Anda di halaman 1dari 143

1.

JENIS-JENIS TERNAKAN UTAMA DI MALAYSIA

a) Ternakan Ikan Air Tawar


b) Ternakan Lembu dan Kerbau
c) Ternakan Kambing dan Bebiri
d) Ternakan Ayam dan Itik
e) Ternakan Khinzir

Jenis ternakan di Malaysia ini pula dapat dibahagikan kepada dua jenis utama
iaitu jenis ruminan dan bukan ruminan. Ternakan yang di kategorikan kepada
jenis ruminan adalah terdiri daripada ternakan yang mempunyai kaki empat dan
juga perut yang lengkap seperti lembu dna kerbau. Manakala kategori ternakan
jenis bukan ruminan adalah ternakan yang berkaki dua dan perut yang ringkas
seperti ayam dan itek.

IKAN AIR TAWAR DI MALAYSIA

Ikan air tawar merupakan sumber protein yang tinggi nilainya dan mempunyai
pasaran yang baik pada masa sekarang. Sejak dari dahulu lagi ikan memainkan
peranan yang tersendiri dalam mencorakkan industri ini ke hadapan. Ternakair
mempunyai ruang yang luas dari menternak hidupan-hidupan air hinggalah
merangkumi biak hidup ikan sekurang-kurangnya satu riwayat hidup bagi
sesuatu masa. Sejarah telah membuktikan industri ini dimulai China oleh Fan
Lee pada 475 S.M
KELEBIHAN MENTERNAK IKAN AIR TAWAR

* Sumber protin yang tinggi


* Dikeringkan dijadikan ikan masin
* Hasil lebih singkat (< 1 tahun)
* Pemakanan yang lebih murah

JENIS-JENIS IKAN YANG SERING DITERNAK

* Lampam Jawa - Puntius gonionotus


* LeeKoh - Cyprinus carpio
* Kap Makan Rumput - Ctenopharyngodon idellus
* Kap Kepala Besar - Aristichthys nobilis
* Kap Perak - Hypophthalmichthys molitrix
* Sepat Siam - Trichogaster pectoralis
* Kalui - Osphronemus goramy
* Tilapia mossambica

Jenis-Jenis Lain

* Siakap - Lates calcarifer


* Keli - Clarias batrachus
* Ketutu - Oxyeleotris marmoratus
* Udang Galah

Sebenarnya, bekalan ikan ditentukan oleh faktor sekeliling, jenis ikan, harga
dan corak pemakanan ikan masyarakat tersebut. Walaupun berbagai faktor yang
menentukan corak pemilihan jenis ikan, apa yang penting bergantung pada :
 Ikan hidup lebih tahan lama semasa pengedaran
 Ikan hidup lebih menawan dan menarik perhatian pengguna
 Ikan hidup mempunyai mutu yang tinggi di pasaran dan enak
 Ikan hidup dapat terhindar dari prasangka buruk yang
memcemarinya.

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN IKAN AIR TAWAR

Dewasa ini terdapat berbagai jenis ikan yang boleh diternak, namun apa yang
pasti ikan yang berseuaian degan faktor sekeliling diambil kira bagi
menentukan keuntungan yang maksimum untuk penternak.

Pasaran
Dari segi ekonomi ikan yang hendak diternak mestilah mempunyai pasaran
yang tinggi di pasaran tempatn, daerah, negeri dan nasional. Sekiranya faktor-
faktor tersebut mempunyai nilai pasaran yang tinggi permintaannya oleh para
penduduk, sudah tentu ikan yang diternk dapat memberi pulangan yang baik
kepad pengusaha ikan dan pengguna.Secara amnya jika kita menjual ikan yang
berkualiti, mutu isi ikan yang baik, tiada bau Lumpur sudah tentu factor lazim
ini dapat menambt hati penduduk negara ini.

Kadar Tumbesaran

Tumbesaran yang baik dan cepat dapat menyelamatkan kita dari berbagai faktor
umum seperti terkena jangkitan penyakit, pulangan modal yang cepat dan dapat
mempelbagaikan jenis ikan mengikut kehendak pasaran.
Kadar pemakanan makanan yang konsisten
Jika kadar penukaran makanan ikan kepada saiz berat badan ikan dapat dicapai
dengan cepat yang mana kadar kandungan protein mestilah tinggi, karbohidrat
untuk pembesaran, dan sedikit vitamin untuk menjamin kesihatan ikan. Oleh
itu segala perbelanjaan yang dikeluarkan dapat dikurangkan bagi
memaksimumkan keuntungan ikan yang diperolehi.

Tahap penyakit

Jika ikan yang terlalu lemah (sensitive) dan tidak tahan penyakit ini merupakan
faktor penyumbang kepada masalah yang diperkatakan. Penternak air tawar
perlu peka tentang keadaan ini bagi mengatasi masalah berbangkit ini tidak
timbul.Ikan yang dipilih mestilah tahan lasak dan kuat dari terkena serangan
penyakit.

Kematangan dan senang biak dalam keadaan terkurung

Benih yang cukup mudah , murah membolehkan pengusaha ternakan


berkekalan dari semasa ke semasa. Jenis yang cepat dan senang membiak di
dalam keadaan terkurung dapat memastikan bekalan benih dapat mencukupi.
Contoh ikan Lampan Jawa mencapai tahap kematangan 3-4 bulan dan
pembiakan yang boleh menimbulkan masalah. Namun apa yang peru bagi
masalah ini ialah kecekapan pengurusan kita seperti pengkelasan jantina atau
ternakan secara komersil.
Bekalan makanan yang senang dan murah

Penggunaan makanan yang murah dan berkualiti tinggi yang berterusan dapat
menjamin dan menampung keperluan pengusaha. Sebenarnya makanan
semulajdi hanya boleh menampung saiz bilangan yang tertentu sahaja jika
dibandingkan dengan makanan seperti pallet.

Ketahanan terhadap penyakit


Ikan yang terlalu mudah dijangkiti penyakit tidak sesuai untuk diternak. Ini
kerana daya ketahanan badan ikan tersebut adalah lemah. Ikan yang hendak
diternak mestilah tahan lasak, kuat dan tahan parameter yang berubah-ubah.
Walaupun ciri-ciri ikan tersebut sukar didapati kesemua sekali yang penting
ikan tersebut tahan penyakit dan senang didapati.

MENGENAL JENIS-JENIS IKAN YANG KOMERSIL/BAIK

Terdapat berpuluh-puluh jenis ikan yang komersil yang terdapat di negara kita
yang telah dikenalpasti tetapi secara keseluruhannya ikan tersebut tidak dapat
diternak memandangkan kepada beberapa sebab tertentu :

* Kesukaran mendapat benih ikan yang baik


* Tahap kematangan yang dikehendaki
* Kesesuaian diternak dalam kolam
* Citarasa dan minat pengguna
* Ketahanan dari penyakit
* Tidak ekonomik
* Luang pasaran

Nama Ikan : Kalui Nama ikan : Tilapia


Berat matang : 1-1½ kg Berat matang : 0.3-0.5 kg
Makanan asli : tumbuhan air Makanan asli : plankton, daun
lembut
Makanan tambahan: dedak, rumput & Makanan tambahan: dedak, sayuran
Sayuran Kategori : pemakan plankton
Kategori : pemakan permukaan

Nama ikan : kap kepala besar Nama ikan : sepat siam


Berat matang : 0.2 kg Berat matang : 1-1.2 kg
Makanan asli : plankton, tumbuhan air, Makanan asli : plankton, cacing
larva, cacing Makanan tambahan: dedak, hampas
Makanan tambahan: dedak, sayuran kacang
Kategor : pemakan plankton Kategori : pemakan plankton
Nama ikan : Lee Koh Nama ikan : Kap perak
Berat matang : 1-1.2 kg Berat matang : 1.2-1.8 kg
Makanan asli : cacing, binatang air, Makanan asli : bahan reput tumbuhan,
bahan organan plankton
Makanan tambahan: dedak hempas Makanan tambahan: dedak, hampas
kaacang
Kacang Kategori : pemakan plankton
Kategori : pemakan bawah

Jenis-Jenis Ikan Mengikut Katogeri Pemakanan

Pemakanan di atas permukaan (memakan daun dantumbuhan yang terdapat di


permukaan air kolam)
* Kap Makan Rumput
* Lampam Jawa
* Kalui

Pemakanan pertengahan (memakan tumbuhan air yang terampai di dalam air


kolam/phytoplankton)
* Kap Perak
* Kap Kepala Besar
* Sepat Siam

Pemakanan dasar (ulat-ulat dan cacing di dasar kolam/zooplankton)


* Lee Koh

Pemakanan semua aras kolam


* Tilapia.
Gambar Foto 1: Jenis-Jenis Ikan Mengikut Katogeri Pemakanan

Kadar stoking

Dalam pemeliharaan campuran, kadar stoking atau banyaknya ikan untuk


dipelihara bergantung kepada saiz dan dalamnya kolam serta jenis ikan. Kolam
yang lebih besar dan dalam boleh memuatkan kadar stoking yang lebih tinggi
Kadar stoking yang lebih tinggi (6000/hekta atau 2500/ekar) boleh digunakan
untuk ikan yang lebih kecil manakala kadar yang rendah harus digunakan untuk
ikan yang bersaiz besar seperti kap Makan rumput atau kap Perak. Terdapat
tiga kadar stoking yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian seperti dalam gambar
foto 1 di muka surat 11.
Jadual 1: Kadar stoking ikan air tawar yang disyorkan
Kadar stoking
% Bil/0.4 hekta
Jenis kolam Jenis Ikan
(1 ekar)
Kolam baru Pemukaan : lampan jawa 50 1000
Kalui 5 100
Plankton : Talipia 20 400
Bawah : Lee Koh 25 500

Jumlah 100 2000


Kolam dengan Permukaan : kap makan 60 300
tumbuhan dan rumput 10 50
dibaja Plankton : kap kepala 10 50
Besar 20 100
Kap Perak
Bawah : Lee koh
Jumlah 100 500
Lombong Permukaan : Kap Makan 5.9 50
Rumput 23.5 200
Plankton : kap kepala besar 11.8 100
Kap perak 58.8 500
Bawah : Lee Koh
Jumlah 100 850

MAKANAN DAN PEMBERIAN MAKANAN IKAN

Pemakanan ialah proses di mana sesuatu organisma hidup memakan dan


menghadamkan bahan-bahan makanan untuk tujuan Penyelenggaraan,
pembesaran dan proses pembiakan.
MAKANAN

Makanan ikan air tawar dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan seperti berikut:

Makanan semulajadi

Kolam ikan yang baik mengandungi semua jenis makanan semulajadi. Air
kolam yang berwarna kehijau-hijauan menunjukkan terdapat banyak
plytoplankton dan kolam yang berwarna keperang-perangan menunjukkan
terdapat banyak zooplankton.
Jadual 2 : Jenis-Jenis Makanan Ikan Air Tawar
Jenis makanan
semulajadi
Hidupan seni di dalam kolam dan boleh
dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
1. Plankton Phytoplankton – tumbuhan seni yang menjalankan
Fotosinthesis
Zooplankton - haiwan seni dalam air kolam
2. Tumbuhan air Pemakan permukaan memakan daun dan akar
lembut tumbuhan air seperi kiambang, kangkung
dan lain-lain
3. Binatang air Larva serangga, dan cacing dalam air adalah
makanan ikan omnivor
Menggalakkan pertumbuhan tumbuhan air dan juga
4. Benda organan menjadi makanan bagi ikan omnivore. Contohnya
ialah tahi lembu dan tahi ayam
5. Detritus Adalah benda pepejal halus yang dimakan oleh ikan
pemakan bawah
Makanan tambahan

Tujuan utama memberikan makanan tambahan ialah untuk memastikan


makanan yang mencukupi kepada ikan dalam kolam. Makanan tambahan
diberikan sebanyak 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan waktu petang.

Makanan tambahan ditempatkan di dalam lingkungan rangka buluk atau di


dalam bakul. Makanan tambahan yang biasa diberikan kepada ikan ialah:

 Dedak beras
 Kacang tanah dan kacang soya
 Daun sayuran
 Rumput dan
 Daun ubi kayu , pisang terpotong

Kaedah dan cara pemberiam makanan ikan


Keperluan pemakanan ikan
Ikan dan udang memerlukan makanan yang seimbang bagi kehidupan dan
pembesaran yang memuaskan. Makanan seimbang boleh diperolehi dengan
makanan asli atau makanan rumusan. Unsur makanan yang utama seperti
protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan bahan-bahan galian.

 Protein- sebatian organic rumit yang dibentuk oleh asid amino. Di


dalam asid amino terdapat laisin, methionin yang penting bagi kehidupan
ikan. Fungsi protein :
1. Menentukan ciri-ciri keturunan
2. Bahan binaan asal sel dalam badan
3. Sistem pertahanan badan
4. Memperseimbangkan tekanan osmotic.

 Karbohidrat- sebatian ringkas bagi penghasilan tenaga contoh gula.


Fungsi karbohidrat :
1. Sumber tenaga yang utamadan boleh guna bila masa diperlukan.
2. Boleh disimpan dalam bentuk lemak.

 Lemak- lemak tidak larut dalam air. Fungsi lemak :


1. Membekal tenaga untuk penyelengaraan badan dan pembiakan.
2. Untuk pengangkutan vitamin yang larut dalam lemak.
3. Sumber asid- asid lemak yang perlu.

 Vitamin- vitamin digunakan untuk pembesran dan pengawalan penyakit.

 Kadar pemakanan ikan- kadar pemberian makanan seperti di bawah :


1. Ikan yang berumur 1 hingga 3 bulan kadar makanan 10 % daripada
berat badan ikan.
2. Ikan yang berumur 3 hingga 6 bulan kadar makanan 6 % daripada
berat dan ikan.
3. Ikan yang berumur 6 bulan ke atas hanya 3 hingga 5 % daripada
berat badan ikan.

 Cara memberi makanan :


1. Cara tabur- makanan dicampakkan di dalam kolam dari tepi-
tepi kolam contohnya Pallet.
2. Menggunakan bekas plastik- makanan dimasukkan ke dalam
plastik dan direndamkan di dalam kolam ikan-ikan akan
memakan di dalam plastik sedikit demi sedikit sehingga habis
tanpa mencemarkan kualiti air. Contohnya : hampas kacang
soya.
3. Petak makanan- dibuat petak supaya senang diberi makanan
seperti makanan rumusan atau tidak.

Mengapur

Kapur dibubuh ke dalam kolam sebaik sahaja ia siap dibina. Air boleh
dimasukkan seminggu selepas dibubuh kapur. Kolam yang berlumpur dan sukar
dikeringkan dibubuh kapur 1-2 minggu sebelum air dimasukkan.

Mengapur adalah penting kerana sebab-sebab yang berikut:

* mengurangkan asidan tanah kolam. Air kolam yang bersaid melambatkan


pertumbuhan ikan serta tumbuhan air
* memusnahkan haiwan perosak ikan. Perosak ikan seperti protozoa, cacing
dan
serangga dapat dihapuskan dengan mengapurkan kolam
* membekalkan karbon dioksida yang diperlukan oleh tumbuhan air untuk
melakukan fotosinthesis

Kadar kapur yanag digunakan biasanya bergantung kepada keasidan tanah.


Tanah yang lebih berasid memerlukan lbanyak kapur. Berikut adalah jenis-jenis
bahan kapur dan kadar yang biasa digunakan.

Jadual 3 : Jenis-Jenis Kapur


Bil Jenis bahan kapur kadar
1 Batu kapur 2.5 tan metric/hektar (1 tan/ekar)
2 Kapur mati 1.85 tan metric/hektar (0.74 tan/ekar)
3 Kapor tohor 1.40 tan metric/hektar (0.50 tan/ekar)

KAEDAH PEMELIHARAAN IKAN

Terdapat dua kaedah pemeliharaan yang biasa digunakan:-


* Mono-kultur - satu jenis iakan sahaja dalam satu kolam
* Kultur-campuran - lebih dari dua jenis ikan dalam satu kolam.

Bilangan Ikan bagi satu hektar kolam.


