Anda di halaman 1dari 5

KOD DAN NAMA KURSUS:

CTU 555 – SEJARAH MALAYSIA

NAMA:
MUHAMMAD NASIF BIN JOHARI

KAD MATRIK:
2018292304

SESI PENGAJIAN:
SEMESTER 4

PENSYARAH:
ASMAA’ MOHD ARSHAD

TAJUK ULASAN BUKU:


UMAT ISLAM MENANGANI CABARAN DAN TENTANGAN ZAMAN

PENULIS:
DR. YUSUF AL QARDHAWI
Penulis: Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Penerbit: Al-Hidayah Publishers

Cetakan Pertama: 1999

Jumlah Halaman: 248

Tajuk: Umat Islam Menangani Cabaran dan Tentangan Zaman.

1.0 Pendahuluan

Buku ini adalah hasil karya tokoh intelektual terkemuka Islam dan ulama besar, Dr Yusuf Al-
Qardhawi. Beliau merupakan salah seorang sarjana Islam yang amat berpengaruh dan terulung
dalam zaman ini. Buku ini mengandungi 32 bab yang merungkaikan permasalahan dan cabaran
umat Islam misalnya konsep kenegaraan, undang-undang parti, format sistem pemerintahan Islam,
masalah pembaharuan; Sekularisme, Westernization, Missionarisme, Marxisme, Komunisme,
Kolonialisme, kebangkitan Islam dan pelbagai permasalah yang membelenggu umat Islam.

2.0 Ulasan Kandungan Keseluruhan Buku

Menurut penulis, antara cabaran yang datang dari kalangan umat Islam sendiri ialah kaum
Muslimin jauh dari Islam yang sebenar kerana kejahilan dan kurang penghayatan umat Islam
terhadap Islam, terutamanya akidah Islam. Pelbagai bentuk krisis kepercayaan dan kemelut akidah
yang berlaku dalam masyarakat Islam kerana mengekori jejak negatif yang ditinggalkan oleh
Barat. Menurut penulis, jika umat Islam benar-benar ingin maju, kita seharusnya memahami Islam
dengan pemahaman yang benar dan mengimaninya secara benar.

Menurut penulis, pengertian pembaharuan dalam Islam iaitu harus berusaha


mengembalikan Islam seperti permulaan Islam, suatu waktu yang ketika itu Islam dan kaum
muslimin menjadi muslim sejati. Penulis menekan bahawa kita harus mengembalikan kemurnian
Islam menuju akidah, kemurnian tauhid menuju ibadah, kemurnian menuju akhlak dan moral
Islam, perundangan menuju syariat Islam dan semangat keislaman.

Penulis menyatakan bahawa “Ghozwul Fikri” (perang pemikiran) Barat moden merupakan
akar utama yang digunakan oleh musuh Islam untuk merosakkan umat Islam. Ia telah
mempengaruhi kebanyakan intelektual Islam, mengubah pandangan mereka terhadap Islam,
kehidupan, dan sejarah.

Penulis juga mengingatkan terdapat juga kaum muslimin di negara-negara Islam yang
menampakkan dirinya sebagai Muslim dan juga Marxis dalam waktu yang sama. Penulis
menjelaskan bahawa Marxisme ditegakkan berdasarkan pada material iaitu penafsiran bersifat
materialistic, tidak percaya kepada konsep ketuhanan, kenabian dan tidak percaya kepada
pengahiran dunia. Penulis menyatakan bahawa konsep Marxisme tidak sesuai dengan Islam.

Antara permasalahan yang dibangkat oleh penulis ialah bagaimana umat Islam harus
waspada terhadap Missionarisme iaitu golongan-golongan pendakwah gereja Kristian. Mereka
aktif dengan kegiatan menyerbarkan Kristian kepada negara-negara Afrika yang dapat dilihat
kegiatan mereka dan kunjungan yang ketiga kalinya dalam tiga tahun terakhir. Penulis mencela
pemimpin negara Islam yang tidak bertindak balas terhadap pergerakan missionaris yang memberi
ancaman kepada penududuk Islam di Afrika. Mereka mempunyai lembaga yang membiayai
pergerakan tersebut dan mempunyai dana berjuta- juta dollar. Kelompok missionaris banyak
memanfaatkan peluang dari kelaparan, kemiskinan, wabak penyakit yang menimpa sesuatu tempat
untuk memperluaskan agama mereka.

Umat Islam juga berhadapan dengan Westernization yang mengancam pemikiran kaum
muslimin. Westernization ialah terikut-ikut dalam dunia pemikiran, social dan perundangan Barat
yang bertentangan dengan Islam. Kita dapat melihat kesan daripada Westernization terhadap
negara-negara Islam seperti di negara Arab dan juga negara kita Malaysia. Masyarakat kita sudah
jauh dari Islam dalam pelbagai aspek. Muncul gerakan baru hasil pemikiran Barat dalam kalangan
umat Islam seperti Sekularisme, Liberalisme dan Hedonisme yang berpaksi kepada hiburan
semata-mata. Antara lain iku-ikutan dalam bidang perundangan yang diambil dari hukum-hukum
Barat. Undang-undang Islam dipisahkan dari perundangan negara dan hanya mengguna pakai
undang-undang Barat di peringkat Persekutuan.

Dalam perjalanan sejarah moden dunia, fahaman sekularisme tajaan Barat moden sudah
berjaya mensekularisasikan seluruh pelosok dunia, termasuk dunia Islam. Penulis berpendapat
bahawa proses sekularisasi itu sebenarnya tidak lain merupakan proses pembebasan manusia
daripada kongkongan agama dan kawalan metafizik. Perlu ditegaskan bahawa peradaban Barat
moden yang melanda umat Islam itu membawa semangat, fahaman, idea dan world view yang
amat tidak serasi dengan world view dan matlamat peradaban Islam. Ini kerana dalam konteks
peradaban Barat moden, ia merupakan sebuah peradaban yang mengenepikan Tuhan dan
memberikan penghormatan yang tinggi kepada kebendaan.

Di penghujung buku, penulis menyatakan keprihatinan terhadap masalah yang menimpa


umat Islam pada masa kini yang membimbangkan penulis. Penulis menekan keperihatinan
terhadap kezaliman sosial, tirani dalam politik, kembimbangan terhadapa perpercahan umat Islam
dan keruntuhan moral. Penulis juga menyatakan bahaya umat Islam harus menghentikan perang
sesama sendiri antaranya perang antara agama dan ilmu pengetahuan, pertentangan antara Bangsa
Arab dengan Islam.

3.0 Tahap Keintelektual Buku

Buku ini wajar dibaca oleh semua golongan masyarakat terutama golongan remaja, orang dewasa
dan golongan orang tua terutamanya yang beragama Islam. Daripada tajuk yang dibincangkan,
pembaca dapat memahami kandungan dan isi yang ingin disampaikan kerana bahasa penyampaian
yang digunakan adalah mudah untuk difahami.

4.0 Penilaian Saksama Tentang Kekuatan dan Kelemahan

Setelah membaca dan meneliti kepada keseluruhan buku ini, terdapat beberapa kekuatan dan
kelemahan yang terdapat pada buku ini.

Penulis telah berjaya menampilkan tahap intelektual yang tinggi dalam penulisannya. Penulis juga
telah menyampaikan isi kandungan tulisannya dengan terperinci yang sarat dengan fakta dan
hujah-hujah yang menerangkan setiap permasalahan dan cabaran secara ilmiah. Penulis berjaya
menerangkan bagaimana umat Islam harus bertindak dalam menangani cabaran dan tentangan
pada zaman ini.

Terdapat hanya beberapa kelemahan pada buku ini namun ia hanya dari pandangan saya sahaja.
Buku ini kurang dari segi visual kerana muka hadapan buku ini tidak menarik perhatian saya.
Terdapat juga pembinaan ayat yang kurang tepat dan penggunaan tatabahasa yang tidak betul.

5.0 Kesan Kepada Pengulas


Melalui buku ini, penulis telah berjaya menginsafkan para pembaca terutama sekali adalah saya
sendiri kerana dengan membaca buku ini saya telah mendapati bahawa saya masih lagi kekurangan
dalam ilmu keagamaan. Buku ini juga telah menyedarkan saya tentang permasalahan umat Islam
yang menyebabkan umat Islam pada zaman ini mundur dan dijajah oleh Barat dari segenap aspek.
Buku ini juga telah membuat saya lebih berhati-hati dari segi pemikiran supaya tidak terpengaruh
oleh budaya Barat.

6.0 Kesimpulan dan Cadangan

Secara keseluruhannya, buku ini telah menarik perhatian pembaca. Ada beberapa perkara yang
boleh dipertingkatkan supaya ia menjadi sebuah buku yang lebih menarik. Apabila kita
menghasilkan buku ilmiah yang berbentuk agama, rata-rata pembaca kurang berminat untuk
membaca. Jadi sebagai seorang penulis, kita harus bijak menyusun isi-isi, hujah-hujah yang
bernas, contoh-contoh yang sesuai, kejelasan dan susunan yang betul supaya menjadikan ia lebih
menarik dan dapat meninggalkan kesan yang mendalamterhadap diri pembaca

7.0 Bibliografi

Buku

Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Umat Islam Menangani Cabaran dan Tentangan Zaman. KL: Al-Hidayah
Publishers, 1999.

Anda mungkin juga menyukai