Anda di halaman 1dari 4

REFLEKTIF

PENDAHULUAN
Penulisan refleksi melibatkan pelbagai aspek iaitu diskripsi dan analisis daripada pengalaman
yang dipelajari,diskripsi dan analisis pengalaman yang lalu dan mengimbas semula tentang
sesuatu pembelajaran.Menurut Branch & Paranjape( 2002,p.1185),penulisan refleksi
merangkumi pertimbangan dalam kontek yang lebih besar,pengertian dan implikasi daripada
pengalaman ataupun sesuatu tindakan.Manakala menurut Hanipah (1999) ,penulisan refleksi
melibatkan proses mengimbas,menganalisis,mencari alasan,cadangan dan tindakan untuk
memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan.Pada tahun lepas “HHHC 9010 Kemahiran
Sosial dan Kebertanggungjawaban” telah menjadi salah satu mata pelajaran bagi pelajar
semester satu untuk Program Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan.Di dalam modul ini,para
pelajar dikehendaki melakukan penulisan refleksi terhadap pengalaman yang diperolehi
sepanjang pembelajaran mereka.

MODEL REFLEKTIF

Dalam menyiapkan penulisan reflektif ini saya telah mengambil contoh daripada Gibbs (1998)
Reflective Cycle .Di dalam model ini terdapat 6 proses iaitu Description (What
happened),Feeling (What were you thinking and feeling),Evaluation,Analysis,Conclusion dan
Action plan.

1)Event
Untuk semester satu yang lalu saya telah melakukan ceramah kesihatan berkenaan dengan
pencucian tangan serta aktiviti-aktiviti lain yang berkaitrapat dengan kemahiran sosial dan
kebertanggungjawaban.Aktiviti ini telah dilakukan di Taska Permata Pusat Perubatan UKM.
2)Feeling
Pada perancangan awal pemilihan telah dibuat untuk melakukan ceramah kesihatan di Sekolah
Tahfiz Hulu Langat.Segala persiapan telah dilakukan dan agihan kerja telah diberi mengikut
tugasan masing-masing.Keterujaan saya bertukar menjadi pilu kerana di saat-saat terakhir pihak
sekolah tersebut terpaksa menolak kunjugan kami di atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan. Memandangkan masa yang ada adalah singkat,timbul pelbagai persoalan di fikiran
saya,bagaimanakah cara yang terbaik untuk saya mengatasai masalah tersebut.Adakah saya
mampu menyiapkan tugasan kerja yang diberikan di samping kerja-kerja yang sediada dan juga
merupakan pengalaman baru dan bermungkinan pelbagai masalah yang akan dihadapi nanti.

3)Evaluation on feeling
Masa juga merupakan perkara utama yang perlu saya memberi perhatian.Peter F.Drucker dalam
Ambosworkz,(2005),masa merupakan sumber yang paling sukar didapati dan tidak ada sesuatu
pun yang dapat diurus kecuali masa diurus.Manakala menurut Juhary Ali(1987),pengurusan
masa adalah sebagai proses pengarahan,penyelaras dan pengaruh ke atas operasi untuk
mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya.Dalam menangani perkara-
perkara di atas,saya dan beberapa orang rakan yang lain telah berjumpa dengan penyelia taska
tersebut untuk berbincang berkenaan dengan perancangan yang akan dilakukan nanti.Kata
sepakat telah dicapai dan persiapan telah diatur bagi melancarkan perjalanan program kami
nanti.

Justeru,saya telah merancang satu jadual yang khusus untuk memudahkan saya melaksanakan
perjalanan aktiviti tersebut.Jadual perancangan telah dibuat dan saya telah menyenaraikan
semua aktiviti yang perlu saya lakukan mengikut kepentingan dan memperuntukkan masa
mengikut kepentingan masing-masing.Ini termasukalah dari segi penyediaan “slide
presentation”, bahan-bahan bacaaan dan rujukan yang perlu dicari dan juga persediaan dari segi
mental dan fizikal.Perancangan yang dibuat ini adalah berdasarkan pengalaman bekerja selama
15 yang mana banyak menitikberatkan tentang masa.Jadual kerja hakiki dan harian memerlukan
satu komitmen yang sepenuhnya untuk dilaksanakan.Kesemua perancangan yang dilakukan ini
telah banyak membantu saya dalam menyiapkan hasil kerja yang memuaskan untuk program
ini.Selain daripada itu tunjuk ajar serta penjelasan yang diberikan oleh tenaga pengajar telah
memberikan satu pemahaman yang jelas berkenaan dengan program iniSelain dari Kemahiran
Sosial dan Kebertanggungjawaban terdapat juga nilai-nilai yang lain dapat diperolehi melalui
program ini .Antaranya ialah kemahiran berkomunkasi,pemikiran kritis,penyelesaian masalah
dan pemikiran saintifik,kepimpinan dan kerja berpasukan.
Selain itu, perbincangan di antara rakan-rakan juga sedikit sebanyak memberikan idea kepada
saya untuk menambahbaik idea-idea yang sedia ada.

