Anda di halaman 1dari 32

TUGASAN

1
1.0 Konsep Fonetik dan Fonologi

Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996 :354), fonetik ialah ilmu bahasa
(linguistic) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan
sebutannya. Bunyi-bunyi yang seakan-akan bunyi bahasa atau bunyi-bunyi lain atau bunyi-
bunyi selain bunyi bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi menyerupai bunyi
bahasa manusia, bahkan bunyi yang dihasilkan manusia yang bukan daripada organ-organ
sebutan manusia atau bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan diucapkan oleh alat
pertuturan manusia ataupun bunyi mungkin dihasilkan oleh alat artikulasi tetapi tidak
digunakan dalam pertuturan, misalnya bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi berdehem, bunyi
dengkuran, sendawa dan yang seakan dengannya bukanlah dalam penelitian fonetik.

Justeru itu, fonetik bermaksud meneliti bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
organ sebutan manusia dalam pertuturan mengikut cara pengeluarannya, daerah
pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat untuk menghasilkan bunyi bahasa.
Fonetik juga merangkumi penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Fonetik merangkumi
tiga aspek iaitu penelitian penghasilan bunyi bahasa yang diucapkan oleh alat-alat
pertuturan atau lebih dikenali sebagai fonetik akustik. Aspek yang ketiga ialah penerimaan
bunyi bahasa dalam proses pendengaran, termasuk nada, kelantangan, kepanjangan dan
kualiti bunyi serta tindak balas pendengar untuk mengetahui rangsangan fizikal yang
didengarinya yang juga dikenali sebagai fonetik auditori.

2
2.0 Perbezaan Fonetik dan Fonologi

Cakupan kedua-dua bidang ini sering kali menimbulkan masalah bagi meletakkan garis
pemisah antara kedua-duanya. Kedua-dua bidang ini adalah saling berkaitan antara satu
sama lain. Bahkan kedua-duanya adalah saling melengkapi. Justeru, apabila kita berbicara
tentang fonologi tidak dapat tidak aspek fonologi juga turut disentuh. Walau bagaimanapun
ada definisi yang diberikan oleh sarjana dalam bidang ini yang cuba memisahkannya.

Ada ahli bahasa yang mendefinisikan fonetik sebagai kajian tentang bunyi bahasa
manakala fonologi sebagai kajian tentang sistem bunyi bahasa. Fonetik yang merujuk
kepada kajian tentang bunyi bahasa adalah kajian yang membincangkan deskripsi yang
dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi ini dengan menggunakan organ sebutan. Kajian
ini dilakukan samalah seperti kajian terhadap aktiviti sebuah orchestra muzik yang
dimainkan oleh setiap instrument muziknya secara terancang. Setiap bunyi yang terhasil ini
mempunyai cirinya yang tersendiri sebagaimana yang dirakamkan dalam bentuk notasi
muzik. Dengan kaedah yang sama, bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia juga
dikaji.

Sementara itu, ada sarjana lain yang menganggap fonologi itu sebagai perkara yang
pada asasnya adalah fonetik. Cuma fonologi memerlukan konsep, istilah dan notasi fonetik
sebagai unsur tambahan. Penambahan unsur fonetik ini adalah bagi menghasilkan suatu
set konsep-konsep baru yang tersendiri. Malah, kajian terhadap fonologi tidak boleh berlaku
sehinggalah kita mempunyai asas pengetahuan yang kukuh dalam semua aspek bidang
fonetik. Bunyi-bunyi bahasa yang terdiri daripada struktur fonik sesuatu bahasa ini dikatakan
fonologi.

Analogi yang mudah bagi membezakan garis pemisah antara cakupan kedua-dua
bidang ini adalah seperti hubungan antara warna-warna yang digunakan dalam lampu
isyarat lalu lintas. Sistem pertukaran warna-warna tersebut membawa fungsi makna-makna
yang berlainan. Sistem lampu isyarat lalu lintas yang sedia ada kini disepakati dan
digunakan di seluruh dunia dengan makna yang sama. Warna-warna yang digunakan dalam
sistem lampu isyarat lalu lintas itu adalah mengikut susunan warna yang tetap, iaitu merah,
jingga dan hijau. Warna merah melambangkan mankan berhenti, jingga sebagai bersedia
manakala hijau bermaksud boleh meneruskan perjalanan. Pengetahuan tentang fungsi-
fungsi makna warna ini dipelajari oleh sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan lesen
memandu kenderaan di jalan raya.

3
Pengetahuan bagi memahami penggunaan warna-warna ini dalam sistemnya dapat
disamakan seperti dalam bidang kajian fonologi. Ini bererti apabila seseorang ingin mengkaji
bidang fonologi, dia juga perlu menguasai sistem penggunaan dan penyusunan fonem-
fonem dalam bahasa. Ini berkaitan dengan strukturnya dalam sesuatu bahasa, iaiyu dengan
fonotaktik dalam bahasa. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu terdapat sistem
keselarasan bunyi, sistem persukuan, sistem abjad vokal dan konsonan dan sebagainya.
Semua perkara ini berkaitan dengan sistem bunyi yang wujud dalam bahasa. Sesiapa yang
berminat mempelajari bahasa yang bukan bahasa ibundanya, maka dia perlu mempelajari
sistem ini setelah menguasai aspek fonetiknya.

