Anda di halaman 1dari 25

Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3

2015 (STPM) ( KFC Malaysia )


ISI KANDUNGAN

Tajuk
Penghargaan
Abstrak
Isi Kandungan
Pengenalan
Objektif Kajian
Latar Belakang Kajian
Kaedah Kajian
Dapatan Kajian
Rumusan
Rujukan
Lampiran

PENGHARGAAN

Pengkaji ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana atas limpah kurnia-Nya,
pengkaji dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Tidak dapat dinafikan bahawa
pelbagai rintangan terpaksa dialami oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini, namun atas
pertolongan dan rahmat-Nya kajian ini telah disiapkan dengan sempurna dan sedia dihantar pada
tarikh yang telah ditetapkan.

Pada kesempatan ini juga, pengkaji ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada Encik
Haji Abd Bari Bin Ahmad selaku Pengetua SMK Datuk Bendahara atas sokongan moral yang
diberikan sepanjang pengkaji menjalankan kajian ini. Begitu juga dengan guru matapelajaran
Pengajian Perniagaan iaitu Puan Rohana Binti Mohd Tahir yang banyak memberikan tunjuk ajar
dan bimbingan dalam menjalankan kajian ini. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa baik
mereka.

Tidak lupa juga, pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
pengkaji yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan kepada pengkaji bagi
menyelesaikan kajian ini. Tanpa mereka, kajian ini tidak dapat disempurnakan dengan baik.
Buat rakan-rakan seperjuangan, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi
berkongsi maklumat serta pertolongan yang diberikan semasa pengkaji menjalankan kajian
ini. Semoga usaha keras kita akan membuahkan hasil dan sentiasa dirahmati Tuhan.

Akhir sekali, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para
guru dan semua pihak yang terbabit sepanjang proses penyiapan projek ini sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung. Semoga kalian dirahmati dan beroleh kehidupan yang
sejahtera.

Analisis Campuran Pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat Kentucky Fried Chicken
Malaysia.

ABSTRAK

Kajian ini adalah berkaitan sebuah syarikat multinasional ( MNC ) iaitu perniagaan
Kentucky Fried Chicken ( KFC ) yang berpusat di Louisville, Kentucky, Amerika
Syarikat. Namun, bagi memudahkan pencarian maklumat, pengkaji memilih syarikat KFC
Malaysia yang merupakan salah satu cawangan bagi perusahaan KFC antarabangsa. Pengkaji
menjalankan kajian ini berdasarkan objektif kajian iaitu, mengenalpasti campuran pemasaran
produk Syarikat KFC Malaysia berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut
produk. Juga, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah campuran promosi yang
digunakan dan strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu Syarikat KFC Malaysia.
Dalam kajian ini, pengkaji hanya mengunakan data sekunder untuk mendapatkan maklumat iaitu
daripada internet, surat khabar, majalah dan jurnal. Pengkaji menjalankan kajian ini setelah
melalui penelitian laman sesawang dan jurnal serta akhbar yang boleh didapati dalam ruangan
laman sesawang yang berkaitan. Dengan adanya kaedah campuran pemasaran, syarikat KFC
Malaysia dapat meningkatkan keuntungan mereka dan dapat mengekalkan syarikat mereka
sebagai pengeluar makanan segera terunggul di negara Malaysia. Dengan adanya produk-produk
baharu yang sentiasa memenuhi pasaran, syarikat KFC Malaysia yakin bahawa perkhidmatan
penyediaan makanan segera ini akan mendapat sambutan ramai senantiasa. Mereka percaya
bahawa dengan adanya campuran pemasaran, syarikat KFC Malaysia yang ditubuhkan mereka
akan sentiasa berkembang maju.
1.0 PENGENALAN

Menurut Kurtz (2008, P7) pemasaran adalah fungsi organisasi dan sebuah proses untuk
menciptakan, mengkomunikasikan, dan mengirimkan nilai untuk pelanggan dan mengatur
hubungan dengan pelanggan sebagai cara untuk menguntungkan perusahaan dan juga pihak
berkepentingan.

Menurut teori Kotler dan Armstrong (2008, P5) pemasaran adalah sebuah proses
perusahaan menciptakan nilai untuk pengguna dan membangun hubungan kuat dengan pengguna
dengan tujuan untuk menciptakan keuntungun dari pengguna. Pemasaran adalah suatu proses
analisis, perencanaan, implementasi, koordinasi dan pengendalian program yang meliputi
kebijakan produk, harga, promosi dan distribusi dari produk, perkhidmatan dan idea yang
ditawarkan untuk menciptakan dan meningkatkan pertukaran manfaat dengan pasar sasaran
dalam upaya pencapaian tujuan organisasi.

Campuran pemasaran adalah satu konsep yang diguna oleh pemilik perniagaan, eksekutif
pemasaran, pengurus operasi dan juga usahawan dalam mengaplikasikan strategi campuran
pemasaran tradisional empat P’s (4P’s) iaitu produk, harga, promosi dan saluran pengagihan.
Strategi campuran pemasaran ini berkeupayaan berbentuk membantu sesebuah perniagaan dalam
menentukan kesesuaian sesuatu produk atau perkhidmatan disasarkan kepada sasaran pasaran
yang tepat. Perlaksanaan strategi pemasaran yang berkesan dan berjaya bergantung kepada
operasi syarikat mengaplikasikan pengetahuan tentang pemasaran dan strategi campuran
pemasaran dalam bidang keusahawanan menjadi satu program tindakan yang padu dan dapat
menyokong strategi yang bakal dilaksanakan.

Aspek pengetahuan tentang strategi campuran pemasaran penting bagi membolehkan


syarikat menyusun strategiknya untuk mencapai kejayaan dalam pemasaran produk dan
perkhidmatan yang diusahakan selain daripada pengetahuan asas perniagaan semata-
mata. Pengetahuan strategi campuran pemasaran memainkan peranan yang penting dalam
menentukan kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan. Justeru itu, yang menjadi teras
kepada strategi pemasaran adalah pemilihan strategi campuran pemasaran yang bersesuaian dan
menepati sasaran pasaran melalui pelaksanaan yang cekap. Keupayaan untuk memahami strategi
campuran pemasaran iaitu, produk, harga, promosi dan saluran pengagihan adalah asas kejayaan
kepada usahawan untuk berjaya di dalam perniagaan.

