Anda di halaman 1dari 18

Kandungan

1.0 HAK BERSUARA DALAM KALANGAN MAHASISWA ........................................................ 2


1.1 PENGENALAN........................................................................................................................... 2
1.2 OBJEKTIF KAJIAN. ................................................................................................................. 2
2.0 KAJIAN PERPUSTAKAAN TENTANG UNDANG-UNDANG & SEKATAN KE ATAS
HAK KEBEBASAN BERSUARA ....................................................................................................... 3
2.1 Perlembagaan Persekutuan ....................................................................................................... 3
2.2 Akta Fitnah 1957 ......................................................................................................................... 3
2.3 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 ..................................................................................... 3
2.4 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 ..................................................................................... 4
2.5 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ................................................................................ 4
2.6 Akta Hasutan 1948 ...................................................................................................................... 4
2.7 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights, UDHR)
............................................................................................................................................................ 5
2.8 SUHAKAM.................................................................................................................................. 5
3.0 ISU-ISU BERKAITAN HAK KEBEBASAN BERSUARA ........................................................ 6
3.1 Rusuhan Kaum 13 Mei 1969 ...................................................................................................... 6
3.2 PPSMI .......................................................................................................................................... 6
3.3 Klip Video Negarakuku oleh Namawee .................................................................................... 7
3.4 Fenomena Listen! Listen! Listen!............................................................................................... 7
3.5 Isu Bekalan Air di UKM ............................................................................................................ 8
3.6 Dunia Mengutuk Malaysia Kerana Mengugut Pelajar-Pelajarnya!-SARAWAK REPORT
............................................................................................................................................................ 8
4.0 METADOLOGI .............................................................................................................................. 9
4.1 ANALISA DATA ...................................................................................................................... 10
4.2 DAPATAN KAJIAN ................................................................................................................. 12
5.0 FAEDAH KAJIAN ....................................................................................................................... 13
6.0 GARIS MASA KAJIAN ............................................................................................................... 13
7.0 KESIMPULAN ............................................................................................................................. 14
8.0 RUJUKAN ..................................................................................................................................... 14
9.0 LAMPIRAN................................................................................................................................... 18

1
1.0 HAK BERSUARA DALAM KALANGAN MAHASISWA

1.1 PENGENALAN

Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan. Istilah yang
bersinonim, kebebasan menyatakan pendapat kadangkala digunakan sebagai maksud kepada
bukan sahaja kebebasan bersuara secara percakapan verbal, tetapi juga tindakan mencari,
menerima dan menyebarkan maklumat atau idea, dengan tidak mengira medium yang
digunakan.
Namun demikian, mereka juga berpendapat, hak kebebasan bersuara dan sekatan-
sekatan ke atas hak ini menyebabkan hak kebebasan bersuara di Malaysia menjadi hak
kebebasan bersuara terpilih iaitu hak ini hanya boleh diguna pakai dalam isu-isu tertentu dan
oleh orang-orang tertentu sahaja. Hal ini, secara tidak langsung telah menafikan hak yang telah
dijamin oleh Perlembagaan.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN.

1. Mengenalpasti sama ada mahasiswa menggunakan hak bersuara secara relevan dan
menyeluruh atau tidak
2. Mengkaji tahap kepuasan hati mahasiswa dengan undang-undang hak bersuara yang
diimplementasi.
3. Membanci sama ada undang-undang hak bersuara yang sedia ada wajar digubal semula
atau tidak.
4. Mengkaji tahap kesan buruk akibat hak bersuara mahasiswa sebagai pelanggan
universiti.
5. Untuk mengkaji sama ada undang-undang hak bersuara sebagai pelanggan yang
dikuatkuasakan membebankan mahasiswa.

2
2.0 KAJIAN PERPUSTAKAAN TENTANG UNDANG-UNDANG & SEKATAN KE
ATAS HAK KEBEBASAN BERSUARA

Hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan telah dibatasi oleh
Fasal (2) Perlembagaan itu sendiri demi menjamin keselamatan awam, negara, hubungan
diplomatic serta mengelakkan fitnah dan perbuatan subversif .