Seterusnya bandingkan senario ini dengan sistem dalam lampu isyarat lalu lintas.
Andaikan jika warna merah pada kedudukan pertama dalam lampu isyarat ditukarkan
dengan warna biru, tetapi bilangan warna yang digunakan masih sama jumlahnya, iaitu tiga
warna. Kita akan dapat melihat bahawa pertukaran warna ini tidak menjejaskan
pengetahuan, kefahaman dan kelaziman yang sedia ada dalam fikiran pengguna-pengguna
jalan raya. Mengapa ini terjadi? Jawapannya adalah kerana sistem urutan dan struktur
fungsi makna tidak berubah kecuali warna merah digantikan dengan biru, manakala yang
lain-lain masih sama.

Bayangkan pula apabila satu warna lain ditambah kepada sistem lampu isyarat yang
dahulunya mempunyai tiga warna, merah, jingga dan hujau itu kini diikuti pula oleh warna
biru. Tambahan warna baru dalam sistem yang sedia ada akan menimbulkan kekeliruan
kepada pengguna kerana ia berlainan atau wujud di luar apa yang sedia ada dan dipelajari
sebelum ini. Para pengguna jalan raya pasti tertanya-tanya apakah fungsi warna biru yang
diletakkan selepas warna hijau tersebut.

Kecelaruan yang sama berlaku dalam bahasa, iaitu seandainya kita menambah fonem-
fonem tertentu ke dalam struktur sesuatu bahasa kita tentu khalayak pengguna bahasa kita
akan ‘celaru’ sehinggalah mereka dapat mengasimilasi dan mengadaptasi fonem yang baru
ditambah itu. Dengan kata lain, analogi yang dikemukakan ini dapat menunjukkan fonologi
mempunyai sistem, samalah seperti yang dikiaskan kepada sistem pada lampu isyarat lalu
lintas.

Sementara itu, kajian fonetik dalam kasus ini dilihat dengan kewujudan warna-warna ini,
iaitu bagaimana warna merah, jingga dan hijau ini terhasil? Bagaimana membezakan antara
warna merah jambu dengan warna merah pulasan, hijua dengan hijau muda, hijau dengan
hijua tua dan sebagainya. Apakah ciri-ciri yang membezakannya? Situasi ini sama seperti
dalam kajian fonetik yang mendeskripsikan, mengklasifikasi dan memberikan sifat-sifat

4
bunyi bahasa. Ringkasan perbezaan antara kedua-dua bidang ini dapat dilihat dalam jadual
berikut :

Fonetik Fonologi
Kajian tentang bunyi. Kajian tentang bahasa.
Kajian fonetik dapat dipecahkan kepada tiga Kajian fonologi adalah berkaitan dengan
bahagian iaitu fonetik akustik, fonetik hubungan antara butir-butir leksikal dengan
artikulasi, fonetik forensik dan fonetik butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat.
auditori.
Bidang fonetik mengkaji unsur setiap bunyi. Bidang fonologi mengkaji pola-pola intonasi.
Bidang fonetik menghasilkan transkripsi Bidang fonologi menghasilkan sistem ejaan
fonetik untuk semua bunyi dari semua sesuatu bahasa.
bahasa.

Jadual 1.0 (a) : Perbezaan antara fonetik dan fonologi

Rumusannya, kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi
memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila sudah menguasai
bidang fonetik barulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan
dihuraikan dengan sempurna. Hubung kait antara kedua-dua bidang ini sangat rapat
sehingga sarjana yang menyatakan bahawa kedua-dua bidang ini mengkaji korpus yang
sama tetapi dari sudut pandangan yang berbeza dan garis pemisah untuk kedua-duanya
terlalu kabur untuk diperjelaskan.

5
3.0 Alat-alat artikulasi dan artikulator

Alat artikulasi atau alat pertuturan berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Bunyi
bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan diftong. Alat-alat yang terlibat ini juga
mempunyai tugas-tugas asas seperti mengunyah makanan dan menghembus nafas. Setiap
alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang
tertentu. Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah
artikulasi.

Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti


bibir, lidah dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Manakala, daerah
artikulasi melibatkan gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Kesemua bahagian
alat pertuturan tersebut terletak di atas rongga mulut yang tidka boleh digerak-gerakkan dan
hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

1 Bibir atas
2 Bibir bawah
3 Gigi atas
4 Gigi bawah
5 Gusi
6 Lelangit keras
7 Lelangit lembut
8 Anak tekak
9 Hujung lidah
10 Hadapan lidah
11 Tengah lidah
12 Belakang lidah
13 Akar lidah
14 Epiglotis
15 Pita suara
16 Rongga tekak
Rajah 3.0 (a) : Alat-alat artikulasi 17 Rongga hidung
18 Rongga mulut
19 Rahang
20 Tenggorok

Jadual 3.0 (a): Nama-nama Alat


Artikulasi

6
3.0 Cara Pengeluaran Bunyi Fonem Segmental

Fonem merupakan unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata. Bunyi-
bunyi yang diujarkan oleh alat artikulasi sangat banyak, namun ia digolongkan kepada
beberapa bunyi yang penting sahaja. Bahasa Melayu terdiri daripada 27 fonem asli dan 9
fonem pinjaman. Dalam fonem asli, terdapat sebanyak 6 fonem vokal, 18 fonem konsonan
dan 3 fonem diftong.

