Anda di halaman 1dari 4

“PENGGUNAAN TEKNOLOGI DI SEKOLAH”

Penggunaan Teknologi telah membawa satu gelombang perubahan yang besar dalam proses
Pengajaran & Pembelajaran di sekolah. Antara perubahan yang dapat dilihat melalui penggunaan
teknologi ini di sekolah adalah melicinkan proses Pengajaran dan Pembelajaran kerana ia dapat
membantu untuk memberikan gambaran sebenar kepada isi-isi penting kepada topik yang akan
disampaikan oleh guru kepada murid. Penggunaan Teknologi dalam pendidikan juga dapat
menjimatkan masa, tenaga dan wang, mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan
minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar serta mengelakkan dari berlakunya tidak
faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.

Guru diberi tugas untuk menjana modal insan gemilang bukanlah satu perkara yang baru tetapi ia
adalah matlamat atau impian bagi setiap guru terhadap pelajar-pelajarnya dalam mengharungi
proses P & P. Peranan guru-guru pula adalah untuk memberikan bantuan sebagai fasilitator di
kalangan pelajar. Ini lah scenario sebenar yang sedang berlaku di sekolah tempat saya mengajar
iaitu Sekolah Kebangsaan Lohan, Ranau.

Melalui beberapa sesi temu bual secara ringkas bersama guru-guru di Sekolah Kebangsaan
Lohan, Ranau ini, saya dapati hampir kesemua guru memberi respon yang sama terhadap soalan
mengapa mereka tidak mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di kelas.

Antara alasan yang diberikan oleh guru-guru ini adalah kelas tidak disediakan dengan LCD,
skrin, bahan audio. Dengan ini, para guru akan mengalami kesukaran untuk mengaplikasikan
kegunaan teknologi dalam kelas ketika sesi pembelajaran itu dijalankan. Selain itu, ada juga guru
yang memberikan respon bahawa agak membebankan bagi seorang guru itu untuk membawa
segala keperluan pemasangan peralatan yang diperlukan ke dalam kelas seperti laptop, LCD,
wayar (Extension Wire), ini belum lagi ditambah dengan buku-buku yang perlu dipikul oleh guru
tersebut untuk dibawa ke dalam kelas.

Selain itu, terdapat segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah
pengajaran mereka. Melalui hasil temubual saya, dapat saya perhatikan bahawa guru-guru
bahasa yang telah lama berkidmat dalan dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak
pengajaran dan pembelajaran mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis
semata-mata dan tidak mempunyai alternative kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah
guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

Terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini
menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat.
Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan
guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-
guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka.
Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa disekolah. Terdapat guru-guru yang berminat
untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi
maklumat.

Kemudahan teknologi yang berkaitan tidak mencukupi .Proses pengintegrasian teknologi


maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti
kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat,
serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yangmencukupi dan lancer. Sistem
penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yangtidak cekap menjadi salah satu
punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapatdilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu
juga, peruntukan kewangan yang lambat sertatidak mencukupi untuk proses penyediaan
kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya
permasalahan dalam proses pengintegrasian

Pada pendapat saya, penggunaan teknologi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
memberikan sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan objektif
pembelajaran tersebut dan kaitannya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan
pelbagai deria pelajar dengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria
lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya
ingatan pelajar. Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar dapat
membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa
yang minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar dengan menggunakan media bergerak
yang mana boleh memperkayakan pengalaman murid yang tidak pernah mereka lihat atau alami
akan dapat di saksikan sendiri dan seolah-olah mengalaminya.

Penggunaan media Teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang baik merupakan
alat yang dapat menjelaskan serta memberikan gambaran yang lebih terperinci dan menerangkan
isi-isi pelajaran sesuatu subjek itu kepada para murid ketika sesuatu sesi pembelajaran itu
dijalankan. .Dengan menggunakan bahan serta peralatan teknologi yang sesuai, ia akan dapat
meningkatkan pemahaman serta minat pelajar terhadap mata pelajaran yang di ajar. Melalui
penggunaan bahan-bahan serta peralatan ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia sudah
psati akan dapat menciptakan proses pembelajaran yang interaktif, iaitu adanya hubungan imbal
balik antara guru dan pelajar dan juga antara sesama pelajar.

Antara jenis bahan teknologi yang sesuai digunakan disekolah adalah seperti penyaluran teks
dalam multimedia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
sempurna. Contohnya dengan teknologi ini, teks pelbagai bentuk, format dan susun atur
bolehdipindahkan ke mana‐mana sistem komputer bagi memudahkan pelajar memahami isi
kandungan yang dicapai dari Internet.

Selain itu, grafik juga merupakan penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak
dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Penggunaan grafik juga dapat mempercepatkan
penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang cepat, jelas, tepat dan
konsisten terhadap pelajar. Contohnya, grafik seperti lukisan, gambar atau carta misalnya amat
membantu di dalam menyampaian sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif.

Audio & Video pula boleh digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan
lebih berkesan, seperti penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Menerusi audio,
terdapat beberapa faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti menarik perhatian
pelajar, mempengaruhi emosi dan pemikiran pelajar, mempertingkatkan kefahaman pelajar
terhadap isi kandungan mata pelajaran, memudahkan proses penerangan mengenai sesuatu
konsep yang sukar untuk diterangkan melalui teks atau grafik, menjadi panduan yang lebih
efektif dalam meningkatkan pemahaman pelajar dan mengekalkan penumpuan pelajar dalam
sesebuah mata pelajaran.
Animasi berperanan bagi menceriakan lagi persembahan sebuah informasi. Animasi juga
membantudalam menerangkan sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah serta mampu
menarik perhatian pengguna. Animasi berkomputer digunakan untuk menghasilkan satu keadaan
yang meransang dan menyeronokkan. Contohnya, seseorang pelajar boleh menggunakan animasi
berkomputer untuk mendemonstrasikan bahan secara visual berdasarkan kehendak sendiri
(Rozinah 2005). Ini dapat mempercepatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran disamping
meningkatkan kreativiti danproduktiviti pelajar dalam subjek yang dipelajari.

Kesimpulannya, guru yang kreatif serta bijaksana menggunakan teknologi yang ada untuk
membantu mereka mencapai objektif pembelajaran dengan lebih mudah. Pelbagai aplikasi
teknologi boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai aktiviti dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Di samping itu, guru juga perlu merancang penggunaan teknologi dengan sebaiknya supaya
faedah yang maksimum diperolehi daripada bahan tersebut. Pengetahuan mengenai bahan
teknologi dan cara penggunaannya perlu dikuasai guru supaya mereka sentiasa peka terhadap
perkembangan terkini selain tidak ketinggalan dalam kemahiran teknologi yang setiap masa
semakin maju.

Oleh itu, kebolehan dan kemampuan menggunakan komputer dengan cekap dan berkesan dapat
membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kini tiba masanya Malaysia
bersaing dalam arus pembangunan pembelajaran global dengan memantapkan sistem pendidikan
sedia ada setanding kualiti pendidikan berteraskan Teknologi di peringkat antarabangsa. Sejak
kerajaan mengumumkan usaha meningkatkan penggunaan Teknologi dalam pelbagai sektor,
bidang pendidikan tidak terkecuali.

Anda mungkin juga menyukai