* Ikan kecil - 5000 hingga 7000 ekor/hektar
* Ikan besar – 500 hingga 1000 ekor/hektar

REKABENTUK KOLAM
Bagi ladang-ladang ternakan air tawar, pulangan yang baik hanya dapat
diperolehi dari kolam yang mempunyai reka bentuk dan dibina dengan baik.
Reka bentuk kolam yang baik mesti melibatkan factor-faktor seperti topografi,
punca air dan jenis tanah dalam konteks keperluan-keperluan biologi jenis
hidupan yang diternak serta sistem ternakan yang diamalkan. Ini bermakna
tidak kesemua ladang ternakan ikan air tawar akan mempunyai reka bentuk
yang sama. Di dalam bahagian ini, perhatian kita akan tertumpu kepada
merekabentuk dan pembinaan kolam supaya sesuatu tempat itu dapat
dipergunakan dengan berkesan bagi sesuatu jenis ternakan yang dijalankan.

JENIS-JENIS KOLAM IKAN

Ada dua jenis kolam ikan berasakan kepada punca air iaitu kolam lencungan
dan kolam barrage (empangan).

Kolam Barrage (empangan)

Kolam-kolam jenis ini dibentuk dengan pembinaan sesuatu dinding atau


empangan merintang tempat rendah atau lembah yang sempit. Dengan itu air
yang mengalir ke dalam lembah tersebut diempangkan dan dijadikan kolam
ikan.

Kolam seumpama ini memang mudah dibina sebab ia hanya mempunyai satu
batas dan satu pintu air bagi mengawal pengaliran air. Tempat-tempat di mana
terdapat arus air yang deras atau selalu banjir adalah tidak sesuai bagi
pembinaan kolam empangan. Setiap kolam juga patut dibina satu alur supaya
air hujan yang melebihi dapat melimpah keluar. Beberapa kolam empangan
boleh dibina secara bersiri menurun mengikut arah lembah. Biasanya air dari
sesebuah kolam akan mengalir ke kolam beeriktnya. Ini sudah tentu akan
menimbulkan masalah dari segi pengurusan oleh kerana sekiranya sesuatu
perkara dibuat ke kolam yang pertama ia akan memberi kesan kepada semua
kolam yang lain.

Kolam Lencungan

Kolam-kolam lencungan dibina dengan membawa (atau melencongkan) air dari


puncanya ke kolam.Lencungan ini biasanya dilakukan dengan alur-alur atau
parit. Ada beberapa cara membina kolam jenis ini. Sama ada menggali pada
parit yang rata atau membesarkan lekukan yang ada. Kolam jenis ini mungkin
hanya mempunyai satu batas atau memerlukan empat batas. Walau
bagaimanapun, perbezaan penting di antara kolam empangan dan kolam
lencungan ialah air di bawa masuk ke dalam kolam lencungan dan bukan terus
memasuki kolam seperti kolam empangan. Ini bermakna seorang penternak
boleh mengawal waktu dan jumlah air yang memasuki kolamnya. Ini mungkin
penting bagi sistem ternakan yang tertentu.

Sekiranya seorang penternak ingin mengadakan beberapa kolam lencungan ia


boleh dibina secara berantai atau selari.

a) Sistem berantai- kolam-kolam ini dibina dalam keadaan bersiri. Semua


kolam menerima bekalan airnya dari satu kolam ke kolam yang lain. Oleh yang
demikian, ia mesti diuruskan seperti sebuah kolam. Oleh itu, sekiranya kolam
pertama dalam rangkaian tersebut hendaklah diracun, semua kolam yang
berikutnya mestilah dibuat tangkapan dan dikeringkan sebelum kolam pertama
dapat dikeluarkan airnya.

b) Sistem selari- dalam sistem selari, setiap kolam mempunyai pintu air
masuk dan keluar masing-masing. Dengan sistem ini, setiap kolam dapat
diuruskan secara berasingan. Kebanyakan ladang-ladang ternakair
menggunakan sistem ini oleh sebab pengurusan kolam boleh dikawal dengan
rapi.

Pemilihan sesuatu jenis kolam hanya dapat dibuat selepas tujuan kolam masing-
masing dipastikan, dan susunan kolam-kolam pada keseluruhan disediakan.

SUSUNAN KOLAM

Rajah 1 : Keratan Rentas Sebuah Kolam

Susunan kolam sesuatu ladang ternakair adalah bergantung kepada beberapa


faktor. Faktor yang terpenting sekali ialah :
Topografi

Kolam-kolam boleh dibina di kawasan-kawasan lembah, tanah rata, tanah paya


atau di lereng bukit. Kolam-kolam tersebut boleh jadi besar atau kecil,
berbentuk empat segi bujur atau berbagai-bagai bentuk. Kesemuanya ini akan
ditentukan oleh topografi tapak kolam tersebut serta kehendak penternak itu
sendiri.

Topografi yang paling baik untuk kolam ikan membenarkan seseorang


penternak itu mengisi dan mengeringkan kolamnya secara graviti Sekiranya
kolam dibina pada tanah yang berkecerunan, ia mudah dikeringkan. Kolam-
kolam yang dibina pada tanah yang rata pun sepatutnya mempunyai dasar yang
bercerun untuk tujuan yang sama. Sebaliknya jika air kolam tidak boleh
dikeluarkan secara graviti, penternak berkenaan mesti menggunakan pam.

Kolam-kolam biasanya dibina di tempat-tempat rendah yang ada lekukan.


Jurang atau lurah kecil adalah senang dijadikan kolam ikan dengan membina
benteng merintangnya. Perkara utama yang dititikberatkan ialah susunan dan
reka bentuk kolam mesti selaras dengan topografi tapak, dan menggunakan
sifat-sifat semulajadi tanah bagi menentukan jenis, bentuk dan saiz kolam yang
hendak dibina. Ini akan dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan
pembinaan kemudian nanti.

Punca air

Kolam-kolam ikan hendaklah dibina sedekat-dekat yang boleh dengan punca air
untuk mengurangkan kos pembinaan. Walau bagaimanapun apabila air
dilencungkan dari sungai, punca air kolam hendaklah cukup jauh supaya ianya
tidak terkena banjir.

Kolam-kolam ikan dibina bagi tujuan, rekabentuk dan susunan adalah berlainan
mengikut tujuan tersebut. Seorang penternak secara kecilan dengan keupayaan
terhad, hendak membina sebuah kolam. Beliau bercadang hendak menternak
ikan untuk pasaran dari anak-anak ikan yang didapati dari pusat ikan kerajaan.
Seorang penternak yang mempunyai wang dan tanah yang banyak akan
berminat dalam pembiakan ikan dan ternakan ikan. Apa pun tujuan penternak
kolam-kolam boleh dibina bagi mencapai matlamat itu.

Sesebuah ladang ternakair adalah terditi daripada satu kumpulan kolam,


struktur , pengawalan air dan kemudahan membantu seperti pembentung,
jambatan dan jalan-jalan. Tiap-tiap satu di atas mempunyai kepentingan
masing-masing.

Gambar Foto 2 : Jenis-Jenis Sangkar Terapung

KEGUNAAN KOLAM-KOLAM
Kolam-kolam digunkan untuk berbagai tujuan. Oleh yang demikian, ianya
mempunyai saiz, dalam dan bentuk yang berlainan seperti yang berlainan yang
dibincangkan di bawah ini.

Kolam-Kolam Semaian
Biasanya kecil dan berbentuk empat segi bujur. Ianya digunakan untuk
menternak anak ikan kecil sehingga ianya cukup besar untuk hidup dalam
kolam yang lebih besar iaitu kolam ternakan. Keluasan kolam-kolam ini adalah
antara 15-1,000m dan dalamnya adalah antara 0.45 ke 1.0 meter.

Kolam-Kolam Ternakan
Digunakan untuk menternak ikan sehingga ke saiz pasaran.

Kolam-kolam Induk
Adalah kolam-kolam untuk menyimpan induk-induk ikan.

Kolam-kolam Simpanan
Biasanya mempunyai sistem air pengaliran terus. Kolam-kolam simpanan
adalah digunakan untuk menyimpan ikan-ikan sebelum dibawa ke pasar.

Alat Pengawalan Air


Adalah alat yang digunakan dalam sistem kolam bagi mengawal pengaliran air,
mencegah banjir dan menentukan bekalan air kolam dalam masa ternakan.
Alat-alat pengawalan air ini termasuklah batas-batas kolm dan parit-parit.

Parit-parit
Parit yang membawa air dari punca air ke kolam dan dari kolam ke sistem parit
air keluar. Biasanya parit-parit yang membawa air ke dalam kolam dibuat
daripada simen, sistem parit air keluar biasanya dibuat dengan tanah. Kadang-
kadang parit-parit dibina daripada plastik atau simen diatas atau dibawah.

Membaja

Selepas mengapur dan sebelum melepaskan anak ikan ke dalam kolam. Ianya
perlu dibajai. Baja yang biasa digunakan ialah baja organan atau fosfat tiga
ganda. Baja organan dilonggokkan secara berasingan pada dasar kolam sebelum
air dimasukkan.

Untuk kolam yang baru dibina, baja boleh ditaburkan terus pada dasar kolam
dan dimasukkan ke dalam tanah.Aktivit membaja adalah mustahak kerana:
* Baja menggalakkan pertumbuhan phytoplankton dan lain-lain tumbuhan
air
* Bagi sesetengah ikan air tawar, baja adalah makan yang boleh
menggalakkan tumbesaran. Contohnya adalah najis haiwan

Melepaskan anak ikan

Pelepasan benih ikan ke dalam kolam paling sesuai dilakukan pada awal pagi
atau lewat petang. Semasa hendak melepaskan anak-anak ikan ke dalam kolam
jangan curahkan dicurahkan terus ke dalam air. Benih ikan amat lemah setelah
diangkut dan mudah tercedera jika dikendalikan dengan kasar. Adalah lebih
baik dibiarkan benih ikan berenang keluar ke dalam air baru secara perlahan-
lahan. Langkah-langkah melepaskan bemih ikan ke dalam kolam adalah seperti
berikut:

Menstabilkan suhu

* semua beg plastic yang berisi benih ikan direndamkan di dalam air slama
10-30 minit. Ini adalah untuk mengurangkan perbezaan suhu antara air di
dalam beg plastic dengan air kolam ternakan
* selepas 30 minit, buka beg plastic dan masukkan sedikit air kolam ternakan
ke
dalam beg plastic

Memeriksa kualiti benih ikan

* periksa benih ikan yang terdapat di dalam beg plastic


* benih ikan yang mengalami tekanan hendaklah direhatkan
* benih ikan yang cedera dan mempunyai tanda-tanda penyakit harus
diasingkan
ke dalam bekas lain untuk dirawat
* hanya ikan yang cergas dan sihat sahaja dilepaskan

Melepaskan benih ikan

* buka beg plastik


* tuang benih ikan bersama-sama air di dalam beg plastic secara perlahan-
lahan
ke dalam kolam ikan
* Biarkan benih ikan keluar sendiri
* Ulangi proses ini sehingga semua benih ikan dilepaskan ke dalam kolam
ternakan

Gambar Foto 4: Memeriksa kualiti benih ikan

Menguji pH Kolam

pH adalah suatu angka sukatan yang menunjukkan kemasaman air kolam. pH


air kolam yang sesuai adalah antara 6.8-8.5. Kualiti air yang mempunyai pH
melebihi 7.0 adalah bersifat alkali dan pH yang kurang daripada 7.0 pula adalah
berasid. pH air oada paras 7.0 bersifat neutral.
JENIS PEROSAK DAN PENYAKIT IKAN

Kematian ikan adalah satu faktor yang menyebabkan kerugian dalam aktiviti
perikanan. Oleh itu maklumat-maklumat dan penyatuan tentang penyakit-
penyakit ikn adalah penting untuk mengatasi dan merwat penyakit itu. Amnya
penyakit-penyakit adalah disebabkan oleh factor-faktor biologi dan factor
persekitran.

Antara faktor-faktor biologi ialah parasit, bakteria, virus, kulat. Manakala faktor
persekitaran pula ialah disebabkan tekanan atau stress, kekurangan atau
makanan yang tidak sesuai.

PENYAKIT-PENYAKIT DAN MUSUH-MUSUHIKAN.


Tanda-tanda ikan telah diserang penyakit.

Kelakuan berubah –

* Suka memencilkan diri dari kumpulan ikan-ikan jenisnya


* Serta gemar diam di permukaan air.
* Berenang dengan perlahan-lahan serta tidak teratur.
* Tanda-tanda bengkak atau kudis kelihatan pada badannya.
* Binatang-binatang seperti kutu, ulat yang membawa penyakit tersebut mungkin
dapat dilihat pada badan ikan itu.

PENYAKIT-PENYAKIT PARASIT

Protozoa- adalah satu mikroorganisma yang amat berbahaya dan boleh


menyebabkan kematian yang tinggi apabila ianya menyerang. Ini adalah kerana
parasit protozoa dapat membiak dengan cepat secara berganda (belahan dedua).
Serangan protozoa pada insang ikan akan merosakkan insang dan menyebabkan
ikan susah bernafas. Serangan pada badan akan menyebabkan lapisan luar kulit
menjadi kelabu dan kadang-kadang lapisan sisik akan tanggal.

Cara-cara pengawalan dan pencegahan :

* Ikan yang baru dibeli mestilah diberi rawatan supaya ia tidak menjadi punca
membawa penyakit.
* Jangan campurkan ikan berlainan umur kerana ikan yang lebih besar akan
membawa parasit tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda.
Rawatan

Formalin (formaldehyde)
* 16.8 ml / 100 liter selama 1 jam
* 2.5 ml / liter berterusan hingga sembuh

Trematod- parasit jenis ini berukuran 1 mm dan dapat dilihat dengan cermin
pembesar. Bentuknnya seperti daun dan akan menyerang luar badan dan insang
dan yang lain akan menyerang ke dalam badan. Parasit di luar adalah kumpulan
monogetik dan yang akan menyerang dalam badan adalah kumpulan digenetic.
Cara parasit menyerang ikan adalah bergantung kepada jenis-jenisnya. Ada
yang menyerang mata, otot atau saluran darah ikan. Parasit dewasa digenatik
dapat membiak (bertelur) hanya dalam usus burung yang telah memakan ikan
berparasit. Jika parasit itu menyerang mata, ikan akan menjadi buta. Jika
saluran darah, pengedaran darah akan terganggu, di otot-otot akan merosakkan
bahagian tersebut.

Cara-cara pengawalan dan pencegahan

Untuk rawatan parasit monogetik cara-caranya adalah seperti parasit protozoa.


Untuk parasit digenetik, langkah-langkah berikut perlu diambil :
* Mengawal pembiakan siput di kolam. Gunakan kapur semasa kolam
dikeringkan.
* Mengawal burung yang memakan ikan disekitar kolam.

Rawatan
Untuk rawatan monogetic, caranya adalah sama seperti parasit protozoa. Untuk
rawatan parasit digenetic tidak ada rawatan yang memuaskan.

Nematod dan Cestod

Kedua-dua cacing ini adalah cacing gelang (nematod) dan cacing peta (cestod).
Cacing-cacing ini berukuran 2-3 cm. Cacing ini biasanya berwarna putih dan
terapat dibahagian luar perut, otot-otot, pundi usus dan mata ikan.
Putaran hidupnya melibatkan burung di mana parasit yang matang akan
dikeluarkan oleh najis burung. Parasit yang menetas akan dimakan oleh
cyclopoid dan akan menyerang ikan apabila cyclopoid yang mengandungi
parasit dimakan oleh ikan. Ikan yang diserang oleh parasit ini selalunya akan
kehilangan berat badan dan kelihatan kurus. Ikan ini juga tidak dapat digunakan
sebagai induk. Cacing-cacing ini tidak akan menyebabkan kematian ikan yang
tinggi, dan kematian juga tidak berlaku serentak.

