Anda di halaman 1dari 11

1.

(a) Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh : 21 Julai 2008


Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi ( 60 minit )
Tahun : 4 Arif
Bilangan Pelajar : 27 orang
Mata Pelajaran : Kajian Tempatan
Tajuk Pengajaran :
Tema : Perihal Kawasan Setempat
Topik : Cuaca
Sub topik : Keadaan cuaca dan pengaruh cuaca terhadap kegiatan
harian.
1.1 Keadaan cuaca
< hujan
< panas
< mendung
< berangin
< rebut petir
1.2 Pengaruh cuaca terhadap kegiatan harian.
Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid pernah melihat keadaan cuaca seperti hujan,
mendung, hari panas, rebut petir dan hari berangin.
2. Murid-murid pernah diajar menggunakan perisian
MS Word dan melayari internet.
Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat menguasai :
1. Menyatakan maksud simbol-simbol cuaca.
2. Menyatakan pengaruh cuaca ke atas kegiatan harian
penduduk setempat.
Isi Pelajaran : Guru akan menguji kesediaan murid dalam kelasnya, dari
aspek pengetahuan memahami keadaan cuaca pada hari
pengajaran diadakan .
Nilai-nilai murni : 1. Bersyukur dengan keadaan cuaca di tempat tinggal sendiri.
2. Meredhai apa jua keadaan cuaca kerana ia memberi
manfaat kepada hidupan.

Alat Bantu Mengajar : 1. Slaid berkenaan cuaca.


2. Projektor LCD
3. Menyediakan soalan latihan dan MS PowerPoint.
4. Payung.
5. Baju hujan

Bahan Rujukan : 1. Buku Panduan Guru ( Kajian Tempatan Tahun 4 )


2. Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 4.
3. Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4.
4. Modul HBEF3103 ( Prinsip Teknologi Pengajaran )

Langkah Keselamatan :
Guru perlu:
1. memastikan keselamatan murid semasa sesi perbincangan dijalankan di dalam
dan di luar kelas.
2. memastikan keselamatan di dalam makmal komputer terkawal dan suiz elektrik
dimatikan selepaskan digunakan.

Induksi Set.
Lakonan ringkas.
Murid melakonkan aksi ketika hari hujan.
Langkah Penyampaian:

Langkah Isi Pelajaran Kaedah, Media

Induksi set 1. Guru menunjukkan payung dan Media


( 5 minit ) baju Baju hujan dan payung
hujan yang dibawa ke kelas. Kaedah
2. Bersoal jawab secara lisan akan Sumbangsaran dan pemerhatian
penggunaannya –
i. bila ianya diperlukan?
ii. mengapa?
3. Guru meminta dua orang murid
bagi melakonan aksi ketika
hujan
turun.
4. Dua orang murid tampil ke
hadapan dan melakonkan aksi
yang dikehendaki.

Langkah 1 1. Guru mempersembahkan slaid Media


( 10 minit ) MS PowerPoint berkenaan cuaca. Perisian slaid MS Powerpoint.
2. Murid menonton persembahan Kaedah
slaid MS Powerpoint berkenaan Penerangan,
cuaca yang telah disediakan oleh perbincangan dan
guru. sumbangsaran.

Langkah 2 1. Guru mengarahkan murid-murid Media


( 10 minit ) menyelesaikan tugasan dalam Perisisan slaid MS Powerpoint
bentuk lembaran kerja mengikut Kaedah
kumpulan, pemulihan dan Lembaran kerja
pengayaan yang disediakan oleh Penilaian semula,
guru. Perbincangan
2. Murid menyelesaikan tugasan
yang diberi mengikut tahap
kecerdasan mereka.

Langkah 3 1. Guru membahagikan murid- Media


( 20 minit ) murid dalam beberapa kumpulan Internet
dan mengarahkan mereka www.kjc.gov.my/malay/cuaca/
membuat perbincangan dalam cuaca.html
kumpulan untuk mengakses www.kjc/malay/pendidikan/iklim/
internet dan membuat peta minda. iklim01.html
2. Guru menyediakan perisian MS Kaedah
Word dan laluan untuk digunakan Perbincangan
oleh murid-murid bagi memuat Sumbangsaran
turun data-data dari internet. Mengikut arahan
3. Murid membuat perbincangan Mengumpul maklumat
dalam kumpulan untuk mengakses
internet dan membuat peta minda.
4. Murid dikehendaki mencatat
maklumat ringkas untuk
pembentangan di hadapan kelas.
Penutup 1. Guru meminta murid Kaedah
( 5 minit ) menerangkan apa yang dipelajari Penilaian dan pengukuhan.
pada hari ini. Berkomunikasi
2. Guru mempamerkan peta Bimbingan
minda yang murid hasilkan dengan
mengakses internet.

