sedia ada.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk


merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang
Sempurna’. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau
keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan
selamat untuk didiami.

1
LPHS/BL/7/00/11(14)

2.2 Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan


yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes”
yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz,
rekabentuk mahupun komunitinya.

2.3 Timbulnya konsep baru ini juga adalah disebabkan oleh beberapa
faktor seperti berikut :-

2.3.1 Jurang harga yang ketara di antara rumah kos rendah


dengan rumah harga bebas di pasaran;

2.3.2 Kekurangan pilihan dari segi jenis rumah harga


sederhana;

2.3.3 Ketidakmampuan pembeli yang berpendapatan


sederhana rendah dan sederhana khususnya golongan
muda (pasangan muda) untuk memiliki rumah; dan

2.3.4 Rekabentuk rumah kurang menarik dan kemudahan-


kemudahan yang tidak mencukupi sehingga
menimbulkan ketidakselesaan pada penghuni
khususnya perumahan kos rendah.

3.0 KAEDAH PELAKSANAAN

3.1 Penambahbaikan Semula Dasar Sedia Ada

Kerajaan negeri melalui LPHS telah menjalankan penyemakan


dan penambahbaikan semula dasar sedia ada seperti berikut :

2
LPHS/BL/7/00/11(14)

3.1.1 Penjenamaan semula Rumah Kos Sederhana Rendah /


Rumah Kos Sederhana / Rumah Mampu Milik kepada
RUMAH SELANGORKU;.

3.1.2 Nama Rumah Kos Rendah turut DITUKAR kepada


RUMAH SELANGORKU;

3.1.3 Konsep asas RUMAH SELANGORKU adalah ia boleh


dibina bersekali dalam skim pembangunan / blok
(STRATA) bagi jenis pembangunan berbilang tingkat;

3.1.4 Harga seunit RUMAH SELANGORKU adalah pada harga


RM42,000.00 hingga RM250,000.00 bergantung kepada
jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan
tambahan yang disediakan; dan

3.1.5 Pengawalan densiti (kepadatan) mengikut Rancangan


Tempatan. (cadangan 300-600 unit dalam satu skim).

3.2 Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor

Keperluan penyediaan rumah mampu milik (RUMAH


SELANGORKU) bergantung kepada perletakan sesuatu
kawasan yang dikategorikan mengikut ZON kawasan. (Rujuk
Rajah 1.0 seperti di Lampiran 1).

3.2.1 Kawasan pembangunan perumahan mengikut ZON 1


terletak dalam kawasan Lembah Klang yang meliputi
kawasan berikut :

3
LPHS/BL/7/00/11(14)

Bil. Daerah Mukim / Kawasan


1. Petaling Keseluruhan Daerah Petaling
2. Gombak Mukim Batu dan Hulu Kelang
3. Klang Mukim Klang
4. Hulu Langat Mukim Cheras, Kajang, Ampang dan
Semenyih
5. Sepang Kawasan Cyberjaya

(Rujuk Rajah 2.0 seperti di Lampiran 2)

3.2.2 Kawasan pembangunan perumahan mengikut ZON 2


terletak dalam kawasan Lembah Klang, berpotensi
pembangunan dan juga kawasan ‘sub-urban’ seperti
berikut :

Bil. Daerah Mukim / Kawasan


1. Gombak Mukim Setapak dan Rawang.
2. Hulu Langat Mukim Hulu Langat, Beranang dan
Hulu Semenyih.
3. Klang Mukim Kapar
4. Sepang Keseluruhan Daerah Sepang kecuali
Cyberjaya.
5. Kuala Langat Keseluruhan Daerah Kuala Langat
6. Kuala Selangor Mukim Ijok, Kuala Selangor, Jeram,
Batang Berjuntai (Bestari Jaya) dan
Hujung Permatang

(Rujuk Rajah 3.0 seperti di Lampiran 3)

4
LPHS/BL/7/00/11(14)

3.2.3 Kawasan pembangunan perumahan ZON 3 terletak di


kawasan luar bandar yang meliputi kawasan seperti
berikut :

Bil. Daerah Mukim / Kawasan


1. Kuala Selangor Mukim Pasangan, Tanjung Karang
dan Hulu Tinggi
2. Hulu Selangor Keseluruhan Daerah Hulu Selangor
3. Sabak Bernam Keseluruhan Daerah Sabak Bernam

(Rujuk Rajah 4.0 seperti di Lampiran 4)

