Anda di halaman 1dari 12

PERJANJIAN SEWA

RUMAH

BERTARIKH PADA 29 HARIBULAN NOVEMBER, 2017

ANTARA

ALI BIN ABU


750420-10-3472
(TUAN PUNYA RUMAH)

DAN

ROSNAH BINTI RASHID


891113-08-5428
(PENYEWA)

ALAMAT

03-02 APARTMEN KEKWA,


KOTA DAMANSARA,
47810 PETALING JAYA,
SELANGOR

1
PERJANJIAN SEWAAN

Perjanjian Sewaan ini telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 1
Jadual 1 antara dua pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 2 Jadual 1 (selepas ini
dinyatakan sebagai “Tuan Punya Rumah”) di pihak pertama dan satu pihak lagi
dalam Seksyen 3 Jadual 1 (selepas ini dinyatakan sebagai “Penyewa”) di pihak
kedua.

ADALAH DINYATAKAN BAHAWA

1) Tuan Punya Rumah merupakan pemilik sah yang menjaga hartanah yang
dinyatakan dalam Seksyen 4 Jadual 1 (selapas ini dinyatakan sebagai
“Premis”).

2) Tuan Punya Rumah telah menyerahkan dan Penyewa akan menerima Premis
berserta kelengkapan asas tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang
dinyatakan.

ADALAH DIPERSETUJUI

1. Berdasarkan terma dan syarat-syarat adalah dipersetujui oleh Tuan Punya


Rumah dan Penyewa untuk menerima Sewaan bagi Premis pada
jangkamasa, tarikh masuk dan tarikh tamat seperti yang dinyatakan dalam
Seksyen 5 (a)(b) dan (c) Jadual 1.

2. Nilai Sewaan sebulan dinyatakan dalam Seksyen 6(a) Jadual 1 dan


hendaklah dibayar pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan dalam
Seksyen 6(b) Jadual 1. Sewa hendaklah dibayar terus ke akaun bank
Malayan Banking Berhad (Maybank) Tuan Punya Rumah yang
bernombor: 1256 9532 1267 atas nama Ali Bin Abu. Slip pembayaran
hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran.

2
3. Penyewa hendaklah membayar deposit bagi Premis sebanyak dua (2)
bulan Sewaan seperti dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual 1 sebagai
jaminan terhadap kebolehupayaan Penyewa dalam menjaga baik Premis.
Jumlah deposit adalah kekal sepanjang jangkamasa sewaan dan
hendaklah dipulangkan keseluruhannya dalam masa dua puluh (20) hari
selepas tarikh tamat sewaan atau kurang oleh Tuan Punya Rumah dan
jika berlaku kerosakan pada Premis yang disebabkan oleh kecuaian
Penyewa deposit akan ditolak berdasarkan kos kerosakan.

4. Tempoh kontrak sewaan hendaklah dipatuhi seperti mana yang


dinyatakan dalam Seksyen 5 (a) Jadual 1. Gagal berbuat demikian akan
menyebabkan perjanjian ini terbatal dan Tuan Punya Rumah berhak ke
atas semua deposit rumah dan kemudahan asas. Tuan Punya Rumah
juga berhak terhadap Premis secara automatik.

5. Penyewa perlu memberi notis selama dua bulan untuk menamatkan


sewaan setelah tamat tempoh kontrak sewaan (1 tahun) atau 2 bulan
sebelum tamat kontrak sewaan jika ingin meneruskan tempoh sewaan.

6. Penyewa perlu membayar deposit kemudahan asas (air dan elektrik)


seperti dinyatakan dalam Seksyen 8 Jadual 1. Deposit akan dikembalikan
kepada Penyewa setelah tamat tempoh sewaan dan segala pembayaran
kemudahan asas selesai selama Penyewa tinggal di dalam Premis.

7. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PENYEWA KEPADA TUAN


PUNYA RUMAH seperti dinyatakan :

7.1 Membayar jumlah sewaan Premis pada tarikh yang ditetapkan.


Kegagalan Penyewa membayar Sewaan selama dua (2) atau satu (1)
bulan berturut-turut mengikut jumlah deposit boleh menyebabkan
perjanjian ini terbatal dan Tuan Punya Rumah berhak keatas semua
deposit rumah dan kemudahan asas. Tuan Punya Rumah juga berhak
terhadap Premis secara automatik.

