Anda di halaman 1dari 2

SHAYKH MUHAMMAD ABDUH DAN FREEMASONRY-MODERNISME

1) Anak murid Shaykh yaitu Rashid Redha sendiri mengakui didalam Al-Manaar bahawa Afghani
dan Abduh masuk Freemasonry dengan tujuan yang sama seperti tujuan Revolusi Perancis,
yaitu menjatuhkan Monarki dan Institusi Agama (“The Church”). Politik tidak dapat dipisahkan
secara penuh daripada falsafah dan aqidah yang mendasarinya
Walaupun beliau meninggalkan Freemasonry selepas itu namun hakikat yang tidak dapat
dinafikan adalah beliau pernah menyertai dan berkerjasama dengan mereka, dan banyak fikrah
beliau sangat bermasalah dan mengandungi didalamnya banyak ciri-ciri jelas Freemasonry dan
Modernisme. Walaupun mungkin beliau sudah taubat namun fikrah-fikrah itu tidak ditarik balik.
Rujuk : https://al-maktaba.org/book/6947/1640
(Bagi yang ingin faham Freemasonry itu apa boleh saksikan :
https://www.facebook.com/sidangkalam/videos/367594110598000/
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2316769765305484&id=2159049464410849
https://www.facebook.com/sidangkalam/videos/487933918631191/)
2) Hakikat yang sama disabitkan oleh Mufti terakhir Khilaafah Uthmaniyah yaitu Imam Mustafa
Sabri :
‫من كثيرا فقرب الدين على جموده عن األزهر زعزع أنه فخالصته عبده محمد الشيخ إلى المنسوبة اإلصالحية النهضة أما‬
‫خطوات الالدينيين إلى األزهريين‬، ‫خطوة الدين إلى الالدينيين يقرب لم و‬. ‫شيخه بواسطة األزهر في الماسونية أدخل الذي هو و‬
‫األفغاني الدين جمال‬
(‫ المرسلين عباده و العالمين رب من العالم و العلم و العقل موقف‬pg 133-134)
Terjemahan :
“Berkenaan dengan gerakan “Islah” (Reformasi) yang dinisbahkan pada Shaykh Muhammad
Abduh pula, maka rumusannya adalah; sesungguhnya dia telah menggoncang Al-Azhar dari
kejumudan keagamaannya, dia telah mendekatkan ramai golongan Azhari kepada golongan
tidak beragama/penentang agama berlangkah-langkah, namun dia tidak mendekatkan
golongan tidak beragama/penentang agama kepada agama sedikit pun walaupun selangkah.
Dialah yang telah memasukkan Freemasonry ke dalam Al-Azhar melalui Shaykh nya Jamaluddin
Al-Afghani.”
-‘Mawqif Al-Aql oleh Shaykh Mustafa Sabri, jil 1, ms 133-134
Di dalam kitab Mawqif Al-Aql ini pembaca akan melihat sendiri betapa bahayanya fikrah-fikrah
yang dibawa Abduh.
3) Lebih dasyat dari diatas Shaykh Said Ramadan Al-Buti menukil surat Abduh kepada Afghani
(dari kitab yang ditulis oleh anak saudara Afghani sendiri) dimana Abduh jelas memuja Afghani
dengan bahasa kufur (yang jelas-jelas membawa bau Wahdatul Wujud Batiniah Freemasonry),
lalu Shaykh Buti bertanya "Adakah orang yang berkata begini boleh dipanggil Muslim"?
(Bayangkan jika Shaykh Buti membaca Fusus Al-Hikam, apa yang akan beliau katakan tentang
Ibn Arabi?)
Shaykh Rashid Redha juga memasukkan surat tersebut didalam bukunya keluaran yang
pertama, 'Tarikh Al-Ustaz Al-Imam'.
Shaykh Buti juga menceritakan bagaimana Abduh melalui dua fasa, fasa bersih sebagai alim
Azhari dan fasa dimana dia terpengaruh dengan Afghani dan mula mengeluarkan fatwa-fatwa
yang melanggar Ijmak seperti isu riba, poligami dan sebagainya.
Shaykh Mahmud Syaltut (Shaykh Azhar) kemudian mengikut jalan Abduh dan turut
mengeluarkan fatwa-fatwa sesat tersebut namun Shaykh Syaltut mengumumkan taubatnya
daripada fatwa-fatwa tersebut hampir sebelum kematiannya.
https://youtu.be/7dpZnvCgzvI
4) Prof Al-Attas menguatkan lagi hakikat ini :
“Dengan ajaran al-Afghani dan Abduh mulai menyeludup masuk pengaruh-pengaruh dari
jurusan luar yang merupakan sebab-sebab tambahan yang membawa akibat keruntuhan adab
di kalangan kita. Meskipun benar tujuannya demi mempertahankan Islām dari serangan-
serangan Barat, dan maksudnya untuk menyerang-balas kebudayaan dan tamadun Barat
dengan senjata-senjata ilmiahnya sendiri, namun demikian senjata-senjata ilmiah olahan Barat
yang digunakannya itu demikian halusnya cara-gaya mengelirukan yang mensifatkannya
sehingga tiada terdaya pelopor-pelopor aliran baharu itu menguasai serta mengawalnya -
kerana kelengkapan ilmiah yang ada pada dirinya memang tiada menyamai taraf mutu yang
dimiliki oleh para agung mujtahidin zaman lampau.
Maka akibatnya bukannya kebudayaan dan tamadun Barat yang terkena serang-balas dengan
senjata-senjata ilmiahnya sendiri, akan tetapi yang menyalahgunakannyalah yang terkena
derita 'senjata makan tuan'. Faham-faham asing yang telah dipupuk ke dalam pemikirannya
kemudian menjadi semakin menerap pada pemikiran para pengiktunya dan antara lainnya dan
yang terutama termasuk:
(1) faham keutamaan dan kelebihan akal hayawani, yaʿ ni reason yang berpuncakan ratio, dalam
meneroka kebenaran dan hakikat, dan keutamaan diri hayawani. Ini menimbulkan pula faham:
(2) kebebasan manusia yaʿ ni diri perseorangan, yang juga cenderung ke arah mengisbatkan diri
hayawani, yaʿ ni freedom dan liberty, untuk menentukan nasibnya sendiri; untuk
mengemukakan pendapat serta pandangan sendiri. Ini bernisbah rapat dengan faham:
(3) hak-hak asasi manusia, yaʿ ni human rights, justeru kerana melindung serta mengukuhkan (1)
dan (2) di aas. Kemudian faham:
(4) kesamaan taraf manusia, yaʿ ni equality dan egalitarianism dalam rangka masharakat dan
negara di sisi undang-undang yang direka oleh manusia. Faham-faham seperti ini semua
memanglah membayangkan penerimaan faham:
(5) evolusi manusia dan sejarah dan duniannya, yaʿ ni evolution - gerak-daya tabii yang
mendorong ke arah perubahan kepada keadaan yang lebih baik, ke arah kesempurnaan yang
juga senantiasa berubah demi menjelmakan lagi kesempurnaan lain pula terus-menerus.
Kemudian dengan pengaruh kemenangan serta kejayaan faham sosialisme di negara-negara
Barat, ditambah lagi pula dengan faham:
(6) sosialisme Barat mahupun juga demokrasinya sebagaimana difahamkan dan dikelirukan
dengan faham-faham kemasharakatan dan politik Islām oleh setengah daripada golongan
cerdik-pandai yang beraliran modenis dan juga yang lainnya.
Pemikiran pelopor-pelopor yang menimbulkan aliran yang digelar 'baharu' itu, dan yang
bertujuan untuk memulihkan ajaran Islām kepada kemurnian yang asal, sesungguhnya sudah
jauh terkebelakang jikalau diperbandingkan dengan pemikiran pengikutnya golongan yang
menda'wa diri sebagai 'modenis'."
- Tan Sri Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin, Perenggan 60.
6 faham-faham asing tersebut hakikatnya adalah faham-faham asasi gerakan Freemasonry,
itulah asas perjuangan Revolusi Perancis yang jelas-jelas digerakkan oleh golongan Freemason.
Gambar lampiran :
‘Declaration of The Rights of Man & of The Citizens’ yang ditulis oleh penggerak-penggerak
Revolusi Perancis yang kebanyakannnya bermazhabkan Freemasonry, lihat lambang di
bahagian atas sekali. Deklarasi ini adalah datuk kepada UDHR dan boleh dikatakan sebagai
lambang besar era modern.

Anda mungkin juga menyukai