Cara-cara pencegahan dan rawatan

* Mengawal burung yang makan ikan dekat kolam


* Keringkan dan kapurkan kolam setelah mengutip hasil

Rawatan

Tiada rawatan yang memuaskan. Oleh itu disyorkan supaya mengawal dan
mencegah parasit dengan berkesan.
PENYAKIT-PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH BAKTERIA

Bakteria adalah organisma halus dan hanya dapat dilihat di bawah mikroskop.
Bakteria sentiasa terdapat diperairan dan akan menyebabkan penyakit hanya
apabila terdapat factor-faktor tekanan seperti yang akan dibincangkan kelak.
Ikan yang terkena bacteria akan kelihatan kemerahan yang akan merebak
keselurhan badan dan jua kemungkinan akan menjadi ulser. Keadaan perut dan
mata ikan menjadi bengkak. Kematian adalah serentak dan tinggi.

Cara-cara mengawal dan mencegah

Faktor-faktor tekanan adalah perlu dielakkan kerana ianya adalah punca


penyakit ini.

Rawatan
Furnance 0.5 ppm sehingga sembuh.

PENYAKIT OLEH VIRUS

Virus adalah organisma yang lebih halus dari kuman dan ia tidak dapat diihat di
bawah mikroskop biasa. Penyakit virus sering berlaku bersama dengan penyakit
bacteria dan tanda-tanda klinikal adalah sama pada penyakit bacteria. Rawatan
dan cara pengawalan adalah juga sama seperti penyakit bacteria.
FAKTOR-FAKTOR TEKANAN ATAU STRESS

Suhu- ikan adalah organisma yang bergantung kepada suhu sekitar (air).
Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepatnya ia akan menyebabkan
renjatan yang boleh menyebabkan ikan menjadi lemah. Pada musim kemarau
apabila air tidak mengalir, suhu di kolam akan menjadi tinggi dan keadaan ini
tidak sesuai untuk ikan.

Kekurangan makanan- makanan yang kurang atau tidak sesuai boleh juga
melemahkan dan menyebabkan kematian ikan. Makanan yang diberi mestilah
mengikut kadar yang diperlukan mengikut umur, saiz ikan. Kadar yang diberi
mestilah 1/5 daripada berat ikan.

Penyakit-Penyakit Biasa Ikan

Argulus -

Sejenis kutu ikan (fish louse) yang berupa kehijau-hijauan serta kelihatan
berbintik-bintik bulat di atas sirip, insang dan kepala ikan.

Lernaea
Sejenis ulat "anchor worm"

Rintik Putih

Disebabkan satu jenis binatang halus (protozoa) dan apabila ikan mengidap penyakit
ini, didapati berintik-rintik putih di seluruh badannya
Reput Sirip

Penyakit ini disebabkan oleh sejenis kuman (bakteria) yang menyebabkan sirip ikan
menjadi buruk.

Langkah-Langkah Mengelakkan Serangan Penyakit.

* Periksa anak ikan sebelum diisi ke dalam kolam


* Kolam-kolam hendaklah dikeringkan dan dikapur sebelum memasukkan air dan
benih-benih ikan.
* Kadar muatan ikan hendaklah dihadkan dan memberi makanan yang
cukup
* Jangan terlalu kasar menangkap ikan sehingga menjadi luka.
* Setiap kolam harus mempunyai saluran
* Asingkan ikan-ikan yang terkena penyakit, keringkan kolam dan bubuh kapur.

Musuh-Musuh Ikan.

* Ikan pemangsa/Karnivor(Ikan haruan, keli dan ikan baung).

* Burung (Burung raja udang atau pekaka)

* Biawak (terutama kolam yang cetek)

* Memberang (merbahaya- masuk pada waktu malam).


2. IKAN HIASAN

Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi


pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin
berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini
Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke
banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah
Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik
nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan
mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-
warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna
sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya
berenang.

KEPENTINGAN IKAN HIASAN

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan


keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini
berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut
maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-
lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa
dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian
tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan
agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.
Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut
peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak
memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis
ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga
merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai
kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam
memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada
pemelihara ikan hiasan.

Gambar Foto 5: Bahagian-bahagian luar ikan

MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR IKAN

Sisik
Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh,
kecederaan dan penyakit .
Sirip
Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip
terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak
berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal
berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan
ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik
berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.

Garis lateral
Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup
insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di
dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

Insang
Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya
dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak
melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

Jenis-Jenis Ikan Hiasan

Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-


penggemar ikan hiasan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa
spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh
dipelihara.

Jadual 3: Spesies-Spesies Ikan Hiasan

Bil Famili Spesies Ciri-ciri Utama


1. Cyprinidae seluang (Rasbora), Kecil, berbadan mampat,
ikan mas, kap besesunngut. Tiada adipos fin
dan gigi
Barb Ekor terbuka dan berbentuk fork
Badan bersisik dan bergerak
pantas
Kepala tanpa sisik
Terdapat di Afrika, Amerika
Utara, sebahagian besar dari Asia
Tenggara

2. Cichildae Angel Hanya sepasang lubang hidung


Hanya satu dorsal fin (long base)
Sirip ekor bulat

discus

oscar

3. Characidae Semua jenis ikan Seakan ikan barb


Tetra Tiada sesungut
Ada gigi dan adiposfin
Berasal dari Amerika Selatan dan
Afrika Tengah
4. Belontiidea Ikan pelaga Siam Berbadan lebar dan mampat
(Betta splendens), Sirip anal yang panjang
Mempunyai aksesori respiratory
Gourami biru organ untuk bernafas di udara.
(Trichogaster Terdapat di Korea Selatan, Asia
trichopterus), Tenggara dan Afrika Barat.

Dwarf Gourami
(Colisa lalia)

5. Poecillidae Guppy. Livebearing tooth carps


Melahirkan anak
Sedikit persamaan dengan
mamalia.
Sward tail

Platy

6. Catfish Corydoras sp. Ikan Suckermouth


Families bandaran Bersesunggut
(Rinelloricaria parva)

Memilih Bekas (akuarium)


Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu
seperti:

* jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)


* jenis ikan hiasan
* bilangan ikan hiasan
* saiz ikan hiasan
* saiz akuarium

Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm – 90 cm sesuai


digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana.

Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu
menggunakan saiz bekas yang lebih besar.
Gambar Foto 6 : Jenis-jenis akuarium kaca

Memilih Tumbuhan Akuatik Yang Sesuai

Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah


seperti berikut :

* Alternanthera spp.
* Bacopa spp.
* Anubias spp.
* Lobelia spp.
* Sumatra fern spp.
* Java fern spp.
Gambar Foto 7 : Contoh Tumbuhan Akuatik

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi


keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida
yang mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup
subur dan kelihatan cantik sepanjang masa.

Langkah-langkah menyediakan akuarium

Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium , langkah-


langkah berikut perlu di ikuti ;

* bersihkan bekas terlebih dahulu


* pasangkan penapis
* masukkan pasir
* masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas
* masukkan aksesori yang dikehendaki
* masukkan tumbuhan hiasan ( jika ada )
* masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya
* pasang dan hidupkan pam dan biarkan selama 2 jam
* masukkan ikan hiasan .

Langkah-langkah menyediakan akuarium

Pengurusan akuarium

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam


bekas/akuarium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Sistem pengudaraan

Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk
menambah kandungan oksigen dalam air.

Sistem penapis air

Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang baru


akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan
mudah di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis
“under gravel filter” kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik
ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran
tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.
Jenis-jenis pam dan penapis

Pemasangan penapis “under


Atas : Masukan hiasan dan aksesori
gravel filter”
Bawah : masukkan air

Gambar Foto 8 : Langkah-Langkah Penyediaan Akuarium

Perawatan air

Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu
dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan.
Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan
memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.
Aksesori

Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang


berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori
yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh
merbahaya kepada ikan hiasan.

Batu-batan dasar

Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak
batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan
warna batu tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan.

Hiasan dalam akuarium


Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa
penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang
cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.

Gambar Foto 9 : Contoh hiasan dalam akuarium


TUMBUHAN AKUATIK

APAKAH TUMBUHAN AKUATIK

Tumbuhan akuatik sebenar adalah tumbuhan yang mempunyai bahagian yang


boleh menjalankan fotosentisis sepanjang masa atau sekurang-kurangnya
beberapa bulan dalam setahun. Ia tenggelam dalam air tawar atau terapung di
permukaan air

KEGUNAAN TUMBUHAN AKUATIK

* Hiasan - Elodea densa, Cabomba sp Echinodorus sp.


* Makanan Manusia - padi, kangkung, sayur (pegaga, setangki).
* Makanan Binatang - babi (Alismataceaa), itik (lemnaceae)
* Baja - Hydrilla verticulata yang reput (kompos) menjadi baja tumbuhan.
* Kegunaan Lain - Tikar, bakul, beg (mengkuang dan rumput)

KATEGORI TUMBUHAN AKUATIK

TENGGELAM(submerged)
* Berakar pada dasar dan bahagian tumbuhan tenggelam sepenuhnya,

TERMUNCUL (emergent)
* Berakar di kawasan cetek, Bahagian atas tumbuhan muncul di permukaan
TERAPUNG(Floating)
*Bahagian atas tumbuhan terapung dan akarnya berada di dalam air.

SEPARA AKUATIK(Semi-aquatic)
*Tumbuhan melata di atas tanah dan boleh hidup di dalam air.

SUMBANGAN KEPADA INDUSTRI IKAN HIASAN

Menyumbang sebanyak RM37 juta setahun kepada nilai eksport. Industri ikan
hiasan dan tumbuhan akuatik adalah seiringan. Malaysia kaya dengan
tumbuhan akuatik di habitat sungai, paya atau air terjun. Ekosistem asalnya
banyak dimusnahkan oleh pembangunan. Untuk mengekalkan bio-diversiti,
pembaikan secara tisu kultur sedang dicuba.

KAEDAH MENGHASILKAN TUMBUHAN AKUATIK

PENYEDIAAN KOLAM

Kolam tanah atau konkrit dasar tanah. Ditutup dengan jaring (70% penembusan
cahaya). Air boleh mengalir sekurang-kurangnya sekali sehari. Membunuh
makhluk perosak dengan ‘tea seed cake’. Baja tahi ayam ditabur di dasar kolam
yang masih becak.

PENANAMAN

Tanam benih pokok sacara tegak atau baring di atas lumpur (bagi jenis pokok
panjang). Apabila pokok mulai tumbuh (bangun dan keluar pucuk baru)
masukkan air kolam kira-kira 2” melebihi pucuk pokok.
PENJAGAAN TANAMAN

Meracun serangga seminggu sekali membunuh siput dengan ‘tea seed cake’.
Membaja (jika perlu).

PENUAIAN

Potong pokok menggunkana gunting (pokok bertangkai atau cagut terus (pokok
jenis berumpun).

Rendam segera di dalam air sebaik saja dipotong (sebelum dibungkus).


Pokok jenis ‘cutting’ boleh dipetik 2-3 kali sebelum dibuang untuk memulakan
tumbuhan baru.

KAEDAH PEMBUNGKUSAN

Loose : pokok dipotong sama panjang dan dibungkus mengikut bilangan


tempahan.

Pot : tangkai pokok digulung dalam span dan dimasukkan ke dalam bakul kecil,
Bunch : tangkai pokok digulung dalam span dan diikat dengan jaluran timah.

MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK


HIASAN DALAM AKUARIUM

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di
dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman
akuarium.
Kepentingan Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium

* Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap


bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan
yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan
akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada
tumbuhan akuatik.
* Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses
fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses
pernafasan.
* Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari
ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan
tempat berehat.
* Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

Keperluan Penanaman Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium

Karbon dioksida

Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses


fotosintisis. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu
dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada
dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih
boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui
pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.
Baja

Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran


tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa
ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah
yang dicadangkan.

Cahaya

Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti
dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

Cara Memasukkan Ikan Ke Dalam Akuarium


* Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30
minit.
* Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik
dan air di dalam akuarium.
* Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya
bersama air daripada beg plastik.

CARA MENJAGA AKUARIUM

Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik
sebagai hiasan adalah mudah.

Penjagaan Harian
* Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi
apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
* Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal
atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa berpusing-pusing,
terdapat kecederaan, berubah warna,
* sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi
rawatan.
* Ikan yang mati perlu dibuang.
* Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan
baik.
* Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida
menggunakan alat yang disediakan.

Penjagaan Mingguan

* Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti


sebanyak ½ atau ⅓ bahagian dari isipadu tangki.
* Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
* Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
* Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat
sementara waktu.
* Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
* Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
* Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.
* Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum
bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi
makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan
sekiranya diberi makan dengan berlebihan.
MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM
pH air

pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah
paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali.
pH air akuarium yang paling sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral.
Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air
perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.
Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26°C hingga 27°C. Suhu yang
terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang
sejuk di bawah 26°C menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya
keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada
musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.
Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate.
Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan
urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang,
bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana
ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk
tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun
ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam
penapis pasir di dasar akuarium
3. AYAM PEDAGING

KEDUDUKAN LADANG

PERUMAHAN

Perumahan ayam daging hendaklah lengkap dengan memberikan keselesaan


kepada ayam dengan kos pembinaan yang paling ekonomik. Beberapa perkara
yang perlu dipertimbangkan :

Kedudukan bangsal

Iika boleh paksi panjang bangsal hendaklah mengikut arah timur/barat dengan
bahagian tepi reban mengikut arah utara/selatan. Jarak antara bangsal-bangsal
hendaklah jangan kurang daripada 50 kaki untuk menjaga dari perebakan
penyakit dari satu bangsal ke satu bangsal. Tentukan kedudukan bangsal tidak
dihalangi oleh pokok-pokok besar atau bangunan lain yang boleh menghalang
peredaran udara yang sempurna. Kedudukan bangsal di bawah atau dikelilingi
oleh pokok-pokok besar walaupun akan meredupkan keadaan bangsal tetai
mungkin akan menyebabkan keadaan lembab.
Rekabentuk/Sistem Perumahan

Sistem Lantai Sampah-sarap

Lantai bangsal diperbuat dari simen dan ditutupi dengan menggunakan sampah
sarap. Jenis sampah sarap yang digunkan bergantung kepada samada iannya
mudah diperoleh, sesuai untuk menyerap air dan murah harganya. Jenis-jenis
sampah sarap yang biasa digunakan ialah ketaman/tatalan papan, jerami dan
sekam padi. Sampah sarap perlu diisikan setebal 8-10 cm tinggi dari lantai.

Sistem Lantai Tinggi

Sila lihat gambarajah 2 untuk sistem lantai tinggi Lantai bangsal dinaikkan
sekurang-kurangnya 3 kaki dari paras tanah Lantai biasanya diperbuat daripada
kayu berketam berukuran 2.54 cm x 2.54 cm dan diatur jarak 2.54 cm antara
dua kayu. Lantai boleh juga diperbuat dari BRC keras (sejenis dawai)
berukuran 2.54 cm x 2.54 cm.

Ukuran

Lebar bagsal hendaklah diantara 5.5 m-12.2 m bergantung kepada kebesaran


bangsal. Lebar yang kurang dari 5.5 m akan menyebabkan bangsal kelihatan
runcing dan ini tidak sesuai bagi bangsal yang panjang. Lebar yang lebih dari
12.2 m pula akan menghalang peredaran udara yang sempurna dari tepi ke tepi
bangsal. Untuk ukuran selanjutnya sila lihat gambarajah 1 dan 2 untuk kedua-
dua sistem perumahan. Panjang bangsal adalah bergantung kepada jumlah ayam
yang hendak dipelihara.

Berikan keluasan lantai diantara 7-10 ekor untuk tiap-tiap 1 meter persegi

Atap

Berbagai jenis atap yang boleh dipilih untuk kegunaan bangsal. Sebaik-baik
jenis atap yang dipilih ialah yang dapat mengurangkan bahang panas, tahan
lama dengan kos yang berpatutan. Jenis atap aluminium amat sesuai kerana
daya pambalikan haba yang tinggi dan sesuai dengan iklim tropika.