Kesimpulan:
1. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, semua murid di dalam kelas
memberikan tindakbalas yang aktif.
2. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dengan bahan bantuan media.
Murid-murid bersaing mengemukakan pendapat dan mencari maklumat melalui laluan
internet.
3. Murid-murid juga berjaya menjawab beberapa soalan yang dikemukan dalam lembaran
dan membina peta minda dengan bantuan laman web.
4. Objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai di akhir pengajaran.

Penilaian:
1.Penilaian formatif dapat dilakukan berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan:-
- menjawab soalan guru
- menyelesaikan tugas yang diberi oleh guru
- penilaian rakan sebaya

2. Penyediaan bahan bantuan mengajar / bahan media yang menarik dan bersesuaian
dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada murid. Objektif pengajaran pada hari tercapai.
Tugasan :
1. Murid meneroka semasa menonton slaid.
2. Murid menjawab soalan-soalan dalam lembaran kerja.
3. Murid melayari internet bagi mendapatkan maklumat dan membina peta minda.

Ulasan Diri :
1. Sebelum pengajaran dan pembelajaran.
Pelajaran ini amat menarik kerana berkaitan dengan apa yang dilalui setiap hari oleh
murid dalam menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu.
2. Semasa pengajaran dan pembelajaran
keseronokan dirasai ketika melakonkan aksi ketika hari hujan. Semasa aktiviti
kumpulan, murid dapat mengaplikasikan kerja berkumpulan dan bekerjasama dalam
melaksanakan tugas.
3. Selepas pengajaran dan pembelajaran.
Murid-murid dapat mengabungjalinkan pembelajaran yang dipelajari hari ini dengan
cuaca yang sering mereka hadapi setiap hari. Mereka juga mengaplikasikan
penggunaan media ( internet ) dalam meneroka maklumat.

Ulasan Penyelia :
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
1. ( b )
Langkah-langkah ASSURE Elemen-elemen
A – analisis pelajar Langkah-langkah pengajaran ini ditulis berdasarkan
pengetahuan sedia ada dan latar belakang murid
serta taraf ekonomi keluarga murid. Murid-murid ini
tinggal di kawasan felda dan jauh daripada
kesibukan lalulintas. Kebanyakkan daripada mereka
datang ke sekolah dengan berbasikal atau dihantar
oleh keluarga dengan motosikal. Prestasi pelajaran
dan kemahiran yang dimiliki murid-murid ini
sederhana tetapi mempunyai sikap ingin maju dalam
pelajaran. Pengetahuan sedia ada berdasarkan tajuk
ialah berkaitan dengan keadaan cuaca yang dihadapi
ketika datang dan balik dari sekolah. Murid-murid
ini juga telah didedahkan dengan penggunaan
komputer di makmal sekolah sewaktu kelas
pembelajaran komputer.
S– nyatakan objektif Berdasarkan rancangan pengajaran dan pengetahuan
sedia ada murid, objektif pengajaran meminta murid
menyatakan keadaan cuaca yang sering berlaku di
tempat tinggal mereka dan simbol-simbol cuaca
yang dipelajari serta pengaruh cuaca terhadap orang
ramai. Ianya dipilih mengikut pengalaman dan
pemerhatian murid terhadap persekitaran mereka.
S – pilih kaedah, media dan Untuk menarik minat dan kesungguhan murid untuk
bahan mempelajari topik ini, pelbagai kaedah, media dan
bahan bantu mengajar yang digunakan. Dalam set
induksi, guru menggunakan bahan-bahan maujud
iaitu payung dan baju hujan menggunakan kaedah
simulasi ( lakonan ringkas ). Penggunaan perisian
slaid MS Powerpoint dan mengakses internet bagi
mendapatkan maklumat ternyata dapat menarik
minat murid meneruskan pembelajaran hingga ke
akhir waktu. Murid-murid secara berkumpulan
berbincang dan bekerjasama bagi menghasilkan dan
menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
Perbincang dan sesi soal jawab turut memainkan
peranan untuk pemahaman murid.
U – gunakan media dan bahan Penggunaan media dan bahan di tahap sederhana
dapat membantu murid belajar dan memudahkan
guru mengendalikannya. Media dan bahan yang
teratur dan tidak terlalu banyak memperlihatkan
susunan pengajaran yang tersusun.
R – dorong penglibatan pelajar Guru melibatkan murid secara aktif dari awal
hingga akhir pengajaran dan pembelajaran. Aksi
lakonan ringkas dalam set induksi bagi
memperkenalkan topik pengajaran. Cetusan idea
dalam persembahan slaid MS Powerpoint membantu
murid memahami isi pengajaran. Ini dapat dilihat
apabila murid boleh menyiapkan dan melengkapi
lembaran kerja yang diberi dan membina peta minda.
Aplikasi gerakerja kumpulan mendorong murid
menerapkan nilai murni iaitu saling bantu
membantu.
E – nilai dan semak Penggunaan media dan bahan menyeluruh dan
menarik. Hasil pengajaran dan pembelajaran pada
hari ini baik dapat dicapai. Penyampaian isi
pengajaran dan pembelajaran menarik minat murid.
Kemahiran menggunakan komputer dan mengakses
internet dengan bantuan guru meningkatkan
pengetahuan murid terhadap media yang digunakan
pada hari ini.
2. 0
Kaedah Perbincangan
Strategi pengajaran merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan maklumat dan
membuat keputusan bagaimana menyampaikannya ( Dick & Carey, 1996 ). Kaedah
pengajaran pula adalah cara menyampaikan maklumat atau menjalan aktiviti pengajaran,
contohnya kuliah, perbincangan, main peranan, simulasi dan lain-lain.
Dalam pengajaran yang dilaksanakan , guru menggunakan strategi perbincangan.
Pembentukan kaedah perbincang memerlukan masa, praktis dan maklum balas.
Dalam kaedah ini, pengkongsian maklumat dapat dilakukan. Guru dan murid-murid
berkongsi maklumat bersama-sama daripada persembahan slaid MS Powerpoint sebagai
pencetus idea. Guru dan murid berbincang bersama-sama. Ini bertujuan untuk kefahaman
dan menambah pengetahuan murid terhadap cuaca selain daripada yang tercatat di dalam
buku teks dan apa yang dialami oleh mereka pada setiap hari. Soalan-soalan yang
dikemukakan oleh guru dan pertanyaan daripada murid menyatakan maklumbalas
terhadap pelajaran.
Seterusnya, guru memberikan latihan pengukuhan bagi mengukur tahap kefahaman
murid terhadap isi pelajaran setelah selesai sesi perbincang. Guru menghasilkan tugasan
dalam bentuk lembaran kerja sebagai latihan. Aktiviti ini dilakukan oleh murid bersama-
sama rakan.
Melalui aktiviti pengayaan pula, murid-murid dibahagi mengikut kumpulan-kumpulan
kecil. Kumpulan-kumpulan ini mengabungkan tahap kognitif murid iaitu pelajar
cemerlang, sederhana dan lemah. Dalam aktiviti berkumpulan ini, murid berbincang
untuk melaksanakan tugasan dengan bantuan guru sebagai pembimbing. Di sini, murid
dapat mengaplikasikan cara belajar menggunakan komputer dan internet yang telah
mereka pelajari. Kaedah perbincangan berlaku. Murid-murid mendapatkan maklumat
dan membentangkan hasil dapatan untuk dikongsi bersama kumpulan yang lain.
Dalam aktiviti penutup, soal jawab dan pembentang dilakukan. Kaedah perbincangan
turut dilaksanakan di sini. Guru dan murid membincangkan pengetahuan yang diperolehi
murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diajar pada hari ini.

