Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK

Tajuk: Usaha Meningkatatkan Orang Asli Ke Arah


Kehidupan Yang Lengkap dan Seimbang

1.0 Pengenalan
Menurut perspektif agama islam, sistem kehidupan yang lengkap dan seimbang
merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Dari aspek sosial, kehidupan manusia
perlulah mempunyai adab dalam bermasyarakat. Manakala, dari aspek ekonomi pula,
kehidupan manusia perlulah sentiasa mempelajari cara untuk meningkatkan taraf
kehidupannya seperti mempelajari cara berniaga mengikut landasan syariat Islam yang
mana dapat memelihara dan menjaga fitrah manusia, memelihara norma akhlak dan
memenuhi kepentingan masyarakat. Selain itu, kehidupan manusia yang lengkap di dalam
sesebuah tamadun apabila ada sistem politik yang baik sebagai contoh sistem politik islam
yang berasaskan kepasa tiga prinsip iaitu Tauhid, Risalah dan Khalifah yang dipraktikkan
dalam kehidupan. Tambahan lagi, salah satu perkara yang amat dititikberatkan Islam dalam
kehidupan seharian ialah akhlak. Keindahan akhlak seorang muslim akan menjadikan
seseorang insan yang beradab. Dalam konteks ini, Rasulullah SAW sendiri menegaskan
bahawa baginda telah mendapat pendidikan akhlak daripada Allah SWT sebagaimana
sabda Nabi SAW:
“Tuhanku telah mendidikku dan Dia memperelokkan adabku”
Sesungguhnya adab-adab yang diajar dan ditunjukkan oleh SAW berteraskan akhlak
Islam (Aswmawati Suhid, 2008). Oleh itu, kehidupan yang lengkap dan seimbang menurut
perspektif Islam bukan sahaja boleh di amalkan dan di dahkan kepada oleh orang muslim
sahaja. Namun, orang bukan islam juga boleh mempraktikkan perkara ini supaya dapat
mencapai kehidupan yang lengkap dan seimbang dan mencapai kesejahteraan hidup dalam
masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang kaum, agama dan budaya.
SK (A) Bukit Cheding merupakah salah satu sekolah yang Asli yang terdapat di
Semenanjung Malaysia. Melalui hasil temu bual dengan Guru Besar SK (A) Bukit Cheding,
latar belakang murid-murid Orang Asli yang berdaftar terdiri daripada suku Temuan.
Ringkasan latar belakang budaya murid Orang Asli SK Bukit Cheding yang direkodkan
semasa temu bual adalah seperti Jadual 1 (rujuk lampiran 3).

2.0 Usaha- Usaha Untuk Meningkatkan Orang Asli Ke Arah Kehidupan Yang
Lengkap Dan Seimbang

Antara usaha pihak sekolah untuk meningkatkan Orang Asli ke arah kehidupan yang
lengkap dan seimbang adalah mengubah persepsi ibu bapa terhadap kepentingan
pendidikan kepada anak-anak supaya mereka mendapat hak kemanusiaan (peluang
pendidikan) tanpa ada diskriminasi antara anak lelaki dan perempuan. Berdasarkan hasil

