Anda di halaman 1dari 24

PANDUAN PEMBINAAN ITEM

LATIHAN KEMAHIRAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN


Department of Skills Development

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


MALAYSIA
Ministry of Human Resources
Malaysia

MS ISO/IEC 17021:2006
QS 12022007 CB 06

PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN 1


1.0 TUJUAN

Garis panduan ini disediakan untuk memberi maklumat yang sistematik dan
komprehensif kepada semua pembina item yang terlibat dalam membina item
latihan kemahiran agar ianya memenuhi dan mencapai kehendak NOSS dan industri
semasa.

2.0 OBJEKTIF

Objektif garispanduan ini adalah:

i. memandu arah pembina item dalam membina item latihan kemahiran;


ii. memastikan kualiti item yang dihasilkan adalah sahih, bolehpercaya dan
cukupcakup; dan
iii. memastikan item dapat diselaraskan bagi tujuan persijilan.

3.0 PENGENALAN

Penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan


pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi
pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif
pendidikan (Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan
Borich (1996)). Dari segi pengajaran dan pembelajaran, penilaian boleh didefinisikan
secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana
objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dan makmal dicapai.

Penilaian dalam konteks Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) adalah satu
proses menilai tahap kemahiran dan pengetahuan serta sikap kerja seseorang calon
yang mengikuti program latihan yang dilaksanakan di pusat latihan yang ditauliah
oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Penilaian dilakukan dengan pelbagai
kaedah yang sesuai bagi menilai keterampilan seseorang calon seperti yang
dikehendaki.

3.1 Bank Item


Bank Item diwujudkan bagi menyelaras dan memastikan kualiti item yang
dihasilkan adalah sah, bolehpercaya dan cukupcakup. Fungsi Bank Item ini
adalah untuk membina, menilai, mengumpul dan menyelaras item latihan
kemahiran.

2 PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN


3.2 Panel Pembina Item
Seseorang panel pembina item terdiri daripada:
i. Pengajar
- Berdaftar dengan JPK;
- Pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang
berkaitan; dan
- Mengajar dalam tahap kemahiran bagi item yang dibina.

ii. Wakil industri
- Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang
berkaitan; dan
- Sekurang-kurangnya bertaraf penyelia atau mempunyai SKM 3.
4.0 TAFSIRAN
Dalam panduan ini, terma berikut membawa maksud seperti yang dinyatakan:

Penilaian Teori
Menilai pengetahuan dan kefahaman calon mengenai apa yang telah dipelajari.

Penilaian Praktikal
Menilai kemahiran serta sikap/ keselamatan dalam melaksanakan kerja amali.

Item
Merujuk kepada item iaitu perkara untuk menilai pengetahuan, kemahiran dan
sikap/ keselamatan pada seseorang calon yang boleh dijadikan bukti keterampilan
calon yang mengandungi tugasan dan skema pemarkahan.
Respons
Jawapan atau tindakbalas yang diberikan oleh calon terhadap sesuatu item.

Bank Item
Pusat pengumpulan item-item.

Standard
Merujuk kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau National
Occupational Skills Standard (NOSS).

5.0 PROSES PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN


Untuk menjamin kesahan penulisan item, perkara berikut perlu diambilkira:

i. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


ii. Konsep Item
iii. Komponen Item
iv. Ciri-ciri item yang berkualiti
v. Jenis-jenis item

PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN 3


5.1 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) adalah jadual yang mengandungi maklumat


tentang sesuatu ujian iaitu, perkara yang dinilai, di mana ianya dinilai, aras
kesukaran dan bilangan item yang digunakan untuk menilai pengetahuan,
kemahiran dan sikap/ keselamatan berdasarkan Standard.

Tujuan JSU dibangunkan adalah:
i. memastikan ujian yang dibina adalah setara dari setahun ke setahun;
ii. menetap dan memperuntukkan jenis dan ciri item yang perlu dibina;
iii. menilai item;
iv. menggubal item untuk membentuk kertas soalan; dan
v. mengkaji semula kertas soalan.

Perkara yang perlu dikenalpasti semasa membina JSU adalah:


i. Objektif Program
ii. Objektif Penilaian
iii. Keterampilan
iv. Jenis item
v. Kandungan (Duti dan Task)
vi. Aras kesukaran
vii. Bilangan item mengikut aras kesukaran
viii. Bilangan item mengikut keterampilan Kandungan JSU
ix. Bilangan item mengikut konteks
x. Tempoh ujian

5.2 Objektif Program

Tahap keterampilan yang perlu dicapai oleh calon di akhir sesuatu program
latihan.

