Dokumen - Tips - Contoh Kesalahan Penanda Wacana
Dokumen - Tips - Contoh Kesalahan Penanda Wacana
Rate this:
Tuesday, 8 April 2014
PENANDA WACANA
Dalam sesebuah hasil penulisan, penggunaan penanda wacana atau dikenal juga sebagai perangkai ayat
dapat memastikan wujud kesinambungan dan pertautan antara satu idea dengan idea yang lain.
Kewujudannya dalam sesuatu wacana secara berkesan akan memantapkan hasil penulisan tersebut
selain dapat membuat perkaitan antara ayat dengan ayat, mahupun antara perenggan dengan
perenggan.
Antara contoh penanda wacana yang lazimnya ditemukan dalam sesebuah penulisan ialah selain itu, di
samping itu, walau bagaimanapun, apatah lagi, lebih-lebih lagi, jika demikian, oleh sebab itu, oleh itu,
justeru, lantaran itu dan namun begitu. Para guru sering mengingatkan para pelajar agar tidak
melupakan penanda wacana semasa menulis karangan kerana selain dapat membantu mereka
menghasilkan pertautan idea, karangan yang dibina dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai
akan kelihatan lebih mantap. Penggunaan penanda wacana yang tepat pada tempatnya menunjukkan
kematangan para pelajar ataupun seseorang penulis menggunakan bahasa dengan baik.
Namun begitu, kadangkala berlaku kesalahan penggunaan penanda wacana yang berpunca daripada
kurangnya pengetahuan tentang cara menulis, fungsinya serta aspek tatabahasa yang perlu dipatuhi.
Misalnya, tidak meletakkan tanda koma ( , ) selepas penanda wacana yang berfungsi sebagai frasa.
Contohnya,
1. Pihak kerajaan akan memastikan pendapatan para petani dapat ditingkatkan. Oleh itu pelbagai
langkah yang difikirkan sesuai sedang direncanakan.
( Sepatutnya : Oleh itu, pelbagai langkah… )
Para pengguna bahasa kadangkala menulis penanda wacana yang tidak tepat dari segi struktur
tatabahasanya. Misalnya,
2. Dia amat gemar akan buah manggis. Selain daripada itu, dia juga menggemari buah nangka.
( Sepatutnya : Selain itu,… )
3. Pihak berkuasa akan memperhebat gerakan memburu penjenayah itu. Ini kerana dia sangat
berbahaya. ( Sepatutnya : Hal ini demikian kerana… )
4. Suria sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum dan pencapaiannya dalam akademik amat baik. Oleh
kerana itu, dia dipilih sebagai Ketua Murid. (Sepatutnya : Oleh sebab itu,… )
5. Dia berlatih di padang setiap petang. Walaubagaimanapun, dia tidak mengabaikan pelajarannya.
( Sepatutnya : Walau bagaimanapun,… )
6. Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Justeru itu, kerajaan mengambil
pelbagai pendekatan untuk mengatasinya. (Sepatutnya : Oleh itu,… )
Kebanyakan pengguna bahasa menganggap justeru itu bermaksud oleh itu. Sebenarnya, jika dirujuki
Kamus Dewan edisi ketiga pada halaman 551, kita akan mendapati makna justeru yang diberikan ialah :
1. kebetulan, tepat, kena benar.
2. malahan, bahkan.
Maksud yang kedua, iaitu malahan dan bahkan yang bersinonim dengan justeru. Sebab itulah tidak
tepat penggunaan justeru itu kerana tidak wujud bentuk malahan itu ataupun bahkan itu. Penggunaan
justeru dalam ayat yang gramatis seperti yang berikut :
7. Saya tidak pernah mengkhianatinya, justeru saya sering membantunya ketika dia dalam kesusahan.
8. Tindakan mereka bukan sahaja melanggar kemahuan orang tua mereka, justeru melanggar adab
susila orang-orang timur.
Demikianlah serba ringkas penerangan yang dapat dikongsi bersama-sama dalam usaha kita
menggunakan dan menggalakkan penggunaan bahasa yang betul, berkesan, dan menepati hukum
bahasa. Semoga bahasa kita dapat dimartabatkan dengan keazaman untuk membetulkan kebiasaan yang
salah dan membiasakan penggunaan yang betul.
· Sebagai contohnya
· Biar kita lihat
· Biar kita ambil contoh
· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
· Sebagai analoginya,
· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah
perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama
H. PENANDA WACANA UMUM
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu
idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana
berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan
wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana
seperti berikut:
1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping
2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya
3. Penyataan semula: iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan
4. Contoh: contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai
5. Rumusan: rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun,
akhirnya
8. Sebab dan kesan: oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,
dengan itu
9. Bandingan: seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan
dengan
Kata penghubung
-tetapi
-lalu
-jika
-serta
-agar
-supaya
-sungguhpun
-kerana
-walaupun
Penambahan
-dan
-sebenarnya
-juga
-sekali lagi
-bertitik tolak
-hal ini
-tambah lagi
-lebih-lebih lagi
-selain juga
Perbandingan/ Perbezaan
-tetapi
-selain itu
-walaupun
-sehubungan dengan
- sebagaimana
-sebaliknya
-sama dengan
-berbeza dengan
-walau bagaimana sekalipun
-selari dengan
-walau bagaimanapun
-namun demikian
Turutan
-pertamanya
-akhirnya
-selain itu
-keduanya
-seterusnya
-pertama sekali
-selepas itu
Contoh
-contohnya
-biar kita ambil contoh
-khususnya
-misalnya
-terutamanya
-umpamanya
-seperti
Masa
-akhirnya
-sesekali
-dewasa ini
-sebelum ini
-selepas itu
-pada mulanya
-semenjak itu
-sementara itu
-serentak dengan
-ada ketikanya
Kesimpulan
-oleh itu
-jadi
-kesimpulannya
-jelaslah
-kesudahannya
-sesungguhnya
-pendek kata
-walaupun
-ringkasnya
-marilah kita
-sebagai rumusan
-demikianlah
-kejayaan...bergantung pada
-pada keseluruhannya
-(peribahasa)
-dengan ini
-amnya
-sememangnya
-selaras dengan
-lazimnya
-justeru itu
-sementelahan pula
-secara khususnya
-pada kebiasaannya
Penanda Wacana
d) Dewasa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
i) Seterusnya,
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
c) Oleh itu,
d) Maka,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,
vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
Contoh : Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala
a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
· Dengan adanya
http://cgfitz.blogspot.com/2014/04/penanda-wacana.html