1
temu bual bersama Guru Besar SK (A) Bukit Cheding, ibu bapa murid yang berasal daripada
suku kaum temuan masih mengamalkan Hukum Sayyid iaitu ibu bapa memuakan anak dan
menganggap anak tidak boleh ditegur. Sekiranya ibu bapa tidak mengikuti kehendak anak,
mereka beranggapan bahawa mereka akan menerima tulah (rujuk lampiran 2 jadual 1).
Tambahan lagi, 80% daripada ibu bapa kepada murid Orang Asli buta huruf. Hal ini
menyebabkan ibu bapa kurang mengambil berat jika anak tidak ke sekolah kerana
beranggapan bahawa pendidikan tidak begitu penting, cukup hanya jika mereka boleh
teruskan hidup dengan pekerjaan mereka. Namun begitu, ibu bapa tidak membezakan
antara anak lelaki dan anak perempuan mereka dalam mendapat peluang pendidikan. Oleh
itu, pihak sekolah yang mempunyai jalinan yang sangat baik dengan ibu bapa telah
melaksanakan pelbagai program kehadiran dan dialog prestasi (rujuk lampiran 2 Jadual 2)
bagi memastikan murid sentiasa seronok untuk hadir ke sekolah dan ibu bapa memantau
kerja yang diberikan oleh guru apabila dirumah. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengubah
persepsi ibu bapa untuk mengambil berat tentang pendidikan anak-anak mereka untuk
meningkatkan kualiti hidup ke arah kehidupan yang lengkap dan seimbang tanpa ada
diskriminasi antara anak lelaki dan perempuan. Hal ini kerana ciri-ciri tamadun yang lengkap
dikemukakan oleh sarjana Barat adalah wujudnya penempatan dan peningkatan kualiti
hidup masyarakat di dalamnya (Abdul Rahman Abdullah, 2007). Selain itu, Hal ini juga
bertepatan dengan firman Allah s.w.t dari Surah Al- Ankabut, 29: 43 yang menunjukkan
betapa pentingnya ilmu untuk menjalankan kehidupan di dunia.

Maksudnya: “Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tiada
yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu”

Selain itu, usaha pihak sekolah mewujudkan suatu rangkaian atau jalinan dengan
agensi luar untuk berkolaborasi dan mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi luar
(rujuk jadual 3 lampiran 2) dalam melengkapkan fasiliti dan menampung aktiviti sekolah
yang membolehkan pelajar terdedah kepada penggunaan teknologi dan menjadikan
pembelajaran murid lebih bermakna untuk membantu keberhasilan murid. Hal ini
memberikan peluang kepada murid untuk merasai penggunaan teknologi seperti Smart TV
di dalam pembelajaran mereka selaras dengan peredaran zaman di mana perkara ini pasti
tidak akan didedahkan kepada mereka di rumah kerana rata-rata masyarakatnya kurang
berkemampuan. Oleh itu, usaha ini akan meningkatkan kehidupan orang asli ke arah
kehidupan yang lengkap dan seimbang kerana membolehkan murid mendapat hak
kesamarataan dalam peluang pembelajaran dengan masyarakat di bandar.

2
Selanjutnya,terdapat dua jenis kepercayaan yang dipegang oleh masyarakat orang
asli di SK (A) Bukit Cheding iaitu segelintir daripada murid beragama islam (purata kira-kira
satu kelas 2 orang) dan hampir semua murid memegang kepercayaan animisme namun
mereka tetap menerapkan dan mengamalkan nilai murni yang baik dalam kehidupan
sehariannya. Pihak sekolah tidak sama sekali menyentuh berkenaan dengan kepercayaan
Orang Asli dikhuatiri akan menyebabkan masalah dalam masyarakat disitu. Selain itu, islam
tidak terlalu berkembang di dalam masyarakat orang Asli kerana apabila seseorang itu
memeluk agama Islam, masyarakat Orang Asli akan mula memulaukan keluarga tersebut.
Jadi, usaha yang dilakukan untuk menyediakan murid dengan penerapan nilai tanpa
mempengaruhi kepercayaan mereka adalah dengan mewujudkan kelas pendidikan Islam
bagi murid yang beragama islam dan pendidikan moral bagi murid bukan islam. Melalui
kelas ini, murid akan diajar tentang nilai-nilai murni, kepelbagaian budaya dan masyarakat di
Malaysia dan cara-cara untuk menghormati agama orang lain dalam kehidupan. Oleh itu,
murid orang Asli akan menyediakan diri untuk hidup bermasyarakat. Hal ini akan membantu
masyarakat Orang Asli untuk belajar bertoleransi dan saling memahami di dalam kehidupan
bermasyarakat sekaligus menyeimbangkan pengetahuan mereka dengan ilmu kerohanian
tanpa ada paksaan untuk mempercayai agama lain lebih-lebih lagi agama Islam. Hal ini
bertepatan dengan firman Allah s.w.t dari Surah Al-Baqarah, 1: 256 yang bermaksud

Maksudnya: “Tidak ada paksaan untuk memasuki agama Islam Sesungguhnya telah jelas
jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada
Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali
yang amat Kuat (Islam) yang tidak akan putus. dan Allah Maha mendengar lagi Maha
Mengetahui.”

