Anda di halaman 1dari 35

PENGAJARAN KOLABORATIF

O l e h

Laila Hairani Bt Abdullah Sanggura

Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa

Definisi- Pengajaran Kolaboratif

1. Satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yang


bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran:
merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan
dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran.
(Sturman, 1992).

2. Pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh dua


orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar
dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran
seperti ini menekankan perkongsian bersama agihan kuasa dan
membuat keputusan antara guru-guru tersebut.
(Nunan, 1992)

3. Dalam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untuk memberi


dan menerima idea/maklumat, sokongan moral dan galakan apabila
menghadapi kesukaran samada secara peribadi atau professional.
(Hargreaves, 1995).

4. Kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman


buah fikiran dua orang yang digembelingkan.

5. Guru tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu


sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau
penambahbaikan.

6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan


kepakaran guru-guru yang dapat membantu mereka menghadapi
cabaran pembaharuan atau arus perubahan dengan lebih baik.

7. Pengajaran Kolaboratif - satu sumber pembelajaran secara profesional


melalui rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari rakan sejawat.

8. Kolaborasi antara guru merupakan satu mekanisme yang kuat untuk guru
meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pembelajaran masing-
masing (Bailey,1996).

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
1

~ ~
9. Perancangan Kolaboratif menggalakkan percambahan pemikiran yang
kreatif dan produk yang dihasilkan bersama lebih baik mutunya dari yang
dihasilkan sendirian.

10. Kolaborasi di dalam kelas memberi peluang untuk masing-masing


memerhatikan ‘satu model’ yang sedang mengajar.

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif

1. Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah pendidikan yang sama untuk


memudahkan mereka berkomunikasi dan bersetuju akan nilai asas yang
menentukan prestasi murid.
2. Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/ahli yang sesuai untuk
membentuk pakatan/pasukan bagi melaksanakan Pengajaran
Kolaboratif.
3. Kejayaan sesuatu Pengajaran Kolaboratif bergantung kepada
sejauhmana kesediaan setiap ahli memberi sumbangan kepada
pasukan/pakatan tersebut.
4. Keperluan murid di sekolah merupakan asas utama untuk pembentukan
pasukan Pengajaran Kolaboratif.
5. Penggemblingan sumber seperti kepakaran, minat, pengetahuan,
kemahiran, pengalaman, personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan
tenaga pengajar sangat penting khususnya dalam Pengajaran
Kolaboratif pelbagai disiplin.
6. Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik yang tersedia ada, alat teknikal,
bahan pengajaran dan pembantu yang boleh digunakan untuk
Pengajaran Kolaboratif perlu dipertimbangkan untuk menentukan
keberkesanannya.
7. Pakatan kolaboratif memberi peluang kepada guru untuk membuat
refleksi demi menggalakkan penilaian yang kritis dan mendalam tentang
pedagogi masing-masing.
8. Wawasan yang terhasil dari refleksi dan penilaian yang berterusan
menggalakkan perkembangan profesional diri.
9. Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang cukup kuat untuk meluahkan
pendapat, fikiran atau perasaan agar dapat berbincang dengan
pasangannya.
10. Kekuatan ego membolehkan seseorang mengenalpasti kelebihan,
kemahiran dan kepakaran rakan sejawat tanpa rasa tergugat
(Shannon and Meath-Lang, 1992).

11. Setiap ahli hendaklah berkongsi pendapat bahawa Pengajaran


Kolaboratif boleh dilihat sama ada sebagai satu hubungan persahabatan
atau satu perkahwinan yang saling melengkapkan.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
~ 2 ~
Model Pengajaran Kolaboratif - Freudenstein (1991)

Ada tiga bahagian utama dalam latihan pengajaran:

1. Pra-pengajaran – peringkat perancangan dan persediaan.


2. Pengajaran – peringkat persembahan dan pelaksanaan.
3. Pasca-pengajaran – peringkat penilaian dan pengubahsuaian

Diadaptasi dr Model Peng. Kolaboratif Freudenstein (1991)

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
~ 3 ~
Rujukan.

Bailey, F.(1996). The role of collaborative dialogue in teacher education. In D.


Freeman & J.C. Richards (Eds.), pp. 260 –280.
e a c h e r l e a r n i n g i n l a n g u a g e t e a c h i n g .

Cambridge: Cambridge University Press.

Freudenstein, R.(1991). Issues and problems in primary education. In C. Kennedy & J.


Jarvis (Eds.), . (pp. 18-22). Walton-on-Thames: Nelson
e a s a n i s s u e s i n P r i m a r y E L

I d d T

in association with the Center for British Teachers.

Hargreaves, A. (1995). Beyond collaboration: Critical teacher development in the


postmodern age. In J. Smyth (Ed.), . (pp.
r i t i c a l i s c o u r s e s o n t e a c h e r e v e l o p m e n t

C d d

149-179). London: Cassell.

Nunan, D. (1992). . Cambridge:


o l l a b o r a t i v e l a n g u a g e l e a r n i n g a n t e a c h i n g

C d

Cambridge University Press

Shannon, N. B. & Meath-Lang, B. (1992). Collaborative language teaching: A co-


investigation In D. Nunan (Ed.),
o l l a b o r a t i v e l a n g u a g e l e a r n i n g a n t e a c h i n g .

C d

(pp.120-140). Cambridge: Cambridge University Press

Sturman, P. (1992). Team teaching: a case study from Japan In D. Nunan


.

. (pp. 141-161). Cambridge: Cambridge


o l l a b o r a t i v e l a n g u a g e l e a r n i n g a n t e a c h i n g

C d

University Press.

Suraya Sulyman.(1995). A Proposal For Team Collaborative Teaching Language


Classrooms at Lower Secondary Level of Secondary Schools in Peninsular Malaysia,
unpublished M.Ed dissertation, University of Warwick.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
~ 4 ~
PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan mengajar di mana murid


bekerja bersama dalam kumpulan belajar yang kecil, membantu di antara
satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan.
Teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai dalam
kelas dengan pelbagai kebolehan kerana ia menggalakkan perasaan positif
dengan saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama murid.
Beberapa orang sarjana terkemuka yang banyak menyumbangkan tenaga
mereka terhadap pembelajaran koperatif ada Robert E. Slavin, Spencer
Kagan dan Miguel Kagan, David W. Johnson dan Roger T. Johnson.

Prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif ialah:

Saling kebergantungan positif

1. Kebertanggungjawaban individu
2. Interaksi serentak
3. Penglibatan saksama
4. Interaksi bersemuka
5. Kemahiran sosial
6. Pemprosesan kumpulan.

1. Saling kebergantungan positif

Bila terdapatnya saling bergantungan secara positif, ahli-ahli di dalam


sesuatu kumpulan akan bekerjasama dalam cara yang dapat
menyokong pembelajaran setiap ahli kumpulan. Ahli-ahli kumpulan juga
akan merasa bahawa mereka memerlukan satu sama lain untuk
mencapai sesuatu matlamat. Lantas, setiap individu akan memastikan
kumpulan mereka berjaya. Ada banyak cara seseorang guru dapat
menstrukturkan pembelajaran yang berteraskan unsur saling
bergantungan secara positif. Misalnya, penggunaan resos seperti
lembaran kerja di mana 2 orang berkongsi untuk menyelesaikannya.
Dalam kes ini, ia dikenali sebagai saling bergantungan resos secara positif.
Di samping itu, bekerjasama untuk mencapai sesuatu sasaran yang
merupakan suatu ganjaran seperti hadiah, sijil kejayaan, atau pun pujian
guru. Saling bergantungan peranan secara positif pula merupakan situasi
di mana setiap ahli dipertanggungjawabkan satu peranan dan mereka
perlu sandar menyandar pada peranan setiap ahli untuk berjaya. Ini
seterusnya membawa mesej bahawa kepimpinan dalam sesuatu
kumpulan adalah dikongsi berdasarkan peranan masing-masing.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
~ 5 ~
2. Kebertanggungjawaban individu

Setiap ahli di dalam kumpulan bertanggungjawab untuk belajar dan


menyumbang kepada tugasan/aktiviti kumpulan demi kejayaan
kumpulan masing-masing. Setiap ahli disedarkan bahawa kejayaan diri
mereka bergantung kepada ahli-ahli kumpulan yang lain dan dengan itu,
akan memotivasikan mereka untuk memastikan setiap ahli mencapai
prestasi yang baik. Ahli-ahli dalam kumpulan akan dipilih secara rawak
untuk menjawab, menerang atau menghujah. Masing-masing
dikehendaki untuk menduduki ujian perseorangan tanpa bantuan rakan-
rakan sekumpulan dan markahnya akan diambilkira untuk menentukan
kejayaan kumpulannya. Interaksi serentak berlaku bila mana murid
bekerja atau terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka.
Dalam kelas tradisional, interaksi seperti perbincangan atau persembahan
berlaku secara tersusun. Dalam kelas koperatif, perbincangan boleh
berlaku di dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. Interaksi
serentak mempertingkatkan penglibatan aktif setiap murid dan
mempertingkatkan potensi belajar setiap murid.

3. Penglibatan saksama

Dalam pembelajaran koperatif, mestilah ada penglibatan saksama, di


mana semua murid mesti melibatkan diri secara saksama dan oleh itu
setiap murid akan menjadi ahli kumpulan yang aktif dalam proses
pembelajaran. Dalam kerja kumpulan yang lain, tidak ada cara untuk
memastikan yang setiap murid mendapat peluang yang saksama untuk
belajar.

4. Interaksi bersemuka

Ahli-ahli kumpulan dapat berdialog atau berbincang dalam kedudukan


yang berhampiran di antara satu sama lain dan menunjukkan
persefahaman serta kemajuan. Kedudukan mata-bertentang-mata
dapat memberangsangkan perkongsian idea, resos ataupun jawapan. Di
samping itu, ia dapat juga memupuk semangat kekitaan dan seterusnya
menggalakkan penglibatan aktif setiap ahli. Menurut Johnson, Johnson
dan Holubec (1986) salah satu disiplin dalam kumpulan koperatif adalah
memastikan ahli kumpulan berjumpa secara bersekemuka semasa
bekerja untuk menyempurnakan tugasan dan meraikan kejayaan masing-
masing.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
~ 6 ~
5. Kemahiran Sosial

Kemahiran-kemahiran yang terlibat di dalam pembelajaran koperatif


seperti mengikut giliran, memberi galakan. mendengar, memberikan
pertolongan dan meminta pertolongan dan pengelasan ataupun
meminta penjelasan dalam nada serta intonasi yang menurut norma-
norma masyarakat, dan menyemak pemahaman bagi membolehkan
kumpulan berfungsi secara efektif. Kemahiran ini akan memupuk ciri-ciri
kepimpinan, kepercayaan, membuat keputusan dan lain-lain. Pelajar-
pelajar pendiam juga bermanfaat kerana mereka juga akan terus
berusaha untuk mempelajari kemahiran sosial. Pemerolehan kemahiran
sosial adalah penting dalam kejayaan hidup. Pelajar bukan sahaja perlu
kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di mana saling
bergantungan dan kerja berpasukan adalah amalan biasa.

6. Pemprosesan Kumpulan

Ahli-ahli kumpulan akan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan


kumpulan dari segi pencapaian matlamat. Di samping itu, mereka juga
akan membuat refleksi tentang kumpulan masing-masing telah berfungsi
dengan baik. Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan
supaya kumpulan tersebut akan berfungsi dengan lebih efektif lagi.
Semasa pemerosesan kumpulan, ahli-ahli boleh mereflek secara individu
tentang cara perfungsian atau perjalanan kumpulan meraka pada hari
tersebut atau selepas mengakhiri sesuatu unit. Borang Penilaian Kendiri
boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Di samping itu, ahli-ahli juga harus
digalakkan untuk mereflek secara berkumpulan.

7. Implikasi Pembelajaran Koperatif

Antara implikasi utama pembelajaran koperatif boleh disenaraikan


seperti berikut:

a. Meningkatkan prestasi akademik murid.


b. Meningkatkan kemampuan pemikiran kritikal murid.
c. Mengeratkan persahabatan yang positif.
d. Meningkatkan kemahiran bergaul antara guru dan murid.
e. Meningkatkan penyertaan murid dalam menyiapkan tugas.
f. Meningkatkan motivasi murid untuk mencari ilmu pengetahuan.
g. Mewujudkan semangat tolong menolong dan menghargai pendapat
sesama murid.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
~ 7 ~
h. Memperbaiki kefahaman dan sikap murid terhadap pembelajaran
dan cara belajar yang berkesan.

Pembelajaran Koperatif harus diimplementasikan dalam pengajaran dan


pembelajaran bagi meningkatkan kecemerlangan. Keberkesanannya
memang tidak dapat dipertikaikan. Ia bukan sahaja membentuk kerjasama
di kalangan kumpulan malah memberi peluang menjernihkan proses
pemikiran mereka.

RUJUKAN:

Nota-nota yang dibekalkan oleh En. Norjoharuddeen Mohd Nor dan En.
Ahmad Ramli , Fasilitator-Fasilitator RECSAM.

Robert E. Slavin, Cooperative Learning: Theory, Research dan Practice, New


Jersey.

David W. Johnson, Roger T. Johnson, Learning Mathematics dan Cooperative


Learning plans for Teachers.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
~ 8 ~
Banding & Beza Di Antara Pembelajaran Koperatif Dan
Pembelajaran Kolaboratif

Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif. Untuk


mewujudkan bilik darjah kolaboratif, cara yang mudah adalah dengan
menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih
banyak pembolehubah dalam kelas. Apabila pelajar-pelajar membiasakan
diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk
memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar
kolaboratif.

Jadual berikut merumuskan persamaan dan perbezaan di antara


pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif.

Persamaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran


Kolaboratif

1. Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif.


2. Dalam kedua-dua situasi, guru berperanan sebagai fasilitator.
3. Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif, pengajaran dan
pembelajaran dialami oleh guru dan murid.
4. Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi.
5. Dalam kedua-dua situasi, pelajar dikehendaki memikul tanggungjawab
atas pembelajaran diri sendiri.
6. Kedua-dua bentuk pembelajaran memerlukan pelajar menyampaikan
idea dalam kumpulan kecil.
7. Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan
pasukan.
8. Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan pengetahuan
dan kejayaan pelajar .
9. Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian kebolehan pelajar.

Sumber : Matthews, Roberta S.; Cooper, James L.; Davidson, Neil;


Hawkes, Peter. Building bridges between cooperative and
collaborative learning

Perbezaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran


Kolabaratif

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
~ 9 ~
Bil Dalam Pembelajaran Koperatif... Dalam Pembelajaran Kolaboratif

Pelajar menerima latihan dalam Adalah dipercayai bahawa


kemahiran berkumpulan dan pelajar telah memiliki kemahiran
sosial. sosial yang dikehendaki. Mereka
1 dikehendaki membangunkan
kemahiran sedia ada untuk
mencapai matlamat
pembelajaran

Aktiviti distrukturkan di mana Pelajar-pelajar merunding dan


2 setiap pelajar memainkan meng-organisasi usaha sendiri.
peranan spesifik.

Guru memantau, mendengar Aktiviti kumpulan dipantau oleh


dan mencampur tangan guru. Jika timbul persoalan, soalan
kegiatan kumpulan jika perlu. itu dijawab oleh kumpulan itu
3
sendiri. Guru cuma membimbing
pelajar ke arah penyelesaian
persoalan.

Pelajar dikehendaki menghantar Pelajar menyimpan draf kerja


4 kerja di akhir pelajaran untuk untuk kerja-kerja lanjutan.
dinilai.

Pelajar-pelajar menilai prestasi Pelajar-pelajar menilai prestasi


5 individu dan kumpulan dengan individu dan kumpulan tanpa
dibimbing oleh guru. dibimbing oleh guru

Sumber

Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.


Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814

13 Mei 2000
http://www.teachersrock.net

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
1 0

~ ~
Contoh Rancangan Mengajar
Secara Kolaboratif
Tahun 4
Bagi Sekolah-Sekolah Program j-QAF
Asuhan Tilawah al-Quran

Persediaan sebelum mengajar.

Guru pendidikan Islam ( GPI ) dan guru j-QAF bersama-sama merancang


mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar.
GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan BBM
mengikut kesesuaian yang akan diajar.
Guru j-QAF hedaklah menyediakan persediaan mengajar yang sama
berdasarkan persediaan mengajar GPI

1. Bidang : Asuhan Tilawah al-Quran


2. Isi Pelajaran : Memahami Surah al-Maun ayat 1-3
3. Masa : 60 minit
4. Fokus :
Pemikiran : Memahami makna, isi penting dan pengajaran
surah al-maun.
Amalan : Meningkatkan amalan baik terhadap anak
yatim, fakir miskin untuk bertaqwa kepada
Allah..
Penghayatan : Sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T. dan
mensyukuri nikmatnya

Prinsip Islam Hadhari :


i. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
ii. Penguasaan ilmu pengetahuan
iii. Kehidupan berkualiti.

5. Hasil pembelajaran :
6. Di akhir pelajaran murid dapat :

Aras 1 : memahami maksud ayat dari surah al-Maun secara


Keseluruhan
Aras 2 : menyatakan perkara penting yang terdapat di dalam
surah al-Maun. Menghuraikan isi kandungan surah al-
Maun
Aras 3 : Menyatakan pengajaran ayat dari surah al-Maun

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
1 1

~ ~
7. Kaedah
6.1 Penerangan .
6.2 Perbincangan kumpulan.
6.3 Sumbang saran
6.4 Kajian masa depan (usaha meningkatkan kemahiran /ilmu
pengetahuan)

8. Sumber pengajaran dan pembelajaran :


1.1 LCD
2.2 Carta ayat dan terjemahan
3.3 Gambar berkaitan anak yatim
4.4 VCD surah dan pengertiannya

9. Persediaan guru GPI / j-QAF :


1.1 LCD dalam Power Point / gambar
2.2 Lembaran kerja
3.3 Gambar yang berkaitan

10. Pengetahuan sedia ada :


Murid boleh membaca ayat dari surah al-Maun yang telah dipelajarinya

11. Strategi pengajaran dan pembelajaran ( Lampiran )

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
1

~ 2 ~
Contoh : Rancangan Pelajaran Harian ( Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4)

Aktiviti P & P
Masa Kandungan Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B

Memberi salam Guru masuk ke Guru berdiri Murid


Pendahuluan Bacaan Doa kelas dan memberi mengikut menjawab
( 2 minit ) salam kepada kesesuaian salam guru.
murid. tempat. Murid
Guru membimbing Membantu membaca doa.
murid membaca membetulkan
doa. bacaan doa
murid-murid dan
adab ketika
berdoa.

Gambar anak yatim Bersoal jawab Guru Murid


Set Induksi dan fakir miskin berkaitan gambar menayangkan menjawab
( 3 minit ) Ini gambar apa? gambar anak soalan yang
yatim dan fakir diajukan oleh
miskin guru

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

3
~

~
Aktiviti P & P
Masa Kandungan Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B

Aras 1
Guru memberi Guru B mem- Murid LCD
Pengenalan surah penerangan bantu guru A mendengar guru
 Nama surah pengenalan surah memapar-kan penerangan sebagai
 Tempat diturun- maksud ayat dari perkara yang guru dengan fasilitator
kan surah Maun (1-3) ditayang-kan di teliti
Langkah 1  Sebab diturun-kan Guru bersoal LCD berkaitan Murid mencatat
jawab kepada dengan maksud jawapan
( 15 minit ) murid tentang ayat 1-3 surah al- Murid bertanya
Memahami maksud maksud ayat 1-3 Maun. dan menjawab
ayat dari surah al- surah al-Maun Guru B mem- soalan guru
Maun ayat 1-3 Contoh soalan bantu guru A mengikut
mem-bimbing arahan
i. Siapakah orang murid menjawab
yang mendustakan soalan.
agama? Guru B mem-
ii. Nyatakan hukum bantu men-catat
orang yang tidak jawapan murid di
me membantu papan hitam
anak yatim
iii. Siapakah yang
dikatakan anak
yatim?

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

4
~

~
Aktiviti P & P
Masa Kandungan Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B

Aras 2

Menyenaraikan Guru menerangkan Guru B membantu Murid LCD


perkara penting yang isi-isi penting memaparkan LCD menjawab Kad
terdapat di dalam berdasar kepada isi berkaitan soalan guru. imbasan
surah al-Maun. paparan LCD :
Langkah 2 Bersoal jawab
KBKK Guru B Murid
( 15 minit ) Cara berbuat baik mengawasi murid- memaparkan
terhadap anak yatim Contoh : murid kad imbasan
dan orang miskin (jawapan) atau
i. Istilah “ yatim” memaparkan
ii. Maksud “ miskin” Guru B Murid
iii. maksud “ yang mengedarkan menjawab
mendustakan kad imbasan soalan guru
agama” yang berkaitan
dengan isi
Penilaian pelajaran

i. Apakah maksud
anak yatim dan
orang miskin

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

5
~

~
Aktiviti P & P
Masa Kandungan Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B

ii. Nyatakan contoh “


orang yang
mendustakan
agama”

Guru memperbaiki
jawapan murid

Langkah 3 Huraian isi kandungan Guru membahagi- Guru B membantu Murid Lembaran
surah al-Maun ayat 1-3 kan murid kepada 3 membimbing berbincang isi kerja
(20 minit ) kumpulan dalam sessi kandungan
Peranan kita terhadap perbincangan surah al-Maun
anak yatim dan miskin ayat 1-2
Golongan yang Guru mengarahkan
mendustakan agama murid berbincang: Guru B
mengedarkan Mengikut
i. Peranan kertas peta minda arahan guru
terhadap anak sepada setiap melengkapkan
yatim dan orang murid. peta minda
miskin

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

6
~

~
Aktiviti P & P
Masa Kandungan Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B

ii. Guru Mengawasi dan


mengarahkan membimbing
setiap kumpulan murid
untuk melengkapkan
melengkapkan peta minda.
peta minda
yang diedarkan.

Contoh peta minda


Nama Jumlah
Surah Ayat

Surah

al-Maun

Tempat
turun surah

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

1
7
~

~
Aktiviti P & P
Masa Kandungan Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B

Isi kandungan surah. Guru B Murid


mengawasi murid melengkapkan
semasa peta minda.
perbincangan.
Contoh
Wakil kumpulan
Senaraikan golongan Guru B membaca hasil
yang mendustakan mencatatkan perbincangan
agama jawapan murid di- mereka.
papan hitam.




Murid





Guru membantu menjawab
kumpulan soalan yang
menampal peta dikemukan oleh
minda mereka di guru
dinding dalam
kelas mereka.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

8
~

~
Aktiviti P & P
Masa Kandungan Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B

Guru mengarahkan Guru memastikan


setiap wakil setiap juga supaya
kumpulan untuk murid mematuhi
menampalkan peta arahan.
minda mereka di
dinding pada
tempat yang telah Guru membantu
ditentukan di dalam menyoal murid
kelas mereka soalan yang
berkaitan

Penilaian

(Guru menyoal murid)

 Siapakah mereka
yang digolongkan
sebagai “ yang
mendustakan
agama”?

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

9
~

~
Aktiviti P & P
Masa Kandungan Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B

Rumusan dan Penilaian Guru Guru B bersama Mendengar


mengingatkan guru A nasihat guru
murid supaya menasihati dengar teliti
mengamalkan murid supaya
Penutup sifat mahmudah mengamal-kan
dan menjauhi sifat tingkah laku
( 5 minit ) mazmumah yang baik ketika
bersama anak
yatim dan fakir
Guru juga miskin
menasihati murid
supaya
mengamalkan isi
pelajaran ayat 1-3
surah al-Maun

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

0
~

~
Contoh Rancangan Mengajar Secara Kolaboratif Tahun 2
Bagi Sekolah-Sekolah Program j-QAF
Asas Ulum Syari’ah ( Ibadah )

1. Persediaan sebelum mengajar.


Guru pendidikan islam ( GPI ) dan guru j-QAF bersama-sama
merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar.
GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan
BBM mengikut kesesuaian yang akan diajar.
Guru j-QAF hedaklah menyediakan persediaan mengajar yang sama
berdasarkan persediaan mengajar GPI

2. Bidang : Asas Ulum Syar'iah ( Ibadah )


3. Isi pelajaran : Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
4. Masa : 30 minit
5. Fokus
5.1 Pemikiran : murid mengetahui dan memahami fardhu ain dan
fardhu kifayah.
5.2 Amalan : mengamalkan fardhu ain dan fardhu kifayah
5.3 Penghayatan : murid mengaplikasikan dalam kehidupan seharian
5.4 Prinsip Islam Hadhari :
Pembangunan ekonomi yang seimbang dan konprehensif (v)
Penguasaan ilmu pengetahuan ( iv ) .
Kekuatan pertahanan ( x ) .

6. Hasil pembelajaran :
Diakhir pelajaran murid dapat :
Aras 1 : menyatakan fardhu ain dan fardhu kifayah
Aras 2 : menjelaskan contoh-contoh fardhu ain dan fardhu kifayah
Aras 3 : menyatakan perbezaan erti fardhu ain adan fardhu kifayah

7. Kaedah :
Penerangan.
Sumbang saran.
Perbincangan.
Simulasi

8. Sumber pengajaran dan pembelajaran :


LCD
Lembaran kerja
Carta
Carta gambar yang berkaitan
9. Persediaan guru GPI / j-QAF :
LCD dalam Power Point / gambar
Gambar-gambar yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardu
kifayah.
10. Pengetahuan sedia ada :
murid pernah melakukan amalan fardhu ain dan fardhu kifayah

11. Strategi pengajaran dan pembelajaran ( Lampiran )

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
1

~ 2 ~
Contoh : Rancangan Pelajaran Harian ( Ibadah Tahun 2)

Aktiviti P & P
Masa Kandungan Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B

Mukadimah Memberi Guru masuk ke kelas dan Guru berdiri mengikut Murid menjawab
salam memberi salam kepada kesesuaian tempat. salam guru.
( 2 minit )
murid.
Bacaan Doa membantu membetul- Murid membaca
Guru membimbing murid kan bacaan doa murid- doa.
membaca doa. murid dan adab ketika
berdoa.
Langkah 1 Aras 1 Guru memberi Guru menampal carta murid melihat carta
penerangan mengenai berkaitan pengertian carta yang
( 5 minit ) lembaran kerja
pengertian Fardhu Ain Fardu Ain dan Fardhu dipamerkan.
Pengertian dan Fardhu Kifayah. Kifayah.
murid membaca
Fardhu Ain
Guru meminta murid Memastikan setiap murid carta secara
dan Fardhu
membaca pengertian memberi tumpuan dan kelas,kumpulan
Kifayah
Fardu Ain dan Fardhu dapat membaca carta dan individu.
Kifayah berdasarkan yang dipamerkan .
murid menyiapkan
carta secara kelas,
Membantu guru A lembaran kerja
kumpulan dan individu.
mengedar lembaran yang diberikan
Membahagikan kerja dan membuat oleh guru.
lembaran kerja kepada penilaian berdasarkan
semua murid. lembaran kerja yang
diberikan kepada murid
dan mengklafikasikan
murid mengikut aras.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

2
~

~
Aktiviti P & P
Masa Kandungan Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B

Aras 2 Guru membahagikan Bersama membantu murid bergerak ke LCD / Carta


murid kepada kumpulan guru A dan murid untuk kumpulan masing-
Contoh Bahan Maujud
kecil mengikut aras. bergerak dalam kum- masing mengikut
Fardhu Ain
pulan mengikut aras. arahan guru. Simulasi contoh :
bentuk Guru bersoal jawab
gambar dengan murid mengenai Membantu menampal Murid mendengar membersihkan
contoh-contoh Fardhu gambar di papan penerangan guru kelas dan
 Solat memungut
Ain. hitam. dengan teliti.
 Puasa sampah
Guru mempamerkan Memastikan murid Murid berada di
Langkah 2  Menuntut contoh-contoh Fardhu memberi tumpuan dalam kumpulan Lembaran Kerja
ilmu Ain melalui gambar. terhadap pengajaran masing-masing
( 8 minit ) Penyediaan
 berbuat dan pembelajaran. selepas penilaian Alatan : Gunting
Guru meminta murid aras 1.
baik mengklasifikasikan Membantu murid untuk dan gam.
kepada gambar-gambar Fardhu menjawab soalan yang Murid berinteraksi
ibubapa ∗ Guru-guru saling
ain dan Fardhu Kifayah. diberikan oleh guru A. dalam kumpulan
bertukar peranan.
Contoh masing-masing
Guru meminta murid Bersama guru A Guru B mengambil
Fardhu untuk menjalan-
menyebut semula memberi penjelasan alih peranan Guru
kifayah kan tugasan yang
contoh-contoh mengikut dan penerangan A sebagai fasilitator
bentuk diberi oleh guru.
kategori Fardhu Ain dan kepada murid dalam utama dan Guru A
gambar Fardhu Kifayah. melakukan aktiviti murid Wakil kumpulan menjadi pembantu
 Mem- secara berkumpulan. mem-bentang kepada Guru B
bersihkan Membuat penilaian hasil kerja masing- pada peringkat ini
kelas. murid pada aras 2. Bersama guru A masing. dan seterusnya.
 menolong membuat penilaian
rakan. pada aras 2.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

3
~

~
Aktiviti P & P
Masa Kandungan Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B

Langkah 3 Perbezaan erti Guru menerangkan Guru menampal ‘flash murid mendengar Gambar Fardhu Ain
Fardhu ain dan tentang perbezaan card’ yang menjelaskan penerangan guru.
( 5 minit ) Solat
Fardhu Kifayah Fardhu Ain dan Fardhu tentang perbezaan
Kifayah. Fardhu Ain dan Fardhu murid memberi
murid sedang
Kifayah. tindakbalas
mengaji
Guru bersoaljawab terhadap soalan
gambar
dengan murid mengenai Bersama memastikan guru. Gambar Fardu
perbezaan Fardhu Ain / murid memberi Kifayah
Fardhu Kifayah. tumpuan dan bersedia Murid di dalam
menjawab soalan. kumpulan membasuh kereta
Guru meminta murid berbincang
menyebut semula Membantu guru A dengan soalan memungut
tentang perbezaan menunjukkan gambar guru. sampah
Fardhu ain dan Fardhu dan menggalakkan
Kifayah berdasarkan ransangan interaksi di
gambar. antara guru dengan
murid.
Penilaian Guru menasihati murid Bersama Guru A mendengar
agar melaksanakan mengedar-kan nasihat guru.
Penutup
Fardhu ain dan Fardhu lembaran kerja kepada
( 5 minit ) Kifayah di dalam murid. menjawab soalan
kehidupan seharian. melalui lembaran
Bersama guru A mem- kerja yang
Guru membimbing dan bimbing dan disediakan.
mengawasi murid mengawasi murid
semasa menjawab menjawab lembaran
lembaran kerja. kerja yang disediakan.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

4
~

~
Aktiviti P & P
Masa Kandungan Aktivit murid Catatan
Guru A Guru B

Pengukuhan meminta dan membantu murid murid membaca Carta solat


membimbing murid menyebut dan bacaan ruku’.
Kem Bestari
membaca dalam ruku’. membaca bacaan
Solat
rukuk.
Bacaan
ruku’

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

5
~

~
Contoh Rancangan Pengajaran Kolaboratif Secara Koperatif

Tahun 3 -Asas Ulum Syariah ( Aqidah )

Persediaan sebelum mengajar

Guru Pendidikan Islam (GPI ) dan Guru j-QAF bersama-sama


merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar.

Guru Pendidikan Islam (GPI) dan Guru j-QAF bersama-sama


berbincang untuk menyediakan bahan-bahan untuk mengajar (BBM)
mengikut kesesuaian yang akan diajar.

Guru j-QAF hendaklah menyediakan persediaan yang sama


berdasarkan persediaan mengajar GPI .

1. Bidang : Asas Ulum Syariah (Aqidah )

2. Isi pengajaran : Beriman kepada Kitab

3. Masa : 30 minit

4. Fokus :

Pemikiran - Murid mengetahui dan memahami tentang Rukun Iman.

Amalan – Sentiasa membaca Al-Quran .

Penghayatan – Mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Prinsip Asas Islam Hadhari :-

4.4.1 Keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

4.4.2 Kehidupan berkualiti .

4.4.3. Penguasaan ilmu pengetahuan.

5. Hasil Pembelajaran:

Aras 1. Menyatakan pengertian kitab

Aras 2. Menjelaskan beriman kepada kitab Allah.

Aras 3. Menyatakan kelebihan Al-Quran berbanding dengan kitab


lain.

6. Kaedah-kaeadah :

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
~ 2 6 ~
Penerangan

Sumbangsaran

Perbincangan

7. Sumber Pengajaran dan pembelajaran

LCD

Lembaran kerja

Carta

Kotak beracun

Marker pen

Kad imbasan

8. Persediaan Guru Pendidikan Islam (GPI) / j-QAF

LCD

Bahan maujud (Al-Quran )

9. Pengetahuan sedia ada- Murid telah mengetahui tentang Rukun


Iman.

10. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Lampiran )

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
~ 2 7 ~
Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman
Masa Kandungan pembelajaran Catatan
Guru A Guru B
Murid
Mukadimah Memberi salam Guru masuk ke kelas Guru berdiri mengikut Murid menjawab
dan memberi salam kesesuaian tempat. salam guru.
(2 minit) Bacaan doa
kepada murid.
Membantu Murid membaca
Guru membimbing membetulkan bacaan doa.
murid membaca doa. doa murid-murid dan
adab ketika berdoa.
Set Induksi Nasyid “Rukun Iman” Guru mengarahkan Memasang pita Murid mendengar Pita rakaman
Rukun Iman enam murid untuk rakaman lagu tersebut dan bernasyid
(3 minit)
perkara mendengar dan dan memastikan pita bersama-sama.
Semua muslim wajib menyanyikan nasyid rakaman lagu berjalan
percaya “Rukun Iman” . lancar.
Pertama Beriman
Kepada Allah
Kedua Beriman
kepada malaikat
Ketiga Beriman
kepada Kitab
Keempat Beriman
kepada Rasul
Kelima Beriman
kepada Hari Qiamat
Keenam Beriman
Qadha’ dan Qadar
(Lagu P.Ramlee-
Rukun Islam)

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

8
~

~
Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman
Masa Kandungan pembelajaran Catatan
Guru A Guru B
Murid
Langkah 1 Aras 1. Guru membahagikan Guru B membantu Murid bergerak dan Benda maujud
murid kepada guru A membentuk “Al-Quran”
(5 minit) Menyatakan pengertian
beberapa kumpulan membahagikan murid kumpulan yang
Kitab Allah
kecil (4-5 orang ke dalam beberapa ditentukan.
Menyebut kitab yang murid). kumpulan kecil supaya
Murid saling
wajib diketahui. lebih licin dan teratur.
Guru bertanya bertanya dan
Soalan : kepada murid sambil Guru B membantu menjawab soalan
memegang Al-Quran guru A mengawal selia guru mengikut
Apakah ini? (Al-Quran) di tangannya. murid melaksanakan arahan serta giliran
 Kitab Allah ialah aktiviti di dalam yang ditetapkan.
“Apakah yang saya
kalam Allah yang kumpulan seperti yang
pegang ini?” Setiap kumpulan
diwahyukan diarahkan.
memilih seorang
kepada Rasul- “ Sebutkan nama-
Guru boleh bertanya murid untuk
rasulnya. nama kitab Allah yang
untuk menggalakkan mewakili mereka
wajib diketahui”.
Contoh kitab: cetusan idea di bagi
Guru mengarahkan kalangan murid dan menyampaikan
1. Taurat murid memberi memberi bimbingan maklumbalas
2. Injil maklumbalas kepada jika perlu. kumpulan.
soalan secara lisan
3. Zabur Guru memastikan Guru A dan guru B
dan bergilir di dalam
setiap kumpulan boleh mem-
4. Al-Quran kumpulan.
melantik wakil untuk bahagikan bilangan
membentangkan kumpulan untuk
pendapat kumpulan dikawal selia oleh
mereka. mereka secara
serentak.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

9
~

~
Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman
Masa Kandungan pembelajaran Catatan
Guru A Guru B
Murid
Contoh : Murid A Setiap wakil kumpulan Contoh :
bertanya kepada membentangkan
Kumpulan yang
murid B “Apakah maklumbalas
berada di ruang
kamu selalu kumpulan mereka.
hadapan kelas
membaca Al-Quran?”
dikawal selia oleh
Murid B menjawab guru A dan ruang di
dan bertanya semula belakang kelas
kepada murid C dan dikawal selia oleh
murid C menjawab. guru B.
Seterusnya aktiviti
bersoaljawab ini
diteruskan kepada
murid D dan kembali
kepada murid A.
Guru mengarahkan
setiap kumpulan
melantik seorang wakil
untuk
membentangkan
secara lisan
maklumbalas mereka
kepada soalan yang
dikemukakan.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