Elemen-elemen campuran pemasaran terbahagi kepada empat, iaitu :


1.1. Produk (Product)
Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010:274), mengatakan bahawa produk adalah setiap apa
saja yang boleh ditawarkan di pasar untuk mendapatkan perhatian, permintaan, pemakaian atau
penggunaan yang dapat memenuhi keinginan atau keperluan pengguna. Produk tidak hanya
selalu berupa barang tetapi boleh juga berupa perkhidmatan ataupun gabungan dari kedua-
duanya. Produk merujuk pada proses pembuatan keputusan mengenai penyelidikan dan
pembangunan produk baharu, perancangan pengurusan produk, pembungkusan, dan jaminan
produk.

1.2. Harga (Price)


Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010:281) harga adalah merupakan jumlah ruang
(ditambah beberapa produk kalau mungkin) yang diperlukan untuk mendapatkan sejumlah
kombinasi dari barang berserta pelayanannya. Setelah produk yang diproduksi siap untuk
dipasarkan, maka perusahaan akan menentukan harga dari produk tersebut. Pemboleh ini
berkaitan dengan penetapan harga atau penawaran harga yang selaras dengan matlamat sesebuah
organisasi. Strategi penentuan harga adalah seperti memberikan diskaun dan memberikan
ganjaran atau hadiah berdasarkan harga yang ditawarkan.
1.3. Promosi (Promotion)
Menurut Tjiptono (2008:219), pada hakikatnya promosi adalah suatu bentuk komunikasi
pemasaran. Komunikasi pemasaran adalah aktiviti pemasaran yang berusaha menyebarkan
informasi, mempengaruhi, memujuk, atau mengingatkan pengguna atas perusahaan dan
produknya agar bersedia menerima, membeli produk yang ditawarkan. Promosi merujuk pada
aktiviti penyebaran maklumat berkenaan produk kepada pengguna bagi tujuan membuat
keputusan pembelian. Aktiviti promosi yang boleh dijalankan adalah seperti pengiklanan,
publisiti, jualan langsung, dan demonstrasi produk.

1.4. Pengedaran Atau Pengagihan (Place)


Definisi dari Sumarni dan Soeprihanto (2010:288) tentang saluran distribusi adalah, saluran
yang digunakan oleh penjual untuk menyalurkan produk tersebut dari penjual sampai ke
pengguna. Pengedaran atau pengagihan merujuk pada aktiviti menentukan lokasi agihan dan
waktu pengagihan. Pembuatan keputusan pengedaran melibatkan pemilihan, penilaian dan
penyelerasan saluran pengagihan termasuk cara penghantaran, kaedah pengangkutan, cara
penyimpanan stok, dan pengawalan inventori.
Pengkaji telah ditugaskan membuat kajian ke atas pendekatan strategik sebuah syarikat
mulitnasional (MNC) berdasarkan aspek aktiviti perniagaaan yang dijalankan, aspek konsep-
konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat dan mencadangkan strategi
yang sesuai berdasarkan hasil analisis. Oleh itu, pengkaji telah memilih syarikat Kentucky Fried
Chicken (KFC) sebagai skop kajian. Organisasi ini terlibat dalam aktiviti pemasaran makanan
segera di seluruh dunia. Pengkaji akan mengkaji beberapa aspek dalam aktiviti perniagaan yang
dijalankan oleh perusahaan KFC Malaysia yang dijalankan oleh perusahaan itu yang meliputi
aspek analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT).

Tujuan utama pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada
Syarikat KFC Malaysia menjalankan campuran pemasaran dalam perniagaan mereka. Syarikat
KFC diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders. KFC yang pertama didirikan oleh Kolonel
Harland Sanders, yang mulai menjual ayam gorengnya dari pinggir jalan restoran di Corbin,
Kentucky pada tahun 1930.

Kini, Syarikat KFC telah membuka banyak cawangan di seluruh dunia seperti di negara
India, Malaysia, Singapura dan sebagainya. Sehingga kini, terdapat 500 daripada 672 restoran
KFC di seluruh negara, manakala selebihnya di Brunei, Singapura, India dan Kemboja. Syarikat
KFC mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk tempatan. Makanan segera KFC
menjadi pilihan dan makanan kegemaran penduduk di Malaysia tanpa mengira umur, jantina
dan kerjaya.

Selain itu, pengkaji perlu mendapatkan kaedah campuran pemasaran yang digunakan
oleh syarikat perusahaan KFC Malaysia. Antara keadah campuran pemasaran yang terdapat
ialah produk, penetapan harga, promosi, dan pengedaran atau pengagihan. Kaedah campuran
pemasaran ini amat penting dalam membantu organisasi meningkatkan dan meluaskan pasaran di
pasaran negara ini.

Tambahan pula, pengkaji akan mencadangkan strategi pemasaran yang boleh digunakan
oleh syarikat KFC Malaysia untuk meningkatkan keuntungan dan terus menguasai
pasaran. Berdasarkan hasil analisis yang dibuat, antara strategi pemasaran yang boleh
dilaksanakan adalah seperti strategi 4P iaitu produk, harga, tempat dan promosi. Pengkaji akan
mencadangkan beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh syarikat perusahaan KFC
Malaysia untuk meningkatkan lagi kualiti keluaran mereka.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif utama berkaitan campuran pemasaran yang
dijalankan oleh Syarikat KFC Malaysia :

2.1. Mengenalpasti campuran pemasaran produk Syarikat KFC Malaysia


berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut produk.

2.2. Mengenalpasti kaedah campuran promosi yang digunakan oleh Syarikat


KFC Malaysia.