Selanjutnya, usaha untuk meningkatkan orang asli ke arah kehidupan yang lengkap dan
seimbang adalah berfokus kepada saling mengenali (ta’aruf), saling memahami (tafahum)
dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat orang Asli menggunakan
medium aktiviti sukan sekolah. Menurut hasil dapatan temu bual dengan guru SK (A) Bukit
Cheding, hari sukan sekolah akan diadakan pada setiap tahun melibatkan ibu bapa murid
orang Asli dan masyarakat sekeliling. Penglibatan ibu bapa yang sangat baik membantu
pihak sekolah dalam hari sukan sehinggakan pihak sekolah telah mewujudkan acara untuk
ibu bapa murid Orang Asli. Ibu bapa dan masyarakat akan bersama-sama membantu

3
membuat persiapan hari sukan seperti menghias khemah pelajar, membuat trek larian dan
sebagainya. Melalui aktiviti ini, masyarakat orang Asli dapat mengenali dan memahami
antara satu sama lain, memupuk semangat perpaduan di dalam kelompok masyarakat dan
menyeimbangkan keperluan fizikal dalam kehidupan. Hal ini bertepatan dengan ungkapan
Syed Abdullah (2016) tentang kehidupan bermasyarakat seperti berikut:

“Mereka mesti memelihara kehormatan dan nama baik orang lain serta tidak boleh
menghina dan mencaci. Anggota masyarakat harus memelihara harta sendiri atau harta
orang lain.”

Seterusnya, usaha yang ditunjukkan untuk meningkatkan Orang Asli ke arah kehidupan
yang lengkap dan seimbang adalah berfokus untuk meningkatkan keyakinan diri dan
peluang atau hak untuk bersuara. Menurut hasil dapatan temu bual dengan guru dan murid
SK (A) Bukit Cheding, antara ciri murid Orang Asli ialah rendah diri, pemalu (tidak yakin
dengan pendidikan), suka bermain dan perlukan ulangan konsep yang diajar (mudah lupa).
Jadi, inisiatif yang guru gunakan adalah menggunakan aktiviti kumpulan di mana pada
setiap kumpulan terdapat murid yang pandai sebagai ketua. Hal ini membolehkan kawan
mereka sendiri untuk membimbing ahli kumpulannya untuk belajar dengan bantuan guru.
Sifat murid yang pemalu menyebabkan guru lebih banyak menggunakan aktiviti hands-on
dan menggunakan budaya hidup mereka untuk diterapkan di dalam proses pengajaran
seperti bermain dan menyanyi. Penulis mendapati bahawa murid Orang Asli sangat suka
berhibur dan bermain. Jadi, melalui penerapan norma-norma kehidupan murid orang Asli ke
dalam proses PdP dapat meningkatkan keinginan mereka untuk belajar sekali gus
meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mempraktikkan pelajar untuk mengutaran pendapat
dan bersuara. Selain itu, guru juga akan dapat mengintegrasikan nilai murni atau akhlak
yang baik yang perlu diperbaiki apabila guru tahu latar belakang dan norma kehidupan
murid orang asli ini seperti menghormati orang tua, tolong menolong antara satu sama lain,
bekerjasama dan sebagainya.

