Anda di halaman 1dari 44

990307-13-5109

PEMBINAAN BANGUNAN KOMERSIAL DALAM PELAKSANAAN


PROSES PEMBANGUNAN DAN IMPAKNYA TERHADAP SISTEM
EKOLOGI DI SEKITAR KAMPUNG TUDAN, MIRI.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kegiatan pembinaan bangunan


komersial dalam melaksanakan proses pembangunan di Kampung Tudan, Miri.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor pembinaan bangunan
komersial dan mengkaji impaknya terhadap sistem ekologi di sekitar kawasan
tersebut. Kajian tersebut dilakukan di sekitar Kampung Tudan, Miri. Antara
metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji sendiri adalah kaedah soal selidik,
temu bual, rujukan dan pemerhatian untuk mencapai objektif-objektif tersebut.
Seramai 30 orang responden dari Kampung Tudan telah dijadikan sampel kajian
dalam kajian tersebut. Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatif dan
kualitatif dan dipersembahkan dalam bentuk linear serta jadual, graf dan carta. Hasil
daripada dapatan kajian, ini telah menunjukkan bahawa faktor utama dalam
pembinaan bangunan komersial adalah memudahkan mobiliti penduduk. Pada masa
yang sama, pembangunan komersial terhadap sistem ekologi telah menyebabkan
berlakunya perubahan landskap. Pencemaran alam sekitar yang kerap berlaku semasa
kegiatan tersebut berlangsung adalah pencemaran bunyi. Secara kesimpulan,
pembinaan bangunan komersial tersebut telah didorong oleh beberapa faktor dalam
proses pembangunan dan telah mengganggu sistem ekologi dalam kawasan tersebut
secara langsung.

1
990307-13-5109

SENARAI KANDUNGAN

Bil. Butiran Halaman


Abstrak 1
Senarai Kandungan 2-3
Penghargaan 4-5
1.0 Pendahuluan 6-9
2.0 Objektif Kajian 10
3.0 Lokasi Kajian 11-16
4.0 Metodologi Kajian 17-22
4.1 Reka Bentuk Kajian
4.2 Sampel Kajian
4.3 Instrumen Kajian
4.3.1 Borang Soal Selidik
4.3.2 Temu Bual
4.3.3 Rujukan
4.3.4 Pemerhatian
4.4 Cara Pengumpulan Data
4.4.1 Dokumentasi
4.4.2 Soal Selidik
4.4.3 Temu Bual
4.4.4 Rujukan
4.5 Cara Analisis Data
5.0 Dapatan Kajian 23-40
5.1 Demografi Responden
5.2 Faktor-Faktor Pembinaan Bangunan Komersial di
Sekitar Kampung Tudan, Miri, Sarawak
5.3 Impak Pembangunan Komersial Terhadap Sistem
Ekologi di Sekitar Kampung Tudan, Miri

2
990307-13-5109

6.0 Rumusan dan Kesimpulan 41-42


7.0 Rujukan 43

3
990307-13-5109

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan
sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong khasnya Pengetua Kanan Encik
Michael Anak Bus dan Penolong Kanan Tingkatan Enam, Puan Connie Ting Kiat
Wee kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja
kursus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada Cikgu Azzuan Bin Daud selaku guru Pengajian Am saya.
Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing
saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih
kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang
penghasilan kerja kursus ini.

Khas untuk ibu saya yang tercinta, iaitu Puan Yong Siew Fong jutaan terima kasih
dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang
masa.

Penghargaan kepada rakan-rakan sekelas saya iaitu Saudara Alessandro


Alzamoya Anak Jennot dan Saudari Weldyanna Bt. Darling serta semua rakan lain
atas kesudian membantu dan segala tunjuk ajar serta nasihat yang diberikan. Tidak
lupa juga, terima kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa
menjawab soal selidik dan ditemu bual.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus
ini.

4
990307-13-5109

Yang benar,

(GEOFFREY KUEH CHEN SZE)

5
990307-13-5109

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), „ekologi‟ didefinisikan sebagai kajian
tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya. Dalam erti kata
lain, perkataan ini juga boleh ditakrifkan sebagai hubungan antara tumbuhan,
binatang, dan manusia dengan persekitaran. „Ekologi‟ adalah ilmu yang mempelajari
interaksi antara organisma dengan lingkungannya yang lainnya yang berasal dari
bahasa Yunani di mana oikos (“habitat”) dan logos (“ilmu”). Hal ini dapat
diperjelaskan bahawa ekologi dapat ditakrifkan sebagai ilmu yang mempelajari baik
interaksi antara mahupun interaksi antara makhluk hidup dan lingkungannya.

Istilah ekologi pertama kali dikemukakan oleh Ernst Haeckel (1869). Menurut
Haeckel, ekologi berasal daripada perkataan Yunani, oikos yang bermaksud rumah
atau tempat tinggal.Oleh itu, ekologi dapat didefinisikan sebagai ilmu yang mengkaji
tentang rumah atau tempat tinggal organisma atau makhluk hidup. Menurut Istilah
Perhutanan dalam Portal Kamus Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia,
ekologi merupakan unit terkecil dalam habitat yang didiami oleh organisma dan
merupakan hubungan antara organisma tersebut dengan persekitarannya. Secara
ringkasnya, ekologi menjelaskan hubungan hidupan di Bumi, iaitu haiwan dan
tumbuh-tumbuhan dengan alam sekitar yang dinamakan habitat.

Dalam Kamus Dewan juga, perkataan „komersial‟ membawa erti kegiatan yang
berkaitan dengan atau bersifat perdagangan. Perkataan „komersial‟ membawa maksud
yang sama dengan perniagaan dan perihal jual beli atau dagang. „Mengkormesialkan‟
pula didefinisikan sebagai perihal menjadikan sesuatu sebagai barang dagangan. Pada
masa yang sama, komersial juga bersinonim sebagai komersil.