2.3. Mengenalpasti strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu
Syarikat KFC Malaysia.

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Logo Syarikat KFC Antarabangsa

Pengetahuan strategi campuran pemasaran memainkan peranan yang penting dalam


menentukan kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan. Justeru itu, yang menjadi teras
kepada strategi pemasaran adalah pemilihan strategi campuran pemasaran yang bersesuaian dan
menepati sasaran pasaran melalui pelaksanaan yang cekap. Keupayaan untuk memahami strategi
campuran pemasaran iaitu, produk, harga, promosi dan saluran pengagihan adalah asas kejayaan
kepada usahawan untuk berjaya di dalam perniagaan.

Tujuan pengkaji membuat kajian ini ialah bagi mengenalpasti proses campuran
pemasaran produk berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut produk yang
diamalkan oleh Syarikat KFC Malaysia. Seterusnya, mengenalpasti kaedah campuran promosi
yang digunakan dan juga mengenalpasti strategi penetapan harga umum dan harga produk
baharu bagi produk KFC Malaysia.

Kentucky Fried Chicken (KFC ) merupakan salah satu rangkaian makanan segera yang
paling terkenal di dunia ini. Syarikat perusahaan KFC bermula pada tahun 1930- an yang
diperkenalkan dan diasaskan oleh Colonel Sanders di Amerika Syarikat selatan sebagai operasi
francais kecil. Colonel Sanders telah menjadi personaliti terkenal melalui penubuhan dan
pembukaan beribu-ribu restoran-restoran KFC di seluruh dunia. Kualiti, perkhidmatan dan
kebersihan ( QSC ) mewakili faktor-faktor kejayaan yang paling penting bagi kejayaan global
syarikat KFC. Pengkaji memilih KFC Malaysia sebagai objek kajian untuk menjalankan kajian
ini.

KFC Malaysia diuruskan oleh QSR Brands Berhad, iaitu sebuah syarikat milik
Jcorps. Sebut sahaja Johor Corporation (JCorp), bukan sedikit yang tidak mengenali entiti itu,
lebih-lebih lagi penerajunya Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang dikatakan mirip Colonel
Sanders, pengasas restoran KFC. KFC merupakan antara perniagaan kendalian JCorp yang
berjaya. Malah, kejayaannya kini melangkau ke luar negara. Restoran KFC Malaysia yang
pertama dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada tahun 1973 dan sehingga
tahun 2013 terdapat 579 cawangan KFC di seluruh Malaysia. Restoran KFC menyediakan
pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, nugget, burger dan mencatat prestasi yang
membanggakan dalam industri restoran makanan segera di Malaysia. Cawangan KFC meliputi
tiga jenis iaitu restoran pandu lalu, restoran di pusat membeli belah dan restoran sahaja.

Walaupun produk KFC ditujukan kepada masyarakat umum, ia berjaya membahagikan


pasaran mengikut segmen tertentu. Produk KFC ditujukan kepada kanak-kanak, remaja
dan keluarga. Contohnya, menu “chicky meal” disediakan istimewa untuk kanak-kanak. Iklan
KFC di media massa sering memaparkan restoran KFC sebagai restoran makanan segera untuk
keluarga, dengan konsep ceria dan menyeronokkan. Semua restoran KFC terletak di pinggir
bandar dan juga pusat bandar. Sebahagian besar pelanggan KFC terdiri daripada kelas
menengah dan atasan yang mementingkan kebersihan, keselesaan dan kualiti produk.
Sebagai peneraju industri makanan segera di Malaysia, restoren KFC Malaysia
sememangnya menghadapi persaingan sengit daripada firma lain seperti Marry Brown, Kenny
Rogers dan sebagainya. Memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam, setiap
aspek proses pembuatan makanan restoren KFC mengikut kawalan ketat dan menerima sijil halal
yang hanya diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dengan tegas mematuhi
MS1500: 2009.

3.1 LOKASI KAJIAN

Gambar di atas menunjukkan salah sebuah cawangan restoran KFC di Selangor,


Malaysia.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan hasil
kajian. Pengkaji dibenarkan menggunakan data primer mahupun data sekunder.
Menurut Webster New World Dictionary, pengertian data adalah ‘things known’ atau
‘assumed’, yang bererti bahawa data itu sesuatu yang diketahui atau dianggap. Diketahui ertinya
yang sudah terjadi merupakan fakta (bukti). Data dapat memberikan gambaran tentang suatu
keadaan atau persoalan. Data juga didefinisikan sebagai sekumpulan informasi atau nilai yang
diperoleh dari pemerhatian sesuatu objek. Data yang baik adalah data yang boleh dipercayai
kebenarannya(reliable), dan tepat waktu. Data terbahagi kepada dua jenis iaitu, data primer dan
data sekunder.

Data primer adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh peneliti secara langsung
dari sumber datanya. Data primer disebut juga sebagai data asli atau data baru yang memiliki
sifat ‘up to date’. Untuk mendapatkan data primer, peneliti harus mengumpulkannya secara
langsung. Manfaat utama dari data primer adalah bahwa unsur-unsur kebohongan tertutup
terhadap sumber fenomena. Oleh kerana itu, data primer lebih mencerminkan kebenaran yang
dilihat. Teknik yang dapat digunakan peneliti untuk mengumpulkan data primer antara lain
observasi, wawancara, diskusi terfokus ( Focus Group Discussion – FGD ) dan penyebaran
boring soal selidik.

Data sekunder merupakan data yang boleh diperoleh atau dikumpulkan maklumat dari
semua sumber yang sudah ada melalui media perantaraan yang diperoleh dan dicatat oleh pihak
lain. Manfaat yang diperoleh dari data sekunder adalah bahawa seorang peneliti mampu
memperoleh informasi lain selain informasi utama. Data sekunder biasanya diperolehi dari
berbagai sumber misalnya jurnal buku, laporan dan sebagainya.

Pengkaji menggunakan kaedah data sekunder bagi memperoleh maklumat sepanjang


menjalankan kajian ini.

