New Microsoft Excel Worksheet
New Microsoft Excel Worksheet
TEMA
Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin.
Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah keluarga
setelah mereka melupakan konflik yang melanda mereka.
PERSOALAN
i. Kepercayaan pada perkara khurafat
Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang kepada
keluarga dan perniagaannya.
ii. Keegoan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia berpendapat
bahawa Lim Meng ialah punca segala kesedihannya.
iii. Keberanian menyuarakan pendapat
Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang
berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong.
iv. Keinsafan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar
perkara sebenar daripada Sim Pau.
PLOT
i. Permulaan/Eksposisi
Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang beraya.
Berita kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi tidak men gakui
Lim Meng sebagai anaknya.
ii. Perkembangan
Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa keluarganya. Sikap
Lim Pooi diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar. Pertengkaran antara mereka
berlaku. Sim Pau menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi
menyedari kesalahannya lalu memohon maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu
Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng.
iii. Klimaks
Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun dia
masih ragu-ragu akan penerimaan bapanya.
iv. Peleraian
Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam. Akhirnya,
Lim Meng tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya. Kemudian,
mereka membuat persiapan perayaan dengan penuh gembira.
TEKNIK PENCERITAAN
i. Pemerian
Contoh : Memerihalkan jiran-jiran Lim Pooi dan Sim Pau yang sudah membuat
persiapan untuk menyambut perayaan sedangkan mereka tidak membuat sebarang
persiapan.
iv. Dialog
Contoh : Perbualan antara Sim Pau, Lim Meng dengan Lim Pooi tentang barang-barang
yang hendak dibeli untuk menyambut perayaan.
v. Monolog Dalaman
Contoh : Sim Pau berkata-kata di dalam hati bahawa dia terlalu menurut kata-kata Lim
Pooi namun sampai bila?
vi. Saspens
Contoh : Pembaca tertanya-tanya punca Lim Pooi menyatakan bahawa hutang darah
mesti dibayar dengan darah.
Lim Pooi
i. Suami kepada Sim Pau.
ii. Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.
iii. Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.
iv. Memiliki sikap suka berdendam
Contoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa malang
dan pembunuh Lim Foong.
v. Ego
Contoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.
Lim Meng
i. Anak bongsu daripada dua beradik.
ii. Bertanggungjawab
Contoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada lemas sebaliknya dia
pula yang hampir lemas.
iii. Suka mengalah
Contoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut
hendak melaporkan bahawa Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong.
iv. Pemaaf
Contoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya.
Lim Foong
i. Anak sulung daripada dua beradik.
ii. Anak kesayangan Lim Pooi.
iii. Suka berjudi.
iv. Mati lemas.
Sudin
i. Penduduk kampung
ii. Ikhlas
Contoh: Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan ikhlas
tanpa memandang bangsa.
LATAR
Latar Masa
i. Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina
Contoh : Setelah menerima panggilan telefon daripada Lim Meng, Sim Pau dan Lim
Pooi bertengkar.
Latar Tempat
i. Dapur
Contoh : Sim Pau sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi.
ii. Kedai
Contoh : Lim Meng ternampak Lim Foong mencuri wang di kedai.
iii. Stor di belakang kedai
Contoh : Lim Pooi menyorokkan gula di stor di belakang kedai untuk menjualnya pada
harga yang tinggi ketika suatu masa lain.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang berdendam.
Contoh: Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang menurutya ialah pembunuh Lim
Foong.
GAYA BAHASA
i. Simpulan bahasa
Contoh : Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.
Contoh : Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.
ii. Peribahasa
Contoh : Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu
menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasan.
iii. Sinkof/sinkope
Contoh : “Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.”
Contoh : “Anak aku dah mati.”
iv. Personifikasi
Contoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan
terungkai setelah menjawab telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-
bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.
v. Simile
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-
bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.
vi. Metafora
Contoh : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.
NILAI
i. Nilai keberanian
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak bersalah atas
kematian Lim Foong.
ii. Nilai keikhlasan
Contoh : Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas.
iii. Nilai kasih sayang.
Contoh : Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar kasih
sayang sesama keluarga.
PENGAJARAN
i. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.
Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya menjadi
penyebab kematian Lim Foong.
ii. Kita mestilah bersikap jujur.
Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di kedai
yang dilakukan oleh Lim Foong.
iii. Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.
Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang yang menagih
hutang.