5.3 Objektif Penilaian



Untuk memastikan tahap keterampilan yang telah dicapai oleh calon dalam
sesuatu program latihan.

5.4 Keterampilan

Keterampilan ialah perkara yang dikenalpasti untuk dinilai berdasarkan Standard.
Dalam konteks latihan kemahiran keterampilan terdiri daripada tiga (3) kategori
iaitu Pengetahuan (tahu dan faham), Kemahiran (apa yang boleh dibuat) dan
Sikap/ Keselamatan.

4 PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN


Tiga (3) kategori Pengetahuan:
• Knowledge on what;
• Knowledge on how; dan
• Knowledge on about.

Dua (2) kategori Kemahiran:


• Kemahiran Aplikasi (kognitif/ pemikiran)
• Kemahiran Praktikal (psikomotor)

Sikap/ Keselamatan/ Nilai:


• Komunikasi
• Konseptual
• Interpersonal
• Pembelajaran
• Kepimpinan
• Melaksanakan pelbagai tugas mengikut keutamaan
• Disiplin diri
• Kerja berpasukan
(Rujukan: Social Skills and Social Values, JPK)

Contoh JSU adalah ditunjukkan seperti di Lampiran 1.

5.5 Klasifikasi Item



Item boleh diklasifikasi kepada:
i. Item Pengingatan
Item yang memerlukan calon mengingat kembali untuk memberikan
responsnya.

ii. Item Pemikiran


Item yang memerlukan calon berfikir untuk memberikan responsnya.

5.6 Komponen Item



Terdapat empat (4) komponen item iaitu:
i. Stimulus
Rangsangan (jika diperlukan), yang berbentuk teks atau grafik bagi memberi
gambaran kepada situasi tugasan dan mestilah berkait rapat dengan
tugasan.

ii. Tugasan
Pernyataan dalam bentuk arahan lengkap bagi mendapatkan respons
kepada item. Tugasan itu mestilah boleh memberikan respons yang dapat
membezakan pelbagai tahap kompetensi calon.

PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN 5


iii. Arahan
Pernyataan yang menunjukkan bagaimana cara respons itu harus diberikan
atau disampaikan oleh calon. Arahan terdapat dalam kata tugas.

iv. Jawapan/ Peraturan (Skema) Pemarkahan


- Item objektif: pilihan jawapan yang betul atau terbaik.
- Item subjektif: panduan (skema) yang disediakan untuk memberi
markah kepada respons calon.

5.7 Ciri Item



Item yang berkualiti mesti memenuhi ciri-ciri berikut:

i. Keakuran
a. Standard
Perkara yang dinilai dan di mana penilaian itu dilakukan mestilah merupakan
sebahagian daripada Standard.

b. Spesifikasi
Spesifikasi item yang dibina menepati JSU untuk memastikan taraf ujian
adalah setara setiap tahun.

c. Peluang
Peluang merujuk kepada kelengkapan (fasiliti) dan pengalaman
pembelajaran calon. Calon mestilah diberi peluang yang setara dalam
mempelajari/ mengalami perkara yang dinilai.

ii. Ketepatan dan kejelasan

a. Tepat Keterampilan
Item yang dibina mestilah menepati keterampilan yang ditetapkan.

b. Tepat Kandungan
Item yang dibina mestilah menepati Standard berkenaan.

c. Kejelasan
Penggunaan istilah, perkataan, ayat atau gambarajah dalam pembinaan
item mestilah jelas maksudnya, tidak mengelirukan dan mudah difahami.

iii. Kesesuaian
a. Aras Kesukaran

Menepati aras kesukaran yang dihasratkan:


R - Aras rendah/ Item Mudah
S - Aras sederhana/ Item Pertengahan
T - Aras tinggi/ Item Sukar

6 PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN


Andaian
• Item Mudah ialah item yang boleh dijawab oleh sebahagian besar calon.
• Item Sukar ialah item yang boleh dijawab oleh sebahagian kecil calon.
• Item Pertengahan ialah item yang terletak di antara Item Mudah dan
Item Sukar.
Penentuan Aras Kesukaran
• Bukti Empirik - Melalui statistik item yang didapati dari pra-ujian (pre-
test).
• Pertimbangan professional
• Kompleksnya sesuatu keterampilan yang dinilai;
• Jenis soalan yang digunakan samada terbuka atau berstruktur; dan
• Kebiasaan atau pengalaman calon.
b. Penting
Item yang dibina mestilah perkara penting yang perlu dikuasai oleh calon
dan bukan perkara yang remeh-temeh.
c. Keadilan
Item yang dikemukakan tidak bias kepada kelompok tertentu (jantina,
bangsa, agama, lokasi institut dll.) serta tidak menyinggung emosi, peribadi,
kepercayaan, kebudayaan dan perkara sensitif.
5.8 Jenis Item
Terdapat dua (2) jenis item:
• Objektif
• Subjektif

5.8.1 Item Objektif


Item yang mempunyai keobjektifan yang tinggi terhadap respons yang
diharapkan. Item yang tidak mengundang subjektiviti dalam respons
dan hanya satu (1) sahaja jawapan yang boleh diterima untuk sesuatu
item.

Dua (2) jenis item objektif:


• Jenis pilih
• Jenis bekal

5.8.1.1 Item Objektif Jenis Pilih

Item yang memerlukan calon memilih berdasarkan jawapan


yang disediakan. Tiga (3) bentuk item jenis ini ialah:
• Item aneka pilihan
• Benar-palsu
• Padanan

PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN 7


i. Item Aneka Pilihan
Item ini terbahagi kepada dua jenis:
a. Jenis satu pilihan
Item ini mempunyai jawapan yang merupakan pilihan jawapan yang betul atau
terbaik.

Contoh:
Dalam satu litar elektrik, arus
yang mengalir adalah 2A Stimulus
dan voltan bekalan adalah 6V.

Arahan
Cari nilai rintangan litar tersebut. Tugasan
A. 1/3 W } Distraktor
B. 3 W } Jawapan
C. 4 W } Distraktor
D. 12 W } Distraktor

b. Jenis aneka gabungan


Item ini memerlukan calon memilih jawapan yang betul. Jawapan itu terdiri daripada
gabungan pernyataan.
Contoh:
Antara berikut, yang manakah merupakan jenis bekalan kuasa elektrik di Malaysia?

i. Bekalan satu fasa


ii. Bekalan dua fasa
iii. Bekalan tiga fasa
iv. Bekalan berbilang fasa

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

Panduan membina item aneka pilihan


1. Item yang dibina mudah difahami dan bersifat tidak memerangkap (non-tricky)
calon.

2. Stimulus
a. Relevan dan jelas
b. Dinyatakan dalam bentuk yang paling berkesan
c. Maklumat yang autentik/ asli.

8 PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN


3. Tugasan
a. Tugasan dinyatakan dengan jelas, tepat dan ringkas, tiada pembaziran
perkataan sebagai hiasan (window dressing);
b. Tidak mengambil terus frasa daripada buku;
c. Tidak memberikan bayangan kepada jawapan seperti penggunaan pertalian
perkataan (words association);
d. Elakkan menyatakan tugasan dalam bentuk negatif, sekiranya perlu,
penggunaannya perlu ditegaskan (bold);
e. Idea utama item perlulah dinyatakan pada tugasan bukan pada stimulus
atau pilihan jawapan; dan
f. Elakkan item berasaskan pendapat.

4. Pilihan Jawapan
a. Semua pilihan jawapan harus bebas antara satu sama lain. Elakkan pilihan
jawapan yang saling bercanggah atau mempunyai makna yang sama;
b. Semua pilihan jawapan mestilah homogen dan selari dengan pilihan jawapan
yang lain;
c. Elakkan pengulangan perkatan yang serupa dalam semua pilihan jawapan;
d. Elakkan pilihan jawapan negatif;
e. Susun pilihan jawapan dalam susunan yang logik berdasarkan:
• Urutan nombor;
• Kronologi peristiwa;
• Pilihan jawapan yang serupa dalam pasangan; dan
• Susunan huruf ikut putaran jam, atas ke bawah atau kiri ke kanan;
f. Semua pilihan jawapan dinyatakan dengan tatabahasa yang selaras dengan
tugasan terutamanya jenis pelengkap;
g. Gunakan bilangan pilihan jawapan yang sesuai bagi mengurangkan calon
mendapatkan “skor nasib” dengan meneka secara rambang;
h. Elakkan menggunakan perkataan penentu seperti selalu, sangat, lebih
kurang, hanya dll.;
i. Bagi item aneka gabungan, elakkan menggunakan hanya satu cadangan
jawapan dan pastikan suatu cadangan jawapan tidak terdapat pada setiap
pilihan jawapan; dan
j. Elakkan menggunakan pilihan jawapan “semua di atas betul”, “Tiada satu
pun betul” atau “Saya tidak pasti”.

5. Jawapan
a. Tepat atau paling sesuai dan tidak boleh dipertikaikan; dan
b. Homogen dengan pilihan jawapan yang lain dan tidak menonjol sebagai
jawapan seperti sentiasa panjang atau diiringi dengan penjelasan.

PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN 9


6. Distraktor
a. Gunakan hanya distraktor yang berfungsi berdasarkan ciri:
• Munasabah;
• Tidak terpencil;
• Salah konsep yang biasa; dan
• Maklumat yang biasa (familiar) tetapi bukan jawapan;
b Elakkan distraktor yang tidak logik;
c. Gunakan pernyataan yang betul tetapi bukan sebagai jawapan (salah konsep); dan
d. Elakkan menggunakan pernyataan yang melucukan.

ii. Item Benar-Palsu


Item ini terdiri daripada beberapa pernyataan lengkap dan memerlukan calon
untuk menentukan benar atau palsu pernyataan yang diberi.
Panduan membina item benar-palsu
1. Pastikan pernyataan atau butiran sebenarnya benar atau palsu.
2. Elakkan pernyataan yang terlalu umum sehingga calon yang pandai pun merasai
kabur.
3. Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan kekaburan:
a. Gunakan ayat-ayat pendek apabila perlu. Ayat-ayat yang panjang dan
kompleks menyebabkan sukar untuk mengenalpasti unsur-unsur penting
dalam item itu; dan
b. Gunakan bahasa yang tepat semasa menulis pernyataan.
4. Gunakan hanya satu idea untuk satu item. Penggunaan lebih daripada satu idea
mungkin menyebabkan pernyataan tersebut separuh benar atau palsu.
5. Jika menyediakan butiran dalam bentuk pendapat adalah baik jika dinyatakan
sumbernya seperti “berdasarkan kepada teks.....”, “pada pendapat penulis........”,
kerana adalah tidak adil mengarahkan calon menentukan sesuatu pendapat itu
betul atau salah.

6. Gunakan pernyataan positif dan elakkan pernyataan negatif kerana ini akan
mengelirukan calon.

7. Hindarkan daripada menggunakan penentu spesifik atau petunjuk yang dapat


memberi jawapan secara langsung. Contohnya seperti selalu, tiap-tiap, sahaja,
kerap kali dan sebagainya.

8. Nilai perkara yang mustahak dan penting bukannya yang remeh.

9. Elakkan daripada menyalin idea secara terus dari buku.

10. Pernyataan benar atau palsu mestilah ditulis sama panjang untuk menghindarkan
panjang pernyataan menjadi petunjuk kepada calon yang arif-ujian (test- wise).

10 PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN


11. Bilangan pernyataan benar atau palsu mestilah ditulis sama bilangannya.

iii. Item Padanan


Komponen item padanan adalah:
• Senarai stimulus;
• Senarai respons; dan
• Arahan untuk memadankan kedua-dua senarai.
Panduan membina item padanan

1. Pastikan kandungan stimulus dan kandungan respons adalah sama jenis.

2. Tidak menggunakan bilangan stimulus yang sama dengan respons dan


beri arahan sama ada respons boleh digunakan sekali atau lebih atau tidak
digunakan langsung.

3. Tulislah ayat stimulus dan respons dengan ringkas tetapi jelas dan tepat.

4. Arahan tentang apa yang perlu dilakukan oleh calon perlulah jelas. Asas
perhubungan antara stimulus dan respons perlu diberitahu dengan jelas.

5. Pastikan semua komponen bagi stimulus dan respons ditulis dalam muka
surat yang sama.

5.8.1.2 Item Objektif Jenis Bekal

Item ini terdiri daripada ayat atau penyataan yang perlu dilengkapkan
dengan satu atau beberapa perkataan di tempat yang dikosongkan.
Item ini memerlukan calon mengemukakan respons sendiri.

5.8.2 Item subjektif

Item subjektif ialah item yang membenarkan subjektiviti dalam respons


yang diberikan.

Dua (2) jenis item subjektif:



i. Item Respons Terbuka
Item yang mengundang pelbagai kemungkinan respons daripada
calon.

ii. Item Respons Terhad


Item jenis respons terhad menghadkan respons calon melalui skop
yang disoal. Item jenis ini boleh dibina dengan dua bentuk, iaitu soalan
atau lengkapan dan boleh digunakan untuk menilai pengetahuan dan
kemahiran.

PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN 11


Panduan Membina Item Respons Terbuka dan Terhad

1. Arahan mesti jelas dengan menggunakan kata tugas. Kata tugas yang digunakan
adalah seperti Huraikan, Terangkan, Bincangkan, Bezakan, Bandingkan, Nilaikan,
Rancangkan, Tunjukkan dan sebagainya.
2. Untuk menjamin kebolehpercayaan, peraturan/ skema pemarkahan hendaklah
disediakan bersama dengan item yang dibina.
3. Tugasan yang perlu dilakukan oleh calon mestilah jelas.
4. Tetapkan masa dan markah bagi setiap item.
5. Untuk mengelakkan kekeliruan, istilah dan bahasa yang digunakan dalam item
hendaklah spesifik.
6. Periksa dan uji kualiti item dengan mencuba dahulu menulis jawapan atau tugasan
amali bagi mengenal pasti kerumitan yang mungkin dihadapi oleh calon.

5.9 Peraturan/ Skema Pemarkahan

Peraturan/ Skema Pemarkahan ialah dokumen yang mengandungi:


i. jawapan/ contoh jawapan bagi tugasan/ soalan;
ii. panduan untuk memberi markah bagi jawapan calon; dan
iii. pembahagian markah bagi setiap tugasan/ soalan.

5.10 Item Amali



Item amali merupakan item jenis respons terbuka atau respons terhad untuk menilai
keterampilan calon dalam melaksanakan kerja.

6.0 MENILAI ITEM

Item yang dibangunkan perlu dinilai bagi memastikan item tersebut memenuhi ciri-ciri
item dan merujuk kepada garispanduan pembinaan sesuatu jenis item.

6.1 Kaedah Menilai Item

Proses membuat penilaian atau pertimbangan terhadap kualiti item yang dibina
berdasarkan prinsip pembinaan item dan ciri-ciri item yang berkualiti.
Panel penilai perlu membuat penilaian dan memastikan item yang telah dibina adalah
berasaskan kepada ciri-ciri item berkualiti seperti berikut:
i. Keakuran – Keakuran terhadap Standard, spesifikasi dan peluang;
ii. Ketepatan dan Kejelasan – tepat keterampilan, tepat kandungan dan jelas;
iii. Kesesuaian – Sesuai mengikut aras kesukaran, kepentingan dan keadilan.
Proses ini berakhir dengan membuat keputusan tentang item sama ada diterima,
ditolak atau dalam perhatian (KIV).

12 PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN


POIN CIRI ITEM KEPUTUSAN
TERIMA KIV TOLAK
Keakuran Memenuhi Memenuhi Tidak
1 Standard* semua ciri semua ciri memenuhi
item. bertanda (*) mana-mana
2 Spesifikasi (JSU)*
tetapi tidak ciri yang
3 Peluang* memenuhi bertanda (*).
Ketepatan dan Kejelasan mana-mana
4 Keterampilan* ciri yang lain.
5 Kandungan*
6 Jelas
Kesesuaian
7 Aras Kesukaran
8 Kepentingan
9 Keadilan

6.2 Panel Penilai Item

Panel penilai item mestilah mempunyai kriteria berikut:


i. Dilantik sebagai panel penilai item oleh JPK;
ii. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman mengajar melebihi 10 tahun dalam
bidang berkaitan; dan
iii. Telah mengikuti Kursus Fasilitator Pembinaan Item.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

KETUA PENGARAH
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

1hb. FEBRUARI 2010

PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN 13


LAMPIRAN 1

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )



ELEKTRONIK INDUSTRI - PERALATAN

TAHAP 2

Matlamat :

Untuk melahirkan Juruteknik yang kompeten dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap
dalam bidang Elektronik Industri-Peralatan.

Objektif : [Duti]

1. Pekerja mesti boleh menghasilkan lukisan kejuruteraan.
2. Pekerja boleh mengenalpasti dan menukar komponen yang rosak.
3. Pekerja mesti boleh melakukan penyelenggaraan peralatan elektrikal/elektronik.
4. Pekerja mesti boleh menguji kefungsian sistem automasi.
5. Pekerja mesti boleh membuat pengujian ke atas radio dan tv.
PEPERIKSAAN AKHIR
PENILAIAN TEORI
KETERAMPILAN PENGETAHUAN
TAHAP JUMLAH
KESUKARAN ITEM

PENILAIAN
Keselamatan / Sikap

PRAKTIKAL
Prosedur

Sederhana
Rendah
Fakta

Teori

KANDUNGAN (DUTI/TASK)