4.1 Data sekunder


Data sekunder merupakan data yang diperoleh daripada internet, buku, keratan akhbar, jurnal
dan majalah. Pengkaji telah membuat rujukan seperti mengenalpasti campuran pemasaran
syarikat KFC Malaysia berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut
produk. Pengkaji juga mengenalpasti kaedah campuran promosi yang digunakan oleh syarikat
KFC Malaysia dan mengenalpasti strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu
berdasarkan hasil analisis mengikut kehendak Majlis Peperiksaan Malaysia yang memerlukan
calon menjelaskan maksud bagi perkara-perkara tersebut. Selain itu, pengkaji membuat rujukan
laman sesawang seperti Wikipedia bagi mengetahui latar belakang syarikat KFC Malaysia dan
laman berkaitan dengan syarikat KFC Malaysia bagi memperoleh data bagi menjalankan kajian
ini.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini membincangkan campuran pemasaran yang diamalkan oleh syarikat KFC
Malaysia. Aktiviti pemasaran dibentuk daripada campuran pemasaran, iaitu kombinasi
pemboleh ubah yang menentukan strategi pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah
organisasi pemasaran. Melalui pasaran sedia ada, pemasar akan menggunakan campuran
pemasaran untuk mengenal pasti sasaran yang boleh membantu organisasi mengekalkan
kedudukannnya dalam pasaran dan seterusnya menguasai keseluruhan pasaran. Campuran
pemasaran terdiri daripada tiga pemboleh ubah, iaitu produk, promosi dan harga.

5.1 Campuran pemasaran produk Syarikat KFC Malaysia berdasarkan kedalaman,


kelebaran, klasifikasi dan atribut produk.

Produk

Pengertian produk menurut Kotler dan Armstrong, (2001 : 346) adalah segala sesuatu
yang dapat ditawarkan ke pasar untuk mendapatkan perhatian, dibeli, atau digunakan, yang dapat
memuaskan keinginan. Produk merupakan titik pusat dari kegiatan pemasaran kerana produk
merupakan hasil dari suatu perusahaan yang dapat ditawarkan ke pasar untuk dijual dan
merupakan alat dari suatu perusahaan untuk mencapai tujuan dari perusahaannya.

5.1.1. Kedalaman Campuran Produk

Kedalaman campuran produk merujuk pada bilangan item produk yang dihasilkan dan
bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap produk tersebut. Syarikat KFC Malaysia menjual
burger yang berlainan perisa, saiz dan ramuan yang berbeza seperti Burger KFC Zinger Double
Down, Hamburger, Colonel Burger, Zinger Burger, Lil' Zinger Combo, Cheezy Nugget Burger
Combo, Colonel Burger Combo, Zinger Burger Combo, Spicy Korean Burger, Burger Zinger
Remixed, dan Burger Double Down Maxx.
5.1.2. Kelebaran Campuran Produk
Kelebaran campuran produk syarikat KFC Malaysia merujuk kepada bilangan lini produk
yang dipasarkan kepada pengguna. Campuran produk yang besar dapat menarik perhatian
pengguna dalam pelbagai segmen pasaran. Campuran produk syarikat KFC Malaysia terdiri
daripada pelbagai jenis makanan seperti burger, sandwich, sarapan pagi, makanan tengah hari,
makanan malam, salad, kentang goreng, nuget, bubur, aiskrim, pencuci mulut dan minuman.

5.1.3. Klasifikasi Produk

Secara umumnya, terdapat dua jenis produk dalam pasaran, iaitu produk pengguna dan
produk industri. Produk yang dikeluarkan oleh Syarikat KFC Malaysia merupakan produk
pengguna. Produk pengguna boleh diklasifisikan kepada barangan mudah beli, barangan beli-
belah, barangan istimewa, dan barangan tidak dicari. Kesemua kategori barangan ini
mempunyai aras permintaan yang berbeza dan melibatkan penggunaan strategi pemasaran yang
berbeza.

Produk yang dikeluarkan oleh Syarikat KFC Malaysia tergolong dalam golongan barangan
mudah beli. Barangan mudah beli ialah barangan yang boleh diperoleh dalam jangka masa
singkat dan kerap dibeli oleh pengguna. Harga barangan mudah beli adalah murah dan pengguna
tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mendapatkannya. Barangan mudah beli boleh
dibahagikan kepada beberapa kategori tertentu.

Produk makanan segera yang dihasilkan oleh Syarikat KFC Malaysia tergolong dalam
kategori barangan gerak hati. Barangan gerak hati ialah barangan yang dibeli tanpa memerlukan
perancangan rapi, tetapi disebabkan pengguna tertarik dengan faktor tertentu seperti tawaran
hebat, hadiah percuma, atau peragaan yang menarik. Makanan segera keluaran syarikat KFC
Malaysia menjadi pilihan semua warga tanpa mengira umur. Pengguna boleh mendapatkan
produk KFC pada bila-bila masa dan di mana- mana sahaja.

5.1.4 Atribut Produk

Pengertian atribut produk menurut Fandy Tjiptono (2007:103) iaitu “Atribut Produk adalah
unsur-unsur produk yang dipandang penting oleh pengguna dan dijadikan dasar pengambilan
keputusan pembelian.” Dari pengertian diatas dapat disimpulkan bahawa atribut produk penting
dan dapat dijadikan pengambilan keputusan dalam suatu pembelian yang dilakukan oleh
pengguna. Keputusan dibuat terhadap produk tersebut dari segi mutu, ciri, dan reka bentuk
produk.

a) Mutu Produk

Syarikat KFC Malaysia menekankan aspek kualiti produk berbanding pengeluar makanan
segera yang lain. Syarikat KFC Malaysia mengeluarkan makanan segera yang bermutu tinggi
kerana syarikat ini menggunakan ayam yang bermutu tinggi. Bahan-bahan seperti lada
hitam, mustard, sos tiram yang berkualiti digunakan dalam proses pembuatan
burger. Penggunaan barang yang berkualiti membolehkan Syarikat KFC Malaysia mengaut
keuntungan dan seterusnya meningkatkan jualan syarikat mereka.