3.1 Unsur Bunyi Vokal

Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara dari paru-paru keluar
melalui rongga mulut tanpa sekatan dan gangguan. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri
kelantangan dan kepanjangan dalam erti kata bunyi itu dapat didengar jelas dan lebih
panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.

“Vokal adalah bunyi bersuara yang terhasilkan apabila udara dari paru-paru keluar
berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan,sekatan atau himpitan yang boleh
menimbulkan bunyi-bunyi geseran”.

Sumber : Daniel Jones (1930) dalam bukunya “Outline of English


Phonetic”

Berdasarkan pentakrifan tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan


bunyi-bunyi bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan.
Penggetaran pita suara itu tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga mulut.
Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan.
Vokal dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan
vokal belakang. Kedudukan bunyi vokal dapat dilihat dalam rajah yang berikut:

Rajah 3.1 (a) : Kedudukan Bunyi Vokal dalam Bahasa Melayu

7
Jenis vokal Lambang Nama Vokal
Vokal Hadapan [i] Vokal hadapan sempit
[e] Vokal hadapan separuh sempit
[Ԑ] Vokal hadapan separuh luas
[a] Vokal hadapan luas
Vokal Tengah [ə] Vokal tengah pendek
[3] Vokal tengah panjang
Vokal Belakang [ù] Vokal belakang sempit
[o] Vokal belakang separuh sempit
[Ͻ] Vokal belakang separuh luas

Jadual 3.1 (b) : Jenis-jenis Vokal Bahasa Melayu

Berdasarkan jadual 3.1 (b) , menujukkan terdapat lapan bunyi vokal dalam bahasa
Melayu, tetapi hanya enam sahaja yang biasanya berlaku dalam pertuturan bahasa Melayu
standard iaitu [i], [e], [a], [ə], [u] dan [o]. Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi
kepada tiga jenis iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Terdapat empat
vokal depan, iaitu [i], [e], [Ԑ], dan [a], tiga vokal belakang iaitu [u], [o] dan [Ͻ] dan satu vokal
tengah, iaitu [e].

Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal yang terhasil itu ialah lidah, sama ada
bahagian depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah seperti dalam jadual di bawah:

Bahagian lidah yang terlibat Bunyi vokal yang terhasil


Depan lidah Vokal depan
Tengah lidah Vokal tengah
Belakang lidah Vokal belakang

Jadual 3.1 (c) : Bahagian Lidah Yang Terlibat Dalam Penghasilan Bunyi Vokal

8
3.1.1 Cara Penghasilan Bunyi Vokal

(a) Vokal Hadapan


Contoh
Jenis Vokal Proses Pengujaran
Perkataan

Depan Sempit [ i ] Awalan:


Hadapan lidah dinaikkan ke arah lelangit
Ijab
keras, manakala bibir dalam keadaan
Tengah:
dihamparkan. Lelangit lembut dan anak
Minum
tekak dinaikkan untuk menutup rongga
Akhiran:
untuk membuat sekatan halangan. Pita
Beli
suara dirapatkan dan digetarkan.

Depan Separuh Awalan:


Bibir atas dan bibir bawah dihamparkan.
Sempit [ e ] Ekor
Lidah dinaikkan separuh tinggi, lelangit
Tengah:
lembut dan anak tekak dinaikkan untuk
Kekok
menutup rongga hidung. Udara dari
Akhiran:
peparu dikeluarkan melalui rongga mulut.
Kole
Pita suara dirapatkan dan digetarkan.

Depan Separuh Awalan:


Lidah dinaikkan separuh rendah ke lelangit
Luas [ Ԑ ] Esok
keras untuk menutup rongga hidung.
Tengah:
Udara dari peparu keluar melalui rongga
Kek
mulut. Pita suara digetarkan. Bibir berada
Akhiran:
dalam keadaan dihamparkan
Ole-ole

Depan Luas [ a ] Awalan:


Hadapan lidah direndahkan, lelangit
Angsa
lembut dan anak tekak dinaikkan. Udara
Tengah:
dari peparu keluar melalui rongga mulut.
Rapi
Pita suara digetarkan.
Akhiran:
Lupa

Jadual 3.1.1 (a) : Cara Penghasilan Vokal Hadapan

9
(b) Vokal Belakang

Contoh
Jenis Vokal Proses Pengujaran
Perkataan

Belakang Sempit [ u Awalan:


Dihasilkan dengan mengangkat belakang
] Ungka
lidah setinggi mungkin di atas, tetapi tidak
Tengah:
menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir
Tuba
dibundarkan.
Akhiran:
Batu

Separuh Sempit [ o ] Awalan:


Bunyi dihasilkan dengan menurunkan
Orang
belakang lidah 1/3 di antara tempat yang
Tengah:
paling tinggi dan tempat yang paling
Roket
rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.
Akhiran:
Milo

Separuh Luas [ Ͻ ] Awalan:


Belakang lidah dinaikkan separuh luas ke
Oleh
aras lelangit lembut. Lelangit lembut dan
Tengah:
anak tekak dinaikkan untuk menutup
Boleh
rongga nasal. Peti suara digetarkan. Bibir
Akhiran:
berada dalam keadaan bundar.
Pidato

Jadual 3.1.1 (b) : Cara Penghasilan Vokal Belakang

10
(c) Vokal Tengah

Contoh
Jenis Vokal Proses Pengujaran
Perkataan

Tengah Pendek [ ə ] Lidah dinaikkan ke bahagian lelangit Awalan:


Emak
lembut dan lelangit keras. Lelangit lembut
dan anak tekak dinaikkan untuk menutup Tengah:
Boleh
rongga nasal. Pita suara dirapatkan untuk
membenarkan udara melaluinya. Peti
suara bergetar. Vokal hanya terdapat pada
bahagian awalan dan pertengahan.

