Anda di halaman 1dari 8

PENGENDALIAN KES KEMURUNGAN

DEFINISI /KONSEP KEMURUNGAN (DEPRESSION )


Kemurungan adalah gangguan Kesedihan
perasaan (mood) yang boleh
DEFINISI Keputusasaan
menyebabkan perasaan sedih,
KEMURUNGAN putus asa dan tidak berharga yang Tidak berharga
melampau dan berterusan

JENIS-JENIS KEMURUNGAN
Gangguan  Satu keadaan dimana simptom utama adalah mood
Kemurungan yang sangat tertekan selama lebih daripada dua minggu
Utama
 Suasana yang tertekan memberi kesan kepada semua
Major Depressive aspek kehidupan seseorang, termasuk kerja, kehidupan
Disorder
rumah, perhubungan dan persahabatan

 Seseorang yang mengalami kemurungan seperti ini


sering mendapati sukar untuk berbuat apa-apa atau
berasa motivasi, oleh itu bagi mendapatkan rawatan
untuk keadaan ini juga boleh menjadi sesuatu yang
JENIS - JENIS mencabar
KEMURUNGAN Gangguan  Dysthymia adalah serupa dengan Gangguan
Kemurungan Kemurungan Utama, tetapi simptom-simptom berlaku
Berterusan dalam jangka masa yang lebih lama - lebih daripada 2
tahun
Dysthymia
 Individu yang didiagnosis dengan keadaan ini juga boleh
mengalami serangan terkejut Gangguan Kemurungan
Utama

 Ini dianggap sebagai bentuk kemurungan yang kronik,


dan rawatan untuk individu dengan Dysthymia akan
lebih mencabar kerana mereka selalunya telah
mencuba segala jenis rawatan.
Gangguan  Keadaan ini didiagnosis apabila seseorang
Penyesuaian menyesuaikan diri dengan beberapa aspek baru atau
Dengan Mood perubahan dalam kehidupan mereka yang telah
Tekanan menyebabkan banyak tekanan

Adjustment  Gangguan ini juga boleh didiagnosis apabila seseorang


Disorder With
mengalami peristiwa yang indah dalam kehidupan
Depressed Mood
mereka seperti perkahwinan atau melahirkan bayi

 Individu ini biasanya hanya memerlukan sedikit


sokongan tambahan dalam kehidupan mereka sewaktu
masa yang tertekan, rawatan adalah terhad masa dan
mudah
Gangguan  Keadaan ini menyebabkan individu mengalami
Afektif simptom-simptom Gangguan Kemurungan Utama
Bermusim hanya pada waktu tertentu dalam tahun, biasanya
musim sejuk
Seasonal Affective
Disorder
 Ini kelihatan berkaitan dengan hari-hari yang lebih
(Sad)
pendek di musim sejuk, dan kekurangan cahaya
matahari di banyak bahagian negara

Kemurungan  Selepas kehamilan, perubahan hormon dalam tubuh


Selepas wanita boleh menyebabkan gejala kemurungan
Bersalin
 Lebih separuh daripada wanita yang mengalami
Postpartum kemurungan selepas bersalin akan mengalaminya lagi
Depression
dengan kelahiran anak lain

 Sangat penting untuk mengenal pasti bahaya ini dan


merawatnya lebih awal

 Semasa mengandung, jumlah hormon wanita, estrogen


dan progesteron, dalam tubuh wanita meningkat dengan
banyak

 Dalam 24 jam pertama selepas melahirkan anak, jumlah


hormon ini cepat jatuh ke paras normal-tanpa-hamil

 Penyelidik berpendapat bahawa perubahan cepat


dalam kadar hormon boleh membawa kepada
kemurungan, sama seperti perubahan kecil dalam
hormon boleh menjejaskan mood wanita sebelum dia
mendapat haid
PUNCA KEMURUNGAN
Genetik Sejarah keluarga yang mempunyai kemurungan boleh
meningkatkan risiko kemurungan. Ia menganggap
bahawa kemurungan adalah sifat yang kompleks, yang
bermaksud terdapat banyak gen yang berbeza masing-
masing memberi kesan yang kecil, bukannya satu gen
yang menyumbang kepada risiko penyakit
Peristiwa Hidup Perubahan, trauma, atau stres utama seperti hilang
pekerjaan atau pendapatan, bercerai, atau bersara

Penyakit Fizikal Beberapa penyakit fizikal yang serius dan ubat-ubatan

Penderaan Penderaan fizikal, seksual atau emosi yang lalu boleh


meningkatkan individu untuk lebih mudah terdedah
kepada kemurungan klinikal di kemudian hari
PUNCA
Konflik Kemurungan dalam seseorang individu yang mudah
KEMURUNGAN terdedah dari segi biologi untuk mengalami
kemurungan adalah mungkin disebabkan oleh konflik
atau pertelingkahan peribadi dengan ahli keluarga atau
rakan
Kematian atau Kesedihan atau kehibaan dari kematian atau
Kehilangan kehilangan orang yang dikasihi, walaupun semulajadi,
boleh meningkatkan risiko kemurungan
Penyalahgunaan Hampir 30% individu yang mengalami masalah
Bahan penyalahgunaan bahan juga mengalami kemurungan
utama atau klinikal
Masalah-Masalah Masalah seperti pengasingan sosial disebabkan oleh
Personal Lain penyakit mental lain atau yang dibuang keluar dari
keluarga mahupun kumpulan sosial boleh menyumbang
kepada risiko mengalami kemurungan
SIMPTOM KEMURUNGAN

 Mood murung hampir kebanyakan masa dalam sehari, hampir setiap hari

 Kehilangan minat atau keseronokan dalam hobi dan aktiviti

 Perubahan selera atau berat badan

 Kesukaran tidur atau terlebih tidur

 Merasa tidak selesa atau menghadapi masalah duduk diam

 Kehilangan tenaga atau keletihan hampir setiap hari

 Rasa tidak berharga, rasa bersalah yang melampau hampir setiap hari

 Kesukaran untuk menumpukan perhatian, mengingati, atau membuat keputusan
hampir setiap hari
SIMPTOM 
KEMURUNGAN Berfikir tentang kematian atau bunuh diri (tidak hanya merasa takut mati), atau idea
untuk membunuh diri tanpa rancangan spesifik ataupun dengan rancangan spesifik

*Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Masalah Mental 5 (DSM-5TM), diagnosis


kemurungan (Gangguan Kemurungan Utama) hanya boleh dilakukan jika terdapat
sekurang-kurangnya lima simptom kemurungan yang hadir (di atas) untuk tempoh
berterusan sekurang-kurangnya selama sependek dua minggu,dan salah satu
simptom harus menunjukkan perbezaan kefungsian ; (1) mood murung atau (2) hilang
minat ataupun kesoronokan

Simptom-simptom ini menyebabkan kesukaran yang signifikan secara klinikal terhadap
sosial, pekerjaan dan kefungsian lain yang utama

Gejala fizikal yang berterusan yang tidak bertindak balas terhadap rawatan, seperti
sakit kepala, gangguan penghadaman dan kesakitan yang mana tidak ada sebab lain
dapat didiagnosis.
KESAN KEMURUNGAN
Kemahiran mengatasi yang lemah

Sakit terutama sakit kepala dan sakit perut

Disfungsi seksual

Percubaan untuk pengambilan diri dengan dadah atau alkohol

Kebimbangan

KESAN Menurunkan fungsi sistem imun

KEMURUNGAN Masalah keluarga dan perkahwinan

Penolakan di sekolah atau kerja

Pengasingan sosial

Pembubaran sendiri

Kematian prematur dalam keadaan perubatan

Bunuh diri
KESAN KEMURUNGSN TERHADAP TUBUH BADAN

Sumber: http://www.healthline.com/health/depression/effects-on-body
LANGKAH MERAWAT KEMURUNGAN
Rawatan Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT)
Psikologikal
 Rawatan psikologi berstruktur yang mengenalpasti
bahawa cara kita berfikir (kognisi) dan bertindak
(tingkahlaku) memberi kesan kepada apa yang kita
rasakan

 Mengenal pasti corak pemikiran dan tingkah laku yang


menjadikan anda lebih cenderung menjadi tertekan

 Mengubah fikiran dan tingkah laku anda dengan


mengajar anda untuk berfikir secara rasional tentang
kesukaran yang biasa, membantu anda mengubah
pola pemikiran yang negatif dan menyukarkan kepada
tindak balas yang lebih realistik, positif dan
menyelesaikan masalah
LANGKAH
/TEKNIK Terapi Interpersonal (IPT)
MERAWAT
 Terapi psikologi berstruktur yang memberi tumpuan
KEMURUNGAN
kepada masalah dalam hubungan peribadi dan
kemahiran yang diperlukan untuk menangani perkara
ini

 Berdasarkan idea bahawa masalah hubungan dapat


memberi kesan yang signifikan kepada seseorang
yang mengalami kemurungan, bahkan dapat
menyumbang kepada penyebabnya

 Membantu anda lebih mengenali corak hubungan


yang terdedah kepada kemurungan

 Mengenal pasti corak ini bermakna anda boleh


memberi tumpuan untuk meningkatkan hubungan,
mengatasi kesedihan dan mencari cara baru untuk
bersaing dengan orang lain

Terapi Kelakuan
 Tidak seperti CBT ia tidak cuba mengubah
kepercayaan dan sikap

 Ia memberi tumpuan kepada menggalakkan aktiviti


yang memberi ganjaran, menyenangkan atau
memuaskan,

 Bertujuan untuk membalikkan pola individu yang


Mengelakkan diri, tidak mesra dan pasif yang
membuat kemurungan lebih teruk
Rawatan  Rawatan perubatan utama untuk kemurungan adalah
Perubatan ubat anti-kemurungan

 Berguna dalam rawatan kemurungan yang sederhana


dan teruk dan beberapa gangguan kebimbangan

 Anti-kemurungan kadang-kadang diberikan oleh


doktor apabila rawatan lain tidak berjaya
LANGKAH
/TEKNIK  Individu yang mempunyai bentuk kemurungan yang
MERAWAT lebih teruk (gangguan bipolar dan psikosis) biasanya
KEMURUNGAN perlu dirawat dengan ubat
Sumber  Mengekalkan gaya hidup sihat
sokongan
yang lain  Kumpulan sokongan dan forum dalam talian

 Latihan relaksasi

 Keluarga dan kawan

Sumber rujukan dan terjemahan:

Cambridge University Press. (1995). Cambridge Dictionary. Retrieved from


https://dictionary.cambridge.org/

Colman, A. M. (2008). A Dictionary of Psychology. 3rd ed. Oxford University Press

Desk Reference To The Diagnostic Criteria from DSM-5TM (2013). American Psychiatric Association

Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dimuat turun daripada
http://prpm.dbp.gov.my/

https://dsm.psychiatryonline.org/doi/full/10.1176/appi.books.9780890425596.dsm04

Terjemahan oleh :
Noor Aiennatul Mardhiyah Abdul Wahab
Pegawai Psikologi UiTM Cawangan Selangor (Kampus Sungai Buloh)

Anda mungkin juga menyukai