Anda di halaman 1dari 15

Pukulan (Batting)

Kepentingan utama yang perlu dimiliki oleh seorang pemukul adalah tumpuan dan
kebolehan mengatasi kecenderungan pihak lawan dengan terutama bagi mengatasi
risiko yang tidak diduga. Ketepatan masa, kuasa dan faktor pengelihatan yang baik
perlu di beri penekanan khusus pada bahagian ini. Kebolehan yang sedia ada dapat
memberikan perkembangan yang lebih baik dan menunjukkan kematangan didalam
permainan tetapi hal ini hanya dapat dikuasai dengan latihan yang secukupnya untuk
mengekalkan kematangan dalam permainan. Latihan pukulan dapat dilakukan dengan
dua cara yang berikut; dalaman dan luaran. Latihan luaran adalah latihan kognitif
yang dilakukan dengan memerhati kaedah pemukulan pemain lain semasa permainan
dijalankan. Latihan pukulan dalaman boleh dilakukan dengan pelbagai cara,
antaranya; membuat latihan “stroking” dihadapan cermin seperti mana latihan
“shadow boxing”yang dilakukan oleh peninju (membuat latihan tumbukan dihadapan
cermin). Koordinasi mata boleh di kuasai seperti pemain pingpong yang
memfokuskan perhatian kepada pergerakkan bola. Selain itu, dengan melakukan
tarian ringkas, pemain dapat memberikan koordinasi yang baik kepada kaki mereka.
Latihan luaran juga boleh dilakukan dengan melakukan pukulan didalam
kawasan berjaring. Pukulan yang kuat tidak wajar dilakukan kerana hal ini dapat
merosakkan “bat” pemain seharusnya peka dengan bunyi yang dihasilkan daripada
pukulan yang dilakukan. Pemain perlu mengetahui dan perlu memberikan tumpuan
kepada kelajuan dan ketinggian bola yang dilontarkan kepada mereka bagi
menghasilkan pukulan yang baik semasa melakukan pukulan “stroke”. Latihan perlu
dilakukan berfokus kepada pertahanan bagi kumpulan pemain menentang kumpulan
lawan. Pemain perlu menggunakan kasut but, sarung tangan, ‘guard’ , ‘pad’ dan
sebagainya seperti mana yang akan digunakan semasa perlawanan sebenar dijalankan.
Latihan pukulan adalah latihan yang penting untuk dilakukan oleh pemain kriket.
Latihan pukulan lain yang boleh dilakukan adalah dengan meletakkan bola
kedalam stoking dan pemain perlu berlatih memukul bola tersebut bagi memberi
pendedahan yang lebih baik terhadap “back-lift” dan pusingan kebawah bagi bat yang
digunakan. Dengan latihan sebegini, pemain dapat membiasakan diri untuk
menggunakan bat yang kebiasaannya baru dan memberikan kebiasaan bagi pemain
untuk menggunakan bat tersebut didalam perlawanan sebenar. Menonton perlawanan
merupakan salah satu latihan yang baik bagi pemain untuk mendapatkan idea untuk
digunapakai semasa mereka berada didalam perlawanan yang akan mereka sertai.
Mereka juga perlu berlatih menggunakan teknik-teknik yang mereka dapat lihat
didalam perlawanan yang mereka tonton bagi memberikan mereka kebiasaan bagi
menggunakan teknik tersebut bagi memperkukul skil mereka dalam mengatasi pihak
lawan.
Terdapat pelbagai cara bagi pemain untuk memegang bat tetapi kaedah yang
paling utama adalah bagi mereka memegang menggunakan kedua belah tangan
dengan rapat seperti didalam rajah dibawah:

a. cengkaman rendah. Hujung b. cengkaman sederhana. Hujung c. cengkaman tinggi. Hujung


pemegang dapat dilihat dan pemegang dapat dilihat dan pemegang tidak dapat dilihat dan
bahagian bawah pemgegang tidak sedikit bahagian bawah dapat bahagian bawah juga tidak dapat
dapat dilihat dilihat dilihat

