Anda di halaman 1dari 39

PUAN SYARIFAH NURUL BAITI

BINTI SYED IDRIS


PEGAWAI PSIKOLOGI
KANAN/KAUNSELOR
UiTM CAWANGAN MELAKA
KAMPUS BANDARAYA MELAKA
KESIHATAN MENTAL
merangkumi kesejahteraan emosi,
psikologi dan sosial kita. Ia
mempengaruhi bagaimana kita berfikir,
merasa, dan bertindak.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), kesihatan mental adalah
“keadaan kesejahteraan di mana
individu menyedari keupayaannya
sendiri, dapat mengatasi tekanan
normal kehidupan, dapat bekerja
dengan produktif dan bermanfaat,
dan mampu memberi sumbangan
kepada komuniti”.
▪ Penting pada setiap peringkat
kehidupan kita, dari zaman kanak-
kanak dan remaja hingga dewasa. Ia
adalah asas pemikiran, pembelajaran,
komunikasi, daya tahan dan keyakinan
diri.
Penyakit Mental
dikenali sebagai Kecelaruan Mental, boleh
menjejaskan sesiapa sahaja.
Penyakit mental adalah keadaan kesihatan
yang melibatkan perubahan dalam pemikiran,
emosi atau tingkah laku (atau mana-mana
gabungan semua ini) yang sering menyebabkan
kesukaran untuk menampung tekanan biasa
dan rutin kehidupan.
Seseorang boleh mengalami kesihatan mental
yang lemah tanpa didiagnosis dengan penyakit
mental.
Tinjauan Kebangsaan
Kesihatan Dan Morbiditi
2015 menunjukkan 4.2 juta
rakyat Malaysia berumur
16 tahun ke atas (29.2
peratus) bergelut dengan
masalah kesihatan mental.

Terdapat lebih daripada 200 jenis penyakit mental dari


Kecelaruan Defisit-Perhatian/ Hiperaktif, Kecelaruan
Pemakanan & Personaliti, serta Penyalahgunaan bahan
yang menyebabkan kemurungan dan Kecelaruan Jiwa
yang Lain.Kecelaruan yang paling biasa adalah
Kemurungan, Keresahan, Kecelaruan Bipolar dan
Skizofrenia.
Pengalaman hidup yang teruk, seperti trauma atau
sejarah penyalahgunaan, seperti penderaan kanak-
kanak dan serangan seksual

Pengalaman yang berkaitan dengan penyakit


perubatan kronik yang berterusan seperti strok,
kanser atau kencing manis

APAKAH Faktor biologi, seperti genetik atau


PUNCA ketidakseimbangan kimia di dalam otak

PENYAKIT
MENTAL?
Pengambilan alkohol atau dadah secara rekreasi

Kurang pendedahan / interaksi sosial

Mempunyai perasaan kesepian / pengasingan

Sejarah keluarga yang ada masalah kesihatan


mental
▪ Sesetengah
kecelaruan mental
dikaitkan dengan
fungsi luar biasa litar
sel saraf atau laluan
yang menghubungkan
kawasan otak tertentu.

▪ Faktor biologi seperti


genetik individu,
jangkitan,kecacatan
atau kecederaan otak
individu, atau
kerosakan pranatal
selalu dikaitkan
dengan penyebab
penyakit mental.
MEMAHAMI
KECELARUAN MENTAL
SECARA UMUM
KEMURUNGAN – KERESAHAN –
KECELARUAN BIPOLAR – SKIZOFRENIA
▪ Kemurungan (kecelaruan episod
kemurungan major atau kemurungan
klinikal) menyebabkan gejala teruk yang
memberi kesan kepada perasaan,
pemikiran, dan mengendalikan aktiviti
harian seperti tidur, makan, atau bekerja.
▪ Kita harus memahami bahawa
kemurungan bukan sesuatu yang anda
boleh “hilangkan” atau “keluar”
KEMURUNGAN daripadanya.
▪ Simptom mesti dikesan selama sekurang-
kurangnya dua minggu.
▪ Tidak ada punca yang boleh dikaitkan
dengan kemurungan, sebaliknya, terdapat
banyak gabungan faktor yang membawa
kepada penyakit mental tertentu.
▪ Kemurungan, walaupun kes yang paling
teruk, boleh dirawat.
▪ Perasaan tidak berdaya dan menyerah

▪ Kehilangan minat dalam aktiviti harian

▪ Perubahan selera atau berat badan

▪ Perubahan tidur atau insomnia,


terutamanya terjaga pada waktu awal pagi,
atau terlalu lewat bangun.

