Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 4:PENULISAN REFLEKSI

Pada 8 September 2017, saya dan rakan-rakan di dalam kelas saya ditugaskan untuk mengelolakan
ujian amali SEGAK dan Bleep bagi kelas kami sendiri terdapat 5 aktiviti yang perlu dilakukan oleh
setiap individu bagi ujian segak iaitu mengira indeks jisim badan,aktiviti naik turun bangku,tekan tubi
tanpa henti,ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur.Apabila ujian SEGAK telah dilakukan semua
pelajar dikehendaki melakukan ujian bleep.

Setiap aktiviti telah dilabelkan dengan stesen,maka terdapat 5 stesen bagi ujian SEGAK.Bagi
melancarkan aktiviti ini setiap pelajar telah diberikan pasangan masing-masing yang akan
mengelolakan aktiviti dan akan dikelolakan oleh kumpulan lain.sebagai contoh aktiviti mengira
indeks jisim badan yang telah dilabelkan sebagai stesen, 1 terdapat 2 pasangan yang akan saling
bertukar peranan untuk mengelolakan kan dan dikelolakan.pasanggan yang pertama akan
menerangkan terlebih dahulu prosedur untuk mengira indeks jisim badan masing-
masing.seterusnya,pasangan kedua yang dikelolakan akan deberikan waktu untuk mengambil
bacaan tinggi dan berat dengan menggunakan penimbang berat yang lengkap dengan pengukur
ketinggian.Aktiviti ini akan diulang semula dengan pasangan yang kedua yang pula akan
mngelolakannya

Setelah selesai melakukan aktiviti di stesen yang pertama,kumpulan tersebuat akan seterusnya
bergerak ke stesen yang kedua iaitu aktiviti naik turun bangku.seperti mana di stesen 1,pasangan
pertama akan mengelolakan pasangan kedua, pasangan pertama akan menerangkan terlebih
dahulu prosedur melakukan aktiviti tersebut dengan bantuan prosedur yang ditulis dan diletakkan
disetiap stesen .pasangan kedua akan melakukan aktiviti naik turun bangku selama 3 minit dan
kemudian mengambil bacaan nadi masing- masing untuk seminit.

Di stesen yang ketiga iaitu stesen tekan tubi.stesen tekan tubi dibahagikan mengikut jantina kerana
pelajar lelaki akan melakukan tekan tubi biasa manakala pelajar perempuan akan melakukan tekan
tubi ubah suai.aktiviti ini memerlukan para pelajar untuk melakukan tubi yang maksima mengikut
kemampuan masing-msing selama seminit.di stesen ini juga.pasangan pertama akan mengelolakan
pasangan kedua dan apabila pasangan kedua telah selesai,pasangan pertama pula akan dikelolakan.

Di stesen yang keempat iaitu aktiviti rinkuk separa dan di stesen yang kelima iaitu aktiviti jangkauan
melunjur,pasangan pertama pertama akan mengelolakan pasngan kedua.pasangan pertama akan
menerangkan terlebih dahulu prosedur melakukan aktiviti kepada pasangan kedua.seterusnya
pasangan kedua pula akan mengelolakan pasangan pertama apabila telah selesai melakukan aktiviti
tersebut

Bagi ujian bleep,kami telah membahagikannya kepada 2 sesi.Proses pelaksanaan ujian bleep
diterangkan kepada semua pelajar terlebih dahulu sebelum ujian dilaksanakan.Setiap pelajar akan
melakukan ujian amali dan diberi tugas untuk menjadi penjaga garisan mengikut sesi masing-masing.

Terdapat kebaikan dan kelemahan yang dapat saya kenal pasti semasa perancangan dan
perlaksanaan ujian amali.Antara kebaikannya ialah saya dapat memahirkan diri dalam melaksanakan
setiap aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam ujian segak.Selain itu saya juga dapat melatih diri dari segi
bakat kepimpinan untuk mengelolakan aktiviti dengan lebih teratur.seterusnya,melalui ujian amali
ini saya dapat meningkatkan komunikasi antara rakan dan pensyarah terutama semasa proses
perancangan ujian amali.Beberapa kelemahan semasa merancang dan melaksanakan ujian amali ini
ialah semasa kami mengelolakan ,cara penyampaian kami sedikit kurang berkesan.Contohnya,kami
tidak melakukan contoh perlaksanaan terlebih dahulu sebaliknya kami hanya menerangkannya
sahaja .Selain itu kami juga hanya membaca prosedur dan menerangkannya kepada rakan-rakan

Pada pandangan saya terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan semasa
pengelolaan ujian amali dan bleep antaranya ialah para pelajar yang menulis prosedur dan
diletakkan pada dinding mestilah menggunak tulisan yang jelas agar mudah dibaca dan
difahami.Selain itu,label yang diletakkan pada setiap stesen mestilah menarik dan sesuai untuk
menarik perhatian.Pasangan yang membentangkan mestilah betul-betul mahir dalam aktiviti segak
yang dilakukan dan menerangkan secara jelas.Hal ini akan membantu pasangan yang dikelolakan
senang untuk difahami dan secara tidak lansung akan menjimatkan masa pengelolaan.

Anda mungkin juga menyukai