Rajah 1a-c: Cengkaman

Umumnya, pemukul mempunyai pilihan untuk bermain dengan kaedah ‘back foot
cutting’, ‘punching’ dengan menutup bahagian kaki dengan menggunakan kaedah
cengkaman rendah seperti didalam rajah 1(a). pemain yang memilih untuk
menggunakan kaedah pembawaan bola tinggi menggunakan kaedah cengkaman tinggi
seperti dalam rajah 1(c). Pada peringkat pertengahan pemain menggunakan kaedah
cengkaman seperti dalam rajah 1(b) yang merupakan kaedah pegangan bat yang ideal
bagi pemain. Mike Shepherdson merupakan salah seorang pemain yang pernah
menyertai pasukan kriket Malaysia yang menggunakan kaedah cengkaman ideal ini.
Pemain harus mengetahui kaedah cengkaman yang sesuai bagi mereka. Pemain tidak
boleh membuka tangan mereka kerana ini akan menyebabkan mereka mengalami dua
hayunan. Satu hayunan adalah yang digunakan untuk memukul bola dan hayunan
kedua yang dipanggil sebagai hayunan dalaman yang disebabkan oleh pergerakan
tangan dan hayunan yang bergerak pada arah yang berlawanan. Hal ini boleh
menyebabkan pemain untuk terjerumus ke hadapan, disebabkan hal yang demikian, ia
akan dikira sebagai satu tangkapan. Kedudukan tangan hendaklah sentiasa rapat
bersama antara satu sama lain bagi mengekalkan kitaran bola yang baik.
Seterusnya posisi berdiri semasa melakukan pukulan adalah salah satu elemen
penting bagi pemain menentang pihak lawan mereka. Kebiasaannya, pemain yang
bermain ‘on-side’ atau ‘leg-side stroke’ menggunakan posisi berdiri terbuka seperti
dalam rajah 10 (a). kedudukan muka dan dada menghadap bowler. Posisi berdiri yang
lebih ortodoks adalah dengan bahu kiri menghadap bowler. Pemain harus berada pada
keadaan selesa dengan posisi yang akan memudahkan mereka untuk memukul bola
yang ditujukan kepada mereka.

a. Posisi berdiri terbuka. Bahgian b. Posisi berdiri tertutup. Bahgian


bahu kanan dan dada pemain bahu kanan dan dada dihadapkan ke
menghadap ke hadapan. Kaki kanan sisi dan kedua belah kaki diletakkan
pada kedudukan yang jauh daripada pada kedudukan sebaris
kaki kiri

Rajah 2 a-b: Posisi Berdiri


Pada keadaan yang selesa, pemain perlu mengekalkan jarak diantara 4-8 inci. Bagi
pemain yang kidal, berat badan pada keadaan rehat diletakkan lebih kearah sebelah
kaki kiri manakala bagi pemain biasa sebaliknya bagi pemain bukan kidal. Setiap
bowler akan mengubah tujuan dengan jarak yang akan dibaling yang akan
memberikan bola bagi setiap over. Bowler tidak akan memberi sebarang isyarat
kepada batsman mengenai balingan mereka dan mereka tidak akan sama sekali
mendedahkan balingan mereka kepada umpire dan pihak lawan bagi mendapatkan
sebarang over mahupun round wiket. Umpire akan berdiri di belakang stumps dan
posisi mata mereka akan sejajar dengan centre stumps dan memberikan isyarat kepada
batsman untuk dijadikan sebagai panduan sebelum memulakan pukulan. Sekiranya
bowler ingin menukar daripada over the wicket kepada round the wicket, mereka perlu
memberi isyarat kepada umpire dimana isyarat itu akan dituju kepada batsman. Posisi
berdiri akan berubah kearah tujuan bola yang dilontarkan. Tumpuan adalah aspek
yang perlu dititikberatkan dalam teknik pukulan. Dalam permainan pertahanan hal ini
adalah aspek yang paling utama. Beberapa stroke asas perlu dikuasai

a. posisi kepala ditundukkan dan b. posisi yang salah. Bat lebih menegak dan
tiada jurang diantara garisan jurang yang ketara antara garisan dalaman
dalaman bat dan pad hadapan bat dan pad hadapan yang sangat berbahaya