3.2.4 Bagi memastikan pembinaan RUMAH SELANGORKU


diseimbangkan mengikut kesediaan tanah di dalam zon-
zon pembangunan, peratusan penyediaan rumah adalah
berdasarkan kepada keluasan tanah seperti berikut :

Keluasan Pembangunan Keseluruhan


Zon Projek (ekar) / Keperluan Penyediaan
Pembangunan RUMAH SELANGORKU
Perumahan 2–5 5 – 10 10 – 20 20 – 50 50 ekar
ekar ekar ekar ekar ke Atas
ZON 1 *20% 30% 40% 50% 50%
ZON 2 - 20% 40% 40% 50%
ZON 3 - - 40% 40% 50%

* Hanya tertakluk bagi kawasan di bawah Pentadbiran Majlis Bandaraya


Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

Pengiraan % adalah berdasarkan kepada keseluruhan unit rumah yang


dibina dalam sesuatu projek.

5
LPHS/BL/7/00/11(14)

3.2.5 Dari segi jenis bangunan kediaman yang perlu dibina, luas
binaan, harga jualan seunit, keutamaan pembeli dan
kemudahan yang perlu disediakan adalah seperti berikut :

Harga
Jenis Luas
Jualan Keutamaan
Bangunan Binaan Kemudahan
Maksima (RM)
Kediaman (kp)
(RM)
i. Berpagar dan
RUMAH sekuriti
SELANGOKU 700 42,000.00 ≤3,000 ii. 10% kawasan
JENIS A lapang
iii. Taman permainan
kanak- kanak /
RUMAH gelanggang
SELANGORKU 750 100,000.00 permainan
JENIS B iv. Surau
v. Dewan
vi. Pejabat
Pengurusan
**800 150,000.00 vii. 2 TLK ( 1 utk unit,
1 utk dibeli) kecuali
RSKU Jenis A dan
≤6,000 B hanya 1 TLK
(disertakan
RUMAH bersama unit)
SELANGORKU **900 180,000.00 viii. 20% TLK Pelawat
JENIS C ix. Ruang/pusat
pendidikan
komuniti.
x. Kediaman OKU
*18’X 60’ 200,000.00 minimum 2 unit
setiap Blok

Tambahan
i. 2 TLK (2 petak
1,000 220,000.00
bagi setiap unit).
RUMAH ii. Kolam renang
SELANGORKU ≤8,000 iii. Gelanggang
JENIS D serbaguna
*20’X 60’ 250,000.00 iv. Kedai / Gerai
Komuniti

* Jenis Landed - Rumah Teres 1 Tingkat / 2 Tingkat bagi ZON 2& ZON 3
** Boleh disediakan dengan Jenis Rumah Town House 2 Tingkat khususnya di ZON 2
dan ZON 3

6
LPHS/BL/7/00/11(14)

3.2.6 Harga jualan dan saiz rumah yang berbeza daripada apa
yang telah ditetapkan boleh dipertimbangkan bergantung
kepada lokasi, kemudahan-kemudahan tambahan yang
disediakan dengan syarat tidak melebihi RM250,000.00
seunit dan saiz rumah tidak kurang daripada 850 kaki
persegi.

7
LPHS/BL/7/00/11(14)

3.2.7 Peratusan penyediaan rumah mengikut jenis dan keluasan adalah seperti berikut :

Keluasan (ekar) / Peratusan Penyediaan Rumah Selangorku (%)


Zon
2 – 5 ekar 5 – 10 ekar 10 – 20 ekar 20 – 50 ekar 50 ekar ke Atas
20% 30% 40% 50% 50%
Jenis Jenis Jenis Jenis Jenis
ZON 1
A B C D A B C D A B C D A B C D A B C D
Pilihan 10% 20% - 20% 20% - 20% 30% 10% 40%
20% 40% 40% 50%
ZON 2 - A B **C *D A B **C *D A **B *C *D A B *C *D
- - 20% 20% - 20% 10% 30% 10% 40%
40 40% 50%
ZON 3 - - A **B *C *D A **B *C *D A **B *C *D
- 10% 30% - 20% 20% 10% 40%

Keluasan tanah di antara 2 – 5 ekar hanya tertakluk di dalam kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

* Jenis Landed – Rumah Teres 1 Tingkat / 2 Tingkat bagi ZON 2 dan Zon 3
** Boleh disediakan dengan jenis Rumah Town House 2 Tingkat khususnya di ZON 2 dan ZON 3.