b) Ciri Produk

Ciri produk yang unik mampu menonjolkan keistimewaan produk pengeluar daripada
produk pesaing. Syarikat KFC Malaysia mengeluarkan makanan segera yang terdiri daripada
pelbagai jenis rasa, perisa dan bentuk. Antara bentuk makanan segera KFC ialah jenis nasi,
makanan ringan, burger dan minuman bergas. Kepelbagaian perisa dan bentuk ini membolehkan
pengguna mempunyai pelbagai pilihan yang menetapi citarasa mereka.

c) Reka Bentuk Produk

Reka bentuk produk mengambarkan gaya produk sesuatu syarikat. Syarikat KFC
Malaysia mengeluarkan makanan segera yang terdiri daripada pelbagai saiz iaitu dari saiz mini,
kecil, sederhana dan besar. Ini membolehkan pengguna senang memperoleh makanan segera
KFC di pasaran. Jika dibandingkan dengan pesaing Syarikat KFC Malaysia iaitu Mc Donalds,
makanan segera keluaran syarikat KFC Malaysia menjadi pilihan kerana produk KFC Malaysia
boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan senang dibawa balik ke rumah. Kepelbagaian saiz ini
membolehkan semua rakyat Malaysia menikmati produk Kentucky Fried Chicken tanpa mengira
taraf hidup. Hal ini demikian kerana harga produk adalah berdasarkan perisa dan kualiti
kesemua makanan segera KFC adalah sama.

5.2 Kaedah campuran promosi yang digunakan oleh Syarikat KFC Malaysia.

Promosi
Promosi adalah suatu bentuk komunikasi pemasaran. Komunikasi pemasaran adalah
aktiviti pemasaran yang berusaha menyebarkan informasi, mempengaruhi, memujuk, atau
mengingatkan pengguna atas perusahaan dan produknya agar bersedia menerima, membeli
produk yang ditawarkan. Promosi merujuk pada aktiviti penyebaran maklumat berkenaan produk
kepada pengguna bagi tujuan membuat keputusan pembelian. Aktiviti promosi yang boleh
dijalankan adalah seperti pengiklanan, publisiti, jualan langsung, dan demonstrasi produk. Untuk
mempromosikan produk syarikat, perusahaan KFC Malaysia telah mengatur strategi untuk
membuat iklan melalui media elektronik iaitu di televisyen, radio, laman sesawang, melalui
poster dan lain-lain.

5.2.1 Pengiklanan

Definisi pengiklanan :

Pengiklanan merupakan sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat


tidak peribadi yang ditujukan kepada kumpulan sasaran dengan tujuan untuk mempromosi,
memperkenal dan meningkatkan atau melariskan jualan produk syarikat KFC Malaysia,
perkhidmatan atau idea oleh penaja yang dikenalpasti. Dalam pengiklanan produk syarikat KFC
Malaysia di media elektronik iaitu di televisyen, pihak penaja yang terlibat dalam pengiklanan
produk ialah Kentucky Fried Chicken ( KFC ), Syarikat KFC HOLDINGS (MALAYSIA) BHD
yang melibatkan pembayaran oleh pihak penaja. Sebelum pengiklanan dibuat, syarikat KFC
Malaysia terlebih dahulu telah menetapkan objektif pengiklanan mereka yang terdiri daripada
pengiklanan memberitahu pelanggan untuk memaklumkan pasaran tentang keluaran produk baru
syarikat mereka.

Yang kedua, pengiklanan memujuk iaitu menggalakkan pengguna menukar pembelian


produk daripada syarikat lain kepada membeli produk hasil syarikat KFC Malaysia. Yang ketiga,
pengiklanan mengingatkan pelanggan bahawa keluaran produk baru syarikat KFC Malaysia ini
mungkin diperlukan pada masa akan datang dan seterusnya memenuhi citarasa mereka. Secara
amnya, penentuan objektif pengiklanan perlu ditentukan berasaskan situasi pasaran semasa
misalnya, semasa produk syarikat KFC Malaysia berada di dalam peringkat pengenalan, program
pengiklanan mungkin lebih memberikan penumpuan kepada pengguna berkenaan kewujudan
produk syarikat tersebut. Pengiklanan juga dikategorikan sebagai komunikasi bersifat tidak
peribadi yang ditujukan kepada sasaran pasaran yang ramai. Ini menunjukkan bahawa aktiviti
pengiklanan KFC Malaysia tidak melibatkan komunikasi atau usaha promosi daripada pihak
pengeluar atau pemasar secara bersemuka atau secara langsung dengan pengguna sasaran.
5.2.2 Promosi Jualan

Definisi promosi :

Promosi jualan membawa maksud segala rangsangan secara langsung yang menawarkan
insentif ataupun nilai yang lebih ke atas keluaran melalui desakan jualan, agihan keluaran kepada
pengguna akhir dengan objektif untuk mewujudkan jualan segera.

Tujuan promosi jualan :

1) Tujuan promosi jualan yang dijalankan oleh syarikat KFC Malaysia adalah untuk menarik
pencuba baru terutamanya dari kalangan pembeli yang dikenali sebagai mereka yang suka
menukar jenama pilihan.

2) Sebab kedua adalah sebagai ganjaran kepada pelanggan yang setia menyokong produk syarikat
KFC Malaysia.

3) Sebab ketiga adalah untuk meningkatkan kadar pembelian semula di kalangan pembeli produk
KFC sekali-sekala sebelum ini.

5.2.3 Publisiti

Definisi publisiti :

Publisiti merupakan cubaan sengaja bagi mengurus pandangan umum terhadap sesuatu
subjek. Subjek publisiti termasuk orang, keluaran atau barangan, perkhidmatan pelbagai jenis
organisasi dan hasil kerja seni atau hiburan. Dari segi pemasaran, publisiti merupakan satu
komponen promosi yang merupakan satu komponen pemasaran.

Tujuan publisiti :
1) Tujuan publisiti dilakukan oleh syarikat KFC Malaysia bagi mengukuhkan jenama syarikat
tersebut.

2) Syarikat KFC Malaysia ingin memperkenalkan produk-produk makanan segera yang baru
kepada pelanggan mereka.

