Anda di halaman 1dari 12

Isi kandungan:

Muka
No. Perkara
Surat

1. Biodata Diri I

2. Isi Kandungan 1

3. Penghargaan 2

4. 1.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif


3

2.0 Peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan kepada teori


5. 5
perkembangan bahasa dan sosio-emosi

6. Refleksi 9

7. Rujukan 10

8. Lampiran 12

1
Penghargaan :

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya saya
berhasil untuk menyiapkan kerja khusus EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak yang
telah diamanahkan kepada saya. Segala hasil penulisan saya adalah atas kurniaan ilham
daripada Allah dan atas bantuan pensyarah dan rakan-rakan sepejuangan saya.

Pertama-tamanya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah


subjek Perkembangan Kanak-kanak iaitu Pn. Anida Binti Idrus. Beliau banyak memberi
nasihat dan panduan yang diperlukan supaya tugasan yang saya dan rakan-rakan seunit
laksanakan layak diberi markah yang tinggi. Penerangan beliau yang jelas dan terang
banyak membantu saya memahami tugasan ini sehingga dapat dilaksanakan hingga ke
akhirnya. Tugasan ini memerlukan saya untuk membincangkan faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan kognitif dua orang kanak-kanak berdasarkan petikan yang
diberikan. Disamping itu, saya juga perlu menganalisis peringkat perkembangan kanak-
kanak tersebut berdasarkan kepada teori perkembangan bahasa dan sosioemosi melalui
sumber rujukan dan tinjauan literatur yang relevan. Sesungguhnya, bantuan dan komitmen
daripada semua pihak amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekalung penghargaan juga saya titipkan buat rakan-rakan seperjuangan yang turut
sama-sama bertungkus-lumus serta banyak membantu saya dalam memberi panduan dan
nasihat bagi menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Tidak lupa juga buat individu-
individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan tugasan
saya ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kalian.

Semoga hasil yang telah diusahakan ini dapat memberi manfaat dan dapat dijadikan
panduan kepada semua dalam meneruskan perjuangan kita sebagai seorang pelajar.
Sekian, terima kasih.

2
TUGASAN KERJA KHUSUS:

Berdasarkan situasi tersebut, sediakan satu penulisan akademik yang membincangkan


perkara-perkara berikut:

1. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif dua orang kanak-


kanak dalam petikan tersebut.

Perkembangan kognitif merupakan proses perkembangan keupayaan untuk berfikir


dan menaakul yang berlaku kepada kanak-kanak seiringan dengan perkembangan
sosioemosi, fizikal dan penguasaan kemahiran berbahasa. Menurut Berk (2006), proses
kognitif merupakan proses dalaman dan hasilan minda yang membawa kepada
pengetahuan. Perkembangan kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam proses
pemikiran, pembelajaran, ingatan, menilai, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi (Jas
Laile Suzana, 1996).

Berdasarkan petikan yang diberikan, antara faktor yang mempengaruhi


perkembangan kognitif dua orang kanak-kanak tersebut ialah faktor baka dan persekitaran.
Faktor genetik atau baka merujuk pada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan oleh
ibu bapa kepada anak-anaknya melalui percantuman kromosom sel sperma dan sel ovum.
Faktor genetik akan menentukan perwarisan jantina, perwarisan sifat-sifat fizikal, tahap
kecerdasan, personaliti, tret atau sahsiah dan juga penyakit dari ibu bapa kepada anak-anak
(Sigelman, 2015; Santrock, 2014; Kail & Cavanaugh, 2010). Berdasarkan petikan,
perkembangan kognitif Medina mungkin dipengaruhi oleh faktor genetik yang diwarisi
daripada ibu bapanya. Ibu bapa yang mempunyai kecerdasan mental yang tinggi
berkemungkinan akan melahirkan anak-anak yang mempunyai keupayaan mental yang
tinggi. Namun begitu, menurut kajian apabila anak-anak sudah meningkat dewasa,
pengaruh baka semakin berkurangan berbanding faktor persekitaran yang memainkan
peranan yang lebih besar dalam proses perkembangan (Riese, 1990; dalam Rice, 1992).
Hal ini dapat dibuktikan apabila Shafiqa yang mewarisi baka ibu bapanya yang kurang
berpendidikan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) sama seperti Medina. Maka, faktor persekitaran juga memainkan peranan
penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.

