Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM MUTIARA NILAM

SINOPSIS BAHAN BACAAN


IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Nama Pembaca : HABSAH BTE YUSOF Penerbit : ITQANS


ENTERPRISE
Judul Buku : PUASA & MAKAN SEDIKIT Bil mukasurat : 230
KUNCI KEPADA KESIHATAN
JASMANI DAN ROHANI
Nama Pengarang : DR MOHD ARIP KOSMO Tahun: 2017 :
Sumber Internet :
(jika berkenaan)

1.SINOPSIS: Ringkasan intipati buku yang dibaca (tidak melebihi 200 patah perkataan)

Buku ini mengandungi 8 Bahagian, mengajak pembaca merenung sejenak tentang amalan
pengambilan makanan setiap hari dalam kehidupan seharian. Penulis memberi penekanan
terhadap penjagaan kesihatan dengan cara berpuasa dan menjadikan pengambilan
makanan yang sedikit sebagai kunci kepada kesihatan jasmani dan rohani. Buku ini
dilengkapi dengan pelbagai kajian yang telah dijalankan oleh beberapa pakar yang terdiri
daripada negara Jepun, Amerika dan British. Hasil kajian yang dijalankan dengan apa yang
diajarkan dalam Sunah Nabawiyyah mendapati bahawa berpuasa dan makan dengan
kuantiti dan kekerapan yang sedikit dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan manusia.
Pada bahagian 1, penulis menceritakan tentang puasa sebagai satu bentuk Hormesis
(peningkatan kesihatan) dan ketahanan diri. Bahagian 2 buku ini penulis lebih
memfokuskan kepada perbezaan puasa antara agama dan pengambilan kuantiti serta jenis
makanan yang baik dan yang boleh menjejaskan kesihatan. Pada bahagian 3, penulis
menerangkan bagaimana puasa dapat menguatkan sistem imunisasi dan apa yang berlaku
pada tubuh badan semasa kita berpuasa dan bagaimana puasa dapat merawat atau
mengurangkan kesakitan kepada orang yang mengalaminya. Pada bab seterusnya, penulis
menceritakan tentang mereka yang menghidap kanser dan mengamalkan puasa secara
berkala akan mengurangkan kesan kimoterapi dan dapat mengurangkan kadar pembiakan
sel-sel kanser. Manakala, pada keseluruhan bahagian-bahagian terakhir buku ini, penulis
menyatakan bahawa dengan berpuasa kita dapat mengurangkan kesan-kesan yang lebih
buruk terhadap sesuatu penyakit seperti kencing manis, obesiti, penyakit kardiovaskular
dan sebagainya. Justeru, gaya pengambilan makanan dalam kuantiti yang betul dan
pengamalan puasa yang diajarkan oleh Sunah perlulah diikuti bagi memastikan kehidupan
yang lebih panjang dan bermakna.

[Type text]
PROGRAM MUTIARA NILAM

2. KESIMPULAN: pandangan anda tentang buku yang dibaca: fokus terhadap kekuatan
buku tersebut. (tidak melebihi 150 patah perkataan)

Buku puasa dan makan sedikit ini adalah satu buku yang dihadiahkan penulis sendiri
kepada pembaca. Pembaca merasakan setelah membaca buku ini, individu akan lebih
bermuhasabah dirinya tentang pentingnya mengamalkan gaya kehidupan yang diajarkan
Sunah di mana banyak kebaikan dan fadhilat yang diperoleh sekiranya kita berpuasa.
Dalam islam, terdapat puasa wajib dan sunat seperti puasa pada bulan Ramadhan, puasa
isnin dan khamis, puasa pada hari-hari putih setiap bulan dan puasa pada tarikh-tarikh
tertentu. Banyak rahsia yang telah dibongkarkan dalam penulisan dan penceritaan yang
disampaikan tentang puasa. Terlalu banyak kebaikan berpuasa yang ramai orang tidak tahu
dan sering mengabaikannya. Himpunan kajian yang dilakukan dapat membuka mata hati
para pembaca dan memberi motivasi supaya mengamalkan ajaran Sunah iaitu dengan
berpuasa dan mengurangkan makan kerana itulah kunci kepada kesihatan jasmani dan
rohani.

Panduan penulisan:
 Font Arial
 Saiz 11
 Line Spacing: 1
 Email to : sinopsisrm@gmail.com

[Type text]

Anda mungkin juga menyukai