Syarikat KFC Malaysia mengamalkan pelbagai kaedah campuran promosi bagi


melariskan produk-produknya di Malaysia. Antaranya termasuklah kaedah pengiklanan, promosi
jualan dan publisiti melalui media massa. Syarikat KFC Malaysia memperuntukkan hampir
RM100 juta untuk perbelanjaan promosi seperti pengiklanan dalam media cetak dan media
elektronik, promosi melalui laman web iaitu kfc.com.my, penajaan program televisyen untuk
kanak-kanak dan juga pemberian baucer kepada pelanggan. Kesemua kaedah campuran
pemasaran yang dijalankan oleh syarikat KFC Malaysia adalah bertujuan untuk meningkatkan
keuntungan syarikat tersebut disamping bagi memenangi hati masyarakat tempatan.

Seterusnya, syarikat KFC Malaysia menggunakan media massa untuk mempromosi


produk-produk terbaharu mereka bagi memudahkan kaedah promosi dijalankan kerana pada
zaman yang moden ini, media massalah yang menjadi penghubung masyarakat dengan syarikat-
syarikat besar seperti KFC. Media massa seperti talevisyen, radio, dan laman sesawang internet
amat berguna bagi syarikat ini dalam usaha mendapatkan ramai pelanggan setia.

Oleh kerana syarikat KFC Malaysia menggunakan kaedah campuran pemasaran seperti
pengiklanan, promosi jualan, dan publisiti, syarikat ini sentiasa dapat menyeimbangkan kadar
perbelanjaan dengan keuntungan syarikat mereka. Hal ini menyebabkan, syarikat tersebut untuk
terus mengekalkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat pengeluar makanan segera yang
terunggul di negara ini.

Kesimpulannya, kaedah campuran pemasaran promosi yang digunakan oleh syarikat


KFC Malaysia ternyata banyak membantu syarikat tersebut untuk maju ke hadapan di negara
ini. Kaedah yang diguna pakai oleh syarikat ini memberi kesan positif dari segi keuntungan dan
kemajuan syarikat mereka.

5.3 Strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu Syarikat KFC Malaysia.

Harga
Menurut Henry Simamora dalam buku “Akauntansi Basis Pengambilan Keputusan
Bisnes”, menjelaskan bahawa “Harga adalah sejumlah wang yang dibebankan atau dikeluarkan
atas sebuah produk atau perkhidmatan (2002 : 74). Harga merupakan wang yang dikenakan
untuk sesuatu keluaran atau perkhidmatan yang diberikan melalui proses pertukaran dan harga
juga merupakan campuran pemasaran yang mengeluarkan hasil dan elemen-elemen lain
hanyalah kos. Harga dapat ditentukan mengikut kesesuaian pasaran melalui proses penawaran.

Faktor-faktor yang mempengaruhi penentuan harga

5.3.1 Faktor-faktor Dalaman

a. Objektif Pemasaran

Memaksimumkan untung semasa

Perletakan harga bagi tujuan memaksimumkan keuntungan semasa syarikat KFC


Malaysia. Kebiasaannya harga tinggi diletakkan bertujuan untuk menanggung kos yang telah
dilaburkan ketika pemprosesan produk dilakukan untuk mengeluarkan produk yang berkualiti
seperti perkhidmatan syarikat iaitu makanan segera yang akan mendapat tempat di hati
pelanggan.

b. Strategi Campuran Pemasaran

Harga memainkan peranan penting dalam campuran pemasaran. Harga yang dikenakan
hendaklah disesuaikan mengikut keputusan merekabentuk produk, pengagihan dan promosi serta
penyiasatan dan pemprosesan yang telah syarikat KFC Malaysia jalankan untuk menghasilkan
pemasaran yang konsisten dan berkesan.

c. Kos

Pihak syarikat KFC Malaysia perlulah meletakkan harga yang berpatutan meliputi kos
pengeluaran, pengagihan, penjualan dan pada masa yang sama menghasilkan pulangan yang
setimpal dengan usaha yang telah dijalankan dan risiko yang tinggi harus ditanggung oleh pihak
mereka. Jika syarikat KFC Malaysia mempunyai kos rendah, pihak mereka dapat menetapkan
harga yang rendah dan menghasilkan jualan dan keuntungan yang tinggi.
Kos terbahagi kepada dua iaitu kos tetap dan kos berubah. Kos tetap adalah kos yang tidak
berubah walaupun berapa banyak jumlah pengeluaran atau jualan yang dibuat.

d. Pertimbangan Organisasi

Pihak pengurusan KFC Malaysia mestilah menentukan siapa di dalam organisasi dalam
syarikat yang bertanggungjawab menetapkan harga. Dalam syarikat KFC Malaysia, harga
ditetapkan oleh pengurusan bahagian atau pengurus lini produk.

5.3.2 Faktor-faktor Luaran

a. Pasaran dan Permintaan

 Penentuan harga dalam pasaran yang berbeza


Dalam situasi ini, perkhidmatan makanan segera adalah perkhidmatan yang mempunyai
persaingan monopilistik dimana ramai pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan syarikat KFC
yang berdagang di bawah harga yang berbeza.

 Tanggapan pengguna terhadap harga dan nilai


Penentuan harga dan nilai yang dikenakan oleh pihak syarikat KFC Malaysia ke atas produk
mereka memberi kesan kepada pelanggan yang membeli produk tersebut. Pelanggan masih
gemar membeli produk-produk syarikat KFC Malaysia kerana mereka tidah berasa beban akibat
harga yang dikenakan ke atas makanan segera yang dibeli oleh mereka.

b. Persaingan

Harga dan tawaran pesaing dapat mempengaruhi keputusan penentuan harga syarikat KFC
Malaysia. Apabila pelanggan ingin menggunakan perkhidmatan makanan segera, mereka akan
mempertimbangkan perkhidmatan syarikat KFC dengan perkhidmatan dan produk-produk
pesaing syarikat tersebut. Antara pesaing syarikat KFC Malaysia ialah McDonalds, Subway,
Pizza Hut, Domino’s Pizza, Burger King, dan Starbucks. Oleh itu, syarikat KFC Malaysia
perlulah mengetahui tentang harga dan kualiti yang ditawarkan oleh syarikat pesaing bagi
memastikan kedudukannya sebagai sebuah syarikat pengeluar makanan segera terunggul di
Malaysia dapat dikekalkan.