3
7.2 Membayar segala kemudahan asas dan bil pembentungan kecuali kos
selenggara yang disediakan sepanjang tempoh sewaan Premis.
Segala resit pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan.

7.3 Menjaga dan memelihara Premis dari segi peralatan yang disediakan
serta persekitaran dalam keadaan yang baik (perubahan dari segi
faktor masa dan usia adalah diterima). Segala peralatan yang
disediakan hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik.

7.4 Tidak membuat atau membenarkan pengubahsuaian atau


penambahan ke atas Premis, hiasan Tuan Punya Rumah tanpa
terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis atau lisan. Setelah
mendapat keizinan dari Tuan Punya Rumah, Penyewa hanya
dibenarkan melakukan pengubahsuaian atau penambahan pada
kawasan yang ditentukan oleh Tuan Punya Rumah sahaja dan segala
kos perbelanjaan untuk tujuan tersebut adalah ditanggung oleh
Penyewa kecuali mendapat persetujuan oleh Tuan Punya Rumah.
Penyewa mesti mengembalikan pengubahsuaian atau penambahan
kepada keadaan asal apabila diminta oleh Tuan Punya Rumah.

7.5 Membenarkan Tuan punya Rumah atau wakil yang dilantik setelah
memberi tiga (3) hari notis terdahulu pada masa yang berpatutan atau
atas persetujuan bersama melalui temujanji untuk memasuki Premis
dan memeriksa keadaan Premis tersebut yang mana Tuan Punya
Rumah berhak memberikan notis bertulis kepada Penyewa bagi
memaklumkan kerja-kerja pembaikan yang perlu dilakukan dan
meminta Penyewa melaksanakannya. Dan sekiranya Penyewa dalam
masa empat belas (14) hari dari notis tersebut tidak melaksanakannya
maka tuan punya rumah bersama atau tidak bersama dengan pembaik
berhak memasuki Premis tersebut dan melaksanakan kerja-kerja
pembaikan dan segala kos pembaikan adalah dipersetujui oleh kedua-
dua belah pihak.

4
7.6 Menggunakan Premis bagi tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 10
Jadual 1 dan tidak menggunakan Premis atau menyebabkan
penggunaan Premis tersebut selain daripada yang dinyatakan atau
menyebabkan Premis menjadi gangguan dalam sebarang bentuk
kepada Tuan Punya Rumah atau jiran Premis. Sebagai tambahan
Penyewa adalah dilarang sama sekali untuk membela binatang
ternakan separti ayam, itik, kambing, lembu atau seumpamanya bagi
mengelakkan kesulitan yang telah dijelaskan di atas.

7.7 Tidak membenarkan atau memajak Premis tersebut samada secara


pemilikan sah atau sebahagian sah atau sebagainya tanpa terlebih
dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Tuan Punya Rumah.

7.8 Tidak menyebabkan atau disebabkan Premis tersebut melanggar


mana-mana undang-undang atau peraturan atau atau garis panduan
daripada mana-mana agensi kerajaan atau badan atau organisasi
bertanggungjawab sehingga menyebabkan perlanggaran polisi atau
polisi insurans berkaitan kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran
atau meningkatkan risiko kebakaran sehingga menyebabkan
tambahan premium.

7.9 Penyewa bersetuju untuk membersihkan segala sampah atau sisa-sisa


dan menyerahkan Premis kepada Tuan Punya Rumah dalam keadaan
bersih dan telah dibuat pembaikan. Penyewa boleh menanggalkan
gantungan atau pemasangan kepunyaan Penyewa tetapi Penyewa
mesti melakukan pembaikan ke atas segala kecacatan atau kerosakan
akibat penanggalan gantungan atau pemasangan tersebut.

7.10 Tidak menyimpan atau membawa masuk ke dalam Premis senjata,


senjata api, bahan letupan, peledak, peluru atau sebarang bahan
midah terbakar, meletup, merbahaya dan melanggar undang-undang.