2.1 Perlembagaan Persekutuan


 Fasal (4) yang sama turut mengenakan sekatan atas haka kebebasan bersuara terhadap
perbuatan yang mempersoalkan hak, taraf, kedudukan dan keistimewaan orang Melayu
serta kedaulatan Raja-raja Melayu.
 Perkara-perkara yang dilindungi terkandung dalam:
 Bahagian 3: Kewarganegaraan
 Perkara 152: Bahasa Kebangsaan
 Perkara 153: Perezapan Quota Mengenai Perkhidmatan, Permit dsb untuk
Orang Melayu
 Perkara 181: Pengecualian Bagi Raja-raja dsb
2.2 Akta Fitnah 1957
 Hak kebebasan bersuara untuk menyatakan-perkara yang benar sahaja.
 Hak kebebasan bersuara tidak boleh diguna sewenang-wenangnya terutama dalam
perbuatan fitnah terhadap seseorang terutama sehingga mendatangkan kerugian besar
terhadap orang itu.
 Seksyen 4 Akta Fitnah 1957 mengkhususkan perbuatan fitnah terhadap wanita.
 Seksyen 5 Akta Fitnah 1957 menyatakan larangan terhadap perbuatan mengeluarkan
kata-kata yang memperkecilkan pekerjaan, jawatan, profesion atau perniagaan
seseorang.
 Seksyen 14 menyatakan Hak Keistimewaan dalam Pilihan Raya
2.3 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
 Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan iaitu ‘Undang-undang menentang perbuatan
subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dsb’ digubal sebagai
pencegahan awal yang boleh diambil oleh Kerajaan dalam usaha mengekang sebarang
kegiatan.

3
2.4 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
 Bab 3: Kuasa Khas yang Berhubungan dengan Penerbitan Subversif dsb.
 Seksyen 22: larangan terhadap pencetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran
atau pengedaran sebarang dokumen yang mengandungi unsur menggalakkan
keganasan, pelanggaran undang-undang dsb.
 Seksyen 26: larangan pengimportan dokumen yang mengandungi unsur-unsur
terlarang.
 Seksyen 27: larangan pengeposan atau pembahagian apa-apa pelekat, surat
pekeliling atau dokumen lain yang mengandungi unsur yang sama.
 Seksyen 28: larangan percakapan atau tulisan di mana-mana penerbitan yang
merupakan pernyataan palsu yang boleh menyebabkan huru-hara.

2.5 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971


 Seksyen 15 menyentuh tentang aktiviti pelajar, persatuan, pertubuhan, badan atau
kumpulan pelajar.
 Pelajar dibenarkan menyertai parti politik
 Pelajar tidak dihalang untuk menyatakan pendapat mereka. Boleh disuarakan di
mana-mana selagi tidak menyalahi undang-undang negara.
 Seksyen 16 menyatakan bahawa Naib Canselor berhak menggantung atau
membubarkan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang boleh
mendatangkan mudarat.

2.6 Akta Hasutan 1948


 Seksyen 3 antara kesalahan yang dikatakan mempunyai kecenderungan maghasut ialah
dengan menyebabkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak
setia terhadap Raja atau kerajaan, membangkitkan perasaan rakyat untuk mengubah
Kerajaan yang telah dipilih secara sah dengan cara menyalahi undang-undang,
menimbulkan rasa tidak puas hati dan pemusuhan kaum dan mempersoalkan perkara
yang telah ditetapkan dalam Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152,
153, 181 Perlembagaan Persekutuan.
 Seksyen 3(2) memberikan kekecualian kepada rakyat untuk menegur kesilapan atau
kecacatan tindakan atau keputusan yang telah diambil oleh Raja atau pimpinan
kerajaan.

4
2.7 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights,
UDHR)
 satu pengisytiharan makluman yang diamalkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (A/RES/217, 10 Disember 1948 di Palais de Chaillot, Paris).
 Perisytiharan ini terdiri daripada 30 perkara yang menggariskan pandangan
Perhimpunan Agung terhadap hak asasi manusia yang dijamin ke semua rakyat.
 Menurut Union Declaration Of Human Right 1948, antara artikel yang terkandung
adalah berkenaan dengan kebebasan bersuara.
 “Everyone has a right to speak or write freely and right to join a peaceful group to
express one's opinion”
 Hal ini jelas bercanggah dengan hak bersuara yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia.
 Di Malaysia meskipun semua orang diberi kebenaran untuk bersuara, masih lagi timbul
isu-isu di mana pihak kerajaan menyekat kegiatan bersuara secara bebas (aktivis).
Masih terdapat halangan kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat secara bebas
walaupun Malaysia bersetuju dengan UDHR.

