Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARA MAJLIS

PENUTUP KEJOHANAN SUKAN MASISWA ZON TIMUR 2017


Oleh: Afifah bt Abdullah

PERINGATAN AWAL DARI EMCEE:


* MOHON KERJASAMA DARI SEMUA KONTINJEN AGAR PARA PENERIMA
HADIAH BERADA DI BARISAN HADAPAN KONTINJEN MASING-MASING AGAR
MAJLIS AKAN BERJALAN DENGAN LEBIH LANCAR.

Bil Acara Teks


Umumkan Mengumumkan ketibaan Ybhg. Prof. Dr. Mohd. Zamri
Ketibaan Bin Yusoff, Presiden Majlis Sukan IPTS Malaysia
Ketibaan (MASISWA) diiringi YH Dato’ Hj Yahya bin Zainal Abidin,
Presiden Rektor KUIPSAS dan dif-dif jemputan
MASISWA (En
Wan)

Aluan Pengerusi Bismillahhirrahmannirrahim….


(En Wan) - Ybhg. Prof. Dr. Mohd. Zamri Bin Yusoff, Presiden Majlis
Sukan IPTS Malaysia (MASISWA)

-YH Dato’ Hj Yahya bin Zainal Abidin, Rektor Kolej


Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana

_ Yberbahagia Encik Ahmad B PG Abdullah – Jk Projek


Khas Masiswa Merangkap Pengurus Unit Sukan Dan
Kebudayaan Universiti Teknologi Petronas

- Timbalan-Timbalan Rektor KUIPSAS


-Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan Sukan
MASISWA Zon Timur 2017
- Para mahasiswa dan Mahasiswi, Tuan-tuan dan
Puan-puan, seterusnya siding hadirin yang dirahmati
Allah sekalian.

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah…

Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta


limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk
berhimpun dalam Majlis Perasmian Penutupan
KEJOHANAN SUKAN MASISWA ZON TIMUR 2017.

Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh


cemerlang dan membawa seribu makna kepada kita
semua.

Terlebih dahulu bagi pihak majlis , kami amat berbesar


hati dan mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia
Prof. Dr. Mohd. Zamri Bin Yusoff, Presiden Majlis Sukan
IPTS Malaysia (MASISWA), para tetamu jemputan serta
hadirin-hadirat sekelian. Semoga dengan kesudian
kalian meluangkan masa pada majlis KEJOHANAN
SUKAN MASISWA ZON TIMUR 2017 ini dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim kita khasnya
bagi Institusi – institusi Pengajian Tinggi Swasta di
Malaysia khususnya.
Nyanyian Lagu ”Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung”.
Negaraku
(Afifah) Sebagai pembuka acara, marilah sama-sama kita
menyanyikan Lagu Negaraku.

Terima kasih diucapkan kepada Yg Berbahagia Profesor


serta hadirin sekalian atas nyanyian sebentar tadi. Yg
Berbahagia Profesor dan dif-dif jemputan dipersilakan
duduk.
Bacaan Doa Sebelum tirai majlis dibuka, moleklah kiranya kita
(En Wan) bersama-sama menadah tangan memohon limpah
rahmat dan barakah daripada Yang Maha Esa.

Justeru, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Ustaz Asmadi bin Abdul Rahman untuk
memimpin bacaan doa .

(Bacaan doa)………………..

Amin ya rabbal alamin .Majlis merakamkan jutaan


terima kasih kepada Ustaz Asmadi bin Abdul Rahman
atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan kalimah
doa ini, diberkati hendaknya, segala hasrat yang
direncana...insyaAllah.
Ucapan alu- Luas terbentang si Pantai Lukut
aluan Teluknya penuh batang selasih
(Afifah) Tampillah Tuan kami menjemput
Bersama ucapan pengikat kasih
Kita teruskan majlis dengan mempersilakan _ YH Dato’
Hj Yahya bin Zainal Abidin, Rektor Kolej Universiti Islam
Pahang Sultan Ahmad Shah, merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Pelaksana bagi menyampaikan ucapan
aluan . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih YH Dato atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan perasmi Hadirin-hadirat yang dihormati,


an
(En Wan) Bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan
KEJOHANAN SUKAN MASISWA ZON TIMUR 2017 majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Ybhg. Prof.
Dr. Mohd. Zamri Bin Yusoff, Presiden Majlis Sukan IPTS
Malaysia (MASISWA) untuk memberikan ucapan dan
seterusnya merasmikan penutupan KEJOHANAN SUKAN
MASISWA ZON TIMUR .