Jadual 3.1.1(c) : Cara Penghasilan Vokal Tengah

11
3.2 Unsur Bunyi Konsonan
Konsonan atau secara tradisional dinamakan huruf mati iaitu huruf-huruf selain vokal. Bunyi-
bunyi konsonan mungkin bersuara dan mungkin tidak. Konsonan terbahagi kepada dua,
iaitu konsonan Melayu asli dan konsonan pinjaman.

3.2.1 Bunyi Konsonan Melayu Asli

Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada konsonan letupan, konsonan geseran,
konsonan sisian, konsonan sengauan dan konsonan separuh vokal.

Daerah Sebutan

Cara Bibir Gusi-gisi Lelangit Lelangit lembut Glotis


sebutan keras

Letupan p b t d - k g -

Letusan - - c j - -

Sengau m n (ny) (ng) ŋ -

Geseran - s - - h

Getaran - r - - -

Sisian - l - - -

Separuh w - y - -
vokal

Jadual 3.2.1 (a) : Bunyi Konsonan Asli

12
3.2.2 Cara Menghasilkan Bunyi Konsonan Melayu Asli

a) Konsonan Letupan

Konsonan Cara Membunyikannya


Letupan dua bibir tidak 1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh
bersuara [p] pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.
2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ke dinding
rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-
paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara.
Letupan dua bibir Cara membunyikannya sama seperti membunyikan
bersuara [b] konsonan [p]. Bezanya ialah:

1. Pita suara dirapatkan.


2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut
dengan menggetarkan pita suara.

Letupan gusi tidak 1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat
bersuara [t] sekatan penuh pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang/ke dinding rongga tekak untuk menutup arus
udara ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut
tanpa menggetarkan pita suara.
5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi
dilepaskan serta-merta.

Letupan gusi bersuara Cara membunyikannya sama seperti membunyikan


[d] konsonan [t]. Bezanya ialah:
1. Pita suara dirapatkan.
2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut
dengan menggetarkan pita suara.

13
Letupan lelangit lembut 1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk
tidak bersuara [k] membuat sekatan penuh pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga
tekak bagi menutup arus udara dari paru-paru ke
rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut
tanpa menggetarkan pita suara.
5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah
dilepaskan serta-merta.
Letupan lelangit lembut Cara membunyikannya sama seperti membunyikan
bersuara [g] konsonan [k]. Bezanya ialah:
1. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit
lembut untuk membuat sekatan
2. penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru.
3. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding
tekak untuk membuat sekatan
4. supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
5. Pita suara dirapatkan.
6. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut
dengan menggetarkan pita suara.

Jadual 3.2.2 (a) : Konsonan Letupan

14
b) Konsonan Sisian

Konsonan Cara Membunyikannya


Konsonan sisian 1. Hujung lidah dikenakan pada gusi.
gusi bersuara [ l ] 2. Lelangit lembut dab anak tekak dinaikkan ke belakang
rongga tekak.
3. Pita suara dirapatkan.
4. Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan
menggetarkan pita suara.
5. Arus udara dibiarkan keluar melalui lidah sahaja.

Jadual 3.2.2 (b) : Konsonan Sisian

c) Konsonan Letusan

Konsonan Cara Membunyikannya

Letusan lelangit 1. Hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk


keras tak bersuara [c] membuat sekatan pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa
digetarkan pita suara.
5. Udara yang disekat oleh hadapan lidah di lelangit keras
dilepaskan perlahan-lahan.

Letusan lelangit Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan


keras bersuara [j] [c]. Bezanya ialah:

1. Pita suara dirapatkan.


2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut
dengan menggetarkan pita suara.
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi
bersuara [j]

Jadual 3.2.2(c) : Konsonan Letusan

15
d) Konsonan Getaran

Konsonan Cara Membunyikannya


Getaran gusi 1. Hujung lidah dikenakan pada gusi.
bersuara [ r ] 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang
rongga tekak. Pita suara dirapatkan.
3. Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga tekak
menggetarkan pita suara.
4. Arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung
lidah.

Jadual 3.2.2 (d) : Konsonan Getaran

e) Konsonan Sengauan

Konsonan Cara Membunyikannya

Sengauan Dua bibir 1. Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan.


bersuara [ m ] 2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan.
3. Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
4. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Sengauan Dua bibir 1. Hujung lidah dinaikkan pada gusi/gigi gusi.


tidak bersuara [ n ] 2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan.
3. Pita suara dirapatkan.
4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke
rongga hidung.
5. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Sengauan Lelangit 1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.


lembut bersuara [ŋ] 2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan.
3. Pita suara dirapatkan dan digetarkan.
4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke
rongga hidung.
5. Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit
lembut dilepaskan perlahan-lahan.

16
Sengauan Gusi 1. Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras.
lelangit keras 2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan.
bersuara [ɲ] 3. Pita suara dirapatkan dan digetarkan.
4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke
rongga hidung.
5. Arus udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit
keras dilepaskan perlahan-lahan.

