Anda di halaman 1dari 36

Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang

besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.

1. Kata Nama Am

2 . Kata Nama Khas

3 . Kata Ganti Nama

4 .Kata Nama Terbitan

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang
bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-
tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:

:: orang: ''ayah, polis, perempuan dll.''


:: haiwan: ''ayam, itik, buaya dll.''
:: benda: ''televisyen, komputer, bank dll.''
:: tempat: ''stadium, jalan raya, pulau dll.''

Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu '''konkrit'' dan ''abstrak'''. Kata nama
am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am
abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas
kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.

Contoh: buai -> buaian

Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk
menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang
tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan
nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat,
judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu,


khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis
dengan huruf besar.

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama iaitu kata ganti nama diri. Untuk pengetahuan anda, kata ganti
nama bukan sahaja terhad kepada kata ganti nama diri tetapi merangkumi juga
kata ganti tak tentu, kata ganti nama tempat, kata ganti nama tunjuk, dan kata
ganti tanya.

Kata Ganti Tak Tentu


Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seorang secara tidak tentu.

Contoh: apa-apa, mana-mana, siapa-siapa, dan bila-bila.

Kata Ganti Nama Tempat

Kata ganti nama tempat digunakan untuk menggantikan nama sesuatu tempat.
Contoh: sana, sini, dan situ.
Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan tempat atau cara.
Contoh: ini, itu, begini, dan begitu.
Kata Ganti Tanya
Kata ganti tanya digunakan untuk membentuk ayat tanya.

Contoh: apa, berapa, siapa, dan seumpamanya.

Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang
atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu
penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat
pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:


diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

Kata Nama Terbitan


Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan
yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata
( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan
diselitkan di tengah perkataan

1. Kata Nama Tunggal

Konotasi: Perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas dan dianggap perkataan
yang membawa makna yang lengkap, termasuk akronim.
Contoh: gejala, sekolah, negara, tadika, kerusi, pensel
2. Kata Nama Terbitan
Konotasi: Perkataan yang terhasil daripada proses pengimbuhan waima awalan, akhiran,
apitan, atau sisipan.
Contoh: a) imbuhan awalan - pel+ajar = pelajar; per+oleh = peroleh
b) imbuhan akhiran - hukum+an = hukuman; tari+an = tarian
c) apitan - per+buat+an = perbuatan; peN+pandu+an = pemanduan; meN+pamer+kan =
mempamerkan
d) sisipan - tunjuk = telunjuk (sisipan - el-); suling = seruling (sisipan -er-); kuning =
kemuning (sisipan -em-)

3. Kata Nama Majmuk


Konotasi: Perkataan yang terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau
lebih yang membawa makna tertentu
Contoh: ibu bapa; gejala sosial; pinggan mangkuk

4. Kata Nama Ganda


Konotasi: Perkataan yang terhasil melalui proses penggandaan untuk melahirkan makna
tertentu.
Contoh: murid-murid; anak-anak

Apakah Maksud Kata

Kata kerja dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang menunjukkan perbuatan,seperti
menulis,berlari,berfikir dan tidur. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis yang besar,iaitu
kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif ( Abdullah Hasan dan Ainon Mohd
,1994:238 ).
Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008:88 ) golongan kata kerja
merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.
Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kata kerja tak transitif
dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada kata kerja tak transitif tak
berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja transitif dapat pula
dibahagikan kepada kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif dan kata kerja
transitif yang wujud dalam ayat pasif.
Manakala terdapat empat bentuk pembentukan kata kerja dalam morfologi bahasa
Melayu. Ahmad Khair Mohd Nor ( 2007:78 ) menjelaskan bahawa terdapat terdapat
empat bentuk kata kerja, iaitu kata kerja tunggal,kata kerja terbitan,kata kerja majmuk
dan kata kerja ganda. Ini adalah sama sebagaimana dalam Kamus Tatabahasa Dewan (
2008: 150 ). Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan yang mana
boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan ( Safiah Karim et al. 2008:150 ) manakala
Ahmad Khair Mohd Nor mendefinisikan kata kerja tunggal sebagai kata kerja yang tidak
terikat pada sebarang imbuhan dan dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya untuk
bertugas sebagai predikat dalam ayat. ( Ahmad Khair 2007:78 ) . Kata kerja terbitan pula
ialah kata kerja yang menerima imbuhan. Mengikut Ahmad Khair Mahd Nor ( 2007:105 )
menyatakan bahawa kata kerja ganda boleh menghasilkan bentuk kata ganda penuh,kata
ganda berentak,kata ganda separa. Ini sama juga dengan Kamus Tatabahasa Dewan (
2008:222 ). Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994:252 ) pula menyatakan bahawa kata
kerja transitif dan kata kerja tak transitif boleh digandakan dan ia berlaku pasa bentuk
akarnya sahaja. Kata kerja majmuk pula terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas
atau lebih ( Safiah Karim et al. 2008:218 ).
Dapatlah difahami bahawa kata kerja merupakan kata yang menunjukkan sesuatu
perbuatan yang dilakukan.
GOLONGAN KATA (KATA TUGAS)

Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata, iaitu kata nama,
kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Kesemuanya menimbulkan masalah
kepada para pelajar. Tetapi yang paling menyulitkan ialah golongan kata
tugas.
Yang menjadikan kata tugas bermasalah ialah kepelbagaiannya.
Bukan sahaja jumlahnya besar, tetapi jenisnya amat pelbagai sehingga
mengelirukan. Untuk memulakannya, kita hendaklah faham dan tahu akan
definisinya serta cara menjenis-jeniskan golongan kata ini.

KATA TUGAS

Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam


ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya. Tiap-tiap jenis
kata tugas mempunyai peranan tertentu, yang jikalau tidak hadir dalam ayat,
sama ada akan merosakkan ayat itu atau mengurangkan maksud-maksud
tertentu. Tidak seperti tiga golongan kata yang lain dalam bahasa Melayu,
iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif, kata tugas tidak berfungsi
sebagai inti sesuatu frasa. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian
hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau di belakang perkataan-
perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan
peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan.
Oleh itu, dari segi kehadiran kata tugas dalam ayat, dapat
dibahagikannya kepada empat, iaitu:
1. Sebagai perkataan yang menghubungkan ayat dengan ayat (kata
hubung)

2. Sebagai perkataan yang hadir di hadapan ayat atau klausa (kata


praklausa)

3. Sebagai perkataan yang hadir di hadapan frasa (kata prafrasa)

4. Sebagai bentuk perkataan yang hadir selepas perkataan-perkataan


tertentu (kata pascakata)

Kata Hubung

Kata hubung terdiri daripada empat subjenis, iaitu kata hubung


gabungan, kata hubung pancangan keterangan, kata hubung pancangan
relatif, dan kata hubung pancangan komplemen.
Jumlah kata hubung gabungan dalam bahasa Melayu amat besar,
antaranya, dan, tetapi, atau, serta, seraya, sambil, dan lalu. Demikian juga
dengan kata hubung pancangan keterangan; antaranya, walaupun, kerana,
hingga, jikalau, untuk, dan apabila. Sebaliknya, hanya terdapat satu kata
hubung pancangan relatif, iaitu yang. Jumlah kata hubung pancangan
komplemen juga tidak banyak, antaranya, bahawa, untuk, dan supaya.
Kata Praklausa

Golongan katat praklausa pula terbahagi kepada lima subjenis,


masing-masing hadir di hadapan ayat dan masing-masing memikul tugas
tertentu. Subjenis kata praklausa ialah kata seru, kata tanya, kata perintah,
kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

Kata Seru

Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan


perasaan-perasaan seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan
ejekan. Sebagai contoh ialah perkataan cis dan aduh dalam ayat-ayat yang
berikut:

1. Cis, penakut rupanya!


2. Aduh, sakitnya kakiku!

Perhatikan bahawa dalam ayat seru, kata seru berada di hadapan ayat
dan pada akhir ayat diletakkan tanda seru (!).

Kata Tanya
Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata
tanya disertai bentuk penegas –kah dan hadir di bahagian hadapan ayat.
Misalnya:

1. Bilakah awak hendak ke pejabat pos?


2. Berapakah harga buku itu?
Perhatikan bahawa dalam ayat yang mengandungi kata tanya (iaitu
ayat tanya), terdapat tanda soal (?) di bahagian akhir ayat tersebut.

Kata Perintah
Kata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah.
Terdapat banyak jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat
silaan, dan ayat permintaan. Maka terdapat pelbagai jenis kata perintah.
Misalnya, jangan, usah, sila, jemput, minta, dan tolong. Perhatikan contoh-
contoh dalam ayat yang berikut:

1. Jangan ambil buku daripada almari itu.


2. Sila masuk ke dewan sekarang juga.
3. Tolong kembalikan borang ini sebelum akhir bulan.

Kata Pembenar dan Kata Pangkal Ayat


Dua lagi kata tugas dalam subjenis kata praklausa ialah kata pembenar
dan kata pangkal ayat, masing-masing tidak begitu kerap digunakan dalam
bahasa Melayu dan tidak pula menimbulkan kesukaran. Contoh kata
pembenar ialah benar dan ya, sementara contoh kata pangkal ayat ialah
maka, arakian, hatta, dan sebermula.
Kata Prafrasa
Yang agak besar jumlahnya dan yang kerap menimbulkan masalah
ialah golongan yang ketiga, iaitu kata prafrasa. Jumlah subjenis golongan ini
ialah lapan, iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata
pemeri, kata sendi nama, kata arah dan kata bilangan. Bukan sahaja jumlah
subjenisnya banyak, tetapi jumlah perkataan dalam setiap subjenis juga
banyak dan hampir semuanya mempunyai kekerapan yang tinggi dalam
bahasa Melayu. Kata sendi nama, misalnya terdiri daripada satu jumlah yang
besar dan kompleks penggunaannya. Subjenis kata bilangan juga kompleks,
dan para pelajar selalu keliru tentang penggunaan kata nafi serta kata
pemeri.

Kata Bantu
Kata bantu ialah perkataan yang hadir di hadapan kata kerja dan kata
adjektif untuk memberikan maksud tertentu. Terdapat dua jenis kata bantu
dalam bahasa Melayu, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Kata
bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau
(telah, sudah, dan pernah), masa kini (sedang dan masih), atau masa
hadapan (akan dan belum). Kata bantu ragam pula menyampaikan maksud
ragam perasaan, misalnya hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat.
Contoh penggunaan kata bantu dalam ayat ialah:

1. Mereka sedang menajalani latihan di pusat sukan.


2. Pisang itu masih muda lagi.
Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata
adjektif untuk menguatkan maksudnya. Kadang-kadang, kata penguat boleh
juga hadir di belakang kata adjektif. Contoh kata penguat ialah paling, agak,
terlalu, amat, sangat, dan sungguh. Contoh dalam ayat ialah:

1. Pelajar itu sungguh rajin.


2. Karangan Anita agak baik.

Kata Penegas
Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan
pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata
penegas, iaitu:
1. Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contoh kata
penegas jenis ini ialah –kah, -tah, dan –lah.

2. Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai


subjek atau sebahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-
bahagiannya. Contoh kata penegas jenis ini ialah juga, jua, pun, sahaja,
lagi, hanya, dan memang.

Beberapa contoh kata penegas dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Itulah ibu pejabat persatuan kami.


2. Hanya Ali yang telah sampai ke rumah.
Kata Nafi
Kata nafi hadir di hadapan frasa predikat untuk menafikan maksud
yang terkandung dalam frasa tersebut. Terdapat dua kata nafi, iaitu tidak dan
bukan, dengan peraturan tertentu tentang penggunaannya. Peraturan inilah
yang kurang diketahui oleh para pengguna bahasa, sehingga menimbulkan
kesulitan. Sebenarnya, jikalau dipelajari dan difahami peraturan ini,
penggunaan kata nafi tidak akan menjadi masalah.
Kata nafi bukan hadir di hadapan frasa atau kata nama dan frasa atau
kata sendi nama, seperti ternyata dalam contoh yang berikut:

1. Encik Ahmad bukan guru sukan kami.


2. Dia bukan dari sekolah asrama penuh.

Kata nafi tidak pula hadir dalam ayat yang frasa predikatnya terdiri
daripada frasa / kata kerja dan frasa / kata adjektif, seperti dalam ayat-ayat
yang berikut:

1. Tetamu dia tidak datang.


2. Pelajar itu tidak cergas sangat.

Kata Pemeri
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai
antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis
kata pemeri, iaitu:
1. Ialah, yang hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya. Contohnya:
1. Projek yang baru dirasmikan itu ialah salah satu projek bagi
membasmi kemiskinan.
2. Adalah, yang hadir di hadapan prediakt yang terdiri daripada frasa
adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya:
a) Dengan predikat frasa sendi nama
1. Sumbangan yang terbesar adalah daripada penduduk-penduduk
kampung tersebut.
b) Dengan predikat frasa adjektif
1. Cadangan para pelajar itu adalah sangat baik.

PERHATIAN

Jika predikatnya frasa kerja, ialah dan adalah tidak diperlukan. Ayat
1 yang berikut lebih tepat daripada ayat 2.

1. Pandangan itu merupakan suatu yang dapat diberikan


pertimbangan.

2. Pandangan itu adalah merupakan suatu yang dapat diberikan


pertimbangan.
Kata Sendi Nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa
nama. Jumlah kata sendi nama dalam bahasa Melayu agak banyak, masing-
masing dengna cara penggunaan tersendiri. Kata sendi nama adalah antara
perkataan yang menjadi masalah bagi para pelajar. Berikut disenaraikan kata
sendi nama dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan.
di bagi umpama hingga
ke demi sejak untuk
dari untuk terhadap antara
daripada tentang akan dengan
kepada seperti oleh dalam
pada

Kata Bilangan
Kata bilangan pula ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang
jumlah kepada frasa nama. Contohnya, dua, lima belas, segala, semua,
ketiga-tiga, masing-masing, dan separuh.

