Anda di halaman 1dari 5

1.

0 ‒ Refleksi sebagai Peserta

Pada 7 September 2016, suatu ujian SEGAK telah diadakan pada jam 8 pagi
dan saya merupakan salah seorang peserta yang menghadapi ujian tersebut. Seperti
mana yang kita sedia maklum, ujian SEGAK merangkumi lima stesen ujian iaitu ujian
BMI, naik turun bangku, jangkauan melunjur, naik turun bangku, tekan tubi dan
ringkuk tubi separa. Tujuan saya mengambil ujian SEGAK ini adalah untuk
mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri dan dapat mengambil tindakan susulan
bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal saya. Ujian SEGAK bagi kelas saya iaitu
Matematik 4 telah dikelolakan oleh pelajar guru daripada kelas Matematik 5. Ujian ini
dijalani oleh 23 orang pelajar guru yang terdiri daripada 13 orang pelajar guru lelaki
dan 10 orang pelajar guru perempuan.

Pengurusan pihak Matematik 5 dalam pengelolaan ujian SEGAK ini agak


baik. Hal ini demikian kerana ujian SEGAK ini telah dijalankan di gimnasium M-
Square. Keadaan gimnasium tersebut yang luas dan lapang bagi menempatkan
segala peralatan yang digunakan dengan lebih teratur membuatkan saya berasa
selesa untuk melaksanakan semua ujian yang perlu saya hadapi. Segala peralatan
yang digunakan berada dalam keadaan yang baik dan tidak menyukarkan saya
untuk melaksanakan ujian SEGAK. Selain itu, pelajar guru Matematik 5 turut
mengadakan sesi pemanasan badan sebelum kami melakukan sebarang aktiviti
yang termaktub dalam ujian ini untuk mengelakkan berlakunya sebarang
kecederaan. Selain itu, pelajar guru Matematik 5 juga memberi layanan yang mesra
dan memberi penjelasan yang baik mengenai cara pelaksanaan dan markah yang
akan diperoleh bagi kiraan yang tertentu membuatkan saya berasa selesa dan
bersemangat untuk melaksanakan ujian segak. Ujian ini juga dilakukan pada waktu
pagi, bermaksud saya berada dalam keadaan yang bersedia dan bertenaga untuk
melakukan ujian SEGAK sebaik mungkin.

1
Namun demikian, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
kerana telah menyebabkan ujian SEGAK tersebut sedikit sebanyak berjalan dengan
kurang lancar. Antaranya ialah ketinggian span yang digunakan untuk aktiviti tekan
tubi yang tidak tepat. Ketinggian span tersebut sepatutnya bernilai 10 cm, namun
demikian span yang digunakan hanyalah berketinggian sebanyak 7.5 cm. Hal ini
demikian telah menyebabkan saya menghadapi kesukaran untuk melakukan aktiviti
tekan tubi seterusnya menjejaskan bilangan yang dilakukan serta skor yang saya
peroleh bagi aktiviti tersebut. Selain itu, pengelola bagi stesen yang menjalankan
aktiviti ringkuk tubi separa tidak dapat menjelaskan bilangan maksimum yang perlu
dilakukan untuk memperoleh skor tertinggi. Hal ini telah menyebabkan saya keliru
tentang bilangan ringkuk tubi separa yang perlu saya lakukan menyebabkan saya
melakukannya melebihi bilangan yang diperlukan. Mereka juga tidak menyediakan
komputer riba dan pembesar suara mini untuk memastikan saya mendengar detik
bagi ujian ringkuk tubi separa. Disebabkan itu, saya gagal mengekalkan rentak bagi
setiap bilangan ringkuk tubi separa yang dilakukan.

Penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi kelancaran


pelaksanaan ujian SEGAK ini adalah dengan menyusun segala peralatan dengan
lebih awal agar pelaksanaannya dapat dilakukan dengan lebih cepat dan dapat
dihabiskan tepat pada masanya. Hal ini demikian dapat membuatkan saya mendapat
waktu rehat yang secukupnya kerana masih mempunyai kelas kuliah yang perlu
dihadiri pada pukul 10 pagi. Selain itu, ketinggian span bagi aktiviti tekan tubi
perlulah diukur terlebih dahulu untuk memastikan ketinggiannya sama seperti
prosedur bagi memastikan para pelajar dapat melaksanakan ujian tersebut dengan
lebih baik mengikut kemampuan diri masing-masing. Komputer riba dan pembesar
suara mini juga perlu disediakan untuk setiap aktiviti yang melibatkan pengiraan detik
seperti naik turun bangku dan ringkuk tubi separa agar pelajar yang melakukan
aktiviti tersebut dapat mengekalkan rentak agar tidak keletihan dan dapat
melakukannya dengan baik. Pengetahuan dalam sesuatu aktiviti dalam ujian SEGAK
juga perlu dikuasai sebaiknya seperti bilangan maksimum yang diperlukan bagi
memperoleh skor tertinggi untuk aktiviti ringkuk tubi separa agar pelajar yang
melakukannya jelas dan mempunyai matlamat bilangan yang perlu dilakukannya.

2
2.0 ‒ Refleksi sebagai Pengelola

Dalam pelaksanaan ujian SEGAK, saya bersama dua orang rakan sekelas
bertanggungjawab untuk mengelolakan aktiviti tekan tubi untuk pelajar guru lelaki
kelas Matematik 5. Sebelum ujian ini dimulakan, kami telah menyediakan sebanyak
2 tilam senaman yang diperoleh daripada stor sukan. Tilam-tilam senaman itu juga
masih berada dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan. Kami juga telah
menggunakan jam randik untuk mengira masa selama seminit yang diberi kepada
setiap peserta untuk melakukan aktiviti tekan tubi ini dengan tepat. Ruang yang
digunakan untuk mengelolakan aktiviti ini lapang dan rata serta dipastikan selamat
sebelum memulakan tekan tubi. Sebelum memulakan ujian, saya telah memberikan
sedikit taklimat ringkas mengenai kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan
semasa tekan tubi dilakukan manakala rakan saya menunjukkan demonstrasi bagi
kesalahan-kesalahan berkenaan agar para peserta mengelakkan daripada
melakukan kesalahan yang dinyatakan. Kami turut memecahkan mereka mengikut
pasangan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti ini dan menjimatkan
masa. Saya dan rakan sekumpulan telah membuat kiraan bilangan tekan tubi yang
dilakukan bagi memastikan kiraannya jujur dan tepat.

Walaupun saya telah menerangkan kesalahan-kesalahan yang perlu


dielakkan dalam melakukan ujian tekan tubi ini, namun masih ada yang gagal
mematuhi dan mengambilnya sebagai panduan. Terdapat beberapa orang pelajar
yang tidak menurunkan bahagian badan sehingga dadanya menyentuh span
menyebabkan bilangan bagi tekan tubi tersebut tidak dikira. Hal ini sudah pasti akan
menyebabkan skor mereka bagi aktiviti ini tidak diperoleh seperti yang dikehendaki.
Begitu juga dengan cara menaikkan semula badan yang perlu lurus dengan pinggul.
Terdapat seorang pelajar yang saya perhatikan telah menaikkan badannya terlebih
dahulu dan diikuti dengan pinggulnya. Saya telah menegurnya bahawa kiraan
tersebut tidak diambil dengan harapan dia tidak mengulanginya. Namun, dia masih
mengulanginya. Oleh itu, saya berharap agar para peserta ini akan lebih
menumpukan perhatian agar mereka tidak mempraktikkan cara tekan tubi yang
salah itu pada masa hadapan.

3
3.0 ‒ Rumusan

Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat yang saya peroleh berdasarkan


penglibatan saya dalam ujian SEGAK ini sama ada sebagai peserta mahupun
sebagai pengelola. Pengukuran tahap kecergasan fizikal saya apabila menjalani
kelima-lima ujian telah membuatkan saya lebih bersemangat untuk berusaha
melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti berjoging dan bersukan dengan lebih giat
lagi. Pengalaman mengelolakan ujian SEGAK pasti akan membantu saya sebagai
seorang bakal guru yang akan menguruskan ujian SEGAK yang dilakukan oleh anak
murid. Saya juga dapat belajar daripada kesilapan sepanjang saya mengelolakan
ujian tersebut untuk memantapkan lagi kemahiran saya dalam menguruskan sesuatu
perkara.

4
Rujukan

Segak 2016. (2016). Retrieved 23 September, 2016, from Portal Rasmi Jabatan
NegeriPahang:http://jpnpahang.moe.gov.my/v2/images/stories/SPA/Bahan
Muaturun/SEGAK%202016-1.pdf

Anda mungkin juga menyukai