Anda di halaman 1dari 4

KELAS ROBOTIK

1. PENGENALAN

Kelas Robotik ………….. merupakan salah satu aktiviti yang diwujudkan untuk memberi
penekanan terhadap aspek kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid, melalui
pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. Kelas
Robotik juga merupakan usaha berterusan dalam mempromosi inovasi serta pendidikan
dalam bidang sains dan teknologi di sekolah selaras dengan kehendak Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Aktiviti yang dijalankan oleh murid adalah dengan menggunakan kreativiti serta
pelbagai strategi untuk mereka bentuk dan membina robot, sekali gus merupakan
pendekatan terbaik yang menggabungkan kepakaran dan inovasi. Dengan
berinspirasikan aspek kreatif dan inovatif, pembinaan robot ini juga boleh menjadi satu
ikon untuk ………………………………..

Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai modal insan
yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, dinamik serta mampu bersaing dalam
bidang industri sains dan teknologi yang sedang mengalami perkembangan pesat.

Kelas Robotik di ………………. dijalankan dibawah program PIBG dengan kerjasama


…………….. sebagai tenaga pengajar. Sehingga kini kelas robotik terdiri dari murid
tahun 3 hingga tahun 5 dengan jumlah seramai 70 orang dan telah berlangsung selama
2 tahun bermula 2016 hingga 2018.
2. MATLAMAT
Matlamat utama kertas kerja ini adalah untuk mewujudkan kelas robotik dibawah
kelolaan program …………………………..

3. OBJEKTIF
i. Membantu murid membina satu asas yang kukuh dalam bidang Matematik,
Sains Teknologi, Reka bentuk serta teknologi maklumat dan komunikasi ict
melalui pengaam Hands on atau penyelidikan.

ii. Melatih murid bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang mencabar


dalam semangat berpasukan.

iii. Membolehkan murid membina pemikiran logik dan sistematik semasa mereka
merancang dan melaksana program melalui pemprograman robot.

iv. Meningkatkan kreativiti murid menyelesaikan masalah.

4. KONTEKS KURIKULUM
Sistem kurikulum kelab ini direka khas untuk murid sekolah rendah, bermula dari tahun
4 sehinggalah tahun 6. Di bawah ialah elemen-elemen akademik yang akan diterapkan
di dalam sistem kurikulum kelab:
Sains:
 Pengumpulan Maklumat Saintifik
 Penyelesaian Masalah
 Penyelidikan Saintifik
Matematik:
 Pengumpulan & Pengurusan Data
 Penyelesaian Masalah
 Pengaplikasian Konsep Matematik
 Permodelan Matematik
Teknologi:
 Kreativiti & Inovasi
 Komunikasi & Kolaborasi
 Pemikiran Secara Kritis
 Penyelesaian Masalah
5. PELAKSANAAN AKTIVITI
HARI : Setiap SABTU
MASA : 9.00 am- 11.00am
YURAN : RM …………. sebulan
SASARAN MURID : Murid tahun 3 hingga Tahun 5

6. JAWATANKUASA
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
:
:
:
Penyelaras SKK :
Setiausaha :
AJK :
:
:
:

7. PENUTUP
Cadangan kelas robotik ini diharap mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak ............. murid-murid dapat menterjemahkan bakat mereka yang mampu dan
mengorak langkah dengan lebih jauh. Melalui kelas ini juga, bakat-bakat baru akan
muncul bagi mewakili sekolah ke peringkat negeri, kebangsaan dan akhir sekali
peringkat antarabangsa. Semoga usaha yang sedikit ini, mampu mengharumkan nama
sekolah dan pihak ..........
8. Sokongan / Pengesahan Penasihat

Saya telah mendengar penjelasan dan berbincang dengan jawatankuasa pelaksana dan
bersetuju / tidak bersetuju program ini dijalankan.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

……………………………….. ….......…………………
(........................................ ) Tarikh
Guru Besar
Sekolah ...............
.

9. Sokongan / Pengesahan Penaung

Saya telah mendengar penjelasan dan berbincang dengan jawatankuasa pelaksana dan
bersetuju / tidak bersetuju program ini dijalankan.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

………………………………….. ….......…………………
(................................................ ) Tarikh
.................
Sekolah K............................

Anda mungkin juga menyukai