8
LPHS/BL/7/00/11(14)

4.0 PENAMBAHBAIKAN DASAR BARU PEMILIKAN

LPHS telah membuat semakan dan membuat kajian bagi


penambahbaikan dasar baru pemilikan mengikut keadaan semasa
terutama dari segi pendapatan isi rumah pemohon dan tempoh
pemilikan RUMAH SELANGORKU yang melibatkan perkara-perkara
berikut :

4.1 Tiada diskaun Bumiputera kepada RUMAH SELANGORKU


memandangkan ianya adalah harga kawalan.

4.2 RUMAH SELANGORKU Jenis A

4.2.1 Jumlah pendapatan isi rumah bulanan pemohon dinaikkan


dari RM2,500.00 kepada RM3,000.00. Ini bertujuan bagi
membolehkan bakal pembeli memperoleh kelayakan
pembiayaan / pinjaman perumahan di samping
peningkatan kos hidup. Walaubagaimanapun, keutamaan
merit markah gaji masih kekal dalam lingkungan
RM1,500.00 hingga RM2,500.00).

4.2.2 Pegangan selama 5 tahun sebelum ianya boleh dijual


(sub-sale). Ini bagi mengelakkan spekulasi dan manipulasi
golongan yang ingin mengambil kesempatan di atas
hartanah ini. Selain daripada itu, ianya menepati kepada
golongan sasaran yang mana mereka benar-benar
memerlukan rumah berkenaan untuk didiami sahaja dan
bukannya untuk disewakan.

4.2.3 Pembeli yang ingin membeli unit RUMAH SELANGORKU


perlu berdaftar dengan LPHS melalui Sistem Pendaftaran
Terbuka.

9
LPHS/BL/7/00/11(14)

4.3 RUMAH SELANGORKU Jenis B, C dan D

4.3.1 Jumlah gaji bulanan pemohon dinaikkan dari RM5,000.00


kepada RM8,000.00. Ini bertujuan bagi membolehkan
bakal pembeli memperoleh kelayakan pembiayaan /
pinjaman perumahan di samping peningkatan kos hidup.
Walaubagaimanapun, keutamaan merit markah gaji
mengikut jenis rumah yang dipohon.

4.3.2 Pegangan selama 5 tahun sebelum ianya boleh dijual


(sub-sale). Ini bagi mengelakkan spekulasi dan manipulasi
golongan yang ingin mengambil kesempatan di atas
hartanah ini. Selain daripada itu, ianya menepati kepada
golongan sasaran yang mana mereka benar-benar
memerlukan rumah berkenaan untuk didiami sahaja dan
bukannya untuk disewakan.

4.3.3 Pembeli yang ingin membeli unit RUMAH SELANGORKU


perlu berdaftar dengan LPHS melalui Sistem Pendaftaran
Terbuka.

4.4 Syarat-syarat kelayakan pembeli bagi RUMAH SELANGORKU


Jenis A adalah sama sebagaimana syarat kelayakan pembeli
Rumah Kos Rendah iaitu :

4.4.1 Warganegara Malaysia

4.4.2 Berumur 18 tahun keatas.

4.4.3 Bermastautin di Negeri Selangor.

10
LPHS/BL/7/00/11(14)

4.4.4 Pendapatan Seisi Rumah Tidak Melebihi RM3,000.00.

4.4.5 Satu Keluarga Satu Permohonan Sahaja.

4.4.6 Pemohon Atau Suami/Isteri Pemohon Belum Memiliki


Rumah Sama Ada Melalui Projek Kerajaan Atau Swasta.

4.4.7 Pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun.

4.4.8 Berdaftar di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor


(LPHS).

4.5 Manakala Syarat-syarat Kelayakan Pembeli RUMAH


SELANGORKU Jenis B, C dan D adalah seperti berikut :-

4.5.1 Warganegara Malaysia

4.5.2 Berumur 18 tahun keatas.

4.5.3 Pendapatan gaji pokok isi rumah di antara RM3,000.00


hingga RM8,000.00 sebulan mengikut keutamaan jenis
rumah.

4.5.4 Pemohon (suami / isteri) tidak mempunyai sebarang jenis


rumah kediaman di Selangor. Pemohon yang telah
memiliki rumah kos rendah selama lima (5) tahun ke atas
boleh memohon rumah mampu milik dengan syarat
terdapat bukti untuk menjual rumah kos rendah yang sedia
ada.