2.8 SUHAKAM
 Larangan ceramah umum dianggap mencabuli hak asasi manusia kerana tidak ada
peruntukan undang-undang yang boleh menghalang seseorang itu daripada
mengadakan ceramah politik.
 Meminta polis menjelaskan mengenai larangan terhadap ceramah umum kerana
berpendapat larangan secara umum untuk berhimpun adalah mencabuli hak asasi
manusia.Tiada peruntukan undang-undang bagi larangan dikenakan ke atas ceramah
politik.Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak asasi manusia bersifat asas
yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
 Mengkaji semua perakuan dalam Laporan Kebebasan Berhimpun kerana jika ia
dilaksanakan masalah berhubung dengan ceramah umum sekarang dapat dielakkan.
 Suhakam tidak merestui keganasan dalam semua bentuk tetapi berhimpun secara aman
boleh diadakan.

5
3.0 ISU-ISU BERKAITAN HAK KEBEBASAN BERSUARA

3.1 Rusuhan Kaum 13 Mei 1969


 Akhbar-akhbar tempatan menggunakan kebebasan bersuara secara maksimum yang
mengandungi unsur-unsur yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati.
 Majlis Perundingan Negara yang ditubuhkan 1970 melakukan pindaan kepada Akta
Hasutan di mana perbincangan terbuka berkenaan Bahasa Kebangsaan, kedudukan
istimewa orang Melayu dan Bumiputera, kerakyatan dan kedaulatan Raja-raja
diharamkan.

3.2 PPSMI
 Banyak pihak yang membantah dasar ini, namun, suara rakyat yang membantah tidak
dipedulikan.
 Sebuah pertubuhan Cina- Dong Jiao Zong yang konsisten membantah dasar ini. Mereka
menyuarakan bantahan mereka dengan menghantar 100,000 poskad kepada kerajaan
tetapi tiada maklum balas.
 MCA menyuarakan untuk mengajar sains dan matematik dalam dwibahasa.
 Bantahan bukan sahaja datang dari golongan yang lemah berbahasa Inggeris tetapi juga
golongan berpendidikan tinggi, professional, ahli akademik, aktivis budaya dan
beberapa persatuan yang lain.
 Konvensyen Pendidikan Orang Melayu II membentangkan usul yang memohon
kerajaan untuk mengkaji semula pelaksanaan PPSMI.
 Tentangan rasmi dizahirkan dengan sebuah gerakan- Gerakan Mansuhkan PPSMI
mendapat sokongan tokoh-tokoh pendidikan, badan bukan kerajaan, tokoh politik dan
orang awam.
 Gerakan ini merancang untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-
Pertuan Agong.
 PIBGN turut menyatakan kesal terhadap ketidaktelusan kerajaan daripada persidangan
meja bulat yang dianjurkan KPM.
 Gerakan ini melaksanakan Perhimpunan Raksasa 100 Ribu Hapuskan Bahasa Inggeris
dalam Pengajaran Sains dan Matematik.
 Laporan kajian untuk menunjukkan kesilapan kerajaan melaksanakan PPSMI
dibentangkan kepada umum.

6
 Selepas sekian lama bantahan, sekolah di Malaysia dibenarkan untuk mengajar dalam
dwibahasa.
 Dasar baharu MBMMBI menunjukkan kerajaan masih ‘sayang’ kepada PPSMI.

3.3 Klip Video Negarakuku oleh Namawee


 Dicipta oleh Weng Meng Chee untuk luahan perasaannya serta pandangan jujurnya
mengenai pentadbiran dan suasana di Malaysia.
 Isu yang disentuh dalam lirik lagu:
 Rasuah dalam kalangan anggota polis
 Layanan yang tidak adil kepada etnik Cina
 Kelembapan prestasi penjawat awam

3.4 Fenomena Listen! Listen! Listen!


 Video yang memaparkan tindak balas moderator forum “Seiringkah Mahasiswa dan
Politik”, Syarifah Zohrah Jabeen, presiden SW1M terhadap salah seorang peserta
forum.
 Dalam video berkenaan, KS Bawani menyuarakan pendapatnya yang berlawanan
daripada slaid yang dipaparkan dalam forum tersebut.
 Persoalan beliau mengenai perhimpunan BERSIH dan pendidikan percuma dengan
menghapuskan PTPTN.
 Persoalan yang dibangkitkan Bawani timbulkan rasa tidak puas hati Syarifah lantas
menarik mikrofon dan mengulang-ulang perkataan ‘listen’.
 Insiden ini menjadi pencetus kepada kesedaran mahasiswa berkenaan hak kebebasan
bersuara.
 Menurut Timbalan Presiden Gerakan Suara Rakyat, insiden ini menunjukkan bahawa
mahasiswa masih belum bebas menyuarakan pendapat dan memberi idea.
 MPP UNITEN turut melahirkan rasa tidak puas hati. Pada pendapat mereka, mahasiswa
perlu diberi ruang untuk bersuara.