Kata Pascakata
Kata pascakata hadir selepas perkataan dengan tugas-tugas tertentu.
Terdapat dua subjenis kata pascakata, masing-masing ditandai dengan
perkataan –nya, iaitu kata penekan, yang memberikan penegasan, dan kata
pembenda, yang menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata nama.
Contoh fungsi penekan ialah sesungguhnya, bahawasanya, dan nampaknya.
Contoh fungsi pembenda ialah lajunya, sakitnya, dan datangnya.
Demikianlah huraian ringkas tentang kata tugas, yang tiap-tiap satu
memerlukan huraian yang lebih lanjut. Jelas kelihatan bahawa golongan kata
ini penting dalam bahasa Melayu kerana peranan yang dimainkan oleh tiap-
tiap jenis.
Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang
berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.
Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja
tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda
lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang
menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini
biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada
imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki,
mempersilakan.

Kata Kerja Transitif Aktif

Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama
dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men
...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Kata Kerja Transitif Pasif

Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk
pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.

Penyambut Kata Kerja Transitif Pembuat


Radio itu didengari Atan
Burung itu ditangkap oleh seekor kucing
Sayur itu dijual oleh seorang perempuan
Ikan itu dijala oleh Pak Abu
Surat itu sedang ditulis oleh bapa
Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri
kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak
memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak
transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang
melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek
(penyambut).

Pembuat Kata Kerja Tak Transitif Keterangan


Kami mandi di tasik
Dia senyum semasa berjalan
Air sungai beransur surut

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di
hujung ayat.

Pembuat Kata Kerja Tak Transitif


Rumahnya roboh
Radio itu berbunyi
Turunnya Union Jack itu,
berkibar
Jalur Gemilang pula
Kata Kerja ganda
Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada
sebahagian atau seluruhnya.
Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-
bahagian tertentu dalam
perkataan tersebut.
Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.
3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling
Gandaan Seluruh Kata
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan
kata keterangan.
Contoh :
Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /sifat
buku-buku baring-baring manis-manis

lembu-lembu pandang-pandang besar-besar

murid-murid jalan-jalan awal-awal

kawan-kawan usik-usik bulat-bulat

sama ada sebahagian atau seluruhnya.


2. Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.

Kata Ganda Seluruh

1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.


2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan
kata keterangan.

Senarai Kata Ganda Seluruh


alat-alat, awal-awal ,baik-baik, benar-benar ,besar-besar ,budak-budak ,cacing-
cacing ,cepat-cepat ,curam-curam, dalam-dalam ,daun-daun, dekat-dekat, elok-elok,
erat-erat, gajah-gajah, gemuk-gemuk, hampir-hampir, hitam-hitam, ibu-ibu, jarang-
jarang, jari-jari, kadang-kadang, kasar-kasar, kereta-kereta, lazat-lazat, lembu-
lembu, lembut-lembut, nakal-nakal, nanas-nanas ,nyaris-nyaris, pagi-pagi ,putih-
putih

1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan

2. Kata Ganda Semu

 Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang
digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.

 Kata ganda semu terdiri daripada kata nama.



Senarai Kata Ganda Semu
Agar-agar, anai-anai, angkut-angkut, anting-anting, biri-biri, buli-buli, dekak-dekak,
epok-epok, gula-gula, jemput-jemput, jentik-jentik, kanak-kanak, kisi-kisi, kunang-
kunang ,kuda-kuda, kupu-kupu, kura-kura, labah-labah, laying-layang, oleh-oleh
,onde-onde, panji-panji,pijat-pijat, rama-rama, sumpah-sumpah, ubun-ubun
,umang-umang, undang-undang

3. Kata Ganda Separa

 Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang
digandakan.

Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima

 Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.


Senarai Kata Ganda Separa
bebawang ,bebenang ,bebudak ,cecair ,dedalu ,dedaun ,dedawai ,gegendang ,geguli,

jejari ,jejarum ,jejentik ,kekabu ,kekisi ,kekunci ,kekuda ,lelaki ,lelangit ,lelayang,
pepejal, pepijat ,pepenjuru, rerambut, sesiku, sesungut ,tetamu tetangga

4 Kata Ganda Bersajak/Berima

 Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami
persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau
seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
(a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan
sebagainya.
persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan
sebagainya.

Persamaan Bunyi Persamaan Bunyi Penyesuaian bunyi

di Pangkal di Hujung Seluruhnya


batu-batan anak-pinak bolak-batik
beli-belah calar-balar compang-camping
bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik
corat-coret comot-momot gopoh-gapah
degap-degup gotong-royong gunung-ganang
dentam-dentum karut-marut haru-biru
desas-Jesus kaya-raya huru-hara
gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang
gerak-geri pindah-randah kacau-bilau

Gandaan Separa Separuh


1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian
perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :
lelaki bebola lelabah pepohon jejari
kekuda jejentik kekabu dedaun kekisi

Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya
kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh :
lauk-pauk batu-bata saudara-mara bukit-bukau kacau-bilau
tunggang- tanah-tanih semak-samun bengkang- gelap-gelita
langgang bengkok

Gandaan Menyalin
1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti
dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contoh :
tahu-menahu tolong- jahit-menjahit tarik-menarik kejar-mengejar
menolong
sulam- tawar-menawar kata-mengata sepak-menyepak karang-
menyulam mengarang
tari-menari tangis- rampas- tumbuk- simpan-
menangis merampas menumbuk menyimpan

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan
GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.

Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang
bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-
tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am
atau umum.
Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll
benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:


(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat
dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama
terbitan.

5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:


buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada
awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor Pada akhir ayat
gajah.
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat

Kata Nama Khas


1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk
menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak
bernyawa.

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.


Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan,
dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau
khas.

a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf
besar.
manusia Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas


Kegunaan Kata Nama Kata Nama Khas
Am
Benda bangunan Bangunan Tabung Haji
kereta Proton Saga
buku Bahasa Melayu
sekolah S.K. Darau
Orang doktor Doktor Efendi
kerani Puan Zainun
guru Cikgu Azmi
budak lelaki Muhamad Fauzi
Binatang kucing Si Tompok
lembu Lembu Sapi
katak Katak Puru
ayam Ayam Belanda
burung Burung Murai
Tempat negeri Terengganu
bandar Jerteh
kampung Kampung Pasir Akar
tasek Tasek Perdana
Tumbuhan pisang Pisang Emas
cili Cili Padi
jambu Jambu Batu
limau Limau Kasturi

Kata nama Terbitan


Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
di awal kata ( awalan )
di akhir kata ( akhiran )
di awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh imbuhan :

di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan
ke- -an

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada
beberapa kelas iaitu :-
kelas kata kata dasar kata terbitan
kata kerja peraga peragawati
latih latihan
bawa pembawaan
lawan perlawanan
kata sendi oleh perolehan
untuk peruntukan
kata nama lombong perlonbongan
rumah perumahan
guru perguruan
kata adjektif cantik kecantikan
besar pembesar
tinggi ketinggian

Kata majmuk
Kata majmuk merupakan proses percantuman dua atau lebih kata dasar yang membentuk
suatu makna tertentu.

Contohnya:
- kapal terbang
- balai polis
- jalan raya
- buku kerja

Kata majmuk dieja secara terpisah kecuali beberapa bentuk yang telah mantap dan utuh
sebagai satu perkataan walaupun terdiri daripada dua perkataan.

Contoh kata majmuk dieja sebagai satu perkataan:


- kerjasama
- antarabangsa
- setiausaha
- tandatangan
- tanggungjawab
- matahari
- beritahu
- kakitangan
- jawatankuasa
BENTUK-BENTUK KATA MAJMUK
Tediri daripada tiga kumpulan yang dieja terpisah kecuali bentuk yang sudah mantap
sebagaimana disenaraikan di atas.

1. Terdiri daripada rangkaian kata bebas

Kata majmuk ini terdiri daripada gabungan dua atau lebih golongan kata iaitu kata nama,
kata adjektif, kata kerja(kata sendi biasanya dieja bercantum walaupun terdiri daripada 2
perkataan)
Kata mamjuk yang digolongkan dalam kategori ini juga dapat digunakan sebagai gelaran
khusus seperti guru besar, perdana menteri dan ketua jabatan.

2. Terdiri daripada istilah khusus ; merujuk kepada perkara-perkara khusus dalam sesuatu
bidang.

3. Terdiri daripada kata majmuk yang menunjukkan kiasan iaitu simpulan bahasa yang
terdiri daripada dua atau lebih perkataan. Maksudnya kata majmuk ini mendukung
maksud kiasan yang berbeza daripada maksud asal perkataan berkenaan. Misalnya kata
majmuk "makan suap" bukanlah bermaksud makan bersuap, sebaliknya bermaksud
"menerima rasuah".

Imbuhan pada kata majmuk


Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan bagi tujuan membentuk kata terbitan. Bagi
kata majmuk yang dieja terpisah walaupun menerima imbuhan sama ada imbuhan awalan
ataupun imbuhan akhiran tetap dieja terpisah.
Contoh:

- berterima kasih
- bersatu padu
- direka bentuk
- menyusun atur

Bagi kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, kata majmuk ini dieja sebagai satu
perkataan dan tidak boleh dipisahkan.
Contoh:

- mencampuradukkan
- menyatupadukan
- mengurusniagakan
- penguatkuasaan

Penggandaan pada kata majmuk

Berbeza dengan rangkai kata setara yang tidak boleh digandakan langsung, kata majmuk
yang dieja terpisah (kecuali bentuk yang telah mantap - mesti digandakan
keseluruhannya) hanya perkataan pertama sahaja yang digandakan. Penggandaan pada
kedua-dua perkataan akan menyebabkan kesalahan pada pembentukan kata majmuk.

Pembentukan rangkai kata setara

Rangkai kata setara secara umum dilihat serupa dengan kata majmuk, bezanya rangkai
kata setara terdiri daripada satu golongan kata iaitu kata nama + kata nama seperti ibu
bapa, pinggan mangkuk, adat resam, lembu kambing dsb. Sekiranya kata majmuk tidak
boleh disisipkan kata hubung "dan" ataupun "atau", rangkai kata setara dapat menerima
sisipan ini tanpa mengubah maksud asal rangkai kata berkenaan.

Rangkai kata setara juga tidak boleh digandakan mana-mana perkataannya sama ada
perkataan pertama atau kedua.
Analisis Secara Kritis Penggunaan Golongan kata

Konsep Kata Kerja

Menurut Prof. Dr. Asmah Hj. Omar kata kerja ialah “kata yang berfungsi pada
predikat dalam ayat. Ia boleh dibahagikan kepada kata kerja leksikal dan kata
kerja bantu. “ (Prof. Dr. Asmah Hj. Omar. (1982). Nahu Melayu Mutakhir, hal. 81)

Kata kerja merupakan perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja.
Manakala unsur lain yang wujud dalam binaan frasa tersebut boleh terdiri
daripada objek, pelengkap, kata bantu dan keterangan bagi menyempurnakan
lagi atau mengindahkan lagi sesuatu ayat. Contoh;
i. Dia membaca novel cinta.
ii. Adik menangis dalam buaian.
iii. Rumah besar itu dibina oleh kontraktor.
iv. Dia tiba-tiba ditelan oleh keramaian orang.

Dalam frasa di atas, ‘membaca’, ‘menangis’, ‘dibina’ dan ‘ditelan’, merupakan


unsur intinya, iaitu unsur yang wajib ada dalam binaan ayat tersebut. Jika unsur
atau inti tersebut tiada, ayat-ayat tersebut tidak akan berfungsi atau bermakna.

Menurut nahu yang disusun Za’ba, kata kerja adalah juga disebut sebagai segala
perkataan yang yang menyebut perbuatan yang dikerjakan atau keadaan yang
diadakan. Namun, definisi tersebut kurang memuaskan. (Liaw Yock Fang dan
Abdullah Hassan, (1998). Nahu Melayu Moden, hal. 50)
Kata kerja bahasa Melayu tidak dapat ditentukan oleh perubahan bentuk. Oleh
sebab itu, ia sudah ditegaskan bahawa penjenisan golongan kata dalam bahasa
Melayu melalui tiga tahap (menurut Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan,
(1998). Nahu Melayu Moden, hal. 50 - 51) iaitu;
i. Imbuhan
ii. Penanda kata
iii. Golongan kata

Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, (1998). Nahu Melayu Moden, hal. 50-51
Prof. Dr. Asmah Hj. Omar. (1982). Nahu Melayu Mutakhir, hal. 81
2.2 Penjenisan Golongan Kata Kerja

Golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur
inti dalam binaan frasa. (Nik Safiah Karim et al., (2008). Tatabahasa Dewan Edisi
Ketiga, hal. 88). Kebanyakan sarjana menjeniskan golongan kata kerja kepada
dua golongan iaitu transitif dan tak transitif.

Namun, penjenisan yang agak berbeza menurut Liaw Yock Fang dan Abdullah
Hassan, (1998). Menurut penulisan mereka, dalam bahasa Melayu terdapat dua
golongan kata kerja iaitu kata kerja sederhana tidak berimbuhan; dan kata kerja
terbitan yang dibentuk daripada penggunaan imbuhan tertentu. (Liaw Yock Fang
dan Abdullah Hassan, (1998). Nahu Melayu Moden, hal. 51). Kata kerja
sederhana adalah kata-kata yang menyatakan gerak-geri seharian, seperti;
i. Zuhairi tidur dengan nyenyak.
ii. Yati sudah pergi ke pasar.
iii. Semua pelajar duduk di atas lantai.
iv. Azmilia baru pulang dari sawah.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008), dalam bukunya Bahasa Melayu 1 (Siri
Pendidikan Guru) halaman 152, menjeniskan kata kerja kepada dua golongan
iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif, ia sama dengan Nik Safiah
Karim et al., (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 88. Dua golongan
kata kerja tersebut kemudiannya terbahagi pula kepada dua lagi kategori iaitu
transitif aktif dan pasif, manakala tak transitif pula ialah berpelengkap dan tanpa
pelengkap.
Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, (1998). Nahu Melayu Moden, hal. 51
Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu 1 (Siri Pendidikan Guru), hal. 152
Nik Safiah Karim et al., (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hal. 88
2.2.1 Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri
daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Ia tidak boleh berdiri
dengan sendirinya sebagai predikat.

Menurut Prof. Dr. Asmah Hj. Omar (1982), menyatakan bahawa kata kerja
transitif adalah;
“kata kerja yang boleh diikuti oleh objek.” (Prof. Dr. Asmah hj. Omar. (1982).
Nahu Melayu Mutakhir, hal. 86)
Beliau memberi contoh;
i. Dia menulis surat
KK Objek
ii. Dia membaca buku
KK Objek
Nik Safiah Karim et al.,(2008), dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga
mengatakan, kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut
sesudahnya, yang disebut objek.

Objek yang digunakan dalam kata kerja transitif boleh berubah tempat menjadi
subjek atau dalam erti kata lain ia boleh dipasifkan. Justeru, kata kerja transitif
dapat dibahagikan kepada dua bahagian seperti yang disebut oleh Siti Hajar
dalam rajah di atas iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.

Kata kerja transitif juga dicerminkan melalui penggunaan imbuhan. Antara


imbuhan yang digolongkan dalam kata kerja transitif ialah imbuhan pentransitif
iaitu imbuhan yang boleh membentuk kata kerja ini. Kehadiran imbuhan tersebut
berhubungan dengan bentuk kata dasar iaitu ‘awalan’ dan ‘akhiran’. Setiap
daripada imbuhan yang termasuk dalam golongan pentransitif boleh berlaku
bersendirian atau bergabung dengan yang lain di mana kata dasar awalan boleh
bergabung dengan akhiran. Namun, bagi kedua-dua akhiran ‘kan’ dan akhiran ‘i’
tidak boleh hadir sekali atau serentak dalam satu perkataan. Contohnya bagi
perkataan ‘mengatakan’, ia tidak boleh menjadi ‘mengatakani’. Oleh itu, imbuhan
ini berfungsi untuk menerbitkan kata kerja transitif sama ada pasif atau aktif.

Prof. Dr. Asmah hj. Omar. (1982). Nahu Melayu Mutakhir, hal. 86
Nik Safiah Karim et al., (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hal. 89
Kata kerja transitif aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang berhubung langsung dengan
penyambut atau objek (frasa/ perkataan yang bergaris) dalam predikat frasa
kerja. Ia juga melibatkan dua kata nama iaitu kata nama pertama ialah pelaku
kepada perbuatan dan kata nama yang kedua ialah mangsa atau yang
diperlakukan/ dikenai. Kata kerja transitif aktif juga banyak menggunakan awalan
‘meN-‘, Contoh;
a) Ibu menyidai kain.
b) Dia melihat bintang.
c) Ibu membersihkan halaman rumah.
d) Dia membuang sampah.
e) Ali mencuci kereta.

Kata kerja transitif pasif


Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja yang terhasil daripada proses
perubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Dalam proses inilah yang berlaku di
mana objek hadir menjadi subjek dan biasanya ia menggunakan awalan ‘di’ dan
perkataan ‘oleh’ seperti;
i. Kain disidai oleh ibu.
(Perkataan bergaris = Objek menjadi subjek)
ii. Bintang dilihat oleh dia.
iii. Halaman rumah dibersihkan oleh ibu.
iv. Sampah dibuang oleh dia.
v. Kereta dicuci oleh Ali.

Penggunaan imbuhan memudahkan penggolongan kata kerja transitif.


Penggolongan kata kerja ini berdasarkan penggunaan imbuhan.

2.2.2 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang sudah lengkap maksudnya
dan ia tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya. Jika dinoktahkan
sekali pun pada kata kerja tersebut ia masih dapat difahami dan sesuai serta
tidak janggal. Kata kerja ini tidak boleh dipasifkan dan juga tidak terkena pada
orang lain atau benda lain. Contoh;

i. Budak itu bernyanyi.


ii. Ibu sedang tidur.
iii. Aku amat terkilan.
iv. Aku hendak melaung.
v. Ali suka berbual.