Tinggi

1.0 PREPARE ENGINEERING DRAWING


1.1 Produce hydraulic / pneumac drawing 2 1 2 0 4 1 0 5
2.0 PREPARE ONLINE SYSTEM CHECKING
2.1 Check hydraulic performance 1 1 1 0 0 2 1 3
2.2 Check pneumac performance 0 1 1 0 0 2 0 2
3.0 LOCALISE FAULT IN ELECTRONIC SYSTEM
3.1 Replace faulty card / board 0 0 2 1 1 2 0 3
3.2 Replace faulty component 0 1 1 0 1 1 0 2
4.0 PERFORM ELECTRICAL / ELECTRONIC EQUIPMENT MAINTENANCE
4.1 Maintain electronic measuring instrument 2 1 1 0 2 1 1 4
4.2 Maintain cable /terminal of electronic electrical system 1 2 1 0 1 2 1 4
4.3 Maintain visual display unit (VDU) 2 0 1 0 2 0 1 3
4.4 Maintain hydraulic / pneumac system 2 1 1 0 2 1 1 4
4.5 Maintain DC motor Maintain AC motor 1 0 1 1 2 0 1 3
4.6 Maintain AC motor 2 1 0 0 2 1 0 3
5.0 PERFORM FUNCTIONAL TEST ON AUTOMATION SYSTEM
5.1 Check funcon of servo system 1 1 1 0 1 1 1 3
5.2 Check funcon of pneumac system 4 0 1 0 4 0 1 5
5.3 Check funcon of actuator 2 0 1 0 2 0 1 3
5.4 Check funcon of sensor 1 1 1 0 1 1 1 3
5.5 Check funcon of hydraulic system 2 1 1 0 2 1 1 4
6.0 PERFORM FUNCTIONALITY TEST ELECTRONIC PRODUCTS
6.1 Product tesng on Radio 2 1 0 0 2 1 0 3
6.2 Product tesng on TV set 1 1 1 0 1 1 1 3
JUMLAH 26 14 18 2 60
TAHAP KESUKARAN R 30
S 18
T 12
60

14 PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN


PETUNJUK :
PENGETAHUAN

Fakta - Item berkaitan “apa”(what)
Prosedur - Item berkaitan “bagaimana” (how)
Teori - Item berkaitan “mengenai” (about)
What/How/About : Konsep, fakta, prinsip, kriteria, terminologi, peraturan dan kaedah


SKALA KESUKARAN ITEM
R: RENDAH
S: SEDERHANA
T: TINGGI

Cadangan Penentuan Tahap kesukaran(R:S:T)

5:3:2, 3:4:3,4:4:2 berdasarkan pertimbangan profesional panel penggubal soalan.



Panduan Definisi Rendah/ Sederhana/ Tinggi:

Rendah: Item pengingatan (Dianggarkan lebih 60% calon dapat menjawab).



Sederhana: Item kefahaman ,aplikasi, perbandingan (Dianggarkan lebih 40% calon dapat
menjawab).

Tinggi: soalan kefahaman, aplikasi dan analisis (Dianggarkan 20% calon dapat
menjawab)


PENGETAHUAN
Berkaitan kebolehan mengingat, dan menyatakan semula perkara yang telah dipelajari.


KEFAHAMAN
Penerangan, menterjemah, meringkaskan dan mengkategori.


APLIKASI
Menggunakan pengetahuan dan kefahaman dalam menyelesaikan masalah.


ANALISIS
Penilitian terhadap kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem untuk menentukan
masalah dan keperluan.

PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN 15


LAMPIRAN 2

CONTOH-CONTOH BENTUK ITEM PENILAIAN OBJEKTIF ANEKA PILIHAN

1. Bentuk item penilaian lengkap

Siapakah Perdana Menteri Malaysia keempat?


A. Tun Hussein Onn
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Dr Mahathir Mohamad
D. Tun Dr Ismail Abd Rahman

2. Bentuk arahan

Namakan bungkah yang mempunyai enam permukaan segi empat sama.


A. kubus
B. kuboid
C. heksagon
D. tetragon

3. Bentuk melengkapkan pernyataan

Ciri utama laras bahasa iklan ialah


A. menggunakan dialek
B. mengandungi unsur pujukan
C. menggunakan ayat yang ringkas
D. menggunakan tatabahasa yang sempurna

4. Bentuk item penilaian negatif

Antara yang berikut, yang manakah bukan ahli bahasa melayu?


A. Prof Dr Amat Johari Moain
B. Prof Datuk Dr Nik Safiah Karim
C. Prof Datuk Dr Asmah Hj Omar
D. Prof Datuk Dr Mohd Zulkefli Tan Sri Mohd Ghazali

5. Pilihan aneka gabungan


- Memerlukan calon memilih jawapan yang betul berdasarkan gabungan
pernyataan yang betul dengan tugasan item penilaian.

