Anda di halaman 1dari 3

Hikayat Si Pokok, Kerbau dan Buaya yang Bodoh

Kerbau : Huh, dahaganya aku harini. (berjalan menuju ke sungai)

Wah, luas juga sungai ni, airnya…sejuk ! (minum air di tepi sungai)

Buaya : “Tolong! Tolong! Tolong aku , kerbau!”

Kerbau : Eh, bunyi apa itu? (mencari-cari arah bunyi)

Kerbau : “Oh, buaya! Kenapa ini?” (terkejut)

Buaya : "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh
bergerak. Berat sungguh batang kayu ini,"

Kerbau : Baiklah, kau duduk di situ sebentar, biar aku yang mengangkat kayu ini
dengan tandukku.

Kerbau : "Eh, buaya! Kenapa ini?"

Buaya : . "Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi rezeki aku."

Kerbau : . "Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu membalas
budi. Orang berbuat baik, kau balas jahat. Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat
jahat dibalas jahat. "

Buaya : "Aku tidak peduli."

Kerbau : (Kerbau cuba menanduk buaya tapi tidak berjaya)

Kerbau : "Janganlah bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda
lain."

Buaya : "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu syarat."

Kerbau : "Apakah syaratnya?"

Buaya : "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik dibalas
baik? Ayuh kita tanya si pokok di hujung tebing sungai ini. Kalau jawapannya tidak
betul dan tidak sama dengan jawapanku, aku akan bebaskan kau."

Kerbau : Baiklah, aku setuju. (menuju ke sebuah pokok)

Kerbau : (menangis teresak esak)

Pokok : "Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?"

Buaya : "Mujurlah engkau ada di sini ! Kami sedang menunggu hakim untuk mengadili
kami."

Pokok : “Mengapa?”

1
Buaya : “Kami bertengkar, berbuat baik adalah dibalas jahat."

Pokok : "Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?"

Buaya : Sebenarnya aku telah ditindih oleh batang kayu. Kerbau datang menolong.
Tetapi aku tidak mahu membalas perbuatan baik kerbau. Aku menganggap kerbau itu
patut menjadi rezeki aku.

Pokok : oh begitu. Aku boleh menjadi hakim untuk kalian."Tetapi sebelum aku
memberikan keputusan, aku mahu tengok kejadian asalnya."

Buaya : "Mula-mula aku kena tindih batang kayu patah yang menimpa belakang aku."

Pokok : "Boleh aku tengok macam mana batang kayu itu berada di atas belakang
kau?"

Buaya : "Macam mana aku hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayu itu."

Pokok : "Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena
tindih."

Buaya : Baiklah, aku tunjukkan pada kau. (menuju ke tempat asal)

Pokok : "Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu berada di atas
belakang buaya? Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat
batang kayu itu?"

Kerbau : Baiklah kerbau.

Pokok : "Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu diangkat? Cuba lagi,
seperti engkau mula-mula kena tindih. Kuat lagi, kuat lagi”

Buaya : (cuba bergerak tetapi tidak berupaya melepaskan diri).

Pokok : "Selepas itu apakah yang terjadi?"

Kerbau : . "Selepas itu aku datang menolong. Aku mengangkat batang kayu itu.
Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku."

Pokok : "Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?"

Kerbau : Aku segera mendekati batang pokok itu. Aku menundukkan kepala hendak
mengangkat batang kayu itu.

Pokok: "Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat kayu itu." Kerbau

: "Habis itu macam mana pula dengan buaya? Tentu buaya akan mati."

Pokok : "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau! Biarlah buaya ini mati. Kalau
buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya
kerana tidak tahu membalas budi baik."

2
Kerbau : Baiklah, aku pergi dulu. (berlari ke atas tebing sungai).

Buaya : "Jaga, pokok ! Kautipu aku. Ingat, pokok! Kau akan terima balasan dariku!
(bertempik)

Kerbau : Aku mengucapkan terima kasih kepada kau pokok yang telah
menyelamatkan nyawaku. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan
perbuatan jahatnya itu.

Anda mungkin juga menyukai