Jadual 3.2.2 (e) : Konsonan Sengauan

f) Konsonan Geseran

Konsonan Cara Membunyikannya


Geseran gusi tidak 1. Hadapan lidah dinaikkan ke gusi.
bersuara [ s ] 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang
rongga tekak.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara.
5. Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi.

Geseren glotis 1. Pita suara dibuka untuk membuat sempitan pada glottis.
bersuara [ h ] 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan
pada dinding tekak.
3. Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glotis.
4. Pita suara digetarkan.

Jadual 3.2.2 (f) : Konsonan Geseran

17
g) Konsonan Separuh vokal

Konsonan Cara Membunyikannya


Separuh vokal dua 1. Bibir dibundarkan.
bibir bersuara [w] 2. Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
3. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga udara.
4. Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas.

Separuh vokal 1. Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.


lelangit keras 2. Bibir dihamparkan.
bersuara [ y ] 3. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak.
4. Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke
kedudukan untuk membunyikan vokal [ə]

Jadual 3.2.2 (g) : Konsonan Separuh

3.2.3 Bunyi Konsonan Pinjaman

Konsonan pinjaman bermaksud konsonan-konsonan yang bukan berasal dari bahasa


Melayu tetapi dipinjam dari bahasa lain, seperti bahasa Arab, Sanskrit, bahasa Inggeris dan
sebagainya. Konsonan-konsonan tersebut terdiri daripada :

[f] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara

[v] Konsonan geseran bibir gigi bersuara

[ϴ] Konsonan geseran gigi tidak bersuara

[ŏ] Konsonan geseran gigi bersuara

[z] Konsonan geseran gusi bersuara

[š] Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara

[x] Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara

[Ɣ] Konsonan geseran lelangit lembut bersuara

Jadual 3.2.2 (h) : Bunyi Konsonan Pinjaman

18
3.2.3 Cara Menghasilkan Bunyi Konsonan Pinjaman

a) Geseran Bibir-Gigi - [f] dan [v]

Konsonan geseran bibir gigi dihasilkan dengan cara bibir bawah dirapatkan ke gigi atas
supaya menjadi sempitan. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga
tekak. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan
sempitan bibir bawah dengan gigi atas. Jika semasa menghasilkan bunyi itu, glotis
direnggangkan, pita suara tidak bergetar. Maka bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran
bibir gigi tak bersuara, iaitu f. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka
bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran bibir-gigi bersuara, v. Contoh: Fikir dan Variasi

b) Geseran Gigi - [ϴ] dan [ŏ]

Konsonan geseran gigi dihasilkan dengan cara hujung lidah berada di antara gigi atas
dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus
udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah gigi.

Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,
konsonan yang dihasilkan ialah konsonan geseran gigi tak bersuara, yang dilambangkan
dalam sistem ejaan sebagai deretan dua huruf iaitu th. Jika glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran gigi bersuara, yang dilambangkan
dengan dh.Dalam ejaan rumi baharu,th dan dh telah diubah menjadi s dan d. Contoh:
Thalji/salji, Mudharat/mudarat dan Khadi/kadi.

c) Geseran Gusi Bersuara [z]

Konsonan geseran gusi bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah ditemukan dengan
daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak. Arus udara
dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergesel dengan daerah
pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh:
Zahir dan Aziz.

19
d) Geseran Gusi-Lelangit Keras Tak Bersuara - [š]

Konsonan gusi-lelangit keras tak bersuara ini dihasilkan dengan bahagian belakang depan
lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan
rapat kedinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut dan dibiarkan bergesel di daerah pertemuan antara depan lidah dengan sempadan
gusi-lelangit keras. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Dalam ejaan rumi,
bunyi ini dilambangkan dengan deretan dua huruf,sy. Contoh: Syarat.

e) Geseran Lelangit Lembut - [x] dan [Ɣ]

Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan cara belakang lidah diangkat ke arah
lelangit lembut, yang dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari
paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser didaerah pertemuan antara
belakang lidah dengan lelangit lembut.

Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,
bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara, yang dalam sistem
ejaan rumi dilambangkan dengan deretan dua huruf, kh. Jika glotis dirapatkan dan pita
suara bergetar, yang terhasil ialah konsonan geseran lelangit lembut bersuara,yang
dilambangkan dengan gh. Contoh: Akhir, Maghrib.

20
3.3 Unsur Bunyi Diftong

Diftong ialah retetan dua vokal yang dihasilkan denan satu hembusan nafas dan mempunyai
satu puncak kelantangan. Diftong bertindak sebagai satu fonem tetapi dilambangkan
dengan dua lambang vokal. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga diftong, iaitu /ai/, /au/, /oi/ .
Antara ketiga-tiga diftong tersebut, diftong ai merupakan diftong yang paling banyak
digunakan dalam pembentukan kata, manakala bunyi diftong oi amat kecil jumlahnya dalam
kosa kata bahasa Melayu. Selain itu, kecuali diftong oi, kedua-dua diftong ai dan au dapat
hadir di bahagian hadapan, tengah dan belakang kata asli dan kata serapan bahasa
Melayu.