5
7.11 Tidak menggunakan Premis untuk perkara yang melanggar undang-
undang, aktiviti tidak bermoral, perniagaan atau pusat penyimpanan
atau tempat perjudian walau dalam bentuk apa cara sekalipun.

7.12 Tidak menambah kunci atau mangga pintu tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran dari Tuan Punya Rumah. Tuan Punya Rumah
akan memberikan kunci pendua bagi semua pintu rumah.

7.13 Penyewa bersetuju menerima sewaan Premis bersih seadanya.


Penyewa bersetuju untuk memulangkan Premis di dalam keadaan
asalnya dan membayar kos pembersihan sekiranya Tuan Punya
Rumah mengupah untuk membersihkan Premis.

7.14 Dalam tempoh 2 bulan sebelum tamat perjanjian sewaan, kecuali


Penyewa telah memberikan notis bertulis untuk memperbaharui
perjanjian tersebut, Penyewa perlu memberi kebenaran kepada orang
yang diberi kuasa oleh Tuan Punya Rumah untuk memasuki dan
melihat keadaan rumah pada masa yang berpatutan

8. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB TUAN PUNYA RUMAH


KEPADA PENYEWA seperti dinyatakan :

8.1 Membayar Sewaan keluar, servis caj dan segala yang berkaitan yang
telah dipersetujui antara Tuan Punya Rumah dan Penyewa.

8.2 Pada setiap masa disepanjang tempoh perjanjian ini, dilindungi


insurans daripada kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran kecuali
perabot atau hartabenda milik Penyewa

8.3 Penyelenggaraan dan memastikan struktur utama Premis iaitu atap,


dinding utama, lantai, siling-siling dan sistem pembentungan dalam
keadaan baik atau dalam keadaan boleh diduduki atau dalam keadaan
boleh dibaiki oleh Penyewa di sepanjang tempoh perjanjian ini kecuali
kerosakan kepada Premis tersebut adalah disebabkan oleh tindakan

6
atau salahlaku atau kecuaian Penyewa atau orang berkaitan dengan
Penyewa, yang mana Penyewa akan melakukan pembaikan atau
pembaharuan dengan kos yang ditanggung oleh Penyewa. Dalam
keadaan kerosakan yang bukan disebabkan oleh Penyewa atau orang
berkaitan dengan Penyewa, Penyewa boleh melakukan sendiri
pembaikan dan pembaharuan dan menuntut kos daripada Tuan Punya
Rumah tidak lebih daripada RM100.

8.4 Setelah Penyewa membuat pembayaran sewaan dan melaksanakan


segala tanggungjawabnya kepada Tuan Punya Rumah, Penyewa
berhak menikmati dan menggunakan Premis tersebut tanpa gangguan
Tuan Punya Rumah atau orang berkaitan Tuan Punya Rumah
sepanjang tempoh perjanjian.

9. SEHARUSNYA DAN SENTIASA DIPERSETUJUI OLEH KEDUA-DUA


BELAH PIHAK:

9.1 Jika pada sebarang ketika bayaran sewaan (samada diminta atau
tidak) akan kekal sebagai bayaran sewaan tidak dibayar untuk tempoh
7 hari selepas tarikh sepatutnya bayaran sewaan dibuat dan sekiranya
ini berlaku, Tuan Punya Rumah berhak pada bila-bila masa tanpa
prejudis untuk memasuki Premis tersebut atas nama perjanjian ini
telah dilanggar oleh Penyewa.

9.2 Jika pada sebarang ketika, bayaran sewaan (samada diminta atau
tidak) akan kekal sebagai sewaan penyewa tidak dibayar untuk tempoh
14 hari selepas tarikh sepatutnya bayaran sewaan dibuat dan
sekiranya ini berlaku, Penyewa akan meninggalkan keluar Premis
dalam masa 7 hari, mengembalikan kepada Tuan Punya Rumah
segala yang sepatutnya dan membaiki segala kerosakan yang
dilakukan oleh Penyewa atau orang yang berkaitan Penyewa dan
melupuskan semua deposit. Penyewa akan bertanggungjawab atas
semua caj guaman yang ditanggung Tuan Punya Rumah bagi
melaksanakan Klausa ini.

7
9.3 Jika berlaku Penyewa ingin melanjutkan Perjanjian Sewaan ke atas
Premis yang sama, Penyewa hendaklah memberi notis dua (2) bulan
secara bertulis kepada Tuan Punya Rumah sebelum tamat Perjanjian
Sewaan ini dan di dalam masa yang sama Penyewa hendaklah
mematuhi segala terma dan syarat Perjanjian Sewaan sedia ada
sebelum Tuan Punya Rumah bersetuju menawarkan Penyewa
menyambung Perjanjian yang mana telah dinyatakan dalan Seksyen 9
Jadual 1 dengan terma dan syarat yang sama dan jumlah sewaan
yang dipersetujui kelak.

9.4 Jika berlaku Penyewa ingin menamatkan perjanjian ini sebelum tarikh
tamat perjanjian yang mana telah dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual
1, deposit dua bulan yang dibayar adalah dikira hangus dan menjadi
hak sepenuhnya Tuan Punya Rumah atau mengikut budi bicara Tuan
Punya Rumah dan deposit kemudahan asas dalam Seksyen 8 Jadual
1 akan dipulangkan sepenuhnya setelah mengambilkira semua
kemudahan asas itu telah di selesaikan sepenuhnya oleh Penyewa
atau sebahagiannya melalui deposit tersebut.

9.5 Segala kos setem dan kos perjanjian ini dibuat dan disediakan adalah
di bawah tanggungan Penyewa.

9.6 Segala cukai yang berkaitan dengan premis ini seperti cukai tanah,
cukai pintu dan sebagainya adalah di bawah tanggungan Tuan Punya
Rumah. Manakala bil pembetungan (Indah Water Konsortium) adalah
di bawah tanggungan Penyewa.

10. Di dalam Perjanjian ini :

10.1 Terma “Tuan Punya Rumah” dan “Penyewa” adalah merangkumi waris
sah atau wakil yang diperakui oleh kedua-dua belah pihak.

10.2 Perkataan yang merujuk kepada jantina merangkumi lelaki dan


perempuan.

8
10.3 Perkataan yang merujuk kepada satu atau sesuatu merujuk kepada
bilangan satu atau lebih daripada satu dan yang merujuk kepada orang
atau seseorang merujuk kepada individu, orang perseorangan atau
organisasi.

11. Syarat-Syarat Wajib Tahu.

11.1 Tarikh bayaran sewa adalah tidak lebih daripada 5 haribulan setiap
bulan. Kegagalan Penyewa membayar Sewaan pada masa yang
ditetapkan sebanyak 3 kali maksimum sepanjang tempoh Sewaan
boleh menyebabkan perjanjian ini terbatal dan Tuan Punya Rumah
berhak ke atas semua deposit rumah dan kemudahan asas. Tuan
Punya Rumah juga berhak terhadap Premis secara automatik.

11.2 Bil TNB dan SYABAS adalah tanggungjawab Penyewa. Sekiranya ada
tunggakan di kemudian hari, Tuan Punya Rumah boleh menolak
tunggakan daripada deposit yang diberi. Kegagalan Penyewa
membayar bil TNB dan SYABAS selama dua bulan tunggakan boleh
menyebabkan perjanjian ini terbatal dan Tuan Punya Rumah berhak ke
atas semua deposit rumah dan kemudahan asas. Tuan Punya Rumah
juga berhak memotong bekalan elektrik dan air dan berhak terhadap
Premis secara automatik.

11.3 Tempoh kontrak adalah selama (rujuk Jadual 1), jika kurang dari
tempoh kontrak, Penyewa yang ingin menamatkan sewaan perlu
mempunyai dan menyertakan bukti dan sebab yang kukuh. Jika tidak,
deposit dua bulan akan dikira hangus. Ia bergantung kepada budi
bicara Tuan Punya Rumah.

11.4 Segala kerosakan pada kelengkapan rumah yang disediakan yang


disebabkan oleh penyewa atau digunakan oleh penyewa akan di
tanggung oleh penyewa. Lampu, kipas dan seumpamanya
dikecualikan dan mengikut budi bicara Tuan Punya Rumah.