Menurut Amram Schienfeld dalam Ee Ah Meng (1993), persekitaran merujuk


kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan.
Persekitaran merupakan kuasa luaran atau ekstrinsik yang boleh mempengaruhi tingkah
laku individu (Munn, 1969 dalam Wong Kiet Wah et al., 2013). Santrock (2014) menjelaskan

3
bahawa faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan kanak-
kanak terbahagi dua, iaitu faktor persekitaran biologi (pemakanan dan nutrisi, dadah,
perubatan dan penjagaan kesihatan) dan faktor persekitaran sosial (keluarga, rakan sebaya,
sekolah, masyarakat, budaya dan media). Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau
tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum.
Medina dan Shafiqa berasal daripada keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang
berbeza. Kedudukan atau tahap kewangan keluarga Medina yang lebih tinggi dapat
mempengaruhi perkembangan kognitifnya kerana pelbagai kemudahan disediakan dari
aspek kemewahan, pendidikan, pemakanan dan kasih sayang. Dengan adanya kemudahan
teknologi seperti komputer dan internet, ia akan membantu kanak-kanak untuk belajar dan
memperoleh pelbagai pengetahuan dengan mudah.

Cara asuhan sesebuah keluarga juga turut mempengaruhi perkembangan kognitif


dan kreativiti kanak-kanak tersebut. Didikan awal yang diterima oleh seseorang kanak-kanak
akan mempengaruhi tingah laku dan perkembangannya. Baumrind (1971) telah mengenal
pasti tiga profil personaliti asas kanak-kanak dan mengklasifikasikan tiga bentuk cara
membesarkan anak yang berbeza iaitu autoritatif, autoritarian dan permissif. Autoritatif ialah
bentuk asuhan ibu bapa yang sentiasa menggalakkan anak-anak mereka berdikari tetapi
mengenakan peraturan dan had-had batasan tingkah laku yang tertentu. Autoritarian pula
ialah bentuk asuhan yang menggunakan peraturan dan hukuman yang ketat dalam
mendidik anak-anak. Manakala ibu bapa yang permissif kurang terlibat dengan kehidupan
anak-anak mereka dan hanya berperanan sebagai sumber yang memenuhi kehendak anak.
Kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga autoritatif akan bersifat berdikari,
bertanggungjawab dan yakin pada diri sendiri serta mempunyai konsep kendiri yang baik
(Maccobby dan Martin, 1983). Ibu bapa yang menggalakkan perkembangan intelektual
kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan psikososial mereka. Misalnya, melalui
galakkan ibu bapa Shafiqa dalam memberikan pendidikan yang sempurna kepada anaknya,
Shafiqa mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya dan mempunyai sifat-
sifat positif seperti pandai bergaul, yakin dan bertanggungjawab. Manakala, Medina yang
dibesarkan dalam keluarga permissif lebih bersikap kurang matang, kurang berdikari serta
cenderung untuk tidak mematuhi perintah dan agresif (Sears, MacCoby dan Levin, 1957 ;
Becker, 1964).

Guru dan pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru dan sekolah merupakan agen-agen sosialisasi
yang penting dan bertanggungjawab dalam memperkembangkan potensi kanak-kanak
secara menyeluruh dan bersepadu. Persekitaran sekolah yang kondusif serta melalui
pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan budaya sekolah yang

4
dijalankan dapat membentuk dan meransang perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor
pelajar agar lebih kreatif.

Kesimpulannya, baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang mempengaruhi


perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Faktor baka sememangnya diwarisi, maka ia
akan menjadi bawaan pada kanak-kanak. Namun untuk membentuk pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak yang baik maka persekitaran yang baik juga diperlukan.