Rajah 3.3 (a) : Jenis diftong

Menurut Arbak Othman (1986), beliau mendefinisikan diftong sebagai rentetan dua
vokal yang mengandungi satu puncak kelantangan, yang tatkala mengahasilkannya tidak
ada hentian sebentar atau hiatus yang memisahkan kedua-dua vokal binaannya itu. Diftong
bersifat silabis iaitu mempunyai satu puncak kelantangan. Walaubagaimanapun, diftong
hendaklah dibezakan dengan vokal rangkap, yakni yang merupakan urutan dua vokal penuh
yang mempunyai dua puncak kelantangan dan mempunyai dua suku kata. Contoh vokal
rangkap terdapat pada kata main. Vokal a dan i pada kata tersebut ialah merupakan dua
vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku kata yakni ma dan in.

21
3.3.1 Cara Penghasilan Fonem Diftong Bahasa Melayu

Contoh
Fonem Proses Pengujaran Perkataan

Diftong [ai]
1. Keadaan bibir agak terhampar.
2. Hujung lidah terkena gigi bawah. Awalan:
3. Depan lidah pada kedudukan seperti Aiskrim
menyembunyikan vokal depan rendah [a].
4. Lidah secara cepat diluncurkan kea rah cara Tengah:
menyembunyikan vokal depan tinggi [i]. Ghairah
5. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan
bagi menutup rongga hidung. Akhiran:
6. Udara dari peparu keluar melalui rongga Pandai
mulut.
7. Peti suara digetarkan.

Diftong [au]
1. Keadaan bibir daripada hampar ke bundar.
2. Hujung lidah kena gigi bawah.
3. Depan lidah pada kedudukan seperti Awalan:
membunyikan vokal depan rendah [a]. Aurat
4. Lidah secara cepat diluncurkan ke arah cara
menyembunyikan vokal belakang tinggi [u] Tengah:
dengan lidah melengkung ke arah langit Daulat
keras.
5. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan Akhiran:
untuk menutupi rongga hidung. Kalau
6. Udara dari peparu keluar melalui rongga
mulut.
7. Pita suara digetarkan.

22
Diftong [oi]
1. Keadaan bibir daripada hampar ke
bundarkan.
2. Depan lidah pada kedudukan seperti
Tengah:
membunyikan vokal separuh tinggi [o].
Boikot
3. Lidah secara cepat digeluncurkan ke arah
cara menyembunyikan vocal tinggi [i]
dengan lidah dinaikkan ke lelangit keras,
Akhiran:
rendah sedikit daripada menyembunyikan
Amboi
vokal [i].
4. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan
bagi menutup rongga hidung .
5. Udara dari peparu keluar ke rongga mulut.
6. Peti suara digetarkan.

Jadual 3.3.1 (a) : Cara Penghasilan Bunyi Diftong

23
4.0 Suprasegmental Bahasa Melayu

Suprasegmental yang bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu
adalah ciri atau sifat yang terdapat pada sesuatu fonem. Ciri suprasegmental hadir
bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental.
Suprasegmental dalam bahasa Melayu terdiri daripada prosodi, tekanan dan kelantangan
suara, nada atau intonasi, jeda, panjang pendek, tempo dan rima.

4.1 Prosodi

Definisi prosodi bergantung pada cara ia berperanan dalam sesuatu bahasa. Dalam
linguistik, prosodi menjelaskan semua perkara yang berkaitan dengan bentuk bunyi bahasa
yang dapat didengar tetapi tidak dapat dijelaskan hanya dengan melihat simbol-simbol
tulisan. Prosodi lebih memberi tumpuan pada ujaran, iaitu yang berkaitan dengan rima dan
intonasi di samping melihat perubahan pada kepanjangan suku kata, kelantangan, nada dan
juga perkara-perkara yang berhubung dengan struktur bunyi ujaran yang dilafazkan. Cirri-ciri
prososdi bagi sesuatu unit ujaran seperti suku kata, kata, frasa dan klausa lazimnya
dipanggil ciri-ciri suprasegmental.

4.2 Tekanan dan kelantangan

Tekanan merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain.
Tekanan suara digunakan bagi menyampaikan sesuatu maksud seperti rasa marah atau
hairan dan dalam keadaan tertentu sebagai desakan kepada pendengar. Tekanan lazimnya
dilakukan pada suku kata dan bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu
pengucapan itu. Tekanan juga dilakukan bertujuan untuk membolehkan percakapan atau
bacaan seperti deklamasi sajak menjadi lebih menarik dan sedap didengari. Selain itu,
tekanan juga dilakukan untuk menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian.

4.3 Nada atau intonasi

Intonasi merupakan keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa bercakap.
Dengan adanya intonasi, jenis ayat yang diujarkan dapat ditentukan. Sebagai contoh, ayat
penyata mempunyai intonasi menurun pada bahagian akhir ayat. Ayat tanya juga boleh
dikenal pasti dengan intonasi meninggi pada akhir ujaran atau percakapan.

24
4.4 Jeda

Jeda yang juga dikenali sebagai persendian merupakan unsur hentian yang memisahkan
antara unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Penggunaan jeda
boleh membawa makna yang berlainan. Sebagai contoh:

a. [ # saja minum susu lᵊmbu # ]

b. [ # saja minum susu # lᵊmbu # ]

Bagi ayat a, ayat tersebut membawa maksud orang yang bercakap itu memberitahu
dia minum susu lembu. Bagi ayat b pula bermaksud orang yang bercakap itu memberitahu
orang yang dilawan bercakap, iaitu lembu bahawa dia sedang minum susu. Kedua-dua ayat
ini mempunyai makna yang berbeza dengan penggunaan jeda.

