Anda di halaman 1dari 3

Perbandingan Psikologi Barat dan Islam

Daripada pendefinisian diatas dari perspektif Islam dan Barat, dapat lah dirumuskan bahawa
psikologi ini adalah satu kajian yang saintifik (ilmiah). Namun disebalik persamaan
pendefinisian ini terdapat perbezaan yang dapat dilihat dalam psikologi menurut Islam dan
Barat. Perbandingan serta penilaian ini dapat dilakukan secara kritis antara psikologi Islam dan
Barat melalui sumber-sumber yang digunakan, pendekatan yang dilakukan, objektif, teori dan
prinsip serta subjek kajian. Perbezaan yang dapat dilihat:

1. Sumber-sumber

Menurut Uthman Najati (1993), psikologi dari perspektif Islam, matlamat atau teori psikologi
Islam berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah dan di ambil juga daripada tokoh-tokoh
psikologi Islam seperti Ibn Sina, Imam al-Ghazali, Ibn Rusyd dan lain-lain lagi. segala ajaran
dan sumber terhasil daripada nas al-Quran yang mana is menjelaskan, menghuraikan,
menganalisis, menafsir, menyimpulkan dalam ajaran Islam berpanbdukan al-Quran dan al-
Sunnah. Segala sumber psikologi Islam ini bersifat mutlak kerana ia merupakan satu
pandangan yang boleh dibahaskan dan boleh dikritik.

Menurut Norman L. Munn (1962), dari perspektif Barat pula, mereka menggunakan sumber
yang tidak berpaksikan kepada panduan al-Quran dan al-Sunnah. Pengkajian Barat ini lebih
bersumberkan kepada teori-teori dan pandangan-pandangan akal serta psikologi ilmuan sahaja.
Mereka tidak mempunyai buku khusus yang boleh dijadikan panduan kebanyakan teori dan
sumber mereka bersifat “imprical”. Selain itu, sumber psikologi Barat diambil hasil daripada
ekperimen semata-mata. Teori-teori Barat ini kebanyakannya hasil daripada pemikiran tokoh-
tokoh Barat seperti William James, James B.Watson, Norman L.Munn, Linda L.Davidoff dan
sebagainya.

2. Subjek kajian.

Oleh kerana psikologi menggunakan kajian tingkah laku manusia maka tiada beza di antara
subjek kajian bagi kedua-dua aliran. Ini adalah kerana subjek kajian adalah sama dengan
menggunakan manusia. Bagi psikologi Islam, semestinya di dalam al-Quran telah menggesa
umatnya mengkaji tentang manusia agar dapat menguruskan dunia sesuai dengan tugas
manusia dijadikan sebagai khalifah (Abdul Rahman,1970:10). Dalam psikologi Barat, mereka
tidak menggunakan pendekatan al-Quran dalam menjelaskan kejadian manusia, perkembangan
sebelum dan selepas kelahiran bahkan mereka hanya menggunakan logik akal semata-mata.
(Charles & Albert,1999: 2).

3. Objektif

Tujuan atau objektif psikologi Islam ini adalah hamper sama iaitu memberikan pendedahan
tingkah laku manusia, memahami tingkah laku manusia, membuat ramalan terhadap sesuatu
kajian tingkah laku serta mempengaruhi tingkah laku manusia untuk perubahan dan
penyesuaian demi kebaikan. Manakala objektif psikologi Islam adalah membantu dan
memahami untuk menyelesaikan masalah manusia tetapi lebih memfokuskan kearah mencapai
keredhaan Allah swt (Abdul Rahman,1970:10).

Dalam perkembangan psikologi Barat, bidang psikologi mengambil masa yang lama
untuk menentukan objektifnya. Pada mulanya psikologi ini merupakan satu aktiviti yang
bercorakkan teori dan renungan semata-mata yang bertujuan memenuhi keinginan dan hasrat
manusia untuk memahami diri sendiri. Apabila maklumat berkenaan jiwa manusia bertambah,
maka ahli psikologi cuba meramalkan tingkah laku individu lain selain diri sendiri. Kemudian
mereka menggunakan penemuan mereka dalam bidang perindustrian, perniagaan, kepimpinan
dan lain-lain. Psikologi Barat ini hanya kearah ilmu pengetahuan dan membantu
menyelesaikan masalah semata-mata(Charles & Albert,1999: 2).

4. Teori dan prinsip

Menurut Uthman Najati (1993), dalam Islam tidak dipanggil teori tetapi disebut sebagai
prinsip. Psikologi Islam diambil daripada makna ayat al-Quran dan al-Sunnah yang disimpul,
diangkat, ditafsir lalu membentuk teori psikologi. Masyarakat muslim juga menggunakan akal
berijtihad, untuk membina teori psikologi Islam. Akan tetapi teori yang dihasilkan
berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Kandungan al-Quran dan al-Sunnah diijtihadkan maka
terhasillah teori psikologi Islam. Psikologi Islam lebih berkaitan mengenai roh dalam diri
manusia yang dizahirkan perbuatannya.

Manakala menurut Charles dan Albert (1999), teori psikologi barat dibina hasil daripada
eksperimen yang dianalisa dengan mengangkat data dan kesimpulannya akan membentk teori
psikologi umum. Psikologi Barat lebih kepada bidang klinikal, industri dan lain-lain.
Seperti contoh teori kecerdasan pelbagai Gardner, menurutnya teori kecerdasan pelbagai
adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui
ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada
kemampuan logikal-matematik dan Bahasa sahaja.

Perbandingan yang telah diperjelaskan ini dapat dilihat bahawa psikologi Islam itu kelihatan
lebih sempurna berpandukan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah menunjukkan bukti yang kukuh
membawa kepada menjaga kemaslahatan umat disamping mencapai keredhaan Allah swt.
Berbanding dengan psikologi Barat, hanya menggunakan logik akal semata-mata dalam
membantu tanpa mendapat keredhaan dari Allah swt.

Anda mungkin juga menyukai