PEMBERSIHN REBAN

Reban ayam daging perlulah dibersihkan dengan sempurna, setelah tamat


pemeliharaan sesuatu kumpulan ayam. Ini adalah untuk menjamin reban
tersebut bersih daripada kekotoran dan kuman-kuman penyakit untuk
kesejahteraan kesihatan kumpulan ayam daging yang baru. Program
pembersihan reban adalah seperti berikut :

Keluarkan sampah sarap lama/najis

Setelah tamat pemeliharaan sesuatu kumpulan ayam, maka kerja pembersihan


pertama ialah mengeluarkan sampah sarap lama sekiranya menggunakan sistem
lantai sampah sarap. Jika menggunakan sistem lantai tinggi, maka najis yang
terdapat di bawah reban perlu dibersihkan dahulu. Sampah sarap lama/najis
kalau boleh dikeluarkan dari kawasan ladang ternakan samada digunakan
sebagai baja, dijual atau dibuangkan. Setelah itu reban haruslah disapu bersih
untuk membuang saki baki najis dan lain-lain kotoran seperti sawang.

Mencuci palong-palong makanan dan minuman

Keluarkan palong-palong makanan dan minuman untuk dicuci. Gunakan ‘tank’


atau bekas air yang besar untuk merendam palong makanan. Gunakan bekas
yang lain untuk palong air. Gunakan ubat pencuci semasa merendam. Palong-
palong kemudian dibilas bersih dengan air. Kemudian direndamkan dengan
menggunakan pembasmi kuman. Setelah itu simpan palong-palong itu ditempat
khas sehingga diperlukan. Sekiranya menggunakan bekas minuman otomatik
maka ianya tidak perlu dikeluarkan dari reban, memadai dicuci bersama-sama
dengan pencucian reban. Tapis di dalam bekas minuman ini perlu dibuka dan
dibersihkan.

Bersih dan baiki alat perindukan

Pembersihan dan pembaikan alat perindukan patutlah dijalankan selepas tamat


sahaja perindukan. Sekiranya ada apa-apa kerosakan maka perlulah diperbaiki.
Simpan alat-alat perindukan di dalam setor dengan baik.

Reban disapu bersih

Setelah najis/sampah sarap dan peralatan dikeluarkan, maka reban perlu disapu
bersih dengan menggunakan penyapu. Seluruh reban perlu disapu bersih
termasuk di kawasan bumbung / atap.
Semburan racun serangga / kutu

Setelah reban disapu bersih maka hendaklah reban tersebut disembur dengan
racun serangga. Gunakan racun serangga yang tidak memudaratkan manusia
dan binatang ternakan. Ada berbagai racun serangga yang terdapat di pasaran
yang boleh digunakan. Sekiranya reban mengalami masalah kutu ayam, maka
semburan racun kutu perlu dijalankan juga. Semburan racun dengan alat
penyembur yang baik dan rata keseluruhan reban termasuk kawasan-kawasan
bumbung dan atap. Celah-celah kayu juga perlu disembur. Semburan mestilah
rata dan basah.

Nota : Gunakan bancuhan sebagaimana yang disyorkan oleh pelekat / pembekal


racun.

Gunakan langkah-langkah keselamatan apabila menyembur. Setelah itu biarkan


reban satu atau dua hari, kemudian sapu dan buang serangga yang mati direban.

Pembasuhan reban

Setelah diracun dan dibuang serangga yang mati maka reban perlu dibasuh
dengan menggunakan air basuhan yang baik ialah dengan menggunakan ‘high
pressure sprayer’. Pancutan air dari alat ini dapat membersihkan reban dengan
lebih sempurna. Tetapi sekiranya tiada alat ini, maka pembasuhan dengan cara
biasa boleh dilakukan. Gunakan sabun basuhan yang disyorkan dan cucilah
reban sehingga bersih. Kawasan-kawasan bumbung juga mestilah dibasuh.
Setelah dibasuh, bilas basuhan dengan menggunakan air yang bersih.

Semburan racun pemusnah kuman

Setelah dibasuh reban dan kering, maka perlulah reban tersebut disembur
dengan menggunakan racun pembasmi kuman. Ada banyak racun pembasmi
kuman yang terdapat dipasaran. Gunakan jenis yang perlu sahaja. Semburan
hendaklah dilakukan dengan teratur dan sempurna. Semburkan dikawasan
dalam dan luar reban sehingga basah.

Nota : Gunakan bancuhan sebagaimana yang disyorkan oleh pelekat/pembekal


racun

Biarkan reban kosong

Setelah disembur dengan racun pembasmi kuman, reban perlulah dikosongkan


selama 2 minggu. Tujuannya ialah pengawalan penyakit yang lebih baik.
Sekiranya reban dibiarkan kosong lebih dari 2 minggu maka adalah difikirkan
elok dibuat semburan racun pembasmi kuman kedua.

Persiapan menerima anak ayam

Setelah dikosongkan reban, maka perlulah diambil langkah-langkah untuk


menerima ketibaan kumpulan anak ayam yang baru.
PEMILIHAN ANAK AYAM

Anak ayam dari baka yang baik

Pemelihraan anak ayam dari baka yang bermutu adalah penting didalam
pengeluaran ternakan ayam daging. Ayam daging dari kacukan yang sederhana
tidak boleh setanding dengan ayam daging yang tinggi nilai kacukan walaupun
ianya dipelihara dengan sempurna. Berikut ialah beberapa panduan untuk
pemeliharaan jenis ayam daging yang tinggi nilai mutunya :

* Kehidupan dan ketahanan penyakit yang baik.


* Tumbesaran yang cepat
* Penukaran makanan yang baik
* Kesegaran yang tinggi.
* Bentuk badan mengikut kehendak pasaran.
* Boleh dipasarkan dengan cepat.
* Rendah kos pengeluaran.
* Nisbah daging yang tinggi dari tulang.

Ciri-ciri pemilihan anak ayam

Berikut adalah garis panduan ciri-ciri anak ayam yang bermutu baik :

* Anak-anak ayam dibeli hendaklah seragam


* Mempunyai mata yang bulat dan bersinar
* Kelihatan sihat dan cergas
* Bulu badan berada dalam keadaan kering dan kembang
* Pusat yang kering
* Dubur yang bersih tiada dilekati dengan najis
* Tiada kecacatan

PENGURUSAN ANAK AYAM

Pengurusan anak ayam amatlah penting dan merupakan suatu ketika yang rumit
di dalam pengurusan ayam. Sesuatu perusahaan ayam tidak akan berjaya
sekiranya pengurusan anak ayam ini tidak dikendalikan dengan sempurna.
Kegagalan didalam penjagaannya akan melibatkan peratus kematian yang
tinggi dan boleh menjejaskan pembesaran yang sempurna. Penjagaan yang rapi
diperlukan untuk pencapaian (genetic potential) sesuatu baka yang dipelihara.
Pada hakikatnya perindukn adalah bergantung kepada perumahan dengan
penjagaan suhu peredaran udara.

Sebaik-baiknya reban untuk perindukan ialah reban bertutup bagi mengelakkan


kesejukan dan kehilangan hawa panas dari reban ke alam sekitar. Tetapi
peredaran udara yang secukupnya perlu diadakan. Sistem perumahan berlantai
simen dengan menggunakan sampah tebal adalah yang paling diamalkan.
Keperluan suhu yang seuai adalah dalam lingkungan 70°F ke 100°F. Jarak
lingkungan keperluan suhu ini adalah luas dari itu takat suhu yang sesuai dapat
diketahui daripada perangai anak-anak ayam itu. Keterangan ini akan dijelaskan
dibawah tajuk perindukan.
Udara yang nyaman dari luar perlu diberikan kepada anak-anak ayam semsa
perindukan. Peredaran udara memastikan kandungan air dalam reban tidak
menjadi lembab.

Alat-alat kelengkapan

Induk gas Hover berkuasa 30,000 BTU untuk 500 ekor anak ayam. Ada
berbagai jenis alat pemanas yang boleh digunakan terdapat di pasaran. Pastikan
syor diberikan oleh pembuat bagi bilangan anak ayam untuk sesuatu alat hover.
Pembentong induk samada dari kadbod atau kawat jaring halus setinggi 46 cm
(18 inci) bagi tiap-tiap kepungan induk. Dulang makanan permulan anak ayam.
Sediakan satu dulang makanan berukuran 46 cm x 46 cm x 4 cm (18” x 18” x 1
½”) untuk tiap-tiap 100 ekor anak ayam.

Bekas makanan. Sediakan bekas makanan yang digantung selepas umur anak
ayam 10-14 hari. Sediakan 3 buah bekas makanan berukuran rentas 40.6 cm (16
inci) atau 4 buah bekas makanan berukuran 30.5 cm (12 inci) bagi tiap-tiap 100
ekor anak ayam. Jika palong makanan digunakan berikan keluasan 5.0-7.5 cm
(2”-3”) panjang bagi seekor anak ayam.

Tabung air. Gunakan satu tabung air muatan 9 liter (2 gelen) air untuk 100 ekor
anak ayam dari 1 hingga 10 atau 14 hari. Bekas minuman. Sediakan satu bekas
minuman air otomatik untuk 100 ekor anak ayam.

Bagi palong air berikan keluasan sepanjang 2 cm (0.75 inci) tempat minuman
bagi seekor anak ayam dari umur 15 hari ke atas. Kesemua alat-alat perindukan
hendaklah disusun sebagaimana dalam rajah 3. Dulang makanan permulaan
atau tabung air perlu diselangselikan supaya anak-anak ayam dapat tempat
makanan dam minuman dengan mudah.

Pengurusan

Selepas pembersihan bangsal maka hendaklah kita membuat persiapan untuk


menerima kedatangan anak-anak ayam. Dinding bangsal ayam perlulah ditutup
samada dengan kertas atau plastik dikelilingnya. Tinggalkan sedikit dari
dinding bangsal dan jangan ditutup untuk pengedaran udara. Sediakan satu pasu
berisi larutan disinfactant untuk dicelupkan kasut sebelum masuk ke reban.

Buatkan kepungan untuk perindukan dengan ukuran rentas 274 cm (9 kaki)


Alas lantai dengan ketaman papan setebal 8-10 cm dan buatkan kepungan untuk
perindukan dengan ukuran rentas 274 cm (9 kaki). Isikan juga makanan
permulaan ke dalam bekas makanan. Jangan isikan terlalu penuh kerana anak-
anak ayam itu tidak makan dengan banyak ketika itu.Juga bagi megelakkan
pembaziran makanan dengan sebab dikais atau dikotori dengan najis.

Nyalakan api induk beberapa jam sebelum ketibaan anak ayam sekurng-
kurangnya 12 jam untuk memanaskan kawasan perindukan dan reban.

Apabila ketibaan anak ayam masukkan anak-anak ayam ke kawasan perindukan


dengan segera. Sekiranya ada suntikan yang perlu dilakukan ketika hendak
memasukkan anak-anak ayam ke kawasan perindukan. Kiraan ke atas bilangan
anak-anak ayam dilakukan ketika ini.
Larutan vitamin atau ‘antistress’ juga diberikan kepada anak-anak ayam
Pastikan anak-anak ayam berdekatan dengan tempat minum dan induk.
Tinggalkan reban untuk beberapa jam dan kembali semula untuk melaraskan
apa-apa yang perlu dan untuk perhatian keatas kedudukan anak-anak ayam
dalam kawasan perindukan untuk penysuaian suhu.

Gambarajah 4 menunjukkan pertaburan anak-anak ayam mengikut


keadaan suhu.

Sekiranya reban terlalu panas maka eloklah hover/induk dipadamkan


sementara. Sekiranya reban dalam keadaan sejuk, periksa hover/induk untuk
kerosakan. Sekiranya tiada tambahan unsur haba untuk mendapatkan kepanasan
yang diperlukan. Semasa perindukan, unsur haba boleh dinyalakan selama 24
jam untuk minggu pertama. Akan tetapi ini bergantung kepada keadaan suhu
dan pertaburan serta tingkah laku anak-anak ayam. Hover/induk boleh
dipadamkan sekiranya keadaan terlalu panas dalam reban. Bagi minggu kedua,
hover hanya dinyalakan diwaktu malam sahaja. Tiada haba diberi untuk minggu
ketiga kecuali dalam keadaan hari yang sejuk. Selalu melawat ke reban ayam
semasa perindukan untuk memastikan yang anak-anak ayam berada dala
keadaan yang baik. Air perlu diganti dengan yang baru setiap hari dan
pemberian makanan perlulah sentiasa cukup. Anak-anak ayam yang mati perlu
dibuang dengan segera. Sekiranya ada anak-anak ayam yang lemah dan dalam
keadaan yang tidak sempurna, untuk dipelihara perlulah diasingkan.

Pengurusan-pengurusan lain.
Setelah cukup 3 minggu maka bukalah penutup-penutup dinding dan kepungan
perindukan dan biarkan ayam bebas dalam reban. Pada masa ini pertumbuhan
bulu kasar telah nyata. Elakkan kemasukan orang-orang yang tidak berkenaan
ke dalam reban. Pemberian antibiotik/vitamin boleh diberi apabila perlu. Anak-
anak ayam perlu disuntikkan bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang
merbahaya. Satu program suntikan perlulah disediakan dan ini bergantung
kepada penyakit disatu kawasan.

PENGAWALAN PENYAKIT

Program suntikan

Anak-anak ayam perlu disuntik bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang


merbahaya. Adalah dinasihatkan agar penternak menghubungi Pejabat Haiwan
yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat berkenaan dengan suntikan dan
penyakit.

Dibawah ini disenaraikan panduan untuk program suntikan ayam daging.

Umur Suntikan Jenis vaksin Cara pemberian


penyakit
1 hari Sampar ‘F’ Dititiskan ke
dalam hidung
atau mata
18 hari Sampar dan Puru ‘F’ dan Puru Dititiskan ke
ayam dalam hidung dan
dicucuk dikulit
pelipatan sayap

Pemberian ubat

Membanteras penyakit yang paling berkesan ialah dengan pengawalan.


Kebersihan, pengurusan yang baik serta jadual suntikan yang teratur boleh
mengawal kejadian penyakit. Walau bagaimanapun kadangkala kumpulan ayam
tetap diserang oleh penyakit. Sekiranya berlaku demikian, penternak adalah
dinasihatkan berhubung dengan Jabatan Haiwan untuk mendapatkan ketentuan
jenis penyakit dan perubatan yang diperlukan. Apabila menggunakan ubat,
berikan mengikut kadar yang disyorkan. Penternak-penternak janganlah mudah
terpengaruh dengan penjual-penjual ubat ayam. Perubatan ayam adalah
berdasarkan penyakit yang telah sedia ada.

Pembuangan ayam mati.

Ayam yang mati samada disebabkan oleh penyakit atau hal-hal lain perlulah
segera dimusnahkan atau dibuang jauh dari persekitaran ladang ternakan.
Kawalan binatang-binatang tersebut perlu juga dijalankan untuk mengelakkan
berlakunya perebkan penyakit yang tidak diingini. Cara memusnahkan ayam
mati yang disyorkan ialah dengan membakar
PEMBERIAN MAKANAN

Pemberian makanan yang sempurna mestilah dilakukan untuk menjamin


pembesaran badan yang cepat dan penjimatan kos. Makanan adalah satu kos
yang tertinggi di dalam pemeliharaan ayam daging. Sebanyak 70 % daripada
kos pengeluaran ialah kos makanan. Dari itu penternak haruslah mengambil
perhatian ke atas pengurusan makanan yang tidak sempurna akan menjejaskan
keuntungan.

Jenis makanan

Jenis-jenis makanan ayam daging dan umur diberi adalah seperti berikut :
Makanan permulaan ayam daging
1 hari-28 hari Jenis crumblo

Makanan penghabisan ayam


29 hari dipasarkan Jenis daging Pellet

Belilah makanan tersebut dan pembekal makanan ternakan ayam yang terkenal
dengan mutunya. Mutu makanan ayam daging yang tinggi perlu bagi
menentukan tumbesaran ayam dengan sempurna.
Ruang makanan dan kedudukan bekas makanan

Ruang makan perlulah mencukupi agar semua ayam berpeluang untuk


memakan tanpa bersesak. Sekiranya ruang makan tidak mencukupi maka
pembesaran ayam daging mungkin tidak rata. Keperluan ruang makan adalah
seperti berikut :

Untuk anak ayam- dulang makan berukuran 46 cm x 46 cm x 4 cm untuk


Setiap 100 ekor anak ayam. Sekiranya menggunakan
Palong berikan 2.54 cm untuk seekor.