7
3.5 Isu Bekalan Air di UKM
 Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), mereka sentiasa
mencari jalan untuk menangani masalah air.
 Pada 6 Januari yang lalu, pihak PMUKM telah berkunjung sendiri ke Syarikat Bekalan
Air Selangor (SYABAS) yang terletak di Hulu Langat, Selangor dan anak syarikat
bekalan air tersebut iaitu ABBAS untuk mendapatkan penjelasan berkenaan krisis air
yang melanda di kampus Bangi ketika itu.
 Kekeliruan maklumat yang diberikan oleh pihak SYABAS dan pihak ABBAS.
 Pihak SYABAS mengatakan bahawa masalah air berlaku disebabkan paras air
loji yang tidak mencukupi untuk disalurkan dan sekatan air terpaksa dilakukan.
 Maklumat daripada pihak ABBAS mengatakan tiada sekatan yang berlaku.
 Pihak PMUKM telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Khas
Menuntut Air atau dikenali sebagai “TUNTUT AIR”.

3.6 Dunia Mengutuk Malaysia Kerana Mengugut Pelajar-Pelajarnya!-SARAWAK


REPORT
 Salinan-salinan email ugutan yang telah dikirimkan oleh seorang pegawai dari Jabatan
Pengajian Tinggi Malaysia di Washington kepada semua pelajar Malaysia yang
menerima geran-geran pengajian di Amerika Syarikat.
 Email itu yang ditulis dan ditujukan kepada para pelajar bahawa jika mereka
“bersemangat” menyertai perhimpunan-perhimpunan Bersih esok bagi menuntut
pilihanraya Bebas dan Adil maka mereka akan menerima “padahnya” dan
berkemungkinan akan dilucutkan bantuan biasiswa pengajian mereka.
 Email itu mencerminkan banyak ugutan secara lisan sebagai mana yang telah
dihamburkan sejak beberapa hari yang lalu terhadap para pelajar Malaysia termasuk
mereka yang menuntut di UK.
 MP Tom Greatrex, seorang ahli Kumpulan All-Party Parliamentary ke atas Malaysia,
berkata: “Cubaan Malaysia untuk mengugut para pelajarnya secara terang-terang tidak
dapat diterima akal.Hak untuk mengadakan dan menyertai bantahan secara aman
merupakan asas dalam mana-mana sistem demokrasi, begitu juga pilihanraya yang
bebas dan adil, dan mereka tidak seharusnya diugut sedemikian rupa dan cara. William
Hague (ahli parlimen di UK)seharusnya bertindak segera bagi pihak kerajaan Malaysia
bagi mempastikan bahawa ugutan terhadap para pelajarnya dihentikan.”Jenayah
Mengugut di ‘Bumi Kebebasan’!

8
 Cawangan Kumpulan Hak Asasi Manusia Malaysia (SUARAM) di London telah
membuat kenyataan bagi memberikan keyakinan pada para pelajar dan penunjuk
perasaan yang telah diugut itu:
 “SUARAM merayu pada pihak polis dan kerajaan untuk menghentikan sebarang
bentuk ugutan ke atas sesiapa yang ingin menyuarakan hak-hak kebebasan. SUARAM
menyeru pada kerajaan untuk melayan tuntutan-tuntutan Bersih 2.0 tanpa menafikan
kebebasan mereka bersuara dan berhimpun. Jika Perdana Menteri Najib jujur dan ikhlas
mendengar suara rakyatnya dan mempraktikkan laungan slogan “Rakyat
Didahulukan”, maka beliau tidak seharusnya menyekat hak-hak dan kebebasan mereka.
 Kami menyeru pada kerajaan, yang menjadi anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk menghentikan sama sekali ugutan
dan mengamalkan prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia di dalam semua undang-
undang dan dasarnya.

4.0 METADOLOGI

Kaedah kajian yang digunakan ialah soal selidik. Soal selidik yang baik akan dapat
mencapai objektif yang disasarkan, memperolehi maklumat yang paling tepat dan lengkap serta
dapat mencapai tujuan sebenar kajian dengan perbelanjaan yang sederhana. Kami
menggunakan kaedah soal selidik ke atas 30 responden terdiri daripada mahasiswa UKM
kampus Bangi. Sebanyak 5 soalan dan pendapat mereka tentang hal yang berkaitan dengan hak
bersuara sebagai pelanggan universiti mengikut objektif dalam 30 set borang soal selidik telah
diedarkan. Kelima-lima soalan tersebut diuji menggunakan skala Likert. Contoh borang soal
selidik ada dilampirkan di lampiran 1.

Penyelidikan ini menggunakan Teori Hierarki Keperluan Manusia oleh Maslow yg


menjelaskan bahawa struktur keperluan manusia terdiri drp 5 tahap iaitu keperluan fisiologi,
keperluan keselamatan, keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan penghargaan dan
keperluan pencapaian hasrat diri (Maslow 1943) …….”

9
4.1 ANALISA DATA
Kajian Demografik

Fakulti

FPI FKAB FPEND FEP FSSK FST

Berdasarkan data yang diperoleh, responden terbanyak dating daripada fakulti sains dan
teknologi iaitu sebanyak 15 orang (50%), diikuti dengan fakulti sains sosial dan kemanusiaan
seramai 8 orang (26.7%), fakulti ekonomi dan pengurusan sebanyak 3 orang (10%), fakulti
pendidikan seramai 2 orang (6.7%) dan seramai 1 orang (3.3%) untuk kedua-dua fakulti
kejuruteraan dan alam bina dan fakulti pengajian islam. Kesemua responden (100%) adalah
pelajar sarjana muda.

Jantina

Lelaki Perempuan

Nisbah jantina responden yang disoal selidik adalah sama iaitu 15 lelaki (50%) dan 15
perempuan (50%)

10
Kaum

Melayu Cina India Lain-lain

Untuk pembahagian kaum, responden kaum Melayu adalah yang paling ramai iaitu sebanyak
15 orang (50%), diikuti kaum cina dan lain-lain sebanyak 3 orang (10%) untuk kedua-duanya
dan baki 1 orang (3.3%) kaum India.

Umur

19 20 21 22 23 24

Umur responden yang disoal selidik merangkumi daripada umur 19 tahun sehingga 24 tahun.
15 orang responden (50%) berumur 20 tahun diikuti 6 orang (20%) berumur 21 tahun, 5 orang
responden (16.7%) berumur 23 tahun, 2 orang responden (6.7%) berumur 22 tahun dan baki
1 orang responden (3.3%) bagi kedua-dua kategori umur 19 dan 24 tahun.

11
Bahagian B : Soal Selidik
16

14

12

10

0
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

4.2 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kajian didapati, majoriti responden bersetuju bahawa mereka


menggunakan hak bersuara sebagai pelanggan dengan sepenuhnya dan relevan. Hal ini
mungkin kerana ramai daripada mahasiswa UKM memahami dan ematuhi undang-undang
yang ditetapkan. Meskipun begitu, bilangan responden yang tidak pasti akan perkara ini juga
agak ramai. Kami dapati bahawa perkara ini berlaku kerana mahasiswa sentiasa menumpukan
fokus hak mereka sebagai mahasiswa berbanding pelanggan. Alasan ini adalah wajar kerana
berdasarkan pemerhatian kami majoriti mahasiswa sering dibolak-balik oleh pihak pengurusan
dari satu pejabat ke satu pejabat yang lain dan mereka menerima keadaan tersebut bulat-bulat
walaupun kadang kala berasa kecewa. Hal ini menjadi indicator masih ramai lagi mahasiswa
yang kurang memahami hak mereka sebagai pelanggan kepada universitI.
Dari tahap kepuasan hati responden, jumlah responden yang tidak setuju, kurang pasti
dan setuju adalah lebih kurang sama. Daripada data ini didapati terdapat perbezaan daripada
mahasiswa ke mahasiswa lain mengenai tahap kepuasan hati mereka. Hal ini mungkin berlaku
akibat daripada cara mereka dibesarkan atau factor-faktor personal yang lain. Ramai
mahasiswa yang memahami hak mereka untuk bersuara secara terbuka tetapi kurang bersetuju
mengenainya. Isu seperti halangan perucapan awam oleh TNC HEPA menjadi bukti bahawa
kadangkala hak mahasiswa bersuara secara bebas dihalang. Berdasarkan kajian kami didapati
bahawa walaupun undang-undang membenarkan mahasiswa untuk berucap secara bebas
wujud tetapi ia tidak digunakan sepenuhnya.
Antara perkara lain yang kami selidik adalah sama ada undang-undang hak bersuara
perlu digubal semula supaya lebih berkesan. Berdasarkan data yang diperoleh. Majoriti tidak
pasti dan bersetuju dengan pandangan seperti ini. Didapati bahawa ramai mahasiswa kurang
berpuas hati dengan undang-undang hak bersuara yang ada pada masa kini. Melihat kepada
data yang diperoleh, kami dapati mahasiswa agak keliru dengan hak bersuara mereka sebagai

12
mahasiswa dan pelanggan. Langkah yang perlu diambil oleh pihak universiti adalah untuk
meletakkan garisan sempadan untuk membezakan antara hak sebagai mahasiswa dan
pelanggan.

5.0 FAEDAH KAJIAN

 Dapat mengenalpasti dan memahami hak mahasiswa dalam menyuarakan pendapat-


pendapat mereka. Seterusnya memberi garis panduan kepada mahasiswa untuk
mengggunakan hak mereka untuk bersuara secara relevan dan menyeluruh bukan hanya
duduk diam dan membiarkan hak mereka terus dicabuli.
 Dapat mengenalpasti sama ada mahasiswa berpuas hati dengan undang-undang hak
bersuara yang digariskan.
 Dapat mengetahui diskriminasi-diskriminasi yang di lakukan oleh pihak atasan
terhadap mahasiswa untuk mengeluarkan pendapat-pendapat
 Dapat mengetahui kesan buruk atau baik kepada mahasiswa untuk menggunakan hak
bersuara
 Dapat menilai sama ada penguatkuasaan undang-undang bersuara adalah benar dan
bukan sekadar untuk tayangan sahaja.

6.0 GARIS MASA KAJIAN


TARIKH TAHAP KAJIAN
16.03.2015-31.03.2015  PEMILIHAN TAJUK PENYELIDIKAN
31.03.2015-06.04.2015  PENGHANTARAN KERTAS KERJA RINGKAS
06.04.2015-09.04.2015  PEMBENTANGAN KERTAS KERJA RINGKAS
09.04.2015-07.05.2015  KAJIAN SOAL SELIDIK DILAKUKAN
 PENYIAPAN KERTAS KERJA AKHIR
07.05.2015-14.04.2015  PEMBENTANGAN KERTAS KERJA AKHIR

13
7.0 KESIMPULAN
Hak kebebasan bersuara tidak diberikan secara mutlak kepada rakyat.Sekatan hak kebebasan
bersuara adalah penting untuk memastikan keamanan negara.Suara rakyat memohon sekatan
diminimumkan. Desakan terus disuarakan untuk menegur kekurangan dalam pentadbiran
negara dan kepincangan yang berlaku dalam kalangan pemimpin negara.Menjadi kewajiban
kepada semua pimpinan masyarakat untuk mengambil iktibar atas setiap perkara berlaku.
Tidak rugi untuk mendengar suara ahli masyarakat dan tidak juga penghinaaan seandainya
pimpinan masyarakat mengambil kira cadangan dan pandangan ahli masyarakat.

8.0 RUJUKAN
Buku:

Mohd. Salleh Abas. (1988). Kewarganegaraan dan Hak Asasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Perlembagaan Persekutuan. (2009). Perlembagaan Persekutuan (Hingga 10hb Jun 2009).


Petaling Jaya: International Law Book Services.
Artikel dari laman web:
Aishah Hj. Bidin. (1990). Undang-undang tentang kebebasan bersuara dan mencetak di
Malaysia.Jurnal Komunikasi. 6. 27-41. Dicapai pada 18 Mei 2013 melalui
http://journalarticle.ukm.my/4903/1/9(1).pdf

Arkib Negara Malaysia. (10 April 2009). Mesyuarat Pertama Majlis Perundingan Negara. Hari
IniDalam Sejarah. Dicapai pada 12 Julai 2013 melalui
http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=3832

Berita Harian Online. (19 November 2011). Perbetul kesilapan dasar PPSMI elak pelajar terus
jadi mangsa. Berita Harian Online. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=172%3A
perbetul-kesilapan-dasar-ppsmi-elak-pelajar-terus-jadi-mangsa-&lang=en

