Anda di halaman 1dari 8

1.

KISAH HELANG YANG SETIA

Asslammualaikum W.B.T dan Salam Negaraku Malaysia.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif dan bijaksana, guru-
guru dan kawan-kawan yang manis. Marilah hayati cerita saya yang bertajuk
Kisah Helang Yang Setia.

Al-kisah terdapat seorang pemburu mempunyai seekor burung helang yang


sangat bijak. Setiap kali dia pergi berburu, pemburu itu mesti membawa burung
itu bersama.

Pada suatu hari, pemburu itu masuk ke dalam hutan untuk memburu dengan
helang kesayangannya. Sebaik tiba di dalam hutan, burung helang pun terbang
sambil melihat ke bawah mencari binatang yang diburu oleh tuannya.

Tiba-tiba burung helang terbang dengan pantas ke satu tempat. Melihat reaksi
helangnya, pemburu tahulah bahawa burung helang nampak binatang yang
diburu. Apabila tiba ke tempat itu, pemburu nampak seekor pelanduk yang
sedang enak memakan buah-buahan hutan di situ. Tanpa disangka pemburu, si
pelanduk sedar akan kedatangan pemburu itu lalu menyelamatkan dirinya.

Kawan-kawan,

Pemburu dan helangnya pun mengejar pelanduk itu yang lari naik bukit dan
turun bukit menyelamatkan dirinya daripada diburu. Pelanduk itu berlari dan
terus berlari sehingga tiba di tepi sungai ia pun berhenti. Pelanduk itu mula resah
kerana ia tidak boleh menyeberang sungai. Akhirnya pemburu pun berjaya
menangkap pelanduk itu setelah penat mengejarnya tadi.

Selepas penat pemburu mengejar pelanduk itu, pemburu mula rasa sangat
dahaga dan dia pergi ke tepi sungai untuk mencedok air sungai itu dengan
tangan.

Apabila pemburu itu hendak meminum air sungai itu dengan tangan, tiba
helangnya menepis air di tangan pemburu. Pemburu itu mencedok air sungai
sekali lagi, burung helang menepis tangan tuannya sekali lagi.

Akibatnya pemburu itu sangat marah lalu memanah ke arah burung helang
kesayangan yang sedang terbang itu. Burung helang itu pun jatuh menyembah
bumi di tepian hulu sungai.
Pemburu itu berlari untuk mendapatkan burung helangnya dan mendapati
helangnya telah mati dengan matanya yang terbuka, seolah-olah berkata, “Tuan,
kenapa tuan memanah saya? Apa salah saya?”. Tidak jauh dari tempat burung
helang itu jatuh, pemburu itu ternampak seekor ular berbisa yang telah mati.
Racun daripada ular meleleh masuk ke dalam sungai.

Maka pemburu itu sedar mengapa helangnya itu menepis tangannya setiap kali
dia hendak mencedok air sungai tersebut. Sesiapa yang meminum air sungai itu
pasti akan jatuh sakit kelak.

Rasa kesal memanah helangnya pun membuak dalam hati pemburu itu.
“Sungguh setia helang aku, maafkan aku helang” kata pemburu itu pada
helangnya yang mati itu.

Hadirin Sekalian,

Maka dengan itu, kita janganlah sombong dan sentiasa menerima teguran
kerana teguran itu membawa kepada kebaikan.

Sekian, Wabillah……..
2. SI PEMOTONG KAYU YANG JUJUR

Asslammualaikum W.B.T dan Salam Negaraku Malaysia.


Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbak di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif dan bijaksana, guru-
guru dan kawan-kawan yang manis. Marilah hayati cerita saya yang bertajuk Si
Pemotong Kayu Yang Jujur.

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu


yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan
menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya
isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi, pergilah si tua tersebut jauh ke
hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya,
kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk
mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya
yang telah uzur seuzur usianya. Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.

Kawan-kawan,
Tiba-tiba genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari
tangannya lalu termasuk kedalam sungai yang dalam. Menangis sayulah si tua
kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki. Hendak terjun mencari
takut disambar arus, merataplah ia mengenangkan nasib.

Maka bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut lalu


turunlah ia bertanya, "Wahai orang tua. Kenapa bersedih hati?"

Dengan nada perasaan takut dan terkejut, orang tua tersebut menceritakan apa
yang berlaku.

"Baiklah, akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam." Lalu dengan
serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai. Selang beberapa minit timbul
lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.
Dengan sedih, jawab situa, "Bukan. Ini bukan kepunyaan hamba. Tidak mampu
hamba memiliki kapak emas ini."

Hadirin Sekalian,
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali
bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya.
Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua
itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang
uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu, giranglah hatinya kerana itulah kapak
miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai
balasan kejujurannya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu


diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan
kejujuran suaminya.

Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat.

Maka dengan itu, hadirin sekalian


Kita hendaklah sentiasa bersikap jujur dalam kehidupan seharian sepaya
kehidupan kita lebih harmoni.

Sekian, Wabillahi……………….
3. KISAH SEEKOR BURUNG PIPIT

Asslammualaikum W.B.T dan Salam Negaraku Malaysia.

Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif dan bijaksana, guru-
guru dan kawan-kawan yang manis. Marilah hayati cerita saya yang bertajuk
Kisah Seekor Burung Pipit.

Apabila datang musim kemarau, seekor Burung Pipit mula merasakan


tubuhnya kepanasan, lalu mengeluh pada persekitarannya yang dikatakan tidak
bersahabat.
Ia pun memutuskan untuk meninggalkan tempat yang sejak dahulu
menjadi habitatnya, terbang jauh ke utara yang kononnya, udaranya sentiasa
dingin dan sejuk. Ia pun terbang ke daerah utara. Benar, perlahan-lahan ia mula
merasakan kesejukan udara, makin ke utara makin sejuk. Ia semakin
bersemangat terbang ke arah utara lagi.

Kawan-kawan,
Kerana teruja, burung pipit itu tidak merasakan sayapnya yang mula
bersalut salji, semakin lama semakin tebal, dan akhirnya ia jatuh ke tanah
kerana tubuhnya terbungkus salji. Sampai ke tanah, salji yang menempel di
sayapnya bertambah tebal. Si burung pipit tidak mampu berbuat apa-apa, dan
berasakan riwayatnya telah tamat. Ia merintih menyesali nasibnya.
Mendengar suara rintihan, seekor Kerbau yang kebetulan melalui
kawasan itu datang menghampirinya. Namun si Burung kecewa kerana yang
datang hanyalah seekor Kerbau. Ia mengherdik si Kerbau agar menjauhinya dan
mengatakan bahawa makhluk yang tolol tidak mungkin mampu berbuat apa-apa
untuk membantunya.

Hadirin Sekalian,
Si Kerbau tidak banyak bicara, dia hanya berdiri, kemudian kencing tepat
di atas burung tersebut. Si Burung Pipit semakin marah dan memaki hamun si
Kerbau. Si Kerbau hanya berdiam diri, maju satu langkah lagi, dan mengeluarkan
kotoran ke atas tubuh si burung. Langsung si Burung tidak mampu berkata-kata
lagi kerana dirinya sudah tertimbun kotoran si kerbau. Si Burung pipit mula
menganggap ajalnya semakin hampir dan ia akan mati tidak lama lagi kerana
tidak mampu bernafas.
Namun perlahan-lahan, ia berasakan kehangatan. Salji yang membeku
pada bulunya mulai cair disebabkan hangatnya tahi kerbau itu. Ia kembali dapat
bernafas dengan lega dan melihat langit yang cerah. Si Burung Pipit berteriak
kegirangan, bernyanyi-nyanyi keriangan.

Kawan-kawan,
Mendengar ada suara burung bernyanyi, seekor anak kucing menghampirinya,
menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung dan kemudian menimang-
nimang, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisa salji yang masih
menempel pada bulu si burung. Apabila bulunya bersih, Si Burung bernyanyi dan
menari kegirangan, dia menganggap telah mendapat teman yang ramah dan
baik hati. Namun keriangannya tidak lama...dunianya kemudian terasa gelap
gelita ditelan oleh si Kucing. Maka tamatlah riwayat si Burung Pipit.

Oleh itu kawan-kawan pengajaran kisah seekor burung pipit ialah kita mestilah
sentiasa menepati janji supaya orang lain lebih mempercayai kita.

Sekian, Wabillah….

4. KISAH PERANGKAP TIKUS


Asslammualaikum W.B.T dan Salam Negaraku Malaysia.

Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif dan bijaksana, guru-
guru dan kawan-kawan yang manis. Marilah hayati cerita saya yang bertajuk
Kisah Perangkap Tikus.

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika
mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil
menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar
agaknya?”
Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik
panik bukan kepalang.
Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di
rumah sekarang ada perangkap tikus!!”
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam
berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan
aku.”
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada
yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”
Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi
perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni
boleh masuk perangkap tikus?”
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata,
“Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan
aku.”

Kawan-kawan,

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia


akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun
mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan
dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa
yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin
ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak
sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran.
Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja
demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup
kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun
dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.

Sidang Hadirin,

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman


menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya
untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan
akhirnya meninggal dunia.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami
pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan
orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari
kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
Begitulah kisahnya.

Jadi pengajarannya kawan-kawan, jika suatu hari, anda mendengar seseorang


dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah
sekali lagi.

Sekian, Wabillah………………….

Anda mungkin juga menyukai