3.0 Cadangan Penambahbaikan Yang Boleh Dilakukan Untuk Meningkatkan Orang


Asli Ke Arah Kehidupan Yang Lengkap Dan Seimbang

Antaranya, pihak sekolah hendaklah mengadakan program jalinan antara murid Orang
Asli dengan murid sekolah kebangsaan. Sebagai contoh, program kepimpinan bagi murid
tahap 2 seperti program kepimpinan pengawas, program jaringan lawatan ke sekolah atau
program menjawab soalan UPSR yang melibatkan sekolah murid orang Asli dan murid
sekolah kebangsaan. Apabila murid ini murid dikumpulkan sekali murid Orang Asli dapat
berkawan dengan orang lain (mengenali antara satu sama lain), bertukar pendapat dan
mempraktikkan murid orang Asli untuk mengurangkan rasa malu apabila mereka sedang

4
belajar. Oleh itu, hasil jalinan hubungan yang baik bukan sahaja meningkatkan pencapaian
dalam bidang akademik malahan bukan akademik seperti kelakuan dan disiplin pelajar yang
baik serta sikap pelajar-pelajar yang baik (Kamarul Azmi Jasmi & Mohd Ismail Mustari Karjo,
2012).

Seterusnya, pihak sekolah boleh memohon bantuan pendidikan dan bantuan kehidupan
kepada murid orang Asli. Menurut temu bual dengan guru SK (A) Bukit Cheding, disiplin
pemakaian bagi murid tidak terlalu di titiberatkan di sekolah oleh guru kerana latar belakang
murid yang kurang kemampuan. Jadi, pemakaian murid tidak begitu lengkap seperti tidak
memakai tali leher. Oleh itu, pelbagai bantuan yang boleh dimohon seperti bantuan
rancangan makanan harian (RMT), bantuan pakaian sekolah dan bantuan zakat bagi murid
Orang Asli yang beragama Islam. Hal ini akan membantu murid dan masyarakat Orang Asli
untuk mendapatkan keperluan kehidupan yang lebih sempurna seperti pemakanan yang
seimbang (nutrien yang mencukupi), keperluan pakaian ke sekolah yang menepati polisi dan
keperluan-keperluan di sekolah dan di rumah. Hal ini disokong oleh Roslan Mohamed & Siti
Aishah Abu Bakar (2002) yang mengatakan individu yang mendapat keperluan hidup yang
sempurna akan dapat mengukuhkan lagi nilai peradaban hidup yang sejahtera dan aman
bahagia.

Seterusnya, pihak sekolah bolehlah program-program pendidikan dan program


kesedaran yang melibatkan warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekeliling
perkampungan. Sebagai contoh, program yang boleh dijalankan seperti program pendidikan
kesihatan (Kempen Larangan Merokok), program pencegahan penyakit (Program Sihat
Tanpa Aid Untuk Remaja, PROSTAR) atau program sambutan hari perayaan (Sambutan
Hari Raya Aidilfitri). Hal ini membolehkan masyarakat Orang Asli untuk terdedah dengan
pengetahuan seperti pencegahan penyakit, mengenali budaya perayaan kaum yang
pelbagai, kesedaran tentang kepentingan pendidikan supaya mereka boleh menyediakan
kehidupan yang lebih sempurna dan lengkap. Selain itu, penerapan nilai murni juga dipupuk
semasa masyarakat melibatkan diri secara aktif dalam program-program ini seperti
bekerjasama, bertoleransi, saling memahami, saling mengenali dan meningkatkan
perpaduan sesebuah masyarakat orang asli. Hal ini bertepatan dengan pernyataan Aminah
Hamim & Gunawan Mahmood (2001) iaitu kekuatan sesuatu bangsa tercermin daripada
perpaduannya. Hal ini juga bertepatan dengan firma Allah s.w.t dari Surah Al Hujurat, 49: 10
yang menunjukkan tentang kepentingan persaudaraan.

5
Maksudnya: “Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah
(perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya
kamu mendapat rahmat.”

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat banyak usaha yang dilakukan untuk meningkatkan Orang Asli
ke arah kehidupan yang lengkap dan seimbang. Namun begitu, terdapat juga
penambahbaikan yang perlu dilakukan supaya masyarakat Orang Asli mendapat kehidupan
yang lebih semibang dan sempurna berikutan kehidupan masyarakat Orang Asli yang
tinggal di luar bandar dan serba kekurangan.

6
LAMPIRAN 1

Soalan temu bual Guru SK Bukit Cheding

Latar belakang Murid

1. Adakah murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum?


2. Majoriti suku kaum apa?
3. Apakah kepercayaan yang dibawa oleh masyarakat Orang Asli disini?
4. Apakah ciri-ciri murid Orang Asli di sekolah ini yang menjadi cabaran kepada guru
dalam menguruskan bilik darjah?

Jalinan atau Penglibatan ibu bapa dengan pihak sekolah

1. Bagaimanakah penglibatan ibu bapa dan komuniti masyarakat terhadap aktiviti yang
dilakukan oleh pihak sekolah?
2. Apa aktiviti yang selalu melibatkan ibu bapa?
3. Bagimana sekolah merancang aktiviti yang boleh mendapatkan penglibatan aktif ibu
bapa?
4. Adakah hubungan guru dan ibu bapa membantu mengubah persepsi masyarakat
Orang Asli terhadap kepentingan pendidikan untuk anak-anak?

Rangkaian dan jalinan sekolah dengan organisasi luar

1. Adakah terdapat rangkaian luar atau agensi luar yang membantu pihak sekolah
dalam menjayakan sesuatu aktiviti di sekolah?
2. Apakah usaha guru dalam meningkatkan rancangan pengajaran untuk memastikan
keberhasilan murid?

Amalan Pengajaran

1. Bagaimanakah guru mewujudkan kesatuan di dalam kelas yang mempunyai murid


berbeza latar belakang?
2. Apakah aktiviti yang membolehkan pelajar serlahkan latar belakangnya?
3. Apakah aktiviti yang biasa dilakukan oleh murid di rumah yang dapat membantu
proses pengajaran guru?
4. Apakah teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang biasa dilakukan oleh
guru semasa proses PdPc?
5. Adakah aktiviti berkumpulan itu berkesan apabila dilaksanakan semasa PdP?

Aktiviti Sekolah (Penerapan Nilai Murni)

7
1. Bagaimana aktiviti kerohanian dan fizikal dijalankan di sekolah?
2. Apakah aktiviti yang membolehkan murid menerapkan nilai murni dan memperoleh
pengetahuan untuk hidup bermasyarakat (mengenali budaya lain yang pelbagai di
Malaysia)
3. Bagaimana pengurusan disiplin di sekolah? Contoh, pemakaian murid (Adakah
begitu ketat peraturan tersebut?)
4. Bagaimana sambutan hari perayaan dijalankan di sekolah?

Soalan temu bual MURID

1. Soal latar belakang murid


 Nama
 Suku
 Agama / Kepercayaan
 Adakah masih mengamalkan adat resam suku kaum? Cth: perayaan, makanan.
2. Adakah anda suka datang ke sekolah untuk belajar? Kenapa?
3. Bagaimanakah guru membantu anda jika anda tidak memahami sesuatu topik
pembelajaran?
4. Bagaimanakah pergaulan anda dengan rakan-rakan di sekolah? Anda mempunyai
rakan karib?
5. Anda suka berkawan dengan kawan anda yang berbeza latar belakang dengan
anda?
6. Jika anda melakukan kesalahan, apa tindakan guru ke atas anda?
7. Bagaimana cikgu bentuk kumpulan dalam kelas?
8. Adakah awak aplikasi pembelajaran di rumah? Berkongsi pengetahuan dengan ibu
bapa?
9. Selalu pihak sekolah ada tak menjemput ibu bapa awak untuk buat aktiviti bersama-
sama di sekolah? Contoh?
10. Adakah cikgu menggalakkan anda untuk bercakap (beri pendapat) di dalam kelas?

LAMPIRAN 2

Jadual 1: Latar belakang budaya murid Orang Asli SK Bukit Cheding yang terdiri
daripada suku kaum Temuan.

