Anda di halaman 1dari 4

MPU 3123

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

KUIZ INDIVIDU SESI 1 2018/2019

DISEDIAKAN UNTUK:

PUAN ROHAINI BINTI AMIN

DISEDIAKAN OLEH:

KAMAL ISMETH BIN ABD HAMID

18BT02003

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNOLOGI RANGKAIAN)

SEMESTER 1

SESI 2018/2019
SOALAN 1

Huraikan tentang signifikasi Maqasid Syariah dan peranannya dalam pembangunan Tamadun
Islam.

(10 markah)

JAWAPAN 1

Maqasid dari bahasa bermaksud matlamat, hikmah , tujuan atau objektif. Manakala, syariat
atau syariah pula dari segi bahasa bermaksud jalan yang lurus. Dari segi istilah syarak pula syariah
adalah amalan agama dan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah kepada umat islam
secara menyeluruh atau syumul. Oleh yang demikian, Maqasid Syariah secara umumnya dapat
ditafsirkan sebagai matlamat atau hikmah yang boleh dirasai oleh manusia sejagat khususnya umat
islam apabila perundangan serta peraturan yang ditetapkan allah dilaksanakan secara lengkap.

Manifestasi perlaksanaan syariah menatijahkan beberapa signfikasi dalam kehidupan


manusia dan pembangunan tamadun khususnya Tamadun Islam. Apabila menyentuh perihal
Tamadun terutama Tamadun Islam itu sendiri, kita tidak dapat lari dari membicarakan tentang
manusia kerana tamadun yang dibicarakan isinya adalah manusia. Antara signifikasi Maqasid
Syariah adalah untuk mengatur kehidupan manusia terutama dalam menjaga hubungan yang
terpenting yakni hubungan manusia dengan Allah. Kemudian, Maqasid Syariah ini juga
berkepentingan dalam membentuk hubungan manusia sesama manusia. Juga tidak ketinggalan
Maqasid Syariah menitikberatkan hubungan manusia dengan alam sekitar yakni makhluk selain
manusia. Dalam pembangunan Tamadun Islam pula, Maqasid Syariah amatlah penting dalam
membentuk serta memandu tamadun itu berkembang seterusnya menggapai puncak ketamadunan
dari sudut duniawi juga ukhrawi. Maqasid Syariah juga berkepentingan dalam membentuk
Tamadun Islam yang stabil dari ancaman yang ingin meranapkan tamadun itu sendiri.
Kembali kepada komposisi Tamadun Islam itu sendiri, umat islam telah dipelihara dari
aspek 5 perkara asas apabila prinsip syariah ini diintegrasikan dalam hidup umat Tamadun Islam.
Pertama, Maqasid Syariah bertujuan memelihara agama iaitu Agama Islam. Ini kerana, Agama
Islam merupakan fundamental pembinaan Tamadun Islam itu sendiri. Sifat syumul yang ada pada
Agama Islam menyebabkan agama ini perlu dijaga dengan sebaiknya kerana hukum syariat Islam
itu meliputi aspek akidah, ibadat, muamalat, akhlak serta adab. Tidak terlepas juga ianya meliputi
urusan duniawi yang lain seperti urusan perundangan, ekonomi, jenayah dan lain-lain.

Kedua, Maqasid Syariah bertujuan melindungi dan memelihara nyawa nilai nyawa ini
adalah kurnian mutlak Allah. Perbuatan mencabut nyawa diri sendiri ataupon manusia lain dikira
sebagai sebagai suatu pencerobohan komposisi tamadun kerana sudah pasti tamadun ini akan
lenyap sekiranya tiada lagi manusia bernyawa didalam tamadun tersebut.

Seterusnya, Maqasid Syariah bertujuan memelihara akal kerana disinilah segala ilmu
disimpan. Ilmu-ilmu ini kemudiannya akan diaplikasikan dalam bentuk tindakan yang
menatijahkan pembangunan dan perkembangan tamadun. Jika dilihat, Tamadun Islam ini
berkembang dengan tercetusnya teknologi dan kajian sains yang bukan sahaja terbit diatas
lembaran manuskrip dan kita-kitab, malah ianya dapat dilihat dari segi penciptaan alat teknologi
pertanian, pelayaran, hinggalah teknologi penerbangan. Pemeliharan akal ini juga sangat penting
dalam memandu umat manusia Tamadun Islam dalam membuat keputusan yang tepat. Selain itu,
pemeliharaan akal dapat memandu umat manusia Tamadun Islam ini untuk lebih berakhlak mulia.

Keempat, Maqasid Syariah bertujuan memelihara kehormatan dan keturunan umat


manusia dalam Tamadun Islam. Sungguh, Allah telah menciptakan manusia ini cintakan keturunan
dan ingin menjaga kemulian masing-masing. Dalam kerangka yang lebih besar, Tamadun Islam
juga sudah pasti tidak lari dari ingin menjaga kemulian meraka sendiri. Apatah lagi mereka ini
adalah gambaran umat Islam sejagat kerana mereka membawa mesej dan identiti Islam itu dalam
perundangan dan cara hidup dalam tamadun mereka.

Yang terakhir, Maqasid Syariah berperanan menjaga harta benda kerana Islam adalah agam
fitrah. Sudah pasti Islam tidak menolak dan mengabaikan keinginan manusia dalam memiliki
harta. Namun dalam mencari kekayaan, Islam meletakkan syarat yang ketat dengan cara
menghalalkan jual beli dan mengharamkan konsep riba. Selain itu islam mengharamkan perjudian
sebagai sumber pendapatan kerana ianya akan menatijahkan sifat boros serta menerbitkan sikap
kebergantungan terhadap nasib tanpa usaha yg hakiki. Dalam mengumpul harta kekayaan, Islam
tidak lupa kepada golongan yang tidak berkemampuan. Ini dapat dilihat dalam Tamadun Islam
apabila institusi zakat dipertingkat serta amalan sedeqah amat dianjurkan untuk membantu
golongan kurang berkemampuan. Kewajipan membayar zakat dan sistem baitulmal yang diterapan
ini juga secara tidak langsung membantu tamadun itu sendiri dalam pencegahan jenayah kecurian.

Tuntasnya, Maqasid Syariah mempunyai peranan sangat penting dalam pembentukan dan
dan penstabilan sesuatu tamadun terutama Tamandun Islam itu sendiri. Sifat syumul yang ada pada
agama Islam berjaya mempertahankan Tamadun Islam sehingga Islam berkembang dan berjaya
menkhluk dua per tiga dunia.

Anda mungkin juga menyukai