11
LPHS/BL/7/00/11(14)

4.5.5 Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga


boleh ditawarkan rumah ataupun berumur 40 tahun ke
atas.

4.5.6 Permohonan adalah untuk didiami dan bukan untuk


disewa.

4.5.7 Pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun.

4.5.8 Berdaftar di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor


(LPHS).

5.0 KAWALAN PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU

5.1 Dasar RUMAH SELANGORKU ini akan dikenakan semasa


permohonan Kebenaran Merancang di peringkat Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) mahupun semasa peringkat Tukar Syarat Tanah
/ Pecah Sempadan di peringkat Pentadbir Tanah Daerah /
Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

5.2 Pembangunan RUMAH SELANGORKU khususnya Jenis A


hendaklah dibangunkan di fasa pertama pembangunan atau
serentak dengan pembangunan perumahan yang lain.

5.3 Semua senarai pembeli RUMAH SELANGORKU perlu


mendapatkan daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah
(LPHS) melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah
(SPPR) bagi RUMAH SELANGORKU Jenis A dan Sistem
Pendaftaran Rumah Mampu Milik Selangor bagi Jenis B, C
dan D.

12
LPHS/BL/7/00/11(14)

5.4 LPHS boleh mempertimbangkan harga jualan dan saiz rumah


yang berbeza bergantung kepada lokasi, kemudahan-kemudahan
tambahan yang disediakan dengan syarat tidak melebihi
RM250,000.00 seunit dan saiz rumah tidak kurang daripada 850
kaki persegi.

5.5 Kegagalan pemaju untuk mendapatkan senarai nama daripada


LPHS boleh dikenakan denda sebanyak 10% daripada nilai
jualan rumah bagi setiap unit rumah yang dijual.

5.6 Semua urusan permohonan kebenaran pindah milik bagi semua


jenis rumah harga kawalan ini kelak perlu di rujuk kepada LPHS
untuk diangkat kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk
pertimbangan.

5.7 Sebarang penangguhan, pengecualian dan pemindahan


penyediaan RSKU perlu mendapat mendapat pertimbangan
Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri.

5.8 Pemaju perlu mengemukakan Jadual Pelaksanaan Kerja bagi


pembangunan RSKU kepada LPHS sebaik sahaja Pelan
Bangunan diluluskan oleh PBT bagi tujuan pemantauan.

5.9 Pindah milik RUMAH SELANGORKU daripada pegangan


Bumiputera kepada Bukan Bumiputera sekiranya diluluskan
oleh Pihak Berkuasa Negeri akan dikenakan caj 7% daripada
harga asal rumah tersebut dan sekiranya pindah milik dibuat
tanpa kelulusan akan dikenakan lagi tambahan denda
pelanggaran sebanyak 5%.

13
LPHS/BL/7/00/11(14)

6.0 TARIKH KUATKUASA DAN PEMAKAIAN.

6.1 Perlaksanaan Tarikh penguatkuasaan Dasar baru ini adalah


pada 1 Januari 2014. Bagi pembangunan yang diluluskan
sebelum tarikh penguatkuasaan ini, syarat yang dikenakan
adalah kekal. Walau bagaimanapun, pemaju boleh merayu
kepada LPHS untuk menggunapakai Dasar baru ini.

...............................................................
(NORZATON AINI BINTI MOHD KASSIM) SMS., BPC., PPT
Pengarah Eksekutif
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
Bertarikh :

14
LPHS/BL/7/00/11(14)

LAMPIRAN 1

RAJAH 1.0 : PENETAPAN KAWASAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN


MENGIKUT ZON / KAWASAN

PERAK
PERAK
PERAK

SABAK
SABAK
SABAK
SABAK
SABAK
SABAK
U
PANCHANG
PANCHANG
PANCHANG
PANCHANGBEDENA
PANCHANG
PANCHANG BEDENA
BEDENA
BEDENA
BEDENA
BEDENA
SUNGAI
SUNGAIPANJANG
SUNGAI
SUNGAI
SUNGAI PANJANG
PANJANG
PANJANG
PANJANG HULU
HULU
HULU
HULU
HULU BERNAM KALUMPANG
HULUBERNAM
BERNAM
BERNAM
BERNAM
KALUMPANG
KALUMPANG
KALUMPANG
KALUMPANG Tanpa Skala
KUALA
KUALA
KUALA
KUALAKALUMPANG
KUALA
KUALA KALUMPANG
KALUMPANG
KALUMPANG
KALUMPANG
KALUMPANG
PERETAK
PERETAK
PERETAK
PERETAK
PERETAK
PERETAK
SUNGAI
SUNGAI
SUNGAIGUMUT
GUMUT
GUMUT
PASIR
PASIR
PASIR PANJANG
PASIR
PASIR
PASIR PANJANG
PANJANG
PANJANG
PANJANG
KERLING
KERLING
KERLING
KERLING
KERLING BULUH
BULUHTELUR
BULUH TELUR
TELUR
TELUR
BULUH TELUR
SUNGAI
SUNGAI
SUNGAITINGGI
SUNGAI
SUNGAI
SUNGAI TINGGI
TINGGI
TINGGI
TINGGI
RASA
RASA
RASA
RASA
RASA
TANJUNG
TANJUNG
TANJUNGKARANG
KARANG
KARANG
HULU
HULU
HULUTINGGI
HULU
HULU
HULU TINGGI
TINGGI
TINGGI
TINGGI
HULU
HULU
HULU
HULUYAM
HULU
HULU YAM
YAM
YAM
YAM
YAM BATANG
BATANG
BATANGKALI
BATANG KALI
KALI
KALI
BATANG KALI
BATANG
BATANG
BATANGBERJUNTAI
BATANG
BATANG
BATANG BERJUNTAI
BERJUNTAI
BERJUNTAI
BERJUNTAI
HUJUNG
HUJUNGPERMATANG
HUJUNG PERMATANG
PERMATANG
PERMATANG SERENDAH
SERENDAH
SERENDAH
SERENDAH
HUJUNG
HUJUNG PERMATANG
PASANGAN
PASANGAN
PASANGAN
SS
SSS
SSEEE

IJUK
IJUK
IJUK
EEEEL

IJUK
IJUK
IJUK
LLL

API-API
API-API
API-API
LLAAA

API-API
API-API
API-API
AAAT
TT
TT
TTM
M
M
M

SETAPAK
SETAPAK
SETAPAK
M
MMEEEEL

RAWANG
RAWANG
RAWANG
RAWANG
RAWANG
LLL
LLAAA
AAAK
KK

BATU
BATU
KK

BATU
KKA

BATU
BATU
AAA
AA

JERAM
JERAM
JERAM
JERAM
JERAM
JERAM HULU
HULU
HULU KLANG
KLANG
KLANG

SUNGAI
SUNGAI
SUNGAI
SUNGAIBULUH
SUNGAI
SUNGAI BULUH
BULUH
BULUH
BULUH
BULUH PAHANG
PAHANG
WPKL
WPKL
WPKL
HULU
HULU
HULULANGAT
HULU
HULU
HULU LANGAT
LANGAT
LANGAT
LANGAT PAHANG
WPKL
WPKL
WPKL
BUKIT
BUKIT
BUKITRAJA
BUKIT
BUKIT
BUKIT RAJA
RAJA
RAJA
RAJA
KAPAR
KAPAR
KAPAR AMPANG
AMPANG
AMPANG
AMPANG
AMPANG
AMPANG
KAPAR
KAPAR
KAPAR
HULU
HULU
HULUSEMENYIH
HULU
HULU
HULU SEMENYIH
SEMENYIH
SEMENYIH
SEMENYIH
DAMANSARA
DAMANSARA
DAMANSARA
DAMANSARA
DAMANSARA
DAMANSARA CHERAS
CHERAS
CHERAS
CHERAS
CHERAS
CHERAS
PETUNJUK :
KLANG
KLANG
KLANG PETALING
PETALING
PETALING
PETALING
PETALING
PETALING KAJANG
KLANG
KLANG
KLANG KAJANG
KAJANG
KAJANG
KAJANG
KAJANG

ZON 1 PULAU
PULAU
PULAUINDAH
PULAU
PULAU
PULAU INDAH
INDAH
INDAH
INDAH Putrajaya
Putrajaya
Putrajaya
Putrajaya
Putrajaya
Putrajaya
SEMENYIH
SEMENYIH
SEMENYIH
SEMENYIH
SEMENYIH
SEMENYIH
CYBERJAYA
CYBERJAYA
CYBERJAYA
TELUK
TELUK
TELUKPANGLIMA
TELUK
TELUK
TELUK PANGLIMA
PANGLIMA
PANGLIMA GARANG CYBERJAYA
PANGLIMAGARANG
GARANG
GARANG
GARANG
CYBERJAYA