2. Analisis peringkat perkembangan kanak-kanak tersebut berdasarkan kepada teori


perkembangan bahasa dan sosio-emosi melalui sumber rujukan dan tinjauan literatur
yang relevan.

Perkembangan bahasa yang dialami oleh kanak-kanak bergantung kepada


perkembangan dimensi kognitif mereka (Santrock, 2014; Sigelman & Rider, 2012).
Perkembangan dan peningkatan keupayaan kanak-kanak berfikir akan membantu
meningkatkan kecekapan dan kemahiran kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan lebih
baik. Bruner (1975) dan Vygotsky (1986) merupakan antara tokoh yang mengkaji tentang
perkembangan kognitif dan penguasaan bahasa serta menegaskan kepentingan perkaitan
antara pemikiran dan penggunaan bahasa. Berdasarkan kajian tersebut, dapat dirumuskan
bahawa perkembangan kognitif dan perkembangan bahasa mempunyai hubung kait yang
rapat. Ia berkembang dengan seiring semasa kanak-kanak beinteraksi dengan orang di
sekelilingnya. Kanak-kanak akan melalui tiga peringkat perkembangan kognitif dan bahasa
iaitu prenatal atau bayi, awal kanak-kanak dan kanak-kanak.

Menurut Golinkoff dan Hirsh-Pasek (1999), komunikasi terawal bagi kanak-kanak


bermula sejak berada di dalam rahim ibu dan berkemungkinan dapat membezakan corak
bahasa yang berbagai-bagai. Setelah dilahirkan, tangisan merupakan satu-satunya bentuk
komunikasi bayi yang membawa pelbagai maksud sama ada lapar, marah, sakit dan
sebagainya bergantung kepada pelbagai nada, bentuk dan kekuatannya. Hal ini seiring
dengan Teori Pemerolehan Bahasa Nativis oleh Noam Chomsky yang menyatakan bahawa
sejak lahir, kanak-kanak memang sudah ada keinginan untuk memahami dunia. Chomsky
(1957) menegaskan bahawa setiap individu telahpun diprogramkan secara genetik untuk
menguasai bahasa.

5
Manakala pada peringkat awal kanak-kanak, mereka sudah mula mahu meluahkan
idea dan mempelajari perkataan serta maksud perkataan yang dibunyikan. Dalam
pembelajaran bahasa pertama, keupayaan mereka untuk mempelajari bahasa ibunda
berlaku secara tidak disedari. Menurut Vygotsky (1896), perkembangan kognitif kanak-
kanak bergantung kepada interaksinya dengan orang-orang berkepentingan dalam
persekitaran budayanya seperti ibu bapa dan penjaganya. Hal ini disokong oleh Teori
Pemerolehan Bahasa interaksionalis yang menyatakan bahawa perkembangan bahasa dan
kognitif berlaku dalam konteks interaksi utama seperti semasa rutin penjagaan asas kanak-
kanak, sewaktu bermain dan ketika membaca buku bersama orang dewasa. Dalam hal ini,
Shafiqa mungkin mempunyai perkembangan bahasa yang lebih baik berbanding Medina
memandangkan ibunya adalah suri rumah dan dapat meluangkan lebih banyak masa
bersamanya.

Berdasarkan pada petikan yang diberikan, Medina dan Shafiqa berada pada
peringkat kanak-kanak. Jika dibandingkan antara mereka, Shafiqa mempunyai
perkembangan bahasa yang lebih baik berbanding Medina. Hal ini dapat dibuktikan apabila
Shafiqa sering menyertai pertandingan bercerita di sekolahnya. Keadaan ini mungkin
dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Interaksi antara Shafiqa dengan orang
disekelilingnya seperti ibu bapa, adik beradik, guru dan rakannya mungkin antara faktor
yang memperkembangkan kemahirannya berbahasa berbanding Medina yang kurang
berteman, mempunyai ibu bapa yang sibuk bekerja dan merupakan anak sulung. Menurut
teoris behavioris iaitu B. F. Skinner, beliau juga percaya bahawa penguasaan sesuatu
bahasa merupakan hasil daripada interaksi individu dengan persekitarannya. Faktor-faktor
persekitaran dianggap sebagai rangsangan dan tindak balas organisma pada ransangan
tersebut adalah gerak balas.