4.5 Panjang pendek

Panjang pendek juga dikenali sebagai mora merupakan kadar sesuatu bunyi itu diucapkan.
Konsep mora ini sama dengan penggunaan ‘harakat’ dalam bahasa Arab. Dalam bahasa
Melayu, mora kurang memainkan peranan dan tidak membezakan makna sebagaimana
dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

4.6 Tempo

Tempo merujuk kepada kadar cepat atau lambat sesuatu percakapan atas tujuan dan
sebab-sebab tertentu. Ini berlaku semasa situasi yang menghendaki seseorang individu
tersebut melafazkan ujaran sedemikian rupa. Sebagai contoh, apabila seseorang sedang
membuat ulasan selari dengan sesuatu pertandingan, ia memerlukan penutur bercakap
dengan cepat dengan ujaran yang padat dalam suatu masa yang singkat. Kadangkala,
tempo juga memberi rangsangan serta mampu menarik perhatian.

4.7 Rima

Rima terhasil daripada penggunaan pola tekanan,tempo dan nada. Rima lazimnya terdapat
dalam bidang puisi dan muzik. Dalam pertuturan biasa, rima kurang diberi perhatian. Ahli
bahasa juga mengatakan bahawa setiap ujaran mempunyai rima. Sebagai contoh, dalam
pantun atau sajak, rima akhirnya adalah berbeza.

25
TUGASAN
2
TRANSKRIPSI TEKS

26
1.0 Petikan Artikel
Tajuk Teks : Keburukan Internet
Oleh : Jie Fei Lau
Internet merupakan gedung ilmu yang tiada sempadan dan tiada tepinya. Tidak dinafikan
lagi penggunaannya memberi banyak faedah kepada pengguna. Namun begitu, internet
juga dapat memerangkap minda remaja marcapada ini terpengaruh dengan dunia maya.
Unsur-unsur negatif seperti bahan lucah dan aksi ganas dipaparkan melalui skrin computer
memberi impak negatif yang besar pada anak watan negara ini dan mampu membawa
padah.
Kesan dari penyalahgunaan kemudahan internet pada asset negara ini akan
membuat mereka lalai. Minda remaja sudah ketagih dengan unsur-unsur negative alam
maya akan menyebabkan tercetusnya gejala ponteng sekolah. Hal ini berlaku akibat
daripada nafsu pelajar yang ingin berseronok di kafe siber dengan menyaksikan aksi lucah,
ganas dan bermain permainan ‘online’.
Selain itu, anak watan negara ini akan obses dengan budaya yang ditonjolkan di
internet. Natijahnya, orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa mereka. Tidak
hairanlah kita menyaksikan kes melawan guru, berzina, bertumbuk, bergaduh sehingga
membunuh di kalangan remaja dipaparkan melalui media massa. Siapakah penghulunya?
Adakah internet patut dipersalahkan?
Seterusnya, akibat daripada penyalahgunaan internet ini akan membantutkan misi
negara untuk mencapai wawasan 2020 sekaligus menyekat pembangunan negara untuk
melahirkan modal insan minda kelas pertama yang unggul. Kesannya negara kita akan
kehilangan tonggak peneraju negara. Dengan mudah musuh luar dapat menakluk negara
kita jika tiada pemimpin yang berkaliber dan bijaksana. Dalam pada itu, ekonomi juga turut
terjejas bak kata pepatah Melayu “cubit paha kanan, paha kiri terasa juga”. Natijahnya,
kemerosotan ekonomi memandu negara ke arah kemiskinan.
Nama negara yang gah di mata dunia tercalar akibat daripada rakyatnya yang
terperangkap oleh alam maya dan kerajaan gagal untuk melahirkan modal insan cemerlang
seperti yang digariskan dalam wawasan 2020. Negara kita akan dipandang rendah oleh
negara membangun lain jika hal sedemikian terus berleluasa. Di manakah
semangatbremaja untuk membantu negara? Menurut statistic, pelajar cemerlang yang
dilahirkan semakin merosot dari tahun ke tahun. Adakah ini tanda-tanda awal yang
membawa negara kea rah hari kekalahan?
Bangunlah wahai ummah. Pihak berkuasa, pihak swasta atau semua pihak harus
berganding bahu dalam mencegah hal sedemikian dan jangan bersikap materialistik dan
individualistik. Anak watan peneraju negara harus dibentuk dengan acuan yang betul agar
tidak dipenjara oleh diri sendiri akibat daripada sikap sendiri.