8
Kebaikan Budaya Kaum Temuan Kelemahan Budaya Kaum Temuan
 Terdedah kepada persekitaran moden  Terdapat segelintir yang tidak
mengutamakan pendidikan awal
persekolahan.
 Mempunyai kesedaran terhadap  Terdapat segelintir masyarakat yang terlalu
kepentingan bergantung kepada JAKOA
 Memberi kerjasama dan komitmen  Terdapat ibu bapa yang mengabaikan
terhadap program anjuran pihak sekolah anak-anak kerana kewangan atau
pendapatan rendah
 Mengamalkan cara hidup bersepakat  Terdapat segelintir masyarakat yang suka
mabuk sehingga mengabaikan
persekolahan anak-anak.
 Mempunyai jalinan perhubungan yang  Masyarakat yang mengamalkan Hukum
baik Sayyid (memuakan anak anggap tidak
boleh ditegur).
Jadual 2: Program Kehadiran dan Dialog Prestasi SK (A) Bukit Cheding

Program Kehadiran Pelaksanaan Program


SEKEJAP AJENG Setiap hari sebelum masuk ke kelas
Cuma 5 Minit
MARI KITAK SENAMROBIK Seminggu sekali setiap hari Rabu
Jom Senamrobik
MARI JAMU LAHIR Dua bulan sekali
Sambutan Hari Lahir
ONG BODEK BAIK Bulanan dan Tahunan
Murid Cemerlang
MARI BERKENAL SEPAK Fokus utama: murid dan ibu bapa tidak hadir
Ziarah Mesra
DIALOG PRESTASI  Setiap guru terlibat
 Dijalankan setiap kali pepeiksaan
pertengahan tahun & peperiksaan akhir
tahun
 Kenalpasti masalah yang dialami murid
 Penambahbaikan untuk meningkatkan
pencapaian.

Jadual 3: Rangkaian agensi yang berkolaborasi dengan SK (A) Bukit Cheding

Agensi/Komunit Sumbangan
YAYASAN AEON BERHAD Dana Asas Pendidikan RM 146,000.00
Smart TV
MAYBANK INVESTMENT BHD Dana Pendidikan mulai 2014/ Program

9
Sekolah/ Kelas Tambahan T5/T6
JAKOA DAERAH/NEGERI Tuisyen Rakyat untuk UPSR (2018)
RM 7449.00
Mini Asrama RM 1350.00
GAMUDA LAND Khidmat Sosial/ Progran peringkat Negeri
Selangor
PPD Program Jalinan Jaringan Sekolah Luar
Negara (INDONESIA)

Rujukan
Abdul Rahman Abdullah (2007). Sejarah dan Tamadun Islam. Selangor: Pustaka
Darussalam.

Aminah Hamim & Gunawan Mahmood (2001). Buku madah bestari cinta. Kuala Lumpur:
Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia.

10
Asmawati Suhid (2005). "Kerelevanan Pendidikan Nilai dan Agama Dalam Pembentukan
Masyarakat Madani" dlm. Jurnal Pendidikan Islam Jilid 11 (2)

Kamarul Azmi Jasmi & Mohd Ismail Mustari Karjo (2012). Pembinaan Hubungan Baik antara
Guru dengan Pelajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam.
Retrieved from Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia:
https://www.researchgate.net/publication/293097646_Pembinaan_Hubungan_Baik_an
tara_Guru_dengan_Pelajar_dalam_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Pendidikan_Islam

Muhammad Yunus (2007). Tafsir Al-Quran Karim. Kuala Lumpur: Victory Agence

Muhammad Yunus (2007). Tafsir Al-Quran Karim. In Surah Al- Ankabut, 29: 43. Kuala
Lumpur: Victory Agence

Muhammad Yunus (2007). Tafsir Al-Quran Karim. In Surah Al-Baqarah, 1: 256. Kuala
Lumpur: Victory Agence
Muhammad Yunus (2007). Tafsir Al-Quran Karim. In Surah Al Hujurat, 49: 10. Kuala Lumpur:
Victory Agence
Roslan Mohamed & Siti Aishah Abu Bakar (2002). Pembangunan Masyarakat ke Arah
Kesejahteraan Berteraskan Pembangunan Islam. Jurnal Pendidikan Universiti Malaya,
2.

Syed Abdullah (2016). Falsafah Akhlak. Selangor: National University of Malaysia Press.

11

Anda mungkin juga menyukai