Untuk peringkat tumbesaran- gunakan bekas berukuran rentas 40.6 cm


(16 inci) untuk 30 ekor ayam. Jika palong makanan digunakan berikan
keluasan 5.0- cm (2-3 inci) panjang bagi seekor ayam.

Bekas makanan gantung atau palong makanan yang digunakan perlulah


dibetulkan kadar tinggi mengikut pembesaran ayam. Paras tempat ayam makan
samada dari bekas makanan gantung atau palong makanan hendaklah sama
dengan paras belakang ayam. Paras yang rendah akan menyebabkan ayam
melakukan kais mengais dengan muncung dan berlakunya pembaziran
makanan. Paras yang tinggi pula akan menjejaskan ayam yang kecil dari
mendapat makanan.

Apabila mengisi makanan ke dalam bekas makanan janganlah mengisi dengan


terlalu penuh, memadailah dengan mengisi ¾ paras bagi palong makanan,
isikan jangan melebihi ½ paras dan perlu diisi beberapa kali sehari untuk
memberi makanan yang mencukupi dan juga cara ini akan menggalakkan ayam
untuk makan. Makanan mestila sentiasa ada di dalam bekas makanan untuk
menentukan adanya makanan pada setiap masa.

Penukaran makanan

Penukaran makanan ialah angka penunjuk makanan dengan berat badan ayam.
Pengurusan yang sempurna adalah penting dalam penentuan penukaran
makanan yang baik. Pengurusan-pengurusan alat makanan , cara-cara
pemberian makanan, pengawalan penyakit dan lain-lain yang berkaitan
semuanya memainkan peranan.

Perhatian berat yang patut diambil ialah pembaziran makanan. Pembaziran


makanan boleh berlaku dari perkara-perkara berikut :

* Mengisi makanan kedalam bekas makanan dengan tidak cermat dan


berlakunya pertumpahan makanan.
* Menggunakan bekas yang rosak
* Paras tinggi bibir bekas makanan atau palong makanan yang tidak mengikut
pembesaran ayam
* Masalah tikus yang suka memakan makanan ayam
* Tidak menyimpan makanan dengan baik. Menimbunkan beg-beg makanan
dengan tinggi yang akhirnya menyebabkan beg-beg makanan dibawah
menjadi keras dan tidak dapat digunakan. Elakkan beg-beg dari terkena air.
Makanan yang terkena air akan cepat rosak dan berkulat dan tidak sesuai
diberi makan kepada ayam.
Kesihatan ayam adalah satu punca yang boleh mempengaruhi penukaran
makanan. Penyakit-penyakit akan menyebaban kejatuhan pengambilan
makanan dan ini akan menjejaskan pertumbuhan badan dengan sempurna.

Cara pengiraan penukaran makanan ialah dengan membahagikan jumlah


makanan yang diberi dengan jumlah berat badan yang dihasilkan. Lebih rendah
angka yang didapati lebih baik lagi penukaran makanan sesuatu kumpulan
ayam dan lebih tinggi lagi pulangan pendapatan.

Contoh kiraan untuk 100 ekor ayam

Jumlah makanan yang diberikan kepada sesuatu kumpulan ayam dari mula
dipelihara sehingga dipasarkan - 3675 kg

Jumlah berat badan ayam hidup


yang dijual. - 1750 kg

Jumlah berat badan ayam hidup yang dijual = Jumlah makanan diberi
Jumlah berat badan

= 3675
1750
= 2.1kg
PEMBERIAN AIR

Air adalah merupakan satu faktor yang sangat penting dalam kehidupan ayam.
Ia merupaka kandungan yang tinggi di dalam badan. Badan ayam mengandungi
lebih kurang 70 % air. Air amatlah diperlukan dalam proses-proses kehidupan
didalam badan dan kawalan suhu serta lain-lain fungsi lagi.

Pengambilan air bergantung kepada keadaan suhu alam sekeliling dan


kelembapan kandungan dan pengambilan makanan dan gerakan jasmani.
Dimana keadaan panas ayam akan minum 2 kali ganda daripada keadaan suhu
biasa. Pada lazimnya ayam akan minum 2 kali ganda daripada jumlah berat
makanan yang dimakan. Memandangkan peri pentingnya keperluan air maka
penternak ayam dikehendaki mengawasi pemberian air terutama sekali di
musim panas :

Ruang minum dan kedudukan bekas minuman

Ruang minum perlulah mencukupi untuk semua ayam berpeluang untuk minum
tanpa bersesak. Keperluan ruang minum adalah seperti berikut :
Untuk anak ayam

Sediakan satu tabung air bermuatan 9 litr (2 gelen) untuk 100 ekor anak ayam
dari umur 1 hingga 10 atau 14 hari.

Untuk ayam membesar

Gunakan bekas minuman gantung jenis automatik untuk kemudahan dan tahan
lama. Sdiakan satu bekas minuman automatik untuk 100 ekor anak ayam.
Sekiranya palong air digunakan, berikan keluasan sepanjang 2 cm (0.75 inci)
bagi seekor.

Tempat minuman dan makan hendaklah diatur dengan baik agar kedua-duanya
saling dekat mendekati untuk dituju oleh ayam. Ketinggian bekas minuman
hendaklah mengikut pembesaran ayam. Tentukan paras bibir bekas minuman
serata dengan paras belakang ayam. Kawalan air dibekas minuman perlu
diawasi bagi mengelakkan pertumpahan air yang boleh menyebabkan lecak dan
berbau masak. Air perlulah dijaga dan diberi perhatian berat setiap kali
penternak memasuki bangsal ayam. Jika ada bekas minuman air yang rosak
maka ianya perlu diganti dengan segera. Kematian yang tinggi disebabkan oleh
ketiadaan air boleh berlaku.Berikan air dari sumber yang bersih. Sumber air
dari sungai hendaklah cuba dielakkan. Air yang mengandungi unsur-unsur
galian yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan ayam.
4. AYAM PENELUR

Ayam penelur adalah jenis ternakan bukan ruminen yang diternak untuk tujuan
menghasilkan telur. Bagaimanapun ia juga boleh membekalkan daging kepada
pengguna setelah ia tidak mampu lagi mengeluarkan hasil telur secara
produktif. Pada peringkat awal proses mendidik anak ayam penelur adalah sama
seperti mendidik anak ayam daging. Setelah berumur 5 bulan ke atas makanan
ayam penelur yang khusus untuk pengeluaran telur diberikan kepada ayam
penelur.

Lokasi Tapak Ladang

Faktor Pemilihan Lokasi

* Lokasi tapak ladang tidak termasuk di dalam kawasan struktur perancangan


pembangunan daerah atau berhampiran dengan kawasan yang
berkemungkinan tinggi akan dibangunkan untuk kepentingan awam.
* Lokasi yang mempunyai kemudahan dan prasarana asas yang baik,
sempurna
dan mencukupi (perhubungan jalanraya/ jalan ladang, sistem saliran, sumber
bekalan elektrik dan sebagainya)
* Lokasi yang mempunyai ventilasi/pengudaraan yang baik.
* Sekurangnya 0.5 kilometer jarak dari ladang unggas yang terhampir bagi
ladang reban jenis terbuka dan sekurangnya 0.1 kilometer bagi ladang yang
menggunakan reban jenis tertutup.

* Sekurangnya 0.20 kilometer dari kawasan pembangunan seperti kawasan


perbandaran, perindustrian, pelancongan, penempatan awam dan
kemudahan
awam jika membangunkan ladang jenis reban terbuka. Bagi ladang jenis
reban tertutup pula sekurang-kurangnya 0.10 kilometer

Reban

* Reban dibina di kawasan berasingan dari kawasan premis-premis bukan


pengeluaran dan dipagar untuk memisahkan antara keduanya.
* Reban tidak dibina terlalu dekat dengan jalan awam yang sering digunakan
oleh kenderaan mengangkut ayam.
* Rekabentuk, ukuran, binaan reban dan bahan digunakan membolehkan:
- Ventilasi/pengudaraan dalam reban yang
optimum, selesa dan tidak menjejaskan
pertumbuhan dan kesihatan.
- Ayam serta keselesaan dan kesihatan pekerja.
- Kerja cuci hama yang berkesan
* Ventilasi /Pengudaraan Reban
Suhu dalam reban di bawah 30°C (suhu optimum
22-26°C). Kadar kelembapan dalam reban kurang
dari 70 peratus.
Jadual 4: Rekabentuk Raban Ayam

Perkara Jenis Terbuka Jenis Tertutup

Lebar reban tidak kurang dari 10 meter tidak lebih dari 12 meter

Panjang tepi atap sekurang 15-20 darjah Sama

Panjang reban bergantung kepada keperluantidak lebih dari 500 meter

Orientasi memanjang reban sebaik-baiknya mengarah timur-barat untuk


mengurangkan kesan secara langsung pancaran matahari ke atas ayam.
* Jarak antara reban sekurang-kurangnya sama dengan lebar reban.
* Bahan binaan reban, sangkar dan reka bentuknya tidak mendedahkan ayam
Kepada kecederaan.
* Bangunan atau pokok-pokok berhampiran reban tidak menghalang
peredaran
udara bersih.
* Membina pintu yang cukup untuk keselamatan pekerja dan ayam semasa
kecemasan bagi reban jenis tertutup.
* Bagi reban jenis tertutup seelok-eloknya dipasang alat amaran kecemasan.

Contoh Reban Ayam Penelur

Pandangan hadapan

Pandangan Sisi

Pandangan Atas
Pandangan Sisi Bahagian Atas

Pelan Ladang

* Menyediakan pelan struktur ladang yang menunjukkan jalan utama ke


ladang
pembangunan persekitaran seperti kampung, pekan dan sumber air
berhampiran.
* Menyediakan pelan struktur yang menunjukkan kedudukan reban-reban dan
lain-lain prasarana ladang.
Makanan

* Memperolehi bekalan makanan dari kilang makanan yang menerapkan


amalan pembuatan yang baik (GMP) atau amalan yang diperakukan bersama
oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
* Pemantauan mutu dan kebersihan makanan dibuat dari masa ke semasa.
* Menyimpan makanan di tempat yang mempunyai ventilasi yang baik yang
tidak mendedahkan makanan mengalami kerosakan mutu atau pertumbuhan
kulat.
* Makanan diberikan mengikut tumbesaran
Starter - Permulaan
Broiler - Pembesaran
Finisher – menggalakkan pengeluaran telur

Menyimpan makanan di tempat yang bersih, kalis tikus dan burung

* Tidak menyimpan bahan-bahan racun di ruang premis yang menyimpan


makanan
* Makanan tidak disimpan lama.(tidak lebih dari satu minggu) Bagi tempat
simpanan makanan yang berlantai simen atau tanah, makanan disimpan di
atas alas tinggi lebih kurang 15cm.

Air Minum

* Menggunakan air dari sumber yang bersih atau air yang telah dirawat
terlebih dahulu dengan menggunakan bahan seperti klorin dan lain-lain
bahan sanitiser yang diluluskan oleh kerajaan
* Mengelakkan air minuman dari dicemari. Air minuman disimpan di dalam
bekas yang tertutup dan mudah dicuci.
* Menggunakan bekas menyimpan air minum yang tidak mudah berkarat dan
tidak diperbuat dari bahan yang boleh menyebabkan keracunan.
* Pemantauan kualiti air (pH, kandungan kimia, kuman, logam) dari masa ke
semasa.

Pemilihan Anak Ayam

* Anak ayam dari baka yang baiik. Memperolehi anak ayam dari ladang
baka atau ladang penetasan yang diakreditasi oleh Jabatan perkhidmatan
haiwan .
* Melakukan kawalan mutu anak ayam semasa penerimaan .
* Sebaiknya anak ayam diperolehi dari induk yang sama “flock”atau sama
umur.
* Anak ayam dari sumber berlainan tidak dipelihara di dalam flock yang
sama untuk mengelakkan pemasangan.

Panduan Pemilihan Anak ayam Yang Tinggi Mutunya

* Kehidupan dan ketahanan penyakit yang baik.


* Tumbesaran yang cepat
* Penukaran makanan yang baik.
* Kesegaran yabg tinggi
* Mengeluarkan telur yang bermutu
* Cepat bertelur.
* Rendah kos pengeluaran.
Ciri-Ciri Pemilihan Anak Ayam

* Anak –anak ayam dibeli hendaklah seragam


* Mempunyai mata yang bulat dan bersinar.
* Kesihatan yang cergas.
* Bulu badan berada dalam keadaan kering dan kembang.
* Pusat yang kering.
* Dubur yang bersih tiada dilekati dengan najis.
* Tiada kecacatan.

Kawalan Suhu

* Suhu ruang pemeliharaan sesuai dan sekata mengikut pembesaran ayam.


* Reban bertutup bagi mengelakkan kesejukan dan kehilangan hawa panas
pada waktu malam atau semasa hujan.
* Sistem perumahan berlantai simen dengan menggunakan sarap tebal
adalah penting.
* Keperluan suhu yang sesuai ialah dalam lingkungan 70°F-100°F.
* Sekiranya reban terlalu panas maka eloklah hover/induk dipadamkan
sementara.
* Sekiranya reban dalam keadaan sejuk periksa hover/induk.

Namun ia bergantung kepada keadaan suhu dan pertaburan serta tingkah laku
anak-anak ayam. Hover boleh dipadamkan sekiranya keadaan terlalu panas.
Bagi minggu kedua,hover hanya dinyalakan di wuktu malam sahaja. Tiada
haba diberi untuk minggu ketiga kecuali dalam keadaan sejuk.
“Brooding”

Bermaksud masa penjagaan anak ayam semasa berumur 1 hari hingga 2


minggu.
Kepongan keliling berbentuk bulatan dengan papan playwood 16 inci
tinggi.Suhu 28-31°C.

Alat-Alat Kelengkapan Untuk Anak Ayam

* Induk gas Hover berkuasa 30,000 BTU untuk 500 ekor anak ayam.
* Pemotong induk samada dari kadbod atau kawat jaring halus setinggi 46
cm(18 inci) bagi tiap-tiap kepungan induk.
* Dulang makanan permulaan anak ayam adalah berukuran 46 cm x 46 cm x
4 untuk tiap-tiap 100 ekor anak ayam.

Tentukan alatan makanan adalah cukup. 1 gallon drinker untuk 100 ekor.
Kekeringan(dehydration)boleh menyebabkan kematian awal.Celupkan
muncung anak ayam ke dalam air supaya ia dapat belajar minum dengan cepat.
Bekas makanan yang digantung selepas umur anak ayam 10-14 hari.Sediakan
3 buah bekas makanan berukuran rentas 40.6 cm atau 4 buah bekas makanan
berukuran 30.5 cm bagi 100 ekor anak ayam.

Penerimaan Anak Ayam Ke Ladang

Selepas ketibaan anak ayam dari ladang,masukkan anak-anak ayam ke


kawasan perindukan dengan segera. Sekiranya ada suntikan yang perlu
dilakukan ketika hendak memasukkan anak–anak ayam ke kawasan
perindustrian.Larutan vitamin atau antistress juga diberikan kepada anak-anak
ayam. Pastikan anak –anak ayam berdekatan dengan tempat minuman dan
induk. Selalu melawat ke reban ayam semasa perindukan untuk memastikan
anak ayam berada dalam keadaan yang baik.

Pemotongan Paruh

Pemotongan paruh ialah potong bahagian atas paruh sepanjang 2mm perlu
dan ia di lakukan untuk:
- Mengelakkan kanibalisme
- Mengelakkan pembaziran makanan
- Mengecilkan ruang lantai seekor ayam dalam reban.

Proses Pengeraman dan Penetasan

* Kualiti yang diperlukan pada telur untuk ditetaskan.


* Bentuk yang baik.
* Ruang udara tetap kecil dan berada.
* Di hujung yang lebar.
* Berat antara 52kg – 70 kg.
* Subur
* Tidak lebih dari 7 hari.
Pemilihan Baka

* Baka merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang


baik.Akan – anak ayam dari pengeluar atau pusat – pusat penetasan yang
diakui keunggulan yang hendaklah diperolehi.
* Purata umur ayam penelur adalah 2 tahun.

Ciri-Ciri baka Penelur Yang Berkualiti

* Mempunyai daya hidup yang tinggi.


* Bebas dari kecacatan
* Penghasilan telur sebanyak 260 -300 biji setahun.
* Berat antara 52 – 70 gm sebiji.
* Kulit telur adalah keras dan bersih.
* Di hujung yang lebar.
* Ruang udara tetap, kecil dan berada.
* Tidak lebih daripada 7 hari

Fumigasi Telur-Telur Sebelum Ditetaskan

Keperluan
* Sebuah bilik bertutup yang lengkap dengan alat pengudaraan.
* Suhu 20ºC – 25°C
* Kelembapan

Pada setiap meter persegi (m³) diperlukan.


* 20 gram pottasim permagante dan 30 cc formalin 40%.
Fumigasi Telur Semasa Ditetaskan

* Tidak diperlukan dalam minggu pertama


* Pada setiap meter persegi(m³) diperlukan.
* 10 gram pottasium permangnate dan 15 cc formalin 40 %.
* Fumigasi selama 20-30 minit.

Faktor-Faktor Yang diperlukan Untuk Pengeraman dan Penetasan Yang Baik


* Suhu
* Kelembapan
* Pemusingan
* Pengudaraan telur (turning)

Masa penetasan 1 bermula dari penindahan telur – telur ke dalam penetasan


(hatcher).

Masa penetasan 2 bermula apabila 1/3 daripada kulit – kulit telur telah mula
retak(fructured)
Suhu Yang diperlukan dalam alat Pengeraman dan Penetasan

Masa Suhu Kelembapan

Masa Pengeraman 99.5-100ºF 52 - 55%


0 - 18 hari

Masa Penetasan (X) 99 – 99.5°F 52 – 55%

Masa Penetasan(XX) 99 – 99.5ºF 75 – 85%

Sebab-Sebab Menambah Kelembapan Semasa Penetasan

* Menghindarkan kekeringan pada “membrans”.


* Menghindarkan kekeringan pada anaka ayam.

Pengudaraan diperlukan untuk tujuan

* Untuk memberi oksigen


* Untuk mengeluarkan karbon dioksida,kepanasan yang lebih dan
membekalkan kelembapan.
* Untuk kepanasan yang merata
Rekod Ladang

* Menyediakan rekod –rekod ladang yang lengkap (rekod sumber anak ayam,
sumber makanan, kematian, singkiran, pemberian ubat ,pemberian
vaksin,pengeluaran telur, gred telur dan lain – lain.
* Rekod –rekod diselenggara dengan baik dan dikemaskini dari masa ke
semasa.

Memantau prestasi

* Menyediakan norma – norma petunjuk produktiviti ladang sebagai panduan


pengurusan menilai kecekapan pengurusan ladang secara
berterusan.(index produktiviti).

Penyakit-Penyakit Ayam Penelur

Bakteria:

Penyakit Pernafasan Kronis (Chronis Respiratory Disease/CRD)

• PUNCA : Mycoplasma gallisepticum


• SUMBER :
• Telur yang tercemar
• Anak ayam yang dijangkiti
• udara

Penyakit Selesema Ayam (Infectious Coryza)

• PUNCA :Haemophilus gallinarum


• SUMBER :burung liar dan peralatan atau makanan tercemar
Penyakit Taun Ayam(Fowl Chorela)

• PUNCA :Pasteurella Multocida.


• SUMBERmelalui makanan dan minuman yang sudah tercemar
• melalui pernafasan ayam yang dijangkiti penyakit
• Lalat adalah perantara

Penyakit berak kapur (Pullorum )

• PUNCA : Salmonella Pullorum


• SUMBER : terdapat di dalam telur Ayam yang menjangkiti penyakit ini
akan menghasilkan anak yang mengidap penyakit yang
sama.
Virus:

Penyakit Avian Influenza(Selsema Burung)

• PUNCA :virus orthomyxovirus


• SUMBER:unggas di air seperti itik dan angsa, semua spesies burung baik
yang jinak mahupun liar

Penyakit Sampar – Ranikhet (Newcastle Disease)

• SUMBER:melalui udara, ayam yang mengidap penyakit ini mencemari


makanan, minuman dan peralatan kandang.
Penyakit Gumboro (Gumboro Disease)

• PUNCA :Infectious Bursal Agent (IBA)


• SUMBER: Serangga

Egg Drop Syndrome

• PUNCA :adenovirus
• SUMBER:Vaksin yang tercemar kotoran di badan ayam yang
sakit oleh ayam yang sihat
Penyakit Bronkitis (Infectious Bronchitis)

• PUNCA :famili corona viridae


• SUMBER:udara, orang, burung liar, kandang dan peralatan yang
tercemar oleh virus ini

Parasit:

Protozoa : Coccidiosis – Emeria

Terdapat dalam saluran makanan.

Punca Penyakit :
Ayam berak darah/Koksidiosis
Arthropoda : Kutu

Terdapat pada kulit dan bulu ayam

Menopon gallinae Menacanthus Stramineus

Lipeurus Goniodes Gigas

Pencegahan Penyakit
• Sanitasi reban
• Mengasingkan ayam berlainan usia
• Mengasingkan anak ayam yang sakit
• Menanam bangkai ayam yang mati
• Penakaian
• Suntikan antibiotik
Jenis-Jenis Antibiotik

• NCO – TM 25 + 25
• NOPSTRESS
• CORYZIN
• GALLIMYCIN
• TERRAMYCIN
• DIBERI MENGIKT JENIS PENYAKIT

Masa Pemberian Antibiotik


• Pemindahan anak ayam
• Penerimaan anak ayam

Cara Pemberian Antibiotik

* Suntuikan
* Dicampurkan dalam makanan/minuman
Suntikan di Kepak
5. LEMBU PEDAGING

Tujuan menternak lembu pedaging ialah:

o untuk mendapatkan hasil daging


o untuk meningkatkan pendapatan sama ada pendapatan utama atau
pendapatan tambahan.

Menternak lembu pedaging adalah lebih mudah berbanding dengan lembu


tenusu. Hasil lembu pedaging akan diperolehi setelah lembu-lembu dijual, sama
ada sebagai lembu untuk sembelih atau untuk pembiakan. Dengan pengurusan
dan penjagaan yang baik, lembu-lembu pedaging akan lebih sihat, gemuk dan
memberikan hasil yang lumayan.

Gambar Foto 10: Lembu Pedaging


BAKA LEMBU PEDAGING

Terdapat 2 kumpulan baka lembu yang utama iaitu lembu tempatan dan lembu
yang diimport iaitu lembu di bawa dari Zebu, India oleh pengijrah-penghijrah.

BAKA LEMBU PEDAGING TEMPATAN

Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai untuk diternak dinegara ini kerana
sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai
berbagai warna seperti perang-hitam, coklat dan kekuningan. Berat anak lembu
yang baru dilahir adalah kira-kira 14- 16kg. Kenaikan berat badan kira-kira
0.4kg sehari sehingga mencapai umur dua tahun. Berat matang adalah antara
200-250kg. Jumlah daging yang dapat diperolehi adalah kira-kira 45% daripada
berat badan lembu.
Gambar Foto 11 : Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Lembu India Tempatan (Local Indian Dairy) (L.l.D.)

Campuran baka Kangayan, Hallikar dan Ongole daripadaIndia. Dianggap jenis


tempatan, kerana ada yang bercampur dengan baka K-K. Berwarna di antara
keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup
dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat
matang ialah 280g. Anak dilahirkan di antara 18-20kg beratnya.
Gambar Foto 12: Lembu India Tempatan (Local Indian Dairy)
(L.l.D.)

BAKA LEMBU PEDAGING IMPORT

Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika.Berat matang lebih


kurang 520kg bagi betina, manakalajantan mencapai 700-900kg. Biasanya
berwarna putih dan berbonggol di bahagian belakang. Sesuai untukkerja-kerja
lasak dan boleh tahan cuaca panas.Menghasilkan daging yang bermutu dan
banyak (400-450kg). Anak dilahirkan kira-kira 22-27kg beratnya dan cepat
membesar.
Gambar Foto 13: Lembu Brahman

Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan Shorthorn,berasal dari Utara Australia.


Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna coklat atau
merah gelap. Matang bila mencapai umur kira-kira 630 hari. Purata umur ketika
beranak pertama ialah 918 hari.Berat mencapai lebih kurang 330kg apabila
mencapai umur dua tahun.
Gambar Foto 14 : Lembu Droughtmaster

Lembu Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)

Berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara lembubetina jenis Friesian


dan jantan Sahiwal. Baka ini dihasilkan khusus untuk dipelihara di Malaysia. Ia
merupakan jenis dua-guna yang sesuai bagi Malaysia. Boleh mengeluarkan
susu 1,500-2,000kg. Purata berat anak semasa lahir 24kg. Berat matang ialah
360kg.Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37kg sehari.

Gambar Foto 15 : Lembu Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)\

CARA-CARA MENGKACUK
Terdapat 2 cara untuk mengkacuk lembu pedaging iaitu:

Membeli Lembu

Lembu jantan dari luar negeri. Cara ini ada kelemahannya. Kos untuk
mengimport lembu jantan ini adalah terlalu mahal. Banyak lembu jantan yang
digunakan untuk proses secara banyak.

Menggunakan mani yang dibekukan

Cara ini ada kebaikan. Proses kacukan lebih mudah dijalankan kos
pengangkutan mani yang dibekukan adalah rendah dan lebih banyak lembu
betina dapat dikacukan dalam satu masa. Baka-baka yang selalu digunakan
sama ada untuk pengeluaran susu, daging atau untuk kedua-duanya adalah
seperti di bawah:

Pengeluaran Daging Pengeluaran susu

Hereford Friesian
Brahman Sahiwal
Drouhtmaster Red sindhi
Charolais Jersey
Santa getrudis Australian Illwana Shorthorn
Australian Milking Zebu
PENGURUSAN

Cara pengurusan lembu daging adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan
lembu tenusu. Ada 4 cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan
lembu daging:

Cara meragut lepas bebas

Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di


kawasan sendiri atau bukan. Ini termasuklah meragut di tepi-tepi jalan. Cara ini
kurang baik kerana;

a. selalu merosakkan tanaman orang lain


b. kemungkinan dilanggar kereta atau luka oleh kemalangan
c. makanan hanya bergantung kepada rumput di kawasan ragutan yang
kemungkinan tidak memadai perhatian sukar diberikan kepada setiap
ekor lembu yang dipelihara.

Namun begitu cara ini amat sesuai bagi penternak/ pengusaha yang mempunyai
keluasan padang ragut sendiri yang mencukupi. Ini memudahkan lembu-lembu
membiak kerana ia bebas bergaul dengan lembu-lembu jantan.
Gambar Foto 16: Cara Meragut Lepas Bebas

Cara Berkurung atau Fidlot

Dengan cara ini lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang,


dengan mendapat makanan bermutu secukupnya, air yang bersih pada setiap
masa dan garam secukupnya. Makanan yang diberikan sama ada rumput atau
dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3 - 5%
dari berat badan lembu setiap hari. Biasanya, rumput potong diberikan pada
sebelah pagi dan dedak diberikan pada sebelah petang. Ruangan lantai yang
diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang
lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan
persekitaran.
Gambar Foto 17 : Cara berkurung atau fidlot

Cara Separa Intensif

Cara ini lebih sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara
dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di
kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu
dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah
malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan
kawasan meragut yang mencukupi.

Gambar Foto 18 : Cara Separa Intensif


Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama

Di negara kita kawasan yang bertanam dengan tanaman utama seperti kelapa
sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini
biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racuri
rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu. Integrasi dengan ternakan akan
menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan
gading. Dengan ragutan berkawal, satu hektar gading kelapa sawit dapat
menampung seekor ternakan dewasa.

Gambar Foto 18 : Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama

PEMILIHAN KAWASAN
Menternak lembu secara integrasi dengan kelapa sawit adalah satu cara
penternakan lembu pedaging yang paling sesuai. Biasanya ternakan ini tidak
akan merosakkan tanaman kelapa sawit atau buahnya. Kawasan mestilah
mempunyai cukup rumput untuk menampung bilangan ternakan yang akan
dipelihara. Pagar keliling ladang mestilah baik bagi mengelakkan kecurian atau
ternakan terlepas dan memasuki kawasan lain. Sistem yang sangat digalakkan
ini, hanya memerlukan sebuah kandang yang terbuka bagi menyimpan ternakan
di waktu malam.

Walaupun kawasan yang boleh ditanam rumput adalah yang paling sesuai, akan
tetapi ia memerlukan kos pembangunan yang tinggi. Kecuali keluasan tanah
tersebut cukup besar bagi menampung unit komersial, penternakan lembu
pedaging secara ini tidak akan menguntungkan. Keluasan kawasan tersebut
bergantung kepada cara pengurusan dan banyaknya lembu pedaging yang akan
dipelihara.

Gambar Foto 19: Pemilihan kawasan


KAWASAN RAGUTAN

Tanah perlu dibajak dan digemburkan sebelum menanam rumput bagi


menentukan pertumbuhan rumput yang baik. Selepas membajak, tanah
dibiarkan selama dua minggu sebelum disisir atau disikat sambil mencampur
kapur pada kadar 1 tan gerati. Dua minggu kemudian, kerja menggembur tanah
pula dijalankan. Setelah selesai, baja TSP pada kadar 100 kg/ekar dan benih
rumput kira-kira 5 kg. gerati bolehlah ditabur.

Baja, kapur dan benih dicampurkan semasa proses penyediaan itu bagi
menjimatkan masa kerana tempoh rehat 2 minggu selepas tiap-tiap proses
adalah penting. Benih rumput secara keratan boleh juga ditanam secara barisan
atau taburan, akan tetapi cara-cara proses penyediaan tanah adalah serupa.

Bagi penternak secara integrasi dengan tanaman utama, penyediaan kawasan


ragutan adalah tidak perlu kerana rumpai asli telah sedia ada.
Gambar Foto 20 : Kawasan Ragutan

PANDUAN PERUMAHAN

Pembinaan Kandang

Kandang yang baik cuma perlu mempunyai atap/bumbung yang tidak ditembusi
air dan lantai yang mudah dibersihkan serta perparitan yang memuaskan. Saiz
kandang 30 kaki persegi cukup untuk seekor lembu, bermakna bagi 10 ekor
lembu, kandang 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8-10 kaki adalah memadai. Bahan-
bahan tempatan seperti buluh, kayu hutan, atap nipah boleh digunakan untuk
menjimatkan belanja pembinaan.

Gambar Foto 21 : Kandang

Palung Makanan dan Minuman

Setiap kandang harus mempunyai palung makanan dan minuman yang cukup.
Ruangan makanan ialah 1.5 kaki seekor dan ruangan minuman pula ialah 1 kaki
tiap-tiap seekor.
Gambar Foto 22 : Palung makanan dan minuman

Pasung/Trevis

Pasung atau trevis digunakan untuk membuat pemeriksaan, rawatan atau


permanian beradas setiap ekor lembu di masa-masa perlu. Ini berupa pagar
yang kukuh sebesar salz seekor lembu, yang apabila seseekor lembu
dimasukkan ke dalamnya, lembu itu tidak akan dapat meronta.

Menunt
Menuntut Ilmu Ternakan
Gambar Foto 23 : Pasung atau trevis
MAKANAN DAN AIR MINUMAN

Seekor lembu memerlukan kira-kira 20 - 30 kg. rumput sehari. Lembu boleh


hanya bergantung kepada rumput jika ianya dari kualiti yang baik. Jika tidak,
makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan. Makanan tambahan dapat
mengurangkan kuantiti rumput yang dimakan, tetapi harganya mahal. Hasil
buangan pertanian yang lebih murah boleh juga dijadikan makanan tambahan,
contohnya; kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulur nanas, pucuk
tebu, jerami padi, batang sagu dan sebagainya. Batu garam atau garam biasa
dan air minuman yang bersih perlu diberikan setiap masa.

Gambar Foto 24: Hampas rong sawit(pkc)


Gambar Foto 25: Vitamin dan mineral

KAEDAH PEMBIAKAN

Lembu betina dara yang telah matang atau bibit yang di dalam keadaan berahi
sahaja yang boleh dikahwinkan. Tempoh berahi selama 24 jam perlulah
diperhatikan dengan betul supaya tidak berlaku kesilapan. Sekiranya tempoh itu
terlepas, tempoh berahi berikutnya akan datang semula dalam masa 18-24 hari
(purata 21 hari).

Di antara tanda-tanda berahi ialah:

 Sentiasa berbunyi bising.


 Kemaluan merah dan membengkak
 Keluar lendir dari kemaluan.
 Panjat memanjat sesama sendiri.
 Mengasingkan diri, gelisah dan kurang makan.
Lembu-lembu yang berjaya dikahwinkan tidak akan menunjukkan tanda-tanda
berahi selepas itu. Selepas dua bulan, pegawai dari Pejabat Haiwan boleh
dipanggil membuat pemeriksaan bagi mempastikan kebuntingan. Selepas
melahirkan anak, seekor lembu betina boleh dikahwinkan semula apabila
datang berahi pada 40-60 hari kemudian. Seekor lembu betina tidak sesuai
untuk dibiakkan lagi selepas 5-6 kali beranak, atau pada umur 8-10 tahun.

Penjagaan Lembu Bunting

Tempoh bunting seekor lembu adalah kira-kira 283 hari. Perhatian penuh perlu
diberikan semasa lembu bunting sarat. Makanan bermutu dan air yang bersih
dan cukup mesti diberikan kepada bakal ibu yang telah diasingkan di dalam
kandang. Di antara tanda-tanda lembu akan melahirkan anak ialah :

 Labu tetek membesar.


 Susu dapat diperah dan berwarna kekuningan.
 Pangkal ekor kendur kearah tulang punggung yang menjadi renggang.
 Bibir kemaluan membengkak.
 Sentiasa gelisah.
 Mengasingkan diri dari kumpulan lembu-lembu lain.

Ketika ini, lembu perlu diasingkan ke dalam kandang khas yang lantainya
beralaskan rumput-rumput kering. Tuan punya lembu perlulah sentiasa
memerhatikan tetapi tidak perlu menghampirinya. Sekiranya lembu berkeadaan
sukar beranak, pegawai dari Pejabat Haiwan perlu diberitahu untuk
memberikan pertolongan di mana perlu. Begitu juga selepas 24 jam melahirkan
anak, jika uri (placenta) tidak keluar dengan sendirinya, keadaan ini perlu
dirawat oleh pegawai yang berpengalaman dari Pejabat Haiwan. Anak-anak
lembu yang lahir dalam keadaan yang bersih, peluang jangkitan kuman melalui
talipusat adalah tipis, tetapi seelok-eloknya talipusat hendaklah dirawat dengan
iodin bagi mempastikan sebarang keburukan tidak berlaku.

Gambar Foto 26: Lembu Pedaging Bunting

Penjagaan Selepas Kelahiran

Anak yang baru lahir mesti mendapat susu ibu ulung (colostrum) sekurang-
kurangnya bagi 4 hari yang pertama. Penyusuan seterusnya boleh diberikan
sehingga 3 bulan di mana anak perlu diceraikan dari ibunya. Secara
perlahanlahan anak itu harus diajar supaya memakan rumput dan dedak
sehingga dicerai terus dari ibunya. Ceraian susu yang awal dapat menjamin
kesuburan sistem peranakan ibu untuk kebuntingan semula dengan cepat. Anak-
anak pula perlu mendapat penjagaan rapi bagi mempastikan pembesaran yang
sempurna.
Gambar Foto 26 : Anak lembu yang baru dilahirkan

Penjagaan Anak Membesar

Anak jantan yang tidak diperlukan untuk dijadikan baka, mestilah dikasi
(dikembiri) supaya tidak mengganggu pembiakan ibu-ibu lembu. Gangguan ini
boleh menyebabkan ibu-ibu melahirkan anak-anak yang tidak bermutu. Selepas
dikasi biasanya anak jantan itu akan lebih cepat membesar dan boleh segera
digemukkan untuk disembelih. Tanduk juga perlu dibuang supaya tidak
menimbulkan masalah pengendalian apabila lembu itu besar kelak. Anak betina
yang sedang membesar pula harus diperhatikan supaya mendapat pemakanan
yang baik dan tidak dikahwini sebelum mencapai umur kira-kira 2 tahun.
Gambar Foto 27 : Anak lembu pedaging

Cara-cara mengenali lembu

Lembu yang diternak perlu mempunyai identity supaya mudah dikenali, mudah
dibiarkan dan mudah mengawal penyakit. Terdapat beberapa cara untuk
mengenal lembu iaitu dengan menanda selar (branding), mencacah (tattooing),
menakuk telinga melabel (tapping).

 Menanda selar- Ukiran ke atas kulit sama ada menggunakan nombor,


huruf atau ukian. Besi penyelar dibakar hingga merah dan ditekan pada
bahagian punggung selama 3 saat. Nombor mestilah cukup besar dan
jaaknya 2.5 cm antara satu sama lain.
 Mencacah- Cara ini menggunakan alat dipanggil ‘penyepit mencacah’.
Kerja ini dilakukan pada sebelah dalam telinga atas bawah ekor lembu.
Cara ini tidak dapat dilihat daripada jauh dan tidak dilihat daripada jauh
dan tidak jelas kelihatan.
 Menakuk telinga- Kerja-kerja menakuk dijalankan dengan menggunakan
alat penyepit dan boleh digunakan hingga 100 ekor. Tetapi cara ini sukar
dilakukan. Lagipun lembu-lembu sukar dikenali dan jauh.
 Melabel- Cara ini dilakukan dengan menggunakan plastik atau
aluminiumyang diletakkan ditelinga lembu dengan menggunakan
penyepit khas. Label ini boleh digantung pada leher atau tanduk dan
mempunyai bentuk dan warna yang berlainan.

Gambar Foto 28: Setiap lembu di tanda dengan nombor pengenalan khas

Pembuangan Tanduk (Dehorning)

Dehorning atau membuang tanduk lembu, amalan ini hanya boleh dilakukan
terhadap anak lembu yang belum mencecah usia 3 minggu. Tujuan
dehorning adalah merencatkan pertumbuhan tanduk. Lembu-lembu yang
tidak bertanduk boleh menjamin keselamatan lembu-lembu lain daripada
ditanduk. Setiap tandukan akan menyebabkan kecederaan terhadap lembu-
lembu lain. Dari segi harga pasaran pula, lembu-lembu baka yang tidak
bertanduk boleh mencapai harga yang agak tinggi.

Gambar Foto 29 : Menggunakan peralatan yang sesuai, gunting yang tajam


( curve surgical scissor )

Gambar Foto 30 : Keadaan anak lembu yang sihat dan berkeadaan


tenang serta bersih persekitaran.
Gambar Foto 31: Pemotongan umbut tanduk perlu dilakukan
dengan berhati-hati

Gambar Foto 32: Menggunakan pisau cukur bagi membersihkan


umbut-umbut tanduk
Gambar Foto 33 : Setelah selesai dehorning

Gambar foto 34: Bulu akan tumbuh semula selepas 2 minggu dehorning dan ia
akan kembali seperti biasa

JENIS-JENIS PENYAKIT LEMBU


Penternak-penternak lembu menghadapi pelbagai masalah terutamanya
penyakit kaki dan mulut. Penyakit ini amat merbahaya kepada lembu. Satu lagi
penyakit yang merbahaya ialah hawar lembu (Rinderpast). Penyakit-penyakit
lain yang biasa dihadapi oleh lembu ialah:

Haemorrhagic Septicaemia (Berak Darah)


Penyakit Johnes
Penyakit batuk kering
Piroplasmosis (Red water fever) atau penyakit kencing Berdarah
Mastitis
Milk fever
Bzucellosis (keguguran)
Kembung (bloat)
Parasit luar
Parasit dalam

Kawalan Kesihatan

Mengawal adalah lebih baik dari mengubati penyakit. Lembu yang sihat akan
memudah pengurusan dan menambah hasil pengeluaran.

Cara yang betul mengawal penyakit ialah dengan sistem pengurusan yang baik
termasuk menjaga kebersihan kandang dan memberi makanan yang bermutu
secukupnya.

Penyakit yang biasa terjadi kepada lembu-lembu di negara ini ialah luka,
serangan cacing dan parasit-parasit luar badan dan di dalam darah. Bagi
mengatasinya, jauhkan lembu dari benda-benda tajam, berikan ubat cacing 2-3
kali setahun dan semburkan ubat kutu tiap-tiap 2 bulan sekali.
Anak-anak lembu pula mudah dijangkit kuman di pusat. Ini dapat dielakkan
dengan merawat pusatnya dan talipusat sebaik sahaja anak-anak lembu
dilahirkan.

Tanda-tanda am lembu mula berpenyakit adalah:

tidak ada selera makan


pucat
keluar lendir/air dari mulut atau hidung
berak cair
berlaku sebarang kecacatan atau tidak normal ketika berjalan.

Andainya salah satu dari tanda-tanda di atas terjadi, Pejabat Perkbidmatan


Haiwan yang berdekatan perlu dihubungi segera untuk mendapat nasihat
pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

Gambar Foto 35: Pengambilan sampel darah untuk saringan penyakit di


lakukan secara berkala

Cara mengawal penyakit dengan sistem pengurusan yan baik


Gambar Foto 36 : Rawatan Suntikan

Gambar Foto 37 : Penggunaan Sarung Tangan dan Kapas


Gambar Foto 37: Kecederan kaki yang dialami

Gambar Foto 38 : Ubatan Yang Sesuai Bagi Kecederaan Kecil, Gusanex,


Ilium, Negasunt & etc.
6. LEMBU TENUSU

BAKA LEMBU TENUSU

Jersey Holstein-Friesian

Guernsey Ayrshire

Permanian Beradas Untuk Lembu Tenusu

Pembiakan secara permanian beradas adalah berbeza daripada pembiakan


secara tabie. Ianya dilakukan dengan memasukkan air mani(beni jantan) ke
dalam rahim (alat pembiakan) lembu betina. Permanian beradas telah
diamalkan secara meluas di merata negara terutama sekali untuk pembiakan
lembu tenusu.
Permanian beradas dilakukan untuk mempertingkatkan kaedah pembiakan.
Cuma embripo yang baik dari induk Penderma terpilih yang prodktif sahaja
dignakan.

Di samping menghasilkan lembu yang produktif serta pengeluaran yang tinggi,


ia boleh :

* Melipatgandakan bilangan anak lembu dari seekor ibu lembu yang terpilih.
* Memperbaiki genetic serta mengekalkan gen-gen yang bermutu. Penekanan
terhadap pemilihan gen-gen dapat dijalankan.
* Digunakan untuk pengujian progeny
* Mengurangkan kos import dan export
* Mengawal penyakit yang merebak melalui pembiakan
* Menggunakan betina yang kurang produktif, untuk melahirkan anak yang
produktif.
* Menyimpan dan mengekalkan spesies yang hampir pupus
* Digunakan dalam bidang penyelidikan seperti kajian in-vitro mengenai
gamet
gen, ketidaksuburan, endokrinologi, kematian janin awal dan lail-lain
* Digunakan dalam kajian Kejuruteraan Genetik (Genetic Engineering) seperti
pemilihan seks, pengklona, pengeluaran ternakan kimerik serta anak kembar
kerja-kerja persenyawaan in-vitro dll.

PROSEDUR DALAM PEMINDAHAN JANIN

Pemindahan Embrio adalah seperti ditunjukkan dalam gambarajah pemindahan


janin merangkumi aspek-aspek yang tersebut di bawah :

* Pemilihan induk pertama


* Pensupervulutari penderma
* Permanian beradas penderma
* Kutipan embrio
* Penilaian embrio
* Pembekuan Embrio/jika perlu
* Pemilihan induk pinjaman
* Segerakan biang induk pinjaman
* Pemindahan embrio

PEMILIHAN INDUK PENDERMA

Induk pinjaman dipilih daripada ternakan dewasa yang mempunyai keadaan


badan yang sihat, bebas dari penyakit serta edaran berani yang tepat. Induk
pinjaman yang mempunyai criteria di atas boleh menerima embrio, 7 selepas
berahi atau biang dalam edaran biasa atau disegerakan biang dengan
hormon.Induk penderma yang dipilih perlu dijaga dengan rapi, diberi makanan
lebih untuk menentukan edaran berahi yang tetap dan elakkan dari sebarang
tekanan (stress). Induk pinjaman juga perlu mendapat penjagaan yang sama
seperti Induk Penderma iaitu mestilah diberi pengawalan yang rapi dan
makanan yang lebih untuk menentukan kitaran estrus dan elakkan dari sebarang
tekanan (stress).

PENGELUARAN DAN PENURUNAN SUSU

Operator Pemerahan (Pemerah Susu)


Teknik pemerahan mempengaruhi penghasilan susu, masa pemerahan dan
kesihatan lembu(ternakan). Semua 3 faktor adalah penting untuk menghasilkan
pengeluaran susu yang berekonomik.

Ladang-ladang yang mengamalkan teknik yang kurang baik telah mendapat


hasil yang rendah memandangkan kepada ladang-ladang yang menggunakan
cara teknik yang teratur dan baik. Pemerahan yang kurang baik akan
mengakibatkan kerosakan ambing susu. Kerosakan selalu diikuti oleh jangkitan
mastitis. Penyakit mastitis (radang tetek) menyebabkan kehilangan susu, kerja
lebih semasa pemerahan, rawatan dan juga akan menyebabkan tersingkir
lembu-lembu susu sebelum mendapat penghasilan atau menemui potensi seekor
lembu (akan menghilang lembu-lembu berpotensi).

Ambing susu tidak boleh dikosongkan melalui pemerahan atau mahir dalam
pemerahan susu, susu yang tertinggal dalam ambing dinamakan ‘residual milk’.
Pemerahan susu yang kurang cekap boleh meninggalkan sebanyak 25% susu
dalam ambing. Susu ini hanya boleh dikeluarkan jika cara pengeluaran susu
yang baik akan betul diamalkan.

Cara-cara yang betul adalah :

* Pemerahan susu perlu tahu tabiat-tabiat lembu dan cara menggunakan mesin
* Lakukan kerja dengan tenang dan teratur serta amalkan ilmu kesihatan yang
baik
* Lakukan pemerahan dengan teratur dan masa yang sama setiap hari.
* Jangan sentuh barang-barang atau bahan yang akan mencemarkan susu
semasa pemerahan susu.
* Biasakan lembu pada kegiatan pemerahan di kandang selepas kelahiran.

PENGELUARAN SUSU BERSIH DAN BERMUTU

Tujuan :

* Susu yang dihasilkan dapat digunakan oleh manusia tanpa was-was

* Bagi penternak, penghasilan boleh dipasarkan untuk mendapat pendapatan

mengikut mutu pengeluarannya.

Pengeluaran susu bersih dari lembu yang sihat hendaklah tanpa kekotoran
seperti makanan, rumput rampai, pencemaran yang akan merosakkan susu dan
mengandungi bacteria yang paling rendah. Susu mengandungi protein, lemak,
laktos, bahan-bahan galian dan dengan susu antara 30’C –38’C amat sesuai
untuk pertumbuhan bacteria yang boleh merosakkan mutu susu dan membawa
penyakit seperti T.B, demam kepialu, dysentery, undulant fever, septic sore
throat dan diptheria.

Susu ketika diproses dalam sel susu adalah bebas daripada bacteria yang boleh
menyebabkan kerosakan tetapi susu boleh dijangkiti bacteria, sebelum
dikeluarkan dari ambing atau puting. Risiko jangkitan adalah selepas susu
diperah dari ambing susu dan mendedahkan susu kepada banyak jenis baAda 3
punca menyebabkan jangkitan bacteria atas susu segar :

- Kawasan luar ambing dan putting susu (External infection)


- Kawasan dalam ambing dan putting susu (udder infection)
- Pemerahan dan alatan pemerahan, penyejukan dan penyimpanan.