ZON 2 JUGRA
JUGRA
JUGRA
JUGRA
JUGRA
JUGRA BERANANG
BERANANG
BERANANG
BERANANG
BERANANG
BERANANG
BANDAR
BANDAR
BANDAR
BANDAR
BANDAR
BANDAR DENGKIL
DENGKIL
DENGKIL
DENGKIL
DENGKIL
TANJUNG
TANJUNGDUA
TANJUNG
TANJUNG
TANJUNG DUA
DUA BELAS
DUA
DUA BELAS
BELAS
BELAS
BELAS
ZON 3
KELANANG
KELANANG
KELANANG
KELANANG
KELANANG
KELANANG LABU
LABU
LABU
LABU
LABU
LABU NEGERI
NEGERI
NEGERI
LEBUHRAYA MORIB
MORIB
MORIB
MORIB
MORIB
MORIB SEMBILAN
SEMBILAN
SEMBILAN
BATU
BATU
BATU
BATU
BATU
BATU
JALAN SEPANG
SEPANG
SEPANG
SEPANG
SEPANG
SEPANG
PERSEKUTUAN

*Nota : Rajah yang ditunjukkan ini adalah sebagai contoh sahaja dan digunakan bagi
menerangkan zon pembangunan di dalam Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri
Selangor. Sekiranya terdapat percanggahan maklumat hendaklah merujuk Jabatan yang
berkaitan

15
LPHS/BL/7/00/11(14)

LAMPIRAN 2

RAJAH 2.0 : KAWASAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN ZON 1

U
BATANG
BATANG BERJUNTAI
BERJUNTAI HULU
HULU YAM
YAM
SERENDAH
SERENDAH
HUJUNG
HUJUNG PERMATANG
PERMATANG
Tanpa Skala
PASANGAN
PASANGAN

API-API
API-API IJUK
IJUK

SETAPAK
SETAPAK
RAWANG
RAWANG

BATU
BATU
HULU
HULU KLANG
KLANG
SSEELL

JERAM
JERAM
AATT M

SUNGAI
SUNGAI BULUH
BULUH PAHANG
PAHANG
PAHANG
MEE

HULU
HULU LANGAT
LANGAT
WPKL
WPKL
LLA

BUKIT
BUKIT RAJA
RAJA
AKKA
A

AMPANG
AMPANG
KAPAR
KAPAR

DAMANSARA
DAMANSARA

CHERAS
CHERAS
HULU
HULU SEMENYIH
SEMENYIH

KLANG
KLANG PETALING
PETALING

KAJANG
KAJANG
SEMENYIH
SEMENYIH
Pulau
Pulau
Pulau
Pulau
Pulau
Pulau Putrajaya
Putrajaya
Pulau
Pulau
Indah
Indah
Indah
Indah
Indah
Indah
Indah
Indah Cyberjaya
Cyberjaya
TELUK
TELUK PANGLIMA
PANGLIMA GARANG
GARANG

BERANANG
BERANANG
DENGKIL
DENGKIL
JUGRA
JUGRA BANDAR
BANDAR

TANJUNG
TANJUNG DUA
DUA BELAS
BELAS NEGERI
NEGERI
NEGERI
SEMBILAN
SEMBILAN
SEMBILAN
PETUNJUK :
KELANANG
KELANANG
LABU
LABU
ZON 1

LEBUHRAYA
JALAN
PERSEKUTUAN

*Nota : Rajah yang ditunjukkan ini adalah sebagai contoh sahaja dan digunakan bagi
menerangkan zon pembangunan di dalam Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri
Selangor. Sekiranya terdapat percanggahan maklumat hendaklah merujuk Jabatan yang
berkaitan

16
LPHS/BL/7/00/11(14)

LAMPIRAN 3

RAJAH 3.0 : KAWASAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN ZON 2

RASA
RASA

TANJUNG
TANJUNG KARANG
KARANG HULU
HULU TINGGI
TINGGI BATANG
BATANG KALI
KALI
U
BATANG
BATANG BERJUNTAI
BERJUNTAI HULU
HULU YAM
YAM
SERENDAH
SERENDAH
HUJUNG
HUJUNG PERMATANG
PERMATANG
PASANGAN
PASANGAN Tanpa Skala

API-API
API-API IJUK
IJUK
SETAPAK
SETAPAK
RAWANG
RAWANG

BATU
BATU
JERAM
JERAM HULU
HULU KLANG
KLANG
SS
SSS
SSE
EEE
EEL
LLL
LLA
A
AAT
TT
TT
TTM

SUNGAI
SUNGAI BULUH
BULUH PAHANG
PAHANG
PAHANG
PAHANG
PAHANG
PAHANG
M

PAHANG
M
M
M
MEEEELLLLA

WPKL
WPKL HULU
HULU LANGAT
LANGAT
A
A
A
AAK

BUKIT
BUKIT RAJA
RAJA
K
K
K
K
KKA
A
AA

KAPAR
KAPAR AMPANG
AMPANG

DAMANSARA
DAMANSARA

CHERAS
CHERAS HULU
HULU SEMENYIH
SEMENYIH
KLANG
KLANG PETALING
PETALING

KAJANG
KAJANG
SEMENYIH
SEMENYIH
Pulau
Pulau
Pulau
Pulau
Pulau
Pulau Putrajaya
Putrajaya
Putrajaya
Putrajaya
Putrajaya
Putrajaya
Indah
Indah
Indah
Indah
Indah Cyberjaya
Cyberjaya
Cyberjaya
Cyberjaya
Cyberjaya
Cyberjaya
Cyberjaya
Cyberjaya
Cyberjaya
Cyberjaya
TELUK
TELUK PANGLIMA
PANGLIMA GARANG
GARANG
BERANANG
BERANANG
JUGRA
JUGRA DENGKIL
DENGKIL
BANDAR
BANDAR
NEGERI
NEGERI
NEGERI
NEGERI
NEGERI
TANJUNG
TANJUNG DUA
DUA BELAS
BELAS NEGERI
PETUNJUK : SEMBILAN
SEMBILAN
SEMBILAN
SEMBILAN
SEMBILAN
SEMBILAN
KELANANG
KELANANG
LABU
LABU
ZON 2
MORIB
MORIB
LEBUHRAYA
BATU
BATU
JALAN SEPANG
SEPANG
PERSEKUTUAN

*Nota : Rajah yang ditunjukkan ini adalah sebagai contoh sahaja dan digunakan bagi
menerangkan zon pembangunan di dalam Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri
Selangor. Sekiranya terdapat percanggahan maklumat hendaklah merujuk Jabatan yang
berkaitan

17
LPHS/BL/7/00/11(14)

LAMPIRAN 4

RAJAH 4.0 : KAWASAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN ZON 3

U
PERAK
PERAK
PERAK
Tanpa Skala
Sabak
Sabak

Bagan
Bagan Nakhoda
Nakhoda Omar
Omar

Panchang
Panchang Bedena
Bedena Kalumpang
Kalumpang
Sungai
Sungai Panjang
Panjang
Hulu
Hulu Bernam
Bernam Kerling
Kerling
Kuala
Kuala Kalumpang
Kalumpang
Peretak
Peretak
Sungai
Sungai Gumut
Gumut
Pasir
Pasir Panjang
Panjang
Ampang
Ampang Pecah
Pecah

Buluh
Buluh Telur
Telur
SSEE

Sungai
Sungai Tinggi
Tinggi Rasa
Rasa
LLAA

Tanjung
Tanjung Karang
Karang
TT

Hulu
Hulu Tinggi
Tinggi
M
M
EELL

Batang
Batang Kali
Kali
AAKK
AA

Serendah
Serendah Hulu
Hulu Yam
Yam
Hujung
Hujung Permatang
Permatang Batang
Batang Berjuntai
Berjuntai PAHANG
PAHANG
Pasangan
Pasangan PAHANG

Kuala
Kuala Selangor
Selangor
Rawang
Rawang
Batu
Batu
PETUNJUK : Api-Api
Api-Api Setapak
Setapak

Ijuk
Ijuk
ZON 3
Jeram
Jeram

LEBUHRAYA
JALAN
PERSEKUTUAN

*Nota : Rajah yang ditunjukkan ini adalah sebagai contoh sahaja dan digunakan bagi
menerangkan zon pembangunan di dalam Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri
Selangor. Sekiranya terdapat percanggahan maklumat hendaklah merujuk Jabatan yang
berkaitan

18

Anda mungkin juga menyukai