27
2.0 Transkripsi Teks
Tajuk teks : Keburukan Internet
Oleh : Jie Fei Lau
[Intərnet] [mərupakan] [gəduŋ] [ilmu] [yaŋ] [tiada] [sempadan] [dan] [tiada] [təpiɲa]. [Tida?]
[dinafikan] [lagi] [peŋgunaanɲa] [məmbəri] [baɲa?] [faedah] [kəpada] [pəŋguna]. [Namun]
[bəgitu], [intərnet] [juga] [dapat] [məməraŋkap] [minda] [rəmaja] [marčapada] [ini]
[tərpəŋaruh] [deŋan] [dunia] [maya]. [Unsur-unsur] [negatif] [səpərti] [bahan] [lučah] [dan]
[aksi] [ganas] [dipaparkan] [məlalui] [skrin] [komputər] [məmbəri] [impa?] [negatif] [yaŋ]
[bəsar] [pada] [ana?] [watan] [nəgara] [ini] [dan] [mampu] [məmbawa] [padah].
[Kəsan] [dari] [pəɲalahgunaan] [kəmudahan] [intərnet] [pada] [aset] [nəgara] [ini]
[akan] [məmbuat] [merəka] [lalai]. [Minda] [rəmaja] [sudah] [kətagih] [dəŋan] [unsur-unsur]
[negatif] [alam] [maya] [akan] [məɲebabkan] [tərcetusɲa] [gəjala] [ponteŋ] [səkolah]. [Hal]
[ini] [bərlaku] [akibat] [daripada] [nafsu] [pəlajar] [yaŋ] [iŋin] [bərsərono?] [di] [kafe] [sibər]
[dəŋan] [meɲaksikan] [aksi] [lučah], [ganas] [dan] [bərmain] [pərmainan] “[onlinə]”.
[Səlain] [itu], [ana?] [watan] [nəgara] [ini] [akan] [obsess] [dəŋan] [budaya] [yaŋ]
[ditonjolkan] [di] [intərnet]. [Natijahɲa], [oraŋ] [lain] [yaŋ] [tida?] [bərsalah] [mənjadi] [maŋsa]
[məreka]. [Tida?] [hairanlah] [kita] [məɲaksikan] [kes] [məlawan] [guru], [bərzina],
[bərtumbu?], [bərgaduh] [səhiŋga] [məmbunuh] [di] [kalaŋan] [rəmaja] [dipaparkan] [məlalui]
[media] [massa]. [Siapakah] [pəŋhuluɲa]? [Adakah] [intərnet] [patut] [dipərsalahkan]?
[Sətərusɲa], [akibat] [daripada] [pəɲalahgunaan] [intərnet] [ini] [akan]
[məmbantutkan] [misi] [nəgara] [untu?] [məncapai] [wawasan] [2020] [səkaligus] [məɲəkat]
[pəmbaŋunan] [nəgara] [untu?] [məlahirkan] [modal] [insan] [kəlas] [pərtama] [yaŋ] [uŋgul].
[Kəsanɲa] [nəgara] [kita] [akan] [kəhilaŋan] [toŋgak] [pənəraju] [nəgara]. [Dəŋan] [mudah]
[musuh] [luar] [dapat] [mənaklu?] [nəgara] [kita] [jika] [tiada] [pəmimpin] [yaŋ] [bərkalibər]
[dan] [bija?sana]. [Dalam] [pada] [itu], [ekonomi] [nəgara] [turut] [tərjəjas] [ba?] [kata]
[pəpatah] [Məlayu] “[cubit] [paha] [kanan], [paha] [kiri] [tərasa] [juga]”. [Natijahɲa],
[kəmərosotan] [ekonomi] [məmandu] [nəgara] [kə] [arah] [kəmiskinan].
[Nama] [nəgara] [yaŋ] [gah] [di] [mata] [dunia] [tərčalar] [akibat] [daripada] [ra?yatnya]
[yaŋ] [tərpəraŋkap] [oleh] [alam] [maya] [dan] [kərajaan] [gagal] [untu?] [məlahirkan] [modal]
[insan] [čəmərlaŋ] [səpərti] [yaŋ] [digariskan] [dalam] [Wawasan] [2020]. [Nəgara] [kita]
[akan] [dipandaŋ] [rəndah] [oleh] [nəgara] [məmbaŋun] [lain] [jika] [hal] [demikian] [tərus]
[bərləluasa]. [Di] [manakah] [səmaŋat] [rəmaja] [untu?] [məmbantu] [nəgara]? [Mənurut]
[statisti?], [pəlajar] [cəmerlaŋ] [yaŋ] [dilahirkan] [səmakin] [mərosot] [dari] [tahun] [kə] [tahun].
[Adakah] [ini] [tanda-tanda] [awal] [yaŋ] [məmbawa] [nəgara] [kə] [arah] [hari] [kəkalahan]?
[Baŋunlah] [wahai] [ummah]. [Piha?] [bərkuasa], [piha?] [swasta] [atau] [səmua]
[piha?] [harus] [bərgandiŋ] [bahu] [dalam] [mənčəgah] [hal] [sədəmikian] [dan] [jaŋan]

28
[bərsikap] [matərialisti?] [dan] [individualisti?]. [Ana?] [watan] [pənəraju] [nəgara] [harus]
[dibəntuk] [deŋan] [acuan] [yaŋ] [bətul] [agar] [tida?] [dipənjara] [oleh] [diri] [səndiri] [akibat]
[daripada] [sikap] [səndiri].

29
TUGASAN
3
PEMBENTANGAN KUMPULAN

30
31
Rujukan

Faridah binti Nazir dan Hjh Maridah binti Hj Alias. (2013). Fonetik dan Fonologi Bahasa
Melayu. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Hajar Noresah bt. Baharom. (2013). Kamus Dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar. (2008). Fonetik dan Fonologi. Selangor: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Paitoon M. Chaiyanara. (2006). Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Haziz. (2011). Bahasa Melayu I. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

32

Anda mungkin juga menyukai