Anda di halaman 1dari 22

KORIDOR PEMBANGUNAN SABAH (SDC): PEMANGKIN

PERTUMBUHAN EKONOMI NEGERI SABAH YANG


BERDAYA TAHAN DAN BERDAYA SAING

Kasim Hj. Mansur


Sekolah Perniagaan dan Ekonomi
Universiti Malaysia Sabah
kmansur@ums.edu.my

Mori Bin Kogid


Sekolah Perniagaan dan Ekonomi
Universiti Malaysia Sabah
edy@ums.edu.my

Abstrak

Sabah merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang tidak terkecuali daripada arus
pembangunan ekonomi. Sejak beberapa tahun yang lepas, Sabah telah melaksanakan
beberapa dasar sebagai pemangkin kepada pembangunan mampan ekonomi negeri ini.
Namun begitu, pembangunan Sabah agak lembap jika dibandingkan dengan kebanyakan
negeri-negeri lain di negara ini. Hasrat untuk menjadikan ekonomi Sabah membangun
seiring dengan apa yang dinikmati oleh negeri-negeri lain di Malaysia mungkin akan
dapat direalisasikan dengan terlancarnya program Koridor Pembangunan Sabah (SDC)
dalam tempoh 18 tahun (2007-2025). Program SDC yang baru dilancarkan ini akan
mewujudkan suatu paradigma ke arah mentransformasi masyarakat luar bandar di Sabah
di samping menjanjikan harapan, hasrat dan sekaligus merintis laluan ke arah menjadikan
Sabah sebagai negeri yang termaju menjelang 2025. SDC sebenarnya merupakan salah
satu pelan strategik jangka panjang dan sebahagian besar perancangan awalnya adalah di
bawah RMK-9. Bermatlamatkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan sifar
kemiskinan tegar, SDC menjadi tujahan kepada tiga sektor enjin pertumbuhan ekonomi
yang utama iaitu sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan (pelancongan dan
logistik). Menjelang 2025, perlaksanaan SDC dijangka akan menyediakan peluang
pekerjaan sebanyak 900,000 kepada 3,105,586 penduduk negeri Sabah dengan kadar
pengangguran dijangka dapat dikurangkan daripada 5.8 peratus pada tahun 2006 kepada
3.5 peratus dalam jangka masa 18 tahun. Selain itu, menjelang 2025, KDNK Sabah juga
dijangka akan meningkat sehingga empat kali ganda daripada RM15.1 bilion pada tahun
2005 kepada RM63.2 bilion, sementara KDNK per kapita dijangka meningkat sehingga
tiga kali ganda daripada RM5,100 pada tahun 2005 kepada RM14,800 dan kemiskinan
dijangka akan dapat dibasmi dengan sepenuhnya. Akhirnya, perlaksanaan SDC dijangka
akan menjadikan Sabah lebih membangun dan maju, kadar kemiskinan yang rendah,
kehidupan rakyat yang aman makmur dan sejahtera, membangun secara tersusun dan
mampan serta mengekalkan alam semulajadi yang lestari.

1
SABAH DEVELOPMENT CORRIDOR (SDC): A CATALYST
TOWARDS COMPETITIVENESS AND SUSTAINABLE
ECONOMICS GROWTH OF SABAH

Kasim Hj. Mansur


School of Business and Economics
Universiti Malaysia Sabah
kmansur@ums.edu.my

Mori Bin Kogid


School of Business and Economics
Universiti Malaysia Sabah
edy@ums.edu.my

Abstract

Sabah is one of the states in Malaysia which was not excluded in the economics
development trend. In the past few years, series of economic planning has been
implemented toward sustainable economic development of the state. However, the
development in Sabah is considered slow compare to other states in the nation. The aim
to transform Sabah’s economic development at the competitive level with other states in
Malaysia can be realized, with the launching of Sabah Development Corridor (SDC)
program within the next 18 years (2007-2025). The launching of Sabah Development
Corridor will create a paradigm towards transforming rural communities in Sabah with
promising hope, ambitions and at the same time clear the path in transforming Sabah as a
developed state by 2025. SDC is actually one of the long-term strategic plans and most of
its initial plan was under the 9th Malaysia plan (9thMP). With the aims in building strong
economics growth and no hardcore poor, SDC became the main three sectors economics
growth engine, which is agricultural sectors, manufacturing and services (tourism and
logistic). By 2025, the implementation of SDC is expected to provide at least 900,000 job
opportunities to 3,105,586 Sabah state populations with the unemployment rate expected
to be reduced from 5.8 percent in year 2006 to 3.5 percent within 18 years. Apart form
that, by 2025, Sabah’s GDP are also expected to rise up to four times from RM15.1
billion in year 2005 to RM63.2 billion, while GDP per capita is expected to rise up to
three times from RM5,100 in year 2005 to RM14,800 and poverty is expected to be
eradicated completely. Finally, the implementation of SDC is expected to transform
Sabah to a better develop state, low poverty rate, people live peaceful and prosperous,
developing orderly and preserve and sustain the nature of the state.

2
Pendahuluan
Pendekatan perancangan pelan pembangunan ekonomi koridor yang diumumkan oleh
kerajaan Malaysia dibawa RMK-9 (2006-2010) merupakan perancangan pembangunan
yang bijak dan tepat pada masanya. Antara lima pelan perancangan pembangunan
ekonomi koridor, tiga daripadanya telahpun dilancarkan. Wilayah pembangunan ekonomi
koridor yang telah dilancarkan ialah Wilayah Pembangunan Iskandar (The Iskandar
Development Region, IDR) dilancarkan pada 30 Julai 2006 yang terletak di selatan
Semenanjung dan hanya melibatkan negeri Johor; Wilayah Ekonomi Koridor Utara
(Northern Corridor Economic Region, NCER) melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau
Pinang dan utara Perak yang dilancarkan pada 30 Julai 2007 di Alor Setar, Kedah dan
pada 31 Julai 2007 di Butterworth, Penang dan ketiga adalah Wilayah Ekonomi Koridor
Pantai Timur (East Cost Economic Region, ECER) melibatkan beberapa negeri seperti
Kelantan, Terengganu, Pahang dan utara Mersing, Johor. ECER telah dilancarkan pada 30
Oktober 2007 di Kuala Terengganu dan Kota Bahru, sementara Kuantan pada 31 Oktober
2007. Dua yang lain dilancarkan pada awal tahun 2008 ialah Koridor Pembangunan
Sabah (Sabah Development Corridor, SDC) dan Koridor Tenaga Dapat Diperbaharui
Sarawak (Sarawak Corridor of Renewable Energy, SCORE).
Secara umumnya, kesemua koridor pembangunan yang dirancang begitu rapi
bermatlamat untuk meransang dan menjana pembangunan ekonomi negara ke arah
mencapai negara maju menjelang 2020. Usaha mewujudkan pelan pembangunan
ekonomi koridor merupakan suatu pelan untuk mencapai pembangunan yang berdaya
tahan dan berdaya saing. Dalam masa yang sama, pelan koridor pembangunan
bermatlamat untuk meningkatkan taraf hidup yang lebih baik di wilayah koridor
pembangunan yang telah dikenal pasti. Pelan perancangan koridor pembangunan ini
menyediakan perancangan pembangunan yang tersusun dan strategik yang juga
menyediakan kemudahan infrastruktur seperti penggunaan tanah yang betul bersesuaian
dengan jenis pertanian yang bakal diusahakan. Secara tidak langsung, pelan ini juga
bertujuan untuk melindungi biodiversiti yang semakin terancam pada masa kini.
Konsep koridor yang diperkenalkan ini telah banyak digunakan samada di negara
maju ataupun negara sedang membangun. Manakala banyak difinisi telah digunakan
dalam merujuk kepada koridor yang dimaksudkan sama ada dalam bidang-bidang sains,

3
sains politik dan sains sosial. Ada juga yang berpendapat bahawa koridor pembangunan
ini merupakan satu strategi pembangunan ekonomi dalam usaha untuk memulihara
penggunaan tanah yang bersesuaian. Di samping itu, konsep koridor pembangunan ini
juga merupakan pelan perancangan strategik agar pembangunan yang dilaksanakan
memberi kesan limpahan yang positif kepada persempadanan wilayah, bahagian atau zon
pembangunan.

Latar Belakang Ekonomi Sabah


Negeri Sabah mempunyai keluasan 73,620 km persegi dengan muka bumi yang berbukit
bukau dengan kepadatan populasi berjumlah 3,105,586 orang. Keluasan ini meletakkan
negeri ini yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak serta mempunyai bilangan
penduduk yang ketiga ramai selepas Sarawak dan Selangor (Mohd Yusof Kasim et al.,
2002). Namun saiz ekonominya masih kecil berbanding dengan saiz ekonomi negeri-
negeri lain di negara ini. Di awal tahun 1970an, negeri ini pernah mencatat pertumbuhan
ekonomi antara yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dan pernah
menduduki tangga antara yang teratas dari segi pungutan hasil. Bagaimanapun,
kedudukan pencapaian ekonomi negeri ini telah berubah dengan ketara. Bermula pada
pertengahan tahun 1980an, pertumbuhan ekonomi negeri Sabah telah mengalami
penurunan (Mohd Yusof Kasim et al., 2006). Sehingga pada hari ini, negeri Sabah masih
mencatatkan kadar kemiskinan yang tertinggi di Malaysia.
Statistik dalam Jadual 1 juga menunjukkan bahawa bukan sahaja berlaku trend
penurunan dalam pertumbuhan ekonomi (Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK) tetapi
juga dalam KDNK per kapita bagi negeri Sabah dari tahun 2000 hingga 2004. Kecuali
pada tahun 2002, pertumbuhan ekonomi mula menampakkan penurunan daripada 6.2
peratus pada tahun 2002 kepada 4.2 peratus pada tahun 2004, sementara pendapatan per
kapita berkurang daripada 3.8 peratus pada tahun 2002 kepada 1.7 peratus pada tahun
2004. Keadaan ekonomi yang positif pada tahun 2002 mungkin disebabkan oleh kesan
pemulihan ekonomi selepas krisis kewangan yang melanda pada tahun 1997. Pada masa
itu, ekonomi mula kembali stabil dan pasaran mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan
serta keyakinan pelabur kembali seperti sediakala.

4
Jadual 1: Sabah - KDNK Per Kapita Pada Harga Tetap 1987

Tahun KDNK % Populasi KDNK %


(RM Pertumbuhan Pertengahan Per Pertumbuhan
Juta) Tahun (’000) Kapita
(RM)
2000 11,976 - 2,603.4 4,600 -
2001 12,242 2.2 2,667.3 4,590 -0.2
2002 13,007 6.2 2,730.1 4,764 3.8
2003 13,756 5.8 2,795.1 4,922 3.3
2004 14,333 4.2 2,862.3 5,008 1.7
Sumber: Buletin Statistik Bulanan Sabah, Februari 2006 dan Buku Tahunan Statistik Sabah 2005, Jabatan
Statistik Malaysia, Sabah.

Walaubagaimanapun, Sabah secara umumnya mempunyai banyak kelebihan


berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Kelebihan yang ada di negeri ini ialah
kekayaan alam semula jadi, budayanya yang unik, masyarakat yang berbilang kaum dan
agama, keadaan politik yang stabil, prasarana yang kondusif serta moden, flora dan fauna
yang tidak terdapat di kebanyakan tempat di dunia. Kelebihan yang ada ini berpotensi
untuk melonjakkan pembangunan ekonomi di negeri ini pada tahap yang lebih baik. Dari
segi geografi, kedudukan negeri ini begitu strategik iaitu berada di antara Asia Timur,
Australia dan Lingkaran Asia Pasifik serta laut China Selatan di sebelah barat, laut Sulu
di sebelah timur laut dan laut Sulawesi di sebelah selatan. Dalam konteks pakatan
ekonomi serantau yang dikenali sebagai Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, East
Asian Growth Area (BIMP-EAGA), menjadikan kedudukan negeri ini amat strategik.
Negeri Sabah bolehlah dikatakan seumpama makmal yang kaya dengan alam semulajadi
di mana kedudukan negeri ini berpotensi tinggi untuk tujuan-tujuan penyelidikan dan
pembangunan.

Koridor Pembangunan Sabah (SDC)


Koridor Pembangunan Sabah (SDC) merupakan satu pendekatan pembangunan ekonomi
yang komprehensif dan holistik. Pelancaran pelan pembangunan koridor Sabah pada 29
Januari 2008 tepat pada masanya dalam usaha memposisi ekonomi Sabah berdaya saing
dalam era globalisasi yang semakin mencabar. Di bawah SDC ini, beberapa perancangan
telah disediakan untuk membuka pusat-pusat pertumbuhan ekonomi baru yang dijangka

5
membuka banyak ruang dan peluang kepada penduduk khususnya masyarakat di Sabah
dan ekonomi Malaysia amnya. Melalui SDC ini juga beberapa program telah dirancang
untuk menyediakan infrastruktur moden dan mantap serta kemudahan-kemudahan lain ke
arah merancakkan lagi aktiviti ekonomi.
Sejak RMK-2 (1971-1975) sehingga RMK-8 (2001-2005), matlamat
pembangunan negeri Sabah adalah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk,
mengurangkan kadar kemiskinan, meningkatkan prasarana, mewujudkan peluang-
peluang pekerjaan dan meningkatkan keupayaan dalam sumber-sumber asli (UPENS,
2001). RMK-9 berteraskan tiga prinsip utama dalam menangani ketidakseimbangan
sosioekonomi. Tiga prinsip tersebut ialah pertama, pembasmian kemiskinan dan
memastikan tiada yang ketinggalan dalam arus pertumbuhan ekonomi; kedua,
melaksanakan pertumbuhan yang seimbang di semua negeri dan daerah serta
mewujudkan lebih banyak peluang-peluang dalam penyertaan pembangunan ekonomi
negara dan yang ketiga, memastikan semua warga menerima faedah daripada
pertumbuhan ekonomi dengan cara yang adil dan saksama.
SDC telah dilihat sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah
yang lebih mampan dan berdaya saing. Tentunya SDC ini dianggap penting dan kritikal
di samping memastikan berlaku loncatan pertumbuhan ekonomi ke arah wawasan 2020.
Jika loncatan ekonomi ini dapat direalisasikan, maka peluang untuk mentransformasi
masyarakat luar bandar bersama dalam arus perdana pembangunan ke arah mencapai
wawasan 2020 amat cerah. Peruntukan sebanyak RM15.7 bilion dalam RMK-9 disertai
dengan peruntukan sebanyak RM2 billion melalui SDC ini merupakan antara yang
terbesar berbanding negeri lain. Peruntukan ini lebih besar daripada yang diperolehi
dalam RMK-8 iaitu sebanyak RM13.18 billion. Sudah tentu peruntukan yang telah
ditawarkan oleh kerajaan persekutuan ini bukan sahaja menjanjikan harapan tetapi juga
suatu cabaran yang memerlukan perancangan yang teliti dari segenap sudut.

Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah


Pembangunan ekonomi negeri Sabah sejak negeri ini menyertai pembentukan negara
Malaysia dalam tahun 1963 bukanlah suatu yang mudah untuk diukur. Walaupun
pencapaian ekonomi negeri ini sejak 44 tahun telah menampakkan perkembangan ke arah

6
positif dan memberangsangkan, namun peningkatan ini masih belum boleh dibanggakan
jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Jadual 2: Indeks Pembangunan Komposit Malaysia Mengikut Negeri,


1990 dan 2000 (1990 = 100)

(a) Negeri-Negeri Lebih Maju


Indikator Tahun Jumlah Johor Melaka N.Sembilan Perak P.Pinang Selangor K.Lumpur
GDP Per 1990 104.4 97.0 100.1 94.9 95.1 106.4 114.4 120.6
Kapita 2000 133.8 128.5 131.2 126.8 127.4 140.0 133.7 154.1
Penganggura 1990 106.2 108.0 104.6 106.6 102.2 107.6 110.0 104.2
n (%) 2000 133.2 132.5 132.5 132.5 128.4 138.0 130.4 138.7
Pembandaran 1990 106.5 100.0 95.7 97.2 102.7 112.7 112.8 124.5
(%) 2000 135.9 129.1 126.0 125.0 134.4 142.9 144.4 149.3
Kereta & 1990 108.2 108.3 104.8 105.3 99.3 117.8 113.7 108.2
Motosikal 2000 139.9 136.8 138.2 134.9 134.2 148.7 130.3 156.1
Berdaftar
Telefon 1990 106.6 101.2 99.0 99.7 97.9 108.6 113.3 126.4
2000 134.2 130.9 130.7 129.9 130.5 140.8 147.8 128.8
Insiden 1990 107.2 107.3 105.1 107.9 98.3 108.5 109.6 113.5
Kemiskinan 2000 130.3 132.5 127.5 132.5 121.6 132.2 133.3 132.8
Air Paip 1990 108.1 101.2 108.7 105.5 104.1 112.6 110.4 114.2
2000 142.2 141.1 142.0 142.0 142.9 142.9 142.0 142.9
Elektrik 1990 105.0 99.1 107.6 106.8 99.1 106.8 107.6 107.6
2000 135.9 135.9 135.9 135.9 135.9 135.9 135.9 135.9
Kadar 1990 106.0 102.5 107.1 104.3 103.4 108.9 105.9 109.7
Kematian 2000 133.4 139.2 125.2 134.0 138.2 136.6 144.4 116.4
Bayi Per
1000
Kelahiran
Hidup
Doktor Per 1990 105.0 97.4 99.2 100.0 98.3 104.7 101.9 132.9
10,000 2000 133.4 122.6 132.1 126.0 126.3 133.9 147.4 145.5
Populasi
Indeks 1990 106.3 102.9 100.8 100.7 99.4 110.6 112.6 116.8
Pembangunan 2000 135.5 131.6 131.7 129.7 131.0 142.1 137.3 145.5
Ekonomi
Indeks 1990 106.2 101.6 105.5 104.9 100.6 108.3 107.0 115.6
Pembangunan 2000 135.1 134.3 132.5 134.1 133.0 136.3 140.6 134.7
Sosial
Indeks 1990 106.3 102.2 103.2 102.8 100.0 109.5 109.9 116.2
Pembangunan 2000 135.3 132.9 132.1 131.9 132.0 139.2 139.0 140.1
Komposit
Perubahan 29.0 30.7 28.9 29.1 31.9 29.7 29.1 23.9
dalam Indeks
(b) Negeri-Negeri Kurang Maju
Indikator Tahun Jumlah Kedah Kelantan Pahang Perlis Sabah Sarawak Terengganu
GDP Per 1990 94.6 88.3 84.3 94.2 90.1 96.3 99.2 108.2
Kapita 2000 123.9 120.9 116.8 123.1 123.7 121.2 126.7 142.3
Penganggura 1990 93.8 102.2 95.4 108.0 101.7 79.9 80.9 88.6

7
n (%) 2000 118.8 131.1 112.5 124.2 128.4 108.3 111.8 115.2
Pembandaran 1990 93.5 92.8 93.2 91.8 90.0 93.1 95.2 98.4
(%) 2000 121.8 122.5 121.2 118.6 119.4 120.7 126.4 124.1
Kereta & 1990 91.8 94.5 89.5 96.3 98.1 84.4 91.0 88.9
Motosikal 2000 125.4 127.9 123.8 127.8 128.5 119.6 125.6 124.2
Berdaftar
Telefon 1990 93.4 92.0 89.6 93..2 94.7 95.9 96.9 91.6
2000 117.8 115.9 115.4 122.4 115.9 115.9 120.1 119.0
Insiden 1990 92.8 87.8 87.9 107.1 100.3 83.5 96.6 86.5
Kemiskinan 2000 115.7 115.3 107.2 127.8 115.7 105.1 125.9 113.2
Air Paip 1990 91.9 94.5 79.8 98.7 92.3 93.0 87.9 97.2
2000 131.2 141.1 115.6 136.5 138.3 111.9 137.4 137.4
Elektrik 1990 95.0 100.9 95.0 103.8 106.8 77.2 79.5 102.1
2000 128.1 135.9 135.9 135.9 135.9 107.7 109.1 135.9
Kadar 1990 94.0 100.8 103.1 98.7 97.1 71.2 87.6 99.9
Kematian 2000 125.1 128.8 122.6 121.0 131.3 113.3 140.8 117.9
Bayi Per
1000
Kelahiran
Hidup
Doktor Per 1990 95.0 94.7 95.3 96.1 97.2 93.3 93.6 95.0
10,000 2000 119.4 121.1 122.6 119.9 121.1 114.1 118.0 119.0
Populasi
Indeks 1990 93.4 93.9 90.4 96.7 94.9 89.9 92.6 95.2
Pembangunan 2000 121.7 123.7 117.9 123.2 123.2 117.1 122.1 125.0
Ekonomi
Indeks 1990 93.8 95.7 92.2 100.9 98.7 83.6 89.0 96.1
Pembangunan 2000 123.9 128.5 120.8 128.2 128.5 110.4 126.2 124.7
Sosial
Indeks 1990 93.6 94.8 91.3 98.8 96.8 86.8 90.8 95.7
Pembangunan 2000 122.8 126.1 119.4 125.7 125.8 113.8 124.2 124.8
Komposit
Perubahan 29.2 31.2 28.1 26.7 29.0 27.0 33.3 29.2
dalam Indeks
Sumber: Malaysia, Third Outline Perspective Plan, 2001-2010

Jadual 2 menunjukkan perbandingan indeks pembangunan komposit Malaysia


mengikut negeri pada tahun 1990 dan 2000. Hampir dalam kesemua aspek, Sabah masih
jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain. Contohnya, bagi ketiga-tiga indeks
pembangunan ekonomi, indeks pembangunan sosial dan indeks pembangunan komposit,
Sabah masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain dalam kedua-
dua tahun 1990 dan 2000. Walaubagaimanapun, indeks pembangunan komposit
menunjukkan bahawa secara keseluruhan Sabah masih mencatatkan peningkatan dalam
pembangunan daripada 86.8 pada tahun 1990 kepada 113.8 pada tahun 2000 iaitu
peningkatan sebanyak 26.7 atau 31 peratus. Ini mencerminkan pertumbuhan yang positif
dan amat memberangsangkan dalam pembangunan Sabah.

8
Di sebalik cabaran-cabaran yang membelenggu peningkatan pencapaian ekonomi
negeri ini, terdapat banyak peluang dan potensi yang terdapat di negeri ini. Peluang-
peluang ini jika digembleng dengan betul mampu meletakkan negeri ini sebagai
penyumbang utama kepada ekonomi nasional dan sekaligus berpotensi meletakkan
wawasan 2020 menjadi realiti. Penulisan ini menganalisis impak yang mampu
memperkasa pembangunan negeri ini setanding dengan kemajuan yang dicapai oleh
negeri-negeri lain di Malaysia.

Masalah Kemiskinan
Cabaran utama yang perlu ditangani ialah masalah kemiskinan iaitu kadar kemiskinan di
kalangan kaum Bumiputera. Sabah mencatatkan kadar kemiskinan yang tertinggi di
Malaysia. Kemiskinan di kalangan suku kaum juga merupakan satu komposisi yang
membimbangkan. Rata-rata suku kaum etnik di Sabah mencatatkan kadar kemiskinan
pada kadar di antara 22 peratus hingga 74 peratus. Kadar kemiskinan ini banyak tertumpu
di kawasan-kawasan luar bandar. Jurang pendapatan serta kualiti hidup antara penduduk
bandar dan luar bandar semakin melebar. Selaras dengan dasar dan strategi pembangunan
nasional, pembasmian kemiskinan negeri Sabah menjadi agenda utama dengan
menyasarkan pengurangan kadar kemiskinan sebanyak enam peratus pada tahun 2010.
Senario kemiskinan di negeri ini sememangnya serius kerana mereka bukan hanya
sekadar miskin tetapi kumpulan ini dibelenggu oleh ketiadaan kemudahan-kemudahan
asas seperti bekalan air dan api serta prasarana sosial seperti balai raya, klinik kesihatan
dan taman rekreasi. Manakala sistem pengangkutan di beberapa tempat hampir tidak
wujud begitu juga sistem pengangkutan di tempat-tempat lain di kawasan pedalaman
berada pada tahap yang kurang baik.
Berdasarkan kepada pendapatan garis kemiskinan (PGK) dalam Jadual 3, negeri
Sabah mencatatkan jumlah PGK yang agak tinggi berbanding PGK di negeri-negeri lain
di Malaysia. Keadaan ini adalah disebabkan oleh kos sara hidup yang tinggi bukan sahaja
di kawasan bandar tetapi juga di kawasan di luar bandar. Tentunya PGK ini memberi
tekanan kepada penduduk untuk menyara kehidupan harian mereka.

9
Jadual 3: Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 1995-2005

Negeri 1977 1995 1997 1999 2002 2005 (RM) Purata


(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) Bandar Luar Saiz Isi
Bandar Rumah
Semenanjung 543 425 460 510 529 663 657 4.6
Malaysia
Sarawak 608 516 643 584 600 777 753 4.8
Sabah 704 601 633 685 690 881 897 4.9
Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Sabah. 2005

Jadual 4: Bilangan Isirumah Miskin Tegar Mengikut Daerah Di Sabah,


1996, 2001 & 2004

Daerah Berdaftar 13 Mac 2001 13 Mei 2004


1995/1996
Kudat 1,286 1,861 1,441
Kota Marudu 1,518 1,583 1,583
Pitas 1,284 3,272 3,581
Kota Belud 1,625 3,315 3,581
Nabawan 973 1,833 1,833
Tawau 1,000 1,033 1,030
Papar 232 2,258 2,703
Tenom 868 1,214 1,249
Ranau 637 411 1,055
Tambunan 257 503 814
Sandakan 583 2,280 2,283
Tuaran 651 2,337 2,523
Semporna 440 738 744
Tongod 536 1,499 2,548
Beluran 232 2,019 2,685
Kuala Penyu 427 113 118
Penampang 167 390 703
Kinabatangan 418 130 400
Beaufort 286 466 548
Keningau 326 453 304
Kunak 282 1,880 1,599
Bandaraya Kota Kinabalu 39 88 490
Lahad Datu 184 140 337
Sipitang 109 73 166
Total 14,362 29,889 34,589
Sumber: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Sabah.

Berdasarkan statistik bilangan isirumah miskin tegar berdaftar pada tahun


1995/1996 yang dikeluarkan oleh KPLB Sabah, daerah-daerah seperti Kudat, Kota
Marudu, Pitas, Kota Belud dan Tawau dikategorikan sebagai daerah-daerah yang

10
mempunyai bilangan isirumah miskin tegar yang paling ramai. Walau bagaimanapun,
bilangan ini bertambah pada tahun 2001 dan 2004 dan melibatkan lingkungan daerah
yang lebih banyak seperti Kudat, Kota Marudu, Pitas, Kota Belud, Nabawan, Tawau,
Papar, Tenom, Sandakan, Tuaran, Tongod, Beluran dan Kunak (lihat Jadual 4).

Infrastruktur
Umumnya kawasan-kawasan pendalaman masih menghadapi masalah kekurangan
liputan atau ketiadaan prasarana dan ameniti yang lengkap dan sempurna. Sehingga tahun
2004, hanya 45 peratus sahaja penduduk luar bandar di negeri ini yang menikmati
bekalan air paip. Peratusan ini tentunya membimbangkan kerana sebilangan besar (55%)
daripada penduduk mendapatkan bekalan air bersih daripada sumber-sumber seperti
perigi, sungai, air hujan dan air yang turun dari kawasan tanah tinggi. Kekurangan
kemudahan asas seperti bekalan air paip, api serta jalan raya telah membantutkan
pertumbuhan ekonomi khususnya kawasan-kawasan pedalaman dan luar bandar.

Jadual 5: Indikator Sosio-Ekonomi Terpilih Bagi Sabah** & Malaysia, 1990-1995

Sabah Malaysia
1990 1995 2000 1990 1995 2000
Kadar Kebolehan Membaca & 71.5 78.4 84.6 85.1 89.3 -
Menulis (%)
Kadar Kematian Bayi Per 1000 31.6 37.8 11.5^ 13.1 9.9 3.7*
Kelahiran HidupInfant
Bilangan Doktor Per 10,000 2.4 2.2 2.4* 4.8 5.3 6.6*
Populasi
Populasi Dengan Bekalan Air Paip 64.3 77.3 66.9* 80.1 89.1 92*
(%)
Populasi Dengan Bekalan 48.0 78.0 - 83.8 95.8 -
Elektrik(%)
Panjang Jalan Telah Diturap Per 0.4 0.5 - 1.2 1.5 -
10 sq. km (km)
Telefon Per 1,000 Populasi 62.9 81.7 120.8* 89.3 164.3 228.4*
Sumber: Rancangan Malaysia Ke-7, 1996-2000; Kajian Semula Pertengahan Rancangan Malaysia Ke-7,
1996-2000 dan Rancangan Malaysia Ke-8, 2001-2005. Nota: ^ adalah angka bagi tahun 1998, * adalah
angka bagi tahun 1997 dan ** adalah termasuk Labuan.

Jadual 5 menunjukkan bahawa bilangan populasi yang mendapat bekalan air paip
dan elektrik di Sabah masih lagi rendah. Bilangan populasi yang mendapat bekalan
elektrik mengalami peningkatan yang agak memberangsangkan iaitu daripada 48 peratus

11
pada tahun 1990 kepada 78 peratus pada tahun 1995. Begitu juga dengan bilangan
populasi yang mendapat bekalan air paip yang mengalami peningkatan daripada 64.3
peratus pada tahun 1990 kepada 77.3 peratus pada tahun 1995. Walau bagaimanapun,
keadaan sebaliknya berubah pada tahun 2000 apabila berlaku kejatuhan dalam peratusan
bilangan populasi yang mendapat bekalan air paip kepada 66.9 peratus. Keadaan ini
mungkin disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah populasi yang ketara di negeri
Sabah (lihat juga Jadual 2).

Sektor Pendidikan
Dari segi pendidikan, negeri Sabah masih lagi ketinggalan berbanding dengan negeri-
negeri lain. Walaupun nisbah guru kepada pelajar di Sabah adalah setara dengan negeri-
negeri lain, namun prestasi pelajaran dan tahap pendidikan penduduk Sabah masih lagi
belum boleh dibanggakan. Misalnya Sabah mempunyai antara tahap tertinggi penduduk
yang tidak mempunyai pendidikan formal (lihat Jadual 6).

Jadual 6: Peratus Penduduk Tidak Mempunyai Pendidikan Formal

Tahun Sabah Kedah Kelantan


1990 14.15 11.18 13.15
1996 12.36 10.09 11.63
2002 10.08 7.08 8.69
Sumber : Unit Perancang Ekonomi Malaysia, Kualiti Hidup Malaysia, 2004.

Tahap pencapaian pelajar di pendalaman (luar bandar) juga berada jauh


ketinggalan di belakang pelajar di bandar. Salah satu sebabnya ialah kesukaran untuk
mendapatkan guru-guru yang berpengalaman dan berkelayakan untuk bekerja di
kawasan-kawasan pendalaman. Salah satu sebab lagi ialah jurang teknologi maklumat
antara kawasan pedalaman dan bandar. Memandangkan kerajaan persekutuan banyak
menekankan perkembangan ekonomi dalam sektor teknologi maklumat dan bioteknologi,
sistem pendidikan, terutamanya di pedalaman, memerlukan kelengkapan terkini seperti
komputer dan peralatan makmal.

12
Jadual 7 menunjukkan statistik kadar kebolehan membaca dan menulis di
kalangan penduduk Sabah pada amnya dan Malaysia umumnya. Bilangan peratusan
penduduk Sabah ( individu berumur 10 tahun dan ke atas) di kawasan luar bandar jauh
lebih rendah iaitu 79.2 peratus berbanding kawasan bandar 89.7 peratus. Sementara
jumlah peratusan keseluruhan penduduk Sabah yang boleh membaca dan menulis masih
jauh ketinggalan iaitu 84.6 peratus berbanding di peringkat nasional (Malaysia), 91
peratus.

Jadual 7: Kadar Kebolehan Membaca & Menulis, 2000

Malaysia Sabah
Kadar Kebolehan Membaca & Menulis Bagi
Warganegara Malaysia (%)
Individu Berumur 10 Tahun & Ke Atas :
Jumlah 91.0 84.6
Bandar 94.3 89.7
Luar Bandar 85.4 79.2

Individu Berumur 6 Tahun dan Ke Atas Yang


Pernah Bersekolah (%)
Jumlah 90.2 78.8
Bandar 92.7 81.2
Luar Bandar 87.6 76.2
Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000, Pendidikan & Ciri-ciri Sosial Penduduk.

Bilangan peratusan individu berumur 6 tahun dan ke atas yang pernah bersekolah
di Sabah bagi kawasan luar bandar masih rendah iaitu 76.2 peratus berbanding 81.2
peratus kawasan bandar. Jumlah keseluruhan peratusan individu bagi penduduk Sabah
yang pernah bersekolah adalah jauh lebih rendah iaitu 78.8 peratus berbanding 90.2
peratus di peringkat nasional (Malaysia).
Peratusan taburan individu bekerja dan tidak bekerja mengikut pencapaian
akademik ditunjukkan dalam Jadual 8. Peratusan individu (bekerja dan tidak bekerja)
yang tidak mempunyai pendidikan formal masih lagi tinggi dari tahun 1999 hingga 2003.
Sementara mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan daripada kolej atau

13
universiti agak kecil bilangan peratusannya berbanding dengan peratusan taburan bagi
mereka yang hanya mempunyai tahap pendidikan setakat peringkat sekolah rendah dan
menengah. Walau bagaimanapun, berlaku penurunan peratusan taburan individu yang
tidak mempunyai pendidikan formal dari tahun 1999 hingga tahun 2003 bagi kedua-dua
kategori bekerja dan tidak bekerja. Sebaliknya, secara umum, berlaku peningkatan dalam
peratusan taburan individu bagi mereka yang berpendidikan sekolah rendah, menengah
dan tinggi bagi kedua-dua kategori dari tahun 1999 hingga 2003.

Jadual 8: Peratusan Taburan Individu Bekerja & Tidak Bekerja Mengikut


Pencapaian Akademik Di Sabah, 1999 - 2003

Pencapaian 1999 2000 2001 2002 2003


(a) (b) (a) (b) (a) (b) (a) (b) (a) (b)
Akademik

Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0
Tiada
Pendidikan 12.3 3.1 11.8 6.6 11.2 4.7 10.8 6.2 10.8 4.6
Formal
Sekolah
Rendah 37.2 15.5 33.6 15.0 34.0 13.6 34.3 19.6 33.8 15.7
Sekolah
Menengah 46.5 72.5 45.6 68.8 45.8 69.8 44.7 62.7 45.3 65.3
Pendidikan
Tinggi (Kolej 4.0 8.9 9.0 9.6 9.1 11.8 10.1 11.6 10.1 14.4
/ Universiti)
Sumber: Malaysia, 2004. Buku Tahunan Perangkaan Sabah, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah. Nota: (a)
Berkerja, (b) Tidak Berkerja

Di bawah RMK-9, sejumlah RM2.87 bilion telah diperuntukkan bagi


membangunkan prasarana pendidikan. Penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS)
pada tahun 1994 tentunya telah menyumbang serta memberikan nilai tambah kepada
ekonomi negeri secara amnya. Penubuhan pusat pengajian tinggi seperti UMS,
kewujudan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara di Menggatal (UiTM) dan
beberapa institusi pengajian tinggi swasta seperti UNITAR dan Open university adalah
wajar dalam proses peningkatan modal insan. Institusi-institusi ini dengan sendirinya
menjadi indikasi tarikan kepada pelabur-pelabur tempatan dan luar negara. Graduan yang

14
dihasilkan oleh pusat-pusat pengajian tinggi di negeri ini tentunya dapat memberi isyarat
kepada pengusaha-pengusaha dari dalam dan luar negara untuk membuat pelaburan di
Sabah.

Impak SDC Kepada Ekonomi Sabah Secara Umum


Secara umumnya, pelan pembangunan koridor ekonomi di negara ini dijangka berupaya
merangsang pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan. Pelan pembangunan ini juga
dijangka mewujudkan sebanyak lebih satu juta peluang pekerjaan di seluruh negara.
Seperti juga negeri-negeri lain di Malaysia, perlaksanaan SDC di Sabah dilihat sebagai
pencetus kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan menjanjikan harapan
yang lebih baik dalam usaha memperkasa sosioekonomi khususnya masyarakat luar
bandar.
Ekonomi negeri Sabah yang semakin kukuh sejak kebelakangan ini
menampakkan satu petanda yang positif kearah pertumbuhan yang lebih stabil dan
mampan. Sejak krisis kewangan Asia yang melanda negara pada tahun 1997/98,
perdagangan negeri Sabah mengalami peningkatan dari semasa ke semasa. Pada tahun
2002, perdagangan negeri Sabah telah meningkat sebanyak RM2,315.8 juta, iaitu
peningkatan sebanyak 141.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Paten eksport negeri
Sabah juga telah berubah sejak kebelakangan ini. Secara keseluruhannya eksport negeri
Sabah berpotensi untuk mengembangkan barangan keluaran khususnya ke negara-negara
seperti China, Korea dan Belanda (lihat Jadual 9).

Jadual 9: Perubahan Paten Dalam Eksport Di Sabah

Ekonomi 1995 (%) 2004 Nilai 2004


(RM MN)
Asia Timur Japan 18.8 1268.3 5.6
PRC 11.5 3853.9 17.0
Negara Asia S. Malaysia 19.5 3145.4 13.9
yang lain Sarawak 6.4 1652.3 7.3
Singapura 6.0 536.7 2.4
Korea 6.7 1728.6 7.6
Lain-lain Belanda 2.7 1447.0 6.4
Sumber : Buku Statistik Tahunan Sabah

15
Program SDC yang baru dilancarkan ini akan mewujudkan suatu paradigma ke
arah mentransformasi masyarakat luar bandar di Sabah di samping menjanjikan harapan,
hasrat dan sekaligus merintis laluan ke arah menjadikan Sabah sebagai negeri yang
termaju menjelang 2025. SDC sebenarnya merupakan salah satu pelan strategik jangka
panjang dan sebahagian besar perancangan awalnya adalah di bawah RMK-9.
Bermatlamatkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan sifar kemiskinan tegar, SDC
menjadi tujahan kepada tiga sektor enjin pertumbuhan ekonomi yang utama iaitu sektor
pertanian, perkilangan dan perkhidmatan (pelancongan dan logistik).
Menjelang 2025, perlaksanaan SDC dijangka akan menyediakan peluang
pekerjaan sebanyak 900,000 kepada penduduk negeri Sabah dengan kadar pengangguran
dijangka dapat dikurangkan daripada 5.8 peratus pada tahun 2006 kepada 3.5 peratus
dalam jangka masa 18 tahun. Selain itu, menjelang 2025, KDNK Sabah juga dijangka
akan meningkat sehingga empat kali ganda daripada RM15.1 bilion pada tahun 2005
kepada RM63.2 bilion, sementara KDNK per kapita dijangka meningkat sehingga tiga
kali ganda daripada RM5,100 pada tahun 2005 kepada RM14,800 dan kemiskinan
dijangka akan dapat dibasmi dengan sepenuhnya. Akhirnya, perlaksanaan SDC dijangka
akan menjadikan Sabah lebih membangun dan maju, kadar kemiskinan yang rendah,
kehidupan rakyat yang aman makmur dan sejahtera, membangun secara tersusun dan
mampan serta menikmati alam semulajadi yang lestari.

Sektor Pelancongan
Sektor pelancongan merupakan sektor yang kedua besar negara selepas sektor pembuatan
menyumbang kepada pendapatan negara. Sektor ini menyumbang sebanyak RM44.5
bilion kepada hasil pendapatan negara, melebihi RM10 bilion hasil kutipan dalam tahun
2005. Tahun lepas Sabah mencatat jumlah ketibaan pelancong seramai 1.5 juta dengan
anggaran perolehan pendapatan sebanyak RM2.5 bilion. Berdasarkan statistik tahun-
tahun lepas, sektor pelancongan di Sabah berpotensi untuk dimajukan. Dalam tahun 2003
negeri Sabah mencatat kehadiran pelancong dari luar negara sebanyak 1.07 juta dan
meningkat kepada 1.94 juta pada tahun 2005. Dianggarkan kutipan hasil yang diperolehi
dari sektor ini pada tahun 2005 sebanyak RM2 bilion lebih tinggi dari tahun sebelumnya
iaitu sebanyak RM1.4 bilion. Kerajaan negeri Sabah mensasarkan sebanyak 2.7 juta

16
pelancong akan datang dalam tahun 2007 dan 4 juta dalam tahun 2010 (Sabah State
Government, 2006).

Jadual 10: Jumlah Bilangan Kedatangan Pelancong Ke Sabah, 2003 - 2006

Tahun Bilangan Kedatangan


2003 1,066,879
2004 1,565,662
2005 1,940,671
2006 2,107,288
Sumber: Buletin Statistik Bulanan Sabah, Januari 2006 dan Februari 2007, Jabatan Statistik Malaysia,
Sabah.

Corak aliran kedatangan pelancong ke Sabah menunjukkan peningkatan dari


tahun ke tahun dengan kehadiran pelancong yang agak ketara dari tahun 2003 hingga
2006 seperti dalam Jadual 10 iaitu peningkatan sebanyak 97.5 peratus atau hampir sekali
ganda hanya dalam 4 tahun daripada 1,066,879 orang pada tahun 2003 kepada 2,107,288
orang pada tahun 2006. Sudah tentu ini memberi kesan positif dan amat menggalakkan
dalam menyumbang kepada sumber pendapatan bagi negeri Sabah.
Umumnya negeri ini kaya dengan distinasi-distinasi yang menarik bukan saja
distinasi-distinasi yang terdapat di negeri ini unik dengan alam flora dan fauna yang
semulajadi tetapi sebahagian besar adalah bertaraf dunia. Tempat-tempat yang telah
mendapat pengiktirafan dunia ialah seperti Lembah Danum, Pulau Sipadan, Gunung
Kinabalu, hutan simpan Sepilok, Sandakan dan ‘tips of Borneo’, Kudat. Lembah Danum
umpamanya mempunyai keluasan 483 km persegi merupakan kawasan di mana
terdapatnya 124 spesies mamalia, 72 spesies reptilia, 56 spesies amfibia dan 37 spesies
ikan. Lembah Danum bukan sahaja menjadi tarikan pelancong tetapi juga suatu tempat
yang mempunyai daya tarikan yang unik dan mampu menarik perhatian pengkaji-
pengkaji biodiversiti dan pemuliharaan dari dalam dan luar negeri.
Umumnya, negeri Sabah mempunyai potensi yang tinggi dan mempunyai daya
tarikan yang tersendiri. Selain itu, sektor pelancongan juga berupaya untuk menarik
pelabur asing dari luar negara. Sehubungan dengan ini, dalam RMK-9, sebanyak RM1
bilion telah diperuntukkan untuk pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang telah menjadi mercu tanda kepada tarikan

17
pelancong ke negeri ini. Kekerapan penerbangan Air Asia mendarat di lapangan
antarabangsa Kota Kinabalu juga dilihat sebagai pemacu kepada peningkatan jumlah
pelancong datang ke ‘negeri di bawa bayu’ ini. Dengan sendirinya, industri penerbangan
tambang murah ini juga menjanjikan harapan yang positif ke arah memajukan sektor
pelancongan di negeri ini.

Sektor Pertanian dan Perikanan


Sesungguhnya sektor pertanian mampu menjadi penyumbang utama kepada ekonomi
negeri Sabah. Sektor ini juga masih memainkan peranan sebagai tempat menawarkan
peluang-peluang pekerjaan. Beberapa kawasan telah dikenal pasti sebagai pengeluar
utama hasil-hasil pertanian. Umpamanya semenanjung Bengkoka dan pulau Banggi telah
dikenal pasti sebagai kawasan untuk dimajukan. Bersesuaian dengan kedudukan negeri
ini yang terletak di utara pulau Borneo dan muka bumi yang dikelilingi oleh laut Cina
Selatan di sebelah Barat dan di sebelah timur negeri ini berpotensi untuk sumber-sumber
hasil laut. Negeri ini mensasarkan sebanyak 457,200 tan hasil tangkapan ikan dan
sumber-sumber penternakan marin dengan anggaran pendapatan sebanyak RM3.23 bilion
menjelang tahun 2010.
Secara umumnya sektor pertanian menyumbang antara 20-23 peratus kepada
KDNK. Dalam tempoh perlaksanaan RMK9 ini, sektor pertanian dijangka menyumbang
antara 25 hingga 30 peratus kepada KDNK. Dalam RMK9, negeri Sabah telah
diperuntukkan sebanyak RM1.141 billion untuk memajukan sektor pertanian di negeri
ini. Peruntukan besar yang pernah diperuntukkan kepada negeri ini dijangka dapat
mencapai sasaran 60 peratus tahap sara diri pengeluaran beras menjelang tahun 2010.
Tiga pusat memproses benih padi yang ada di Papar, Kota Belud dan Tenom dijangka
berupaya mengeluarkan 18,000 tan metrik benih padi yang bermutu tinggi setiap tahun.
Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan 10,000
hektar di Kota Belud untuk dijadikan mini jelapang padi Sabah. Statistik 2004
menunjukkan 94.6 peratus daripada 2.12 juta hektar kawasan tanah di negeri ini yang
sesuai untuk pertanian dibangunkan dengan tanaman sawit, koko, getah dan kelapa.
Dalam tahun 2004, ketiga-tiga komoditi utama ini telah mencatat nilai eksport berjumlah

18
RM8.9 bilion berbanding nilai import sebanyak RM793 juta (Kementerian Pertanian dan
Industri Makanan Sabah, 2006).

Perancangan: Program Pembasmian Kemiskinan


Ada beberapa usaha dan perancangan telah dilaksanakan kearah pembasmian kemiskinan
ini, antaranya ialah meningkatkan pendapatan, meningkatkan kualiti hidup dan
meningkatkan kemahiran kumpulan sasar.
Dalam RMK8 sebanyak RM12.51 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri
untuk melaksanakan beberapa program pembasmian kemiskinan. Manakala kerajaan
persekutuan juga telah memperuntukkan sebanyak RM77.70 juta untuk tujuan tersebut.
RMK-9 pula menjanjikan satu peruntukan yang besar daripada kerajaan negeri iaitu
sebanyak RM70 juta, manakala sebanyak RM578.42 juta telah dipohon oleh kerajaan
negeri kepada kerajaan persekutuan untuk tujuan yang sama. Antara program yang telah
dilaksanakan termasuklah ‘program satu daerah satu produk’, iaitu satu program di
bawah program pembangunan usahawan desa.

Sektor Perindustrian dan Perniagaan


Sektor perindustrian merupakan salah satu penyumbang utama kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) negeri Sabah. Beberapa lokasi perindustrian seperti Kota
Kinabalu Industrial Park (KKIP), Taman Perindustrian Kecil Teluk Sepanggar serta
Pelabuhan Teluk Sapanggar berupaya menjadi nadi penggerak utama ke arah
memantapkan aktiviti perindustrian di negeri ini.
Dalam tahun 2003, sektor ini menyumbang 11.7 peratus kepada KDNK dan
dijangka meningkat kepada 18 peratus dalam tahun 2010 (Sabah Industrial Development
Ministry, 2006). Sektor ini dilihat sebagai penggerak kepada pertumbuhan ekonomi yang
lebih mampan. Sehubungan dengan ini, dalam RMK9 ini, sebanyak RM68 juta telah
diperuntukkan untuk menyediakan prasarana premis perindustrian dan perniagaan. Angka
ini sudah tentu memberi impak yang positif ke arah merubah suasana dan kondisi aktiviti
perindustrian dan perniagaan di negeri ini.

19
Pertumbuhan Ekonomi
Berdasarkan perkembangan ekonomi negeri tahun lalu serta unjuran pertumbuhan 6
hingga 6.5 peratus tahun ini, ia merupakan suatu petanda yang positif. Kekuatan eksport
komoditi utama seperti minyak sawit mentah, getah dan produk berasaskan kayu,
ekonomi negeri ini dijangka terus kukuh termasuk peningkatan dalam sektor pertanian
dan pelancongan.

Cadangan
Dalam usaha negeri Sabah menjadikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan
kompetitif, perlu ada usaha untuk mengeluarkan produk-produk dan perkhidmatan
berdaya saing melalui peningkatan produktiviti, kecekapan, kreativiti dan inovasi. Sistem
pengangkutan, infrastruktur sokongan dan utiliti perlu ditambah dan dipertingkatkan lagi.
Kemudahan ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos pembuatan tetapi juga berupaya
untuk menarik pelaburan dari dalam dan luar negara melabur di negeri ini.
Sektor pelancongan yang dilihat sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi
perlu dirancakkan lagi dengan promosi pelancongan dalam dan luar negara yang
terancang dan berkesan. Sehubungan dengan ini, prasarana yang baik, kemudahan
pendaratan pengangkutan udara dan laut yang menghubungkan negeri ini dengan dunia
luar perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan. Jaringan hubungan kerjasama ekonomi
dengan negara-negera luar seperti ASEAN dan khususnya antara negara-negara anggota
dalam kesepakatan Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area
(BIMP-EAGA) perlu diperhebatkan (Kasim M, & et al., 2004). Tidak dapat dinafikan
bahawa kumpulan kerjasama ini meliputi satu kawasan yang strategik dengan jumlah
penduduk di sekitar empat ratus juta orang. Memajukan sector pertanian merupakan salah
satu pendekatan yang wajar dan perlu diberi perhatian. Negeri Sabah yang memang
memiliki iklim dan tanah yang sesuai untuk aktiviti pertanian merupakan satu lagi
peluang yang baik ke arah memperkasa masyarakat luar Bandar.

Kesimpulan
Pelancaran Koridor Pembangunan Sabah (SDC) tidak dapat dinafikan boleh memberi
impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini. Bagaimanapun pengalaman

20
beberapa tahun yang lepas khususnya sejak krisis kewangan yang melanda beberapa
negara ASEAN dalam tahun 1997, pertumbuhan ekonomi yang dialami oleh negeri ini
sangat menggalakkan. Pertumbuhan ekonomi negeri Sabah yang terus kukuh dan
memberangsangkan sejak kebelakangan ini dan ditambah dengan perutukan sebanyak
RM15.7 bilion dalam RMK-9 ini dijangka merintis laluan ke arah menjadikan Sabah
sebagai negeri maju menjelang 2015. SDC juga bertindak sebagai pemangkin kepada
pertumbuhan ekonomi yang berkekalan.
Memang tidak dapat dinafikan negeri Sabah berdepan dengan bermacam
halangan dan cabaran. Antara halangan yang memerlukan pemerhatian yang serius ialah
masalah kemiskinan yang tinggi dan membimbangkan. Pun demikian, negeri ini yang
kaya dengan sumber-sumber alam menjanjikan banyak potensi sebagai pusat
pertumbuhan ekonomi. Sektor pertanian dan pelancongan boleh dijadikan sandaran dan
harapan yang berdaya saing dan bertahan lama. Justeru itu, negeri ini memerlukan
perancangan yang strategik seperti SDC ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih
mampan dan berdaya saing.

Rujukan

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000, Pendidikan & Ciri-ciri Sosial Penduduk.

Buku Tahunan Perangkaan Sabah, 2004, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah.

Buku Tahunan Statistik Sabah 2005, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah.

Buletin Statistik Bulanan Sabah, Februari 2006.

Buletin Statistik Bulanan Sabah, Februari 2007, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah.

Buletin Statistik Bulanan Sabah, Januari 2006, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah.

Gusni Saat. 2004. Peribumi Teluk Sapanggar. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Kasim Mansur, Sidah Idris & Dullah Mulok. 2004. BIMP-EAGA: Peranannya ke Arah
Mewujudkan Kerjasama Ekonomi, Peluang Niaga, Prospek dan Cabaran. Dalam
Prosiding Seminar MACFEA ke-9 2004, Pengguna Domestik dan Perdagangan
Pemacu Pertumbuhan Ekonomi Negara. Anjuran bersama KPDN-HEP, UKM dan
MACFEA.

21
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). 2005. Sabah.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah, 2006. Laporan tahunan


Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Makanan . Kota Kinabalu: Pencetak
Kerajaan Negeri Sabah.

Kasim Mansur. t.th. Hala tuju pembangunan negeri Sabah: harapan dan cabaran. Tidak
diterbitkan.

Malaysia, Third Outline Perspective Plan, 2001-2010

Mohd. Yusof Kasim, Kasim Mansur & Dullah Mulok. 2002. Paradigma dan Pendekatan
Mampan Dalam Konteks Pembangunan Wilayah: Kesesuaiannya Dalam Konteks
Pembangunan di Sabah. Kertas dibentang dalam bengkel Menjana Pembangunan
Ekonomi di Koridor Tenggara Sabah: Isu dan Prospek, Hotel Eksekutif, Lahad
Datu, 30 April 2002.

Mohd. Yusof Kasim, Kasim Mansur & Gari Itam. 2006. Isu Kemiskinan Bandar: Kes
Negeri Sabah. Dalam Ekonomi Malaysia: Ke Arah Pascaindustri. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Rancangan Malaysia Ke-7, 1996-2000; Kajian Semula Pertengahan Rancangan Malaysia


Ke-7, 1996-2000.

Rancangan Malaysia Ke-8, 2001-2005.

Sabah Industrial Development Ministry, 2006. Sabah Industrial Development Ministry


Annual Report. Kota Kinabalu: Sabah Government publication.

The North Borneo Chartered Company. 1962. North Borneo Report on Sabah
Population. p. 27

Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sabah(UPENS), Sabah. 2005. Laporan Tahunan


UPEN. Kota Kinabalu: Pencetakan Kerajaan Negeri Sabah.

Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sabah. 2001. Strategi Kerajaan Negeri Sabah Untuk
Melaksanakan Aspek Pembasmian Kemiskinan dan Penyusunan Semula
Masyarakat Di Bawah RRJP3 dan RMK-8. Kota Kinabalu (Tidak diterbitkan).

22

Anda mungkin juga menyukai