Kata kerja tak transitif dibahagikan kepada dua subgolongan iaitu kata kerja tak
transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.

Kata kerja tak transitif berpelengkap bermaksud kata kerja yang memerlukan
pelengkap untuk menyempurnakan frasa ayat. Unsur-unsur yang menjadi
pelengkap ini boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan frasa sendi
nama. Contoh;

i. Rumahnya berlantaikan tanah. (pelengkap kata nama)


ii. Burung-burung bersiul riang. (pelengkap kata adjektif)
iii. Ayah beransur pulih. (pelengkap kata adjektif)
iv. Para perwakilan akan melawat ke Langkawi. ( Frasa sendi nama)

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang tidak memerlukan
objek atau penyambut sesudahnya. Kata kerja ini boleh berdiri sendiri sebagai
predikat ayat. Contohnya;

i. Ramai orang yang datang.


ii. Mereka selalu berbincang.
iii. Dia suka bergurau.
iv. Tina nak lari.
v. Layang-layang tu boleh terbang.
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ini juga boleh diikuti oleh unsur
keterangan selepasnya yang berfungsi sebagai maklumat tambahan atau
keterangan (frasa yang bergaris dalam ayat). Contohnya;

i. Ramai orang yang datang ke surau itu.


ii. Mereka selalu berehat di bilik tamu.
iii. Dia suka bergaduh dengan kawan-kawannya.

Kesimpulan
Berdasarkan kepada dapatan kajian di atas,cerpen ‘Tina’ karya Aminhad dalam
Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka telah
menggunakan kesemua jenis penggolongan kata kerja iaitu kata kerja transitif
aktif dan pasif juga kata kerja tak transitif berpelengkap dan tak berpelengkap.
Kajian dibuat bermula dari perkataan yang pertama hingga perkataan ke-350
sahaja dan secara kesimpulan dapat dibuat terhadap kajian penggunaan kata
kerja dalam cerpen tersebut ialah penulisnya iaitu Saudara Aminhad lebih
banyak menggunakan jenis kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dalam karya
ini. Antara faktor beliau lebih selesa menggunakan kata kerja jenis tersebut ialah
peredaran masa yang berlaku dan karya ini adalah merupakan karya moden.
Jika karya klasik, kemungkinan bentuk kata kerja transitif pasif digunakan secara
dominan. Hasil dapatan kajian dapat dilihat dalam jadual yang disediakan.
Kaedah jadual serta gundalan telah digunakan bagi memudahkan saya untuk
memperoleh jumlah kata kerja yang terdapat dalam cerpen ‘Tina’ ini dengan
kadar seberapa banyak yang mungkin.
Justeru, melalui tugasan ini para pelajar telah memperoleh ilmu yang sangat
berguna terutama mengenai penggunaan kata kerja.

Rujukan

Abdullah Hassan, (2007). Linguistik Am (Siri Pengajaran dan Pembelajaran


Bahasa Melayu), Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Hajah Noresah bt. Baharom, et al., (2007). Kamus Dewan edisi keempat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Hj. Husin et al., (1997). Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, (1997). Nahu Melayu Moden, Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (kini Oxford Fajar)

Nik Safiah Karim et al., (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin. (2004). Bahasa Melayu STPM Edisi
Kedua, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (kini Oxford Fajar Sdn. Bhd.)

Prof. Dr. Asmah Hj. Omar, (1982). Nahu Melayu Mutakhir, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, (1985). Kajian Bahasa (untuk pelatih
Maktab Perguruan), Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (kini Oxford Fajar
Sdn. Bhd.)

Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu 1 (Siri Pendidikan Guru), Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor, (2006). Tatabahasa Melayu Mesra
Pengguna, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Bibiliografi
Abdullah Hassan. (2006).Linguistik : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd.

Abdullah Hassan. (2006).Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd.
Ali Mahmood, Musnsyi Zainal Abidin Kasim, Seman Salleh dan Mashuri
Bahari.(2008). HBML2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa
Melayu.Selangor : Open University Malaysia.

http://noraza79.blogspot.com/2009/03/salah-satu-proses-pembentukan-
kata.html.
Diakses pada 16.3.2009.
http://www.freewebs.com/suaraanum/0305b02.htm. Diakses pada 16.3.2009
http://www.tutor.com.my/stpm/morfem/tatabahasa-morfem.htm . Diakses pada
16.3.2008

Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Selangor
:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Tatabahasa dewan Edisi Ketiga (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

Anda mungkin juga menyukai