Antara yang berikut, yang manakah terletak di bawah kawalan Kementerian Kewangan
I Jabatan Perangkaan
II Lembaga Hasil Dalam Negeri
III Pejabat Pendafaran Perniagaan
IV Jabatan Kastam & Eksais Diraja

16 PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN


A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

6. Opsyen bercanggah

Apakah faktor utama yang menyebabkan inflasi?


A. Nilai mata wang yang naik mendadak
B. Nilai mata wang turun mendadak
C. Politik tidak stabil
D. Politik stabil

7. Opsyen negatif

Antara yang berikut, yang manakah yang menyebabkan sakit jantung?


A. Merokok
B. Kurang tidur
C. Banyak rehat
D. Tidak bersenam

8. Pilihan jawapan yang terlalu ‘demanding’

Suhu badan orang yang sihat ialah


A. 98.0°F
B. 98.4°F
C. 99.0°F
D. 99.4°F

9. Menggunakan tanda noktah dalam opsyen yang berayat lengkap

Antara yang berikut, yang manakah ayat yang menggunakan kata akronim dengan
betul?
A. Beliau seorang wartawan di TV5.
B. Maria menonton wayang di pawagam.
C. Abang saya pula berkhidmat di dalam ATM.
D. Anak saya belajar di Taman Bimbingan Kanak-Kanak Seroja.

10. Item penilaian berakhir dengan tanda soal, opsyen bermula dengan huruf besar

Apakah peranan badan pencegah rasuah?


A. Menyiasat dan mendakwa orang yang rasuah.
B. Membanteras kegiatan penjualan barang palsu.
C. Memberikan maklumat kepada pasukan keselamatan.
D. Menyiasat orang yang bersubahat dengan penipuan.

PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN 17


11. Opsyen yang bukan ayat, tidak perlu diletakkan tanda noktah

Apakah peranan badan pencegah rasuah?


A. Menyiasat dan mendakwa orang yang rasuah
B. Membanteras kegiatan penjualan barang palsu
C. Memberikan maklumat kepada pasukan keselamatan
D. Menyiasat orang yang bersubahat dengan penipuan

12. Item penilaian opsyen gabungan : opsyennya 4, gabungannya 2

Antara berikut, yang manakah bahasa yang tergolong dalam golongan Sumatera?
I Bahasa Iban
II Bahasa Bisaya
III Bahasa Minang
IV Bahasa Melayu

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

13. ‘Bold’kan kata nafi dalam item penilaian (tidak, bukan, kecuali)

Antara yang berikut, yang manakah frasa yang tidak menepati Hukum D-M?
A. Sos cili
B. Pelita minyak tanah
C. Pejabat Besar Pos
D. Menteri Perdana Malaysia

14. Lemah: item penilaian tidak lengkap dan tidak jelas

Sistem limfa
A. Menghasilkan eritrosit
B. Membantu mekanisme pembekuan darah
C. Mengendalikan bendalir tisu ke dalam aliran darah
D. Mengangkut molekul makanan terlarut ke dalam semua sel tubuh

15. Lebih baik: item penilaian lengkap & jelas

Fungsi sistem limfa ialah


A. Menghasilkan eritrosit
B. membantu mekanisme pembekuan darah
C. mengendalikan bendalir tisu ke dalam aliran darah
D. mengangkut molekul makanan terlarut ke dalam semua sel tubuh

18 PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN


16. Stimulus tak berkaitan/ tak perlu

Malaysia telah mempunyai lima orang perdana menteri. Siapakah perdana menteri per tama
Malaysia?
A. Tun Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Tan Siew Sin
D. Ariel Sharon

17. Lemah: window dressing

Jumlah keuntungan bagi tiga gerai yang terletak di sebuah pasar malam ialah RM800.
Gerai pertama dan kedua mendapat keuntungan mengikut nisbah 2 : 3. Jika gerai
ketiga mendapat keuntungan RM350, maka keuntungan yang diperoleh gerai kedua
ialah
A. RM180
B. RM210
C. RM270
D. RM450

18. Lebih baik : item penilaian lebih padat & jelas

Jumlah keuntungan gerai J, K dan L ialah RM800. Nisbah keuntungan gerai J kepada
K ialah 2 : 3. Berapakah keuntungan gerai K jika keuntungan gerai L ialah RM350?
A. RM180
B. RM210
C. RM270
D. RM450

19. Lemah : opsyen jawapan bertindih

Jenis tenaga yang digunakan oleh sistem mesin bayaran letak kereta Majlis Perban-
daran Selayang ialah tenaga
A. solar
B. haba
C. suria
D. elektrik

20. Lemah : ada opsyen jawapan ‘tiada satu pun di atas’

Pilih haiwan yang diternak oleh orang ramai.