Perkataan „bangunan‟ menurut Kamus Dewan pula ditakrifkan sebagai sesuatu


kawasan yang dibangunkan seperti gedung, rumah, kedai, dan lain-lain yang

6
990307-13-5109

berkenaan. Dengan menggunakan „bangunan komersial‟ sebagai perkataan majmuk,


ia membawa maksud di mana bangunan tersebut merupakan bangunan yang
dikatakan untuk mendapat keuntungan sama ada pemilik ataupun penyewa, seperti
bangunan yang boleh disewakan oleh pemiliknya untuk tujuan perniagaan ataupun
komersial.

Perkataan „pembangunan‟ diberi makna perihal membangun, proses membangun


misalnya mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya. Perkataan tersebut juga
membawa makna usaha atau kegiatan membangunkan iaitu memajukan dan
mengembangkan.

Maka, maksud kerja kursus ini boleh difahami sebagai kegiatan membina sesuatu
kawasan yang dibangunkan untuk tujuan kegiatan jual beli dalam usaha
membangunkan iaitu memajukan atau membangunkan kemajuan dan kesan terhadap
hubungan antara tumbuhan, binatang, dan manusia dengan persekitaran.

Pembinaan bangunan komersial di kawasan kajian telah mula dijalankan sejak


tahun 2014, iaitu kira-kira 3 tahun yang lalu. Sebelum proses pembinaan tersebut
dijalankan, kawasan tersebut merupakan kawasan hutan yang dipenuhi dengan semak
samun. Proses pembinaan tersebut bermula apabila penebangan pokok di sekitar
kawasan dilakukan secara luas dan besar-besaran. Hari demi hari, pembinaaan
bangunan komersial dijalankan secara berterusan. Sehingga kini, pembinaaan
bangunan sedemikian masih dijalankan dan 70% daripadanya telah siap dibina dan
dijangka siap tidak lama lagi.

Bangunan komersial tersebut mempunyai sembilan buah bangunan yang


mempunyai tiga tingkat yang terdiri daripada tingkat bawah, tingkat satu dan tingkat
dua. Bangunan tersebut telah menunjukkan keunikannya dari segi reka bentuk
bangunannya berbanding dengan bangunan komersial yang berada di pusat bandar

7
990307-13-5109

raya. Sejumlah 66 unit kedai yang mempunyai tiga tingkat seperti yang dinyatakan.
Tidak terkecuali terdapat sebuah bangunan yang mempunyai empat tingkat di mana
bakal membuka sebuah supermarket atau pasar raya yang berkonsepkan gedung
aneka jabatan.

Bangunan komersial tersebut merupakan lokasi prima dalam kawasan Tudan di


samping penduduk di sana meningkat dari hari ke hari. Bangunan tersebut telah diberi
nama “The New Tudan Commercial Centre” yang bakal membuka sinaran baru
kepada penduduk di kawasan tersebut dan penduduk yang berada di luar kawasan
Tudan seperti Permyjaya, Senadin, Pujut dan Lutong. Tujuan bangunan ini dibina
adalah dapat memenuhi peluang pekerjaaan yang sedia ada untuk mengelakkan
berlakunya peningkatan kadar penggangguran.

Selain itu, bangunan tersebut juga dibina untuk menjana pendapatan peniaga dan
dapat memudahkan penduduk membeli barang keperluan harian di pasar raya serta
boleh berekreasi di bangunan tersebut misalnya menjamu selera di kedai makan.
Bangunan komersial tersebut bukan sahaja dinbina atas urusan perdagangan, malah
bangunan ini boleh menempatkan cawangan yang bukan berasaskan perniagaan
seperti pusat tuisyen, gereja iaitu Gereja SIB, dan cawangan politik.

Fokus kajian ini adalah menekankan tentang sistem ekologi dalam menjalankan
pembinaan bangunan komersial yang besar dan luas. Rasional kajian tersebut
dilakukan adalah pembinaan bangunan komersial yang bakal menjejaskan alam
sekitar terutamanya dari aspek ekologi. Hal ini dikatakan demikian kerana pembinaan
yang dijalankan telah memusnahkan habitat flora dan fauna di dalam hutan dan hal
ini dapat menjejaskan tempat tinggal hidupan liar seperti monyet, ular, dan orang
utan. Pokok-pokok yang ditebang telah menyebabkan suhu persekitaran meningkat
secara tidak langsung. Keadaan sedemikian telah menyebabkan keadaan di kawasan
kajian menjadi panas dan terik.

8
990307-13-5109

Secara langsung, pembinaan bangunan komersial telah mengalami perubahan


landskap di kawasan Tudan. Hal ini disebabkan oleh ciri landskap tersebut berubah
dari ciri fizikal iaitu hutan belukar menjadi ciri budaya atau buatan iaitu pusat
komersial baharu. Akhir sekali, kegiatan pembinaan sedemikian telah berlakunya
pemcemaran alam sekitar. Pemcemaran alam sekitar yang dimaksudkan antaranya
pencemaran air, udara, tanih, bunyi, dan bau berlaku semasa menjalankan kegiatan
pembinaan tersebut yang menjejaskan kegiatan harian penduduk di sekitar.

9
990307-13-5109

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian yang diberi perhatian dalam kajian tersebut adalah

1. Mengenal pasti faktor-faktor pembinaan bangunan komersial di sekitar Kampung


Tudan, Miri, Sarawak.
2. Mengkaji impak pembangunan komersial terhadap sistem ekologi di sekitar
Kampung Tudan, Miri, Sarawak.

10
990307-13-5109

3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 3.1: Peta Negeri Sarawak


Sumber: Google Maps

Negeri Sarawak juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang di mana merupakan


negeri yang terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 124 449.51 km2 dan
terletak di Pulau Borneo iaitu di Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negerinya
dan Sungai Rajang yang merupakan sungai terpanjang di Malaysia di mana terdapat
di dalam negeri ini. Sarawak terkenal dengan pecahan kumpulan etnik yang tersendiri
iaitu kira-kira 27 kumpulan etnik misalnya Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah,
Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, dan Bisaya.

Sarawak mempunyai 31 kawasan Parlimen, 82 kawasan Dewan Undangan Negeri


(DUN) dan 11 Bahagian yang meliputi 28 daerah seperti Kuching, Sri Aman, Sibu,
Miri, Sarikei, Limbang. Unjuran penduduknya pada tahun 2010 adalah seramai 2,
506, 500 orang. Sarawak menawarkan pelbagai destinasi pelancongan menarik.
Akronim CAN (Culture, Adventure, and Nature) menjelaskan alam Sarawak iaitu
budaya, kembara dan alam semula jadi.

11
990307-13-5109

Penduduk tempatan menyambut pelbagai jenis perayaan setiap tahun. Namun,


sambutan perayaan yang sangat sinonim dengan Sarawak ialah Hari Gawai. Warisan
Sarawak yang kaya dengan alam semula jadi di mana meliputi alam liar rimba ke
dunia bawah air tersohor yang menggambarkan batu karang yang masih terpelihara.

12
990307-13-5109

Peta 3.2: Peta Daerah Miri, Sarawak

Sumber: Google Maps

Miri merupakan salah sebuah bandar raya di Sarawak disebabkan oleh


kemunculan industri minyak dan gas asli yang pertama dijumpai pada tahun 1910 di
Bukit Telaga Minyak, Bukit Kanada, Miri. Semenjak itu, Daerah Miri terus pesat
membangun hinggalah ke hari ini. Bandar raya ini dikelilingi oleh laut di bahagian timur
dan bersempadan dengan negara Brunei Darussalam. Keluasan bandar raya Miri ialah 97
743 km2 .

Ia mempunyai kira-kira 350 ribu orang penduduk yang terdiri daripada kaum
Cina, Iban, Melayu, Melanau, Kayan, Kenyah, dan Kelabit. Jarak dari ibu negeri ke
Bandar Raya Miri ialah 736 km di mana tempoh masa untuk menuju ke Bandar Raya
Miri adalah kira-kira 12 jam melalui darat dan 1 jam melalui laluan udara. Setelah
diiktiraf sebagai bandar raya pada bulan Mei tahun 2005 lalu, pusat pelancongan di
Bandar Raya Miri distatuskan sebagai pusat peranginan kerana ia mempunyai tempat-
tempat pelancongan yang menarik misalnya Taman Negara Lambir, Taman Negara Niah,
Taman Negara Mulu dan Taman Buaya.

13
990307-13-5109

Peta 3.3: Peta Kawasan Kajian di Tudan


Sumber: Kerja Lapangan 2018

Tudan Commercial Centre (Pusat Komersial Tudan) merupakan tempat yang


menjadikan tumpuan kajian tersebut. Jarak dari Bandar Raya Miri ke kawasan kajian
ialah kira-kira 13 km di mana tempoh masa untuk menuju ke kawasan kajian adalah
kira-kira 20 minit. Pembinaan bangunan komersial tersebut dikatakan masih
dijalankan walaupun sebahagiannya telah siap dibina. Bangunan-bangunan tersebut
bakal dibuka tirai untuk kegiatan perdagangan dan perniagaan serta perkhidmatan
sosial.

14
990307-13-5109

Foto 3.1: Salah sebuah bangunan komersial yang hampir siap di Pusat Komersial
Tudan
Sumber: Kerja Lapangan 2018

Foto di atas menunjukkan salah sebuah bangunan yang hampir siap dibina untuk
disewa kepada peniaga untuk menjalankan kegiatan perniagaan di dalam salah sebuah
unit kedai. Bangunan yang ditunjukkan mempunyai tiga tingkat dan di depan
bangunan menyediakan tempat letak kereta atau parking.

15
990307-13-5109

Foto 3.2: Papan tanda di depan bangunan komersial


Sumber: Kerja Lapangan 2018

Foto di atas pula menunjukkan papan tanda yang disiarkan adalah menunjukkan
perancangan yang dibuat oleh pengusaha sebuah syarikat perusahaan. Pada masa
yang sama, papan tanda tersebut juga mempamerkan ciri-ciri bangunan tersebut serta
visualnya.

16
990307-13-5109

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), metodologi membawa maksud sistem
yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan,
disiplin, dan sebagainya. Kaedah yang dilakukan adalah bertujuan untuk
menghasilkan kajian yang berkualiti. Oleh itu, pengkaji sedaya upaya untuk
memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam penghasilan kerja lapangan tersebut.

Oleh hal yang demikian, dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan reka
bentuk kajian, instrumen kajian, sampel kajian, cara pengumpulan data, dan cara
analisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih
awal. Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif
kajian dapat dicapai berdasarkan data dan maklumat yang sah serta mudah dipercayai.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif yang terdiri daripada
kuantitatif dan kualitatif di mana merupakan satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara
yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis data. Ia merupakan suatu
jenis penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku.
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti punca-punca pembinaan bangunan komersial dan
mengkaji impaknya di sekitar kawasan kajian.

4.2 Sampel Kajian

Persampelan ialah kumpulan manusia, institusi, tempat, atau fenomena yang menjadi
sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Pemilihan sampel dalam kajian tinjauan

17
990307-13-5109

adalah secara mudah dalam kalangan responden. Responden kajian ini merupakan
penduduk yang menetap di sekitar Kampung Tudan Fasa 2 dan Fasa 2A. Seramai 30
orang diambil sebagai responden. Responden yang terpilih akan mengisi borang soal
selidik yang disediakan dengan lengkap. Pada masa yang sama, tiga orang terpilih untuk
ditemubual pada hari kajian dijalankan serta-merta.

4.3 Instrumen Kajian

Instrumen ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi konsep yang
berkaitan dengan latar belakang responden. Jadual 1 di bawah menunjukkan kaedah
instrumen kajian yang bakal digunakan dalam kerja lapangan sedemikian.

Kaedah Instrumen
Kuantitatif Borang soal selidik dan borang temu bual
Kualitatif Rujukan dan pemerhatian

Jadual 1: Kaedah instrumen kajian


Sumber: Kerja Lapangan 2018

4.3.1 Borang Soal Selidik

Instrumen soal selidik ialah alat pengukur yang popular dalam kajian tinjauan.
Borang soal selidik ini dibina mengikut pronsip KISS iaitu Keep It Short and Simple di
mana mengemukakan soalan yang mudah difahami dan ringkas (R.Kuberan et al.,
2013). Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B,
dan bahagian C dengan menggunakan skala Likert 3 aras. Bahagian A terdiri daripada
demografi seperti jantina, umur, kaum, dan pekerjaan. Bahagian B terdiri daripada
faktor-faktor pembinaan bangunan komersial di sekitar Kampung Tudan, Miri,

18
990307-13-5109

Sarawak. Manakala, bahagian C merupakan impak pembangunan komersial terhadap


sistem ekologi di sekitar kawasan kajian.

4.3.2 Temu Bual

Kaedah temu bual juga diaplikasikan dengan pengkaji mengajukan soalan


kepada 3 responden mengenai punca-punca pembinaan bangunan komersial di sekitar
kawasan kajian dan impaknya terhadap sistem ekologi di sekitar kawasan kajian. Untuk
mendapatkan maklumat daripada penduduk mengenai objektif kajian ini, setiap sesi
temubual mengambil masa antara 5 hingga 10 minit. Terdapat enam soalan yang bakal
ditanya kepada penemu duga. Antaranya:
1. Adakah pembinaan bangunan komersial dapat memudahkan mobiliti
penduduk?
2. Adakah ia dapat memenuhi peluang pekerjaan terutamanya kepada
penduduk tempatan?
3. Setujukah bangunan tersebut dibina untuk memenuhi keperluan dan
kehendak penduduk?
4. Adakah pembinaan bangunan komersial dapat mengganggu keseimbangan
ekosistem?
5. Sejauh manakah pembinaan bangunan sedemikian dapat membawa kepada
perubahan landskap?
6. Apakah pencemaran alam sekitar yang kerap berlaku semasa pembinaan
tersebut dijalankan?

4.3.3 Rujukan

Instrumen rujukan utama yang pengkaji perolehi daripada bahan ilmiah seperti buku-
buku, kamus, dan sumber internet yang berkaitan dengan ekologi dan pembinaan

19
990307-13-5109

bangunan komersial di sekitar kawasan kajian. Sumber rujukan adalah penting untuk
melihat hasil dapatan terdahulu.

4.3.4 Pemerhatian

Instrumen pemerhatian merupakan kaedah yang dijalankan secara langsung. Kaedah


sedemikian dijalankan sewaktu pengkaji menjalankan kajian lapangan pada waktu
lapang. Pengkaji melihat, memerhati, dan memantau perkembangan semasa yang
berada di sekitar bangunan komersial dari semasa ke semasa.

4.4 Cara Pengumpulan Data

Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpulkan menggunakan pelbagai cara misalnya
dokumentasi, borang soal selidik, temu bual dan rujukan.

4.4.1 Dokumentasi

Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang telah
diterbitkan seperti buku, dan sumber daripada internet bagi mendapat maklumat
berkenaan dengan punca-punca pembinaan bangunan komersial dan impak pembangunan
komersial terhadap sistem ekologi.

20
990307-13-5109

4.4.2 Soal Selidik

Kaedah soal selidik adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
berkenaan dengan punca-punca pembinaan bangunan komersial serta impak
pembangunan komersial terhadap sistem ekologi. Borang soal selidik diberi kepada
responden yang sudi bekerjasama dengan pengkaji.

4.4.3 Temu Bual

Kaedah temu bual juga digunakan untuk mengumpulkan data. Pengkaji menemu
bual 3 responden di sekitar Kampung Tudan dengan menggunakan kaedah temubual
berstruktur yang menanyakan beberapa soalan mengenai punca-punca pembinaan
bangunan komersial dan impak pembangunan komersial terhadap sistem ekologi. Temu
bual tersebut berlangsung antara 5 hingga 10 minit. Jawapan (lisan) informan kepada
soalan-soalan yang diajukan menjadi maklumat untuk kajian ini.

4.4.4 Rujukan

Maklumat-maklumat tersebut dikumpulkan dengan menganalisis bahan-bahan


bercetak seperti buku dan kamus. Rujukan kepustakaan dilakukan di Pustaka Miri,
Sarawak. Manakala, bahan bukan bercetak seperti laman sesawang juga dijadikan
rujukan untuk laporan kajian tersebut.

4.5 Cara Analisis Data

Pada peringkat akhir kajian ini, pengkaji telah menjalankan analisis secara deskriptif
untuk menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian untuk menghasilkan laporan

21
990307-13-5109

kajian. Data yang telah diperoleh daripada analisis tersebut akan diterjemahkan kepada
kekerapan, peratusan, jadual, graf, dan carta. Di samping itu, pengkaji juga menganalisis
data bagi penyataan yang menggunakan skala Likert 3 aras seperti berikut:-

SKALA TANDA (/)


Setuju
Tidak pasti
Tidak setuju

22
990307-13-5109

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis data berdasarkan tindak balas responden


terhadap faktor-faktor pembinaan bangunan komersial dan impaknya terhadap sistem
ekologi di sekitar Kampung Tudan, Miri, Sarawak.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Jadual 1 menunjukkan pecahan responden daripada penduduk di Kampung Tudan,


Miri, Sarawak.

Jadual 1: Latar Belakang Responden


Bil. Faktor Kategori Kekerapan Peratus (%)
1. Jantina Lelaki 15 50
Perempuan 15 50
2. Umur ≤ 18 tahun 5 16.67
19-30 tahun 16 53.33
31-50 tahun 8 26.67
≥ 51 tahun 1 3.33
3. Kaum Melayu 13 43.33
Cina 3 10
Iban 4 13.33
Orang Ulu 0 0
Lain-lain 10 33.33
4. Pekerjaan Sektor awam 7 23.33
Sektor swasta 6 20
Sektor industri 1 3.33
Peniaga 1 3.33
Lain-lain 15 50

23
990307-13-5109

Sumber: Kajian Lapangan 2018

Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Jantina

50%
50%
Lelaki
Perempuan

Sumber: Kajian Lapangan 2018

Berdasarkan Rajah 1, rajah tersebut menunjukkan demografi responden


berdasarkan jantina penduduk di Kampung Tudan, Miri. Daripada 30 responden yang
telah disoal selidik, lelaki dan perempuan masing-masing berjumlah 15 responden
bersamaan 50%. Hal ini jelas menunjukkkan bahawa faktor jantina adalah sama sekali
tidak mempengaruhi dalam kajian ini kerana tiada perbezaan ketara bagi pandangan
mereka terhadap isu yang dikaji.

24
990307-13-5109

Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Umur

Umur
3.33%

16.67%

26.67%

≤ 18 tahun
19-30 tahun
31-50 tahun
≥ 51 tahun
53.33%

Sumber: Kajian Lapangan 2018

Berdasarkan Rajah 2, rajah di atas menunjukkan demografi responden


berdasarkan umur penduduk di Kampung Tudan, Miri. Daripada 30 responden yang telah
disoal selidik, seramai 5 orang responden yang berumur 18 tahun dan ke bawah
bersamaan 16.67% di mana semua responden tersebut merupakan pelajar yang masih
bersekolah. Untuk kategori umur antara 19 hingga 30 tahun, bilangan responden adalah
sebanyak 16 orang dan mewakili 53.33% daripada jumlah keseluruhan. Sementara itu,
bagi responden yang berumur antara 31 hingga 50 tahun adalah seramai 8 orang
responden bersamaan dengan 26.67%. Akhir sekali, peratusan responden yang berumur
51 tahun dan ke atas hanya 3.33% daripada jumlah keseluruhan, iaitu seorang responden
sahaja. Maka, dapat dilihat bahawa kumpulan responden yang majoriti ialah responden
yang agak muda, iaitu 30 tahun dan ke bawah.

25
990307-13-5109

Rajah 3: Demografi Responden Mengikut Kaum

Kaum

33.33%
43.33%
Melayu
Cina
Iban
Orang Ulu
14.33%
0% 10% Lain-lain

Sumber: Kajian Lapangan 2018

Rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan kaum penduduk di


sekitar kawasan kajian. Dalam kalangan 30 orang responden, kaum Melayu merupakan
responden yang paling ramai, iaitu 13 orang responden bersamaan 43.33%. Untuk
responden orang Cina, kaum tersebut merupakan bilangan responden yang paling sedikit
yang mewakili 10% daripada jumlah keseluruhan atau 3 orang responden. Bagi
responden kaum Iban, bilangan responden adalah sebanyak 4 orang responden bersamaan
13.33%. Tiada responden Orang Ulu yang disoal selidik dalam kawasan kajian. Akhir
sekali, responden selain daripada kaum-kaum yang dinyatakan di atas pula mewakili
33.34% daripada semua responden yang disoal selidik iaitu sebanyak 10 orang.
Responden tersebut kebarangkaliannya terdiri daripada kaum Melanau.

26
990307-13-5109

Rajah 4: Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan

Pekerjaan

23.33%

50% Sektor Awam


Sektor Swasta

20% Sektor Industri


Peniaga
Lain-lain

3.33%
3.34%

Sumber: Kajian Lapangan 2018

Rajah 4 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan pekerjaan


penduduk di sekitar Kampung Tudan, Miri. Dalam kesemua 30 orang responden yang
disoal selidik, pekerja sektor awam mewakili 23.34% daripada keseluruhan, iaitu 7 orang
responden. Bagi pekerja sektor swasta, seramai 6 orang responden disoal selidik
bersamaan 20%. Bilangan pekerja sektor industri dan peniaga adalah sama banyak, iaitu
seorang pekerja sektor industri dan seorang peniaga. Maka, pekerja sektor industri dan
peniaga masing-masing mewakili 3.33% daripada jumlah keseluruhan. Untuk sektor
pekerjaan yang tidak tersenarai di atas, iaitu sektor-sektor pekerjaan lain, merupakan
responden yang paling ramai disoal selidik, iaitu 15 orang responden atau 50%. Mereka
tersebut berkemungkinan terdiri daripada suri rumah, pelajar sekolah menengah dan
pengganggur. Pendek kata, pekerjaan responden dalam aspek demografi adalah sama
sekali tidak menjejaskan dalam kajian lapanngan tersebut.

27
990307-13-5109

5.2 FAKTOR-FAKTOR PEMBINAAN BANGUNAN KOMERSIAL DI


SEKITAR KAMPUNG TUDAN, MIRI, SARAWAK.

Berdasarkan soal selidik yang telah pengkaji perolehi, data telah dianalisis secara
deskriptif dengan menggunakan peratusan. Analisis dapatan berkaitan dengan faktor-
faktor pembinaan bangunan komersial ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Analisis Faktor-Faktor Pembinaan Bangunan Komersial


Bil. Soalan Setuju Tidak pasti Tidak setuju
ƒ % ƒ % ƒ %
1. Lokasi yang strategik 20 66.67 7 23.33 3 10
2. Memudahkan mobiliti 24 80 4 13.33 2 6.67
penduduk.
3. Memenuhi keperluan dan 21 70 7 23.33 2 6.67
kehendak penduduk.
4. Adakah disebabkan oleh 17 56.67 11 36.67 2 6.66
peningkatan bilangan
penduduk?

5. Dapat memenuhi peluang 21 70 5 16.67 4 13.33


pekerjaan.
Sumber: Kajian Lapangan 2018

28
990307-13-5109

Rajah 5: Analisis Faktor-Faktor Pembinaan Bangunan Komersial

100%
90%
80%
70%
60%
50%
40% Tidak setuju
30%
Tidak pasti
20%
Setuju
10%
0%
Lokasi yang Memudahkan Memenuhi Adakah Dapat
strategik mobiliti keperluan dan disebabkan memenuhi
penduduk kehendak oleh peluang
penduduk peningkatan pekerjaan
bilangan
penduduk?

Sumber: Kajian Lapangan 2018

Berdasarkan Jadual 2 dan Rajah 5, seramai 20 orang responden bersamaan


66.67% setuju bahawa pembinaan bangunan komersial adalah disebabkan lokasi yang
strategik. Namun begitu, 7 orang responden bersamaan 23.33% tidak pasti dengan
kenyataan ini dan 3 orang responden bersamaan 10% tidak setuju.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini dapat disokong lagi dengan pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji sendiri di
mana pembinaan bangunan tersebut sememangnya berlaku atas lokasi yang strategik di
mana bangunan tersebut dibina kerana wujudnya penduduk yang menetap di sekitar
Kampung Tudan.