5.3.3 Faktor-faktor Lain


Untuk menetapkan harga, syarikat Kentucky Fried Chicken Malaysia perlulah mengetahui
faktor luaran lain seperti keadaan ekonomi, kesan harga kepada pemasaran dan juga kerajaan.
Keadaan ekonomi yang meleset akan mempengaruhi penentuan harga kerana kedua-dua kos
pengeluaran perkhidmatan dan harga serta nilai sesuatu produk.

Kaedah Penentuan Harga

 - Penentuan harga berasaskan pembeli

Penentuan harga ini menggunakan tanggapan pembeli tentang nilai keluaran, bukan kos penjual.
Maka, syarikat KFC Malaysia menggunakan elemen bukan harga untuk membina tanggapan
dalam fikiran pelanggan.
 - Penentuan harga berdasarkan persaingan

Syarikat KFC Malaysia menetapkan harga berdasarkan harga pesaing yang ditawarkan dan
kurang tertumpu kepada kos atau permintaan syarikat itu sendiri. Syarikat KFC Malaysia
meletakkan harga yang lebih tinggi, rendah atau harga yang sama dengan syarikat pesaing-
pesaingnya. Hal ini sedemikian kerana, pelanggan biasanya membuat penilaian produk
berasaskan harga yang pesaing kenakan untuk produk yang serupa.

Kaedah Penentuan Harga Produk Baru

Terdapat beberapa kaedah di dalam penentuan harga. Penentuan harga bagi produk baru
merupakan salah satu daripada strategi pemasaran. Harga permulaan ini mudah berubah-ubah
dan penetapannya merupakan keputusan yang paling asas dalam campuran pemasaran. Harga
permulaan boleh ditetapkan tinggi untuk mendapatkan semula kos pembangunan secepat
mungkin atau menetapkan harga yang rendah agar produk berjaya mendapat bahagian pasaran
yang besar. Syarikat KFC Malaysia juga menimbangkan sama ada produk tersebut merupakan
produk baru yang berinovasi atau produk imitasi.

Syarikat KFC Malaysia sentiasa mengambil kira harga bahan/ramuan yang digunakan
untuk menghasilkan makanan segera mereka bagi menetapkan harga yang berpatutan dan tidak
merugikan operasi syarikat mereka. Dengan berbuat sedemikian, KFC Malaysia dapat
menstabilkan keuntungan syarikat dan kemajuan syarikat mereka di negara ini.
6.0 RUMUSAN / PENUTUP

Kajian bertujuan untuk mengkaji campuran pemasaran, kaedah campuran promosi dan
strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu yang diamalkan oleh Syarikat KFC
Malaysia. Berdasarkan hasil kajian, elemen utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan
sesebuah organisasi adalah strategi yang mereka ikuti. Mana-mana industri adalah luas dan
persaingan juga sengit untuk terus hidup dalam perniagaan. Organisasi perlu merangka strategi
inovatif.

KFC Malaysia telah memulakan perjalanan dekad yang lalu dan mereka telah berjuang
untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai peneraju pasaran. Pelbagai telah berlaku pada
masa lalu untuk syarikat KFC Malaysia sama ada baik ataupun buruk, tetapi ia adalah strategi
yang membantu mereka terus hidup dan mengekalkan kedudukan mereka sebagai salah sebuah
syarikat pengeluar makanan segera terunggul di Malaysia. Strategi dan kaedah campuran
pemasaran syarikat ini adalah agak sama dengan strategi syarikat lain dan kedudukan syarikat
lain tidak jauh di belakang daripada KFC Malaysia, tetapi mana-mana kesilapan kecil yang
dilakukan oleh syarikat KFC Malaysia, mungkin membuatkan KFC Malaysia sebagai
penghalang kemajuan perniagaan kerana syarikat lain mampu menjadi pemimpin pasaran dan
syarikat makanan segera KFC Malaysia perlu berhati-hati ketika melaksanakan strategi
campuran pemasaran mereka.

Rahsia kejayaan terus KFC Malaysia dalam peningkatan struktur pengurusan dan
penerapan falsafahnya, iaitu untuk terus memperkenalkan produk baru atau untuk jualan
sebelumnya produk dipakej semula bagi mentaliti rakyat pelanggan awal untuk mendapatkan
keuntungan.

Antara cadangan penambahbaikan syarikat KFC Malaysia ialah mereka perlu terus
mengeluarkan produk-produk baharu bagi memenuhi cita rasa para pelanggan. Juga, syarikat
KFC Malaysia perlu memperbanyak bilangan cawangan di seluruh negara terutamanya di
kawasan-kawasan pedalaman bagi memudahkan masyarakat kawasan tersebut senang
memperolehi produk mereka.

Kesimpulannya, dengan wujudnya perkhidmatan makanan segera yang dihasilkan oleh


syarikat KFC Malaysia, pihak mereka yakin bahawa ia dapat meningkatkan tahap perkhidmatan
lain yang berada di pasaran. Syarikat KFC Malaysia yakin bahawa perkhidmatan ini akan
sentiasa mendapat sambutan ramai. Dengan adanya campuran pemasaran, syarikat tersebut
berharap bahawa perniagaan mereka akan berkembang maju.

7.0 RUJUKAN

7.1 Internet

Sejarah KFC (Kentucky Fried Chicken)


https://wildanrenaldi.wordpress.com/2012/10/08/sejarah-kfc-kentucky-fried-chicken/ ( 18 Jun
2015 )

Bilangan Restoran KFC Meningkat Tiga Kali Ganda

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121231/ko_05/Bilangan-restoran-KFC-
meningkat-tiga-kali-ganda ( 23 Jun 2015 )

Logo KFC
https://en.wikipedia.org/wiki/File:KFC_logo.svg (25 Jun 2015 )

Logopedia KFC
http://logos.wikia.com/wiki/KFC ( 26 Jun 2015 )

Strategi Pemasaran KFC


https://dwiyustiyanita.wordpress.com/2013/11/24/strategi-pemasaran-kfc/ ( 26 Jun 2015 )

Asas Pengurusan Pemasaran


http://www.slideshare.net/mhamdy70/asas-pengurusan-pemasaran ( 29 Jun 2015 )

Pentingnya Faktor Lokasi Dalam Memasarkan Produk


http://www.investasionline.net/net/kfc-kebaikan-dan-keburukan-dalam-campuran-
pemasaran.html ( 30 Jun 2015 )

Kisah Bermulanya KFC


http://boomingeagleworld.xtgem.com/KISAH%20SUKSES%20KFC%20Kolonel%20sander (1
Julai 2015 )
FaktaBisnes – Colonel Sanders Memulakan Bisnes KFC Dengan Duit Pencen Sebanyak
USD105
http://www.majalahniaga.com/tag/tentang-kfc ( 3 Julai 2015 )

Manajemen Strategik Dalam Perusahaan Makanan


http://msmanggarsari.blogspot.com/2014/04/manajemen-strategik-dalam-perusahaan.html ( 7
Julai 2015 )

Kisah Kejayaan Colonel KFC dan ayam gorengnya yang SEDAP dan POPULAR
http://wolkietolkie.com/kisah-kejayaan-colonel-kfc-dan-ayam-gorengnya-yang-sedap-dan-
popular/ ( 19 Julai 2015 )

Menyingkap Rahsia Kejayaan JCorp


http://bisniswirausaha.blogspot.com/2009/05/menyingkap-rahsia-kejayaan-jcorp.html (19 Julai
2015)

KFC Sumbang Peralatan Taman Permainan


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1113&pub=utusan_malaysia&sec=Gaya
_Hidup&pg=ls_05.htm ( 19 Julai 2015 )

Kentucky Fried Chicken ( KFC ) Malaysia


http://ms.swewe.net/word_show.htm/?1098378_1&KFC ( 19 Julai 2015 )

(SEMASA) KFC HOT BOX – Semuanya Dalam Satu Hidangan


http://galaksi-media.com/semasa-kfc-hot-box-semuanya-dalam-satu-hidangan/ ( 19 Julai 2015 )

Kentucky Fried Chicken Menu


http://www.kfc.com.my/menu/chicken/barrel/ ( 19 Julai 2015 )

Menu Baru KFC


http://www.mummynemo.com/2012/06/menu-baru-kfckfc-flaming-crunch-ditawarkan-dalam-
tempoh-terhad/ ( 19 Julai 2015 )

Chicken Meals and Burger In KFC Malaysia


http://www.theborneopost.com/2014/08/13/thai-green-curry-chicken-meals-and-burger-on-kfc-
malaysias-menu/ ( 19 Julai 2015 )
Hidangan Sarapan Pagi Yang Lazat Dan Terbaru Hanya Di KFC
http://selebritionline.com/hidangan-sarapan-pagi-yang-lazat-dan-terbaru-hanya-di-kfc/ ( 201
Julai 2015 )

‘KFC Spicy Korean Burger’ Sungguh Lazat Sungguh Korea


http://selebritionline.com/kfc-spicy-korean-burger-sungguh-lazat-sungguh-korea/ ( 20 Julai 2015
)

Burger KFC Zinger Remixed


http://selebritionline.com/burger-kfc-zinger-remixed/ ( 20 Julai 2015 )

Burger KFC Zinger Reloaded Lebih ‘ZING’


http://selebritionline.com/burger-kfc-zinger-reloaded-lebih-zing/ ( 20 Julai 2015 )

Promosi KFC Malaysia


http://www.kfc.com.my/promotion/ ( 20 Julai 2015 )

Pengertian Dan Manfaat Atribut Produk


http://www.pendidikanekonomi.com/2012/07/pengertian-dan-manfaat-atribut-produk.html ( 20
Julai 2015 )

KFC Marketing Plan


http://www.slideshare.net/sank8d14/kfc-marketing-plan ( 21 Julai 2015 )

Campuran Pemasaran - Harga


http://pemasaran1puo.blogspot.com/2010/01/unit-4-campuran-pemasaran-harga.html (27 Julai
2015 )

7. 2 Keratan Surat Khabar

KFC Named Most Trusted Quick Service in Malaysia, QSR Magazine, Terbitan March 4, 2015
KFC Tailors Approach In Africa, Media 24, Terbitan Januari 21, 2013
KFC Malaysia Reignites Family Dining Tradition, Adobo Magazine, Terbitan April 25, 2012
KFC Malaysia Menu Prices, Auto Magazine, Terbitan Jun 20, 2015
KFC Hatches A ‘Social’ Egg, Marketing Magazine, Terbitan Disember 20, 2013
Top 10’s Crème de la Crème Food Brands In Malaysia, Restaurants and Institutions Magazine,
Terbitan Mei 8, 2012

7.3 Majalah

Majalah Niaga Edisi 31 Bersama Zafrul Rizal Mat, Terbitan March 27, 2015
Majalah Niaga Bersama Zafrul Rizal Mat, Terbitan Oktober 31, 2013
Majalah Laporan Tahunan KFC Holdings Malaysia, Terbitan 2003

7.4 Buku

Nota & Latihan STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1, Azly Muhammad, Ain Insyirah,
Terbitan 2014
Teks STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1, Shanti Subramaniam, Mah Boon Kiet, Terbitan
Pelangi Bestseller 2014

8.0 Lampiran

Gambar di atas menunjukkan pengasas Kentucky Fried Chicken ( KFC ), iaitu Colonel
Harland David Sanders
Gambar di atas menunjukkan KFC pertama yang ditubuhkan Corbin, Kentucky.

Gambar di atas menunjukkan KFC pertama yang dibuka di Jalan Tuanku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur, Malaysia.

Gambar di atas menunjukkan jenis-jenis makanan segera yang terdapat di seluruh


cawangan KFC Malaysia.
Gambar peta di atas menunjukkan sejumlah cawangan KFC yang terdapat di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai