Anda di halaman 1dari 3

NURSERY / PLAYSCHOOL / TASKA

OBSERVATION REPORT

OBSERVATION NO. : 1 (7hb Januari 2019)

PLAYSCHOOL NAME: Tadika Suka Riang

OBSERVATION TIME FROM 9.30am TO 10.30am

A. PLAYSCHOOL ENVIRONMENT: Sudut Bacaan dan Permainan

OBSERVATION REPORT: 1

NAME OF THE CHILD: ASHLEY LIM SHUE QIN

BIRTH DATE: 7hb Jun 2016

AGE: 3

HOW LONG AT THE SCHOOL: Tahun Pertama

NUMBER OF SIBLINGS: 2

B. PHYSICAL AND MOTOR DEVELOPMENT OF THE CHILD

Ashley merupakan seorang murid yang aktif dan suka berinteraksi dengan rakan-rakan. Ashley

amat suka dengan aktiviti hands-on di mana murid-murid diberi peluang untuk membuat

explorasi sendiri berdasarkan bahan bantu belajar yang diberikan. Secara keseluruhannya,

Ashley telah menguasai kemahiran koordinasi psikomotor dengan amat baik.

C. SOCIAL AND EMOTIONAL DEVELOPMENT OF THE CHILD

Ashley merupakan seorang murid yang amat berdikari. Saya mendapati bahawa Ashley dapat

mengawal emosinya dengan baik terutamanya semasa berpisah dengan ibunya pada waktu

persekolahan. Walaupun Ashley berasa sedia, namun dia tidak menangis atau menunjukkan

sikap yang negative. Ashley suka bermain dan berinteraksi bersama rakan-rakannya.

Contohnya pada hari ini, Ashley telah berkongsi bukunya dengan beberapa orang kawan.
D. INTELLECTUAL DEVELOPMENT OF THE CHILD

Ashley merupakan seorang kanak-kanak yang pandai terutamanya dalam bidang bahasa.

Ashley suka membaca buku terutamanya buku Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Ashley juga

dapat menggunakan bahasa ibundanya untuk berkomunikasi dengan rakan-rakannya. Selain

daripada bahasa ibunda, Ashley juga dapat memahami Bahasa Kebangsaan dan Bahasa

Inggeris yang asas.

E. YOUR IMPRESSION OF THE CHILD

Secara keseluruhannya, Ashley menunjukkan sikap yang amat baik. Ashley suka berinteraksi

dengan rakan-rakan dan mudah berkomunikasi dengan guru.

F. REFLECTION NOTES

Hari ini merupakan hari pertama saya melaksanakan aktiviti pemerhatian terhadap Ashley

Lim Shue Qin. Pada pukul 9.30 pagi, Puan Lim telah membawa murid-murid kelas 3 Apple

masuk ke bilik bacaan dan membenarkan murid-murid untuk membaca buku pilihan mereka

di sudut bacaan dan permainan. Saya memerhati bahawa Ashley telah menunjukkan emosi

yang amat gembira dan tidak bersabar untuk masuk ke bilik tersebut.

Setelah masuk ke bilik tersebut, Ashley berjalan dengan cepat untuk mencari bahan bacaan

plihannya. Namun begitu, buku yang ingin dibaca olehnya telah diambil oleh seorang murid

lelaki. Saya mendapati bahawa Ashley telah bercuba untuk mencari buku lain tetapi dia tidak

dapat mencari bahan bacaan yang dapat dijadikan sebagai gantian. Ashley berjalan ke arah saya

dan cuba menceritakan situasinya. Saya telah memberikan nasihat kepada Ashley untuk

bertanya kebenaran rakannya untuk berkongsi buku tersebut.

Ashley bertanya dengan rakannya dan telah mendapat kebenaran untuk duduk disebelahnya.

Saya mendapati bahawa Ashley tidak mengganggu rakannya tetapi hanya membaca buku
tersebut disebelahnya dengan senyap. Beberapa minit kemudian, rakannya ingin bertukar

bahan bacaan lain dan telah memberi buku tersebut kepada Ashley. Ashley membaca buku

tersebut dari muka surat yang pertama dan membaca dengan amat focus.

Anda mungkin juga menyukai