(Perbincangan Dapatan Kualitatif secara Pemerhatian pada 11/03/2018)

29
990307-13-5109

Seterusnya, memudahkan mobiliti penduduk juga merupakan salah satu faktor yang
mendorong pembinaan bangunan komersial. Seramai 24 orang responden bersamaan
80% bersetuju dengan kenyataan tersebut. Walau bagaimanapun, seramai 4 orang
responden iaitu 13.33% tidak pasti dengan faktor tersebut dan hanya 2 orang responden
bersamaan 6.67% tidak setuju.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini dapat disokong lagi dengan temu bual yang dilakukan oleh pengkaji sendiri
bersama dengan responden X,Y dan Z (bukan nama sebenar) dan mereka menyatakan
bahawa,

“Ya, ini memang memudahkan mobiliti penduduk.”

(X, Temu Bual pada 24/03/2018)

“Ya, kerana bangunan tersebut adalah dekat di kawasan kediaman.”

(Y, Temu Bual pada 24/03/2018)

“Ya, sememangnya ia dapat memudahkan mobiliti penduduk.”

(Z, Temu Bual pada 25/03/2018)

(Perbincangan Dapatan Kualitatif secara Temu Bual)

Selain itu, satu faktor yang mendorongnya adalah dapat memenuhi keperluan dan
kehendak penduduk. Seramai 21 orang responden bersamaan dengan 70% setuju
dengan faktor tersebut. Manakala, 7 orang responden iaitu 23.33% tidak pasti dengan

30
990307-13-5109

faktor pembinaan sedemikian dan responden yang tidak setuju adalah 6.67% daripada
keseluruhan atau 2 orang.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini dapat dibuktikan lagi dengan temu bual yang dijalankan oleh pengkaji sendiri
bersama dengan ketiga-tiga responden yang dinyatakan tersebut dan mereka
menyatakan bahawa,

“Ya, bangunan tersebut dapat memenuhi keperluan dan kehendak penduduk.”

(X, Temu Bual pada 24/03/2018)

“Ya, memang dapat memenuhinya.”

(Y, Temu Bual pada 24/03/2018)

“Ya, sebab mempunyai kedai yang dapat memenuhi kedua-dua aspek tersebut.”

(Z, Temu Bual pada 25/03/2018)

(Perboncangan Dapatan Kualitatif secara Temu Bual)

Di samping itu, sebanyak 17 orang responden bersamaan dengan 56.67% setuju


bangunan komersial adalah disebabkan oleh peningkatan bilangan penduduk. Akan
tetapi, terdapat 11 orang responden atau 36.67 tidak pasti tentang faktor sedemikian.
Malah, hanya 6.66% daripada jumlah keseluruhan iaitu 2 orang responden tidak setuju
dengan faktor tersebut.
(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

31
990307-13-5109

Akhir sekali, memenuhi peluang pekerjaan merupakan satu faktor yang mendorong
pembinaan bangunan komersial. Seramai 21 orang responden bersamaan dengan 70%
bersetuju dengan faktor sedemikian. Akan tetapi, 5 orang responden atau 16.67% tidak
pasti tentang kenyataan ini dan 4 orang responden bersamaan 13.33% tidak setuju
tentang kenyataan ini.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini disokong lagi dengan adanya pengkaji menemu bual bersama responden X
(bukan nama sebenar) dan beliau menyakan bahawa,

“Ya, sememangnya pembinaan bangunan komersial dapat memenuhi peluang


pekerjaan.”

(X, Temu Bual pada 24/03/2018)

Ini juga disokong dengan adanya pengkaji menemu bual bersama responden Z (bukan
nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa,

“Ya, bangunan yang dibina dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan.”

(Z, Temu Bual pada 25/03/2018)

(Perbincamgan Dapatan Kualitatif secara Temu Bual)

32
990307-13-5109

5.3 IMPAK PEMBANGUNAN KOMERSIAL TERHADAP SISTEM EKOLOGI


DI SEKITAR KAMPUNG TUDAN, MIRI.

Berdasarkan soal selidik yang diperoleh, data telah dianalisis secara deskriptif
menggunakan peratusan. Analisis dapatan berkaitan impak pembangunan komersial
terhadap sistem ekologi ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Analisis Impak Pembangunan Komersial Terhadap Sistem Ekologi


Bil. Soalan Setuju Tidak pasti Tidak setuju
ƒ % ƒ % ƒ %
1. Suhu meningkat 16 53.33 10 33.33 4 13.34
2. Perubahan landskap 21 70 6 20 3 10
Kemusnahan habitat flora 13 43.33 6 20 11 36.67
3. dan fauna (biodiversiti)

4. Mengganggu 12 40 9 30 9 30
keseimbangan ekosistem

5. Kemusnahan kawasan 11 36.67 11 36.67 8 26.66


tadahan hujan
Sumber: Kajian Lapangan 2018

33
990307-13-5109

Rajah 6: Analisis Impak Pembangunan Komersial Terhadap Sistem Ekologi

100%
90%
80%
70%
60%
50%
Tidak setuju
40%
Tidak pasti
30%
Setuju
20%
10%
0%
Suhu Perubahan Kemusnahan Mengganggu Kemusnahan
meningkat landskap habitat flora keseimbangan kawasan
dan fauna ekosistem tadahan hujan
(biodiversiti)

Sumber: Kajian Lapangan 2018

Berdasarkan Jadual 3 dan Rajah 6, seramai 16 orang responden bersamaan dengan


53.33% setuju bahawa pembinaan bangunan komersial telah menyebabkan suhu
peersekitaran meningkat. Walau bagaimanapun, 10 orang responden atau 33.33% tidak
pasti dan 4 orang responden atau 13.34% tidak setuju tentang penyataan tersebut.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini dapat dibuktikan lagi melalui pemerhatian yang pengkaji lakukan dalam kajian
lapangan tersebut di mana pembinaan bangunan komersial telah meningkatka suhu
persekitaran berbanding sebelumnya di mana suhu persekitaran lebih rendah daripada
sekarang yang mana kawasan tersebut hanyalah hutan belukar.

(Perbincamgan Dapatan Kualitatif secara Pemerhatian pada 11/03/2018)

34
990307-13-5109

Seterusnya, satu impak yang disebabkan oleh pembangunan komersial iaitu perubahan
landskap. Daripada 30 orang responden yang disoal selidik, 70% daripada jumlah
keseluruhan atau 21 orang responden bersetuju tentang kenyataan sedemikian. Malah,
terdapat 6 orang responden bersamaan dengan 20% tidak pasti dengan kenyataan ini
dan berbaki 3 orang responden iaitu hanya 10% yang tidak bersetuju tentang kenyataan
tersebut.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini dapat disokong lagi dengan pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji sendiri di
mana pembinaan bangunan komersial telah mengubah landskap sekitar yang mana
kawasan pembinaan ini asalnya merupakan hutan belukar pada 4 tahun yang lepas.

(Perbincangan Dapatan Kualitatif secara Pemerhatian pada 11/03/2018)

Ini juga dapat disokong dengan adanya temu bual bersamaan dengan responden X
(bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa,

“Memang, pembinaan bangunan sedemikian dapat mengubah landskap yang lebih


menarik.”

(X, Temu Bual pada 24/03/2018)

Pada masa yang sama, pengkaji juga menemu bual bersama responden Y (bukan nama
sebenar) dan beliau menyatakan bahawa,

“Ya, ia dapat mengalami perubahan landskap.”

(Y, Temu Bual pada 24/03/2018)

35
990307-13-5109

(Perbincangan Dapatan Kualitatif secara Temu Bual)

Kemusnahan habitat flora dan fauna atau biodiversiti juga merupakan salah satu impak
daripada pembangunan komersial terhadap sistem ekologi. Berdasarkan 30 orang
responden yang disoal selidik, 13 orang responden atau 43.33% bersetuju dengan
impak tersebut. Namun demikian, 6 orang responden atau 20% tidak pasti dan 11 orang
responden atau 36.67% tidak setuju dengan fakta tersebut.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Bukan itu sahaja, malah 40% daripada kesemua responden atau 40% setuju dengan
fakta ini di mana kegiatan pembinaan tersebut dapat menggangu keseimbangan
ekosistem. Untuk responden yang tidak pasti dan tidak setuju sama sekali dengan
kenyataan ini, bilangan responden adalah sama banyak, iaitu masing-masing
menpunyai 9 orang responden. Maka, responden yang memberi respon „tidak pasti‟ dan
„tidak setuju‟ mewakili 30% daripada jumlah keseluruhan masing- masing.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini dapat dibuktikan lagi dengan temu bual yang dilakukan oleh pengkaji sendiri
bersama dengan responden Y (bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa,

“Ya, sebab mereka menebas kawasan hutan untuk membina kawasan baru untuk tujuan
pembinaan.”

(Y, Temu Bual pada 24/03/2018)

Ini juga disokong dengan temu bual yang dilakukan bersama responden Z (bukan nama
sebenar) dan beliau menyatakan bahawa,

36
990307-13-5109

“Ya, sebab mereka menebang pokok yang berasal daripada hutan, yang menyebabkan
gangguan ekosistem di kawasan sekitar.”

(Z, Temu Bual pada 25/03/2018)

(Perbincangan Dapatan Kualitatif secara Temu Bual)

Akhir sekali, 36.67% daripada jumlah keseluruhan iaitu 11 orang responden setuju
dengan kenyataan ini bahawa pembangunan komersial dapat membawa kepada
kemusnahan kawasan tadahan hujan. Akan tetapi, 11 orang responden atau 36.67%
tidak pasti temtang impak tersebut dan 8 orang responden atau 26.66% tidak setuju
dengan impak tersebut.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hai ini dapat diperhatikan sendiri oleh pengkaji sendiri yang mana pembinaan jalan tar
di kawasan pembinaan telah memusnahkan kawasan tadahan hujan yang menyukarkan
penyerapan air hujan ketika berlakunya musim hujan.

(Perbincangan Dapatan Kualitatif secara Pemerhatian pada 11/03/2018)

Jadual 4: Jenis Pencemaran Alam Sekitar


Bil. Jenis Pencemaran Alam Setuju Tidak pasti Tidak setuju
Sekitar
ƒ % ƒ % ƒ %
1. Udara 14 46.67 11 36.67 5 16.66
2. Air 13 43.33 10 33.33 7 23.34
3. Tanih 12 40 13 43.33 5 16.67
4. Bunyi 17 56.67 6 20 7 23.33

37
990307-13-5109

5. Bau 12 40 9 30 9 30
Sumber: Kajian Lapangan 2018
Rajah 7: Jenis Pencemaran Alam Sekitar

100%

90%

80%

70%

60%
Tidak setuju
50%
Tidak pasti
40% Setuju
30%

20%

10%

0%
Udara Air Tanih Bunyi Bau

Sumber: Kajian Lapangan 2018

Berdasarkan Jadual 4 dan Rajah 7, seramai 14 orang responden bersamaan


46.67% setuju bahawa pembinaan bangunan tersebut menyebabkan berlakunya
pencemaran udara. Namun begitu, 11 orang responden atau 36.67% tidak pasti akan
kesan ini dan 5 orang responden bersamaan 16.66% tidak bersetuju dengan kenyataan
tersebut.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini dapat disokong lagi dengan temu bual yang dibuat bersama responden X (bukan
nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa,

“Pencemaran udara kerana bahan-bahan binaan tersebut mengandungi asap”

38
990307-13-5109

(X, Temu Bual pada 24/03/2018)

(Perbincangan Dapatan Kualitatif secara Temu Bual)

Dari segi pencemaran air, didapati seramai 13 orang responden atau 43.33% bersetuju
dengan kenyataan ini dan 10 orang responden atau 33.33% memberi respon „tidak pasti‟.
Untuk responden yang memberi respon „tidak setuju‟, 7 orang responden atau 23.34%
memberi respon sedemikian.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya temu bual yang dilakukan bersama responden Y
(bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa,

“Pencemaran air kerana kegiatan pembinaan ini mengakibatkan paip pecah.”