Berita Harian. (1 September 2010). Namewee beri keterangan isu klip video baru
‘Negarakuku’.Berita Harian. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Nameweeberiteranganisuklipvideobaru_Negara
kuku_/Article/

Berita Harian. (13 Mei 2012). Iktibar 13 Mei. Berita Harian Online. Dicapai pada 12 Julai
2013melalui http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Iktibar13Mei/Article/index

Bernama. (26 Mei 2013). Sosma ganti ISA: pengamal undang-undang beza pandangan. Sinar
Harian. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui
http://www.sinarharian.com.my/nasional/sosmaganti-isa-pengamal-undang-undang-beza-
pandangan-1.164104

14
Bernama. (3 Julai 2013). Parlimen: Ketegasan Cikgu Mary Yap Dibawa ke Parlimen.
Bernama.Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://mynewshub.my/2013/07/03/ketegasan-
cikgu-maryyap-dibawa-ke-parlimen/

Cheong Yuen Keong. (2010). Impak pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
keatas pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal Terjemahan alam &
TamadunMelayu. 1:2. 21 – 38. Dicapai pada 4 Julai 2013 melalui
http://journalarticle.ukm.my/1989/1/AlamTamadun2010002NEW.pdf

Harakahdaily. (1 Februari 2009). A. Samad Said angkat sepanduk ‘Jangan bunuh bahasa
ibunda’.Harakahdaily. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui
http://gerakanmansuhkanppsmi.blogspot.com/2009/02/samad-said-angkat-sepandukjangan-
bunuh.html

Izham Ismail. (15 Januari 2013). Dengarlah (listen). Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/dengarlah-listen-izham-ismail/

Jimadie Shah Othman. (26 Februari 2009). PIBG seluruh negara bantah PPSMI.
Malaysiakini.Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://www.malaysiakini.com/news/99123

Jimadie Shah Othman. (31 Januari 2009). Aktivis Tamil, Cina sertai bantah PPSMI.
Malaysiakini.Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui http://www.malaysiakini.com/news/97351

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Memartabatkan Bahasa Malaysia &


MemperkukuhBahasa Inggeris. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui
http://www.moe.gov.my/mbmmbi/

Laws of Malaysia. (2006). Defamation Act 1957 (Incorporating all amendments up to 1


January2006). Dicapai pada 9 Julai 2013 di
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%206/Act%20286.pdf

Lee Kuok Tiung, Mohd Safar Hasim & Baszley Bee Basrah Bee. (2011). Perkembangan
persuratkhabaran Bahasa Mandarin di Malaysia dan peranannya dalam masyarakat Cina.
Jurnal Pengajian Media Malaysia. 13 (2). 111 – 133. Dicapai pada 18 Mei 2013 melalui
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/13878/111to133.pdf

Malaysiakini. (13 Ogos 2011). Kebebasan Bersuara: Malaysia Patuhi Piawaian


Antarabangsa.Malaysiakini. Dicapai pada 18 Mei 2013 di
http://www.malaysiakini.com/news/172884

Mohd Azizuddin Mohd Sani. (2002). Hak Kebebasan Mengeluarkan Pendapat dari
PerspektifUndang-undang Malaysia. Jurnal Pembangunan Sosial. 4 & 5. 183-211. Dicapai
pada 18 Mei 2013 melalui http://repo.uum.edu.my/399/1/Mohd_Azizuddin_Mohd_Sani.pdf

Mohd Faizal Jaafar. (16 Januari 2013). Isu saudari Bawani: suara melahirkan kekesalan.
Dicapai
pada 13 Julai 2013 melalui http://suaraonline.wordpress.com/2013/01/16/isu-saudaribawani-
suara-melahirkan-kekesalan/

15
MPPUNITEN. (17 Januari 2013). Official Statement from SRC UNITEN. Dicapai pada 13 Julai
2013 melalui http://www.mppuniten.com

Muhamad Fairoz Azizan & Adli Shahar. (30 Ogos 2010). Polis siasat klip video Namewee.
Berita Harian. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolissiasatklipvideoNamewee/Article/

Namewee. (Ogos 2007). Kenyataan meminta maaf oleh Wong Meng Chee atau Namewee.
Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui
http://namewee.blogspot.com/2007/08/apologizeannouncement.
html

