Anda di halaman 1dari 4

Laporan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran

1.0 Pendahuluan
Pada 29 Julai 2018 sehingga 25 Oktober 2018, saya telah menjalankan Praktikum fasa
dua di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa di KM5, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar,
Kedah Darul Aman. Bawah tunjuk ajar pensyarah Pembimbing, Puan Zaimah Binti
Abdullah dan Cik Lee Ai Chin serta bimbingan dari guru Pembimbing, cikgu Lo Fong Ling,
saya telah menggunakan beberapa kaedah baharu untuk melancarkan pengajaran dan
pembelajaran serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Saya
ditugaskan untuk mengajar matapelajaran Sejarah di Kelas Tahun Empat Biru dan Kelas
Tahun Lima Merah serta matapelajaran Bahasa Cina di Kelas Tahun Rmpat Biru juga.
Dalam pengalaman Praktikum Fasa dua ini saya berpeluang untuk menggunakan “Tag
Nama, Parking Lot, Gallery Walk Stand, dan Traffic Light.”

2.0 Tag Nama

Semasa sesebuah pengajaran dan pembelajaran sejarah dijalankan dengan isi


pengajaran berkaitan dengan seseorang tokoh sejarah seperti Parameswara, Tun Perak dan
Hang Tuah, adalah agak sukar untuk seseorang murid mengimaginasi situasi di dalam cerita.
Pada masa yang sama, murid di kelas Tahun Empat Biru suka menjalankan aktiviti secara
berkumpulan. Oleh itu, saya mengadakan aktiviti berkumpulan dengan mengedarkan tag
nama tentang watak yang dilakonkan. Tag nama ini sesuai dalam aktiviti lakonan kerana
bukan sahaja pelakon akan mengetahui watak yang dilakonkan malah murid yang menonton
juga memahami isi lakonan dengan merujuk kepada tag nama tersebut.

Rajah 1: Tag nama


3.0 Parking Lot

Penggunan Parking Lot merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
abad ke 21 yang mudah digunakan untuk mengetahui tahap penguasaan murid terhadap
sesebuah topik. Untuk mendapatkan maklum balas dari murid. Saya telah menghasilkan
papan Parking Lot dengan menggunakan papan dengan sticky note. Saya telah
menyerahkan sticky note kepada ketua kelas untuk dijaga dan mengedarkan sticky note
kepada murid yang ingin menulis sesuatu pada Parking Lot selepas sesebuah pengajaran
dan pembelajaran berakhir. Dalam parking lot yang saya hasilkan, murid dibenarkan untuk
mencatat tentang topik ynag dipelajari, perasaan mereka terhadap pengajaran dan
pembelajaran pada hari tersebut serta cadangan dan harapan mereka terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Dengan membuat sedemikian saya
memperolehi banyak buah fikiran murid serta cadangan murid dalam memperbaiki dan
mempertingkatkan pengaaran dan pembelajaran yang dihasilkan menjadi lebih
berpusatkan murid.

Rajah 2: Parking Lot

4.0 Gallery Walk


Dalam Praktikum fasa dua ini saya menjalankan aktiviti Gallery Walk di kelas Tahun
Lima Merah. Saya membuat keputusan ini kerana guru sejarah Tahun Lima Merah
menghadapai masalah kesihatan dan meninggalkan banyak bab yang perlu dilengkapkan
sebelum peperiksaan akhir tahun. Selepas membuat perancangan dua belas minggu, saya
mendapati adalah sukar untuk melengapkan kesemua bab melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran biasa, Oleh itu, saya menyediakan aktiviti Gallery Walk dan mengembalikan
hak belajar kepada murid. Untuk menjayakan aktiviti Gallery Walk memerlukan murid untuk
membaca isi pembelajaran sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula. Semasa
pengajaran dan pembelajaran bermula, selepas set induksi, saya mengagihkan maklumat
dan kerja tugasan yang memerlukan kumpulan yang berlainan menyediakan hasil pameran
dengan soalan ynag merangkumi bab tersebut. Selepas itu, saya membenarkan murid
bergerak dalam kumpulan untuk mendapati jawapan kumpulan lain. Dengan
melengkapkan tugasan perseorangan, murid dapat meneroka keseluruhan bab dengan
usaha sendiri. Aktiviti ini perlu dilengkapkan dengan aktiviti lain seperti permainan dan kuiz
untuk memeriksa tahap penguasaan murid.

Rajah 3: Gallery Walk

5.0 Traffic Light


Semasa melaksanakan aktiviti berkumpulan di kelas Tahun Empat Biru, saya
mendapati bahawa banyak murid kurang menumpukan perhatian semasa pengajaran
dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Murid membuat sedemikian kerana
mereka berasa bosan dan mengharapkan bantuan rakan lain semasa aktiviti
berkumpulan berlangsung. Selepas itu, semasa aktiviti berkumpulan berlangsung, murid
sering bertanya tentang aktiviti yang akan berlangsung dan menjejaskan kelancaran
pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengubah situasi ini, saya mengedarkan traffic light
semasa aktiviti berkumpulan berlangsung. Selepas itu, saya akan memberi arahan
kepada murid untuk mengangkat kad traffic light sekiranya mempunyai persoalan.
Dengan menggunakan kad traffic light murid tidak mengangkat tangan dan menjerit untuk
mendapat perhatian guru. Kaedah ini menjadikan pengajaran dan pembelajaran
bertambah lancar kerana penjelasan guru tidak lagi dipatahkan oleh murid yang bertanya
kerana tidak mendengar semasa penjelasan guru.

6.0 Penutup
Perkembangan teknologi dalam dunia ini pantas dan menjejaskan cara hidup semua
manusia. Oleh itu, perkembangan pendidikan juga berubah dan berbeza dengan zaman
dahulu. Sebagai seorang guru mestilah melaksanakan inovasi dan kreativiti dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan suasana belajar lebih menarik. Untuk
mencapai matlamat pendidikan, seorang guru mesti mendalami kaedah pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 supaya penyampaian guru sesuai dengan perkembangan
murid. Selian itu, sebagai seorang guru juga perlu mempunyai sifat reflektif dengan
mengimbas kembali kebaikan dan keburukan ynag terdapat dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan. Selepas melaksanakan praktikum fasa dua di SJK (C)
Pei Hwa, saya mendapati bahawa Teknologi dan Maklumat Komunikasi sememangnya
wujud untuk kesenangan hidup manusia serta mampu melancarkan pengajaran dan
pembelajaran guru dalam kelas dengan pelbagai bahan seperti lagu, audio dan video.
Akan tetapi, guru juga perlu mempunyai kemahiran komunikasi dan mendalami ilmu
teknik mengajar agar mampu memanfaatkan tugas sebagai seorang guru dan
menyampaikan ilmu pengtahuan serta menjayakan pembina masa hadapan negara.

Anda mungkin juga menyukai