Anda di halaman 1dari 2

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


SEM 1 2028/2019

GGGC 6213
TEORI ASAS PENTADBIRAN PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDU
CHOICE THEORY

DISEDIAKAN OLEH
P97219
WAN ROSNAIDA BINTI WAN MUSA

PENSYARAH
DR. AZLIN HANANI MANSOR
DALAM 300 PATAK PERKATAAN - HURAIKAN KEFAHAMAN DAN PANDANGAN ANDA
TENTANG CHOICE THEORY

Teori Pilihan menyatakan bahawa semua yang perbuatan adalah tingkah laku, semua
tingkah laku manusia adalah pilihan yang dipandu oleh keinginan untuk memenuhi lima keperluan
asas. Teori Pilihan adalah kepercayaan bahawa semua tingkah laku manusia dipilih dan kita
memilih tingkah laku kita dalam usaha memenuhi lima keperluan asas iaitu keselamatan , kasih
saying, kuasa, Kebebasan dan keseronokan Teori Pilihan berdasarkan pada kawalan dalaman
psikologi, dan bukannya motivasi luaran oleh ganjaran dan hukuman. Teori pilihan menegaskan
bahawa manusia sentiasa mempunyai keupayaan untuk mengawal kehidupan mereka dengan
membuat pilihan di mana manusia sentiasa termotivasi oleh apa yang diperlukan pada masa itu.
Teori Pilihan menekankan pentingnya membina dan mengekalkan hubungan positif dengan
orang lain. Ia juga berusaha untuk bekerjasama untuk membangunkan visi bersama untuk
mencapai matlamat yang sama.

Menurut Glasser kesemua masalah psikologi adalah masalah yang berkaitan dengan
perhubungan semasa dimana kita cuba untuk mengawal tingkah laku orang lain melalui “Seven
deadly Habbit” iaitu, mengkritik, meyalahkan, mengadu, berleter,mengancam, menghukum dan
merasuah. Jika kita ingin membina perhubungan yang positif dengan orang yang kita anggap
penting, kita tidak boleh memaksa mereka melakukan sebagaimana kehendak kita tetapi melalui
“Seven Caring Habbit” iaitu menyokong. Menggalakan. Menjadi pendengar yang baik, menerima,
mempercayai, menghormati dan menerima perbezaan

Teori Pilihan dapat diaplikasi di Bilik Darjah di mana guru bertindak sebagai pengurus,
dimana pengurusan yang berkesan dapat meningkatkan keberhasilan pelajar. Guru membantu
pelajar melihat dan memahami dengan belajar bersungguh-sungguh dan melakukan apa yang
diminta adalah usaha yang sepatutnya, menjalinkan hubungan positif dengan pelajar dapat
membina pengalaman pembelajaran yang aktif dan relevan di mana semua pelajar dapat
mengusai apa yang diajar. Keperluan bilik darjah yang memuaskan merupakan aplikasi teori
pilihan di bilik darjah di mana guru menyedari kekuatan diri serta pelajar mereka, memastikan
pelajar melakukan apa yang diminta oleh guru, pembelajaran pelajar meningkat apabila mereka
merasakan mereka berhubung dengan guru-guru mereka, mempunyai kebebasan melontarkan
idea dan pandangan melalui pembelajran dua hala serta merasa bahagia di dalam persekitaran
yang selesa dan selamat.

Anda mungkin juga menyukai