4)Analysis
Program ini merupakan pengalaman yang bermakna bagi saya yang bekerja di Dewan Bedah
Utama selama 15 tahun.Segala tunjuk ajar yang telah diberikan oleh tenaga pengajar
memberikan satu keyakinan kepada saya betapa pentingnya program ini dijadikan mata
pelajaran untuk semester satu.Bermula dengan proses pemilihan lokasi,tajuk-tajuk
ceramah,bahan-bahan utama yang berkaitan dengan tajuk dan aktiviti-aktiviti yang akan
dilakukan sepanjang program ceramah kesihatan, ia merupakan perkara yang bernilai bagi saya
yang bekerja di Dewan Bedah Utama.Aktiviti yang saya lakukan adalah aktiviti “mencuci tangan”
adalah bersesuaian dengan bidang tugas saya selama ini banyak menumpukan kepada
pembasmian kuman dan steriliti terhadap peralatan yang digunakan untuk
pembedahan.Pencucian tangan merupakan perkara yang perlu dilakukan setiap kali sebelum
dan selepas sebarang aktiviti yang dilakukan.Melalui program ini juga saya dapat mengenali
kanak-kanak tersebut dengan lebih dekat dan dapat mengeratkan hubungan antara mereka dan
saya sebagai anggota perkhidmatan kesihatan.Persediaan juga perlu dari segi ilmu
pengetahuan,komitmen , keikhlasan dan rasa kebertanggungjawaban dalam membantu kanak-
kanak tersebut. Untuk menambahkan lagi pengetahuan berkenaan aktiviti yang akan
dilakukan,saya telah mencari maklumat-maklumat melalui buku rujukan dan rangkaian
internet.Sebagai seorang anggota kesihatan saya memberikan sepenunya ilmu pengetahuan
untuk dicurahkan dengan mereka semua.Dengan adanya perkara-perkara tersebut telah
membantu dalam meningkatkan dan menambahkan lagi pengetahuan dan dapat dipraktikkan
oleh mereka di sekolah mahupun di rumah.Kesungguhan dan minat yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak dan penyelia mereka terhadap apa yang saya berikan memberikan kepuasan
kepada saya dalam merealisasikan program ini. Walaupun saya dibelenggu dengan jadual kerja
hakiki dan harian yang padat,kelapangan masa yang ada diberikan perhatian dan komitmen
yang sepenuhnya dalam menjayakan modul ini.Inilah adalah hasil daripada perancangan yang
teliti dan pelaksaan terhadap jadual tugas yang telah saya sediakan di awal pembelajaran.
5)Lesson Learn
Sepanjang mempelajari program ini telah memberikan input yang amat berharga untuk saya
sebagai seorang pelajar dan juga sebagai Ketua Jururawat.Pengenalan terhadap penulisan
reflektif telah mengajar saya bagaimana mencari artikel-artikel serta journal yang berkaitan
untuk mengukuhkan lagi hasil kerja yang dilakukan.Ia juga boleh membantu saya dalam
menyiapkan tugasan untuk modul pembelajaran lain yang mana memerlukan penulisan
akademik dilakukan.Di samping itu,ia juga memberikan kesan yang mendalam terhadap bidang
tugasan saya seharian sebagai seorang pelajar,ketua Jururawat,isteri dan juga seorang ibu. Hasil
reflektif yang saya dapat dari pengalaman sepanjang program ini juga banyak memberikan
kesan positif terhadap kehidupan saya di mana ia memberi lebih keyakinan diri dan rasa
kebertanggungjawaban dari semua aspek serta mampu berkomunikasi dan bersosial di dalam
semua lapisan masyarakat.

6)Action Plan
Pada pendapat saya,penulisan reflektif perlu didedahkan dan diberikan penjelasan yang khusus
kepada para pelajar semasa program orientasi lagi.Ia juga perlu dijadikan satu modul khusus di
awal semester supaya boleh memberi pendedahan awal kepada pelajar dalam melakukan
penulisan akademik.Dengan cara ini dapat membantu pelajar dalam menghasilkan penulisan
reflektif dan penulisan akademik yang terbaik.

PENUTUP
Penulisan reflektif telah diperkenalkan kepada para pelajar dalam setiap modul
pembelajaran.Penulisan reflektif yang diperkenalkan di dalam “HHHC 9101 Kemahiran Sosial
dan Kebertanggungjawaban ini amat bersesuaian sebagai langkah berterusan kepada para
pelajar dalam melakukan penulisan akademik.

Anda mungkin juga menyukai