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ybhg.


Prof. Dr. Mohd. Zamri Bin Yusoff, atas ucapan perasmian
penutupan KEJOHANAN SUKAN MASISWA ZON TIMUR
2017 sebentar tadi.

PENYAMPAIAN
SIJIL Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian sijil
penyertaan dan cenderati kepada Ketua-Ketua
Kontinjen yang mengambil bahagian seterusnya
menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan
hormatnya mempersilakan Prof. Dr. Mohd. Zamri Bin
Yusoff, Presiden Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA),
dengan diiringi oleh YH Dato’ Hj Yahya bin Zainal
Abidin, Rektor KUIPSAS, merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Pelaksana, untuk menyempurnakan
upacara tersebut.

Dipersilakan ketua eksekutif dan ketua kontinjen


dari kontinjen:__________________________________
Rujuk Lampiran Kontinjen.

CATUR Dan kini tibalah masa yang dinantikan iaitu Upacara


Penyampaian Hadiah kepada pemenang.

Dimulakan dengan acara CATUR INDIVIDU LELAKI :

Tempat Ke-3 dimenangi oleh Kontinjen ________________


Dijemput wakil kontinjen untuk menerima sijil dan
hadiah.

Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen ________________


Dijemput wakil kontinjen untuk menerima sijil dan
hadiah.

Johan dimenangi oleh Kontinjen ________________


Dijemput wakil kontinjen untuk menerima sijil dan
hadiah.
Seterusnya bagi acara CATUR INDIVIDU WANITA:

Tempat Ke-3 dimenangi oleh Kontinjen ________________


Dijemput wakil kontinjen untuk menerima sijil dan
hadiah.

Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen ________________


Dijemput wakil kontinjen untuk menerima sijil dan
hadiah.

Johan dimenangi oleh Kontinjen ________________


Dijemput wakil kontinjen untuk menerima sijil dan
hadiah.

Seterusnya bagi acara CATUR BERPASUKAN LELAKI:

Tempat Ke-3 dimenangi oleh Kontinjen ________________


Dijemput wakil kontinjen untuk menerima sijil dan
hadiah.

Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen ________________


Dijemput wakil kontinjen untuk menerima sijil dan
hadiah.

Johan dimenangi oleh Kontinjen ________________

Seterusnya bagi acara CATUR BERPASUKAN WANITA:

Tempat Ke-3 dimenangi oleh Kontinjen ________________


Dijemput wakil kontinjen untuk menerima sijil dan
hadiah.

Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen ________________


Dijemput wakil kontinjen untuk menerima sijil dan
hadiah.

Johan dimenangi oleh Kontinjen ________________

PING PONG Bagi acara sukan Ping Pong :

Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen _______________


Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen
__________________ Naib Johan dimenangi oleh
Kontinjen ____________________
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian,
medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen
______________________

BADMINTON Bagi acara sukan Badminton :

Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen _______________


Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen
__________________ Naib Johan dimenangi oleh
Kontinjen ____________________
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian,
medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen
______________________
BOLA JARING Bagi acara sukan Bola Jaring :

Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen _______________


Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen
__________________ Naib Johan dimenangi oleh
Kontinjen ____________________
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian,
medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen
______________________

BOLA SEPAK Bagi acara sukan Bola Sepak :

Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen _______________


Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen
__________________ Naib Johan dimenangi oleh
Kontinjen ____________________
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian,
medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen
______________________

Hadirin yang dikasihi sekalian, kini tibalah kita pada saat


yang ditunggu-tunggu. Dengan memperoleh mata
sebanyak _________ dengan bangganya majlis
mengumumkan Johan Keseluruhan KEJOHANAN SUKAN
MASISWA ZON TIMUR bagi tahun 2017diungguli oleh
Kontinjen ____________

Untuk itu sekali lagi majlis menjemput Prof. Dr. Mohd.


