Anda di halaman 1dari 3

adab dan proses sosial yang normal.

Komunikasi yang mesra misalannya dimulai dengan ucapan


salam.

Secara formal, ucapan salam diwajibkan apabila guru memasuki bilik darjah. Murid berdiri dan
menuruti ketua kelas mengucapkan salam, lalu disambut oleh guru. Terdapat juga amalan
sebaliknya, iaitu guru yang masuk memberi salam terlebih dahulu, baharulah murid menjawab salam
itu secara beramai-ramai.

Setiap satu pilihan amalan memiliki justifikasi yang tersendiri. Murid memberi salam terlebih dahulu
atas dasar menghormati ilmu yang datang bersama-sama guru yang masuk kelas. Guru memberi
salam dahulu pula atas alasan orang yang datang ke sesuatu ruang atau tempat mesti menghormati
tuan rumah.

Mana-mana satu pilihan yang dibuat tidaklah menjadi hal, asalkan ucapan salam itu berlaku setiap
kali guru masuk kelas. Generasi muda, iaitu murid telah dibiasakan menghormati generasi yang lebih
berusia dan berpengalaman, iaitu guru mereka. Guru juga menghormati dan mengasihi murid sejajar
dengan bayangan masa lalu mereka sendiri.

Peralihan zaman mengakibatkan persekitaran pembelajaran juga mengalami perubahan. Jika pada
zaman dahulu, murid akan cuba mengelak daripada berselisih dengan guru, hari ini guru pula yang
terpaksa memberi laluan kepada murid. Di luar bilik darjah, sesetengah murid menganggap bahawa
mereka tidak lagi berurusan dengan guru.

Bagi mengembalikan iklim sekolah yang mesra dan sihat, budaya memberi salam perlu disemarakkan
semula.
Greetings are vital to make that first good impression, establish good relationships with your loved
ones and set a positive tone for any conversation whether it is with your friend, boss or client. If you
want to be an effective personality, you should not ignore the importance of greetings. Delivering
right impression and proper greetings to the people you come across, you can make good impact on
others and climb the ladder of success sooner. Greetings not only help you in maintaining a good
social image but also helps you in your professional life. (N.Ahmad, 7:1 Winter 2015)

Anda mungkin juga menyukai