Anda di halaman 1dari 1

1) Peningkatan kecekapan kardiovaskular atau jantung dan saluran darah.

Senaman membantu meningkatkan kecekapan jantung. Aktiviti fizikal yang kerap melambatkan
kadar denyutan jantung dan meningkatkan jumlah darah yang dipam dengan setiap denyutan.
Pengurangan tahap lemak darah mengurangkan pembentukan plak di dalam saluran darah
(aterosklerosis) dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

2) Peningkatan Tonus (tone) , kekuatan,fleksibiliti dan ketahanan otot.


Individu yang mempunyai keupayaan daya tahan otot yang tinggi mampu melakukan sesuatu
kerja berulang kali dalam tempoh masa yang panjang. Kebanyakan latihan untuk meningkatkan
daya tahan dan kekuatan otot melibatkan aktiviti isotonik.

3) Peningkatan kawalan kendiri , kecekapan kendiri dan harga diri


Seseorang yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan sentiasa menerima layanan dan
perhatian yang baik samada dari keluarga atau orang di sekelilingnya. Individu ini akan sentiasa
menempuhi banyak kejayaan berbanding kegagalan.

4) Peningkatan pengurusan tekanan dan pandangan dalam kehidupan


Bagi mencari jalan penyelesaian yang mudah, pertama kali seseorang itu hendaklah mengetahui
masalah yang dihadapi. Jika seseorang itu mempunyai masalah Bersama ahli keluarga, Teknik
berunding dan berbincang adalah cara yang terbaik bagi mengurangkan tekanan keluarga dan
diri sendiri.

5) Peningkatan hubungan interpersonal


Hubungan interpersonal yang baik kebiasannya mempengaruhi komunikasi yang efektif.
Semakin kuat hubungan interpersonal maka semakin berhati-hati persepsinya terhadap orang
lain dan dirinya dan seterusnya akan mewujudkan komunukasi yang efektif.

6) Penurunan kes kematian dan morbiditi akibat penyakit


Jumlah kadar kematian di Malaysia kebanyakannya adalah serangan penyakit
jantung akibat dari tekanan darah tinggi dan penyakit kencing manis. Kepentingan
gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok serta menghindarkan pengambilan
makanan yang berkolesterol tinggi serta sering melakukan aktiviti senaman dapat
mencegah daripada dijangkiti penyakit yang melibatkan organ.

Anda mungkin juga menyukai