Secara umum amalan ilmu kesihatan (milk hygine) dan kebersihan adalah
penting dan kajian telah menunjukkan kegagalan mengamalkan kedua-dua
perkara tersebut akan mempercepatkan jangkitan bacteria terhadap susu segar
dan akhirnya susu akan menjadi punca pembawa kuman dari ternakan ke
ternakan dan antara ternakan ke manusia.

KUALITI SUSU

Definisi susu
Susu ialah cairan berwarna putih kekuningan yang terbentuk dalam kelenjar
susu pada semua mamalia betina beberapa hari sebelum masa kelahiran anak
sehingga satu masa tertentu. Pengeluaran susu lembu bermula dari beberapa
hari sebelum anak dilahirkan, berterusan hingga 300 hari atau kering dalam
masa 6-9 minggu sebelum kelahiran anak berikutnya.

Susu awal(Susu julung)

Mengandungi peratus protein, globulin yang tinggi dan kaya dengan antibody
untuk memberikan pelalian pada anak. Keadaan lebih pekat dan lebih kuning,
peratus zat-zat pemakanan di dalamnya lebih tinggi dan berbeda dari susu biasa.
Ia mengandungi Colustrum yang tinggi serta baik untuk kesihatan.
PENGELUARAN SUSU BERSIH

Amalan-amalan dan tindakan yang perlu diutamakan bagi mendapatkan susu


bersih adalah seperti berikut;

Lembu
- Ternakan mesti sihat dan makanannya bermutu secukupnya

Pemerahan susu
- Sihat tubuh badan dan tidak menghadapi penyakit berjangkit
- Tangan dan pakaian bersih
- Tabiatnya baik

Peralatan susu
- Baik dan sempurna
- Mudah ditanggalkan untuk pembersihan
- Peralatan besi perlu disadur dengan timah atau daripada “stainless steel”

Bilik susu dan ruang legar


- Mudah digunakan
- Mudah dicuci
- Terlindung daripada habuk

Pemeriksaan susu awal


- Susu awal perlu diperah dalam ‘strip-cup’
- Susu yang tidak baik perlu dibuang
Ketika memerah susu
- Perahan perlu dilakukan apabila rangsangan telah mencukupi puncaknya
- Perahan perlu dihentikan apabila susu telah habis diperah

Pembersihan putting tetek


- Setiap putting tetek perlu dicelup dengan ubat pembasmian kuman

Penyimpanan susu
- Susu perlu disimpan dalam keadaan suhu di bawah 4’C-8’C.
- Tempat simpanan susu perlu bersih daripada bauan
- Susu tersebut perlu dikacau rata

CARA-CARA MENGKACUK

Terdapat 2 cara untuk mengkacuk lembu pedaging iaitu:

Membeli Lembu

Lembu jantan dari luar negeri. Cara ini ada kelemahannya. Kos untuk
mengimport lembu jantan ini adalah terlalu mahal. Banyak lembu jantan yang
digunakan untuk proses secara banyak.

Menggunakan mani yang dibekukan

Cara ini ada kebaikan. Proses kacukan lebih mudah dijalankan kos
pengangkutan mani yang dibekukan adalah rendah dan lebih banyak lembu
betina dapat dikacukan dalam satu masa. Baka-baka yang selalu digunakan
sama ada untuk pengeluaran susu, daging atau untuk kedua-duanya adalah
seperti di bawah:
Pengangkutan susu

Susu perlu disimpan di bawah tempat teduh. Untuk menjaga mutu susu maka
penghantarannya ke kilang perlu cepat dan seberapa kerap yang boleh.

KANDANG LEMBU TENUSU

Kandang yang elok untuk lembu tenusu mestilah dibina untuk memenuhi
keperluan kesihatan dan keselesaan bagi lembu dan pekerja, selain daripada itu,
kecekapan tenaga buruh dan kesesuaiannya dengan peraturan kesihatan
haruslah diutamakan semasa merancang pembinaan sesebuah kandang.

Kesihatan dan keselesaan lembu.

Lembu tenusu memerlukan bangsal yang sederhana sahaja .Apa yang


diperlukan hanya perlindungan daripada tiupan angin kencang dan panas
terik ,yang mana lembu-lembu ini perlu diberi tempat untuk berteduh ,
persekitaran yang bersih dan kering adalah juga penting bagi mengawal
penyakit dan penghasilan susu yang bermutu tinggi .Kebebasan untuk bergerak
di dalam kandang yang sederhana besarnya juga mustahak untuk mengelakkan
ambing susu dan kaki daripada luka .

Kemudahan Dan Kecekapan Buruh


Kandang lembu tenusu mestilah dibentuk sedemikian rupa supaya pekerja-
pekerja dapat menjalankan tugas seperti membersihkan kandang, memberi
makan lembu, memerah susu dan perhatian terhadap perlakuan lembu itu serta
denagn belanja yang paling murah. Walau bagaimanapun kos buruh juga
mestilah berpatutan.

Di samping itu, sebuah pasung lembu untuk memudahkan rawatan perlu


disediakan. Contoh kandang murah boleh dilihat :

Kandang Bebas

Pemeliharaan lembu secara ini membolehkan lembu merayau-rayau di dalam


kandang tersebut. Bahan makanan ternakan biasanya diletakkan di dalam bekas
makanan berdasarkan pilihan bebas, bergantung pada butir-butir mengenai
rancangan pemberian makanan yang telah ditetapkan. Kebiasaan nya di negara
kita kebanyakan penternak melepaskan lembu-lembu tersebut di padang ragut
atau ke ladang-ladang getah, kelapa sawit atau dusun selepas lembu-lembu ini
diperah susunya waktu malam sahaja. Cara ini menjimatkan kos tenaga buruh
dan kerja-kerja mencuci kandang dapat dilaksanakan dengan cekap.

Pemerahan susu pula dilakukan di sebuah bilik yang dibentuk khas untuk tujuan
ini dan bilik ini dipangil bilik pemerahan susu “herringbone” seperti yang
ditunjukkan. Pati makanan biasanya diberi semasa pemerahan susu sedang
berjalan ketika lembu ini berada di dalam bilik pemerahan susu ini iaitu
sekembalinya dari meragut.
Dalam sistem ini lembu hanya dikurung semasa susu diperah atau semasa
memberi rawatan perubatan sahaja dan dijaga atas dasar kumpulan. Rekabentuk
kandang jenis ini perlu disusun sedemikian rupa supaya tidak menjejaskan
pengurusan harian. Antara perkara-perkara yang mesti dititikbertkan ialah
seperti kawasanpalong air untuk minuman lembu yang mana perlu disimen
kukuh kawasan untuk lembu beranak, sakit dan sebagainya prlu disediakan.
Stor menyimpan makanan dan kawasan untuk membuat najis lembu merupakan
perkara-perkara penting perlu diambil kira.

KESIHATAN DAN PENYAKIT LEMBU TENUSU

Pengurusan lembu-lembu tenusu yang sempurna akan mewujudkan satu unit


tenusu yang sihat dan menghasilkan susu segar yang bersih. Oleh yang
demikian, penternak perlu mengetahui sedikit sebanyak petanda-petanda
beberapa jenis penyakit, terutamanya yang mudah merebak dan merbahaya
kepada ternakan. Diantaranya penyakit kuku dan mulut, hawar berdarah
(Septisimen haemoraj), keguguran anak (bruselosis), bebesiosis, batuk kering,
demam susu, reput kaki, barah tetek (mastitis) dan penyakit Johnes.

Sakit Kuku dan Mulut

Penyakit ini biasanya terdapat pada lembu, kerbau, kambing dan juga babi.
Penyakit ini cepat merebak dan akibatnya membawa kerugian yang besar pada
pentrnak-penternak dan juga negara.

Tanda-Tanda Penyakit
Kudis api (vesikel) terdapat pada :
-bibir mulut
-lidah
- lelangit
-sekeliling tetek
-di kaki-celah-celah mulut

Cara merebak
-daging dari pesakit
-susu dari pesakit
-makanan serta minuman
-orang awam dan kenderaan yang bergerak bebas dari kawasan wabak
penyakit ke kawasan yang bersih dari wabak penyakit tersebut

Cara pencegahan
- laporkan segera pada Pegawai Haiwan Negeri
-Lembu ditembak/disembelih
-Tempat makan dan kandang disembur/disiram dengan bahan-bahan
pembunuh kuman
-lembu-lembu disekat daripada bergerak bebas
7. KERBAU

Sebab Kerbau Kurang Diminati oleh rakyat Malaysia


* baka yang baik disembelih
* kurang kajian mengenai kerbau
* kerbau mudah menjadi liar
* kadar pertumbuhannya lambat

Jenis-Jenis Kerbau Di Malaysia.

Kerbau Sawah

* suka pada tanah berlumpur (berkubang) untuk mengawal suhu badan


* 10% kerbau di Malaysia dikenali sebagai kerbau balar (Albinoid)
* tujuan utama untuk pengeluaran daging dan bekerja di sawah padi.
* pengeluaran susu yang rendah
* peratus daging yang lebih daripada lembu dan kambing
* kadar tumbesaran yang rendah
* lambat capai umur kematangan (21-36bulan)
* membiak sepanjang tahun

Kerbau Murrah

* Pengeluaran susu yang tinggi


* Bewarna hitam dan bertompok putih pada hujung ekor di atas kepala dan
bahagian kaki.
* Tanduk yang pendek dan kecil
* Bekerja sebagai penarik
* Badan lebih berat dan besar daripada kerbau sawah

Kerbau Sawah-Murrah

* Kacukan dilakukan pada akhir-akhir tahun lima puluhan oleh Jabatan


Haiwan.
* Ciri-ciri fizikal kerbau murrah yang lebih jelas dan agak lebih garang
* Saiz badan yang lebih besar dan kadar tumbesaran yang cepat.

Sistem Pengurusan Kerbau

Cara-Cara Pengurusan bergantung kepada:


* sedia ada kawsan ragut
* jenis kerbau
* tujuan ekonomik

Sistem-Sistem Yang Selalu Diamalkan.

* Sistem Tradisional
* meragut pada waktu siang dan malam
* siang meragut dan malam dikandangkan.
* meragut separa bebas di waktu siang dan dikandangkan pada waktu malam.
* meragut separa bebas di waktu siang dan dikandangkan pada waktu mala
malam & diberi makanan tambahan.
Sistem Separa Ekstensif
* amalan yang penting oleh penternak-penternak kerbau murah
* 20 - 30 ekor dengan seorang atau dua orang gembala
* meragut disiang had dan diberi makanan penambah di waktu malam.

Sistem Separa Intensif


* amalan yang dijalankan oleh ladang-ladang kerajaan atau penternakan
secara
besar- besaran
* meragut secara bebas di kawasan pastura yang ditanam dengan rumput yang
tinggi kualitinya
* penambahan kosentrat apabila perlu
* dapat mengawal pembiakan dan pengurusan
* prestasi ternakan yang memberangsangkan
8. KAMBING DAN BEBIRI

KAMBING

BAKA-BAKA KAMBING

Kambing Katjang Anglo Nubian Baka Kacukan

Tempatan –Katjang

Import - Anglo Nubian


- Jamnapari
- Saanen
- British Alpine
- Togernburg

Kacukan - Baka tempatan dikacukkan dengan baka import.


Ciri-Ciri Kambing Katjang.

* Warnanya hitam
* Telinganya kecil dan berdiri tegak
* Mukanya kecil dan panjang
* Berat badan lebih kurang 20 -25kg
* Untuk penghasilan daging dan susu untuk anak sahaja.

Ciri-Ciri Baka Import Jamnapari

* warnanya campuran hitam dan kekuningan


* badan lebih besar dan tinggi dari kambingkatjang
* terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang.
* bulu lebat di bahagian punggung dan leher.
* berat dewasa - jantan 68 - 91 kg - betina 36 - 63 kg
* berasal dari India.

Anglo Nubian(untuk susu dan daging)


* warna gelap dan kadang kala bertompok-tompok (coklat kemerahan)
* telinganya jatuh dan panjang
* berat dewasa lebih kurang 50 kg
* tingginya lebih kurang 80 cm
* menghasilkan karkas yang besar
* mengeluarkan 2 kg susu sehari dan 250 - 300 kg bagi satu laktasi.
* tiada tanduk.
Saanen

* Warnanya putih
* beratnya 85 - 90 kg
* tingginya lebih kurang 90 cm
* pengeluaran susu purata 800 kg (250 hari)
* berasal dari Switzerland.
* jantan dan betina mempunyai tanduk

British Alpine (baka tenusu)

* menghasilkan tenusu
* berat badan dan tinggi sama dengan saanen.

Togernburg

* warnanya coklat
* tingginya 80 cm
* berat badan 70 kg
* asal Switzerland.

Cara Pengurusan

* beri colustrum sebab ia mengandungi antibodi


* potong tali pusat, celup dengan iodin hingga ia kering (2 kali sehari)
* sekiranya tali pusat tidak dijaga dengan baik, ia boleh menyebabkan
penyakit
bengkak sendi-sendi (navel ill)
* anak kambing mudah dijangkiti oleh cacing ini menyebabkan anak kambing
menjadi kurus.

Sebab Terjadi
* tiada program vaksination
* perumahan yang kurang baik
* pekerja yang kasar
* kelalian pekerja atau penternak.

Penyakit Kambing

* Pueumonia
* Coccidiosis
* Meliodiosi
* Caseous Lymphadenitis.

Ciri-Ciri Kambing Kacukan

* kadar tumbesaran yang lebih cepat (berat jantan - 50 kg, betina - 40 kg)
* kesuburan yang baik
* kadar kematian yang rendah
* penghasilan susu yang banyak
* baka kacukan katjang x Anglo Nubian boleh menghasilkan susu 9 kg
BEBIRI

Bebiri Malin Bebiri Dorset Horn Bebiri Barbados Black


Belly
SEJARAH AWAL

* berasal dari yunan (cina)


* beratnya lebih kurang 20 - 30 kg
* warnanya putih dan belang bertompok
* import - Dosert Horn

CARA-CARA PENGURUS AN

Cara Lepas Bebas ( Free range)

* dilepaskan di tepi hutan, sawah, tepi jalan, di bawah pokok kelapa sawit.
* makanannya tidak putus
* kosnya rendah dan biasa untuk daging

Kelemahan
* kadang-kadang hilang
* senang diserang penyakit
* mutu makanannya rendah – musi hujan
* kawasan rumput menjadi tenggelam
* jantan dan betina dilepaskan di man-mana.
* kambing beranak di mana-mana.

Sistem Semi - intensif.

* kambing ditempatkan di reban pada waktu malam dan pagi. siang


dilepaskan
* pada waktu malam diberikan makanan tambahan (kosentrat)
* sesuai bagi penternak yang ada kawasan pastura.
* kadar tumbesaran, dan pembiakan lebih baik.
* pengeluaran susu lebih baik dan cukup untuk anak.

Kelamahan

* kadang-kadang hilang
* senang diserang penyakit
* mutu makanannya rendah – musim hujan
* kawasan rumput menjadi tenggelam
* jantan dan betina dilepaskan di mana-mana.
* kambing beranak di mana-mana.
Sistem Semi - intensif.

* kambing ditempatkan di reban pada waktu malam dan pagi.


* siang dilepaskan
* pada waktu malam diberikan makanan tambahan (kosentrat)
* sesuai bagi penternak yang ada kawasan pastura.
* respon tumbesaran, pembiakan lebih baik.
* pengeluaran susu lebih baik dan cukup untuk anak.

Kelemahan

* kos pengurusan tinggi


* perlu kawasan khusus Zero Grasing/Intensif
* kadar pengeluaran yang baik kerana mempunyai sistem perumahan yang
baik (ada tempat makanan, air dan luas lantai yang cukup)
* memerlukan pastura yang baik
* sesuai untuk pengeluaran susu
* senang mengawal penyakit.

Sistem Tethering

* sesuai untuk haiwan yang sedikit (2 hingga 3 ekor)


* pengambilan zat makanan bergantung pada panjangnya tali
* bekas air mesti disediakan.
Kadar Kematian Kambing Dan Biri-Biri
Ada 3 masalah besar
* kematian semasa anak atau kematian selepas bercerai susu (weaning)
* pengurusan yang kurang baik
* disebabkan oleh penyakit.

Anda mungkin juga menyukai