Zamri Bin Yusoff, Presiden Majlis Sukan IPTS Malaysia
(MASISWA), dengan diiringi oleh YH Dato’ Hj Yahya bin
Zainal Abidin, Rektor KUIPSAS, merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Pelaksana untuk menyampaikan PIALA
KEJOHANAN kepada kontinjen _________________.

Syabas dan Tahniah diucapkan!


Seterusnya penyampaian cenderahati kepada penaja
KEJOHANAN SUKAN MASISWA ZON TIMUR 2017.
Dipersilakan
_________________________________________________
Dari Majlis Ugama Islam Pahang,untuk menerima
cenderahati.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof.


Dr. Mohd. Zamri Bin Yusoff kerana sudi menyampaikan
sijil dan hadiah kepada para pemenang. Sebagai
tanda terima kasih, majlis dengan hormatnya
mempersilakan YH Dato’ Hj Yahya bin Zainal
Abidin,untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berbahagia Professor.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada


YH Dato Hj Yahya bin Zainal Abidin atas penyampaian
cenderahati itu tadi.
Upacara Sayang merbah mencari makan,
menurunkan Terbang sendirian di tepi kali;
bendera Salam TAHNIAH kami ucapkan,
(Afifah) Moga kejayaan direstu Ilahi.

Selesai sudah upacara penyampaian hadiah. Kini


bendera kejohanan akan diturunkan dengan rasminya
sebagai tanda berakhirnya KEJOHANAN SUKAN
MASISWA ZON TIMUR 2017.

Untuk itu, dipersilakan 5 orang sukarelawan dari


pasukan wataniah KUIPSAS bagi menyempurnakan
upacara menurunkan bendera kejohanan.

………….. – LAGU THE FINAL COUNTDOWN

Seterusnya Majlis menjemput Prof. Dr. Mohd. Zamri Bin


Yusoff untuk menerima bendera kejohanan yang akan
diserahkan oleh YH Dato’ Hj Yahya bin Zainal Abidin.

Untuk makluman semua, bendera ini akan disimpan


dan dikibarkan semula oleh Tuan Rumah yang akan
datang.
Sebelum mengakhiri majlis pada malam ini, dimohon
Sesi Fotografi - Prof. Dr. Mohd. Zamri Bin Yusoff
(Afifah) - Yang Hormat Dato Hj Yahya bin Zainal Abidin
Dan semua dif-dif jemputan untuk turun dari pentas
dan sama-sama merakamkan gambar kenang-
kenangan bersama para kontinjen.

Diminta para kontinjen untuk memenuhkan ruang di


hadapan agar visual yang dirakamkan nanti akan lebih
cantik dan menarik.

Sambil kita merakamkan kenangan dan bersalam-


salaman, marilah sama-sama kita dendangkan lagu
STANDING IN THE EYES OF THE WORLD. Semoga ukhwah
yang terbina sepanjang kejohanan sukan ini akan
memantapkan lagi hubungan kesukanan antara ipt-ipt
seluruh Malaysia.

(En Wan) Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi, maka


berakhirlah Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan
Sukan MASISWA Zon Timur 2017

Mengumumkan Ybhg. Prof. Dr. Mohd. Zamri Bin Yusoff,


Presiden Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) diiringi
YH Dato’ Hj Yahya bin Zainal Abidin, Ketua-ketua
eksekutif dan dif-dif jemputan meninggalkan dewan.

LAGU

(Afifah) Demikianlah tadi berakhirnya Majlis Perasmian


Penutupan Kejohanan Sukan MASISWA Zon Timur
2017.
Tahniah diucapkan kepada kontinjen yang berjaya
meraih kemenangan pada kejohanan kali ini, dan
kepada yang tewas, cuba lagi pada masa akan
datang.

Kami mewakili seluruh ahli jawatankuasa pengelola


mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua pihak atas kerjasama dalam
menjayakan kejohanan ini sama ada secara langsung
mahupun tidak. Atas segala kelemahan dan
kekurangan sehingga menimbulkan kesulitan, maaf jua
kami pohon. Semoga kita berjumpa lagi pada masa
akan datang.
Kami akhiri majlis dengan serangkap pantun

Mancis digores menyala api,


Sinar kilauan menyambar para,
Walau MASISWA berakhir di sini,
Semangat kesukanan terus membara.

Sekian
Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai