Anda di halaman 1dari 10

Kajian Masa Depan

Perkembangan di Gunung Jerai pada masa depan banyak bergantung


kepada kegiatan kuari Singkir. Beberapa tahun dulu, kuari ini telah menjadi
topik hangat yang sering dibincang oleh penduduk di sana. Kewujudan kuari
akan mengubah perkembangan masa depan Gunung Jerai.

(A) Kegiatan Kuari Diteruskan


( i ) Kesan-kesan Positif

Sekiranya kegiatan kuari ini diteruskan, maka ia akan membawa kesan


positif dan juga kesan negatif kepada perkembangan masa depan di sana.
Sekiranya kegiatan kuari ini diteruskan, ia akan membawa kesan positif
kepada kawasan ini dari segi bidang ekonomi dan bidang sosial.
Yang pertama, dari aspek ekonomi, jika kegiatan ini diteruskan dan
diperkembangkan, maka ia akan menyebabkan perkembangan sektor lain di
kawasan itu. Kegiatan kuari ini memerlukan banyak pekerja. Keadaan ini
telah memberi peluang kepada penduduk di sana untuk mendirikan kedai
runcit atau gerai makanan bagi memenuhi keperluan pekerja-pekerja kuari itu.
Jika permintaan bertambah, maka taraf hidup penduduk di sana juga akan
meningkat.
Kegiatan kuari ini bukan sahaja memerlukan pekerja yang banyak, ia juga
memerlukan pengangkutan seperti lori untuk mengangkat batu-batan dari
kawasan kuari itu. Kedai membaiki kenderaan agak sesuai didirikan di
kawasan itu. Sebagaimana yang kami tahu, kenderaan yang sering keluar
masuk tapak kuari akan lebih mudah mengalami kerosakan jika berbanding
dengan kenderaan lain. Oleh itu, kedai membaiki kenderaan merupakan satu
keperluan yang penting di kawasan Gunung Jerai itu.
Perkembangan sektor-sektor perniagaan ini akan menyebabkan
pendapatan penduduk di kawasan itu meningkat. Apabila pendapatan

47
penduduk bertambah, maka taraf hidup mereka akan berubah dan juga
perkembangan kawasan Gunung Jerai akan dijamin.
Dari aspek sosial pula, kegiatan ini akan menyebabkan taburan penduduk
bertambah. Kegiatan kuari ini bukan satu pekerjaan yang senang. Ia
memerlukan banyak orang pekerja. Oleh itu, jika kegiatan ini diteruskan dan
keselamatan pekerja dijaga dengan baik, tentulah banyak orang sanggup
berkerja di sana. Peluang pekerjaan yang wujud membawa kepada
peningkatkan taburan penduduk di sana.
Sekolah Jenis Kebangsaan di sana menjalankan kelas cantuman semasa
proses pembelajaran dan pengajaran. Keadaan ini akan membawa
kesusahan kepada guru yang memberi pengajaran dan juga pelajar yang
belajar. Sekiranya taburan penduduk di sana meningkat, maka cara
pembelajaran cara ini tidak akan diperlukan lagi. Ini membolehkan pelajar
menimbakan ilmu pengetahuan dalam keadaan yang agak selesa dan
memudahkan guru semasa mengajar.
Tambahan pula, kemudahan infrastruktur dan prasarana di sana juga akan
mendapat perkembangan sekiranya kegiatan kuari diteruskan. Peningkatan
kualiti dan kuantiti kemudahan infrastruktur agak diperlukan kerana taburan
penduduk yang juga meningkat. Peningkatan ini adalah bagi memenuhi
permintaan penduduk yang ramai. Di samping itu, perkhidmatan perubatan di
kawasan itu juga akan ditingkatkan mengikut taburan penduduk Gunung
Jerai.

( ii ) Kesan-kesan Negatif

Dari segi ekonomi, aktiviti pertanian di sana akan teruk terjejas oleh
aktiviti kuari Singkir. Sebagaimana yang kami tahu, gegaran kuat akibat
letupan batu yang menggunakan bom telah menyebabkan kebun-kebun di
sana menerima tempiasnya. Bunga pokok buah-buahan mudah luruh kerana

48
gegaran yang kuat telah menyebabkan hasil buah-buahan merosot. Pesawah
juga mengalami nasib yang sama, sawah mereka telah dikunjungi lumpur
yang mengalir dari kuari. Tambahan pula, air sungai menjadi semakin cetek
dan berlumpur. Kualiti padi akan terjejas kerana sumber air yang semakin
tercemar. Jika kegiatan kuari diteruskan, kemungkinan besar penduduk
Gunung Jerai tidak mempunyai peluang lagi untuk makan buah-buahan yang
ditanam sendiri. Sawah-sawah yang terdapat di tepi jalan juga akan hilang
kerana ditenggelami oleh lumpur-lumpur yang mengalir dari kawasan kuari.
Aspek sosial pula, kes-kes rasuah dan ugutan akan berteluasan. Operasi
kuari akan terus merasuahi jawatankuasa kampung bagi membolehkan
mereka meneruskan kegiatan kuari ini. Selain itu, mereka juga akan terus
mengugut penduduk yang membantah kegiatan kuari ini. Ini akan
menyebabkan penduduk berasa nyawa ahli keluarga mereka terancam dan
berbahaya semasa berseorangan.
Tambahan pula, keharmonian antara penduduk akan terjejas. Dalam satu
kampung, bukan setiap orang membantah kegiatan kuari itu, tetap ada orang
yang menyetujui perkembangan kegiatan ini. Pendirian yang berbeza akan
mencetuskan pertelingkahan dan akhirnya akan menjejaskan keharmonian
antara penduduk setempat.
Kegiatan kuari ini juga akan membawa masuk buruh asing yang banyak
ke kawasan itu.Gaji bagi buruh asing adalah agak murah jika berbanding
dengan buruh tempatan. Oleh itu, operasi kuari mesti akan mengaji buruh
asing untuk bekerja di tapak kuari itu. Kemasukan buruh asing beramai-ramai
kemungkinan besar akan menyebabkan kes jenayah bertambah dan
mengancam keselamatan penduduk kampung di kawasan kuari itu.
Kesan negatif dari segi alam sekitar pula ialah kegiatan ini akan
menyebabkan pencemaran di kawasan itu bertambah teruk. Kualiti udara di
sana adalah dalam tahap tidak sihat kerana habuk-habuk yang keluar akibat
letupan batu. Tambahan pula, air sungai juga menjadi cetek dan berlumpur.

49
Kekotoran udara dan air sungai membawa pengaruh yang besar kepada
kehidupan seharian penduduk. Kesihatan penduduk akan bertambah buruk
dan kemungkinan besar akan menyebabkan kematian.
Akibat kuari terhadap alam sekitar akan menyebabkan bencana alam
sering berlaku di kawasan tersebut. Sebagai contohnya, banjir lumpur.
Selepas meletup batu, tanah-tanih dan lumpur-lumpur akan ditinggalkan di
tapak kuari. Apabila hujan lebat, kesemua ini akan mengalir ke kawasan
kampung dan akhirnya berlakunya banjir kilat. Banjir ini bukan sahaja akan
menyebabkan kerugian dari segi kewangan, maka ia mungkin juga akan
membawa maut. Jika kegiatan kuari diteruskan, bencana alam yang berlaku
juga akan bertambah teruk dan menyebabkan kerugian yang lebih besar.

(B) Kegiatan Kuari Diberhentikan


( i ) Kesan-kesan Positif

Sama dengan keadaan apabila kegiatan kuari diteruskan, sekiranya


kegiatan kuari diberhentikan, ia juga akan membawa kesan positif dan negatif
kepada perkembangan masa depan kawasan Singkir.
Yang pertama, dari aspek ekonomi, sekiranya kegiatan kuari
diberhentikan, maka sektor pelancongan di kawasan Singkir, Gunung Jerai
akan dapat diperkembangkan. Sekiranya kegiatan ini diberhentikan, maka
aktiviti pembalakan tidak akan dijalankan lagi dan secara langsungnya, hutan
simpanan dapatlah diwujudkan di kawasan itu. Kewujudan hutan simpanan di
sana dapat memperkembangkan sektor pelancongan kawasan itu. Akibat
daripada perkembangan sektor pelancongan di sana, peluang pekerjaan bagi
penduduk tempatan akan bertambah dan pendapatan penduduk juga akan
meningkat. Gunung Jerai mempunyai potensi menjadi salah satu tapak
pelancongan di negara kita. Sekiranya kegiatan kuari ini diberhentikan dan
memajukan kawasan itu, maka matlamat menjadi salah satu tapak
pelancongan di negara kita dapatlah dicapaikan.
Tambahan pula, aktiviti pertanian juga dapat diteruskan dan
diperkembangkan sekiranya kegiatan kuari ini diberhentikan. Semasa
kegiatan kuari diteruskan, serpihan batu dan habuk dari kawasan kuari telah
teruk menjejaskan kualiti tanah. Keadaan ini telah menyebabkan hasil
tanaman merosot. Sebaliknya, jika kegiatan ini tidak diteruskan lagi, maka
50
kualiti tanah akan dapat diperbaiki. Di samping itu, hasil buah-buahan dan
kualiti padi juga dapat dipertingkatkan kerana tidak ada gegaran yang kuat
serta lumpur tidak akan mengkunjungi sawah padi lagi.
Kesan positif bagi bidang sosial pula ialah kes-kes rasuah dan ugutan
dapatlah dihapuskan. Semasa kegiatan kuari diteruskan, operasi kuari itu
sering merasuahkan jawatankuasa kampung bagi membolehkan mereka
meneruskan kegiatan kuari dan juga sering mengugut penduduk kampung
yang membantah kegiatan ini. Kejadian-kejadian ini telah menjejaskan nama
kawasan Singkir dan juga telah mengancam keselamatan penduduk
tempatan. Kes-kes sebegini dapatlah dihapuskan sekiranya kerajaan
memberhentikan kegiatan kuari ini.
Tambahan pula, keharmonian penduduk kawasan Singkir dapat dijamin.
Sebagaimana yang kita tahu, keharmonian penduduk adalah satu aspek yang
amat penting dalam satu perkampungan. Pendirian yang berbeza telah wujud
di kawasan itu semasa kegiatan kuari tidak diberhentikan. Secara terusnya,
pertelingkahan akan sering berlaku dan keharmonian penduduk akan terjejas.
Sekiranya kegiatan ini diberhentikan oleh kerajaan, maka tidak ada apa-apa
pertelingkahan akan berlaku lagi. Keharmonian penduduk dapatlah dijamin
lagi.
Dari segi alam sekitar pula, pencemaran di kawasan Singkir itu akan
berkurang. Jika kegiatan kuari ini diberhentikan, maka habuk-habuk yang
terapung di dalam udara akan berkurang dan kualiti udara dapatlah
dipertingkatkan. Air sungai di sana juga tidak akan dikunjungi oleh lumpur-
lumpur lagi dan kualiti sumber air dapatlah dijamin. Masalah pencemaran
tanah juga dapat diselesaikan kerana tidak ada lagi serpihan batu dan habuk
yang dihasilkan dari kawasan kuari.
Sekiranya kesemua masalah pencemaran ini dapat dikurangkan, maka
taraf kesihatan penduduk tempatan dapatlah dipertingkatkan. Penyakit-
penyakit yang timbul akibat pencemaran seperti gatal, batuk, penyakit kulit
dan sebagainya telah teruk menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan itu.
51
Oleh itu, sekiranya pencemaran ini dikurangkan, penduduk tempatan tidak
akan menghadapi masalah kesihatan sebegini lagi.
Selain itu, bencana alam juga dapat dikurangkan sekiranya pencemaran
akibat kegiatan kuari dapat dikurangkan. Lumpur-lumpur yang mengalir ke
dalam sungai telah mecetekkan sungai itu dan menjadikannya berlumpur.
Sekiranya hujan lebat di kawasan itu, sungai tidak dapat menampung air
hujan yang begitu banyak. Akhirnya, banjir lumpur akan berlaku. Bencana ini
akan membawa kerugian yang besar kepada penduduk tempatan. Oleh itu,
jika kegiatan kuari dapat diberhentikan, maka bencana sebegini akan dapat
dikurangkan.
Keselamatan penduduk tempatan juga dapatlah dijamin apabila kegiatan
kuari diberhentikan. Semasa kegiatan kuari diteruskan, pernah berlaku kes
bongkah-bongkah batu yang terpelanting ke dalam kebun buah-buahan
penduduk di kawasan itu. Ini adalah sangat berbahaya terhadap pekebun-
pekebun di sana. Oleh itu, sekiranya kerajaan memberhentikan kegiatan ini,
kemungkinan berlakunya kes ini akan dapat dikurangkan dan keselamatan
penduduk dapat dijaminkan.
Di samping itu, kesan-kesan kegiatan kuari terhadap kehidupan
penduduk juga dapat dikurangkan. Penduduk tempatan sering menghadapi
masalah sepeti rumah retak, gangguan bunyi letupan dan masalah lain yang
akibat daripada kegiatan kuari. Kesan-kesan ini dapat dikurangkan apabila
kegiatan kuari ini diberhentikan. Penduduk tempatan tidak perlu risau lagi
tentang masalah rumah mereka.

( ii ) Kesan-kesan Negatif
52

Dari segi ekonomi, perkembangan sektor lain akan terjejas. Seperti yang
kami sudah bincangkan pada permulaan, sekiranya kegiatan kuari diteruskan,
ia akan memperkembangkan sektor perniagaan seperti kedai runcit, kedai
makanan, kedai membaiki kenderaan dan lain-lain. Kesemua ini tidak akan
mendapatkan sambutan yang baik sekiranya kegiatan kuari telah
diberhentikan. Secara langsungnya, perkembangan sektor-sektor ini akan
terjejas pada akhirnya.
Kadar pengangguran di kawasan Singkir akan meningkat akibat kegiatan
kuari dihentikan. Semasa kegiatan ini diteruskan, bilangan pekerja yang
bekerja di tapak kuari adalah banyak. Sekiranya kegiatan ini dihentikan oleh
kerajaan, kesemua pekerja akan menghadapi masalah pengangguran.
Keluarga mereka akan kehilangan sumber kewangan dan kehidupan akan
menjadi susah. Kemungkinan besar keluarga akan menjadi huru-hara dan
masalah akan berlakunya. Keharmonian keluarga juga akan terjejas.
Aspek sosial pula, kes jenayah mungkin akan bertambah akibat
pengangguran. Pekerja-pekerja tapak kuari yang mengalami masalah
pengangguran adalah banyak. Bukannya setiap orang boleh mendapatkan
kerja yang lain selepas kegiatan kuari diberhentikan. Mereka yang tidak
mendapatkan kerja lain akan melakukan apa sahaja bagi meneruskan
kehidupan mereka. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya kes-kes
rompakan dan juga masalah sosial lain. Ini akan mengancam keselamatan
penduduk setempat kawasan Singkir itu.
Tambahan pula, rumah setinggan yang didirikan di kawasan itu juga akan
bertambah. Kebanyakan buruh asing yang menganggur tidak mempunyai
kemampuan untuk menyewa rumah, maka mereka mendirikan rumah sendiri
sebagai tempat perlindungan tanpa kebenaran kerajaan. Keadaan ini akan
menjejaskan keindahanan kawasan Singkir dan juga akan menimbulkan
masalah terhadap penduduk tempatan.
Perkembangan kemudahan infrastruktur dan prasarana di kawasan itu
juga akan terjejas akibat kegiatan kuari
53diberhentikan. Selepas kegiatan kuari
diberhentikan, cara hidup penduduk di sana kemungkinan besar akan lebih
mengutamakan kepada aktiviti pertanian. Penduduk tempatan boleh
mendapatkan makanan daripada hasil sendiri dan permintaan pasaran akan
berkurangan. Keadaan ini akan menjejaskan perkembangan prasarana di
sana.
Tambahan pula, perkhidmatan perubatan di sana juga tidak akan
mendapat perkembangan yang pesat sekiranya kegiatan kuari diberhentikan.
Apabila memberhentikan kegiatan itu, penyakit-penyakit yang wujud akan
berkurang, dan seterusnya permintaan terhadap perkhidmatan perubatan
juga akan berkurang. Perkembangan akan terjejas.
Dari aspek alam sekitar pula, kawasan kuari yang ditinggalkan
kemungkinan besar akan berlakunya runtuhan bongkah-bongkah batu.
Apabila hujan berturun lebat di kawasan itu, kemungkinan besar bongkah-
bongkah batu itu akan runtuh akibat hujan yang lebat itu. Bongkah-bongkah
batu ini akan mengancam keselamatan penduduk di kawasan Singkir
terutamanya penduduk yang tinggal berhampiran dengan tapak kuari.
Bongkah-bongkah batu ini mungkin akan merosakkan rumah penduduk dan
menyebabkan maut sekiranya bongkah batu yang runtuh itu terkena
penduduk yang melalui kawasan itu.
Di tapak kuari, juga terdapat banyak lubang-lubang kecil akibat letupan
batu yang berlaku semasa kegiatan kuari dijalankan. Sekiranya kegiatan kuari
ini diberhentikan, maka lubang-lubang yang muncul itu akan ditinggalkan
secara kekal di tapak kuari itu. Tidak ada orang yang akan menyelesaikan
masalah ini. Apabila hujan turun, air hujan akan bertakung di sana. Lama-
kelamaan, ia akan menjadi satu tempat pembiakan bagi nyamuk denggi. Ini
akan menyebabkan penyakit deman denggi merebak di kawasan itu dan
kesihatan penduduk tempatan juga akan terjejas kerana penyakit ini.

Luluhawa akan berlaku sekiranya kuari ditutup. Luluhawa bermaksud


proses pemecahan, pereputan dan 54
penyepaian batuan di sesuatu tempat
secara insitu oleh agen-agen atmosfera seperti hujan, perubahan suhu,
pancaran cahaya matahari dan angina, ketiadaan liputan tumbuh-tumbuhan,
tindakan haiwan termasuk manusia, bentuk muka bumi dan cerun. Terdapat
tiga jenis luluhawa iaitu luluhawa kimia, luluhawa fizikal dan luluhawa organik.
Sekiranya kuari ditutup, luluhawa fizikal akan berlaku iaitu proses
basah-kering batuan. Proses ini sering berlaku di Malaysia berikutan iklimnya
yang panas dan lembap sepanjang tahun. Proses ini akan mempercepatkan
pengelupasan batuan di kuari dan batu besar akan dipecahkan kepada batu
kecil dan membahayakan kawasan kediaman di kaki bukit.
Sekiranya kuari ditutup, kawasan bercerun yang terluluhawa,
berkemungkinan mengalami pergerakan jisim yang boleh membahayakan
kawasan petempatan berhampiran, pengguna jalan raya dan lain-lain.
Pergerakan jisim bermaksud proses pergerakan litupan bahan tempat asal
berupa bahan regolit yang mengalami pergerakan ke bawah cerun secara
besar-besaran disebabkan oleh pengaruh daya tarikan graviti dan tanpa
bantuan mana-mana agen hakisan seperti air mengalir, ombak atau angin.
Pergerakan jisim merupakan salah satu proses penggondolan bentuk muka
bumi dan biasanya berlaku di kawasan cerun bukit.
Proses aliran cepat juga akan berlaku sekiranya kuari ditutup. Aliran
cepat merupakan pergerakan jisim seperti aliran lumpur dan batu runtuh.
Aliran lumpur boleh berlaku terhadap semua jenis iklim dan dibantu oleh
kejadian hujan lebat dalam tempoh lama yang meresap ke dalam liang-liang
regolit yang tebal sehingga mencapai takat tepu. Air hujan ini bertindak
sebagai bahan pelembab dan menambah berat regolit serta bertindak
sebagai bahan pelincir untuk regolit ini bergerak menuruni cerun dalam
bentuk banjir lumpur.

Sekiranya operasi kuari diteruskan,


55 penggunaan mesin pam dalam
pemecahan batu akan menyebabkan gelongsoran tanih. Gelongsoran tanah
melibatkan pergerakan tanih dan batuan secara besar-besaran dan tiba-tiba
menuruni cerun yang curam. Bahan letupan seperti dinamit akan terus
digunakan untuk memecahkan batuan di cerun. Litupan ini menyebabkan
struktur tanih dan batuan sekitarnya longgar dan mudah runtuh.
Sebagai kesimpulannya, kewujudan kuari ini memerlukan kalulusan
daripada beberapa pihak. Perbincangan perlulah diadakan di antara pihak
kerajaan, operasi kuari dan juga kalangan penduduk tempatan. Mereka
perlulah mempertimbangkan kebaikan dan keburukan kegiatan kuari itu
diteruskan atau diberhentikan. Jika perlu meneruskan kegiatan kuari ini,
mereka perlulah befikirkan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk
menyelesaikan masalah terhadap alam sekitar dan juga penduduk setempat.
Jika keputusan adalah menghentikan kegiatan kuari itu, mereka pula perlulah
menguruskan tapak kuari yang ditinggal itu dengan baik supaya penduduk
tidak dipengaruhi oleh kesan negatif daripadanya.

56

Anda mungkin juga menyukai