Perkembangan sosioemosi ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta


memberikan tindakbalas emosi terhadap sesuatu situasi. Menurut Kamus Dewan (2005),
sosial adalah segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan.
Perkembangan sosial merujuk kepada proses kanak-kanak belajar berhubung atau
berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan
budayanya. Manakala, emosi ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang
ditonjolkan terhadap sesuatu perkara, objek, orang atau keadaan yang bertindak sebagai
rangsangan kepada perasaan emosi (Rohani, 2000).

Berdasarkan kepada teori perkembangan sosioemosi Erik Erikson, beliau telah


mengutarakan lapan peringkat perkembangan emosi manusia dan setiap peringkat tersebut
akan timbul tingkah laku positif dan negatif terhadap konflik yang dihadapinya. Apabila

6
dianalisis bagi tahap perkembangan Medina dan Shafiqa, didapati bahawa mereka berada
pada peringkat keempat iaitu fasa kecekapan lawan rasa rendah diri yang wujud pada
kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah
mampu untuk menguasai kemahiran fizikal, sosial dan bahasa. Mereka mempunyai
ketekunan yang tinggi dalam melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah. Setiap kanak-
kanak akan menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran baharu atau menghadapi risiko
perasaan rendah diri jika menemui kegagalan atau tidak cekap terhadap sesuatu perkara.
Misalnya, dapat dilihat pada sikap Medina dan Syafiqa yang berusaha untuk memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Kanak-kanak pada usia ini akan cenderung untuk
bersaing dengan rakan mereka dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Kanak-kanak ini akan
berasa rendah diri apabila gagal mencapai apa yang diinginkan.

Bagi mencapai setiap peringkat dan seterusnya, manusia perlu mengatasi setiap
konflik pada tahap tersebut. Pada peringkat perkembangan Medina dan Shafiqa, sebelum
mencapai pada peringkat keempat, mereka sebenarnya telah melepasi peringkat pertama
(kepercayaan lawan kecurigaan), peringkat kedua (autonomi lawan keraguan) dan peringkat
ketiga (ikhtiar lawan rasa bersalah). Pada peringkat pertama iaitu fasa kepercayaan lawan
kecurigaan (umur 0 hingga 18 bulan), Bayi mula menjalinkan hubungan kasih sayang dan
kepercayaan dengan ibu bapa atau membentuk perasaan tidak percaya. Sebagai contoh,
dapat dilihat pada kebanyakan bayi yang baru lahir. Bayi akan berasa selamat dan percaya
pada ibu bapanya serta dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati.
Sebaliknya, bayi akan menangis jika tidak melihat ibu bapa atau orang yang tidak dikenali
berhampiran dengannya. Pada fasa ini, berkemungkinan Shafiqa mempunyai hubungan
kasih sayang yang lebih kuat atau membentuk perapatan dengan ibu bapanya berbanding
Medina. Memandangkan ibu Shafiqa tidak bekerja dan merupakan suri rumah, masa yang
diluangkan bersama dapat menimbulkan rasa selamat dan dilindungi. Manakala, Medina
mungkin mudah menangis dan takut kepada persekitarannya kerana berkemungkinan
semasa bayi dia dihantar ke rumah pengasuh atau penjaga memandangkan ibu bapanya
sibuk bekerja.