Pengenalan
Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982). Ia bertujuan untuk
menyediakan panduan rancangan mengajar yang memerlukan penggunaan media.
Perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah ini lebih berfokus kepada murid-
murid.Model ASSURE ini mengandungi enam langkah iaitu:
A – Analyse learner ( Analisis pelajar )
S - State objective ( Nyatakan objektif )
S - Select method, media, and materials ( Pilih kaedah, media, dan bahan )
U - Ulitise media and materials ( Guna media dan bahan )
R - Require learner participation ( Dorong penglibatan pelajar )
E - Evaluate and revise ( Nilai dan semak )
Sebelum rangcangan pengajaran ditulis dan pengajaran dilaksanakan, guru perlu
memahami akan diri pelajarnya, tahap kesediaan pelajar dan pengetahuan sedia ada
pelajar terhadap tajuk pelajaran yang akan diajar. Ini bertujuan untuk guru membuat
objektif pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran ini pula dapat dicapai melalui
pemilihan kaedah pengajaran , media dan bahan yang digunakan semasa proses
pengajaran guru. Malah penggunaan media dan bahan, boleh dijadikan sebagai daya
menarik perhatian murid untuk mengikut pembelajaran hingga ke akhir waktu.
Penglibatan pelajar harus diberi perhatian khusus ketika proses pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung. Dalam situasi ini, guru sebagai fasilitator dan
pembimbing manakala murid dilibatkan sepenuhnya dalam segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Sekiranya ini dapat diaplikasikan, aktiviti pengajaran dan pembelajarn berlangsung dalam
suasana yang menarik dan dapat meningkatkan keyakinan diri murid serta sentiasa
berusaha untuk mendapatkan maklumat.

Rujukan
1. Modul OUM HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran
2. Sukatan pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4
3. Buku panduan guru ( Kajian Tempatan Tahun 4 )
4. Buku teks Kajian Tempatan Tahun 4

Anda mungkin juga menyukai