Anda di halaman 1dari 3

RIB 1006 DRAMA REALISM

Abad 19: Insiden-insiden yang mempengaruhi kemunculan Aliran Realisme:

i. Revolusi industri di mana pekerja2 melimpah ke pusat2 bandar dari desa untuk
mencari rezeki dan kerja di kilang2. Kehidupan di bandar menjadi penuh sesak
dan keadaan hidup teruk. Jenayah dan kemiskinan berleluasa. Dengan
berlaku jenayah2 dan banyak penderitaan hasil dari pelimpahan manusia yang
berlumba mencari kerja dan kehidupan di bandar, tokoh2 penulisan meminta
siasatan sistematik di lakukan untuk mengkaji keadaan yang sedang berlaku
dalam masyarakat dan mencari penyelesain berasaskan fakta2. Manusia
menjadi bahan kajian sistematik. Penulis harus membuat pemerhatian
terperinci, diagnose penyakit social yang dialami, mencari punca jenayah, dan
cari ubatnya/penyelesaian. Hanya drama yang relevan kepada kehidupan
penonton harus di terbitkan.

ii. Selain dari revolusi industry, filosofi Social Sains Auguste Comte (1798-
1857)mempengaruhi pergerakan kepada Realisme. Falsafah Auguste Comte
di panggil Positivisme. Comte percaya ilmu sosiologi (sains masyarakat)
adalah ilmu sains yang tertinggi dan boleh digunakan untuk mengkaji
masyarakat dan untuk kebaikan masyarakat.

iii. Ini diperkukuhkan lagi oleh Teori Evolusi Charles Darwin yang mengeluarkan
kajian tentang asal usul specie dalam bukunya “The Origin of the Species”(
1859) yang mengatakan asal usul manusia telah mengembang perlahan-
lahan beribu-ribu tahun dari satu sumber, satu cell yang sama. Kita develop
sehingga menjadi manusia sempurna. Charles Darwin juga membincangkan
tentang the survival of the fittest (Specie yang kuat kekal, dan yang lemah
musnah)

Teori Darwin memberi beberapa implikasi penting:

i. Ia mengatakan yang apa yang diwariskan/heredity/keturunan/biologis dan


persekitaran/environment menentukan jenis manusia itu dan apa yang
dilakukan.
ii. Oleh kerana kelakuan manusia ditentukan oleh dua factor ini an bukan dari
kehendak dan kawalan, individu tidak boleh dipersalahkan dengan apa yang
dilakukan. Kesalahan terletak kepada masyarakatnya kerana membiarkan
faktor2 environment yang buruk wujud.
iii. Teori Darwin juga mengukuhkan idea progress kerana kalau manusia telah
mengembang/develop dari satu atom/cell yang halus, dia boleh menjadi
makhluk yang kompleks, jadi manusia boleh lebih maju/progress.
iv. Manusia juga dilihat sebagai satu objek natural. Kalau sebelum abad 19,
manusia di lihat sebagai ciptaan Tuhan yang istimewa dan superior, dengan
teori ini, manusia ahilang status itu. Dia juga adalah sebahgian dari satu objek
kajian semulajadi.

Pada 1850m aliran Realisme bermula di Perancis dalam bentuk novel2 contoh, novel
Balzac.

Tokoh2 Realisme setuju untuk cuba menggambarkan dunia yang sebenar2nya.


Mereka azam untuk cuba menulis tentang masyarakat dengan cara objektif, bukan
subjektif. Bukan mengikut persaan, tetapi dengan pemerhatian teliti dan terperinci,
merekodkannya dan menulisnya. Tekanan kepada butir2 hidup kontemporari dan
mengelakkan dari bahan sejarah atau fantasi. Aliran ini mengatakan bahawa tujuan
seni adalah untuk melukiskan kehidupan dengan jujur, sempurna dan objektif, untuk
memperlihatkan keadaan dunianya dengan sesungguhnya. Perhubungan antara
manusia di kaji.

 Penulis skrip perlu cuba menggambarkan dengan jujur keadaan sebenarnya


dunia
 Dan oleh kerana dia hanya dapat tahu tentang dunia dengan cara pemerhatian
teliti, dia patutu menulis tentang masyarakat kelilingnya
 Dia perlu menjadi objektif

Dengan panduan ini, penulis dalam aliran Realisme menekankan:

 Kepada kehidupan kontemporari dengan terpeinci dan memperkenalkan


sabjek/perkara yang belum di lihat dipentas sebelum ini.
 Gambaran hidup. Ada penulis yang di tuduh menulis drama tidak bermoral seperti
drama Henrik Insen yang menulis tentang penyakit jangkitan jantina, suami yang
tidak setia, dan isteri yang meninggalkan suami dan rumahtangga. Tetapi tokoh
Realsi mempertahankan drama mereka dengan menjawab kepada pengkritik2 ini
bahawa jika mereka tidak suka dengan apa yang dilihat di atas pentas, maka
mereka patut mengubah masyarakat itu kerana masyarakat itu adalah model
drama mereka.
Ciri-ciri drama Realism adalah kesempurnaan di panggil “well-made play”:

(i) Eksposisi yang jelas (Permulaan member maklumat jelas tentang apa yang
telah berlaku sebelum drama bermula, apa yang sedang berlaku apabila drama
dibuka)
(ii) Persediaan rapi untuk pembinaan situasi
(iii) Kejadian2 yang tak dijangka berlaku tetapi dibangunkan dengan cara logic.
(iv) Suspens yang berterusan dan meningkat ke peleraian/resolusi yang logic.

Teater Realism menunjukkan bagaimana orang biasa memberi reaksi kepada


persekitaran/environment mereka. Watak2 ada dorongan dalaman dan psychologi
yang menyakinkan.

5 Deria digunakan untuk mengkaji perhubungan manusia – apa yang didengar, dirasa,
dilihat, dihidu, disentuh ( 5 senses)

Dalam pementasan teater:

 Elemen scenery setepat mungkin, contoh bilik tamu


 Ruang sebenarnya dan banyak prop/perabut
 Pergerakan watak natural seperti kehidupan
 Watak digambarkan dengan jujur dengan dorongan2/ motivasi
 Perbualan seperti tiap hari

Anda mungkin juga menyukai