Peringkat kedua ialah fasa autonomi lawan keraguan yang berlaku pada kanak-kanak
berumur 18 bulan hingga 3 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan cuba berdikari
untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa. Galakkan
daripada ibu bapa amat penting pada fasa ini agar mereka akan yakin dengan diri mereka.
Sebaliknya jika ibu bapa terlalu mengawal, anak-anak akan jadi pemalu, ragu-ragu dan
mempersoalkan kebolehan diri mereka untuk menghadapi dunia. Cara asuhan keluarga
mereka yang berbeza mungkin antara faktor yang membezakan tahap perkembangan

7
masing-masing pada fasa ini. Berdasarkan petikan, Shafiqa didapati lebih yakin dengan
dirinya berbanding Medina. Hal ini dibuktikan apabila Syafiqa lebih gemar berkawan,
menyertai pertandingan bercerita dan disenangi ramai. Berkemungkinan pada fasa ini,
Shafiqa mendapat galakkan daripada ibu bapanya untuk berdikari berbanding Medina yang
lebih manja dan mengharapkan ibu bapanya dalam melakukan sesuatu perkara.

Pada peringkat ketiga pula kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun akan
menempuhi fasa ikhtiar lawan rasa bersalah. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan terus
bersikap berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru yang digemarinya.
Mereka suka dan kerap kali bertanyakan soalan dan mahukan penjelasan untuk setiap
situasi yang berlaku. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-
kanak tersebut. Manakala, kanak-kanak yang tidak diberi peluang atau dihukum akan rasa
bersalah dan tidak yakin terhadap dirinya sendiri. Pada fasa ini, Shafiqa berkemungkinan
mempunyai inisiatif yang lebih tinggi berbanding Medina kerana dia dapat menerokai
persekitarannya dengan bebas dan mendapat sokongan daripada ibu bapanya. Jika
dibandingkan dengan Medina, dia akan lebih mudah rasa bersalah kerana kurang
berinteraksi dengan persekitarannya dan ibu bapanya kurang meluangkan masa
bersamanya.

Kesimpulannya, perkembangan bahasa dan sosioemosi berlaku mengikut peringkat-


peringkat perkembangan kanak-kanak tersebut. Ibu bapa dan guru perlu memainkan
peranan yang efektif agar perkembangan bahasa dan sosioemosi kanak-kanak dapat
berlaku dengan sempurna mengikut peringkat-peringkatnya.

8
REFLEKSI :

Alhamdulillah syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,
akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Perkembangan Kanak-kanak bagi
semester yang pertama ini. Saya berasa bersemangat dan sungguh berpuas hati dengan
hasil kerja yang telah saya lakukan walaupun mengharungi pelbagai kekangan dan cabaran
sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya
perolehi dan terokai.

Pertama sekali semasa mula-mula mendapat tugasan ini daripada pensyarah mata
pelajaran Perkembangan Kanak-kanak , Jabatan Ilmu Pendidikan, Pn Anida Binti Idrus,
saya berasa sangat bersemangat kerana mendapat begitu banyak input dari beliau semasa
sesi taklimat. Saya amat berterima kasih kepada beliau di atas penerangan yang telah
diberikan. Seterusnya saya telah berbincang dengan rakan-rakan mengenai kerja kursus ini.
Banyak maklumat yang telah kami kongsi bersama dan daripada sesi perbincangan, setiap
sudut dan pandangan telah diteliti dimana ianya membantu saya dalam menghasilkan
tugasan ini.

Banyak kekangan yang saya hadapi sebelum melaksanakan tugasan kerja kursus ini
Pertama sekali ialah kekurangan bahan rujukan seperti buku. Hal ini demikian kerana, buku-
buku yang terdapat di dalam perpustakaan khususnya berkenaan dengan subjek ini agak
terhad dan jika ada pun kebanyakan daripadanya telah dipinjam oleh pelajar-pelajar lain.
Bagi saya, buku rujukan merupakan sumber rujukan yang paling utama untuk mendapatkan
isi dan maklumat-maklumat mengenai perkembangan kanak-kanak amnya. Buku biasanya
lebih sahih, tepat dan dipercayai jika dibandingkan sumber dari internet. Buku ditulis oleh
individu-individu yang bertauliah dan diiktiraf oleh perlembagaan Malaysia. Kajian yang
mendalam dan fakta-fakta yang sahih dan tepat mengenai teori-teori perkembangan juga
pastinya dapat diperolehi daripada sumber rujukan buku. Di samping dapat menyiapkan
tugasan yang telah diberikan, saya juga dapat menambah pengetahuan saya mengenai
teori perkembangan kanak-kanak, tahap perkembangan, implikasi terhadap pengajaran dan
pembelajaran, dan sebagainya. Saya dapat merasakan ilmu pengetahuan saya mengenai
subjek ini semakin bertambah semasa menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali saya merasakan tugasan seperti ini perlu diteruskan untuk generasi
akan datang kerana ia amat berguna terhadap semua pelajar kerana dapat menambah ilmu
pengetahuan yang sedia ada.

9
RUJUKAN :

Baumrind, D., (1971). Current patterns of parental authority. Development Psychology


Monographs, 1, hlm. 1-103.

Becker, W.C., (1964). Consequences of different kinds of parental discipline. In. M. L.


Hoffman & L. M. Hoffman (eds.), Review of Child Development Research vol. 1. New
York : Ryssell Sage.

Berk, L.E. (2004). Development through the life span (3rd ed.). USA: Pearson Education,Inc.

Berk, L.E. (2006), Child Development (6th ed.). Boston : Allyn & Bacon.

Bruner, J. S. (1975). The ontogenesis of speech acts. Journal of child language, 2(1), 1-19.

Chomsky, N. (1957). Syntactic structures. The Hague : Mouton.

Ee Ah Meng (1993). Psikologi Perkembangan: Aplikasi Dalam Bilik Darjah. (Edisi kedua).
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Erikson, E. H. (1993). Childhood and society. USA : WW Norton & Company

Hirsh-Pasek, K., & Golinkoff, R. M. (1999). The origins of grammar: Evidence from early
language comprehension. Cambridge, MA : MIT Press.

Jas Laile Suzana Jaafar (1996). Psikologi kanak-kanak & remaja. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kail, R. V. & Cavanaugh, J. C. (2010). Human Development. A life-span View (5th ed. ).
Belmont, California : Wadsworth.

Kamus Dewan Bahasa (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur : Fajar Bakti

Maccoby, E. E., & Martin, J. A. (1983). Socialization in the context of the family: Parent-child
interaction. In E. M. Hetherington (Ed.) & P. H. Mussen (Series Ed.), Handbook of child
psychology: Vol. 4. Socialization, personality and social development New York: Wiley.

Rice, F.P. (1992). Human development a life span approach. New York: MacMillan
Publishing Company

Rohani Abdullah (2000). Perkembangan Kanak-kanak : Penilaian serta Portfolio. Serdang :


Universiti Putra Malaysia.

10
Santrock, J. W. (1997). Life-span development. Dubuque, IA: Brown & Benchmark
Publishers.

Santrock, J. W. (2014). Child Development. New York : McGraw-Hill

Sear, R. R., E. P. Maccoby., dan H. Levin. (1957). Patterns of Child Rearing. New York:
Harper and Row.

Sigelman, C. K., & Rider, E. A. (2012). Human development across the life span. California :
Wadsworth Cengage Learning.

Sigelman, C.K. (2015). Life-span Human development (8th Edition). California : Wadsworth
Cengage Learning.

Skinner, B. F. (1953). Science and human behavior. Cambridge, MA : Simon and Schuster.

Vygotsky, L. S. (1986). Thought and Language . (A.Kozulin, Trans.). Cambridge, MA: MIT
Press. (Origanal work published 1934).

Wong Kiet Wah et al. (2013). Perkembangan kanak-kanak. Shah Alam : Oxford Fajar.

Yahaya, A., Hashim, S., & Hamzah, M. (2012). Masalah salah laku agresif dalam kalangan
pelajar sekolah rendah dan hubungannya dengan gaya keibubapaan. Sains
Humanika, 58(1).

11
Lampiran

12

Anda mungkin juga menyukai