A. Singa
B. Gajah
C. Harimau
D. Tiada satu pun yang di atas

PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN 19


21. Lemah : negatif berganda

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang kata kerja transitif


A. Boleh membentuk kata kerja pasif
B. Memerlukan objek untuk menjadi predikat ayat
C. Tidak semestinya mempunyai akhiran -kan atau -i
D. Berawalan me-, meng-, menge- atau memper-

22. Lemah : setiap pilihan jawapan mempunyai cadangan jawapan yang sama

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Sani menolak guni berisi gula itu dengan bantuan Kim.
II Ayah menolak jemputan ke majlis makan malam kerana tidak sihat.
III Khairil menolak basikalnya apabila memasuki kawasan sekolah.
IV Salmah menolak semangatnya untuk mencapai kejayaan.

A. I dan II
B. I dan IV Nombor satu (roman) wujud
C. I, II dan III dalam semua jawapan
D. I, II dan IV

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III Kombinasi jawapan pelbagai
D. III dan IV

23. Lemah : salah satu pilihan jawapan yang terlalu panjang

Gred atau markah sepatutnya dikonsepsikan sebagai


A. Penilaian prestasi pelajar
B. Indeks pengetahuan pelajar
C. Pengukuran pencapaian pelajar
D. Satu anggaran prestasi pelajar berdasarkan peralatan dan teknik tertentu

24. Lebih baik : pilihan jawapan diseragamkan panjangnya

Definisi gred atau markah ialah


A. satu anggaran prestasi pelajar berdasarkan peralatan dan teklnik tertentu
B. suatu indeks pengetahuan pelajar tentang sesuatu kursus yang diikutinya
C. suatu pengukuran pencapaian pelajar yang mutlak tentang sesuatu kursus
D. penilaian guru terhadap prestasi pelajar tentang sesuatu kursus yang diajar

20 PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN


25. Item penilaian ambiguous

Antara yang berikut, yang manakah haiwan yang makan rumput?


A. Kucing
B. Arnab
C. Ayam
D. Ikan

26. Lemah : jawapan lebih daripada satu


Antara yang berikut, yang manakah punca penyakit jantung?
A. Kolestrol tinggi
B. Merokok berlebihan
C. Tekanan darah yang tinggi
D. Makan terlalu banyak protein

27. Lemah : perhubungan ketara antara item penilaian (clue) dengan pilihan jawapan
dari segi perkataan yang digunakan
Antara berikut, agensi kerajaan yang manakah bertanggungjawab terhadap masalah
penebangan hutan yang berleluasa?

A. Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
B. Kementerian Sumber Manusia
C. Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
D. Kementerian Perlancongan

28. Lemah : menggunakan pilihan jawapan yang tidak homogen dan tatabahasa
yang tidak tekal dengan item penilaian

Penilaian berbeza dengan pengukuran kerana ujian penilaian adalah untuk


A. pencapaian objektif sesebuah sekolah ditentukan
B. menentukan takat pencapaian nilai moral dan etika pelajar
C. prestasi individu dibandingkan dengan piawaian kebangsaan
D. menginterpretasi penguasaan yang diukur berdasarkan kriteria tertentu

29. Lebih baik : menggunakan pilihan jawapan yang homogen dan tatabahasa
yang tekal dengan item penilaian

Tujuan penilaian adalah untuk


A. menentukan takat pencapaian nilai moral dan etika pelajar
B. menentukan tahap pencapaian objektif sesebuah sekolah
C. membandingkan prestasi individu dengan prestasi piawai kebangsaan
D. mengintepretasi penguasaan yang diukur berdasarkan kriteria tertentu

PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN 21


30. Lemah : pilihan jawapan tidak sama jenis/ tidak homogenus

8x – 3(-2 + x) =
A. 5x + 6
B. 7x + 5
C. 9x – 5
D. 6

31. Lebih baik : pilihan jawapan sama jenis/ homogenus

8x – 3(-2 + x) =
A. 9x - 5
B. 7x + 5
C. 5x + 6
D. 11x - 6

32. Atau boleh juga : pilihan jawapan berpasang

8x – 3(-2 + x) =
A. 5x + 6
B. 7x + 5
C. 9
D. 6

33. Pernyataan tanpa item penilaian

Hari perayaan berdasarkan keagamaan di Malaysia.


A. Hari Awal Muharam
B. Hari Angkatan Tentera Malaysia
C. Hari Kemerdekaan Malaysia
D. Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong

22 PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN


PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN 23
24 PANDUAN PEMBINAAN ITEM LATIHAN KEMAHIRAN

Anda mungkin juga menyukai