Anda di halaman 1dari 20

Selepas berbincang dengan tukang rumah, saya telah membuat senarai bahan binaan asas yang perlu

disediakan sebelum kerja pembinaan bermula. Untuk permulaan pembinaan rumah, fasa pertama bahan
asas yang diperlukan adalah untuk membuat tapak, tiang dan beam rumah.

Untuk pembinaan rumah ini, bahan binaan yang saya beli untuk fasa pertama adalah seperti berikut :

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM)

1 Simen (1 bag 50 kg) 50 bag 17.00


2 Bata simen (untuk pad footing) 1 pallet 125.00
3 Besi Y 12mm 2 tan 2,600.00
4 Besi R 6mm 120 batang 5.00
5 Batu aggregate 3/4 13 tan 32.00
6 Pasir kasar 1 lori (tayar 10) 420.00
7 Plywood 12mm 40 keping 45.00
8 Kayu 1x6 (panjang 12) 10 batang 1.30 sekaki
9 Kayu capca 1x2 1 bundle 850.00
10 Kayu 2x2 (panjang 12) 10 batang 0.80 sekaki
11 Kayu 2x3 (panjang 12) 20 batang 1.50 sekaki
12 Paku 2 1/2" 1 kotak 35.00
13 Paku 2" 2 kotak 35.00
14 Dawai (ikat besi) 5 gulung 12.00
15 Atap Zink 6 keping 1.70 sekaki

Besi Y12 - 2 tan


Besi Link R6 - 120 batang

Batu Aggregat ¾
Kayu capca 1x2 dan kayu 1x6

Plywood 12mm
Zink

Kayu 2x2 dan 2x3


Batu Bata Simen

Pasir
Bermula pada 26 Mei 2013, kerja-kerja membuat pad footing dan tiang stump dijalankan dengan
menggunakan Reinforced concrete. Besi untuk footing dan tiang stump diletakkan ke dalam lubang yang
dikorek sebelum ini dan kedudukan footing dan tiang di setting semula pada kedudukan sebenar sebelum
kerja konkrit dilakukan. Sebanyak 36 pad footing dan tiang stump berjaya disiapkan dalam masa 7 hari.

Kedudukan besi pad footing dan stump yang telah disetting mengikut pelan

Pad footing dan stump sebelum di konkrit


Konkrit dimasukkan ke dalam lubang

Tukang meratakan konkrit


Formwork digunakan untuk membentuk tiang stump

pad footing dan stump yang telah siap


10 Jun 2013, kerja- kerja membina ground beam di tapak rumah mula berjalan. Selepas kerja
memotong, membengkok dan mengikat besi untuk ground beam selesai dibuat, besi terlebih
dahulu diletak, disusun dan diikat sebagaimana pelan lantai rumah. Kemudian formwork
digunakan untuk membentuk acuan ground beam sebelum kerja konkrit dilakukan.

Besi Y12 dan besi link R6 diikat dan disusun membentuk ground beam

Formwork membentuk acuan untuk konkrit ground beam


Kerja memasang formwork sedang berjalan
Sebelum kerja konkrit ground beam, saya meng'order' tambahan bahan binaan yang diperlukan iaitu simen (50 bag),
batu aggregat 3/4" (10 tan) dan pasir kasar (1 lori) - untuk kerja konkrit ground beam dan kerja seterusnya.

Selepas kerja setting formwork ground beam selesai, konkrit dimasukkan ke dalam acuan yang dibentuk dengan
formwork untuk menghasilkan reinforced concrete ground beam.

Konkrit dimasukkan ke dalam formwork


Sebahagian groud beam yang telah siap dikonkrit

Sebahagian beam yang siap di konkrit


Formwork dibuka selepas konkrit keras sepenuhnya
17 Jun 2013, selepas 1 bulan projek pembinaan rumah ini bermula, status kemajuan projek adalah
mengikut perancangan yang ditetapkan. Dalam tempoh 1 bulan, hasil kerja yang berjaya disiapkan
adalah menyiapkan kerja-kerja pertapakan rumah iaitu pad footing, stump dan ground beam.

Kemajuan

19 Jun 2013, selepas ground beam siap sepenuhnya, kerja-kerja memasukkan pasir kotor ke dalam
ground beam dijalankan. Ground beam yang dibina setinggi 2 kaki perlu dimasukkan pasir atau tanah
supaya kerja konkrit lantai rumah boleh dibuat selepas pasir/ tanah tersebut telah padat sepenuhnya.

Saya menggunakan pasir lombong untuk diisi sepenuhnya ke dalam ground beam kerana pasir lebih
padat dan tidak mendap berbanding menggunakan tanah. Kerja-kerja memasukkan pasir ke dalam
ground beam dilakukan dengan menggunakan Case yang disewa selama 1 hari. Sebanyak 15 lori (tayar
10) pasir yang digunakan untuk memenuhkan ground beam tersebut.
Pasir lombong sebanyak 15 lori digunakan

Pasir dimasukkan menggunakan case


Kerja memasukkan pasir ke dalam ground beam

Ground beam setinggi 2 kaki


Pasir telah siap dimasukkan sepenuhnya

Bermula 21 Jun 2013, kerja-kerja membina tiang rumah telah dijalankan setelah ground beam siap diisi
pasir sepenuhnya. Kerja membina tiang rumah dimulakan dengan memotong dan mengikat 4 batang besi
Y12 dengan besi link R6 untuk setiap tiang rumah yang akan dibina. Dalam masa yang sama, sebanyak
7 buah formwork sebagai acuan tiang rumah juga dibuat sebelum kerja konkrit dijalankan.

Besi Y12 diikat dan dipasang pada tapak


7 Formwork tiang siap dipasang tegak untuk kerja konkrit

Sebanyak 28 tiang akan dibina untuk rumah ini


Seterusnya kerja memasang besi tiang di tapak rumah dibuat dan kemudian formwork dipasang sebelum
kerja konkrit tiang bermula. Untuk proses kerja konkrit tiang rumah ini, sebanyak 7 tiang dapat disiapkan
dalam masa 1 hari dimana tempoh 4 hari kerja membina tiang rumah sebanyak 28 batang berjaya
disiapkan.
Sebahagian tiang yang telah siap dibina

Kerja mengikat batu bata sedang berjalan


Dalam masa yang sama, kerja-kerja mengikat batu bata untuk dinding rumah dibuat serentak sebaik
sahaja sebahagian tiang siap dikonkrit. Untuk permulaan, saya membeli 20 pallet (12,000 biji) batu bata
putih (600 biji sepallet) dengan harga RM130.00 sepallet (Sirim standard). Anggaran batu bata yang akan
digunakan untuk membina dinding adalah tidak kurang daripada 15,000 biji.
Sebahagian dinding yang telah dibina

Batu bata diikat setinggi 2 kaki sebelum dipasang frame tingkap labuh
Kakak sedang meninjau pembinaan rumah

Kerja mengikat bata sedang berjalan

Anda mungkin juga menyukai