9
11.5 Jika Tuan Punya Rumah mendapati keadaan rumah tidak kemas dan
kotor, Tuan Punya Rumah boleh mengupah seseorang untuk
bersihkan dan segala kos pembersihan ditanggung oleh penyewa.

11.6 Penyewa boleh membawa orang luar seperti kawan, rakan sekerja
atau seumpama untuk bermalam di rumah sewa tidak melebihi satu
malam. Jika didapati melanggar peraturan ini, Tuan Punya Rumah
berhak untuk meminta sewa tambahan. Perkara ini tidak terpakai
kepada ahli keluarga terdekat Penyewa.

11.7 Jika penyewa gagal menepati mana-mana peraturan dan garis


panduan seperti yang dinyatakan dan dipersetujui oleh penyewa
sendiri dalam perjanjian ini, maka penyewa bersetuju dan faham
dengan sebarang tindakan yang akan diambil oleh Tuan Punya Rumah
termasuklah penyewa perlu mengosongkan rumah dengan notis 24
jam tanpa memerlukan perintah mahkamah sekali gus membenarkan
penafian SEKSYEN 7(2) AKTA RELIF SPESIFIK 1950 dan tidak akan
mengakui mana-mana pihak yang mencabar persetujuan ini.

DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI DAN DISAKSIKAN oleh pihak di bawah


yang memeterai perjanjian ini pada hari dan tahun dalam Seksyen 1 Jadual 1.

................................................... ...................................................
Ditandatangani oleh Tuan Punya Rumah Ditandatangani oleh Penyewa
Nama : Nama :
No. Kad Pengenalan : No. Kad Pengenalan :
Tarikh : Tarikh :

...................................................
Ditandatangani oleh Saksi
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh:

10
JADUAL 1

Ini harus diambil kira dan dibaca sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sewaan.

SEKSYEN PERKARA KETERANGAN


1 Tarikh Perjanjian 29 NOVEMBER 2017

Tuan Punya Rumah ALI BIN ABU


2
750420-10-3472
- Nama 013 324 6754
- Kad Pengenalan
NO 5 JALAN PJU 5,
- Nombor Telefon KOTA DAMANSARA,
- Alamat 47810 PETALING JAYA,
SELANGOR.

Penyewa ROSNAH BINTI RASHID


3
891113-08-5428
- Nama 012 376 1267
- Kad Pengenalan
NO 12 JALAN PERTAMA,
- Nombor Telefon KAMPUNG LAMA,
- Alamat 33400 LENGGONG,
PERAK.

03-02 APARTMEN KEKWA,


4 Alamat Premis
KOTA DAMANSARA,
47810 PETALING JAYA,
SELANGOR

(a) Tempoh Sewaan (a) 1 TAHUN (12 BULAN)


5 (b) Tarikh Masuk (b) 1 DISEMBER 2017
(c) Tarikh Tamat (c) 30 NOVEMBER 2018
(a) Sewaan Bulanan Ringgit Malaysia : RM550
6 (b) Tarikh Bayaran Pada atau sebelum 5 haribulan setiap bulan
7 Deposit Ringgit Malaysia : RM1,100 (2 BULAN)
8 Deposit Kemudahan Asas Ringgit Malaysia : RM200
9 Tempoh Pembaharuan Dua Bulan Sebelum Tamat Perjanjian
Sewaan Sewaan
10 Kegunaan Premis Tempat Tinggal Sahaja

11
Senarai 1

Senarai perabot dan kelengkapan rumah yang disediakan

1. Dapur gas Khind (1 unit).

2. Rak dapur gas (1 unit).

3. Tong gas Petronas (1 unit).

4. Kipas dinding Midea (3 unit).

5. Kepala tong gas Milux (1 unit).

6. Tilam Queen Sweet Dream (1 unit)

7. Almari besi dua pintu (1 unit)

8. Mesin basuh LG (1 unit)

9. Peti ais satu pintu Panasonic (1 unit)

10.

12

Anda mungkin juga menyukai