Anda di halaman 1dari 5

Pukulan (Batting)

Kepentingan utama yang perlu dimiliki oleh seorang pemukul adalah tumpuan dan
kebolehan mengatasi kecenderungan pihak lawan dengan terutama bagi mengatasi
risiko yang tidak diduga. Ketepatan masa, kuasa dan faktor pengelihatan yang baik
perlu di beri penekanan khusus pada bahagian ini. Kebolehan yang sedia ada dapat
memberikan perkembangan yang lebih baik dan menunjukkan kematangan didalam
permainan tetapi hal ini hanya dapat dikuasai dengan latihan yang secukupnya untuk
mengekalkan kematangan dalam permainan. Latihan pukulan dapat dilakukan dengan
dua cara yang berikut; dalaman dan luaran. Latihan luaran adalah latihan kognitif
yang dilakukan dengan memerhati kaedah pemukulan pemain lain semasa permainan
dijalankan. Latihan pukulan dalaman boleh dilakukan dengan pelbagai cara,
antaranya; membuat latihan “stroking” dihadapan cermin seperti mana latihan
“shadow boxing”yang dilakukan oleh peninju (membuat latihan tumbukan dihadapan
cermin). Koordinasi mata boleh di kuasai seperti pemain pingpong yang
memfokuskan perhatian kepada pergerakkan bola. Selain itu, dengan melakukan
tarian ringkas, pemain dapat memberikan koordinasi yang baik kepada kaki mereka.
Latihan luaran juga boleh dilakukan dengan melakukan pukulan didalam
kawasan berjaring. Pukulan yang kuat tidak wajar dilakukan kerana hal ini dapat
merosakkan “bat” pemain seharusnya peka dengan bunyi yang dihasilkan daripada
pukulan yang dilakukan. Pemain perlu mengetahui dan perlu memberikan tumpuan
kepada kelajuan dan ketinggian bola yang dilontarkan kepada mereka bagi
menghasilkan pukulan yang baik semasa melakukan pukulan “stroke”. Latihan perlu
dilakukan berfokus kepada pertahanan bagi kumpulan pemain menentang kumpulan
lawan. Pemain perlu menggunakan kasut but, sarung tangan, ‘guard’ , ‘pad’ dan
sebagainya seperti mana yang akan digunakan semasa perlawanan sebenar dijalankan.
Latihan pukulan adalah latihan yang penting untuk dilakukan oleh pemain kriket.
Latihan pukulan lain yang boleh dilakukan adalah dengan meletakkan bola
kedalam stoking dan pemain perlu berlatih memukul bola tersebut bagi memberi
pendedahan yang lebih baik terhadap “back-lift” dan pusingan kebawah bagi bat yang
digunakan. Dengan latihan sebegini, pemain dapat membiasakan diri untuk
menggunakan bat yang kebiasaannya baru dan memberikan kebiasaan bagi pemain
untuk menggunakan bat tersebut didalam perlawanan sebenar. Menonton perlawanan
merupakan salah satu latihan yang baik bagi pemain untuk mendapatkan idea untuk
digunapakai semasa mereka berada didalam perlawanan yang akan mereka sertai.
Mereka juga perlu berlatih menggunakan teknik-teknik yang mereka dapat lihat
didalam perlawanan yang mereka tonton bagi memberikan mereka kebiasaan bagi
menggunakan teknik tersebut bagi memperkukul skil mereka dalam mengatasi pihak
lawan.
Terdapat pelbagai cara bagi pemain untuk memegang bat tetapi kaedah yang
paling utama adalah bagi mereka memegang menggunakan kedua belah tangan
dengan rapat seperti didalam rajah dibawah:

a. cengkaman rendah. Hujung b. cengkaman sederhana. c. cengkaman tinggi. Hujung


pemegang dapat dilihat dan Hujung pemegang dapat pemegang tidak dapat dilihat
bahagian bawah pemgegang dilihat dan sedikit bahagian dan bahagian bawah juga
tidak dapat dilihat bawah dapat dilihat tidak dapat dilihat

