Anda di halaman 1dari 6

APABILA menyebut tentang harta intelek, masih ramai individu kurang

memahami mengenai kepentingan perkara tersebut. Malah, ada yang


beranggapan masalah berkaitan harta intelek bukan satu isu penting dan
tidak membawa apa-apa makna dalam pembangunan sesebuah negara.

Disebabkan itulah terdapat segelintir pihak bertindak sewenang-


wenangnya 'mencuri' hak orang lain dan mengaut keuntungan di atas apa
yang diusahakan oleh pihak yang bersusah-payah menghasilkan karya
tersebut.

Antara yang sering berlaku adalah kes yang melibatkan penghasilan


cakera padat (CD) atau video cakera padat (DVD) sesebuah filem atau
album yang dihasilkan oleh karyawan seni di Malaysia mahupun di luar
negara.

Selain itu, banyak lagi kesalahan yang dilakukan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab terhadap sesuatu 'produk' harta intelek seperti
menggunakan perisian komputer palsu, meniru logo, plagiat penulisan
buku atau tesis.

Menurut Pengarah IP Rights (M) Sdn. Bhd., Gameladha Nasirifin Arifin,


tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap kewujudan harta intelek
semakin meningkat. Namun, katanya, ia masih terlalu rendah jika
dibandingkan dengan masyarakat di negara-negara maju yang lain.

Jelasnya, walaupun ramai yang mengetahui ketinggian nilai harta intelek,


namun masalah berbangkit seperti cetak rompak dan sebagainya tetap
wujud dan ia dilakukan dengan lebih meluas.

TINDAKAN undang-undang boleh diambil ke atas mereka yang melakukan kesalahan penggunaan harta intelek. - Gambar hiasan
"Sukar untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa membeli barangan
cetak rompak sebenarnya satu kesalahan yang besar. Ia secara tidak
langsung menggalakkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghasilkan
lebih banyak barangan sedemikian," kata Gameladha ketika
ditemui Kosmo! di Cyberjaya baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, Gameladha memberitahu harta intelek terdiri


daripada empat cabang utama iaitu hak cipta, cap dagang (trademark),
reka bentuk industri dan paten.

Kesemua empat perkara itu mempunyai pengkhususan tersendiri yang


menjurus kepada pemilikan hak eksklusif terhadap harta intelek yang
dihasilkan di bawah zon masing-masing.

"Ia direka semata-mata untuk melindungi hak dan nilai eksklusif sesuatu
produk berkaitan harta intelek. Contohnya lirik lagu, penulisan buku, skrip
drama, lukisan dan gambar. Kesemuanya terletak di bawah perlindungan
hak cipta, manakala logo atau tanda nama pula disebut sebagai trademark.

"Bagi melindungi proses penghasilan sesuatu produk, ia dipanggil paten


dan rekaan industri pula melibatkan perlindungan harta intelek terhadap
aspek fizikal produk yang dihasilkan," jelas beliau lagi.

PENERBITAN buku berkaitan harta intelek memberi panduan kepada pengguna.


Secara umumnya, harta intelek merujuk kepada hasil kreativiti manusia
yang merangkumi pelbagai bidang seperti karya muzik, sastera dan seni,
hasil reka cipta, simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam
perniagaan.

Ia termasuklah hak cipta, cap dagang, paten dan hak-hak lain yang
berkaitan. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu
daripada 'harta-harta' yang bersifat abstrak itu mempunyai hak eksklusif
tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.

Bagaimanapun, kecenderungan sesetengah pihak melanggar undang-


undang harta intelek lebih berkait rapat dengan sikap dan pemikiran
mereka yang memandang sinis kepentingan harta intelek.

Gameladha yang telah berkecimpung di dalam bidang harta intelek sejak


tahun 2003 mengakui salah satu faktor penyebab mungkin disebabkan
penguatkuasaan yang lemah dalam memperkukuhkan undang-undang
harta intelek.

"Di negara barat, selain daripada penguatkuasaan undang-undang yang


dilakukan secara serius, pada amnya masyarakat di sana mempunyai
persepsi yang tinggi mengenainya. Oleh itu, mereka menghormati hak
pereka sesebuah produk, lirik lagu atau buku.

"Tetapi, di negara kita, masih ada berlaku kes-kes yang mana seseorang
itu termasuk profesional menyalin hasil hak cipta seseorang tanpa berasa
bersalah," tegas Gameladha sambil menambah bahawa sebenarnya ramai
orang melakukan kesalahan harta intelek tanpa mereka sedari.

Memberi contoh tentang perkara di atas, Gameladha membangkitkan satu


isu yang sering dilakukan dalam kalangan pelajar universiti iaitu mencetak
buku-buku rujukan tanpa kebenaran penulis sebenar.
MENGGUNAKAN perisian komputer palsu juga merupakan kesalahan harta intelek.

"Sememangnya ia merupakan pencabulan hak penulis buku atau artikel


tersebut, tetapi dalam perkara ini sukar bagi penulis mengawal percetakan
haram pihak ketiga melainkan ada pihak yang melaporkan kepada mereka.

"Dalam hal ini, pelajar hendaklah ditegah oleh pihak universiti daripada
berterusan melakukan kesalahan tersebut.

"Begitu juga jika seseorang itu memuat turun gambar daripada Internet dan
menyebarkannya, ia juga satu kesalahan jika perkara itu tidak mendapat
keizinan daripada tuan punya gambar.

"Jika gambar tersebut telah didaftarkan untuk hak cipta, individu berkenaan
boleh dikenakan tindakan undang-undang," ujarnya lebih lanjut.
MASALAH cetak rompak sudah sekian lama membelenggu industri tanah air.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Pengeluar/Penerbit Filem


Malaysia (PFM) dan Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia
(RIM), Norman Abdul Halim turut melahirkan rasa kesal di atas sikap tidak
bertanggungjawab sesetengah pihak yang melanggar undang-undang
harta intelek.

Ujarnya, masalah cetak rompak yang membelenggu industri seni hiburan


tanah air sukar untuk diselesaikan jika khalayak sendiri tidak menunjukkan
keprihatinan terhadap isu tersebut.
"Di kalangan karyawan, kami memang tahu
mengenai kepentingan hak cipta atau harta
intelek, cuma mungkin masyarakat tidak
melihat masalah harta intelek sama seperti
kami.

"Masyarakat sepatutnya memahami bahawa


cetak rompak adalah musuh utama dalam
dunia hiburan kerana ia mampu menjejaskan
periuk nasi kami. Saya harap pandangan dan
sikap mereka terhadap isu cetak rompak akan
berubah," kata Norman ketika
dihubungi Kosmo!.

Tambah Norman, kemudahan jalur lebar yang


semakin meluas secara tidak langsung turut
menyumbang kepada peningkatan masalah
cetak rompak digital. Walaupun terdapat akta
yang digubal untuk melindungi golongan
karyawan, namun kesannya tidak begitu
dirasai.

"Bayangkan jika satu ketika dahulu penjualan CD atau VCD boleh


mencecah RM300,000 hingga RM400,000 tetapi sekarang hendak
dapatkan RM100,000 pun terlalu susah.

"Untuk industri perfileman pula, kerugian boleh mencapai RM100 juta


hingga RM200 juta setahun disebabkan masalah cetak rompak ini," tutur
Norman sambil berharap minda orang ramai lebih ke hadapan dalam
melihat isu perlanggaran harta intelek itu.

Anda mungkin juga menyukai