0
~

~
Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman
Masa Kandungan pembelajaran Catatan
Guru A Guru B
Murid
Guru membantu guru
B untuk memberi
maklumbalas.
Bimbingan atau
membetulkan
jawapan murid jika
perlu.
Langkah 2 Aras 2: Guru mengarah setiap Guru menyelia atau Murid berada di Kotak
murid dalam memantau aktiviti dalam kumpulan berancun:
(5minit) Menjelaskan beriman
kumpulan untuk permainan kotak masing-masing.
kepada Kitab Allah Soalan yang
mengambil kotak beracun pada setiap
Murid akan berkaitan
1. Allah telah beracun yang diberi- kumpulan murid.
mengikut arahan dengan isi
menurun-kan kitab kan oleh guru.
Guru juga mengawasi guru . kandungan
kepada Rasul-
Murid yang mendapat murid supaya tidak buku teks.
rasulnya. Sumbangsaran di
kotak beracun itu berlaku perebutan
antara ahli ∗ Guru-guru
2. Kitab Allah adalah akan membaca dan pergaduhan
kumpulan. saling
wahyu yang menjadi soalan yang terdapat semasa permainan ini
bertukar
panduan kepada di dalamnya. dijalankan.
peranan (A
manusia.
Wakil murid akan Guru sentiasa dan B) .Guru B
3. Kitab Allah menjawab soalan mengawasi kumpulan mengambil
mengandungi yang terdapat di murid . alih peranan
aturan hidup yang dalam kotak tersebut. guru A
benar. sebagai
fasilitator
utama dan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

1
~

~
Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman
Masa Kandungan pembelajaran Catatan
Guru A Guru B
Murid
guru A
4. Manusia Kumpulan murid yang
menjadi
memerlukan kitab dapat menjawab
pembantu
Allah kerana : soalan akan diberi
kepada guru B
Sebagai panduan markah oleh guru.
pada
untuk hidup
Guru mengenalpasti peringkat ini
sempurna.
kumpulan murid yang dan
Manusia
perlu diberi pemulihan seterusnya.
mempunyai
atau pengayaan.
kelemahan .
Permainan kotak
beracun
“Siapa cepat dia dapat”
Langkah 3 Aras 3: Guru membahagikan Guru berperanan Ketua kumpulan Carta yang
kertas kosong kepada mengawasi murid di murid ber-peranan mengandungi
(5minit) Menyatakan kelebihan
setiap kumpulan dalam setiap sebagai jurutulis kelebihan Al-
Al-Quran berbanding
murid. kumpulan. bagi melengkap- Quran.
dengan kitab-kitab lain.
kan jadual tugasan
Guru memaklumkan Guru mengenalpasti Kertas
Isi : yang diberikan.
kepada setiap murid yang perlu diberi kosong/
1. Al-Quran merupakan kumpulan untuk bimbingan untuk Murid-murid yang majung
mukjizat teragung melengkapkan jadual melaksanakan lain di dalam setiap
Pensil warna
kepada Nabi aktiviti yang diberikan. tugasan yang kumpulan saling
Muhammad S.A.W. diberikan. berbincang dan Marker pen.
memberi idea.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

2
~

~
Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman
Masa Kandungan pembelajaran Catatan
Guru A Guru B
Murid
2. Allah memelihara Al- Guru mengarahkan Guru memastikan Setiap murid di
Quran daripad murid berbincang setiap kumpulan murid dalam kumpulan
penyelewengan dalam kumpulan dapat menyelesaikan bekerjasama untuk
sehingga hari masing-masing untuk tugasan yang diberi melengkapkan dan
kiamat. mencari jawapan mengikut masa yang menceriakan
berpandukan carta ditetapkan. tugasan.
3. Syariat di dalamnya
yang dipaparkan di
untuk seluruh
papan hitam.
manusia.
Kumpulan yang dapat
4. Al-Quran
menghasilkan tugasan
memansuhkan
yang diberikan
syariat yang
dengan lengkap,
terdapat di dalam
kemas dan dipamer-
kitab Allah
kan di dalam kelas.
sebelumnya.
Guru mengarahkan
5. Al-Quran menjadi
wakil kumpulan untuk
penawar kepada
membentangkan
penyakit.
hasil tugasan.
Aktiviti “melengkapkan
Guru membuat
jadual”.
penilaian.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

3
~

~
Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman
Masa Kandungan pembelajaran Catatan
Guru A Guru B
Murid
Penutup Rumusan dan penilaian. Guru meminta murid Bersama guru A Murid berserdia
menyatakan semula berperanan untuk menjawab semua
(5minit) Beriman kepada
tentang nama-nama memastikan murid soalan yang
Kitab Allah.
kitab yang wajib menjawab sama ada diberikan oleh guru.
Pengertian kitab-kitab diketahui. secara kelas,kumpulan
Mendengar nasihat
yang wajib diketahui. dan individu.
Guru menasihati murid guru dengan
Kelebihan Al-Quran. supaya sentiasa Memastikan agar tenang dan
membaca Al-Quran murid member i istiqamah.
dan mengamalkan isi maklumbalas di atas
kandungan Al-Quran. soalan guru.
(5 minit) Pengukuhan : Guru meminta dan Membantu murid Murid membaca Carta
membimbing murid menyebut dan tahiyyat awal tahiyyat awal.
Kem Bestari Solat-
membaca tahiyyat membaca bacaan dengan betul dan
Bacaan Tahiyyat awal. tahiyyat awal. lancar.
Awal

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

4
~

~
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008
~ 3 5 ~

Anda mungkin juga menyukai