Rajah 1a-c: Cengkaman

Umumnya, pemukul mempunyai pilihan untuk bermain dengan kaedah ‘back foot
cutting’, ‘punching’ dengan menutup bahagian kaki dengan menggunakan kaedah
cengkaman rendah seperti didalam rajah 1(a). pemain yang memilih untuk
menggunakan kaedah pembawaan bola tinggi menggunakan kaedah cengkaman
tinggi seperti dalam rajah 1(c). Pada peringkat pertengahan pemain menggunakan
kaedah cengkaman seperti dalam rajah 1(b) yang merupakan kaedah pegangan bat
yang ideal bagi pemain. Mike Shepherdson merupakan salah seorang pemain yang
pernah menyertai pasukan kriket Malaysia yang menggunakan kaedah cengkaman
ideal ini. Pemain harus mengetahui kaedah cengkaman yang sesuai bagi mereka.
Pemain tidak boleh membuka tangan mereka kerana ini akan menyebabkan mereka
mengalami dua hayunan. Satu hayunan adalah yang digunakan untuk memukul bola
dan hayunan kedua yang dipanggil sebagai hayunan dalaman yang disebabkan oleh
pergerakan tangan dan hayunan yang bergerak pada arah yang berlawanan. Hal ini
boleh menyebabkan pemain untuk terjerumus ke hadapan, disebabkan hal yang
demikian, ia akan dikira sebagai satu tangkapan. Kedudukan tangan hendaklah
sentiasa rapat bersama antara satu sama lain bagi mengekalkan kitaran bola yang baik.
Seterusnya posisi berdiri semasa melakukan pukulan adalah salah satu elemen
penting bagi pemain menentang pihak lawan mereka. Kebiasaannya, pemain yang
bermain ‘on-side’ atau ‘leg-side stroke’ menggunakan posisi berdiri terbuka seperti
dalam rajah 10 (a). kedudukan muka dan dada menghadap bowler. Posisi berdiri yang
lebih ortodoks adalah dengan bahu kiri menghadap bowler. Pemain harus berada pada
keadaan selesa dengan posisi yang akan memudahkan mereka untuk memukul bola
yang ditujukan kepada mereka.

a. Posisi berdiri terbuka. b. Posisi berdiri tertutup.


Bahgian bahu kanan dan dada Bahgian bahu kanan dan dada
pemain menghadap ke hadapan. dihadapkan ke sisi dan kedua
Kaki kanan pada kedudukan belah kaki diletakkan pada
yang jauh daripada kaki kiri kedudukan sebaris

Rajah 2 a-b: Posisi Berdiri


Pada keadaan yang selesa, pemain perlu mengekalkan jarak diantara 4-8 inci. Bagi
pemain yang kidal, berat badan pada keadaan rehat diletakkan lebih kearah sebelah
kaki kiri manakala bagi pemain biasa sebaliknya bagi pemain bukan kidal. Setiap
bowler akan mengubah tujuan dengan jarak yang akan dibaling yang akan
memberikan bola bagi setiap over. Bowler tidak akan memberi sebarang isyarat
kepada batsman mengenai balingan mereka dan mereka tidak akan sama sekali
mendedahkan balingan mereka kepada umpire dan pihak lawan bagi mendapatkan
sebarang over mahupun round wiket. Umpire akan berdiri di belakang stumps dan
posisi mata mereka akan sejajar dengan centre stumps dan memberikan isyarat kepada
batsman untuk dijadikan sebagai panduan sebelum memulakan pukulan. Sekiranya
bowler ingin menukar daripada over the wicket kepada round the wicket, mereka perlu
memberi isyarat kepada umpire dimana isyarat itu akan dituju kepada batsman. Posisi
berdiri akan berubah kearah tujuan bola yang dilontarkan. Tumpuan adalah aspek
yang perlu dititikberatkan dalam teknik pukulan. Dalam permainan pertahanan hal ini
adalah aspek yang paling utama. Beberapa stroke asas perlu dikuasai

a. posisi kepala ditundukkan b. posisi yang salah. Bat lebih menegak


dan tiada jurang diantara dan jurang yang ketara antara garisan
garisan dalaman bat dan pad dalaman bat dan pad hadapan yang
hadapan sangat berbahaya

Rajah 3 (a)-(b): Blok Pertahanan Hadapan

sudut posisi bat adalah sangat penting bagi membolehkan pemain mendapatkan ‘get
right over the ball’ dan memberikan pemukul untuk mendapatkan kawalan yang
sewajarnya terhadap bola yang mereka dapat daripada pihak lawan walaupun bola
tersebut bergelongsor diatas permukaan tanah. Pada sudut 90 dan keatas, bola akan
melantun ke atas yang akan menyebabkan tangkapan dapat dilakukan. Ini adalah
bahagian terpenting apabila bola pada keadaan ‘close in’ pada padang serangan.
Rajah 4

Rajah 4 menunjukkan arah pantulan bola daripada bowler kepada bat dan seterusnya
lantunan selepas bola tersebut

Strok pertahanan tegak, luar kaki adalah keperluan asas bagi setiap batsman. Pada
keadaan ini, bat dipegang pada ruang udara dihadapan selari dengan kehadiran bola
daripada bowler. Pada peringkat ini juga, bat perlu dipegang pada sudut yang
bersesuaian bagi ‘get right over the ball’. Ini akan menyebabkan bola terkena pada
bahagian pad bawah paras stumps. Tiada sebarang kekeliruan pada umpire bagi
memberikan mata kepada pemain.

Di dalam permainan pertahanan, bat yang


ditegakkan dapat menghentikan pergerakkan
bola

Kawasan pukulan yang melibatkan sudut


bersesuaian, sekiranya pemukul menggunakan
sudut tertentu juga dapat menghentikan
pergerakkan bola.

Anda mungkin juga menyukai