Anda di halaman 1dari 1

Analisi Filem Ola Bola.

Jika ada filem yang boleh melambangkan cerminan masyarakat majmuk negara
Malaysia, filem Ola Bola adalah contoh terbaik untuk dipersembahkan di mata dunia.
Sepanjang menonton filem ini, perasaan itu bercampur baur kerana jalan cerita yang
disampaikan cukup mengujakan. Ada beberapa babak yang membuatkan air mata jatuh. Bukan
kerana sedih, tetapi kerana penceritaan yang ditonjolkan membuatkan penulis rasa berbangga
dan lebih saying kepadan egara.Semangat kesukanan dijadikan satu perumpamaan betapa kita
sebenarnya bergerak dalam satu nafas yang sama.Sarat dengan nilai-nilai positif, tidak
keterlaluan jika penulis mengatakan yang filem ini bakal menjadi sebuah filem yang malar
segar dan tidak jemu untuk ditonton berulang kali. Jika diteliti semula pengisian Ola Bola secara
halus, filem yang mengambil latar masa hujung 1970-an sehingga awal 1980-an ini langsung
tidak menyentuh mengenai perbezaan warna kulit atau kepercayaan setiap kaum yang ada di
Malaysia. Menyentuh aspek lakonan, kualiti lakonan barisan pelakon baru tidak mengecewakan
dan boleh dibanggakan. Mereka berjaya menyampaikan mesej filem ini tepat menuju hati
penonton. Tidak hanya bercerita mengenai sukan bola sepak, Ola Bola berkisar lebih dari itu.
Persahabatan, setiakawan, cinta, kesedihan, semangat cintakan negara dan kegembiraan diadun
sebati dalam satu filem.

Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar yang terjadi sebelum kejohanan Sukan
Olimpik Moscow 1980 ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama
merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa
penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa
di Malaysia. Berkait dengan tajuk yang bakal kami bentengkan iaitu dari segregasi ke integrase,
banyak iktibar dan pengajaran yang boleh diambil dari filem ini. Sukan bola sepak yang dimana
sememangnya memerlukan kerjasama dan saling mempercayai dari satu sama lain berjaya
ditonjolkan dari filem ini. Tidak lupa juga bahawa skuad yang ada dalam filem ini terdiri
daripada pelbagai kaum. Mereka mengetepikan isu kaum dan hal-hal lain lalu bersatu demi
kemenangan untuk negara. Bagaimana mereka bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain
dalam mencapai kemenangan untuk negara perlu dicontohi. Perjalan mereka membentuk satu
pasukan,berlatih bersungguh-sungguh walaupun berlainan kaum dan ada di antara mereka yang
mempunyai masalah peribadi bukan lah halangan untuk bersatu jiwa demi negara yang tercinta.
Dapat dilihat juga mereka saling memahami antara satu sama lain. Soal berlainan agama dan
kaum bukanlah satu masalah untuk saling membantu dan membentuk keamanan di Negara ini.

Anda mungkin juga menyukai