Tanda & ▪ Kemarahan atau keresahan: Rasa gelisah,


resah, atau bahkan ganas.

Gejala ▪ Kehilangan tenaga

Kemurungan
▪ Membenci diri sendiri

▪ Tingkah laku melulu

▪ Isu konsentrasi: Sukar untuk fokus,


membuat keputusan, atau mengingati
sesuatu.
▪ Ketidakselesaan atau kesakitan yang tidak
dapat dijelaskan
▪ keadaan perubatan yang
dikategorikan oleh kebimbangan
yang berterusan secara
berlebihan
▪ Keresahan sesekali (occasional
anxiety) adalah sebahagian
kehidupan yang biasa kerana
seseorang mungkin merasa
cemas ketika menghadapi masalah
di tempat kerja, sebelum
mengambil peperiksaan, atau
membuat keputusan penting.
▪ Gangguan keresahan adalah
penyakit yang menyebabkan
seseorang berasa takut, tertekan
dan tidak selesa tanpa sebab yang
jelas.
Bimbang yang berlebihan

Ketegangan otot

Senak kronik

Gugup pentas

Tanda & Gejala Kesedaran diri

Keresahan Alami serangan panik

Masalah tidur

Mempunyai ketakutan yang tidak rasional

Perfeksionisme keterlaluan

Mengimbas kembali trauma


▪ Latihan pernafasan adalah
penyelesaian yang sangat baik, cepat
dan mudah untuk melegakan
tekanan dan keresahan.
▪ Teknik pernafasan yang betul
berfungsi pada tahap fisiologi dengan
mengurangkan kadar degupan
jantung anda.
▪ Teknik pernafasan tidak perlu rumit.
▪ Kuncinya adalah untuk memberi
tumpuan kepada hembusan nafas
anda dan tidak menghiraukan tarikan
nafas anda.
▪ Tarikannafas anda akan lebih
panjang secara semula jadi apabila
hembusan nafas anda lebih lama.
Cuba buat hembusan nafas anda
secara perlahan, berterusan, dan
lembut.
Dianggarkan terdapat 80%
kemungkinan untuk kecelaruan
bipolar diwarisi melalui keturunan
Faktor genetik Masalah hormon
Kajian menunjukkan bahawa Ketidakseimbangan hormon juga
kecelaruan bipolar lebih cenderung boleh mencetuskan berlakunya
berlaku pada seseorang yang ahli kecelaruan bipolar kerana hormon
keluarganya mengalami masalah banyak mempengaruhi perasaan
yang sama. anda.

Ketidakseimbangan kimia otak Faktor Persekitaran


Peristiwa yang menimbulkan tekanan
Neurotransmitter atau
atau trauma seperti penderaan dan
ketidakseimbangan bahan kimia di
kehilangan besar juga boleh
dalam otak memainkan peranan
menyebabkan kemunculan kecelaruan
penting dalam kebanyakan kecelaruan
ini.
mood, termasuk kecelaruan bipolar.
Episod Manik Episod Kemurungan
• Rasa sangat “bersemangat,” “high,” atau • Rasa sedih, hampa, kosong, atau tidak ada
gembira harapan
• Mempunyai banyak tenaga • Mempunyai tenaga yang sangat sedikit
• Mempertingkatkan tahap aktiviti • Mengurangkan tahap aktiviti
• Rasa “jumpy” atau “wired” • Mempunyai masalah tidur, mungkin tidur
• Ada masalah tidur terlalu sedikit atau terlalu lama
• Menjadi lebih aktif daripada biasa • Rasa seperti mereka tidak dapat menikmati
• Bercakap dengan sangat cepat mengenai apa-apa
pelbagai isu berbeza • Rasa bimbang dan kosong
• Terganggu, mudah marah, atau “sensitif” • Mempunyai masalah menumpukan perhatian
• Rasa pemikiran bergerak dengan sangat • Lupa banyak perkara
cepat • Makan terlalu banyak atau terlalu sedikit
• Rasa boleh melakukan banyak perkara sekaligus • Rasa letih atau “slowed down”
• Lakukan perkara berisiko, seperti • Fikirkan tentang kematian atau bunuh diri
menghabiskan wang yang banyak
▪ Semak/teliti gejala yang dialami

MAKLUMAT ▪ Tempoh masa

PENTING : ▪ Kesan kepada individu


DEPRESSION ANXIETY STRESS SCALE
(DASS-21 BM)

DASS-21

• Skala untuk mengukur tahap


kemurungan (Depression),
keresahan (Anxiety) dan tekanan
(Stress) anda.

• Terjemahan “DASS21
Questionnaire” (Prof Peter
Lovibond, UNSW) kepada Bahasa
Malaysia oleh Prof. Dr. Ramli
Musa.

30
DEPRESSION ANXIETY STRESS SCALE
(DASS-21 BM)

▪ Secara ringkas mereka yang mempunyai skor ‘severe’/teruk dan


‘extremely severe’/sangat teruk perlu diberi perhatian seperti berjumpa
pakar terdekat.

▪ Tahap keterukan juga boleh dinilai dengan melihat bagaimana tanda-tanda


yang ditanya mengganggu kehidupan anda dan menjejaskan prestasi kerja
anda.

▪ Jika jawapannya sangat menggangu maka ia menambahkan lagi sebab untuk


mendapatkan perhatian pakar.

▪ Jika tidak menggangu kehidupan, maka anda mungkin tidak perlu mendapat
rawatan.

▪ PERINGATAN! :
▪ DASS-21 hanya saringan - BUKAN diagnosis
Ada 4 indikator utama untuk perlu berjumpa doctor
1. Hasil ujian DASS yg tinggi.
▪ Perhatian lebih pada skor teruk (severe) and sangat teruk (extremely severe.
Walaubagaimana pun skor DASS tinggi sahaja bukan semestinya perlu
berjumpa pakar,
Ada 3 indikator lain diperlukan bagi membuat keputusan kita perlu
mendapatkan rawatan kerana keadaan yang lebih serius
2. Kemurungan atau anxiety teruk sehingga banyak tanda-tanda fizikal seperti
hilang berat badan, lemah badan, tidak bertenaga, ganguan tidur teruk,
ganguan haid dan sembelit.
3. Simptom kemurungan atau anxiety menggangu fungsi berfikir antaranya hilang
tumpuan/ fokus tergangu. Ganguan fungsi minda ini akan mengakibatkan
ganguan kemampuan kita bekerja atau belajar. Pada mereka yang bekerja,
prestasi kerja merosot, kerap mengambil cuti sakit dan ada yang sehingga ingin
berhenti kerja. Bagi pelajar, prestasi akademik merosot dan tidak boleh fokus
dalam kelas. Indikator ini sangat penting; dan secara ringkasnya INI ADALAH
TANDA JELAS PERLU BERJUMPA DOKTOR.
4. Mempunyai niat serius untuk menamatkan riwayat atau mencederakan orang
lain.
T

A
L

K
▪ 1. Hargai Diri Anda

10 PETUA ▪ 2. Menjaga kesihatan fizikal anda

BAGI ▪ 3. Wujudkan Sokongan Keluarga dan

MENGEKALKA Sosial yang Kukuh

N KESIHATAN ▪ 4. Jadilah sukarelawan

MENTAL ▪ 5. Belajar Menangani Stres

▪ 6. Tenangkan Fikiran Anda


_______________
▪ 7. Tetapkan Matlamat yang Realistik
CUBA PETUA INI ▪ 8. Tukar Rutin Membosankan
UNTUK MEMBANTU ▪ 9. Elakkan Alkohol dan Dadah
MENCARI
KESEIMBANGAN ▪ 10. Sentiasa Dapatkan Bantuan

YANG TERBAIK
DALAM HIDUP
ANDA: ▪ * Diadaptasi dari National Mental Health Association/
National Council for Community Behavioral
Healthcare.
Take a DEEP
breath & say…... “It’s Just a
BAD DAY
Not a BAD
LIFE…”

Anda mungkin juga menyukai