Namewee. (Ogos 2007). Kepada semua pihak media – menujukan kesilapan tentang laporan
berita pihak media metro. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui
http://namewee.blogspot.com/2007/08/hello-semua-orang-melayu-sila-tengok.html

Ng Ling Fong. (11 Ogos 2007). Negaraku: Namewee tuduh laporan akhbar Melayu punca
kontrovesi. Malaysiakini. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui
http://www.malaysiakini.com/news/71070

Penerangan. (t.t). Pemansuhan ISA. Dicapai pada 18 Mei 2013 di


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/11030-
pemansuhan-isa.html

Salmiyah Harun. (18 Januari 2013). Listen: Bawani tidak tuntut Sharifah mohon maaf. Dicapai
pada 13 Julai 2013 melalui http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16075-
listenbawani-tidak-tuntut-sharifah-mohon-maaf

Shazwan Mustafa Kamal. (9 Disember 2010). Namewee ‘derita’ masalah dana terbit filem Nasi
Lemak 2.0. The Malaysian Insider. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/namewee-derita-masalah-dana-
terbitfilem-nasi-lemak-2.0/

Suaram. (13 Jun 2013). GMI konsisten bela mangsa ISA: anjur lawatan untuk bawa isteri
tahanan
ISA ke Kem Tahanan Kamunting. Dicapai pada 13 Julai 2013 melalui
http://www.suaram.net/?p=5640

Syahruddin Hj Awg. Ahmad, Nik Norma Nik Hassan & Adnan Hussein. (2012). Laman Blog:
Platform Mencanai Pendapat, Memprojeksi Nilai dan Juri Awam Terhadap Kerajaan. Jurnal
Pengajian Media Malaysia. 14 (1), 35-46. Dicapai pada 18 Mei 2013 melalui
http://jpmm.um.edu.my/filebank/published_article/4076/03_JPMM%202012_1-
SYAHRUDDIN%20HJ.%20AWG.%20AHMAD,%20NIK%20NORMA%20NIK%20HASS
AN%20&.pdf

Tan Ming Wai. (8 Mac 2009). Bantah PPSMI: Lapan Ditahan. Utusan Online. Dicapai pada
13Julai 2013 melalui
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=
Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

16
Undang-undang Malaysia. (2006). Akta Hasutan 1948 (Mengandungi segala pindaan hingga
1Januari 2006). Dicapai pada 9 Julai 2013 di
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%201/Akta%2015.pdf

Undang-undang Malaysia. (2006). Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Mengandungi


segala pindaan hingga 1 Januari 2006). Dicapai pada 9 Julai 2013 di
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%202/Akta%2082.pdf

Undang-undang Malaysia. (2006). Akta Rahsia Rasmi 1972 (Mengandungi segala pindaan
hingga 1 Januari 2006). Dicapai pada 9 Julai 2013 di
http://ict.um.edu.my/images/ict/doc/pdf%20ict/AktaRahsiaRasmi1972pdf.pdf

Undang-undang Malaysia. (2008). Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Mengandungi
segala pindaan hingga 1 Januari 2006). Dicapai pada 9 Julai 2013 di
http://www.moe.gov.my/bbt/download/Akta%20Mesin%20Cetak%20Dan%20Penerbitan%2
01984.pdf

Undang-undang Malaysia. (2012). Akta Universiti dan Kolej Unviersiti 1971 (Versi atas talian
teks cetakan semula yang kemas kini. Sebagaimana pada 1 Ogos 2012). Dicapai pada 9 Julai
2013 di http://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/2013/mac/bul_05032013-25_1.pdf

Uthaya Sankar SB. (16 Januari 2013). Listen, listen, listen Zohra. Dicapai pada 18 Mei 2013
melalui http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/01/16/listen-listen-
listenzohra/

Wira Rakyat. (t.t). budaya samseng penyokong BN. Keadilan Daily. Dicapai pada 12 Julai
2013 melalui http://www.keadilandaily.com/budaya-samseng-penyokong-bn-oleh-wira-
rakyat/

Dunia Mengutuk Malaysia Kerana Mengugut Pelajar-Pelajarnya! Sarawak Report . Dicapai 2


Mei 2012 melalui http://www.sarawakreport.org/ms/2012/05/dunia-mengutuk-malaysia-
kerana-mengugut-pelajar-pelajarnya/

17
9.0 LAMPIRAN

18

Anda mungkin juga menyukai