(Y, Temu Bual pada 24/03/2018)

(Perbincangan Dapatan Kualitatif secara Temu Bual)

Untuk pencemaran tanih, 40% daripada jumlah keseluruhan atau 12 orang responden
setuju dengan jenis pencemaran ini. Manakala 13 orang responden atau 43.33% tidak
pasti dan 5 oarng responden atau 16.67% tidak setuju dengan pencemaran tanih ini
berlaku.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Dari segi pencemaran bunyi, 17 orang responden bersamaan 56.67% setuju dengan
kenyataan ini. Akan tetapi, 6 orang responden atau 20% tidak pasti dan 7 orang
responden atau 23.33% tidak setuju dengan kenyataan ini.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

39
990307-13-5109

Hal ini disokong dengan temu bual yang dilakukan oleh pengkaji sendiri bersama
responden Y (bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa,

“Berlakunya pencemaran bunyi kerana wujud kenderaan berat sepanjang pembinaan


tersebut dijalankan.”

(Y, Temu Bual pada 24/03/2018)

(Perbincangan Dapatan Kualitatif secara Temu Bual)

Akhir sekali, seramai 12 orang responden atau 40% setuju bahawa pembinaan tersebut
menyebabkan pencemaran bau. Malah, 60% daripada jumlah responden memberi respon
sama ada „tidak pasti‟ atau „tidak setuju‟ yang mana terdiri daripada 30% atau 9 orang
responden tidak pasti dan 30% atau 9 orang responden tidak setuju.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

40
990307-13-5109

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pembinaan bangunan komersial dalam


pelaksanaan proses pembangunan dan impaknya terhadap sistem ekologi di sekitar
Kampung Tudan, Miri. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor
pembinaan bangunan komersial dan mengkaji impaknya terhadap sistem ekologi di
kawasan kajian.

Bagi mencapai objektif kajian tersebut, seramai 30 orang penduduk yang tinggal
di kawasan kajian telah dipilih sebagai responden kajian ini. Bahagian ini akan
merumuskan hasil dapatan kajian.

6.1 Faktor-Faktor Pembinaan Bangunan Komersial

Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat 5 faktor yang mendorong kegiatan


pembinaan bangunan komersial di sekitar Kampung Tudan, Miri. Menurut borang soal
selidik yang dibuat, kebanyakan dalam kalangan mereka setuju bahawa pembinaan
bangunan komersial dapat memudahkan mobiliti penduduk. Hal ini kerana bangunan
komersial yang dibina di kawasan yang berdekatan dapat memudahkan penduduk pergi
membeli-belah tanpa perlu pergi ke tempat yang jauh. Diikuti oleh faktor lain misalnya
memenuhi keperluan dan kehendak penduduk, memenuhi peluang pekerjaan, lokasi yang
strategik dan peningkatan bilangan penduduk.

6.2 Impak Pembangunan Komersial Terhadap Sistem Ekologi

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pembangunan komersial juga


mendatangkan impak terhadap sistem ekologi di kawasan kajian. Menurut borang soal
selidik yang dikumpulkan, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan responden setuju

41
990307-13-5109

dengan impak pembangunan komersial terhadap sistem ekologi iaitu perubahan landskap.
Kajian membuktikan bahawa landskap kawasan kajian tersebut berubah setelah kegiatan
pembangunan komersial dijalankan lebih kurang 4 tahun yang lalu. Impak lain terhadap
sistem ekologi turut dipengaruhi oleh kegiatan sedemikian, antaranya Berlakunya
peningkatan suhu, membawa kepada kemusnahan biodiversiti, mengganggu
keseimbangan ekosistem persekitaran serta membawa kepada kemusnahan kawasan
tadahan hujan. Bukan itu sahaja pengkaji mendapati bahawa kegiatan sedemikian telah
berlakunya anassir-anasir pencemaran alam sekitar. Contohnya, pencemaran bunyi,
pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanih, dan pencemaran bau.

6.3 Kesimpulan

Menyedari hakikat tersebut, pengkaji mendapati bahawa pembinaan bangunan


komersial adalah disebabkan oleh mobiliti penduduk dapat dipermudahkan. Namun
demikian, kegiatan pembangunan komersial telah membawa kepada kesan negatif
terhadap sistem ekologi dan wujudnya pencemaran alam sekitar di sekitar kawasan
kajian. Sememangnya dikatakan bahawa pembinaan bangunan komersial telah membawa
kesan sampingan terhadap sistem ekologi, tetapi pembangunan komersial sukar untuk
diberhentikan selaras dengan arus pembangunan dan pemodenan mutakhir ini. Oleh hal
yang demikian, pemaju pembinaan haruslah menerapkan konsep pembangunan lestari
agar dapat mengelakkan berlakunya gangguan ekosistem.

42
990307-13-5109

7.0 RUJUKAN

1. Arsitektur Galeri (2016). Bangunan Komersial. Dicapai pada 20 Januari 2018 dari
https://berandaarsitek.blogspot.my

2. Google. Dicapai pada 20 Januari, 2018 dari https://maps.google.com.my/

3. Haji Rodzli Hashim dan Mohd. Roslan Harun, 2013. Ace Ahead Teks STPM
Geografi Penggal 3. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

4. Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Nasruddin Zainuddin et al., 2016. Teks Pra-U STPM Pengajian Perniagaan


Penggal 1. Selangor Darul Ehsan: Sasbadi Sdn. Bhd.

6. Pagar Museh (2011). Sistem Ekologi. Dicapai pada 20 Januari 2018 dari
https://pagarmuseh.blogspot.my

7. Profil negeri Sarawak. Dicapai pada 25 Januari 2018 dari


https://pmr.penerangan.gov.my

8. Sariah Adam, 2016. Pra-U Teks STPM Geografi Penggal 3. Selangor Darul
Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

43
990307-13-5109

44

Anda mungkin juga menyukai