Rajah 3 (a)-(b): Blok Pertahanan Hadapan

sudut posisi bat adalah sangat penting bagi membolehkan pemain mendapatkan ‘get
right over the ball’ dan memberikan pemukul untuk mendapatkan kawalan yang
sewajarnya terhadap bola yang mereka dapat daripada pihak lawan walaupun bola
tersebut bergelongsor diatas permukaan tanah. Pada sudut 90 dan keatas, bola akan
melantun ke atas yang akan menyebabkan tangkapan dapat dilakukan. Ini adalah
bahagian terpenting apabila bola pada keadaan ‘close in’ pada padang serangan.
Rajah 4

Rajah 4 menunjukkan arah pantulan bola daripada bowler kepada bat dan seterusnya
lantunan selepas bola tersebut

Strok pertahanan tegak, luar kaki adalah keperluan asas bagi setiap batsman. Pada
keadaan ini, bat dipegang pada ruang udara dihadapan selari dengan kehadiran bola
daripada bowler. Pada peringkat ini juga, bat perlu dipegang pada sudut yang
bersesuaian bagi ‘get right over the ball’. Ini akan menyebabkan bola terkena pada
bahagian pad bawah paras stumps. Tiada sebarang kekeliruan pada umpire bagi
memberikan mata kepada pemain.

Di dalam permainan pertahanan, bat yang


ditegakkan dapat menghentikan pergerakkan bola

Kawasan pukulan yang melibatkan sudut


bersesuaian, sekiranya pemukul menggunakan
sudut tertentu juga dapat menghentikan pergerakkan
bola.

Rajah 5; (a) kedudukan bat pada pertahanan hadapan (b) kedudukan bat pada pelbagai
sudut yang bersesuaian
Didalam menetukan sama ada pemain perlu menggunakan kaedah pertahanan
hadapan atau belakang, pemain perlu mengagak arah gerakkan bola kearah mereka.
Sekiranya bola mendatangi mereka dari arah depan dan kedudukan kaki pada keadaan
terbuka, mereka perlu menggunakan kaedah (a) seperti didalam rajah bagi
menghentikan bola. Sekiranya bola mendatangi mereka dari arah yang berbeza,
mereka seharusnya perlu mengubah keadaan bat bagi mengoptimumkan pukulan.
Kebiasaannya pemain yang berpengalaman dan mendapat latihan yang secukupnya
dapat mengagak dan menggunakan kaedah pukulan yang tepat pada masa-masa
tertentu bergantung kepada arah kedatangan bola daripada pihak lawan. Keputusan
perlu dilakukan dalam kiraan beberapa saat bagi mendapatkan pukulan yang tepat
pada bola yang mendatangi mereka. Bagi pertahanan dan halangan hadapan, kaedah
pegangan bat seperti dalam Rajah 5 (a) adalah penting bagi menggunakan kawasan
yang bersesuaian bagi melantunkan bola yang mendatangi pemain berbanding
pemegangan bersudut yang tidak sesuai kerana hanya kawasan tertentu yang
cenderung untuk terkena bola yang mendatangi mereka.

Extra cover drive

Cover drive

Square drive

Rajah 6: Arah gerakan bola daripada beberapa arah pukulan (drive) B: Batsman

Strok larian adalah cover, extra cover, square cover, the square, back- dan late- cuts
seperti didalam rajah 6. Bagi penggunaan cover dan extra cover, pukulan dilakukan
dengan memegang bat pada suatu keadaan tetap. Kekuatan yang banyak tidak
diperlukan bagi arah gerakan ini. Kedudukan kaki memainkan peranan yang penting
(kaki kiri diregangkan sedikit ke dalam kearah pendaratan bola, sebaris atau sedikit
keluar arah stumps) kepala hendaklah diarahkan kebawah dan pemain perlu
memastikan masa yang tepat untuk mereka menghayun bat bagi memukul bola seperti
dalam Rajah 7(a), (b) dan (c). Apabila pemain mengangkat kepala didalam
kebanyakkan strok akan meneyebabkan bola untuk diangkat yang membolehkan catch
berbanding bola yang dileretkan pada permukaan padang. Square drive membenarkan
bola untuk berada lebih dekat dengan kaki batsman. Apabila bola terkena pada bat,
permukaan bat akan berpusing sedikit keluar dan menyebabkan perubahan arah
gerakan bola lebih kearah square yang mendekati kawasan “point” kebiasaannya
square berlaku dalam keadaan tidak disengajakan. Tetapi, sekiranya square berjaya
dilakukan, akan menyebabkan permainan lebih menarik.

a. posisi kepala ditundukkan dan b. posisi kepala ditegakkan, bilah c. posisi kepala ditegakkan bilah
kaki kiri tertuju kearah bola yang bat dihalakan kepada “cover bat dihayun sepenuhnya, kaki kiri
dilontarkan point”. Kaki kiri menunjukkan berada sebaris dan bahu kiri
arah ditinggikan

Rajah 7: Arah kaki hadapan apabila cover drive dilakukan

a. berat badan diletakkan pada b. kaki kanan memberikan


kaki kanan ketahanan yang bersesuaian bagi
menampung arah gerakan bat.

Rajah 8: “punch” melalui cover tanpa menlibatkan kaki belakang

Cover dan extra cover drive boleh di lakukan tanpa menggunakan kaki belakang
melalui cover. Kebiasaanya ia dimainkan kepada bola rendah atau diluar sedikit dari
barisan stumps. Pemain yang bukan kidal akan meletakkan berat badan mereka pada
kaki kanan. Pemain perlu melengkungkan badan mereka kearah kaki tersebut
bersesuaian dengan ketinggian mereka. Penggunaan kawasan lengan belakang untuk
menampung impak yang terhasil memberikan daya yang bersesuaian bagi memukul
bola yang mendatangi pemain. Pemain yang menyendengkan badan mereka
kebelakang dapat membenarkan kawasan bahagian belakang lengan dapat digunakan
sebaik mungkin bagi melakukan pukulan ini.

Bagi pemain yang menggunakan cover drive, mereka perlu mengikut beberapa
peraturan asas yang berkaitan dengan permainan kriket. Pemain tidak boleh bermain
melangkah kawasan garis hayunan bat apabila bermain strok “cut” atau “hook”.
Sebelum menggunakan cover drive, pemain dinasihatkan menggunakan strok
pertahanan bagi mendapatkan ramalan bagi kedatangan bola kepada mereka. Pada
situasi ini, pemain hendaklah menundukkan kepala mereka. Kebanyakkan
pergerakkan dalam permainan kriket memerlukan pemain untuk kekalkan posisi
kepala mereka untuk memberikan fokus yang sewajarnya. Selain dari itu, pemain
harus meletakkan kaki kiri pada kedudukan yang betul; didalam kawasan lontaran
bola yang mendatangi mereka. Hayunan bat perlu dilakukan dengan baik tanpa
gerakan tambahan yang boleh menyebabkan pemain gagal mengawal permainan
mereka dengan baik.

Bagi permainan yang menggunakan cover drive, kaki pemain perlu diletakkan pada
sudut yang bersesuaian dan menggunakan bahagian belakang lengan dengan kadar
yang bersesuaian memberikan hayunan bat yang baik. Badan pemain perlu berada di
belakang kawasan sebaris dengan kawasan balingan bola. Bagi square cut, bagi bola
yang dekat dan bola off side. Pemain harus membenarkan bola melalui garisan pada
mengufuk bagi memberikan hayunan bat yang ideal. Bagi square cut pula, pemain
perlu memberikan laluan bola pada lengkung mengufuk melalui kawasan pinggang.
Tedapat dua cara bagi melakukan gerakan ini, pemain perlu mengerakkan pergelangan
tangan kearah kiri dan siku perlu dinaikkan bagi membuatkan permukaan bat
menghadap kawasan padang. Pemain juga boleh melakukan gerakan yang sedikit
berisiko kerana bola mungkin tergelincir daripada permukaan bat. Hal ini akan
memberikan daya yang lebih kepada strok berkenaan. Back cut adalah kurang lebih
sama dengan square cut kecuali bola dilalukan pada lebih jauh. Sebelum bat dihalakan
ke bawah, bola akan dibawa ke belakang point fielder.
Rajah 9: (a) menunjukkan arah gerakan bola bagi square-, back- dan late-cut
(b) menunjukkan arah gerakan bola bagi on drive dan off drive

Rajah 10: teknik-teknik pukulan menggunakan square-cut

Back cut yang dimainkan dengan baik dan menghampiri kesempurnaan adalah
merupakan strok yang memuaskan. Strok yang baik dapat memberikan keyakinan
yang lebih kepada pemain bagi mendapatkan lebih run. Selain itu, back cut juga boleh
menyebabkan kehilangan wiket yang banyak sekiranya tidak dilakukan sebaiknya.
Pemain perlu menggerakkan kaki mereka kebelakang wiket dengan jari kaki ditujukan
kepada arah cover yang berkenaan. Bola seharusnya melalui kawasan pinggang dan
bat dibawa menggunakan lengkung mencancang. Bagi mendapatkan pergerakkan
yang betul, gerakan pergelangan tangan yang diketik kebiasaannya tangan kanan yang
digunakan. Gerakan ini adalah strok berisiko apabila digunakan diawal permainan
kerana kebarangkalian wiket dapat di agak oleh pemain.

Selain itu, late cut adalah pukulan yang bersesuaian yang perlu dilakukan tepat pada
masanya. Ia sangat berisiko dan pemain perlu bermain sehingga mendapat wiket
untuk beberapa ketika. Pada ketinggian dan kelajuan yang bersesuaian, gerakan ini
boleh menyebabkan pemain mendapat wiket kerana bola mendatangi pemain daripada
ketinggian yang berbeza. Kesalahan kecil pada tahap ini akan menyebabkan catch
kepada slips dan gully gerakan ini kebiasaanya dimainkan agak lewat membenarkan
bola melalui kawasan badan menghampiri stumps.

Rajah 11: arah gerakan late cut

Bagi bola yang berputar dan terhayun dari kawasan luar stump, batsman perlu
mengelakkan kepelbagaian strok. Hal ini kerana, permainan akan menjadi berisiko
tinggi khususnya apabila bola mendekati stumps. Batsman kebiasaannya dapat
mengalami keadaan ini apabila gerakan ini dilakukan. Bagi batsman yang
berpengalaman, mereka akan dapat mengagak arah gerakan bola tersebut.
Kebiasaannya tidak akan mengganggu konsentrasi mereka terhadap permainan.
Rajah 12: teknik- teknik straight drive

Rajah 13: teknik-teknik on-drive

Off drive dan on drive biasanya dilakukan tanpa menggunakan kaki hadapan dan
didalam sesetengah kes, hal ini berubah kepada kaki belakang. Ini bermaksud apabila
bola dinaikkan, batsman dapat memukul bola kearah bowler. Sekiranya terdapat
kekurangan pada gerakan ini, catch dapat dihasilkan.

Bagi drive lurus atau dikenali sebagai carpet drive, pemain perlu menguasai puncak
lantunan bola menggunakan hayunan mencancang dengan bat yang turut mengikut
gerakan arah dimana pemain perlu kekalkan posisi kepala mereka kebawah. Hal ini
menyebabkan strok yang dilakukan secara paksa. Drive lurus boleh menyebabkan
bola melantun tinggi keatas. Apabila hal ini berlaku, pemain perlu melengkungkan
badan mereka kebelakang apabila bersentuhan dengan bat dan bola. Drive off dan on
tanpa kaki belakang memerlukan ketahanan yang lebih pada bahagian belakang strok
kerana batsman bergerak ke belakang bagi lantunan bola dekat. Pemain harus
memberikan tekanan pada jari kaki bagi mendapatkan ketinggian maksimum bagi
mereka memukul bola tersebut dengan bat yang ditegakkan kepada bowler sepanjang
kawasan padang.

Strok kearah bahagian kaki adalah pull, hook, sweep dan glance. Kedudukan didalam
strok glance kurang kekemasan berbanding dengan yang lain tetapi, kedudukan ini
dapat memberikan lebih banyak run. Pemain perlu mempunyai tujuan pengelihatan
yang berfokus, perubahan kedudukan kaki yang pantas dan kekuatan bagi melakukan
strok. Bagi pull, boleh dimainkan didalam semua permainan bola dekat atau keadaan
kaki yang berada diluar kawasan stumps kaki atau bola berputar dan berpusing
melalui badan pemain kearah kaki. Bagi pemain yang bukan kidal, mereka perlu
membawa kaki kanan mereka kearah kawasan belakang stump dan kedudukan badan
perlu berada sebaris dengan arah kedatangan bola. Bat perlu digunakan pada keadaan
hayunan mengufuk. Hook adalah kurang lebih sama dengan pull kecuali berlanggaran
dengan square atau dibelakang square. Bagi pemain untuk menggunakan posisi hook,
mereka seharusnya gerakkan badan mereka kearah off-side bagi mengelakkan bola
dekat yang mendatangi mereka dengan laju. Strok ini membolehkan batsman untuk
membuat anggaran terhadap kelajuan dan puncak tertinggi yang bola itu akan sampai
sekaligus dapat memperelok gerakan bagi mengatasi pihak lawan dengan memukul
bola tersebut tepat dan mengalihkan tujuan bola tersebut mengikut kehendak mereka.
Sekiranya pemain mengerakkan badan mereka, ini akan menyebabkan mereka untuk
tercedera melalui impak bola yang akan terkena pada mereka. Ini juga memberikan
peluang kepada batsman untuk memukul bola dengan baik selain dapat mengelakkan
kecederaan pada bahagian bahu seseorang. Kemudian, sweep digunakan apabila
pemain menggunakan kaki hadapan iaitu kaki kiri bagi pemain yang bukan kidal.
Kaki berada pada keadaan terbuka ke hadapan sedikit lebih tinggi daripada puncak
bola. Bat digunakan dengan cara sweep.

Tiga strok yang menggunakan sisi kaki; pull, hook dan sweep adalah berisiko tinggi
kerana didalam tiga keadaan ini bat digunakan pada keadaan mengufuk. Kawasan
lebar bat sahaja yang akan bertemu dengan bola yang dilontarkan. Pemain akan
memukul bola tersebut melalui arah gerakkan bola bagi tiga strok ini. Pemain perlu
memerhati cara permainan untuk beberapa minit terlebih dahulu sebelum
menggunakan strok ini.
Leg-glance boleh digunakan oleh pemain sama ada bagi kaki hadapan mahupun kaki
belakang. Glance merupakan strok yang paling kemas kerana arah gerakan diambil
dengan teliti oleh pemain semasa memainkannya. Gerakan ini adalah lebih berfokus
kepada gerakan pergelangan tangan yang membolehkan pemain untuk menggunakan
kelajuan bowler untuk melontarkan bola didalam kawasan sempadan permainan.

Rajah 14: arah gerakan bola daripada pull, hook, sweep dan glance

Rajah 15: kedudukan badan apabila pull-shot forward square leg dilakukan
Rajah 16: posisi badan pemain bagi gerakan hook.

Rajah 17: posisi badan pemain bagi gerakan sweep.

Rajah 18: kedudukan badan apabila glance off the back foot dilakukan
Rajah 19: kedudukan badan apabila glance off the front foot dilakukan

Rajah 20: menunjukkan kawasan bat yang dipengaruhi oleh hook dan pull.

Didalam teknik pukulan, larian dan wiket diberikan kepentingan yang lebih. Bagi
menetapkan sama ada mereka perlukan larian diantara wiket atau tiada keperluan bagi
mereka untuk melakukan larian adalah sangat penting untuk dilakukan dalam jangka
masa yang singkat supaya mereka tidak kehilangan mata sepanjang permainan
dijalankan. Kebiasaannya, hal ini dapat dikuasai menggunakan pengalaman yang ada
pada pemain sepanjang menjadi pemain kriket. Selain itu pemain perlu peka terhadap
arahan yang diberikan antara pemain sama ada untuk menentukan kaedah permainan
yang lebih berfokus.

Anda mungkin juga menyukai