Anda di halaman 1dari 3

KPD 6074 PRINSIP ANDRAGOGI

TITLE
KEMAHIRAN DIRI

NAME
PUNITHA MALAR A/P CHITTARASU
(M20172001750)

LECTURER
PROF. MADYA DR. ABD KADIR ARIFFIN
Resepi dan cara membuat cup cake

Kemahiran diri saya ialah dapat membuat cup cake dengan sendiri. Bahan-
bahan yang digunakan untuk membuat cup cake dan cara memasak cup cake
sehingga siap untuk dimakan. Dari apa yang saya baca (maaf jika saya silap),
nampaknya Banoffee Cup cake ini sejenis cupcake yang dibuat dari pisang. Banoffee
Cupcake ini adalah kek cawan pisang (Banana Cupcakes). Kepada yang sangat
sukakan kek yang dibuat dari pisang pasti akan menyukai Banoffee Cupcake ini. Saya
sendiri menyukai mana-mana kek yang bahan didalamnya terdapat campuran pisang.

Nasihat pemakanan-Pengambilan makanan seperti kek pavlova besar (contoh)


atau cupcake tidak digalakkan diambil dengan kuantiti yang banyak kerana kandungan
kalori yang tinggi dan tidak sesuai untuk yang sedang atau mahu kuruskan badan.
Boleh makan tetapi jangan kerap. Banoffee cupcake calories secara umumnya
mempunyai nilai kalori sebanyak 200KCal. Jadikan tabiat hidup sihat sebagai amalan
harian anda agar anda tidak termasuk dari salah satu rakyat Malaysia yang mengidap
Sakit Jantung, Darah Tinggi, Diabetis dan lain lain.

Bahan Bahan Untuk Banoffee Cupcake :

3 1/2 cawan tepung gandum/tepung kek


2 sudu teh baking soda/soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
(Ayak bersama bahan di atas, ketepikan)
250g mentega di suhu bilik
2 1/2 cawan gula kaster
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan buttermilk (atau 1 cawan susu segar dicampur dengan 2 sudu teh jus lemon
atau cuka)
2 cawan pisang lenyek
Cara membuat :

1) Panaskan ketuhar 170 darjah Celsius, alaskan dulang pembakar muffin dengan

kertas cupcake.

2) Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan gebu menggunakan pemukul elektric,

masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. Masukkan esen vanilla.

3) Masukkan 1/3 campuran tepung yg telah diayak, pukul perlahan. Pukulkan separuh

buttermilk dan separuh pisang. Ulang dgn 1/3 lagi campuran tepung, kemudian

separuh lagi buttermilk dan pisang. Akhiri dengan campuran tepung. Pukul hingga

sebati tapi jangan terlebih pukul.

4) Tuangkan adunan cupcake ke dalam cawan cupcake hingga 3/4 penuh. Bakar 20

minit (atau hingga keemasan dan bila cucuk dgn lidi tak melekat)

Topping:

1) Non-dairy whipped topping (dipukul hingga kembang).


2) Caramel (saya guna trick buat caramel pakai susu pekat manis tin – rebus tin susu
pekat main dalam periuk besar dengan air dalam selama 3 jam, akan dapat caramel)
Coklat hitam yg diparut.

Resepi Banoffee Cup cake telah pun selesai. Kepada yang berminat dan suka Banoffee
Cup cake ini boleh mencubanya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai